penurunan al quran 1

Upload: ummiabhar

Post on 14-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Penurunan Al Quran 1

    1/5

    PENURUNAN AL-QURAN (NUZUL AL-QURAN)

    Oleh: Abuyusoef Hashim Othman al-Maranji

    PENGENALAN

    Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan

    kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-

    sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati Dan

    mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup

    manusia Dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan

    kepada Kita secara mutawatir, pasti Dan qati Dan ditulis mashaf yang Hari ini lebih

    dikenali sebagai mashaf Uthmani. Adalah wajar bagi Kita umat Islam mengkaji

    sejarah al-Quran Dan perkara yang berkaitan dengannya. Penulisan ini akan

    mengemukakan satu perbincangan mengenai penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran)

    salah satu aspek daripada pengajian Ulum al-Quran. Ilmu berkaitan Nuzul akan

    membicarakan mengenai cara-cara wahyu diturunkan, peringkatnya, tempat-

    tempat turunnya ayat-ayat al-Quran, masanya, awalnya Dan akhirnya. Berdasarkan

    ilmu tersebut, Kita dapat mengetahui ayat-ayat Makkiyah Dan Madaniyyah Dan juga

    mengetahui asbab al-nuzul.

    PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

    Daripada segi bahasa, perkataan Nuzul bererti menetap di satu tempat atau turun

    dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya nazala () membawa maksud diatelah turun atau dia menjadi tetamu. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-

    Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

    Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada

    Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata

    nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih

    kurang 290 kali. Sebagai contoh, Dia yang telah..menurunkan hujan. (al-

    Baqarah:22), Dialah.yang menurunkan Taurat Dan Injil. (Ali Imran:3) Dan

    banyak lagi ayat-ayat lain.

    CARA AL-QURAN (WAHYU) DITURUNKAN

    Aishah isteri Rasulullah s.a.w. Meriwayatkan sebelum Nabi Muhammad diangkat

    menjadi Rasul, beliau bermimpi perkara yang benar lalu beliau menyendiri di gua

    Hira beribadah kepada Allah SWT untuk selama beberapa tahun. Di gua

    berkenaanlah baginda menerima wahyu yang pertama.

  • 7/29/2019 Penurunan Al Quran 1

    2/5

    Harith bin Hisham, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Pernah bertanya kepada

    Baginda bagaimana Wahyu diturunkan kepadanya. Rasulullah menjawab,Kadang-

    kadang wahyu datang kepada-Ku dengan gema (desingan) loceng Dan ini amat

    berat bagi-Ku, Dan sementara bunyi itu hilang aku mengingati apa yang

    disampaikan kepada-Ku. Kadang IA datang dalam bentuk jelmaan malaikat kepada-

    Ku merupai lelaki, bercakap dengan-Ku Dan aku menerima apa saja yangdisampaikannya kepada-Ku.

    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

    Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara

    sekali Gus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat

    tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali Gus. Terdapat

    tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-

    Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia;

    Dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.

    Al-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan if Ulum al-Quran berdasarkan tiga riwayat oleh

    Ibn Abbas, Hakim Dan al-Nasai, hanya membahagikan kepada dua peringkat

    sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-Izzah Dan dari Bait al-Izzah kepada

    Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

    1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

    Penurunan ini berlaku sekali Gus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan

    kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang

    ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat inidisandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

    .

    (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau

    sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara

    dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz. (al-Buruj:21-22)

    2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia.

    Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-Izzah di

    langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran

    sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas;

    Allah SWT berfirman,

  • 7/29/2019 Penurunan Al Quran 1

    3/5

    (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya

    diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi

    keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan

    antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yangmenyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia

    berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia

    berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu

    pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki

    kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung

    kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan

    supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu

    bersyukur. (al-Baqarah:185)

    Firman Allah SWT,

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat;

    (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan

    dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). (ad-Dukhan:3)

    Firman Allah SWT,

    Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.

    (al-Qadr:1)

    Ibn Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr:

    Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat. Ikrimah pula

    meriwayatkan Abdullah bin Abbas berkata: Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr

    . dan ditempatkan di Bait al-Izzah di langit dunia

    Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara Atiyyah bin al-Aswad

    dan Abdullah bin Abbas yang mana Atiyyah agak keliru mengenai penurunanayat-ayat ini, Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan, dan Sesungguhnya

    Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, ia juga

    diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar

    dan Rabi al-Awwal. Kemudian Ibn Abbas menjelaskan: Al-Quran diturunkan pada

    malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah

    s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.

