pengurusan risiko- keselamatan
TRANSCRIPT
KOMUNITI PEKERJA MALAYSIA
Rabu, 2010 Jun 23
Majikan perlu utamakan aspek keselamatan, kebajikan pekerja
Saya tertarik dengan petikan akhbar yang menyatakan
tanggungjawap majikan terhadap keselamatan
pekerjanya..memang tidak dinafikan yang ada segelintir
majikan yang masih mengabaikan keselamatan
pekerjanya dan hanya mementingkan keuntungan
syarikat semata-mata. Pemantauan oleh NIOSH harus
dilakukan dengan sokongan kerajaan agar
penguatkuasaan undang-undang yang dibuat lebih
berkesan...
22nd June, 2010
LABUAN: Pihak majikan harus mengutamakan aspek
keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dengan
mewujudkan tempat kerja dan persekitaran yang
selamat, sihat serta bebas daripada sebarang gejala
penyakit.
Demikian disarankan oleh Pengerusi Institut Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee
Lam Tye ketika berucap merasmikan Seminar Amalan
Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja yang
cemerlang (OSH Best Practice Seminar) anjuran NOISH
yang diadakan di Hotel Tiara, dekat sini, pagi kelmarin.
Katanya, dengan komitmen serta kesungguhan yang
tinggi pihak majikan sama ada syarikat swasta mahupun
sektor awam akan dapat mengurangkan kadar
kemalangan di tempat kerja sekaligus memastikan
matlamat negara untuk mencapai sifar kemalangan di
tempat kerja dapat dicapai.
‘Pada hakikatnya kemalangan boleh dicapai jika sesuatu
sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dapat
diwujudkan dan dilaksanakan oleh syarikat berkenaan
yang melibatkan semua organisasi dengan mengambil
kira konsep Hazard Indification, Risc Assessment dan Risk
Control (HIRARC) yang juga merupakan salah satu topik
dalam seminar yang dianjurkan kelmarin,” katanya.
Pada sidang medianya kemudian, Lee berkata sejak
penubuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(OSHA) 1994, bilangan kemalangan ditempat kerja telah
menurun daripada 10 kemalangan untuk setiap 1,000
pekerja pada tahun 2002, kepada tahap 6.5 kemalangan
untuk 1,000 pekerja pada tahun 2008.
Sementara itu katanya, mengikut laporan yang
dikeluarkan oleh Perkeso jumlah kemalangan yang
dilaporkan pada tahun 2000 ialah sebanyak 95,000 kes
dan telah menurun sebanyak 54,134 kes pada tahun
2008.
Sehubungan dengan itu katanya, NOISH sebagai sebuah
organisasi yang menitikberatkan soal keselamatan dan
kesihatan pekerja akan terus memainkan peranan
dengan menyediakan pelbagai program dan seminar
supaya setiap pengurus, pegawai dan kakitangan
syarikat samada sektor awam dan swasta memiliki
kepakaran dan pengetahuan yang tinggi serta kesedaran
tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Sementara seminar selama dua hari yang bermula
kelmarin itu disertai seramai 60 peserta yang
membabitkan pengurus, pegawai dan kakitangan dari
beberapa syarikat swasta dan awam di pulau ini.
Dalam pada itu, NIOSH juga akan menganjurkan seminar
yang bertajuk OSH: Securing The Future selama tiga hari
di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 1-3 Ogos
depan.
Hadir sama, Azhar Ahmad, Pengurus Pejabat Wilayah
NIOSH Sabah dan Labuan, Khairunizam Mustapha,
Pengurus, Bahagian Paspot Keselamatan NOISH.
sumber:
sabah times
komuniti-pekerja-malaysia.blogspot.com/.../majikan-perlu-utamakan-
aspek.html
PENGERTIAN SELAMAT
2
Terpelihara atau terhindar
daripada bencana, terlepas
daripada bahaya; aman
sentosa, sejahtera, tidak
terdapat apa-apa gangguan;
bebas daripada keadaan kacau
bilau; tenteram, damai,
tenang; bebas daripada
gangguan atau sesuatu yang
tidak menyenangkan.
