pengukuran dan penilaian ga3113 · pdf filekognitif, afektif dan ... pengukuran biasanya tidak...
TRANSCRIPT
PENGUKURAN DAN PENILAIAN GA3113
Objektif Pengajaran
Pentaksiran Pengajaran
Tiga komponen Utama Proses Pendidikan
PENGUJIAN (Testing)
PENGUKURAN (Measurement)
PENILAIAN (Evaluation)
PENTAKSIRAN (Assesment)
PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENILAIAN dan PENTAKSIRAN
Konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran berbeza dari segi maksud, tujuan dan cara pelaksanaannya
PENGUJIAN Satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan
tingkahlaku seseorang individu terhadap pembelajaran. Sistematik bermaksud proses mestilah teratur, mengikut peraturan
tertentu dalam pentadbiran ujian, dan menetapkan pemarkahan atau pengredan secara terperinci.
Tingkahlaku yang diukur dalam ujian pada satu-satu masa biasanya terhadap sebahagian aspek pembelajaran sahaja meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
PENGUJIAN Satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan
tingkahlaku seseorang individu terhadap pembelajaran. Sistematik bermaksud proses mestilah teratur, mengikut peraturan
tertentu dalam pentadbiran ujian, dan menetapkan pemarkahan atau pengredan secara terperinci.
Tingkahlaku yang diukur dalam ujian pada satu-satu masa biasanya terhadap sebahagian aspek pembelajaran sahaja meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Contohnya, ujian bulanan, peperiksaan semester, peperiksaan tahunan dll.
Ujian bertindak sebagai sebagai alat pengukuran untuk memberi maklumat tentang pencapaian pelajar dalam pembelajaran
PENGUKURAN Pengukuran adalah suatu usaha untuk menentukan nilai kuantitatif
sesuatu benda atau keadaan. Nilai kuantitaif itu biasanya diperoleh penyukatan dengan
menggunakan alat dan dinyatakan dalam unit angka yang tetap. Dalam pendidikan, pengukuran merupakan satu proses untuk
menghasilkan nilai kuantitaif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam pembelajaran.
Pengukuran biasanya dilakukan melalui ujian, peperiksaan dll. Nilai kuantitatif pengukuran ini dinyatakan dalam skala seperti
markah, gred untuk menunjukkan peringkat pencapaian. Pengukuran biasanya tidak bersifat mutlak iaitu terdapat perbezaan
antara apa yang diukur dengan keadaan sebenar.
PENGUKURAN Suatu proses yang sistematik untuk memberikan nombor-nombor kepada kuantiti atau kualiti sesuatu trait atau ciri yang diukur
(assigning numbers to something that is being measured).
(Noll, Scannell & Craig 1972)
Pengukuran ditakrifkan sebagai pemberian angka-angka kepada objek, atau peristwa mengikut peraturan yang tertentu dengan skala yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
(Yap Yee Khiong, Wan Chwee Seng & Ismail Abu Bakar 1985)
Pengukuran adalah suatu proses memberi nombor atau kuantiti kepada sesuatu trait atau ciri-ciri yang diukur.
"Measurement takes place when a quality is quantified"
(Ray Summer 1987)
Masalah Dalam Pengukuran Sains Sosial Dalam sains tulin, aspek/objek yang diukur adalah dalam
bentuk konkrit. Justeru pengukuran adalah mudah dibuat dengan menggunakan alat ukur.
Dalam sains sosial, aspek yang diukur kebanyakan adalah abstrak seperti PENCAPAIAN, sikap, motivasi, minat, perasaan, komitmen dll.
Perkara yang abstrak amat sukar diukur.
Kewujudan dan ukuran mengenai aspek-aspek tersebut hanya boleh diinfer daripada tingkah laku.
Persoalannya; Sejauhmanakah tingkah laku itu dapat menjadi petunjuk
kepada aspek yang hendak diukur.
Sejauhmanakan inferens yang dibuat itu tepat?
