penilaian pelajar terhadap buku teks kemahiran hidup ... · kemahiran hidup bersepadu memenuhi...

26
PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 3 DARI ASPEK ISI KANDUNGAN DAN BAHAN GRAFIK (ILUSTRASI) ROSRITA BINTI MOHD LODDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: letram

Post on 29-Aug-2019

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU TINGKATAN 3 DARI ASPEK ISI KANDUNGAN

DAN BAHAN GRAFIK (ILUSTRASI)

ROSRITA BINTI MOHD LODDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 3 DARI ASPEK ISI

KANDUNGAN DAN BAHAN GRAFIK (ILUSTRASI)

SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya ROSRITA BINTI MOHD LODDIN

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Dok-tor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara, institusi pengajian tinggi. 4. * * Sila tandakan ( √ ) ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN. ADNAN BIN AHMAD Nama Penyelia NO. 14, BATU 47½ JALAN BARU, CHANGKAT JERING, 34850 TAIPING, PERAK.

Tarikh : 25 APRIL 2006 Tarikh : 25 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penyelia : EN. ADNAN BIN AHMAD

Tarikh : 25 APRIL 2006

Page 4: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU TINGKATAN 3 DARI ASPEK ISI KANDUNGAN

DAN BAHAN GRAFIK (ILUSTRASI)

ROSRITA BINTI MOHD LODDIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2006

Page 5: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .........................................................

Nama Penulis : ROSRITA BTE. MOHD LODDIN

Tarikh : 25 APRIL 2006

Page 6: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

iii

DEDIKASI

Buat suami tercinta, ABU YUSRI BIN MAHAMAD YUSOP

Buat ibu dan bapaku,

MAH BINTI LAHAMAN MOHD LODDIN BIN AHMAD

Buat ibu dan ayah mertuaku,

RAHEMAH BINTI OSMAN MAHAMAD YUSOP BIN HJ. SABRI

Buat anak-anakku tersayang,

MUHAMMAD MUJIBUDDIN BIN ABU YUSRI NUR SYAFIQAH BINTI ABU YUSRI

MUHAMMAD MUHAIMIN BIN ABU YUSRI

Buat rakan-rakan (4 SPH) dan terutama sekali buat EN. ADNAN BIN AHMAD

TERIMA KASIH DI ATAS SEGALA PENGORBANAN YANG TELAH KALIAN LAKUKAN……………..

Page 7: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam dan selawat serta

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur saya di atas limpah

kurniaNya serta rahmat dan inayahnya, maka projek sarjana muda ini dapat disiapkan

bagi memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup), Universiti Teknologi Malaysia.

Terima yang tidak terhingga diucapkan kepada En. Adnan bin Ahmad yang

banyak membantu dan memberi bimbingan serta teguran membina sepanjang tempoh

penyediaan projek ini. Kesabaran dan keikhlasan yang beliau berikan tidak akan

dilupakan hingga ke akhir hayat kerana dengan tunjukajar dan dorongan daripada

beliaulah telah menjayakan projek ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-

rakan terutama dari 4 SPH yang banyak membantu dari segi menyumbangkan idea dan

tenaga. Kepada pengetua dan guru-guru SMK Taman Universiti 1, Johor, terima kasih

diucapkan kerana memberikan kerjasama sepenuhnya.

Rasa penghargaan dihulurkan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak, penulis sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon maaf dan

ucapan terima kasih tidak terhingga buat semua. Semoga keikhlasan yang diberikan

mendapat hidayah dariNya.

Page 8: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penilaian pelajar terhadap buku teks

Kemahiran Hidup Bersepadu. Dalam konteks kajian ini, hanya dua aspek dinilai iaitu

isi kandungan dan bahan grafik (ilustrasi). Terdapat tiga objektif kajian yang ingin

dicapai, pertama ialah untuk mengkaji keselarasan buku teks Kemahiran Hidup

Bersepadu dengan kurikulum. Kedua , untuk mengenalpasti sama ada isi kandungan

buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu dapat membantu pelajar dalam pengajaran-

pembelajaran. Ketiga, untuk mengenalpasti penggunaan bahan grafik buku teks

Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai

objektif-objektif tersebut, borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dan

seramai 205 orang pelajar telah memberi kerjasama. Data daripada soal selidik

dianalisis menggunakan pakej “SPSS For Windows version 13.0”. Analisis data kajian

menggunakan kekerapan, peratus dan min. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah

dengan nilai Alpha Cronbach ialah 0.83. Hasil kajian menunjukkan bahawa min

keseluruhan analisis kajian berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.62,

menunjukkan pelajar bersetuju bahawa isi kandungan dan bahan garfik dalam buku

teks membantu proses pembelajaran mereka.

