penyambungan komponen elektronik

36
UNIT 10 PENYAMBUNGAN, PEMASANGAN DAN PENGUJIAN PROJEK PENGIRAAN KOS SINOPSIS Unit ini mengandungi empat tajuk pelajaran seperti berikut: Tajuk 1: Lukisan Litar Tajuk 2: Penyambungan dan Pemasangan Tajuk 3: Pengujian Litar Tajuk 4: Pengiraan Kos PENGENALAN Dalam Tajuk 1 anda akan pelajari jenis-jenis lukisan litar yang biasa digunakan dalam kerja elektrik dan elektronik. Anda akan berpeluang membuat latihan lukisan litar projek elektronik yang diberikan sebagai tugasan. Kerja menyediakan papan litar bercetak juga akan dipelajari dalam tajuk ini. Tajuk 2 akan memberi anda peluang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran daripada pelajaran dalam unit-unit pelajaran yang lalu melalui kerja amali memasang projek elektronik yang telah dilukis dalam pelajaran Tajuk 1 unit ini. Anda juga akan pelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasang komponen dan memateri. Selepas memasang suatu projek elektronik, anda akan pelajari pula cara-cara membuat ujian terhadap projek yang telah dipasang. Pelajaran ini akan dipelajari dalam Tajuk 3. Akhirnya anda akan pelajari kaedah mengira kos membina suatu prujek melalui pelajaran Tajuk 4. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir bab ini anda seharusnya dapat: 1. menterjemah rajah litar skematik daripada rajah litar bergambar dan sebaliknya; 2. menyediakan papan litar bercetak; 3. memasang dan menyambung projek elektronik yang mudah; 10-1

Upload: punitha-regunathan

Post on 14-Nov-2015

272 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

o

TRANSCRIPT

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL

UNIT 10PENYAMBUNGAN, PEMASANGAN DAN PENGUJIAN PROJEK

PENGIRAAN KOS

SINOPSIS

Unit ini mengandungi empat tajuk pelajaran seperti berikut:

Tajuk 1:Lukisan Litar

Tajuk 2:Penyambungan dan Pemasangan

Tajuk 3:Pengujian Litar

Tajuk 4:Pengiraan Kos

PENGENALAN

Dalam Tajuk 1 anda akan pelajari jenis-jenis lukisan litar yang biasa digunakan dalam kerja elektrik dan elektronik. Anda akan berpeluang membuat latihan lukisan litar projek elektronik yang diberikan sebagai tugasan. Kerja menyediakan papan litar bercetak juga akan dipelajari dalam tajuk ini. Tajuk 2 akan memberi anda peluang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran daripada pelajaran dalam unit-unit pelajaran yang lalu melalui kerja amali memasang projek elektronik yang telah dilukis dalam pelajaran Tajuk 1 unit ini. Anda juga akan pelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasang komponen dan memateri. Selepas memasang suatu projek elektronik, anda akan pelajari pula cara-cara membuat ujian terhadap projek yang telah dipasang. Pelajaran ini akan dipelajari dalam Tajuk 3. Akhirnya anda akan pelajari kaedah mengira kos membina suatu prujek melalui pelajaran Tajuk 4.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bab ini anda seharusnya dapat:

1. menterjemah rajah litar skematik daripada rajah litar bergambar dan sebaliknya;

2. menyediakan papan litar bercetak;

3. memasang dan menyambung projek elektronik yang mudah;

4. melakukan ujian keterusan dan kefungsian menggunakan meter pelbagai; dan

5. membuat pengiraan kos membina suatu projek elektronik.

TAJUK 1LUKISAN LITAR

Dalam Unit 9 Tajuk 1 anda telah mempelajari bentuk fizikal dan simbol skematik komponen-komponen elektronik. Dalam tajuk ini anda akan mempelajari cara-cara bagaimana simbol-simbol tersebut dapat disatukan untuk menghasilkan lukisan litar. Lukisan litar yang akan dipelajari ialah rajah blok, rajah litar bergambar, rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak.

1.1 Rajah Blok

Rajah ini terbina daripada blok-blok berlabel yang mewakili suatu litar atau peringkat. Setiap blok litar atau peringkat dilabelkan berdasarkan fungsinya. Sesuatu blok disambung antara satu sama lain menggunakan garisan-garisan anak panah untuk menunjukkan arah aliran isyarat atau pertalian di antara blok-blok. Rajah 1 menunjukkan contoh rajah blok satu sistem audio.

