penternakan puyuh daging

Upload: syarmiezi-rodzi

Post on 06-Apr-2018

356 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    1/12

    Pembinaan Ladang

    Pemiharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Iniadalah kerana sais puyuh jauh lebih kecil dari penternakan unggas lainseperti ayam. Walaupun demikian keperluan pemeliharaan adalah

    lebihkurang sama dengan penternakan ayam. Kawasan penternakanhendaklah mengikut perundangan negeri terlibat. Sebagai contoh, baginegeri Johor penternakan puyuh memerlukan lesen mengikut keperluanEnakmen Industri Ternakan Negeri Johor.

    Didalam pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladanghendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yanglain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahanjalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanahberbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsalyang perlu didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik

    perlu diambil kira didalam pemilihan kawasan.

    Keperluan bangsal adalah tertakluk kepadakumpulan ternakan atau kekerapanpengeluaran puyuh pedaging. Sebagaicontoh, bagi pengusaha yang hendakmengeluarkan puyuh pedaging seminggusekali keperluan bangsal hendaklahsekurangnya lapan. Ini berdasarkan sistempenternakan sekali gus masuk sekali guskeluar bagi setiap bangsal. Begitu juga bagi

    keperluan kawasan. Sais bangsal untukmemuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjangdan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan sekor sebanyak210 sentimeter persegi. Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2bangsal. Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakan gangguandari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih lagi mempunyai sifat terkejutdan 'excitability' yang boleh menjejaskan prestasi.

    Bagi penternakan puyuh pedaging pada lazimnya pengusaha digalakanmenjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses.Dengan cara ini pengusaha diperlukan mengadakan logi pemprosesan

    sendiri. Logi ini hendaklah berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunanyang diperlukan bergantung kepada jumlah pemprosesan yang hendakdijalankan. Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpananstok puyuh proses.

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    2/12

    2. Sistem Pengurusan

    Sistem pemeliharaan diatas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali guskeluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuhberada didalam satu bangsal. Dengan sistem ini pengurusan adalah lebihsempurna dengan kawalan penyakit yang baik. Sistem pemeliharaanmenggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan.Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannyadipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

    3. Bekalan anak puyuh

    Puyuh yang digunakan untuk pengeluaran daging adalah Japanese quail( Coturnix japonica ). Bekalan anak puyuh untuk pedaging dari pengusahatempatan lazimnya dari jenis penelur. Akantetapi ada terdapat penternakpuyuh baka yang menggunakan puyuh berbadan besar yang diimpot darinegara luar. Dari segi rupa dan diskripsi kedua puyuh jenis pedaging danpenelur adalah dari jenis yang sama. Bezanya adalah bagi kegunaanpengeluaran daging puyuh ini telah menjalani pemilihan dan pembiakanuntuk menghasilkan daging yang lebih. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dariInstitut Kemajuan Ternakan Ayam telah menghasilkan puyuh jenis pedaging

    ( dari jenis Coturnix japonica ) hasil dari pemilihan dan pembiakan yangdijalankan. Puyuh ini telah diberi nama PUYUH IKTA. Tentukan pengusahamendapat bekalan anak puyuh pedaging dari pembekal anak puyuhpedaging IKTA keluaran Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Ini mempastikanbahawa pengusaha mendapat anak puyuh berkualiti tinggi.

    Pengurusan Penternakan

    Peringkat Perindukan

    Dalam sistem pemeliharaan diatas sampahsarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14hari dipelihara dalam sistem kepunganmenggunakan kadboard serta hoover ( alatpemanas ). Sebanyak 1000 ekor anak puyuhditempatkan dalam satu kepongan. Luaskawasan semasa perindukan adalah 30sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    3/12

    bilamana kepongan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruhbangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepongan setinggi91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa.Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udarasejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak

    puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulangmakanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekoranak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketamankayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpahad.

    Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuhdiindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklahdialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagimengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastikatau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari

    lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiappetak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anakpuyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelenesheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

    Peringkat Pembesaran

    Didalam sistem pemeliharaan diatas sampahsarap, kepongan akan dibuka selepas anakpuyuh berumur 10-14 hari dimana anakpuyuh akan berada sepenuhnya didalam satubangsal sehingga dijual. Selepas perindukanbekas minuman otomatik digunakan untukmenampong 200 ekor puyuh setiap satu danbekas makanan gantung digunakan untuk100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perludiberikan sentiasa tanpa had untukmenentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan.

    Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamatpemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari. Pada ketika iniberat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram sekor. Sila lihat Lampiran2 untuk piawaian puyuh pedaging IKTA. Puyuh akan ditangkap dan dihantaruntuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatanuntuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umurkematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualitidaging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari.

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    4/12

    Bagi sistem pemeliharaan didalam kotak kayukhas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastikpenutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu jugadengan kepongan di bangsal. Kertas alashendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan

    diatasnya. Bekas minuman masih digunakan danditempatkan didalam kotak manakala palungmakanan hendaklah digunakan untuk pemberianmakanan. Palung makanan hendaklah digantung

    disebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petakboleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging. Kebanyakanpenternak menggunakan kotak kayu bertingkat untuk tujuan pembesaran.Gambarajah 2 menunjukkan contoh kotak pembesaran. Puyuh akandibesarkan didalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman danmakanan digantung diluar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkandidalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak. Lazimnya

    hendaklah diberikan

    Pemakanan Puyuh

    Puyuh diberi makanan dari jenis 'Quail Starter mash' atau MakananPermulaan Puyuh. Kandungan nutrien yang disyorkan adalah seperti diLampiran 3. Tentukan pengusaha menggunakan makanan jenis ini untukmempastikan pembesaran yang cepat. Di lapangan banyak pengusahapuyuh pedaging tempatan tidak menggunakan makanan dari jenis ini.Makanan permulaan ayam pedaging digunakan dengan meluas bagimemberi makan puyuh pedaging. Keadaan ini berlaku kerana syarikat

    pembuat makanan ternakan tidak menjual makanan puyuh pedaging keranavolume yang kecil. Walaubagaimanapun pengusaha besar bolehmendapatkan makanan puyuh pedaging dengan rundingan terus kepadapengeluar makanan

    Kesihatan

    Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakittetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat padaunggas yang lain. Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah sepertiUlcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat

    pemangsa sejenis, keadaan 'flighty behaviour' dan pergaduhan keranaperebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian.Pengusaha adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan JabatanPerkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan keataspenyakit puyuh dari masa ke semasa.

    Pengurusan Alam Sekitar

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    5/12

    Pengusaha penternakan puyuh pedaging adalah dinasihatkan supayamematuhi segala peraturan dan undang-undang berkaitan denganpenternakan. Perkara-perkara yang dititikberatkan dalam penternakanpuyuh adalah seperti masalah lalat, berbau busuk dan melepaskan airbuangan ladang kedalam sungai. Adalah menjadi satu kesalahan bagi

    pengusaha untuk melanggar apa-apa peraturan yang terkandung didalamundang-undang alam sekitar. Pengusaha adalah dinasihatkan untukmendapat maklumat yang lebih jelas dari Jabatan alam sekitar berhampirandi negeri masing-masing.

    Amalan Pengurusan Penternakan Yang Baik(Good Animal Husbandry Practices - GAHP)

    Cara penternakan yang diamalkan sekarang jauh dari yang dikehendakiuntuk memenuhi keperluan pelanggan masakini. Penternak harusmenitikberatkan sistem pemeliharaan yang disyorkan bagi menjaminkehendak pelanggan ( pengeluaran hasil yang bersih ) dan pulangankeuntungan yang optimum. Mengamalkan GAHP meningkatkan keyakinankeatas kebersihan dan keselamatan makanan dan ini dapat meningkatkanperniagaan luar dan dalam negeri.

    Kedudukan ladang

    Ciri-ciri yang baik didalam memilih tempat untuk penternakan puyuh adalahseperti berikut :

    a. Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampongan.b. Jauh dari ladang unggas yang lain.c. Mempunyai hubungana jalanraya untuk kemudahanpengangkutan barang-barang input dan output.d. Tanah yang datar tetapi tidak mudah dinaiki air.e. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.

