pentaksiran sekolah
TRANSCRIPT
1
Pentaksiran Sekolah
2
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Sekolah
3
Integrasi Pengajaran, Pembelajaran Dan Pentaksiran
4
Pentaksiran Sekolah
Bukan suatu yang asing daripada pengetahuan, pengalaman dan praktis
guru di sekolah pada masa ini
5
Fungsi Pentaksiran Sekolah:
Mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid untuk
• Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat
• Mengetahui sejauh mana mereka telah menguasai apa yang dipelajari
• Membantu memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran murid
6
1.Meningkatkan pencapaian 2.Memperbaiki kelemahan/masalah
murid dlm pembelajaran 3.Menjadi motivasi kpd murid untuk
belajar 4.Mengubahsuai strategi pengajaran
Peranan Pentaksiran Sekolah
7
2 Bentuk Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Formatif (Peringkat Pembentukan)
Pentaksiran Sumatif (Peringkat Merumuskan)
Bagaimana Menyediakan Rancangan Mengajar untuk
Mengajar dan Mentaksir Berasaskan Standard
Bahan Pengajaran yang diperlukan
• Salinan Standard Kurikulum dan Standard Prestasi
• Buku teks, alat Bantu mengajar yang relevan lain
• Bahan pentaksiran
Sikap Yang Perlu ada• Sikap terbuka bahawa semua murid perlu
diberikan perhatian • Persediaan mengajar perlu dilaksanakan
sebelum masuk setiap kelas• Panggil nama murid dalam kelas seramai yang
boleh setiap kali mengajar. Di kelas akan dating pastikan semua nama murid telah disebut dan berinteraksi dengan mereka.
Persediaan Sebelum masuk ke setiap kelas• Pastikan semua alat bantu mengajar telah
disediakan dan ada• Ketahui dan hafal nama semua murid dalam
kelas
Langkah menyediakan Rancangan Mengajar
1. Baca secara teliti dan fahamkan Standard Kurikulum dan Standard Prestasi. – untuk siapakah ianya dimaksudkan
2. Tentukan kemahiran apakah yang hendak diajarkan – contoh ; kemahiran menulis mengikut abjad, kemahiran mengira dua angka satu digit,
3. Rancangkan tugasan dan pentaksiran yang relevan, mencabar dan dapat menguji pencapaian murid dalam apa yang mereka telah pelajari. Perancangan perlu dibuat sekarang supaya aktiviti pembelajaran dapat dirancang berdasarkan kemahiran yang meraka perlu murid kuasai.
4. Tuliskan objektif pengajaran menggunakan perkataan kata tugas yang boleh diukur yang berkaitan kemahiran yang hendak diajar – Contoh; Murid boleh mengira jumlah dua angka dua digit dengan tepat.
5. Rancangkan set induksi yang sesuai untuk mengajar angka dua digit. Gunakan pengetahuan sedia ada murid. Lakukan provokasi yang merangsang minda murid yang boleh menimbulkan keseronokan untuk mengetahui lebih lanjut tentang nombor.
6. Tuliskan langkah-langkah pengajaran yang dapat melatih murid dan pada masa yang sama laksanakan penyoalah yang dapat mengetahui kemahiran yang telah dikuasai setiap murid.
6. Berbincang dengan setiap murid tentang pencapaian mereka berbanding standard prestasi dan Band yang mereka telah kuasai dan cadangkan langkah selanjutnya untuk penambahbaikan penguasaan yang lain atau pengukuhan kemahiran yang sama.
13
Pentaksiran Formatif
Semasa dan sepanjang proses p&p menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan sumber yang ada dalam mengelola, merekod, menterjemah dan melapor maklumat
Membuat pertimbangan menggunakan pelbagai maklumat dan membuat penilaian (bertulis atau verbal) bagaimana memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran murid
14
Pentaksiran Formatif
Tidak membanding murid dengan murid lain
Tidak meletakkan murid pada suatu skala nombor/abjad/band/skor/markah yang menunjukkan kedudukan tinggi/rendah
Hasil pentaksiran ialah maklum balas (feedback)
15
Pentaksiran Sumatif
Di hujung unit pembelajaran
Membuat pertimbangan menggunakan pelbagai maklumat dan membuat penilaian (bertulis) tentang prestasi, pencapaian dan keperluan murid untuk meneruskan pembelajaran
Maklumat dlm bentuk kualitatif dan/atau kuantitatif mengikut standard yang ditetapkan oleh sekolah
Tidak membandingkan murid dgn murid
16
Pentaksiran Rujukan Standard
Proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh sekolah mengikut tahap-tahap pencapaian seperti dihasratkan dalam dokumen kurikulum
17
Peranan Guru dlm Pentaksiran Sekolah
Menjadi pemudahcara dalam proses pembelajaran
Membuat pemerhatian langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran
Mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid
Memberi maklum balas tentang pembelajaran murid
Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperolehi
18
Peranan Murid dlm Pentaksiran Sekolah
Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari
Mengetahui bagaimana standard hendak dicapai
Melaksanakan tugasan yang diberikan supaya apa yang diketahui dan boleh dibuat boleh ditaksir
19
Peranan Ibu bapa dlm Pentaksiran Sekolah
Membantu anak-anak dalam pembelajaran berdasarkan maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber pentaksiran
Memahami potensi, kekuatan dan kelemahan anak-anak
Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences)
Membantu anak-anak mencapai apa yang dihasratkan
20
Pernyataan kriteria umum yang mendefinisikan hasil pembelajaran,
Gambaran secara menyeluruh tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran
Pernyataan yang memberi makna dalam bentuk deskriptif kepada angka, abjad atau perkataan seperti Cemerlang, kepujian, baik dan belum menguasai bagi menjelaskan apa yang murid tahu dan boleh buat hasil daripada pembelajarannya
Pernyataan tentang standard diletakkan dalam kategori tertentu seperti Band (Band 1, Band 2 …) disusun mengikut hieraki, dijelaskan dengan diskriptor yang menyatakan tingkahlaku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu.