PRINSIP PENGUKURAN
X = T + E
X - Skor yang Dicerap(Observe score)
T - Skor Sebenar(True Score)
E - Ralat(Error)
PUNCA RALAT DALAM PENGUKURAN
I. Ralat berpunca daripada Pengukur(raters)
II. Ralat berpunca daripada Diri Responden Sendiri III. Ralat berpunca daripada Situasi
IV. Ralat berpunca daripada Alat Pengukuran
V. Ralat berpunca daripada Hal-hal Pentadbiran
Dua Jenis Maklumat/Data
i. Maklumat berunsur kuantitatif
ii. Maklumat berunsur kualitatif
• Maklumat yang bersifat kuantitatif diperoleh melalui proses pengukuran yang memerlukan alat-alat pengukuran seperti ujian, soal selidik dan lain-lain.
• Maklumat yang bersifat kualitatif diperoleh melalui pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan lain-lain cara untuk mendapatkan segala maklumat yang lengkap agar apa yang dikaji dapat dibuktikan kebenarannya.
PENILAIAN
Proses menentukan perubahan tingkahlaku seseorang individu atau
murid dan membuat pertimbangan (judgement) nilai.
Penilaian dibuat berdasarkan daripada interpretasi hasil pengukuran bersifat kuantitatif, atau kualitatif atau kombinasi kedua-dua pengukuran kuantitatif dan kualitatif.
Penilaian yang dibuat pada murid adalah lebih luas daripada
pengukuran atau pengujian
PENILAIAN
PENGUKURAN
PENGUJIAN
Rajah; Hubungan antara Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
Dalam bilik darjah, penilaian merupakan suatu proses yang sistematik
untuk menentukan sejauhmanakah objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Oleh itu penilaian mestilah dilakukan secara berterusan atau berulang-ulang serta pada bila-bila masa sahaja.
Sekurang-kurangnya dijalankan sebelum dan selepas pengajaran.
Perbandingan kedua-duanya dapat menentukan sejauhmanakah perubahan tingkah laku telah berlaku atau taraf pencapaian objektif pelajaran itu oleh murid.
PENTAKSIRAN Pentaksiran adalah proses; Mengumpul maklumat yang sah dan boleh dipercayai (valid and
realible) tentang prestasi pelajar secara berterusan(ongoing) berdasarkan;
- pernyataan kriteria yang jelas - penggunaan kaedah, alat. Teknik dan konteks yang pelbagai. Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat
pertimbangan Menggunakan pelbagai maklumat yang diperolehi Membuat penilain bertulis tentang prestasi, pencapain dan keperluan
pelajar.
PRINSIP ASAS MELAKSANAKAN PENILAIAN
Guru harus menentukan:
Tujuan Penilaian Bidang yang dinilai
Calon yang dinilai
Teknik yang hendak digunakan
PENILAIAN
MENGAPA APA
SIAPA
BAGAIMANA, BILA,
DI MANA, KRITERIA
TUJUAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN DI SEKOLAH
Untuk mendapatkan maklumat balik; - meninjau setakat manakah objektif pengajaran telah tercapai - menentukan kemajuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran - memberi penjelasan kepada guru samada pengajarannya berkesan
atau tidak - memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk
memperbaiki pengajaran selanjutnya. Untuk membaiki kurikulum; - menyemak semula objektif dan kurikulum sekolah - mengubahsuaikan kurikulum mengikut kehendak masyarakat dan
keperluan serta kemampuan kanak-kanak - membaiki kandungan kursus dan kaedah pengajaran
TUJUAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN DI SEKOLAH
Sebagai penggerak atau motivasi; - menggerakkan murid belajar bersungguh-sungguh untuk lulus
peperiksaan. - Memaksa guru dan murid berusaha mencapai mencapai objektif
pelajaran. Untuk mengesan punca kelemahan; - dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran. - Membolehkan guru menyediakan program pemulihan.