    Perumahan

    Perumahan bagi penternakan puyuh pedaging mementingkan keselesaandari alam sekitar dan keselamatan dari pemangsa. Puyuh amat sensitifkeatas kedua perkara tersebut. Dimensi bangsal terpulang kepada sais

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    6/12

    penternakan yang hendak dijalankan. Beberapa perkara harus dipatuhiuntuk menjamin pengeluaran yang maksimum.

    f. Tentukan paksi panjang mengikut arah timur/barat. Inimenentukan cahaya matahari tidak banyak dapat memasuki bangsalyang boleh mengakibatkan kenaikan suhu didalam bangsal.g. Jarak antara bangsal hendaklah jangan kurang dari 15.38 meteruntuk menjaga dari perebakan penyakit dari bangsal kebangsal.h. Tentukan kedudukan bangsal tidak dihalangi oleh pokok pokokbesar atau bangunan yang boleh menghalang peredaran udara yangsempurna. Elakan kawasan yang lembab.i. Lebar bangsal dihadkan sehingga 12.3 meter sahaja.j. Panjang bangsal bergantung kepada kontour tanah dan sistemperalatan yang digunakan.

    k. Gunakan atap bangsal diperbuat dari aluminium.l. Tepi bangsal perlu ditutup dengan dawai atau setaraf untukmencegah kemasukan burung atau pemangsa.m. Lantai bangsal mesti disimin untuk kebersihan dan kesenanganpengurusan.n. Peparitan sekeliling bangsal perlu ada untuk mengalirkan air darihujan ke parit besar.

    Pembersihan Bangsal

    Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsalperlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersihdari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuhseterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :

    o. Keluarkan sampah sarap lama/najisp. Keluarkan dan cuci peralatan makananq. Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik.

    r. Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung.Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal.s. Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan'High pressure sprayer' amat digalakan.t. Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhanmengikut syor dan peraturan pembekal.

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    7/12

    Persiapan Penerimaan Anak Puyuh

    Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan 'polyethelene sheets' bagimengelakan kemasukan angin sejuk dari luar. Hanya 3/4 ketinggian tepibangsal yang perlu ditutup. Ketaman kayu atau bahan setaraf yang boleh

    menyerap air dan selamat digunakan setebal 7.6 sentimeter hendaklahdialaskan keatas lantai. Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah samadengan peralatan ternakan ayam . Bulatan untuk perindukan 1000 ekor anakpuyuh serta peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaananak puyuh.

    Bagi sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal perlu juga ditutup.Gunakan kertas dari jenis ' corrugated paper ' untuk dijadikan alas lantaididalam kotak. Tempatkan lebihkurang 100 ekor anak puyuh untukperindukan bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan sebelumkemasukan anak puyuh.

    Perindukan

    Anak puyuh perlu dimasukkan kedalam bangsal sebaik sahaja sampai diladang. Penangguhan akan menyebabkan anak puyuh menjadi lemah danmengakibatkan kematian yang tinggi. Pengurusan perindukan amatlahpenting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkanperatus kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat.Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan

    suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna. Keperluan suhuyang sesuai adalah 35 - 36 C pada 3 hari pertama. Selepas itu suhu didalambilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari. Pemberian haba tamat padahari ke 10. Pengurusan yang paling baik adalah dengan mengikut keperluananak puyuh dan keadaan cuaca pada hari berkenaan. Suhu yang rendahmengakibatkan kematian puyuh kerana bertindih. Manakala suhu yangterlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan.Tempoh perindukan adalah 10 ke 14 hari. Air bersih hendaklah diberikansetiap hari. Guli-guli kaca ditempatkan didalam bekas minuman bagimengelakkan anak puyuh mati lemas. Bekas minuman dan guli-guli perludibersihkan setiap hari. Pemberian makanan dilakukan setiap hari. Tentukan

    jumlah makanan yang diisikan kedalam bekas mencukupi dan tidakmembazir. Tentukan hanya makanan yang bersih diberikan. Anak-anakpuyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang. Pemberianantibiotik boleh diberikan mengikut keadaan. Pengusaha dinasihatkanberhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkannasihat penggunaan ubatan.

