penulisan karangan wacana
TRANSCRIPT
BENGKEL PENULISAN KARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA
MELAYU
PERMASALAHAN DALAM PENULISAN
Karangan merupakan satu daripada bahagian penting dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu sama ada di peringkat rendah atau pun menengah. Kegagalan
pelajar menghasilkan karangan yang bermutu sudah pasti akan menjejaskan
prestasi mereka dalam bahasa Melayu. Berdasarkan masalah tersebut bahagian
ini cuba untuk menghuraikan permasalahan dalam penulisan karangan peringkat
menengah rendah
1. Pembinaan ayat
Ayat tidak gramatis.
Ayat yang dibina tergantung (tiada subjek mahupun predikat)
Ayat-ayat yang terdapat unsur lewah
Kesalahan dalam penggunaan laras bahasa
Pelajar tidak mahir dalam mengembangkan ayat
peluasan bahagian subjek/predikat
peluasan ayat dasar kepada ayat terbitan
2. Kesilapan dari segi tatabahasa, antaranya kesalahan tatabahasa yang
ketara dalam penulisan ialah:
Penggunaan kata sendi nama (di, dari, daripada, pada)
Penggunaan kata pemeri (ialah, adalah)
Penggunaan kata majmuk (dijarakkan, dirapatkan)
Penggunaan kata hubung
Penggunaan imbuhan awalan,apitan, akhiran dan sisipan
Penggunaan imbuhan meN…kan, meN…i dengan tepat.
1
3. Pemilihan perkataan tidak sesuai dan tidak tepat.
Perkataan tidak menepati maksud sebenarnya
Perkataan yang dipilih bersalahan dengan konteks
Perkataan tidak menepati laras bahasa.
4. Kesilapan penggunaan tanda baca
Tidak mahir menggunakan tanda baca.
5. Gaya penulisan.
Skemata dalam penulisan ( pendahuluan,isi, dan penutup)
Pembinaan ayat dalam perenggan pendahuluan, perenggan isi dan
perenggan penutup dihasilkan secara tidak berstruktur.
Perenggan pendahuluan (ayat rangsangan dan ayat arahan)
Perenggan isi (4W 1H, deduktif, induktif, eklektif dll)
Perenggan penutup (ayat kesimpulan, cadangan, harapan)
Pemerengganan dalam karangan. (tidak sekata)
Ayat terlalu panjang (ayat topik dengan beberapa ayat huraian)
6. Idea/isi
Idea pokok tidak disokong dengan idea kecil
Tidak menjawab rangsangan tajuk (bincangkan,setujukah
anda,sejauh mana anda setuju,apa pandapat anda,huraikan jelaskan.)
Tidak cukup isi ,huraian dan contoh)
Isi kurang bernas , kenyataan sepintas lalu,tiada fakta ,contoh dan
kenyataan yang kukuh.
Urutan isi tidak ada koheren.
7. Olahan
Pelajar tidak menguasai ragam ayat (ayat aktif, ayat pasif)
Tidak mempelbagaikan jenis-jenis ayat (penyata, perintah,
tanya, seruan.)
2
Tidak menguasai susunan ayat (ayat biasa, ayat songsang)
Perkataan yang perlu ada dalam sesebuah penulisan karangan yang
jelas,menarik ,dan berkesan dalam penyampaian idea.
a. Menentukan tujuan penulisan
b. Proses penulisan - mendapatkan idea
c. Isi – releven , jelas ,logik dan keaslian.
d. Mekanis – tanda baca dan kebolehan tulisan tangan
e. Tatabahasa – rumus bagi penambahan awalam , akhiran.
f. Sintaksis – struktur ayat , bahas ayat ,pemilihan gaya.
g. Pemilihan kata - kosa kata dan rangkai kata
h. Penyusunan – paragraf , topik ,huraian dan pertalian
i. Pembaca – orang yang bakal membaca.