Untuk menempatkan murid dalam jurusan pendidikan; - sebagai asas memilih murid ke jurusan pendidikan tertentu. - Sebagai asas memilih murisd ke asrama penuh. - sebagai asas memilih pekerjaan.
TUJUAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN DI SEKOLAH
Untuk pengkelasan dan pensijilan; - menentukan pengkelsan murid, lulus dan gagal - membuat laporan kepada ibu bapa tentang pencapaian anak-anak
mereka. - memberikan sijil kepada mereka yang berjaya. Untuk penyelidikan; - mendapatkan maklumat atau data untuk dianalisis dan membuat laporan.
Untuk ramalan; - untuk meramal kejayaan murid pada masa akan datang.
JENIS PENILAIAN Dua jenis penilaian:
PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF
PENILAIAN FORMATIF Merupakan pentaksiran yang sistematik yang sentiasa dijalankan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membaiki proses tersebut.
Maklumat daripadanya dapat digunakan serta merta dan terus
menerus bagi membantu pelajar dan guru dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang dirancangkan.
Diadakan dari masa ke semasa apabila sahaja guru selesai mengajar
sesuatu unit pelajaran. Tujuan penilaian formatif adalah untuk penambahbaikan proses
pengajaran, bukan bertujuan untuk pemeringkatan atau membandingkan murid dengan murid lain.
Dilaksanakan secara informal melalui pemerhatian, latihan atau
ujian pendek.
PENILAIAN SUMATIF Merupakan pentaksiran secara menyeluruh taraf pencapaian
terhadap objektif pengajaran yang luas selepas satu peringkat pengajaran dan pembelajaran.
Penilaian dilakukan secara formal pada akhir sesuatu peringkat
pembelajaran. Digunakan untuk pengredan dan pemeringkatan murid. Contohnya: Peperiksaan Akhir Semester, UPSR, PMR, SPM dll.
CIRI PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF
Definisi Pentaksiran semasa atas satu unit pembelajaran
Pentaksiran secara menyeluruh satu peringkat pembelajaran
Tujuan Untuk membaiki proses P&P Untuk menentukan pencapaian pembelajaran dan gred murid
Aktiviti Mengesan kelemahan pembelajaran murid secara serta merta
Menentukan sejauhmana objektif pengajaran tercapai
Masa Semasa proses P&P sedang berlaku
Selepas satu peringkat P&P
Kekerapan Bila tamat satu unit pembelajaran
Pada akhir penggal, tahun atau tahap persekolahan
Bentuk Ujian pendek atau pemerhatian Peperiksaan formal terdiri dariapa pelbagai item ujian
Liputan Mengenai satu unit pembelajaran atau kemahiran yang spesifik
Meliputi seluruh sukatan pelajaran satu peringkat pembelajaran
CIRI PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF
Perbandingan
Pencapaian dirujuk kepada objektif pelajaran atau kriteria yang ditetapkan
Pencapain antara calon dibandingkan untuk menentukan taraf kedudukan
Tindakan Membaiki pengajaran, membetulkan kesilapan murid dan menyediakan program pemulihan
Menentukan kesediaan untuk melanjutkan pelajarn pelajaran atau pekerjaan
Contoh Ujian bulanan, pemerhatian dalam kelas, kuiz, kerja amali
Peperiksaan semester, UPSR, PMR, SPM dll
ARAS KEMAHIRAN KOGNITIF (TAKSONOMI BLOOM)
TIGA DOMAIN TAKSONOMI BLOOM
Objektif pengajaran seharusnya meliputi perubahan tingkahlaku murid dari segi:
KOGNITIF Bidang mengenai pengetahuan, seperti fakta, teori, perangkaan dan
sebagainya AFEKTIF Mengenai perasaan, emosi, nilai dan sebagainya.
PSIKOMOTOR Mengenai tingkahlaku pergerakan yang membawa kepada sesuatu
kemahiran.
