penyakit reput pangkal batang jejas hasil sawit serangan kulat
TRANSCRIPT
Penyakit reput pangkalbatang jejas hasil sawitSerangan kulat Ganoderma punca akar, batang pokok reputOleh Habsah [email protected]
T IDAKsemua pekebun dan pengusaha ladang sawit gembira dengan harga buah sa
wit yang tinggi apabila banyak pokok sawit mereka di kebun kurangmengeluarkan hasil berikutan serangan kulat Ganoderma yang berleluasa pada pokok sawit mereka.
Serangan kulat Ganoderma inimenyebabkan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB) pokok sawit mengakibatkan pengurangan pengeluaran hasil yang akhirnya bolehmenyebabkan kematian pokok.
Ketua Kumpulan Penyelidik Patologi Tumbuhan dan Sains Rumpai, Bahagian Penyelidikan BiologiMPOB, Pegawai Penyelidik PrinsiPal' Dr Idris Abu Seman, berkatapenyakit RPB yang disebabkan olehkulat Ganoderma paling banyakmenyerang pokok sawit di negaraini.
"Pada 2007, serangan kulat Ganoderma membabitkan kira-kira tiga peratus atau 120,000hektar kawasan penanaman sawit yang manaserangannya menyebabkan kerugian kepada peke bun, industri sawitdan negara sebanyak RM400 jutasetahun," katanya ketika ditemui diibu pejabat MPOB Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.
Sehingga September 2008,jumlahkeluasan kawasan penanaman sawit di negara ini ialah 4.4 juta hektar.
Katanya, tiga jenis spesies kulatGanoderma yang menyerang sawitialah dari jenis G.boninense, G.zonatum, G.miniatocinctum dan sementara spesies G.tornatum tidakmenyebabkan penyakit RPB, ia hanya hidup pada pokok sawit matisaja.
"Serangan bermula dari bahagian akar dan pangkal pokok yangmembabitkan pokok muda seusiasatu tahun selepas tanam dan banyak berlaku ke atas pokok matang.
"Jika berlaku pada pokok sawitmuda, bahagian akar dan batangmenjadi reput, daun bertukar kekuningan dan mati dalam tempohenam bulan. Ia biasa berlaku kepada pokok muda yang ditanammenggantikan sawit atau kelapayang ditebang dalam proses penanaman semula sawit yang manakulat Ganoderma yang menyerangini berasal dari pokok sawit atau
. kelapa yang ditebang itu," katanya.
Dr Idris berkata, bagi pokok matang pula simptom pada daun danpelepah secara kasar hanya diketahui apabila pangkal pelepah daunsawit (petiole) patah manakala pucuknya tidak berkembang dandaunnya menjadi kuning mengakibatkan pokok mati dalam tempoh12hingga 36 bulan.
Katanya, apabila kejadian penyakit berlaku lebih 30 peratus, pengeluaran hasil buah tandan segar(BTS) berkurangan atau terjejas se-
banyak 26 peratus manakala buahsedia ada kurang berkualiti.
'~pabila serangan berlaku melebihi 60 peratus pengeluaran BTSpula terjejas sebanyak 45 peratusdan ini merugikan pekebun sertapengusaha sawit kerana pokok tidak boleh mengeluarkan hasil seperti diharapkan," katanya.
Sebagai perbandingan, kulat Ganodermajuga menyerang pokok sawit di Indonesia, Papua New Guinea, Kepulauan Soloman, negara diAfrika dan Amerika Selatan sepertidi Zaire, Cameroon, Ghana, Handuras dan Columbia.
Di Malaysia, serangan kulat Ganoderma banyak berlaku di bahagian pantai barat terutama di Seberang Prai, Sungai Kerian, TelukIntan, Banting, Gemencheh, Segamat dan Pontian.
Serangan penyakit juga berlakudi Sabah seperti Tawau, Sandakan,Lahad Datu, Kota Marudu dan Pitasdan Di Sarawak seperti Miri, Sibudan Bintulu.
Cara kawalanTeknik terbaik mengaWal dan
mencegah penyebaran penyakitRPB berikutan serangan kulat Ganoderma diperkenalkan olehMPOB, iaitu dengan cara melupuskan pokok sakit yang diserang itu,di mana pokok ditolak dengan jentolak, tunggul dan akar dikorek 1.5meter panjang kali 1.5 meter lebar
L1HAT MUKA 5
•DR lORIS menunjukkan batang pokok sawit yang reput, tumbang dan mati akibat dijangkiti kulat Ganoderma.
--Dr Idris Abu Seman• Umur: 4S tahun
• Jawatan: Ketua KumpulanPenyelidik Kumpulan PatologiTumbuhan dan Sains Rumpai,
Jabatan Penyelidikan Biologi MPOB.
• Pendidikan: Diploma PertanianUPM Sarawak 1984, Ijazah SarjanaMuda Sains Pertanian, UPM
Serdang 1987, PhD Wye CollegeUniversiti London UK 1999.
• Perkhidmatan di MPOB: Dari
1987 hingga kini.
• Bidang kajian: Berkaitanpenyakit sawit pengkhususanpenyakit serangan kulatGanoderma selama 21 tahun.
KEADAAN pokok sawit yang di serang kulat Ganoderma.