Kecenderungan mengemukakan beberapa banyak isi karangan adalah
antara kesilapan yang dilakukan oleh pelajar. Apatah lagi dalam perenggan isi
pelajar memberikan 2 atau lebih isi utama.
Biasakanlah, untuk satu perenggan hanya satu isi dan dikembangkan.
Tidak membuat semakan pada akhir penulisan. (Semak ayat, penggunaan
imbuhan, diksi, ejaan dan lain-lain)
Perkara perlu dielakkan dalam penulisan ialah isi tidak lari tajuk dan penulisan
menepati format yang betul.
Sebagai kesimpulannya, pelajar yang menulis karangan mengikut
kemahuan sendiri tidak mungkin dapat menghasilkan karangan yang berkesan.
Pelajar seharusnya berusaha mematuhi peraturan penulisan karangan dengan
format yang betul dan persembahan yang mantap, yang pastinya menjanjikan
markah yang cemerlang.
3
JENIS-JENIS PENULISAN KARANGAN: DEDUKTIF, INDUKTIF, dan
EKLEKTIF
PERENGGAN PENDAHULUAN
Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pendahuluan iaitu:
Ayat Rangsangan - Ayat yang merangsang pembaca dan meninggalkan kesan
kepada pembaca. Kemukakan 3 ayat rangsangan yang berkaitan dengan
definisi dan isu semasa tentang kata kunci @ kehendak soalan.
Ayat Arahan – Ayat yang menjawab kata kunci karangan / tentang isi yang
akan dibicarakan.
Contoh Pendahuluan Karangan
Di negara kita, kemalangan jalan raya dikatakan berlaku hampir pada
setiap hari.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengatasi kes kemalangan di jalan raya.
(1) (AR)Kemalangan atau kecelakaan di jalan raya merupakan tragedi yang
telah banyak mengorbankan nyawa dan harta benda manusia. (AR) Hampir
setiap hari media cetak, menyiarkan berita tentang kemalangan di jalan raya.
(AR) Daripada segi statistik, negara kita pernah mencatat kadar kemalangan
yang tertinggi di dunia yang berlaku pada setiap hari. (AA)Oleh yang demikian,
pihak yang berkenaan hendaklah mengambil langkah yang berkesan untuk
mengatasi masalah ini.
Pendahuluan Jenis Suasana
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana kediamannya oleh runtuhan
batu. Gambarkan keadaan dan suasana pada masa itu.
4
Apabila saya sampai di tempat kejadian itu, saya mendengar jeritan
manusia dari celah-celah rekahan batu. Selain itu, tangisan bayi dan kanak-
kanak jelas kedengaran dari suatu bilik yang berdekatan dengan runtuhan batu
tersebut. Pada ketika itu, pasukan penyelamat masih belum tiba lagi. Saya
menjadi gelabah kerana buntu untuk melakukan sebarang tindakan. Namun saya
gagahkan semangat dan cuba melakukan sesuatu supaya mangsa yang berada
di bawah runtuhan batu itu dapat diselamatkan.
Pengenalan Jenis Peribahasa
Tulis satu rencana yang bertajuk “Perpaduan Asas Kemajuan”untuk dimuatkan
dalam majalah sekolah anda.
Orang Melayu sememangnya kaya dengan peribahasa yang meliputi
semua aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menekankan aspek kerjasama
dan perpaduan termasuklah “Bukit sama-sama didaki, lurah sama-sama
dituruni”, “Hati gajah sama-sama dilapah hati kuman sama-sama dicecah” dan
banyak lagi. Semua peribahasa yang dinyatakan tadi sebenarnya membawa
konsep kerjasama dan perpaduan yang utuh antara ahli dalam masyarakat.
Konsep ini perlu diamalkan sepanjang masa kerana perpaduan asas kemajuan
sesebuah negara.
PERENGGAN ISI
Perenggan isi mengandungi empat ayat iaitu;
• (AI)Ayat judul – Ayat yang mengandungi kata kunci jawapan yang menjawab
pokok persoalan karangan.
