penubuhan syarikat

Upload: ihsan-iqka

Post on 17-Jul-2015

210 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENUBUHAN SYARIKATBENTUK DAN KAEDAH PENDAFTARAN

SkopPengenalan Organisasi SSM Pengenalan kepada Pendaftar Syarikat Akta Yang ditadbirkan Akta Syarikat 1965 Syarikat Di bawah Akta Syarikat 1965 Perbezaan Jenis syarikat/ perniagaan lain Jenis-jenis Syarikat Di bawah Akta Syarikat 1965

Skop-

- Sambungan

Proses carian nama Penubuhan syarikat Pengarah Syarikat Setiausaha Keperluan asas memastikan pematuhan Kesalahan lazim dan implikasi kesalahan

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)Mulai 16 April 2002

Syarikat

Perniagaan

SSM - FungsiAntaranya;Memastikan Akta dan undang-undang ditadbir, dikuatkuasakan dan dipatuhi

Menggalakkan tatalaku yang beretika di kalangan pengarah, setiausaha dan pegawaipegawai.

SSM Akta-akta ditadbira. Akta Syarikat 1965b. Akta Syarikat Amanah 1949 c. Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 d. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

e. Perundangan Subsidiari di bawah Akta-Akta di atas

Akta Syarikat 1965Suatu Akta yang membolehkan satu pakatan anggota/orang untuk menubuhkan pertubuhan korporat yang dikenali sebagai syarikat berdaftar. Akta ini menyediakan kemudahan untuk penubuhan syarikat, ianya mengandungi perkara berhubung dengan ahli, pemiutang, pengurusan dan penggulungan syarikat. Akta ini juga melindungi hak dan kepentingan pemegang saham khasnya dan pelabur secara amnya.

Mengapa perlukan syarikat Untuk mendapatkan keuntungan Sebagai jentera pembangunanuntuk sesebuah negara Peranan dalam sosio ekonomi Menghasilkan kekayaan dan agihan kekayaan

PERBEZAAN ANTARA SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

Ia didaftarkan di bawah Akta PendaftaranPerniagaan 1956 Perniagaan boleh dikendalikan oleh seorang (tunggal) Tuan punya perniagaan bertanggung jawab penuh atas modal dan pengurusan Biasanya perniagaan digunakan kedai runcit, dobi dan aktiviti perniagaan kecil lain

Ciri-ciri syarikat Hak memiliki harta serta mengambiltindakan undang-undang tanggungan pemilik terhad jumlah sumbangan kepada modal syarikat Ahli minima 2 orang Jangka hayatnya tidak tergantung kepada ahli tetapi melalui proses undang-undang

Jenis Syarikat Di BawahAkta Syarikat 1965

Syarikat Berhad MenurutSaham Syarikat Berhad Menurut Jaminan Syarikat Tidak Berhad

SYARIKAT BERHAD MENURUT SAHAM

Syarikat persendirian (privatecompany Syarikat awam Syarikat asing

SYARIKAT PERSENDIRIAN Menggunakan perkataan sdn bhd pada penghujung Tidak melebihi 50 ahli Kuasa tertentu untuk pindah milik saham Pelawaan saham kepada awam dilarang Pelawaan kepada awam untuk mendeposit dilarang

SYARIKAT AWAM Larangan seksyen 15 tidak terpakai Menggunakan perkataan berhad Perlu mendapatkan sijil memulakan perniagaan Mengadakan mesyuarat berkanun dan menyerahkan laporan berkanun Boleh disenaraikan

PROSES PENUBUHAN Carian nama Borang 13A

Nama dilarang melalui Warta Arahan Menteri Nama yang tidak diingini Garis Panduan Menamakan Syarikat

Nama dilarang melalui Warta Arahan Menteri

Contoh;Mahkota, Raja Muda, Asean, Amanah Saham, Tabung, Yayasan

Nama Tidak diingini Contoh; Yang ada kaitan dengan Akta Bank Dan Institusi Kewangan dan Akta lain; Nama yang dikawalct.;house broker, percukaian

Nama dikawal dan dihadkan Contoh; Cyber/MSC Rezab Melayu Putrajaya Slogan- ct. Jatidiri Perkataan lambang perjudian ct. loteri, gambling tilik nasib

DOKUMEN PENUBUHAN

M&A BORANG 6 STATUTORY OF COMPLIANCE BORANG 48A AKUAN BERKANUN OLEH PENGARAH BAYARAN- RUJUK JADUAL KEDUA

Kesan Penubuhanmewujudkan seseorang atau entity yang berasingan Syarikat menjadi orang buatan di segi undang-undang terasing dan dapat dibezakan daripada ahli-ahlinya. Sebagai suatu entiti yang berasingan, syarikat dapat memiliki harta dalam namanya syarikat itu sendiri, menanggung hutang dan liabiliti bagi pihaknya sendiri, boleh menyaman atau disaman.