    Pembesaran

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    8/12

    Selepas sahaja perindukan, didalam sistem pemeliharaan diatas sampahsarap, kepongan dibuka dan puyuh dibiarkan membesar diatas lantaisampah sarap. Sampah sarap setebal 7.62-12.7 sentimeter perlu diberikan dikawasan pemeliharaan. Gunakan bekas minuman otomatik kepada puyuh.Tentukan paras bekas minuman rendah dan dapat diminum oleh semua

    puyuh. Paras air didalam takongan bekas minuman otomatik perlu jugakeparas yang dapat diminum oleh puyuh. Bekas minuman perlu dicuciselalu. Pemberian air bersih hendaklah diberikan untuk menjaga kesihatanpuyuh. Bekas makanan gantung digunakan selepas perindukan dengankadar satu bekas untuk 100 ekor puyuh. Jumlah makanan yang diisi tidakperlu penuh kerana jumlah tabongan makanan didalamnya adalah besar.Adalah penting makanan yang segar diberi setiap hari. Gantungkan bekasmakanan keparas yang dapat dimakan puyuh.

    Bagi pemeliharaan didalam kotak khas, selepas perindukan, tutupan diataskotak perlu dibuka. Alas kertas hendaklah dibuang dan puyuh dipelihara

    diatas lantai kotak. Air minuman disyorkan dengan menggunakan bekasminuman air untuk 80 ekor ( satu petak ). Palung makanan hendaklahdigantung disebelah luar untuk kemudahan pemberian makanan.

    Pengurusan Lain

    Puyuh yang mati perlu dikeluarkan setiap hari dan dimusnahkan. Elakkangangguan dari ternakan lain dikawasan penternakan puyuh dan kemasukanorang yang tidak berkenaan ke dalam bangsal.

    Membenteras penyakit yang paling berkesan adalah dengan pengawalan.Menjaga kebersihan kawasan dan bangsal perlu sentiasa diberi tumpuan.Jika berlaku penyakit, pengusaha dinasihatkan untuk berhubung denganJabatan Perkhidmatan Haiwan atau Doktor Veterinar untuk mendapatkannasihat. Apabila menggunakan ubatan, pemberian hendaklah mengikutkadar yang disyorkan. Pengusaha perlu menjaga keperluan kegunaan ubatan

    termasuk 'withdrawal period' sebelum puyuh diproses.

    Penangkapan Puyuh untuk Diproses.

    Apabila umur puyuh telah mencapai umur jual maka puyuh hendaklahditangkap dan dimuatkan kedalam bakul untuk penghantaran ketempatpemprosesan. Penangkapan perlu dijalankan dengan baik untukmengelakkan kecederaan puyuh. Puyuh-puyuh sebelum disembelih

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    9/12

    diberhentikan pemberian makanan sekurang-kurangnya 12 jam sebelumditangkap.Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos makanan tetapi menjaminpemprosesan yang bersih dari sisa makanan dan najis. Penangkapanhendaklah dijalankan dengan cepat dan elakkan puyuh terperanjat. Gunakanpenghalang untuk memudahkan pekerjaan. Elakkan dari menendang dan

    membaling puyuh. Tangkap puyuh secukupnya dan dipegang dibahagiankaki puyuh. Muatkan kedalam bakul dengan memasuki kepala dahulu.Masukan secukupnya bilangan puyuh kedalam bakul dan elakkan darikesesakan.

    Pemprosesan Puyuh

    Puyuh yang telah sampai ketempat pemprosesan perlu diproses secepatmungkin. Bakul-bakul puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khasyang disediakan untuk pemunggahan. Kebersihan perlu dijaga semasamelakukan penyembelihan. Keadah penyembelihan mengikut kehendak

    hukum Islam perlu dilaksanakan. Teknik penceluran dan pembuangan buludijalankan dengan baiknya untuk mengelakkan berlaku kerosakan keataskarkas seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur. Tentukan pembuanganisiperut dilakukan dengan sempurna sehingga bersih. Paru-paru mestidikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah dibasuh dengansebersihnya dan disejukkan sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasansentiasa berada dalam keadaan bersih. Puyuh-puyuh yang telah siapdibungkus hendaklah disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan.

    Penyimpanan Rekod

    Penyimpanan rekod pemeliharaan adalah penting bagi pengusaha untukmenganalisakan kejayaan atau kegagalan penternakan. Rekod membantupengusaha mengenal pasti kelemahan pengurusan dan tindakan serta mertaboleh diambil apabila mendapati masalah.