Dalam rajah ini, isyarat-isyarat masukan beraras rendah daripada mikrofon diadun oleh PENGADUN AUDIO. Isyarat yang dikeluarkan oleh pengadun (masih beraras rendah) ini kemudian dimasukkan pula kepada PENGUAT KUASA AUDIO. Penguat ini mengeluarkan isyarat beraras tinggi yang dapat membunyikan pembesar suara. UNIT BEKALAN KUASA menukarkan bekalan voltan arus ulang alik kepada voltan arus terus yang diperlukan oleh sistem tersebut.

Rajah blok amat berguna untuk menerangkan sesuatu sistem yang kompleks dengan mudah. Ianya juga menunjukkan pertalian di antara peringkat-peringkat dalam suatu sistem elektronik. Rajah blok juga memudahkan kerja-kerja mengesan kerosakan. Contonya, jika tiada isyarat keluaran daripada pembesar suara sedangkan isyarat keluaran daripada pengadun dapat dikesan, maka bahagian yang mungkin rosak ialah sama ada penguat kuasa atau pembesar suara. Dengan demikian, hanya bahagian penguat kuasa atau pembesar suara sahaja yang perlu dibaiki.

1.2Rajah Litar Bergambar

Binaan sesuatu sistem elektronik boleh dipersembahkan dengan menggunakan rajah litar. Rajah litar bergambar merupakan satu bentuk lukisan litar elektronik yang digunakan untuk tujuan ini. Rajah ini melibatkan lukisan komponen-komponen yang menyerupai bentuk fizikalnya yang sebenar. Rajah 2 menunjukkan rajah litar bergambar suatu projek yang di pasang menggunakan bungkah penyambung.

Rajah ini sesuai digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang elektronik. Ianya juga sesuai digunakan untuk membina projek elektronik yang kecil dan mudah. Ciri penting rajah ini ialah ianya menunjukkan susun atur fizikal sebenar sesuatu litar. Rajah ini membolehkan kebanyakan orang memahami suatu litar dengan mudah kerana kurang berbentuk teknikal.

1.3Rajah Litar Skematik

Apabila sesuatu projek menjadi semakin besar, litarnya akan menjadi semakin kompleks. Bilangan dan jenis komponen yang terlibat juga bertambah banyak dan berbagai-bagai. Jika litar kompleks ini dilukis menggunakan rajah litar bergambar, ruang yang lebih besar diperlukan untuk melukisnya. Tambahan pula, pertalian di antara komponen-komponen semakin sukar dilihat. Oleh itu, rajah litar bergambar tidak sesuai digunakan untuk mempersembahkannya. Rajah litar skematik lebih sesuai digunakan untuk mempersembahkan suatu litar yang besar atau kompleks. Rajah ini membolehkan suatu litar besar dilukis dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang lebih kecil. Rajah 3 menunjukkan rajah litar skematik bagi projek dalam Rajah 2.

Bagi orang yang tiada latar belakang elektronik, rajah litar skematik kelihatan membingungkan. Jangan bimbang dengan keadaan ini kerana anda sudah mengenali simbol beberapa komponen elektronik dalam tajuk-tajuk yang lalu. Sebenarnya, rajah ini tidak jauh bezanya dengan peta jalan kerana kedua-duanya dilukis menggunakan simbol-simbol. Anda hanya perlu perbanyakkan latihan, kesabaran dan ketelitian.

Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol skematik piawai untuk mewakili sesuatu komponen tertentu. Garisan-garisan digunakan untuk menunjukkan sambungan di antara komponen-komponen. Selain daripada simbol, komponen-komponen juga dilabelkan dengan huruf-huruf (seringkali berserta nombor) tertentu. Label ini penting untuk pengenalan komponen. Biasanya satu rajah litar skematik disertakan dengan senarai komponen yang mengandungi maklumat penting mengenai sesuatu komponen.

Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar tentang perkara berikut:

1. susun atur fizikal komponen-komponen yang bakal dipasang

2. saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar yang hendak dipasang kerana saiz, bentuk dan warna suatu komponen adalah berbeza-beza walaupun saiz simbolnya sama

Bagi tujuan pembelajaran dan sebab-sebab yang lebih praktikal, anda perlu menguasai kemahiran menterjemah rajah litar skematik kepada rajah litar bergambar dan sebaliknya. Dengan cara ini, kefahaman anda terhadap sesuatu litar juga akan menjadi lebih mudah.