Standard Prestasi (Performance standard )
21
Matamat Pendidikan Prasekolah: Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke Tahun Satu sekolah rendah.
BAND STANDARD PRESTASI TERAS PENGOPERASIAN STANDARD
BAND 4Cemerlang
Boleh melakukan aktiviti melalui keupayaan sendiri dengan tepat, cekap dan konsisten semasa menjalankan aktiviti dari pelbagai tema tanpa memerlukan bantuan
Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan sendiri dengan: •Tepat: Betul/sempurna mengikut tugasan/arahan•Cekap: Dapat melaksanakan dalam masa yang ditetapkan•Konsisten: Sentiasa, selalu atau kerap mempamerkan •Tanpa memerlukan bantuan: Memahami arahan/tugasan sendirI
BAND 3Baik/Kepujian
Boleh melakukan aktiviti pelbagai tema dengan tepat sehingga selesai tanpa memerlukan bantuan
Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan sendiri dengan: •Tepat: Betul/sempurna mengikut tugasan/arahan•Tanpa memerlukan bantuan: Memahami arahan/tugasan sendiri
BAND 2Sederhana
Kerap memerlukan bantuan apabila melakukan aktiviti dari pelbagai tema namun masih boleh melakukannya sehingga selesai
Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan dengan: •Kerap memerlukan bantuan tetapi masih boleh melakukannya sehingga selesai
BAND 1Perlu bimbingan
Sukar memahami arahan untuk menjalankan aktiviti dari pelbagai tema, oleh itu bimbingan bantuan sentiasa diperlukan namun masih tidak dapat melakukannya dengan baik sehingga selesai
Masih tidak dapat melakukan aktiviti/tugasan dengan baik sehingga selesai walaupun•Bimbingan bantuan sentiasa diberikan
Contoh Standard Prestasi bagi Prasekolah
22
PELAPORAN
Dua jenis pelaporan:
1. Formatif
2. Sumatif
23
PELAPORAN FORMATIF
- Tidak wajib, apabila diperlukan sahaja
- Verbal atau bertulis berdasarkan rekod hasil kerja murid yang dikumpul dlm portfolio dan/atau database
- Tidak dilaporkan ke pusat secara berkala
- Tidak semestinya mengikut pernyataan standard prestasi
24
PELAPORAN SUMATIF
- Wajib disediakan
- Menunjukkan perkembangan pencapaian atau menguasaan mengikut standard prestasi
- Merumus pencapaian atau penguasaan secara kualitatif dan kuantitatif
- Data kuantitatif dihantar ke pusat untuk digabung dengan Pentaksiran Pusat mulai Tahap 2
- Tidak semestinya berdasarkan ujian tunggal di hujung unit pembelajaran
25
CARTA PERKEMBANGAN MURIDKEMAHIRAN MENGIRA
NAMA:
0
1
2
3
4
0 1 2 3 4 5 6 7 8
BULAN
BA
ND
BALA
CONTOH CARTA PERKEMBANGAN MURID: SUMATIF (KUANTITATIF)
26
CONTOH LAPORAN PERKEMBANGAN MURID:SUMATIF (KUALITATIF)
Boleh menggunakan kemahiran operasi asas Matematik tambah dan tolak untuk nombor bulat, wang, masa dan waktuMenyatakan semua kemungkinan hasil tambah dan tolak pasangan dua nombor
Boleh membuat ayat dalam satu perenggan berdasarkan gambar/pengalaman/tajuk dengan konsisten,
Tulisan yang boleh dibaca, Jarak antara perkataan yang sesuai, Tanda baca yang betul
Boleh membaca dan memahami petikan / teks yang mengandungi 5 ayat mudah, Jelas : sebutan, Lancar : bacaan. Dapat menjawab soalan berasaskan petikan yang telah dibaca. Konsisten : Sebutan jelas, bacaan lancar dan memahami dengan betul.
INSAN KAMIL
1 ZAHRAH
27
Boleh menunjukkan cara berinteraksi, bergaul dan bekerjasama secara interpersonal dan dalam kumpulan dengan harmoni dan berhemah dengan mesra.
Murid mempunyai dan mempamerkan nilai murni secara konsisten tanpa perlu pengawasan oleh guru dan masyarakat.
CONTOH LAPORAN PERKEMBANGAN MURID:SUMATIF (KUALITATIF)
REKOD PEMBELAJARAN
1 2 3 4 5 6
15
1 2 3 4 5 6
29
Sekian