Page 9: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the student’s evaluation towards

Kemahiran Hidup Bersepadu’s textbook. The context of this study covers the aspects of

textbook’s content and its graphic material (illustration). There are three objectives has

been identified. First objective is to study the consistency of Kemahiran Hidup

Bersepadu’s textbook with the curriculum. Second objective is to identify whether the

contents of Kemahiran Hidup Bersepadu’s textbook able to help students in teaching-

learning process and the third objective is to identify the using of graphic material in

Kemahiran Hidup Bersepadu’s text book is fulfill the evaluation of technical

production. In order to achieve all the objectives, questionnaire has been distributed

randomly to 205 respondents. The data that has been collected was analyzed by using

‘SPSS for Window’, version 13.0 into statistical description of frequency, percentage

and mean score. The value of material reliability in Cronbach Alpha is 0.83. The result

of the study shows that the student’s was agree about textbook’s content and its graphic

material in textbook’s can help them in learning process with mean score 3.62 at

medium level.

Page 10: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

viii

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Penilaian 10

1.8.2 Buku Teks 11

1.8.3 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 11

1.8.4 Pelajar 12

1.8.5 Isi Kandungan Buku Teks 12

1.8.6 Bahan Grafik dalam Buku Teks 12

1.8.7 Susun Atur Isi Kandungan 13

1.9 Kesimpulan 13

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kepentingan Buku Teks 15

2.3 Penilaian Buku Teks 18

2.4 Penilaian Teknikal Penerbitan 20

2.5 Peranan Buku Teks Dalam Pendidikan 21

2.5.1 Peranan Buku Teks Kepada Guru 24

2.5.2 Peranan Buku Teks Kepada Pelajar 25

2.6 Ciri-Ciri Buku Teks 25

2.6.1 Kandungan Buku Teks 27

2.6.2 Persembahan Buku Teks 28

2.6.5 Bahan Grafik Buku Teks 29

2.7 Kriteria Penulisan Buku Teks 31

Page 12: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Persampelan 35

3.4 Tempat Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 36

3.6 Kajian Rintis 36

3.7 Prosedur Kajian 39

3.8 Analisi Data 40

3.9 Kesahan Kandungan Soal Selidik 41

3.9 Kesimpulan 42

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 44

4.3 Analisis Persoalan Kajian. 45

4.3.1 Penilaian Keselarasan Isi Kandungan Buku 46

Teks KHB Dengan Kurikulum Yang Telah

Ditetapkan Oleh KPM

4.3.2 Penilaian Isi Kandungan Buku Teks KHB 48

Dapat Membantu Pelajar Dalam Proses P&P

4.3.3 Penilaian Penggunaan Bahan Grafik Dalam 50

Buku Teks KHB Dapat Memenuhi Penilaian

Teknikal Penerbitan.

4.4 Analisis Kaseluruhan Persoalan Kajian 52

Page 13: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

x

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 54

5.2.1 Aspek keselarasan isi kandungan

buku teks KHB dengan kurikulum 55

5.2.2 Aspek Isi Kandungan Buku Teks

5.2.3 Membantu Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran (P&P). 56

5.2.3 Analisis Penggunaan Bahan Grafik

(Ilustrasi) Buku Teks KHB

Memenuhi Penilaian Teknikal Penerbitan 58

5.3 Rumusan Kajian 59

5.4 Cadangan Kajian 60

5.4.3 Cadangan Tindakan 61

5.4.4 Cadangan Untuk kajian Lanjutan 62

5.5 Penutup 63

SENARAI RUJUKAN ` 64 – 68

LAMPIRAN 69 - 80

Page 14: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Ringkasan Kandungan Item Bahagian B 37