• (A2)Ayat huraian –Huraian lanjut tentang isi utama, bertujuan memberi kan
penjelasan tentang isi atau menyokong isi utama.
• Ayat bukti/contoh – Ayat yang mengandungi bukti atau contoh yang berkaitan
isi, bertujuan memperkuat hujah.
5
• Ayat penegas –ayat yang memberi penegasan terhadap isi dan huraian yang
dikemukakan. Penanda wacana yang biasa digunakan seperti tegasnya, oleh
itu, sehubungan dengan hal itu, dsb.
Contoh Perenggan Isi
(1) Salah satu punca mutu sukan bola sepak negara kita merosot ialah
disiplin pemain negara kita tidak mencapai tahap yang tinggi. (2) Sudah
banyak kali disiplin pemain bola sepak negara dipertikaikan ketika menyertai
sesuatu kejohanan. (3) Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, enam
pemain bola sepak negara terpaksa digantung beberapa bulan kerana
menghabiskan masa di disko hingga larut malam. (4) Tegasnya, perkara seperti
inilah yang menjadi penghalang utama pasukan kita untuk mencapai kejayaan.
(A1) Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak gemar mengambil
makanan ringan adalah kerana pengaruh iklan makanan ringan di televisyen.
(A2) Hal ini demikian kerana iklan-iklan yang disiarkan memperlihatkan
keenakan dan keseronokan memakan makanan ringan keluaran syarikat
tertentu. (A3) Hal yang demikian amat mudah mempengaruhi kanak-kanak
kerana sikap semula jadi kanak-kanak yang ingin akan sesuatu yang baharu dan
menyeronokkan. (A4) Sebagai contohnya, digambarkan kanak-kanak yang
mengambil makanan ringan berkeadaan riang dan cergas melakukan aktiviti.
(A5) Jelaslah, kebijaksanaan pengeluar makanan ringan mengeksploitasi
psikologi kanak-kanak menggunakan kemudahan iklan menjadi punca kepada
masalah ini.
Perenggan Deduktif
Generalisasi – (A.Tajuk)
Fakta - (A.Contoh)
(A. Cadangan)
6
(A. Huraian)
Ayat Kesimpulan – (AK)
(AT) Tindakan memulaukan makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh
masyarakat. (AC) Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh
penjual yang tidak mementingkan kebersihan. (ACD) Sehubungan dengan ini,
persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini.
(AH) Oleh itu, penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan
gerai, makanan dan diri. (AK) Dengan ini, kes keracunan makanan yang sering
berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Perenggan Induktif
Ayat Kesimpulan – (AK)
Ayat fakta – (AC) / (ACD)
Ayat Generalisasi – (AT)
(AK)Kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan
lebih berkesan apabila (AC) masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh
penjual yang tidak mementingkan kebersihan. Sehubungan dengan ini,(ACD)
persatuan pengguna boleh memainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini.
Oleh hal yang demikian, (AH)penjual akan memberikan perhatian tentang aspek
kebersihan gerai,makanan dan diri. Tegasnya, (AT) tindakan memulaukan
makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat.
PERENGGAN PENUTUP
• Ayat kesimpulan – pendirian penulis
• Ayat cadangan
• Ayat cadangan
• Ayat harapan
7
Kesimpulan, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara
kita, terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak
berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang
melanggar peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada.
Kempen yang dijalankan mestilah melibatkan semua pihak. Semua pengguna
jalan raya perlulah beringat bahawa keselamatan di jalan raya ialah
tanggungjawab semua pihak.
Intihanya, kes kemalangan di jalan raya yang begitu tinggi di negara kita,
terutamanya pada musim perayaan perlu diatasi. Dalam hal ini pihak berkuasa
perlulah bertindak tegas terhadap semua pengguna jalan raya yang melanggar
peraturan dengan menguatkuasakan undang-undang yang ada. Pengguna jalan
raya janganlah bersikap “sudah terhantuk baru hendak terngadah”.