OBJEKTIF KERTAS KERJA:
MEMBINCANGKAN PUNCA-PUNCA YANG
MENYEBABKAN SEKOLAH DIDAKWA
MENINGKATKAN KESEDARAN SUPAYA PIHAK
SEKOLAH MENGAMBIL LANGKAH BAGI
MENGELAKKAN DARI DIDAKWA
MENGAMBIL LANGKAH MENINGKATKAN
KESELAMATAN DI SEKOLAH
MENINGKATKAN KEFAHAMAN TERHADAP
ASPEK UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PUNCA – PUNCA SEKOLAH DI DAKWA
KECUAIAN
GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN
MENEPATI UNDANG-UNDANG
SERTA PERATURAN
PENYALAHGUNAAN KUASA
DAN PENYELEWENGAN
KECUAIAN
5
Sekolah mempunyai ‘kewajiban
berjaga-jaga’
Pihak sekolah perlu melindungi
kesihatan guru dan murid
Sekolah perlu mengambil langkah mengenalpasti dan
mengurangkan risiko-risiko yang boleh dijangka
Perbuatan yang dikatakan cuai oleh
mahkamah bila ketiga-tiga perkara
berikut dipenuhi
Defenden mempunyai tanggungjawab ‘kewajiban
berjaga-jaga’ terhadap plaintif
Defenden telah tidak melakukan tanggungjawab ‘kewajiban
berjaga-jaga’
Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian akibat kegagalan
defenden menjalankaN tanggungjawab ‘kewajiban
Pihak sekolah tidak dianggap cuai apabila ‘tahap berjaga-jaga yang
munasabah’ telah diambil oleh seseorang dalam situasi berkenaan
Faktor yang menentukan tahap berjaga-
jaga yang munasabah
Adakah sesuatu kejadian itu boleh dijangka akan berlaku?
Adakah sesuatu kejadian itu mungkin mengakibatkan kecederaan?
Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku?
Setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh
diambil secara praktik?
Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau
kerugian merupakan amalan yang biasa?
Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian
sesuatu yang memenuhi kewajiban untuk mengambil risiko yang
lebih tinggi?
ASPEK KESELAMATAN YANG PERLU
DIBERI PERHATIAN
MEMASTIKAN KESELAMATAN STRUKTUR FIZIKAL
SEKOLAH
MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS
MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS
YANG MENJALANKAN AMALI DAN KETUKANGAN
( SAINS, PERTANIAN, TEKNIK, VOKASIONAL, ERT)
MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN SUKAN
DAN KO-KURIKULUM
MEMASTIKAN KESELAMATAN TRAFIK DI KAWASAN
SEKOLAH
MEMASTIKAN KESELAMATAN KEBAKARAN SENTIASA
DIJAGA
MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU MEMBUAT
LAWATAN
MEMASTIKAN KEBERSIHAN MAKANAN DAN
KESIHATAN MURID TERJAGA
MEMASTIKAN KESELAMATAN
STRUKTUR FIZIKAL SEKOLAH
Keadaan premis hendaklah selamat digunakan dan didiami oleh
semua pihak
Keadaan fizikal hendaklah sentiasa diselenggarakan dengan baik
Segala kerosakan perlu dibaiki segera
Langkah-langkah yang munasabah perlu diambil bagi
mengelakkan kemalangan dan kecederaan kepada murid
Sekolah mematuhi The Registration of Schools Ordinance, 1950.
Schools General Regulations.