  • 7/29/2019 Penurunan Al Quran 1

    4/5

    3. Dari Bait al-Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).

    Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula

    diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w.

    dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun.

    Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.

    Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula

    turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada

    al-Quran disimpan di Bait al-Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan

    kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh

    al-Mawardi.

    Kritikan terhadap Pandangan atau Pendapat di atas.

    Mengenai pendapat pertama mengenai al-Quran diturunkan sekali gus dari Allah

    SWT ke al-Lauh Mahfuz tidak disokong oleh bukti yang jelas dan kukuh. Ayat dalam

    surah al-Buruj yang digunakan sebagai hujah tidak menunjukkan secara tersurat

    atau tersirat mengenai penurunan sekali gus. Para ulama hanya membuat tafsiran

    pada ayat ini. Maksud ayat ini menceritakan tentang al-Quran dipelihara daripada

    sebarang pencemaran. Ayat ini ditujukan kepada musuh-musuh Islam yang cuba

    menambah, mengurang atau mengubah ayat al-Quran tidak akan dapat berbuat

    demikian kerana ia akan tetap tulen dan selamat. Tafsiran ini disokong oleh para

    mufassir seperti Tabari, Baghawi, Razi dan Ibn Kathir.

    Pendapat kedua tentang penurunan sekali gus ke Bait al-Izzah berpandukan

    kepada ayat 2, surah al-Baqarah dan ayat 1, surah al-Qadr tidak menyatakansecara jelas mengenai al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh

    berkat tersebut. Kenyataan al-Quran ini merujuk kepada masa ia diturunkan dan

    tidak mengenai bagaimana atau cara ia diturunkan. Ulama tabiin yang terkenal

    Amir al-Shaabi mengatakan: Sudah pasti penurunan al-Quran berlaku pada

    Malam Lailatul-Qadr pada bulan Ramadhan, dan terus turun dalam masa 23 tahun.

    Tidak ada Nuzul lain melainkan yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

    Jumhur bersetuju yang ayat 1-5 daripada surah al-Alaq diturunkan di akhir

    Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah. Ketiga-tiga ayat yang dijadikan hujah di atas,

    tidak dinafikan, merujuk kepada ayat 1-15 surah al-Alaq. Cuma para ulamamentafsirkan ayat 185 surah al-Baqarah sebagai keseluruhan al-Quran. Para

    ulama, fuqaha, ahli hadith dan ahli tafsir semuanya bersetuju perkataan al-Quran

    merujuk kepada sebuah al-Quran atau sebahagian daripadanya. Malah ia

    dinyatakan dalam surah al-Araf, ayat 204, Allah SWT berfirman,

  • 7/29/2019 Penurunan Al Quran 1

    5/5

    Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah

    (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh

    rahmat.

    Mengenai riwayat Ibn Abbas, ia merupakan pandangan beliau dan tidak ada

    dikaitkan dengan sebarang ucapan Rasulullah s.a.w. sebagai satu sumbermenyokong pendapatnya. Suatu persoalan timbul mengapa perkara sepenting ini

    hanya disebut oleh Ibn Abbas sedangkan di kalangan sahabat yang diiktiraf

    sebagai pakar al-Quran seperti Abdullah Masud, Ubayy bin Kaab, Zaid bin Thabit

    dan Muaz bin Jabal tidak membicarakan perkara Nuzul al-Quran yang diturun sekali

    gus ke Bait al-Izzah.

    Al-Zarqani berpendapat tidak wajar untuk mempersoalkan atau tidak mempercayai

    Ibn Abbas kerana beliau dikenali sebagai orang yang tidak ada kaitan dengan

    cerita-cerita israiliyat serta pendiriannya sebagai sahabat, oleh itu beliau tergolong

    di bawah Hukm al-Marfu iaitu perkara yang ada hubungan dengan Rasulullah

    s.a.w.

    Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu

    daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah melalui Jibril secara berperingkat dan

    bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-Izzah dan kepada

    Rasulullah. Penulisan ini tidak akan terbabit dalam perbahasan ulama mengenai

    jumlah penurunan dan juga mengenai riwayat Ibn Abbas bersandarkan kepada

    Rasulullah atau tidak. Penulis hanya menyampaikan adanya perbezaan pendapat di

    kalangan ulama mengenai jumlah Nuzul.