1.4Rajah Papan Litar Bercetak

Peralatan elektronik komersial biasanya dipasang menggunakan papan litar bercetak. (Papan litar bercetak seringkali dipanggil PCB - singkatan bagi Printed Circuit Board). Rajah 4 menunjukkan satu contoh projek elektronik yang dipasang menggunakan papan litar bercetak. Ciri utama PCB ialah penggunaan balapan kuprum tercetak menggantikan kebanyakan wayar-wayar penyambung komponen-komponen.

Beberapa kebaikan PCB:

1.Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-wayar penyambung. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang.

2.Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi

3.Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat cuma perlu letakkan komponen di tempat yang disediakan dan pateri.

4. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana pendawaian dan susunan komponen telah ditentukan lebih awal.

5.Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan dengan banyak.

Kerja penting semasa melukis rajah litar jenis ini ialah menentukan susun atur komponen-komponen yang akan dipasang serta melakar balapan kuprum yang menyambungkannya. Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatian semasa melukis rajah papan litar bercetak. Pastikan anda melakar satu lubang untuk setiap pin (kaki) komponen. Kedudukan suatu komponen di atas papan litar bercetak boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal komponen berkenaan atau simbol skematiknya. Kedudukannya juga dilabelkan dengan label huruf (bernombor) untuk mengelakkan kesilapan semasa memasang komponen. Rajah 5 menunjukkan bagaimana suatu rajah papan litar bercetak disediakan berdasarkan rajah litar skematik.

Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas bod berlapik kuprum nipis untuk dicetak. Saiz lukisan rajah ini biasanya sama dengan saiz sebenar papan litar bercetak yang akan dihasilkan.

Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah seperti berikut:

1.Dapatkan sekeping bod berlapik kuprum untuk cetakan PCB.

2.Bersihkan permukaan kuprum dengan bahan penggilap logam atau atau berus keluli yang halus.

3.Pindahkan rajah papan litar bercetak yang telah disediakan ke permukaan kuprum.

4.Surih semula rajah yang telah dipindahkan ke atas permukaan kuprum dengan pen berdakwat kalis bahan kakis.

5.Punarkan permukaan kuprum dengan merendamkannya dalam larutan ferik klorida. (Larutan ferik klorida disediakan dengan melarutkan 250g hablur ferik klorida dalam 1 liter air). Berhenti menunar apabila semua bahagian kuprum yang tidak dikehendaki telah dikakis. Cuci bod kuprum dengan air dan keringkan bod.

6.Buat lubang pandu pada setiap tempat untuk memasukkan kaki komponen.

7.Tebuk lubang pada lubang pandu menggunakan gerudi mini berdiameter 1mm.

8. Bersihkan dakwat kalis bahan kakis dengan bahan pelarut yang sesuai (seperti thinner)

9. Uji keterusan balapan dengan menggunakan meter pelbagai.

Langkah selanjutnya selepas rajah litar berkaitan disediakan ialah pemasangan dan penyambungan.

Latihan

1.Lengkapkan rajah blok bagi litar Unit Bekalan Kuasa berikut dengan memasukkan peringkat yang berkaitan dalam kotak yang disediakan. Lukiskan garisan berpanah untuk menunjukkan perhubungannya.

2. Terjemahkan rajah-rajah litar skematik berikut kepada rajah litar bergambar dalam ruangan yang disediakan.

a.

contoh

b.

c.

d.

3. Terjemahkan litar bergambar berikut kepada litar skematik dalam ruang yang disediakan.

a.

b.

c.

d.

4.Lukiskan rajah papan litar bercetak daripada rajah skematik berikut:

a.

b.

c.

Rumusan:

1.Terdapat empat jenis lukisan litar dalam kerja-kerja elektronik iaitu: rajah rajah blok, rajah litar bergambar, rajah litar skematik dan rajah papan litar bercetak.

2. Rajah blok mewakili peringkat-peringkat dalam sesuatu litar dengan blok-blok berlabel yang dihubungkan dengan garisan anak panah dan membantu dalam memahami litar dan kerja mengesan kerosakan.