ARAS KEMAHIRAN BIDANG KOGNITIF BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM
(Bloom, B.S. 1956. Taxonomy of Educational Objective. Handbook I Cognitive Domain. N.Y.: Longmans Green)
Terdapat ENAM aras kemahiran kognitif:
PENGETAHUAN
KEFAHAMAN
APLIKASI
ANALISIS
SINTESIS
PENILAIAN
ARAS PENGETAHUAN • Menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas seperti istilah,
definisi, hukum, tarikh, tempat, masa, nama dan sebagainya.
• Perkataan yang biasa digunakan dalam solan peringkat pengetahuan ialah;
- Namakan
- Nayatakan
- Berikan
- Senaraikan
- Siapa
- Apa
- Bila
ARAS KEFAHAMAN • Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami dan
menginterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan-bahan yang telah dipelajari.
• Perkataan yang biasa digunakan dalam solan peringkat kefahaman ialah;
- Terangkan
- Huraikan
- Ringkaskan
- Nyatakan
- Tukarkan
- Jelaskan
- Mengapa
ARAS APLIKASI • Menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip
dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
• Perkataan yang biasa digunakan dalam solan peringkat kefahaman ialah;
- Bagaimana
- Selesaikan
- Carikan
- Kirakan
- Gunakan
- Huraikan
ARAS ANALISIS • Menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan
faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
• Perkataan yang biasa digunakan dalam solan peringkat kefahaman ialah;
- Bandingkan
- Bezakan
- Analisiskan
- Cerakinkan
- Bahagikan
- Asingkan
ARAS SISTESIS • Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau
mencantumkan idea-idea serat mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi.
• Perkataan yang biasa digunakan dalam solan peringkat kefahaman ialah;
- Rumuskan
- Membuat keputusan
- Membuat kesimpulan
- Bentukan
- Ciptakan
- Rekakan
- Gubahkan
- Gabungkan
ARAS PENILAIAN • Merupakan peringkat tertinggi yang menguji kebolehan calon
membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat dan hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan dan sebagainya.
Hirarki Kognitif Kata Kunci
Pengetahuan (Knowledge) Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori,hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas
Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
Pemahaman (Comprehension) Mengubah kfahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Pilih, terangkan, tulis semula.
Aplikasi (Application) Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain
Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat
Hirarki Kognitif Kata Kunci
Analisis (Analysis) Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
Sintesis (Synthesis) Menyepdu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
Penilaian (Evaluation) Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
PERANCANGAN DAN PEMBINAAN UJIAN • Sesuatu ujian itu hendaklah dirancang dengan baik, dibina dan
ditadbirkan serta mempunyai sistem pemarkahan menurut peraturan-peraturan yang telah terlebih awal ditentukan.
• Sesuatu ujian itu adalah sistematik dari empat aspek:
- Tujuan dan objektifnya: Mengapa hendak diuji?
- Isi kandungannya: Apa yang hendak diuji?
- Prosedur Pentadbirannya: Bagaimana hendak menguji?
- Sistem Pemarkahannya: Bagaimana hendak diolah ujian?
LANGKAH-LANGKAH PERANCANGAN UJIAN Mentafrifkan objektif-objektif perlakuan yang hendak diuji.
Menentukan isi kandungan atau topik yang perlu diuji.
Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
Menentukan jenis soalan yang akan digunakan
Menentukan jumlah soalan yang akan digunakan
Meneliti aras kesukaran soalan
Menetapkan masa ujian
Menyediakan prosedur pentadbiran soalan
Menentukan prosedur pemarkahan
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN Jadual Spesifikasi Ujian adalah disediakan untuk membantu
penggubal soalan menyediakan item/soalan mengikut kriteria yang ditentukan.
Dalam JSU terdapat maklumat seperti berikut;
- Bentuk dan panjangnya soalan
- Kandungan topik-topik
- Aras kemahiran
- Peruntukan peratusan item/soalan
- Bilangan soalan
- Aras kesukaran
KEPENTINGAN JSU Dengan adanya JSU ujian dapat dibina dengan rapi dan bukan
secara sebarangan.