KUASA SYARIKAT Apa yang diberikan olehM&A atau mesyuarat agong Seksyen 19 Jadual ketiga Akta Syarikat 1965

MODAL/SYERMinimum 2 pemegang syer Maksima 50 bagi Sdn. Tidak terhad bagi syarikat awam Minima modal berbayar RM 2

ORANG YANG TERLIBAT DENGAN SYARIKATPemegang saham

Setiausaha

Syarikat

Juruaudit

Lembaga Pengarah

Pengurusan /pekerja

AHLI/PEMEGANG SAHAM FUNGSI DAN HAK

Pindaan kepada M&A Menambah modal saham Tukar nama syarikat Pelupusan harta Membenarkan lembagamenerbitkan saham

PENGARAH(i) mana-mana orang yang menduduki tempat/jawatan pengarah walau pun dia disebut dengan nama yang lain. (ii) pengarah silih ganti atau pengarah gantian; dan (iii) mana-mana orang yang arahannya lazim diikuti oleh pengarah-pengarah sesuatu syarikat.

LEMBAGA PENGARAH

Jumlah ditetapkan dalam M&A Dilantik melalui mesyuarat Minima 2 orang Bertanggung jawab pengurusan atas syarikat Ganjaran bayaran ditentukan oleh mesyuarat

JENIS-JENIS PENGARAHPengarah Eksekutif Pengarah Bukan Eksekutif Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Pengarah Bayangan Pengarah Silih Ganti

SIAPA YANG BOLEH JADI PENGARAH Orang biasa yang cukup umur[seksyen 122] Dua orang beralamat di Malaysia[seksyen 122] Dia memegang saham kelayakan [seksyen 124, artikel 71 Table A]. Bagi syarikat awam tidak melebihi 70 tahun. Tidak boleh meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya jika dengan perletakan jawatan atau pengosongan jawatannya jumlah pengarah menjadi kurang daripada jumlah minimum[seksyen 122]

ORANG TIDAK LAYAK MENJADI PENGARAHSeorang bankrup (melainkan dengan kebenaran khas dari Mahkamah Tinggi [seksyen 125]. disabitkan atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan penganjuran atau pengurusan sesuatu perbadanan; atau mana-mana kesalahan yang melibatkan fraud dan pecah amanah yang boleh didenda dengan penjaraan untuk 3 bulan atau lebih; atau mana-mana kesalahan di bawah seksyen 132, 132A atau 303 Akta (dalam tempoh 5 tahun dari tarikh sabitan melainkan dengan kebenaran khas oleh Mahkamah Tinggi [seksyen 130].

ORANG TIDAK LAYAK MENJADI PENGARAH(samb)

Atas perintah mahkamah dibawah s.130A Seorang yang di bawah umur [seksyen 122 (2)]. Seseorang yang tak siuman atau menderita daripada penyakit mental [Artikel 72.4, Jadual Ke 4].

SETIAUSAHA. Setiausaha pertama hendaklah dinamakan di dalam M&A Cukup umur Beralamat kediaman di Malaysia Tidak boleh kosong lebih daripada 1 bulan Dilantik oleh lembaga pengarah

Kelayakan Menjadi Setiausaha

Kelayakan di bawah seksyen 139A Akta; Ahli mana-mana badan yang ditetapkan oleh Menteri; Ct. MAICSA, MIA, MACPA, MACS, Pemegang lesen yang dikeluarkan oleh ROC;

Hilang Kelayakan Menjadi SetiausahaDi bawah S. 139C Akta; Seorang yang bankrap yang belum dilepaskan Disabit kesalahan di bawah S. 130 Berhenti menjadi ahli badan yang ditetapkan Berhenti menjadi pemegang lesen setiusaha syarikat

Kehendak Asas PenyenggaraanS.54 S.119 menfailkan penyata peruntukan saham mengadakan pejabat berdaftar syarikat dan memaklumkannya kepada ROC pamirkan nama di pejabat mempunyai jumlah minima pengarah pada setiap masa mempunyai setiausaha yang berkelayakan pada setiap masa

S. 121 S.122 S. 139

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb

S.141 S.154

memfailkan penyata perubahan pegawai syarikat menfailkan resolusi borang 11

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikatsamb

-

Seksyen 143 (1). Akta menghendaki setiap syarikat mengadakan mesyuarat agung tahunan (MAT) sekali setiap tahun kalendar. MAT yang pertama dikehendaki diadakan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh penubuhan dan MAT seterusnya dalam tempoh 15 bulan selepas tarikh mengadakan mesyuarat agung tahunan yang sebelumnya

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -sambPenyerahansimpan Penyata Tahunan Syarikat Seksyen 165 (1) Setiap syarikat yang mempunyai modal saham hendaklah menyediakan suatu penyata yang dibuat pada tarikh MAT syarikat dalam sesuatu tahun itu atau suatu tarikh tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh MAT. Penyata hendaklah diserahsimpan bersama akaun yang telah diaudit.