3. Rajah litar bergambar menunjukkan binaan suatu litar elektronik menggunakan bentuk fizikal komponen. Rajah ini mudah difahami dan digunakan dalam kerja memasang litar mudah.

4. Rajah litar skematik juga menunjukkan binaan litar elektronik tetapi menggunakan simbol-simbol skematik. Rajah ini sesuatu untuk melukis litar yang besar dan lebih bersifat teknikal.

5. Rajah papan litar bercetak perlu dilukis berdasarkan rajah skematik untuk mencetak bod litar PCB.

6.PCB dihasilkan dengan cara penunaran bod berlapik kuprum yang telah dilukis dengan rajah papan litar bercetak menggunakan larutan ferik klorida.

Bacaan Asas:

Abu Bakar Mohd. Sheikh et. al. (2000). Fokus PMR KemaHIRAN Hidup Bersepadu (Teras dan Kemahiran Manipulatif Tambahan). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Rujukan:

Floyd, T. L. (1997). Principles of Electric Circuit 5th Edn. New Jersey, U.S.: Prentice-Hall International, Inc.

Schuler, C. A. (1994). Electronics: Principles and Applications 4th Edn. International Editions. New York: McMillan-McGraw-Hill.

Stensel, P., Tung, T. & Soh, B.S. (2000). Keeping Up With Design Technology for Upper Secondary. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

TAJUK 2Penyambungan dan Pemasangan

Penyambungan dan pemasangan komponen-komponen elektronik dalam pembinaan suatu projek elektronik boleh dilakukan dengan berbagai cara. Sesetengah cara melibatkan penggunaan bahan dan alatan yang murah dan mudah diperolehi. Ada pula cara yang memerlukan peralatan dan kemahiran yang khusus.

Komponen-komponen sesuatu projek boleh dipasang secara sementara atau kekal. Pemasangan sementara melibatkan kerja pemasangan yang berubah-ubah serta pengujian dan pembaikan yang kerap. Komponen-komponen boleh digunakan berulang-kali untuk beberapa projek yang berlainan. Pemasangan ini selalunya digunakan dalam kerja-kerja seperti mereka bentuk litar, latihan, ujian dan kajian makmal. Pemasangan jenis kekal pula digunakan untuk membina projek yang telah mantap reka bentuknya dan biasanya melibatkan pematerian. Dalam tajuk ini anda akan pelajari cara pemasangan projek elektronik.

Cuba anda kaji beberapa cara pemasangan projek yang biasa digunakan dalam penghasilan sesuatu projek elektronik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dan Rajah 6 hingga Rajah 8.

2.1 Susun Atur Komponen

Pemasangan projek elektronik melibatkan langkah-langkah kerja berikut:

1.Kaji susun atur komponen yang terbabit berdasarkan rajah litar yang disediakan. Jika perlu, ubahsuaikan susun atur komponen dengan melukis semula rajah litar. Rajah ini perlu disesuaikan dengan cara pemasangan yang dipilih. Anda perlu merancang susun atur komponen-komponen dengan teliti sejak dari peringkat awal pembinaan sesuatu projek. Langkah ini dapat mengelakkan kesukaran semasa menyiapkan projek.

2.Dapatkan bahan yang diperlukan berdasarkan kepada cara penyambungan yang dipilih serta komponen-komponen seperti yang dinyatakan dalam rajah litar dan senarai komponen yang disertakan. Beri perhatian kepada nilai dan jenis komponen yang diperlukan.

3.Uji semua komponen untuk memastikan ianya berkeadaan baik sebelum di pasang.

4.Ambil satu komponen pada satu-satu masa dan susunkan mengikut kedudukan yang ditunjukkan dalam rajah litar yang dirujuk. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian semasa meyusun komponen di peringkat memasang (dan juga semasa melukis rajah litar):

a.Komponen-komponen berkaki tiga atau lebih (seperti transistor, penerus terkawal silikon (silicone controlled rectifier SCR dan litar bersepadu - IC) hendaklah disusun terlebih dahulu. Komponen lain yang berkaitan dengannya hendaklah disambungkan ke bahagian yang betul. Sambungan yang salah bukan sahaja mengakibatkan litar itu tidak berfungsi bahkan boleh merosakkan komponen itu. Anda perlu mengetahui cara-cara menalpasti kedudukan kaki komponen tersebut.

b.Komponen-komponen yang berkutub (seperti pemuat elektrolit, diod pemancar cahaya dan buzer piezo) di sambungkan mengikut kutubnya. Kaki positif mestilah disambungkan ke punca voltan positif dan kaki negatif kepada punca voltan negatif. Sambungan yang salah boleh merosakkan komponen.