Sedarilah bahawa, keselamatan di jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak.
RUMUSAN
• Isi karangan perlulah dikembangkan
• Elakkan melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara.
• Setiap perenggan perlu sekata.
• Ayat yang gramatis.
• Penggunaan penanda wacana yang tepat.
• Menyatakan peribahasa, perumpamaan,dsb
8
ELEMEN PENTING DALAM PENULISAN
a) Ayat gramatis
Apakah yang dimaksudkan dengan ayat yang gramatis?
- Setiap ayat harus ada subjek dan predikat.
- Menggunakan laras bahasa yang betul.
- Tiada unsur kelewahan maksud / bahasa.
- Penggunaan tanda baca yang betul.
- Pemilihan diksi/kata yang tepat dengan konteks dan maksud.
- Betulkan sebarang kesalahan ejaan
b) Isi yang dikembangkan (perenggan isi)
- Ayat pertama – menyatakan isi
- Ayat yang berikutnya – mengembangkan isi, iaitu jelaskan sebab,
bagaimana, mengapa – mengiukt kesesuaian.
- Memasukkan maklumat sokongan dalam huraian untuk menyokong isi
yang dikemukakan.
- Membuat penyimpulan pada isi tersebut.
c) Olahan yang menarik
- Gunakan ragam ayat yang pelbagai
- Pelbagai jenis ayat
- Susuanan ayat
d) Kosa kata luas
Masyarakat madani
Kebejatan sosial
Prakarsa
Nostalgia
Aura
9
Idola
Terkesima
Seyogia
Hedonisme
Marcapada
implementasi
Maslahat
Memartabatkan
Sebotaj
Aroma
e) Ungkapan menarik
Contoh ungkapan yang menarik
Ibarat lotong meniti batang kayu – tidak mempedulikan orang sekeliling
Ibarat serangkap bak lembing, serumpun bak serai – gambaran
kerjasama dan muafakat
Sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga – orang yang
yakin dan bersungguh-sungguh akan memperoleh kejayaan
Suka akan gaharu kerana baunya, suka akan guru kerana ilmunya..
Ada sirih, sepah juga yang hendak dimakan- masih mengamalkan
tabiat lama yang merugikan.
Seperti anjing menyalak di ekor gajah – melakukan perbuatan sia-sia
Umpama menelan mestika embun – menerima kritikan dengan sikap
terbuka untuk kemajuan akan datang.
Setiap penyakit ada ubatnya – setiap masalah ada penyelesaiannya
10
Rumusan
Isi karangan perlulah dikembangkan
Elakkan melakukan kesalahan tatabahasa yang dianggap ketara.
Setiap perenggan perlu sekata.
Ayat yang gramatis.
Penggunaan penanda wacana yang tepat.
Menyatakan ungkapan yang menarik seperti
peribahasa, perumpamaan, slogan, kata hikmat.
Pengolahan yang menarik
PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN (KOHESIF DAN
KOHEREN)
Pengertian penanda wacana
Perkataan atau rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu
idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.
Jika tiada penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkan seluruh wacana
berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap .
Pengertian kohesi
Kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur
linguistik dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap.
Keserasian lazimnya dilihat melalui hubungan antara suatu perkataan, frasa atau
ayat, dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama
Contoh ayat kohesi
1. Ali dan adiknya pulang ke kampung
2. Mereka pergi ke sana untuk berhari raya
* Kohesi antara ayat (1) dan (2) wujud melalui pertalian antara Ali dan adiknya
dengan mereka dan antara ke kampung dengan ke sana.
11
Pengertian koheren
Koheren atau runtutan, merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam
sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna
Contoh petikan yang berkoheren
Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh demikian,
bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. Namun begitu,
teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh negara,ke alam yang bahasa
Inggeris tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu berlaku penyesuaian, iaitu
kepada suasana yang penggunaan bahasa lain menjadi selari dengan bahasa
Inggeris.