Dapat meningkatkan ciri kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
Ia menjadi panduan dan penentu bagi penggubal soalan untuk menyediakan ujian.
Bidang serta pemberatan dpat ditentukan secara adil.
Taraf dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari setahun ke setahun.
Ia dapat memastikan bahawa taburan topik adalah seimbang dan tidan berat di satu bahagian sahaja. Dengan cara ini calon dapat diuji secara keseluruhan dalam topik-topik yang telah dipelajari.
Bil Isi (Topik) Aras Kemahiran Jumlah Jumlah Besar Pengetahuan Kefahaman Aplikasi
M P S M P S M P S M P S
1 Operasi Tambah
1 1 2 2 2 4
2 Operasi Tolak
1 1 2 1 3 4
3 Operasi Darab
1 1 2 1 3 2 5
4 Oprasi Bahagi
1 1 2 3 1 4
5 Pecahan 1 1 1 2 1 3
6 Perpuluhan 1 1 1 2 1 3
7 Peratus 1 1 1 2 1 3
8 Operasi Serentak
1 1 1 3 3
9 Wang 1 1 1 1 2 3
10 Ukuran Panjang
1 2 3 3
11 Ukuran Berat 2 1 3 3
12 Isipadu 1 1 1 1 2
JUMLAH 2 3 4 4 9 4 9 5 10 20 10 40
CONTOH JADUAL SPESIFIKASI UJAIN (JSU)
SKALA PENGUKURAN
DAN JENIS-JENIS UJIAN
SKALA PENGUKURAN • NOMINAL • ORDINAL • SELA / INTERVAL • NISBAH / RATIO
SKALA NOMINAL • Nombor dalam skala nominal berfungsi sebagai
pengenalan, pengecaman atau penamaan perkara, objek atau keadaan yang berlainan.
• Contoh: no pendaftaran kereta, no rumah, no bus, no
jersey pemain, no pendaftaran pelajar. • Ia tidak boleh diguna untuk menentukan prestasi atau
mengkelaskan pelajar
SKALA ORDINAL • Skala yang menunjukkan pemeringkatan dari yang
rendah kepada yang tinggi. • Sela antara angka-angka tersebut tidak semestinya sama
tetapi susunan angkanya menggambarkan pemeringkatan atau rank.
• Contohnya: ranking kedudukan pelajar. - pelajar yang mendapat no. 2 adalah lebih baik
daripada pelajar yang mendapat no. 4, tetapi tidak bermakna pelajar tersebut 2 kali lebih baik.
SKALA INTERVAL (SELA) • Skala ini dapat memenuhi keperluan pengukuran
pendidikan kerana ianya bukan sahaja dapat menunjukkan pemeringkatan pencapaian (prestasi) tetapi juga dapat menunjukkan perbezaan.
• Sela antara nombor-nombor adalah sama. • Walau bagaimanapun skala ini tiada mutlak sifar/kosong. • Contohnya: suhu, markah pencapaian. Pelajar yang mendapat markah 0 bukan tiada
pengetahuan. • Boleh diolah secara statistik eg. Min, median dan sisihan
piawai.
SKALA NISBAH (RATIO) • Skala ini menunjukkan pemeringkatan, mempunyai sela
yang sama dan mempunyai mutlak sifar/kosong. • Contohnya: panjang, tinggi, jarak, umur, berat dll. - 20cm lebih panjang daripada 10cm sebanyak 2 kali
ganda. • Boleh diolah secara statistik eg. Min, median dan sisihan
piawai.
KATEGORI UJIAN Ujian boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama: • UJIAN RUJUKAN NORMA • UJIAN RUJUKAN KRITERIA
UJIAN RUJUKAN NORMA Tujuan: • Membandingkan prestasi individu dengan individu lain. • Membandingkan prestasi sesuatu kumpulan dengan
kumpulan lain. Biasanya diadakan di sekolah pada pertengahan atau
akhir tahun. Item ujian dibina berdasarkan sukatan pelajaran.