5. Setiap kali suatu komponen dipasang, pastikan kaki komponen itu disambung dengan mantap. Jika perlu, goyangkan badan komponen untuk memastikan sambungan itu mantap. Sambungan yang longgar menyebabkan litar terbuka dan projek akan gagal berfungsi. (Sila rujuk Tajuk 2.3 dalam unit ini jika pemasangan projek melibatkan kerja pematerian)

6. Setelah semua komponen dipasang, semak semula susun atur komponen berdasarkan rajah litar.

Setelah sesuatu projek siap dipasang dan disemak jangan tergesa-gesa untuk mengenakan sumber voltan. Anda perlu melakukan kerja pengujian litar seperti yang diterangkan dalam Unit 10 Tajuk 3.

2.2Uji Pasang

(Teks dan grafik tajuk ini belum dapat disempurnakan)

2.3Pematerian

Kerja memateri melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran tertentu. Kerja ini tidaklah begitu sukar untuk dilakukan. Tetapi jika pematerian tidak dilakukan dengan sempurna, kegagalan untuk sesuatu projek berfungsi sentiasa sedia menanti. Oleh itu, berusahalah untuk menguasai kemahiran memateri dengan baik.

Timah pateri ialah satu aloi yang terdiri daripada campuran timah dan plumbum pada kadar 60:40 (iaitu 60% timah dan 40% plumbum). Timah pateri boleh didapati dalam beberapa saiz mengikut diameter. Timah pateri yang baik mengandungi bahan lakur atau fluks di bahagian tengahnya. Rajah 9 menunjukkan contoh timah pateri berserta bahan lakur. Fungsi bahan ini ialah:

membantu mengalirkan timah pateri lebur

mengelakkan pengoksidaan berlaku ketika kerja memateri

mengasingkan lapisan oksida pada tempat yang dipateri

Apabila melebur (pada suhu sekitar 370oC), timah pateri bertukar menjadi cecair yang kemudiannya melekatkan bahagian-bahagian logam yang hendak dicantum. Elakkan timah pateri lebur daripada terkena sambungan lain kerana ianya boleh menyebabkan litar pintas.

Alat pemateri digunakan untuk meleburkan timah pateri. Rajah 10 menunjukkan satu contoh alat pemateri elektrik yang sering digunakan dalam kerja elektrik dan elektronik. Alat ini diletakkan pada pemegang khas yang disertakan dengan sejenis span apabila digunakan.

Beri perhatian khusus kepada perkara-perkara berikut semasa memilih alat pateri:

1.Kadar kuasa 20 hingga 40 watt

2.Hujung bit pemanas bermuncung tajam atau rencung di satu sisi

3. Kebolehan untuk menukar ganti bit apabila perlu

Langkah-langkah memateri:

1.Buat persediaan berikut:

alat pemateri dipanaskan secukupnya

span telah lembabkan dengan air

timah pateri disediakan secukupnya

kaki komponen yang hendak dipateri digosok sedikit dengan kertas las

2. Panaskan kaki komponen dan balapan kuprum dengan hujung bit secara serentak kira-kira 2 hingga 3 saat.

3. Kenakan timah pateri pada kaki komponen yang telah dipanaskan dan biarkan timah melebur (Lihat Rajah 11)

4. Alihkan timah pateri dan kemudian alat pemateri.

5. Dapatkan hasil pematerian yang baik seperti dalam Rajah 12 untuk mendapat sambungan yang baik.

Di samping alat kelengkapan pematerian, anda juga perlu mengenali dan menggunakan beberapa alat tangan lain dengan cara yang selamat dan betul. Amalan tabiat kerja yang baik bukan sahaja dapat mengelakkan kecederaan semasa bekerja tetapi juga dapat memastikan alatan tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik untuk satu tempoh yang lama. Beberapa alat tangan yang sering digunakan adalah seperti dalam Rajah 13 dan kegunaannya adalah seperti berikut:

Playar Muncung Tirus

memegang benda kerja kecil, membentuk dan menyerap haba semasa memateri

memotong dawai elektrik

Pemotong sisi

memotong dawai elektrik dan kaki komponen

Penjalur Wayar Spring

menanggalkan penebat dawai elektrik

Pemutar Skru

melonggar dan mengetatkan skru

dua jenis pemutar skru yang lazim digunakan ialah pemutar skru mata rata dan pemutar skru philip

Penyedut Timah Pateri

menyedut timah pateri yang hendak ditanggalkan daripada bod litar setelah lebur (digunakan serentak dengan alat pemateri)

Beberapa lagi alat tangan lain mungkin diperlukan dalam kerja elektrik dan elektronik. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai alatan ini daripada bahan rujukan lain.

