penglibatan usahawan negeri pahang …...penglibatan usahawan negeri pahang dalam pameran halal...

3
PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PAMERAN HALAL ANTARABANGSA MALAYSIA (MIHAS) PADA PADA 3 HINGGA 6 APRIL 2019 DI PUSAT PAMERAN DAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA (MITEC), KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR, 6 April 2019 - Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang berlangsung di Pusat Pameran Dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 3 hingga 6 April 2019. Pameran ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 7 malam kepada pengunjung berstatus pedagang sahaja dan dibuka kepada orang ramai pada hari Sabtu (6). MIHAS 2019 kali ini berjaya menarik penyertaan seramai 1000 pempamer mewakili 44 buah negara. Antara negara yang turut mempamerkan produk negara masing-masing adalah dari Jepun, Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin, Kuwait dan Taiwan. Serta turut melibatkan penyertaan pertama kalinya di MIHAS adalah dari negara Kemboja, Azerbaijan dan Uzbekistan. Pameran ini juga turut menerima kehadiran hampir 30,000 pengunjung perdagangan merangkumi syarikat tempatan dan antarabangsa, pertubuhan serta delegasi asing. Selain itu, MIHAS 2019 merekodkan nilai eksport kira-kira RM1.6 bilion iaitu peningkatan sebanyak 5.7 peratus berbanding RM1.52 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu. Terdapat dua komponen utama di dalam MIHAS 2019 yang mencatatkan perkembangan memberangsangkan iaitu merangkumi pameran dan segmen padanan perniagaan iaitu Program Penyumberan Antarabangsa (INSP). Pameran MIHAS telah mencatatkan transaksi bernilai RM987.7 juta manakala INSP yang dijalankan sehari sebelum MIHAS, merekodkan RM615 juta membabitkan 2,211 padanan perniagaan antara 610 syarikat tempatan dengan 200 pembeli asing dari 43 negara. Antara sektor yang menyumbang kepada jumlah ini adalah makanan dan minuman (F&B), diikuti farmaseutikal dan perkhidmatan kewangan Islam. Antara matlamat Pameran MIHAS diadakan adalah untuk menyediakan salah satu platform perdagangan halal global telah tercapai dengan adanya penglibatan entri daripada peserta lokal dan antarabangsa, Buat pertama kalinya, pameran MIHAS menerima kunjungan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-16 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Jumaat yang lalu iaitu 5 April 2019. Baginda sempat beramah mesra dengan peserta serta pengunjung dan melawat Pavilion Pahang dan beberapa gerai pameran yang menjual pelbagai produk halal yang lain. Kali ini, Kerajaan Negeri Pahang telah membawa seramai tujuh (7) usahawan Pahang yang telah mempunyai sijil halal dan produk masing-masing mempunyai kriteria sedia eksport. Senarai Usahawan Pahang yang telah mewakili Pavillion Negeri Pahang adalah Syarikat Wan Industri yang membawa produk rempeyek dengan jenama Wan, Azimah Unggul Enterprise membawa produk pencicah yang terdiri daripada kicap, sos dan cuka dengan jenama Azimah, Makanmoh Manufacturing Plt membawa produk berasaskan tempoyak dengan jenama MOH, Akie Group Sdn Bhd membawa produk Daging Burger dengan jenama Akie, AF Vision Sdn Bhd membawa produk berasaskan strawberry dengan jenama Cik Merah, Permata Alwahyu Sdn Bhd membawa produk biskut dengan jenama Chacky’s dan Cameron Bharat Plantations Sdn Bhd membawa produk tea dengan jenama The Cameron Valley.

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PENGLIBATAN USAHAWAN NEGERI PAHANG DALAM PAMERAN HALAL ANTARABANGSA

    MALAYSIA (MIHAS) PADA PADA 3 HINGGA 6 APRIL 2019 DI PUSAT PAMERAN DAN

    PERDAGANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA (MITEC), KUALA LUMPUR

    KUALA LUMPUR, 6 April 2019 - Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan

    Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menganjurkan Pameran

    Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) yang berlangsung di Pusat Pameran Dan Perdagangan

    Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 3 hingga 6 April 2019. Pameran ini dibuka dari pukul 10 pagi

    hingga 7 malam kepada pengunjung berstatus pedagang sahaja dan dibuka kepada orang ramai pada

    hari Sabtu (6).

