penjodoh bilangan

11
ling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayatberikut. 1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus __________ kawat berduri. A utas B gulung C gelung D bidang 2 __________ bunga kenanga terselit ada sanggul !"#ia A !e$ambak B !ekuntum C !e$ambangan D !ebatang % !au tangan itu di$ahit dengan se __________ benang. A utas B untai C gulung D lembar & '(asukkan se __________ garam ke dalam lauk itu,' kata (ak Cik !almah keada )amilah. A *uit B *ubit C *"let D genggam + __________ awan mendung berarak ditiu angin ke arah utara. A !egugus B !ekel"m"k C !ehamaran D !ekumulan Beberaa __________ ulau yang indah terdaat di Phuket, hailand. A kel"m"k B t"m"k C buah D bi$i !e __________ kata un tidak tertulis walauun sudah dua $am dia menghada me$a tulisnya. A atah B "t"ng C *ebis D untai

Upload: long-winnie

Post on 05-Oct-2015

261 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM Latihan

TRANSCRIPT

ling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayatberikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus__________ kawat berduri.A utasB gulungC gelungD bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul SofiaA SejambakB SekuntumC SejambanganD Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.A utasB untaiC gulungD lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmahkepada Jamilah.A cuitB cubitC coletD genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.A SegugusB SekelompokC SehamparanD Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.A kelompokB tompokC buahD biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.A patahB potongC cebisD untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.A bijiB ulasC buahD buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.A cebisB bentukC lembarD cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.A butirB dasC bijiD pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .A papanB kepingC naskhahD rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.A barisB patahC rangkapD buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.

Gambar 1

13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.A gelungB papanC mataD biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.A puntungB berkasC kotakD pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknyamendapat __________ .A sebijiB seruasC sehirisD seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di KampungSungai Kota.A pintuB papanC bidangD rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.A seutasB sebilahC sejambakD serumpun

Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untukmencantikkannya.A ulasB butirC kepingD potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.A segulungB segelungC sekajangD sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.A sekepingB selembarC senaskhahD sehelai

21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.A biji ... buahB sisir ... ikatC tandan ... gugusD sikat.....longgok

22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.A biji ... batangB buah ... batangC bekas ... bilahD butir ... bilah

23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, diameletakkannya di atas se __________ almari.A kuntum ... bijiB bakul ... buahC jambak ... deretD jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan__________ tali untuk mencari rotan.A sebentuk ... selembarB sebatang ... segelungC selaras ... segulungD sebilah ... seutas

25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.A seekorB secubitC seketulD segenggam

26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.A segugus ... setangkaiB segugus ... seikatC sebiji ... selonggokD setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.A sekuntum ..... sebilahB sejambangan ..... seberkasC setangkai ..... sepucukD sejambak ..... sebatang

28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan denganmenggunakan lima _________ rifel M16.A butir ..... pucukB das ..... larasC biji ..... batangD laras ..... das

29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di KedaiPayang.A sehelai ..... segulungB secarik ..... segelungC secebis ..... sehamparanD sehelai ..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.A genggam ..... segerombolanB batang ..... sekumpulanC ketul ..... sekawanD kepal ..... seekor

31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepibangunan itu.A Sebatang ..... bijiB Sedas ..... buahC Selaras ..... butirD Sekaki ..... butir

32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?A sebakul ..... seberkasB selonggok ..... seikatC seberkas ..... seikatD sekawan ..... segulung

33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.A sepotong .. bijiB sehiris .. ulasC seketul .. bijiD sekeping .. biji

34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.A ulas .. sikatB biji .. tandanC ikat .. tandanD ikat .. sisir

35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.A jalur .. pintuB kaki .. barisC batang .. deretD baris .. buah

36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulutdan memakan __________ sirih.A seketul .. sekepingB segenggam .. sehelaiC sepotong .. selembarD sekepal .. sekapur

37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa__________ penggali dan beberapa __________ dawai.A sebatang .. gelungB sebuah .. gelungC sekerat .. lembarD sebilah .. utas

38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai dibelakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.A baris .. pucukB deret .. kelompokC batas .. rumpunD ikat .. jambak

39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.A sekepulB segugusC setompokD segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencarimakan.A SepasukanB SekawanC SerumpunD Segerombolan

