penjajahan ekonomi

Download PENJAJAHAN EKONOMI

Post on 18-Jun-2015

764 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN NEGARA BANGSA MALAYSIA

PENJAJAHAN EKONOMI

SEJARAHpenjajahan adalah proses yang bermula atau berasal sejak apa yang dikenali sebagai voyages of discovery Christopher Columbus mencari new world atau tanah baru untuk raja mereka pelayaran Vasco da Gama mengelilingi dunia mencari kekayaan bagi raja mereka.

SEJARAHCiri-ciri Utama

penindasan dan perompakan ekonomi (kekayaan sumber alam) ke atas wilayah atau bangsa yang dijajah atau dikuasai bagi mendapatkan keuntungan dan untuk memastikan penimbunan modal

Zaman Awal

kuasa ketenteraan/military sering digunakan bagi melaksanakan penaklukan atau penguasaan ekonomi dan politik.

adalah lebih berhemah, iaitu penjajahan dalam bentuk penguasaan ekonomi yang sekaligus merangkumi aspek politik dan sosial Zaman Kini sesebuah negara mengikut sistem kapitalisme.

BENTUK-BENTUK PENJ J EKONOMI

N

Perjanjian Perdagangan Bebas ( FTA )

Organisasi Perdagangan Antarabangsa (WTO)

Bank Dunia ( WB )

Tabung Kewangan Antarabangsa ( IMF )

PERJANJIAN PER AGANGAN BEBAS AN ORGANISASI PER AGANGAN ANTARABANGSA

WTO terbentuk daripada GATT (General Agreement on Tariffs and Trade) selepas Perang unia II untuk meregulasikan perdagangan. Tetapi pada 1986,dalam Pusingan Uruguay WTO mengubah polisinya. alam piagam terbarunya,ia membenarkan syarikat-syarikat membuat pelaburan di man-mana negara di dunia tanpa sebarang sekatan yang dibebankan oleh alam sekitar mahupun keselamatan. Ia juga memberi hak pemilikan untuk harta intelektual seperti paten dan hak cipta. i bawah perjanjian Agreement on Agriculture (AOA), objektif pertama ialah liberalisation of Agriculture dengan membuang halangan perdagangan seperti tarif dan bantuan tempatan (domestic subsidies). i bawah Agreement on Trade Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS) pula melalui hak paten yang memberi jaminan kepada negara-negara membangun untuk menggunakan paten mereka sehingga 20 tahun.

Melalui ini juga WTO memaksa negara-negara membangun mengamalkan Corporate Farming iaitu syarikat daripada Amerika Syarikat akan mengusahakannya secara besar-besaran. Ini menyebabkan kaum wanita hilang hak sebagai pengeluar makanan dan pengguna. Melalui penjanjian perdagangan,kaum wanita disediakan sebagai tenaga buruh murah dan juga dipaksa membeli barangan asing yang lebih mahal. WTO juga tidak mengendahkan masalah hampir 200 juta kanak-kanak di seluruh dunia yang terpaksa menjadi buruh untuk pengeluaran barangan murah oleh AS negara maju lain. i Mexico,pekerja kilang juga kehilangan hak untuk mendapatkan tempat kerja yang selamat,persekitaran yang bersih dan hak menubhkan persatuan sekerja.

Malaysia telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan pada 8 Mac 2006, ia melancarkan rundingan bagi FTA dengan Amerika Syarikat (AS). Malaysia sudah pun mempunyai lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat, Jadi kenapa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) mahu menandatangani FTA AS?

Singapura mendapati dalam tahun pertama FTA AS, eksport AS ke Singapura meningkat sehingga defisit perdagangan dengan Singapura meningkat 200%

Australia mendapati bahawa dalam tahun pertama FTA AS, defisit perdagangan Australia dengan Amerika Syarikat telah meningkat AS$1.7 bilion menurut perangkaan kerajaan Australia.

Mahu meningkatkan eksport Malaysia ke AS

MITI juga berkata ia berharap bagi kerjasama dan usaha sama daripada AS.

kerajaan AS tidak boleh memaksa syarikat Amerika untuk memberikan teknologi kepada Malaysia dan keupayaan Malaysia pada masa kini untuk memaksa pemindahan teknologi daripada pelabur AS akan hampir dilenyapkan

Malaysia telah cuba di masa lalu untuk mendapat kerjasama melalui FTA tetapi dalam FTA dengan Jepun,tetapi tidak berjaya.

Australia menyokong pencerobohan Amerika ke atas Iraq dan turut menghantar tenteranya (sepertimana ia membantu AS di Vietnam, Korea, Afghanistan dan perang Iraq pertama). Australia mendapat FTA AS, tetapi Australia masih tidak mendapat kelebihan.

Menurut Kertas asar Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, FTA AS adalah ganjaran kerana menyokong AS dalam perang di Iraq atau memerangi keganasan atau persetujuan dengan AS di WTO.

Peru juga mendapati sejak ia menandatangani FTA AS, ia terpaksa mengundur balik kedudukan yang ia ambil dalam mesyuarat antarabangsa selepas menandatangani FTA AS.

Permulaan FTA AS Chile yang ditangguhkan kerana Chile enggan untuk menyokong resolusi persetujuan Majlis Keselamatan PBB untuk menyerang Iraq.