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb.S.167 Akta menghendaki semua syarikat menyimpan rekod-rekod perakaunan. disimpan di pej. berdaftar /perniagaan entri dibuat dalamtempoh 60 hari. rekod-rekod menerangkan dengan memuasnya transaksi dan kedudukan kewangan dan yang membolehkan penyediaan suatu akaun yang benar dan adil dan yang membolehkan pengauditan ke atas akaun dijalankan dengan senang dan sempurna

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb.Pembentangan Akaun Dalam MAT Suatu kewajipan ke atas pengarah syarikat untuk membentangkan suatu akaun untung dan rugi, kunci-kunci kira-kira bersama-sama dengan laporan pengarah yang ditandatangani oleh pengarah-pengarah berkaitan keuntungan dan kerugian syarikat dan kedudukan syarikat, dalam MAT syarikat [seksyen 169 (1) (3) (5)].

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb.Pembentangan Akaun Dalam MAT Dalam tempoh 18 bulan selepas penubuhan dan yang akuan berikutnya setiap tahun kalendar dan tidak melebihi tempoh 15 bulan dari sebelumnya dibuat tidak lebih dari 6 bulan akaun berakhir mesti diaudit [ s 169(4) ]

Kehendak Asas Penyenggaraan Syarikat -samb.Pelantikan JuruauditLembaga pengarah boleh melantik juruaudit yang pertama bagi syarikat pada bila-bila masa sebelum MAT yang pertama. Mana-mana juru audit yang dilantik sedemikian memegang jawatan itu sehingga berakhirnya MAT yang pertama. Jika Lembaga gagal untuk membuat mana-mana perlantikan, perlantikan boleh dibuat dalam suatu mesyuarat agung syarikat [seksyen 172 (1)];

Menyenggarakan buku berkanunDaftar pengarah, pengurus, setiausaha Daftar ahli Daftar gadaian Daftar pemegang saham/pindahan saham Daftar pegangan kepentingan Buku minit Rekod perakaunan

Tanggungjawab PengarahPercanggahan Kepentingan Pengarah mempunyai kewajipan yang bersifat fidusiari untuk dijalankan kepada syarikat mereka. Mereka tidak boleh membenarkan suatu keadaan di mana kewajipan kepada syarikat yang sepatutnya mendapat manfaat dari tindakan mereka dan kepentingan peribadi mereka bercanggah.

Tanggungjawab Pengarah-samb

Akta Syarikat 1965 Peraturan-Peraturan Syarikat 1966

Jenis Kesalahanlaporan juruaudit yang palsu; penyerahsimpanan borang 49 yang palsu yang melibatkan penyingkiran pengarah dan penggantian pengarah; sijil berkaitan dengan syarikat sendirian yang dikecualikan yang palsu; pemberian maklumat palsu semasa semasa kenyataan direkod semasa penyiasatan;

Jenis Kesalahan (samb)pindahan saham dalam borang 32A yang mengandungi tandatangan pemegang saham yang dipalsukan; pengarah membuat pakatan sulit dengan setiausaha syarikat atau juru audit berkaitan dengan akaun syarikat; Penyerahsimpanan Borang 48A yang menyatakan bahawa dia bukan seorang yang bankrup tetapi pada hakikat sebenar dia seorang bankrup (Nota: Ini juga merupakan kesalahan di bawah The Oath and Affirmation Act 1949).

Kesan KesalahanJika seseorang disabitkan kesalahan sama ada di dalam atau di luar Malaysia berhubungan dengan pengurusan, penubuhan atau penganjuran perbadanan atau kesalahan melibatkan fraud, dan tidak amanah (termasuk rasuah) yang boleh dihukum jika disabitkan dengan penjara tiga bulan atau lebih, atau apa-apa kesalahan di bawah seksyen 132, 132A atau 303 Akta, dia tidak dibenarkan, tanpa kebenaran mahkamah, untuk bertindak sebagai pengarah atau secara langsung atau tidak melibatkan diri/mengambil bahagian dalam pengurusan sesebuah perbadanan bagi tempoh 5 tahun selepas sabitannya atau jika dia dipenjarakan, selepas dia dibebaskan. [seksyen 130].

Terima kasih