Biasanya 25% mudah, 50% sederhana, 25% sukar. Ujian rujukan norma biasanya dibuat dalam bentuk
sumatif kerana ia dapat direkodkan, diberi pengredan dan dapat menenpatkan pelajar dalam kelas.
UJIAN RUJUKAN KRITERIA Tujuan: • Untuk menentukan taraf pencapaian seseorang individu
yang dikehendaki dalam sesuatu kemahiran (berdasarkan objektif yang ditetapkan).
Biasanya diadakan selepas sesuatu kemahiran diajar.
Keputusannya boleh dibandingkan dengan kriteria (objektif) yang ditetapkan.
Sesuai untuk menguji sebahagian kecil isi kandungan pelajaran.
Dapat mengesan kelemahan pelajar dalam kemahiran tertentu dan membolehkan guru membaiki pengajaran.
JENIS-JENIS SOALAN
JENIS JAWAPAN TERHAD (Soalan Objektif)
Aneka Pilihan
Aneka Pelengkap
Padanan
Lengkapkan atau Pengisian
Benar-Salah
JENIS JAWAPAN BEBAS (Soalan Subjektif)
Soalan Struktur
Essei
Ujian Objektif - Merupakan sejenis ujian kertas pensil. - Secara umumnya mempunyai dua bentuk iaitu: i. Item respon bebas Memerlukan jawapan ringkas sahaja. cnth: Nama ibu negeri Kedah ialah ………… ii. Item respon tetap Item yang memerlukan calon memilih
jawapan daripada beberapa gerak balas yang diberikan.
Kelebihan Ujian Objektif - Menguji satu item yang spesifik. - banyak item boleh diuji. - skema jawapan mudah disediakan. - pemeriksaan cepat dijalankan. Kelemahan Ujian Objektif - Calon tidak dapat membuat jawapan sendiri. - Pengeluaran idea, kemahiran penggunaan bahasa
kurang dapat diuji.
JENIS-JENIS SOALAN OBJEKTIF Terdapat dua jenis:
Ujian objektif yang memerlukan jawapan pendek daripada calon.
Ujian objektif yang memerlukan calon membuat pilihan daripada beberapa pilihan jawapan yang disediakan.
JENIS-JENIS SOALAN OBJEKTIF 1. Jenis Lengkapkan atau pengisian.
Memerlukan calon memberikan jawapan ringkas. Soalan jenis ini boleh berbentuk soalan atau pernyataan. Contohnya:
Bilakah Malaysia mencapai kemerdekaan? _______
Berapa gramkah dalam satu kilogram? ________
Apakah nama ibu negeri Kedah? ____________
Ubat itu pahit seperti __________
Perdana Menteri Mapaysia yang pertama ialah ______
# Jangan gunakan terlalu banyak tempat kosong dalan satu ayat.
# Tempat kosong dihujuna ayat lebih sesuai daripada awal ayat.
2. Jenis Item Betul-Salah (Ya/Tidak Benar/Palsu)
Soalan jenis ini hanya ada dua pilihan sahaja iaitu betul atau salah.
Contohnya:
Ikan paus ialah sejenis mamalia. Betul/Salah
Kelantan terletak di Malaysia Timur Betul/Salah
Sentimeter ialah satu unit asas ukuran panjang Betul/Salah
# Pernyataan hendaklah pendek dan tepat.
# Tentukan ayat-ayat adalah benar atau palsu tanpa keraguan
# Elakkan perkataan yang longgar seperti ‘keniasaannya’ ‘kerapkali’ dan sebagainya.
# Jangan adakan corak pada jawapan.
3. Jenis Item Padanan
Item ini biasanya mengandungi dua kumpulan objek/perkara yang berkaitan. Calon dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/perkara yang berkaitan dengan menggunakan garis lurus untuk menyesuaikan objek/perkara disebekah kiri dengan di sebelah kanan.