Kesinambungan idea terjalin melalui perkataan/frasa
Ayat 1 : teknologi maklumat
Ayat 2 : bahasa asas, tersebar luas ke seluruh dunia
Ayat 3 : berlaku penyesuaian, penggunaan bahasa
PENANDA WACANA
Dalam bahasa Melayu, kita dapat membahagikan penanda wacana yang
ada kepada beberapa kategori berdasarkan fungsinya.
a) Penanda tambahan:-
Selain itu, tambahan pula, lagipun, dan juga
b) Penanda akibat:-
Dengan yang demikian, oleh itu, sebagai akibatnya, jadi, oleh hal yang
demikian
c) Penanda contoh:-
Sebagai misalnya, sebagai contohnya, sebagai umpamanya,
terutamanya, khususnya
d) Penanda keterangan atau penjelasan:-
Dengan kata lain, ringkasnya, tegasnya, sebenarnya, yakni
12
e) Penanda kesimpulan:-
Intihanya (akhirnya), kesimpulannya, ringkasnya, pada keseluruhannya
f) Penanda perbandingan:-
Sebagai perbandingan, demikian juga
Untuk wujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu
wacana, penanda wacana juga berfungsi sebagai:
(1) penanda penghubung
Perkataan/frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan
maklumat lain dalam wacana.
(a) penghubung tambahan
(b) penghubung tentangan
(c) penghubung musabab
(d) penghubung tempoh
Penghubung Tambahan
Penghubung yang memberi maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang
diperkatakan sebelumnya , contohnya: dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-
lebih lagi, di samping itu, selanjutnya.
Contoh penggunaan penghubung tambahan dalam ayat:
Kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. Undang-undang
bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, malahan menentukan bahawa
kuasa itu digunakan dengan munasabah, adil, jujur, dan saksama.
Penghubung Tentangan
Penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang
baharu diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama,
contohnya: tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun
13
Contoh penggunaan penghubung tambahan dalam ayat:
1 Ali dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun tersebut.
namun hatinya masih teringat akan kampung halamannya.
2. Morfem bebas boleh bersifat bebas dan terikat. Morfem bebas ialah
morfem yang dapat wujud bersendrian. Sebaliknya, morfem terikat ialah
morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain.
Penghubung Musabab
Penanda wacana yang mengaitkan sebab berlakunya sesuatu. Contoh :
Kerana, oleh, oleh sebab, oleh itu, oleh demikian, dengan itu, maka itu
1. Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh
demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris.
2. Sebenarnya semua pihak patut terasa terpanggil untuk menangani
masalah sosial dalam masyarakat kini. Dengan itu, kejayaan dapat
dicapai dengan segera
Penghubung Tempoh
Penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya
sesuatu.Contoh : pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu,
maka, akhirnya
KESIMPULAN
Kecekapan dan kemahiran menggunakan penanda wacana membolehkan
seseorang penulis dapat menyambung pemikiran dan idea secara berkesan,
jelas, menarik, dan yang lebih penting dapat menyalurkan idea-idea kepada
pembaca dengan jelas.
Oleh sebab kemahiran ini wajar dikuasai untuk menghasilkan penulisan
yang menampakkan wacana yang utuh maka diharapkan para pendidik
14
berupaya mendedahkan kecekapan penggunaan kata penanda wacana kepada
para pelajar agar mereka mahir menggunakan kata-kata tersebut.
PENGAJARAN KARANGAN BERASASKAN PENDEKATAN PROSES
Teknik Menulis Karangan
1. Teknik Penyoalan
Tajuk : Banjir di tempat saya
• Aktiviti 1 :
- Murid bercerita tentang pengalaman banjir di tempat mereka.
• Aktiviti 2 :
- Murid melihat gambar tunggal (banjir)
- Murid membina ayat berdasarkan gambar.