Kes Carmarthenshre county council v Lewis (1995)
MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS
Mengikut undang-undang common law, guru dikehendaki
membuat penyeliaanyang munasabah ke atas muridnyasewaktu
kelas berjalan
Kes Carmarthenshire County Council V Lewis (1995)
MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS YANG
MENJALANKAN AMALI DAN KETUKANGAN
Peraturan bertulis perlu diedarkan kepada setiap murid dan
diterangkan dengan jelas
Peraturan perlu dipamerkan
Kelas amali hanya boleh dikendalikan oleh guru-guru terlatih
sahaja
Pengetua dengan bantuan Ketua Panitia harus menapis rancangan
kerja bagi kerja amali
Pekeliling Ikhtisas 1/1974 perlu difahami dan dipatuhi
Semasa amali guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti murid
dengan rapi
MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN
SUKAN DAN KEGIATAN KO-KURIKULUM
kemalangan sering berlaku
segala kemudahan sukan dan permainan dalam keadaan sempurna
dan selamat
pastikan alat dan kemudahan yang baik dan sempurna sahaja
digunakan
murid perlu diajar menggunakan alat dengan betul
peraturan dan arahan tentang langkah keselamatan perlu
dimaklumkan
penjagaan rapi semasa aktiviti berjalan
surat pekeliling iktisas 1/1995, 9/2000, 3/84,7/77, 7/88, 8/95 dan
24/98 perlu dipatuhi
kes silvadurai v Government of malaysia
GURU JUGA HENDAKLAH:
mengambil kira faktor musim
mengeluar dan menyimpan alat
pastikan alat dalam keadaan baik dan selamat
dapatkan kebenaran penjaga
guru pengiring
kebajikan murid
murid sakit tidak dipaksa
pelajar miliki skim insuran
kemudhan berbahaya perlu dikawal penggunaan
lapor kemalangankepada pengetua dengan segera
MEMASTIKAN KESELAMATAN TRAFIK
DI KAWASAN SEKOLAH
Sekolah perlu sistem pergerakan trafik yang cekap
Pengawasan lebih semasa sebelum kelas bermula dan kelas
berakhir
Ibu bapa perlu ada tempat khas menunggu anak mereka
Sekolah kawasan larangan untuk kenderaan
Kes headmistress, mgs &ors v headmaster, anglo- chinese primary
school & anor
MEMASTIKAN KESELAMATAN
KEBAKARAN SENTIASA
DIJAGA
menubuhkan jawatankuasa pencegahan kebakaran sekolah
membuat pemeriksaan rapi terhadap sistem pendawaian
guru perlu tahu dan mematuhi prosedur pencegahan kebakaran di
makmal dan bengkel
memastikan pemadam api dan alat encegahan kebakaran dalam
keadaan baik
adakan demonstrasi memadam kebakaran dan fire drill
menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah
MEMASTIKAN KESELAMATAN
SEWAKTU MEMBUAT LAWATAN
kemalangan sering berlaku semasa lawatan
guru dan murid mesti mematuhi segala undang-undang dan
peraturan (school toursregulation 1957), pek.ikhtisas 1/1995,
9/2000berhubung dengan lawatan
kes chen soon lee v chong voon pin
MEMASTIKAN KEBERSIHAN MAKANAN DAN
KESIHATAN MURID DIJAGA
peraturan schools (general) regulations, the registration of schools
ordinance, 1950
sekolah mesti mementingkan aspek kebersihan,keceriaan dan
kesihatan guru, murid dankemudahan fizikal sekolah
makanan dan minuman yang disediakan atau dibekalkan di kantin
atau di dapur mesti bersihdan sesuai dengan kesihatan pelajar
makanan mesti selamat digunakan oleh semua pihak
amalan kebersihan perlu didedahkan
pekerja dan pengendali makanan perlu mengamalkan amalan
kebersihan
GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN
MENEPATI KEHENDAK UNDANG DAN PERATURAN
sistem persekolahan dikawal secara pusat oleh akta
pendidikan 1996 (akta 550),ordinan 1959, peraturan-
peraturan pendidikan danpekeliling-pekeliling ikhtisas
semua kehendak di atas perlu dipatuhi
TIGA ASPEK UTAMA
melaksanakan kurikulum kebangsaan satu kewajiban
menjaga disiplin dan mengenakan tindakan disiplin
terhadap pelajar mengikutperaturan
isu hak cipta dan isu-isu lain
PENYALAHGUNAAN KUASA DAN
PENYELEWENGAN
pecah amanah
untuk mengelakkan dari didakwa satu sistem
kewangan yang lengkap danteratur perlu diwujudkan
segala prosedur kewangan perlu dipatuhi
KESIMPULAN 22
semua langkah perludiambil untuk menjamin keselamatan murid-murid
di sekolah dari aspek fizikal, mental, emosi dan rohani dalam usaha kita
menwujudkan ‘sekolah selamat’