3.2 Markat Skala Likert 5 Mata 37

3.3 Pekali Alpha Cronbach 39

3.4 Pengkelasan Skala Likert Lima Kepada Tiga 40

3.5 Pengkelasan Skor Min Dan Tahap 41

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 44

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 45

4.3 Taburan Responden Mengikut Peratusan,

Kekerapan Dan Min Bagi Penilaian Keselarasan Isi

Kandungan Buku Teks KHB Dengan Kurikulum 47

4.4 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Kekerapan

Dan Min Bagi Penilaian Isi Kandungan Buku Teks

KHB Dapat Membantu Pelajar Dalam P&P. 49

4.5 Taburan Responden Mengikut Peratusan,Kekerapan

Dan MinBagi Pengguna Bahan Grafik Dalam Buku

Teks KHB Dapat Memenuhi Penilaian Teknikal

Penerbitan. 51

4.6 Analisi Keseluruhan Kekerapan, Peratus Dan

Min Responden Yang Menjawab Persoalan. 53

Page 15: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses pemilihan bahan dan strategi di

dalam buku teks untuk penggunaan yang berkesan 16

Page 16: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

xiii

SENARAI SINGKATAN

BBT Bahagian Buku Teks

FPN Falsafah Pendidikan Negara

HSP Huraian Sukatan Pelajaran

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SP Sukatan Pelajaran

SPBT Skim Pinjaman Buku Teks

Page 17: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik 69

B Kelulusan Dari Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 74

C Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan

Negeri Johor 75

D Surat Akuan dari Universiti Teknologi

Malaysia 76

E Surat Memohon Maklumat Buku Teks 77

F Surat Pengesahan Pakar Bidang 78

G Carta Morgan 80

Page 18: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pembangunan negara sangat bergantung kepada pendidikan. Pendidikan

mewujudkan pelbagai pilihan dan peluang kepada rakyat untuk mengurangkan kadar

kemiskinan, penyakit dan membolehkan mereka bersuara. Bagi negara sedang

membangun seperti Malaysia, pendidikan mampu mewujudkan tenaga kerja dinamik

dan rakyat berpengetahuan yang sudah tentu boleh bersaing di persada antarabangsa

(S Sothi Rachagan, 2004).

Kepentingan pendidikan kepada setiap individu tidak dapat disangkalkan lagi.

Berdasarkan kepada kepentingan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

telah dipertanggungjawab sepenuhnya dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa

di negara ini. Menteri pendidikan sebagai ahli kabinet bertanggungjawab secara terus

kepada parlimen dalam menjalankan tugasnya. Mengikut Akta Pelajaran 1961,

tanggungjawab utama Menteri Pendidikan ialah menyediakan kemudahan dan peluang

untuk pendidikan rendah dan menengah. Akta ini memberi kuasa dan kewibawaan

kepada menteri itu untuk menguruskan seluruh bidang pendidikan, ini termasuklah

perlaksanaan dasar pendidikan Negara, pengurusan sekolah, disiplin guru dan

Page 19: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

2

murid, sukatan pelajaran, kurikulum, buku teks dan peperiksaan(Mok Soon Sang,

1988).

Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak membuat perubahan dalam

pendidikan melalui reformasi pendidikan di mana bidang kurikulum menjadi teras.

Perubahan ini bertujuan menjadikan proses pendidikan semakin kemas dan jitu dalam

melahirkan generasi yang bakal mewarisi kepimpinan Negara menjelang 2020.

Berbagai usaha dilakukan untuk menjadikan masyarakat berilmu berteraskan

perindustrian. Kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan

rakyat yang cenderung ke arah kemahiran vokasional. Sistem pendidikan sentiasa

berubah selaras dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini. Bidang

pendidikan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan wawasan 2020 ke

arah pembentukan sebuah Negara maju. Menyedari pentingnya peranan bidang

pendidikan, maka pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa

langkah ke arah yang positif bagi memastikan ianya dapat berkembang sejajar dengan

perkembangan teknologi terkini. Bagi mencapai matlamat tersebut Huraian Sukatan

Pelajaran (HSP) Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah melalui proses semakan

semula pada Mei 2002.