Contohnya:
Sesuaikan tokoh-tokoh berikut dengan tempat mereka berjuang.
Dol Said
Sabah
Pasir Salak
Maharaja Lela
Naning
Pahang
Mat Kilau
Tok Janggut
Mat Salleh Kelantan
4. Jenis Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan mengandungi pokok soalan dan beberapa pilihan jawapan, 5, 4, atau 3.
Pokok soalan boleh berbentuk soalan, ayat tidak lengkap atau pernyataan.
1. Apakah tanaman yang paling UTAMA di Malaysia?
A. Koko
B. Nanas
C. Getah
D. Kelapa
2. Yang manakah antara pernyataan berikut mengenai benda hidup yang SALAH?
A. Semua benda hidup bernafas
B. Semua benda hidup bergerak
C. Semua benda hidup membiak
D. Semua benda hidup boleh membuat makanan
3. Malaysia mencapai kemerdekaan dalam tahun ____
A. 1942
B. 1957
C. 1963
D. 1969
Diantara pilihan jawapan hanya terdapat satu jawapan yang betul atau peling tepat. Pilihan jawapan yang salah dinamakan pengganggu atau distraktor.
Item aneka pilihan yang baik ialah item yang mempunyai pokok soalan yang jelas dan pengganggu adalah hampir sama dengan pilihan jawapan yang betul.
Masukkan sebanyak yang boleh pernyataan dalam pokok
soalan supaya menjadikan pilihan jawapan yang sependek mungkin.
Jangan berikan jawapan yang jelas salah.
Yang manakah di antara yang berikut unsur logam?
A. Oksigen
B. Plumbum
C. Sulfur dioksida
D. karban tetraklorid
(B dan C jelas salah kerana ia bukan unsur tetapi sebatian)
Jangan tulis soalan yang mengandungi dua negatif.
Manakah antara berikut bukan sejenis bukan magnet?
Letakkan pilihan jawapan mengikut tertib nombor yang
terkecil dahulu diikuti yang terbesar. Jawapan pendek dulu diikuti jawapan yang panjang.
Bagi kiraan, tentukan tiap-tiap jawapan yang salah itu berpadanan dengan kesilapan yang mungkin dilakukan semasa mengira.
Pastikan tidak terdapat corak jawapan yang betul.
Ujian Subjektif (Essei) Calon bebas memilih, merancang dan menyusun isi atau
idea dalam bentuk ayat, perenggan atau karanga. Kelebihan: - dapat menguji kefahaman dan kemahiran
menyusun idea dan pendapat. Kelemahan: - Tidak banyak perkara dapat diuji.
JENIS-JENIS UJIAN LAIN Ujian Tara Item biasanya dibuat oleh kumpulan pakar. Ujian yang disediakan, ditadbir, diperiksan dan dianalisis
secara piawai. Antaranya: i. Ujian Tara Binet atau Ujian IQ ii. Ujian Bakat iii. Ujian Kepantasan iv. Ujian Sikap v. Preference Inventories (e.g., Myers-Briggs Type Indicator
Ujian Saring Ujian ini sering digunakan untuk mengasing pelajar yang
cerdas dan lemah. Pelajar yang lemah ini pula akan menjalani ujian
dianostik. Ujian Diagnostik Ujian ini yang dijalankan untuk mengesan punca
kelemahan pelajar dalam penguasaan kemahiran- kemahiran.
Keputusan ujian diguna guru untuk merancang program pemulihan.
Ujian Lisan Untuk mengetahui punca kelemahan pelajar dengan
serta merta dan dapat membetulkan pelajar secara spontan.
Preparing An Achievement Test
• Steps: 1. Identify and define the learning outcomes to
be measured 2. Prepare test specifications 3. Construct relevant test items 4. Review and edit the items 5. Arrange the items in the test 6. Prepare directions
SEKIAN
Terima kasih