Latihan:

1.Namakan dua bahan yang digunakan untuk pemasangan projek elektronik secara sementara dan pemasangan kekal.

1.1Bahan untuk pemasangan sementara:

a.b.

1.2Bahan pemasangan kekal:

a.b.

2.Namakan dua komponen yang boleh dipasang tanpa mengambilkira kekutubannya.

a.b.

3.Namakan dua komponen yang perlu dipasang mengikut kekutuban yang betul.

a.b.

4.Lukiskan setiap komponen pada kedudukan yang betul di atas PCB

5. Tandakan dengan bulatan pada komponen yang susunaturnya salah.

Rumusan:

1.Suatu projek elektronik dipasang secara sementara jika bahan seperti blok kayu berskru/paku dan bungkah penyambung digunakan. Pemasangan kekal dibuat dengan memateri komponen pada verobod atau papan litar bercetak.

2.Susun atur komponen bagi sesuatu projek elektronik boleh dirancang dengan melukis rajah litar bergambar dan rajah papan litar bercetak berdasarkan rajah litar skematik.

3.Komponen berkutub hendaklah dipasang mengikut kekutuban yang betul supaya projek dapat berfungsi dan komponen tersebut tidak rosak. Komponen yang mempunyai tiga atau lebih kaki perlu dipasang dengan kedudukan yang betul dalam litar.

4.Pematerian perlu dilakukan dengan menggunakan alat, bahan dan teknik yang betul supaya sambungan komponen mempunyai keterusan yang dikehendaki dan tidak pintas.

5. Alat tangan perlu digunakan dengan cara yang betul dan selamat supaya kecederaan diri dan kerosakan alat serta projek yang dikerjakan tidak rosak.

Bacaan Asas:

Abu Bakar Mohd. Sheikh et. al. (2000). Fokus PMR KemaHIRAN Hidup Bersepadu (Teras dan Kemahiran Manipulatif Tambahan). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Rujukan:

Reis, R. A. (1985). Introduction to Electronic Components and Circuit Assembly. Irvine, California: EKI International Inc.

Stensel, P., Tung, T. & Soh, B.S. (2000). Keeping Up With Design Technology for Upper Secondary. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.

TAJUK 3Pengujian Litar

Pengujian litar perlu dilakukan setelah pemasangan disemak. Langkah ini perlu dilakukan sebelum bekalan sumber voltan dikenakan kepada projek yang siap dipasang. Terdapat dua ujian yang perlu dilakukan iaitu ujian keterusan dan ujian kefungsian.

3.1Ujian Keterusan

Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-sambungan yang dibuat mempunyai keterusan. Pada masa yang sama, ujian ini juga dilakukan untuk mengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas.

Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara:

1. Pemeriksaan Visual Semasa membuat pemeriksaan visual, tanda-tanda tertentu yang mungkin menyebabkan litar pintas dan litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan dengan mata kasar. Antara tanda-tanda yang perlu diperhatikan dan kesannya adalah seperti berikut:

Tanda-tanda visualKesan

Sambungan kaki komponen longgarLitar terbuka

Kerosakan fizikal pada komponen yang dipasang (seperti tanda hangus pada perintang tetap)

Kaki komponen yang terdedah bersentuhan satu sama lainLitar pintas

Timah pateri yang melimpah melepasi balapan lain

Timah pateri menyambungkan dua komponen yang tidak sepatutnya bersambung

Komponen berkutub disambung dengan kekutuban yang salahLitar terbuka atau litar pintas atau kerosakan komponen

Apabila litar terbuka, arus elektrik tidak dapat mengalir ke dalam bahagian-bahagian tertentu litar seperti yang sepatutnya. Keadaan ini menyebabkan projek gagal berfungsi. Kejadian litar pintas pula bukan sahaja menyebabkan projek gagal berfungsi tetapi juga boleh menyebabkan kerosakan kepada komponen.