- Murid membaca ayat – ayat yang dicatat guru di papan tulis.
Aktiviti 3 :
Murid dalam kumpulan menjawab soalan – soalan yang diberikan.
Murid bercerita tentang gambar berpandukan soalan – soalan.
Wakil setiap kumpulan bercerita dengan penuh penghayatan.
Murid membuat penilaian berdasarkan senarai semak.
Soalan – soalan :
1. Bilakah banjir berlaku?
2. Mengapakah banjir berlaku?
15
3. Siapakah yang menjadi mangsa?
4. Bagaimanakah mangsa menyelamatkan diri?
5. Siapakah yang menyelamatkan mangsa?
6. Apakah benda – benda yang musnah?
Soalan – soalan :
1. Bila dan dimanakah kejadian banjir berlaku?
2. Mengapakah banjir berlaku?
3. Siapakah yang menjadi mangsa ketika banjir berlaku?
4. Apakah yang dilakukan oleh mangsa ketika banjir?
5. Bagaimana mangsa menyelamatkan diri dan harta benda ketika banjir?
6. Siapakah yang menolong mangsa?
7. Ke manakah mangsa di bawa?
8. Apakah yang musnah ketika banjir?
9. Apakah perasaan mangsa banjir?
10. Apakah tindakan yang perlu di ambil untuk mengelakkan banjir?
11. Negeri manakah yang kerap mengalami banjir dan mengapa?
Teknik Menulis Karangan
a) Jenis karangan : Fakta
Teknik : Membina ayat topik dan ayat huraian.
Tajuk : Membincangkan langkah – langkah membaca di kalangan remaja.
Aktiviti 1 :
- Murid membaca tajuk karangan secara senyap.
- Murid dikehendaki mengenal pasti kata kunci yang terdapat dalam
16
tajuk karangan.
i. ______________________
ii. _____________________
iii. _____________________
iv. _____________________
Aktiviti 2 : (Bahagian Pendahuluan)
- Murid menjawab soalan yang berikut :
1. Budaya membaca dalam kalangan remaja semakin berkurangan?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan budaya membaca?
3. Mengapakah remaja tidak gemar membaca?
4. Oleh itu beberapa langkah perlu diambil untuk memupuk semula budaya
membaca dalam kalangan remaja?
Teknik Menulis Karangan
Aktiviti 3 : (Isi 1)
Ayat topik : Apakah langkah yang boleh diambil?
Ayat huraian : Bagaimanakah langkah diambil dapat meningkatkan minat
membaca.
Peranan ibu bapa dapat memupuk minat membaca (ayat topik)
1.
2.
3.
Salin ayat – ayat di atas menjadi perenggan.
17
Aktiviti 3 : (Isi 2)
Teknik Menulis Karangan
Aktiviti 4 : (Isi 3)
Media massa memainkan peranan memupuk minat membaca (ayat topik)
1.
2.
3.
Salin ayat – ayat di atas menjad perenggan.
Aktiviti 5 : (Penutup)
- Jawab soalan di bawah :
1. Adakah semua pihak berperanan penting dalam menyemaikan budaya
membacadi kalangan remaja?
2. Adakah budaya membaca mempunyai kaitan langsung dengan
penguasaan ilmu yang luas dan seterusnya dapat digunakan untuk
memajukan negara?
- Lengkapkan ayat – ayat berikut menggunakan jawapan di atas.
Ayat 1 : Kesimpulannya, semua pihak ……………………
Ayat 2 : Budaya membaca mempunyai ……………………
Salin ayat – ayat di atas sebagai penutup.
Teknik Reaginasi
. Bermasud realiti dan imaginasi
18
2 Penghasil karangan berdasarkan objek yang boleh
dilihat,dirasa,disentuh dan bau.
3.Memasukkan unsur imaginasi terhadap objek tersebut.
4.Karangan dihasilkan melalui gabungan realiti dan imaginasi.