TARIF ke atas import adalah satu cara yang penting bagi kerajaan Malaysia mendapat wang dan AS mahu tarif Malaysia ke atas semua produk AS dikurangkan kepada sifar

Bekas ketua pakar ekonomi Bank unia, yang telah memenangi Hadiah Nobel, Joseph Stiglitz, telah mengatakan bahawa pengurangan tarif menyebabkan lebih banyak ketidaksamaan di Argentina, Chile, Colombia, Costa Ricadan Uruguay.

KESAN KE ATAS HASIL KERAJAAN

Menteri MITI Malaysia,Rafidah telah mengakui bahawa menandatangani FTA AS akan menyebabkan Kerajaan Malaysia kehilangan wang akibat tarif lebih rendah ke atas produk Amerika.

UBAT-UBATANlebih banyak ubat akan dipatenkan jika FTA AS ditandatangani. Tidak semua ubatan dipatenkan pada masa ini, contohnya tumbuhan tidak perlu dipatenkan di Malaysia dan banyak ubat seperti ubat malaria yang paling berkesan adalah tumbuhan.

paten akan berkuatkuasa untuk tempoh masa yang lebih lama daripada 20 tahun seperti yang diperuntukkan oleh Malaysia.Apabila persaingan generik bermula bagi ubat AIDS, ia mengurangkan harga daripada AS$15,000 bagi seorang pesakit setahun kepada AS$150 bagi setiap pesakit setahun. Harganya jatuh 100 kali ganda

Malaysia merupakan pemimpin dunia apabila ia mengeluarkan sejenis lesen wajib untuk membuat ubatan yang lebih murah bagi pesakit AIDS. (Lesen wajib membenarkan kerajaan atau syarikat lain untuk membuat atau mengimport ubat berpaten tanpa kebenaran pemilik, jika royalti kecil dibayar dan prosedur lain diikuti).

SEKTOR PERKHIDMATAN Amerika Syarikat mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya. Liberalisasi perkhidmatan bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. Terdapat beberapa masalah dengan liberalisasi perkhidmatan bagi negara membangun. Pertama, tokoh ekonomi terkemuka telah berkata bahawa negara membangun tidak mempunyai data perkhidmatan untuk mampu memutuskan di mana syarikat domestik mereka boleh bersaing dan jadi ia selamat untuk membuka sektor itu. Kedua, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata adalah sukar bagi negara membangun untuk bersaing dengan negara maju dalam perkhidmatan.KENAPA?

Ketiga, jika perkhidmatan disediakan oleh syarikat asing di Malaysia, ia menyebabkan kerugian tukaran asing. Ini kerana perkhidmatan biasanya digunakan di mana ia dihasilkan. Keempat, bagi alasan strategik sesetengah perkhidmatan penting seperti air, elektrik dan perkhidmatan telefon mungkin perlu dimiliki oleh Malaysia.

BANK DUNIA

Bank Dunia seringkali mempratikkan pengaruh yang kuat ke atas negaranegara membangun. Bank Dunia mendapatkan sumber ke angan dari pasaran antarabangsa pada kadar aedah yang rendah dan memin amnya kembali kepada negara miskin,dengan kadar yang tinggi.

IRBD Bank Dunia IFC

IDA

MIGA

BD memaksa negara yang meminjam untuk menurunkan nilai mata wangnya. Ini menyebabkan peningkatan harga makanan,ubat-ubatan,bahan api dan perubahan drastik dalam pendapatan buruh. Akibatnya terbentuk strukur organisasi asing dan NGO-NGO yang dibiayai bantuan antarabangsa yang secara beransur-ansur mengambil alih peranan kerajaan tempatan. Pada 1996,BD melancarkan 1 program untuk memperkenalkan penswastaan di Bosnia. Hari ini,Bosnia ditadbir oleh IMF,WB dan NGO antarabangsa yang akhirnya menjadikan negara itu bersistem feudal.

TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA

Adalah satu institusi yang dianggotai 182 negara dan ia terbuka kepada negara yang sanggup tunduk kepada syaratsyarat IMF. Salah satu syaratnya adalah meningkatkan penswastaan dan pasaran berorientasikan ekonomi. Pada 1970-an,IMF memperkenalkan 1 set polisi yang perlu dipatuhi oleh negara yang membuat pinjaman, iaitu polisi penyesuaian penstrukturan. Tetapi syarat umum dan utama IMF adalah kerajaan yang membuat pinjaman perlu mengurangkan peranannya dalam pengawalan ekonomi. Kesannya,ia melemahkan kemampuan negara untuk menyediakan perkhidmatan & infrastruktur serta kestabilan sosial. (Contohnya di Afrika)

TKA juga berhujah bahawa setiap negara perlu mengamalkan kespesifikan dalam pengeluaran dan berdagang dengan negara kaya untuk barangan yang lebih mahal. Ini menyebabkan kita kembali kepada zaman penjajahan dahulu kala,di mana kebebasan terhapus & terus bergantung kepada negara kaya. Seperti BD,TKA juga memaksa negara untuk menurunkan nilai mata wang tempatan. Pada 1978,TKA menghantar satu pasukan untuk mendirikan kuarters di Bank Pusat Zaire. Hari ini terdapat hampir 40 buah negara yang ditadbir oleh kerajaan mini ini.

TERIMA KASIH