pengumuman (bahasa melayu kontekstual)ppismp semester 3
TRANSCRIPT
BAHASA MELAYU
Disediakan olehAHMAD HAFIZAN BIN ARIFIN
KAMAL SAFIUDDIN BIN MUSTAFA KAMALMOHD ZULFIKRI BIN ZAINOL
MUHAMMAD ASYRAF BIN ZAMRIUWAIS AL QARNI BIN MOHD ISA
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
DEFINISICIRI – CIRI
PENGUMUMAN
KEKUATAN PENGUMUMAN
KELEMAHAN PENGUMUMAN
PENGUMUMAN LISAN
PENGUMUMAN BERTULIS
PEMBERITAHUAN
SEBARAN
FORMAT
Pengenalan • Komunikasi merupakan sebahagian
daripada rutin harian manusia.• Antara tujuan komunikasi ialah untuk
melahirkan pendapat , pandangan dan meluahkan perasaan
• Menurut Emery , Anlt dan Agee (1965) komunikasi ialah seni pemindahan maklumat , idea dan sikap daripada individu kepada individu lain.
• Abraham (1986) berpendapat komunikasi adalah berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-duanya.
• Kesimpulanya, komunikasi ialah pemancangan idea daripada satu pemikiran kepada pemikiran yang lain dengan melibatkan individu yang terlibat dalam proses berkenaan .
• Berasal daripada perkataan umum yang bermaksud secara keseluruhan , bersifat menyeluruh ,mengenai keseluruhan sesuatu(Kamus Dewan Edisi Keempat)
• Pengumuman bermaksud perihal (perbuatan dan sebagainya ) mengumumkan , pemberitahuan kepada orang ramai , pemakluman
• Pengumuman ialah perihal memaklumkan, pemberitahuan kepada orang ramai, pemakluman. Pengumuman dibuat sama ada secara lisan atau tulisan yakni melalui elektronik atau media cetak (Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2010).
DEFINISI
• Pemberitahuan atau pemakluman kepada orang ramai (AB. Rahman AB. Rashid & Yap, 2002).
• Menurut Arbak Othman (1995) pengumuman ialah hal yang disebarkan atau makluman
Ciri-ciri Pengumuman Yang Baik • Penggunaan laras bahasa yang betul iaitu
laras bahasa berita• Ayat yang gramatis – ringkas, menarik dan
mudah• Bahasa yang digunakan jelas-
mengandungi satu ke dua perkara sahaja• Mudah difahami umum – terus kepada
penyataan yang ingin disampaikan
• Menggunakan sebutan , nada ,dan hentian yang sesuai
• Menyatakan sesuatu bagi menarik perhatian seperti penggunaan ayat ‘ minta perhatian….’
• Mengulang-ulang bahagian yang penting • Membuat penutup dengan menyatakan
harapan misalnya ‘sekian ,diharap…’
• Isi yang tegas dan tepat kepada maksud.Kandungan
• Satu atau dua. Perkara
• Ringkas tetapi padat.Sifat• Jelas, mudah difahami dan diterima umum.• Ayat pasif. • Lancar, tidak meleret-leret dan berbalik-balik.Bahasa• Lancar.• Sebutan, intonasi dan gaya pengucapan yang
baik.
Penyampaian
Strategi Pengumuman Yang Baik
• Berada di tempat yang sesuai dan dikhaskan untuk menyampaikan pengumuman (bilik siaraya)
-pengumuman yang disampaikan diterima oleh kumpulan sasaran
• Menggunakan ayat dan bahasa yang mudah difahami– Tidak berlaku percanggahan maklumat oleh
penerima maklumat
• Tidak menggunakan bahasa kiasan atau sindiran
-maklumat yang disampaikan tidak berjaya difahami oleh penerima maklumat dan menyebabkan ada pihak yang terasa hati
ALAT BANTUAN
• Perakam suara dan video• Pembesar suara• Mikrofon• Radio• Internet• Faksimili• Sistem pesanan ringkas• Media cetak/banting/kain rentang
• Bergantung kepada situasi tertentu atau situasi berlainan dan mengikut logik akal.
• Mengandungi:
Kumpulan sasaran
Tujuan atau agenda
Tarikh
Masa
Lokasi/ Tempat pertemuan
PENGUMUMAN LISAN
Perhatian kepada saudari Nurul (kumpulan sasaran), anda dikehendaki berjumpa dengan En. Karim (tujuan), pada 19 April 2010 (tarikh), pukul 3 petang (masa) bertempat di Makmal Ilmu (lokasi).
Perhatian kepada pemilik kenderaan bernombor mbn 6983 , sila alihkan kenderaan anda sekarang kerana menganggu lalu lintas.Terima kasih .
PENGUMUMAN PEMBERITAHUAN
Perhatian kepada orang ramai (kumpulan sasaran), anda dijemput hadir beramai-ramai ke pusat jualan peralatan komputer tahunan (tujuan), pada 21 Oktober 2010 (tarikh), dari jam 9 pagi hingga 10.30 malam (masa), bertempat di hadapan kompleks membeli belah Centre Square, Sungai Petani (lokasi).
Perhatian kepada semua warga kolej ,marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Seman yang telah meninggal dunia semalam.
PENGUMUMAN SEBARAN
• Melalui surat pekeliling atau surat pengumuman
• Surat pekeliling – dipanjangkan kepada pihak berkenaan. Senarai nama dilampirkan dan ditandatangani
• Surat pengumuman – pemberitahuan kepada umum atau pihak tertentu. Contoh: pengumuman di papan kenyataan
PENGUMUMAN BERTULIS
• Alamat pengirim• Alamat penerima• Tarikh• Nombor telefon• Rujukan kami/rujukan tuan• Perkataan menghadap surat• Tajuk• Isi surat• Penutup• Tandatangan
FORMAT PENGUMUMAN BERTULIS
KEKUATAN DAN
KELEMAHAN PENGUMUMAN
KEKUATAN PENGUMUMAN
Penting kerana dapat memberitahu khalayak mengenai maklumat penting
dan perkara-perkara yang berlaku.
Bahasanya yang ringkas dan mudah difahami menyenangkan khalayak untuk memahami pengumuman.
Dapat disampaikan dengan pelbagai media elektronik
KELEMAHAN
PENGUMUMAN
Keberkesanan pengumuman tidak dapat diketahui kerana tiada tindakan
susulan pengumuman diberikan.
Pembaca atau pendengar yang tidak mempunyai kemudahan seperti media
elektronik atau media cetak mungkin tidak dapat menerima pengumuman.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap, K.F. (2002). Bahasa Kebangsaan (Edisi Kedua). Petaling Jaya: Pearson.
Carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2010). Pengumuman. Dewan Bahasa dan Pustaka. Diperoleh pada Mac 28, 2010 dari laman sesawang:http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengumuman&d=10
Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Abd. Aziz. (1999). Bahasa Kebangsaan (A). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
RUJUKAN
Tamat