2.Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian

Pemeriksaan visual tidak dapat mengesan beberapa keadaan tertentu pada sesuatu litar. Oleh yang demikian, pemeriksaan selanjutnya perlu dilakukan dengan menggunakan alat pengujian tertentu. Meter pelbagai adalah satu alat pengujian yang paling biasa digunakan dalam pemeriksaan ini. Satu daripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar yang dipasang tidak sifar atau infiniti. Jika bacaannya sifar, projek mempunyai litar pintas dan jika bacaannya infiniti, projek mempunyai litar terbuka.

Langkah-langkah berikut perlu dilakukan dalam ujian jenis ini:

1.Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).

2.Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca penyambung bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan keseluruhan litar yang ditunjukkan oleh meter ohm. Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh jarum penunjuk. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh meter itu tidak sifar atau infiniti. Jika projek dipasang dengan suis, ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. Anda perlu menukar julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa nilai rintangan keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum yang boleh diukur oleh meter pada julat yang dipilih.

3.Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2.

Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada kalanya pemeriksaan secara visual tidak dapat mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yang pintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu kecil). Keadaan ini boleh dikesan menggunakan meter ohm mengikut langkah berikut:

1.Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).

Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang satu lagi pada balapan bersebelahan. Bacaan meter ohm sepatutnya menunjukkan bacaan infiniti (kecuali jika balapan bersebelahan memang sengaja disambung menggunakan wayar pelompat).

3.Jika bacaan sifar ohm diperolehi, lalukan bit alat pemateri panas di sepanjang balapan untuk mencair dan membuang limpahan timah pateri.

4.Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pitas telah diatasi.

Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan semua masalah litar pintas, litar terbuka atau kerosakan fizikal komponen dibaiki, barulah projek tersebut boleh dikenakan punca voltan.

Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-perkara berikut sebelum menyambung bekalan voltan kepada projek:

1.Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan mengikut punca yang betul. Wayar merah adalah wayar positif (+) manakala wayar hitam adalah wayar negatif (-).

2.Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah seperti yang dikehendaki untuk sesuatu projek berfungsi dengan sempurna. Voltan yang lebih tinggi boleh merosakkan komponen manakala voltan yang rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan.

3.Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus TIDAK boleh disambungkan ke soket bekalan kuasa elektrik 240 V arus ulangalik.

3.2Ujian Kefungsian

(Teks dan grafik bahagian ini belum dapat disempurnakan)

TAJUK 4Pengiraan Kos

4.1 Kos Bahan Mentah

4.2 Kos Upah

4.3 Kos Sampingan

4.4 Kos Pengeluaran

(Teks dan grafik bahagian ini belum dapat disempurnakan)

UNIT 10: Soalan Tutorial

Anda dikehendaki memasang projek Pengesan Lembapan menggunakan verobod untuk dikemukakan semasa tutorial.

Panduan untuk menyempurnakan tugasan:

1. Kaji rajah litar skematik dan senarai komponen projek Pengesan Lembapan.

2.Pelajari contoh terjemahan rajah litar skematik kepada rajah litar bergambar untuk pemasangan menggunakan verobod bersaiz 17 lubang X 24 baris.

3.Terjemahkan rajah litar skematik tersebut kepada rajah litar bergambar menggunakan sekeping verobod bersaiz 14.5 cm X 6.5 cm dalam kertas verobod yang disediakan. Sila buat beberapa salinan kertas verobod kosong ini.

4.Semak lukisan yang anda sediakan berdasarkan rajah litar skematik.

5.Dapatkan komponen, bahan dan alat-alat tangan yang diperlukan.

6.Sediakan plat sentuh dengan melakukan cetakan papan litar bercetak (PCB).

7.Pasangkan projek tersebut dengan pemasangan kekal berdasarkan rajah litar bergambar yang telah anda lukis.

8. Lakukan ujian-ujian keterusan (secara visual dan menggunakan meter pelbagai) sebelum anda mengenakan bateri kepada projek yang dipasang.

9.Setelah bateri dikenakan, sentuh plat sentuh dengan tangan yang lembab. Pembesar suara akan mengeluarkan bunyi nyaring dan halus jika projek anda berfungsi. Jika projek anda gagal berfungsi, dapatkan bantuan daripada rakan-rakan yang lebih mahir sebelum mendapatkan bantuan semasa tutorial.