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), Kemahiran Hidup Bersepadu

(KHB) semakan semula Mei 2002, mata pelajaran KHB adalah satu mata pelajaran

amali yang ditawarkan di sekolah menengah rendah (Tingkatan 1-3) berhasrat

memupuk celik teknologi, kesedaran ekonomi dan pengurusan diri. Kemahiran yang

dibekal merupakan aktiviti yang berguna dalam kehidupan sehari-hari seperti baik

pulih dan penyenggaraan, membaiki kerosakan kecil, mengusahaniaga barang,

tanaman, menternak, memasak, menjahit, mengurus diri dan kerja(HSP, Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2002).

Page 20: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

3

Mata Pelajaran Kemahiran Hidup bermatlamat untuk melahirkan insan yang

berdikari, kenalfaham teknologi, kenalfaham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap

yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan ke arah

mempertingkatkan kemahiran praktis dan penanaman semangat keusahwanan dan

daya merekacipta di kalangan pelajar. Kemahiran asas ini membolehkan pelajar

berfungsi dengan berkesan dalam urusan hidup sehariannya. Nilai-nilai murni juga

diterapkan semasa pelajar menjalankan aktiviti bagi menggalakkan perkembangan

semangat bertimbangrasa dan sedia membantu serta menggalakkan kesefahaman

bersatupadu di kalangan masyarakat. Tumpuan diberi kepada peningkatan kendiri,

kesejahteraan hidup berkeluarga, kerja amal masyarakat dan alam pekerjaan.

Berdasarkan kepada HSP di atas menjelaskan bahawa buku teks yang berkualiti

adalah lebih bermakna bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia

dalam mata pelajaran KHB. Buku merupakan helaian kertas bercetak yang berjilid

atau berisi tulisan untuk dibaca. Sesebuah buku adalah terdiri daripada kulit buku,

bahagian awalan, kandungan teks dan bahagian akhiran. Terdapat pelbagai jenis buku,

antaranya ialah buku berilustrasi dan bergambar kanak-kanak, buku cerita kanak-

kanak, buku bacaan tambahan, buku rujukan, buku teks, buku am, buku panduan dan

lain-lain.

Pendidikan di Malaysia meletakkan buku teks sebagai salah satu sumber untuk

kegunaan murid dan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

(Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Buku teks ialah

bahan pengajaran dan pembelajaran yang kandungannya disediakan mengikut

keperluan dan penekanan pihak berkuasa pendidikan sesuatu tempat. Buku teks adalah

wadah penyampaian ilmu dan dianggap sebagai jambatan antara sukatan pelajaran dan

pengguna. Buku teks juga menterjemah keperluan kurikulum ke dalam bentuk bahan

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pengguna.

Page 21: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

4

Kandungan buku teks dipilih, disusun dan disesuaikan mengikut tahap dan

keperluan sukatan pelajaran. Kandungannya betul dan tepat mengikut piawaian

penguasa pendidikan, serta berdasarkan sumber rujukan berwibawa bagi mata

pelajaran berkenaan. Kandungan buku teks juga harus meliputi aspek-aspek intelek,

rohani dan emosi pelajar untuk melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan

berakhlak mulia.

Kepentingan buku teks sebagai bahan pembelajaran telah mendorong

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan satu bahagian bagi mengurus

buku teks iaitu Biro Buku teks (BBT) yang ditubuhkan pada 15 Mei 1967 sebagai satu

unit di bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran. Seterusnya pada 15 Julai

1988 ia dikenali sebagai Bahagian Buku Teks (BBT) untuk memenuhi dwifungsinya

yang membayangkan kepentingan buku teks dalam memenuhi Falsafah Pendidikan

Negara (Omar, 1993).

Menurut Hussein(1993), buku teks merupakan buku-buku khusus untuk

menyampaikan ilmu pengetahuan di sekolah. Buku teks juga digunakan dalam

pendidikan formal. Penubuhan BBT adalah bertujuan untuk pengawasan menentukan

kualiti buku teks tidak mengganggu proses pembelajaran. Ini kerana, buku teks adalah

sumber asas bagi mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan. Nur Atiqah(2001),

juga menyatakan bahawa penggunaan buku teks secara cekap dan terancang oleh

pelajar dapat menghasilkan mutu pembelajaran yang lebih berkesan.