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan digunakansebelumsesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:Penjodoh BilanganpenggunaannyaContohnya

angkatanuntuk sekumpulan manusia atau bendakapal, tentera, pelukis, penulis

barisuntuk kedudukan benda/manusia yang berbarisorang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi

batanguntuk menunjukkan benda-benda yang panjangsungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum

bentukuntuk benda-benda kecil yang berkelukmata kail, subang, cincin

berkasuntuk benda-benda yang diikat bersama-samakunci, lidi, kayu

bidanguntuk benda-benda yang terbentang luastanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar

bijiuntuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecillabu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas

Bilahuntuk benda-benda yang tajamparang, pisau, golok, gunting, sabit, keris

buahuntuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentukereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera

bukuuntuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkahsabun, roti, benang

butiruntuk benda-benda yang bulat atau keciltelur, batu, manik, beras, peluru

carik/cebisuntuk benda-benda yang dikoyakkankertas, kain

cubituntuk benda yang diambil sedikit dengan jarigaram, gula, kunyit

cucukuntuk benda-benda yang dicucuk dengan lidisate

dasuntuk bunyi letupan atau tembakanmeriam, pistol, senapang

deretuntuk benda-benda yang tersusunbangunan, rumah, kedai, kereta

ekoruntuk semua jenis binatangnyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama

genggamuntuk benda-benda yang digenggampasir, beras, padi

gugusuntuk buah-buah ataupun bendaanggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci

gulunguntuk benda-benda yang bergulungfilem, permaidani, tikar, dawai, kertas

helaiuntuk benda-benda yang nipis dan lebardaun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput

ikatuntuk benda-benda yang diikatkayu, lidi, tebu, sayur, papan

irisuntuk benda-benda yang dipotong kecil-kecilbawang, timun, daging, buahbuahan

jambakuntuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkaibunga, kunci

kakiuntuk benda-benda yang bertangkaipayung, cendawan, bungs

kawanuntuk kumpulan haiwanlembu, kambing, lebah, gajah, merpati

kelompokuntuk sekumpulan manusia, haiwan, dan bendaburung, awan, pulau, bintang

kepaluntuk benda-benda yang dikepal dengan tangannasi, pulut, tanah

kepinguntuk benda-benda yang nipis atau pipihroti, papan, kad, gambar, biskut, tanah

keratuntuk bahagian benda-benda yang dipotongroti, tiang

Ketuluntuk benda-benda yang berketul dan paduais, daging, tulang, sabun, roti

Kotakuntuk benda-benda yang diisikan di dalam kotakmancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk

kuntumuntuk bungsmawar, melati, anggerik

Larasuntuk senjata apipistol, senapang, meriam

lembarbenda-benda yang lurus dan panjangkertas, dawai, benang

longgokuntuk benda-benda yang berada dalam longgokandurian, pakaian, tanah, cili

naskhahuntuk bahan bacaan yang berjilidsurat khabar, risalah, majalah, makalah, buku

Oranguntuk manusiaguru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen

Papanuntuk benda-benda yang berbentuk kepingancoklat, petai, mercun

pasanguntuk benda dan manusia yang berpasanganpakaian, kasut, subang, suami isteri, anak

pangsauntuk bahagian dalam buahdurian

pasukanuntuk sekumpulan orang yang berpakaian seragampemain kompang, polis, tentera pengakap

patahuntuk kataperkataan, kata-kata

potonguntuk benda-benda yang sudah dipotongkuih, daging, roti

pucukuntuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata apijarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung

puntunguntuk sebahagian benda yang masih menyalarokok, bara, kayu api

rangkapuntuk puisipantun, sajak, syair

rawanuntuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersiratjala, jaring, pukat

ruasuntuk benda yang beruas-ruastebu, buluh

rumpununtuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapatbuluh, tebu, serai, pandan, padi

sikat/sisiruntuk buah pisangpisang

tandanuntuk buah-buahan yang bertandanpisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkaiuntuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkairambutan, duku, kenanga, padi, daun

titikuntuk cecair yang menitisair, darah, dakwat, embun

tongkoluntuk buah yang bertongkoljagung

ulasuntuk isi buah-buahan yang berpangsadurian, limau, nangka, cempedak

uratuntuk benda-benda yang halus dan panjangrambut, benang, dawai,

utasuntuk benda-benda yang panjangtali, dawai, rantai