10.Sediakan pengiraan kos projek.

11.Simpan projek anda berserta lukisan rajah litar bergambar dalam sampul plastik untuk dikemukakan semasa tutorial.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA

Arah balapan kuprum

Nota:

Bahagian bertanta x menunjukkan balapan kuprum perlu dipotong

PENULIS MODUL PEMBELAJARAN

Bil.NamaKelayakan

1.PENGERUSI

Taipkan nama pengerusi panel di sini

Taipkan nama maktab / institusi di sini

Taipkan alamat maktab / institusi di sini

Taipkan sambungan alamat di siniTaipkan kelayakan di sini

Contoh:

Ph.D

Guru Bahasa Melayu 10 tahun

Penulis buku..

2.AHLI

CHAI

Maktab Perguruan Batu Lintang,

Kuching, SarawakTaipkan kelayakan di sini

Contoh:

BA (Hons) Diploma Pendidikan

Ketua Jabatan Bahasa

3.AHLI 2

AGOS BIN ATAN

Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,

Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru

M. Agric. Studies

Bacelor Pendi. (S. Pertanian)

P. Grad Dip. Agirc Education

Pensyarah Kemahiran Hidup

4.AHLI 3

ROSLY BIN ISMAIL

Maktab Perguruan Perlis

Behor Pulai, 010000 Kangar, Perlis

M. Ed. Teknologi Pendidikan

B. Tech. Ed. (Hon.) Kej. Elektrik

Sijil Perguruan (Radio TV & Elektronik

Pensyarah Kemahiran Hidup

5.AHLI 4

Taipkan nama ahli panel 2 di sini

Taipkan nama maktab / institusi di sini

Taipkan alamat maktab / institusi di sini

Taipkan sambungan alamat di siniTaipkan kelayakan di sini

Contoh:

BA (Hons) Diploma Pendidikan

Guru Cemerlang BM

6.AHLI 5

Taipkan nama ahli panel 3 di sini

Taipkan nama maktab / institusi di sini

Taipkan alamat maktab / institusi di sini

Taipkan sambungan alamat di siniTaipkan kelayakan di sini

Contoh:

BA (Hons) Diploma Pendidikan

Guru Cemerlang BM

5.PENYELARAS

Taipkan nama penyelaras di sini

BPGTaipkan kelayakan di sini

Rajah 1: Rajah Blok Sistem Penguat Kuasa Audio

EMBED Visio.Drawing.6

Rajah 2: Rajah Litar Bergambar

Rajah 3: Rajah Litar Skematik

Rajah 4: Papan Litar Bercetak

Rajah 5: Rajah Papan Litar Bercetak

keluaran

masukan

EMBED Visio.Drawing.6

EMBED Visio.Drawing.6

EMBED Visio.Drawing.6

EMBED Visio.Drawing.6

EMBED Visio.Drawing.6

EMBED Visio.Drawing.6

EMBED Visio.Drawing.6

Rajah 6: Pemasangan Projek Menggunakan

Bungkah Kayu Berskru Atau Paku

Rajah 7: Pemasangan Projek Menggunakan Bungkah Penyambung

Rajah 8: Pemasangan Projek Menggunakan Verobod

Rajah 9: Timah Pateri

Rajah 10: Alat Pemateri dan Pemegang

Rajah 12: Hasil Pematerian

Rajah 11: Teknik Memateri

Rajah 13: Alat Tangan

Litar Skematik Pengesan Lembapan

Senarai Komponen:

R1 & R2Perintang tetap 1 kW

R3Perintang tetap 100 kW

RPerintang tetap 10W

RPerintang tetap 220 W

C1Pemuat seramik 0.01 F

TR1Transistor CS 9013

IC1Litar bersepadu 555

LED1Diod pemancar cahaya (sebarang warna)

S1Suis SPST

SP1Pembesar suara (8W)

Penyambung Bateri 9V

Bateri 9V

Plat sentuh

Verobod

Soket IC 8 pin

Contoh Rajah Litar Bergambar (Pemasangan verobod 17 lubang X 24 baris)

EMBED Visio.Drawing.5

EMBED Visio.Drawing.6

110-12

_1113595223.vsd

_1113615380.vsd

_1113593180.vsd

_1113593345.vsd

_1113595005.vsd

_1113254864.vsd

_1045999880.vsd