Walau bagaimanapun, buku teks kini tidak hanya memaparkan bahan baku

yang perlu dimentelaah dan dihafal. Sebaliknya buku teks kini mengajak pembacanya

berinteraksi secara ‘aktif’, seperti mempersoalkan isu/pendapat yang dikemukakan agar

pembaca mengambil bahagian dalam perbincangan. Namun demikian, penggunaan

buku teks lebih bermakna sekiranya guru menjalankan strategi pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Buku teks juga memberi pengalaman pembelajaran yang

seragam kepada pelajar. Pengalaman ini memberi pengetahuan yang boleh

menyediakan pelajar ke tahap persekolahan yang lebih tinggi dari aspek perkembangan

Page 22: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

5

fizikal dan mental pelajar. Dengan kata lain, buku teks adalah berperanan dalam

membangun dan membina keyakinan diri, kental menghadapi cabaran, menerap nilai

serta dapat memastikan perkembangan diri pelajar adalah menyeluruh, seimbang dan

sepadu. Ilmu pengetahuan asas menjadi wadah bagi pengumpulan dan pemahaman

ilmu yang lebih komplek di kemudian hari.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan buku teks di sekolah hanyalah sebagai bahan rujukan utama.

Laporan Penilaian Perlaksanaan KBSR 1982 – 1989 (KPM, 1990), menyatakan antara

isu dalam masalah pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan buku teks yang

tidak mengikut perkembangan masa dan tidak mencabar pemikiran mereka. Buku-

buku teks ada kalanya tidak memenuhi sukatan pelajaran seperti yang telah ditetapkan

oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

Permasalahan ini dapat dilihat melalui kajian yang telah dibuat oleh

Ahmad(1997). Dari hasil kajian beliau mendapati bahawa keseluruhan buku teks

Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3 lebih mengutamakan isi pelajaran daripada

bentuk ilustrasi, tiada sebarang objek sokongan yang ditampilkan dalam buku teks

tersebut. Selain itu, taburan sub kategori jenis ilustrasi dan jenis isi pelajaran tidak

seimbang antara satu sama lain. Terdapat penekanan yang berbeza antara isi pelajaran

dengan ilustrasi di dalam buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 dan 3. Penekanan

isi pelajaran adalah lebih tinggi di dalam buku teks Tingkatan 1 dan 3, manakala

ilustrasi pula lebih ditumpukan dalam buku teks Tingkatan 1 berbanding dengan

Tingkatan 2 dan 3. Pada keseluruhannya, buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 2 dan

3 adalah lebih mengutamakan isi pelajaran daripada ilustrasi, penyampaian isi-isi

pelajaran pula lebih banyak menggunakan bentuk penerangan.

Page 23: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

6

Mala Nadarajan(1998), pula menerangkan bahawa beliau mendapati pelajar-

pelajar menghadapi masalah untuk memahami apa yang dibaca dalam buku teks. Buku

teks didapati mempunyai kekurangan dari segi latih tubi, contoh-contoh dan kurang

sesuai dengan objektif pelajaran. Pelajar mendapati buku teks tidak banyak membantu

dalam menyelesaikan soalan atau tugasan yang diberikan. Buku teks juga tidak banyak

memberikan contoh-contoh yang sesuai dan berhubung dengan pengalaman pelajar.

Buku teks juga didapati kekurangan dari segi latih tubi, contoh-contoh dan kurang

sesuai dengan objektif pelajaran dalam mata pelajaran Fizik dan Ekonomi Asas (Tang

Hai Teng, dan Md. Yusoff, 1998).

Penulisan buku teks adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum dari sudut

sukatan dan huraian sukatan pelajarannya, mencakupi objektif pelajaran, mencukupi

untuk membantu guru menjelaskan konsep atau prinsip asas pelajaran, mengambil kira

pelbagai tahap pencapaian murid, mengandungi maklumat dan fakta yang betul, tepat

dan terkini serta mengandungi persembahan bahan yang kreatif dan menarik (Ruhaya,

2000).

Sebagai kesimpulannya didapati terdapat buku teks yang ilustrasinya kurang

menarik, latihan untuk latih tubi kurang, kandungan isi pelajaran kurang atau terlalu

singkat, contoh-contoh yang kurang sesuai dan pelajar sukar memahami buku teks.