Cara pelaksanaan
Objek : beberapa buah buku,majalah yang tersusun rapi.
1.Tahap realiti :
Peringkat menyenaraikan ayat
Peringkat menyusun ayat
Peringkat edit ayat.
Peringkat menyenaraikan ayat.
Hasilkan ayat secara bebas berdasarkan objek.
Ayat merujuk kepada objek yang sedang diperhatikan.
Ayat mengambil kira aspek makna dan keindahan.
Contoh ayat:
Ada sekuntum bunga , sekuntum bunga mawar ,bunga terletak dalam vas
kaca,bunga terletak di atas meja, bunga berwarna merah, daunnya
berwarna hijau.
Peringkat menyusun baris
Menyusun baris supaya ada kaitan antara ayat dalam baris.
19
Menggunakan penanda wacana supaya ada kesenambungan cerita.
Ada pemambahan dan penggurangan kosa kata
Menyusun ayat supaya lebih padat
Memasukkan ayat tambahan
Peringkat edit.
Ubah perkataan supaya lebih tepat.
Ubah struktur ayat –pasifkan,aktifkan,songsangkan.
Cantumkan ayat supaya menjadi ayat majmuk.
Semak tata bahasa supaya gramatis.
Semak ejaan
Semak tanda baca
Semak perengan.
Perluasan bahagian subjek dan pradiket
Langkah pelaksanaan
Beri satu ayat berdasarkan tajuk
Tajuk : Pasar malam di tempat saya.
Ramai orang membeli belah di pasar malam.
20
Subjek – ramai orang (kembangkan)
Lelaki dan perempuan
Tua dan muda.
Bangsa melayu,cina dan India
Ayat yang akan dihasilkan (bhg.subjek)
Ramai orang membeli belah dipasar malam
Kaum wanita membeli belah dipasar malam
Ramai kanak-kanak membeli belah dipasar malam
Pelbagai kaum membeli belah dipasar malam
Ramai orang termasuk kaun wanita ,kanak-kanak, pelbagai kaum
membeli belah dipasar malam.
Peluasan bahagian pradekit
Ramai orang membeli pakaian
Ramai orang membeli makaman
Ramai orang membeli kuih mueh
Ramai orang membeli buah-buahanramai orang membeli barangan dapur.
Karangan Proses
Tidak memberatkan hasil tetapi melibatkan proses yang dilalui oleh
murid.
Murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberi oleh guru.
Boleh dijalankan secara kumpulan atau individu.
21
Bahan yang dikumpul disimpan dalam folio.
Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian
dengan tajuk karangan yang diberi kepada murid
Penggunaan bahan ICT digalakkan.
Murid menyusun isi
Murid berbincang dengan guru
Isi disusun dan murid menyediakan rangka karangan
Rangka karangan yang mantap ditulis dalam bentuk karangan yang
lengkap.
Murid mengedit karangan yang telah lengkap untuk pembetulan.
Setelah siap karangan dihantar kepada guru.
Langkah menjalankan karangan proses
Guru memberi tajuk karangan mengikut tahap kebolehan minat dan latar
belakang murid.
Murid mencari dalam pelbagai sumber dan mengumpul bahan/makumat
yang berkaitan topik dan menyediakan folio.
Murid berbincang dengan guru untuk memilih maklumat yang yang
menepati dan berkaitan topik sahaja.
Murid menyediakan rangka karangan dalam bentuk grafik.
Setelah rangka karangan menepati tajuk, murid menyediakan draf
karangan.
Proses mengedit karangan oleh rakan sebaya.
Murid menulis karangan dan menghantar kepada guru.
22
Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan proses dalam
penulisan ialah satu kaedah mengarang yang bersistem dan terancang
kepada pelajar. Melalui pendekatan ini pelajar dilatih pelajar secara
berdisiplin dalam menghasilkan karangan di samping menerapkan
kemahiran mengarang yang betul dan bermakna.
23