    Pemasaran

    i. Anak Puyuh

    Bagi pengusaha puyuh baka, hasil penjualan adalah anak puyuh. Kadarharga yang dikenakan didapati sangat berbeza diantara negeri-negeri

    dan didalam kawasan sesebuah negeri. Rajah menunjukkan hargapenjualan anak puyuh mengikut negeri.

    Harga Penjualan Anak Puyuh Pedaging Komersil

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    10/12

    NegeriHarga Anak puyuh Pedaging

    (sen / ekor)

    Johor 40

    Kedah 30

    Kedah 30,40,50,60,100

    Kelantan 30,35,50

    Negeri Sembilan 40

    Pahang 50

    Perak 35,40

    Terengganu 35,40

    Sarawak 55,100

    WP Labuan 80

    Perbezaan harga kerana berikut :

    a. ada pengusaha menjual anak puyuh melebihi umur sehari.b. kos pengeluaran yang berbeza.c. jenis puyuh yang berbeza ( antara puyuh pedaging danpenelur ).

    ii. Puyuh Proses

    Didalam penternakan puyuh, penjualan dari ladang adalah dalam

    bentuk bersih diproses. Kebanyakan pengusaha puyuh pedagingmempunyai kemudahan pemprosesan. Penjualan puyuh ada beberapabentuk mengikut negeri/kawasan penternakan. Penjualan secaraseekor adalah paling popular dikebanyakan negeri. Puyuh-puyuhproses dijual mengikut ekor dan ada beberapa gred puyuh. Gred puyuhtidak seragam untuk kebanyakan pengusaha. Negeri Kelantan danPahang menjual mengikut berat sekilogram.

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    11/12

    Rajah menunjukkan gred dan harga jualan yang diamalkan mengikutnegeri. Puyuh proses biasanya dijual kepada peniaga-peniaga restoran,pasar malam dan pasaraya.

    Gred dan Harga Puyuh Mengikut Negeri ( 1998 )

    Negeri Gred Harga

    Kedah A( 150 - 180 gm/ekor ) 1.50 / ekor

    B ( kurang dari 150 gm/ekor ) 1.20 / ekor

    1.10 / ekor

    Perak Borong 1.60 / ekor

    Selangor A (minima 2.0 kg / 10 ekor )

    B (minima 1.6 kg / 10 ekor )C (minima 1.45 kg / 10 ekor )

    2.00 / ekor

    1.70 / ekor1.50 / ekor

    Negeri Sembilan A ( melebihi 1.5 kg / 10 ekor )B ( 1.30 - 1.45 kg / 10 ekor )C ( 1.00 - 1.20 kg / 10 ekor )

    1.75 / ekor1.60 / ekor1.10 / ekor

    Johor AA ( melebihi 190 gm / ekor )A ( 170 - 190 gm / ekor )B ( 150 - 170 gm / ekor )

    2.10 / ekor1.90 / ekor1.70 / ekor

    Terengganu 1.10 - 1.20 gm / ekor 1.50 - 1.60 / ekoratau 12.00 / kg

    Kelantan 100 gm / ekor110 gm / ekor160 gm / ekor180 gm / ekor

    12.00 / kg13.00 / kg18.00 / kg20.00 / kg

    Piawaian Puyuh Pedaging IKTA

    Berat Hidup ( Purata Jantan dan Betina )

  • 8/3/2019 PENTERNAKAN PUYUH DAGING

    12/12

    1 hari 10 gram

    7 hari 40 gram

    14 hari 90 gram

    21 hari 160 gram

    28 hari 220 gram

    35 hari 270 gram

    42 hari 290 gram

    Kadar Penukaran Makanan

    7 hari 1.07

    14 hari 1.58

    21 hari 1.89

    28 hari 2.18

    35 hari 2.64

    42 hari 3.03

    Kadar Kematian ( Kumulatif )

    7 hari 1.07 - 1.90

    14 hari 1.58 - 2.90

    21 hari 1.89 - 3.90

    28 hari 2.18 - 4.90

    35 hari 2.64 - 5.90

    42 hari 3.03 - 6.50