Berdasarkan kepada permasalahan tersebut, pengkaji ingin mengkaji adakah masalah-

masalah di atas juga terdapat dalam buku teks KHB. Pelbagai aspek perlu diterokai

dan dikaji kerana selagi masalah tidak dikenalpasti dan diselesaikan, keberkesanan dan

hasrat murni KBSM di sekolah menengah tidak akan tercapai. Memandangkan

bahawa pelajar ialah pengguna buku teks, pandangan mereka dapat dijadikan asas

untuk menilai adakah buku teks telah mencapai objektif yang telah dimajukan dalam

sukatan pelajaran KBSM.

Page 24: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

7

1.3 Pernyataan Masalah

Buku teks memainkan peranan yang sangat penting untuk menggariskan skop

kurikulum yang perlu diajar mengikut urutan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta bahan grafik yang sesuai. Buku teks juga merupakan bahan untuk

mentafsir falsafah, matlamat dan objektif kurikulum dalam pendidikan (Bahagian Buku

Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Berdasarkan kepada permasalahan

keperluan buku teks dalam pendidikan, pengkaji ingin mengkaji tentang aspek yang

tekandung dalam buku teks Kemahiran Hidup. Oleh itu, kajian ini bertujuan menilai

isi kandungan buku teks serta bahan grafik yang terdapat dalam buku teks Kemahiran

Hidup Bersepadu Tingkatan 3.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penilaian pelajar terhadap buku

teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 dari aspek-aspek yang berkaitan dengan

isi kandungan buku teks serta bahan grafik. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengkaji sama ada isi kandungan buku teks Kemahiran Hidup

Bersepadu Selaras dengan kurikulum yamg telah ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

2. Mengenalpasti isi kandungan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu

membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Mengenalpasti penggunaan bahan grafik buku teks Kemahiran Hidup

Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan.

Page 25: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

8

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai. Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian

ini ialah:

1. Adakah isi kandungan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu selaras

dengan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia?

2. Adakah isi kandungan buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu dapat

membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran?

3. Adakah penggunaan bahan grafik buku teks Kemahiran Hidup

Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk mengenalpasti penilaian tentang buku teks KHB

Tingkatan 3 dari aspek isi kandungan dan bahan grafik di kalangan pelajar. Kajian ini

akan menunjukkan gambaran sebenar penilaian pelajar terhadap buku teks KHB

Tingkatan 3. Selain itu, kajian ini juga mempunyai kepentingan kepada beberapa

pihak di antaranya:-

1. Pelajar

Kajian ini dapat memberi panduan kepada pelajar untuk membuat

penilaian tentang isi kandungan dan bahan grafik dalam buku teks KHB

Page 26: PENILAIAN PELAJAR TERHADAP BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP ... · Kemahiran Hidup Bersepadu memenuhi penilaian teknikal penerbitan. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

9

bagi membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran

dengan lebih berkesan.

2. Guru

Kajian ini dapat merangsang guru menggunakan buku teks KHB dengan

lebih efektif bagi membantu pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran.

3. Penerbit Buku Teks KHB Tingkatan 3

Kajian ini dapat membantu pihak Jawatankuasa Penerbitan Buku Teks

Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3 untuk memperbaiki

kekurangan yang terdapat dalam buku teks.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia

Kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

khasnya Jawatankuasa Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah

Menengah mendapat gambaran sebenar penilaian pelajar terhadap buku

teks KHB.

1.7 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajiannya kepada pelajar Tingkatan

3 di Sekolah Menengah Taman Universiti 1, Johor sahaja. Perkara yang dikaji adalah

berkaitan dengan buku teks KHB Tingkatan 3 dari aspek isi kandungan dan bahan

grafiki (ilustrasi) sahaja. Walaupun skop dan bidang kajian ini luas dan menyeluruh,

pengkaji menjalankan kajian mengikut batasan tertentu berdasarkan tempat kajian ,

sample kajian dan bilangan sample kajian. Bilangan sampel kajian adalah bergantung

kepada jumlah pelajar yang terdapat di sekolah yang dibuat kajian Bilangan sample