    MIHAS 2019 kali ini berjaya menarik penyertaan seramai 1000 pempamer mewakili 44 buah negara.

    Antara negara yang turut mempamerkan produk negara masing-masing adalah dari Jepun, Thailand,

    Indonesia, Amerika Syarikat, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Palestin, Kuwait dan Taiwan. Serta

    turut melibatkan penyertaan pertama kalinya di MIHAS adalah dari negara Kemboja, Azerbaijan dan

    Uzbekistan.

    Pameran ini juga turut menerima kehadiran hampir 30,000 pengunjung perdagangan merangkumi

    syarikat tempatan dan antarabangsa, pertubuhan serta delegasi asing. Selain itu, MIHAS 2019

    merekodkan nilai eksport kira-kira RM1.6 bilion iaitu peningkatan sebanyak 5.7 peratus berbanding

    RM1.52 bilion yang dicatatkan pada tahun lalu.

    Terdapat dua komponen utama di dalam MIHAS 2019 yang mencatatkan perkembangan

    memberangsangkan iaitu merangkumi pameran dan segmen padanan perniagaan iaitu Program

    Penyumberan Antarabangsa (INSP). Pameran MIHAS telah mencatatkan transaksi bernilai RM987.7

    juta manakala INSP yang dijalankan sehari sebelum MIHAS, merekodkan RM615 juta membabitkan

    2,211 padanan perniagaan antara 610 syarikat tempatan dengan 200 pembeli asing dari 43 negara.

    Antara sektor yang menyumbang kepada jumlah ini adalah makanan dan minuman (F&B), diikuti

    farmaseutikal dan perkhidmatan kewangan Islam. Antara matlamat Pameran MIHAS diadakan adalah

    untuk menyediakan salah satu platform perdagangan halal global telah tercapai dengan adanya

    penglibatan entri daripada peserta lokal dan antarabangsa,

    Buat pertama kalinya, pameran MIHAS menerima kunjungan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan

    Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Pameran Halal Antarabangsa

    Malaysia (MIHAS) ke-16 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada

    Jumaat yang lalu iaitu 5 April 2019. Baginda sempat beramah mesra dengan peserta serta pengunjung

    dan melawat Pavilion Pahang dan beberapa gerai pameran yang menjual pelbagai produk halal yang

    lain.

    Kali ini, Kerajaan Negeri Pahang telah membawa seramai tujuh (7) usahawan Pahang yang telah

    mempunyai sijil halal dan produk masing-masing mempunyai kriteria sedia eksport. Senarai Usahawan

    Pahang yang telah mewakili Pavillion Negeri Pahang adalah Syarikat Wan Industri yang membawa

    produk rempeyek dengan jenama Wan, Azimah Unggul Enterprise membawa produk pencicah yang

    terdiri daripada kicap, sos dan cuka dengan jenama Azimah, Makanmoh Manufacturing Plt membawa

    produk berasaskan tempoyak dengan jenama MOH, Akie Group Sdn Bhd membawa produk Daging

    Burger dengan jenama Akie, AF Vision Sdn Bhd membawa produk berasaskan strawberry dengan

    jenama Cik Merah, Permata Alwahyu Sdn Bhd membawa produk biskut dengan jenama Chacky’s dan

    Cameron Bharat Plantations Sdn Bhd membawa produk tea dengan jenama The Cameron Valley.

  • SEKITAR PAMERAN HALAL ANTARABANGSA

    MALAYSIA (MIHAS) PADA 3 HINGGA 6 APRIL 2019 DI

    PUSAT PERDAGANGAN DAN PAMERAN

    ANTARABANGSA MALAYSIA (MITEC)

  • SESI PADANAN

    PERNIAGAAN YANG

    DILAKUKAN

    DISEKITAR

    PAVILION PAHANG

    DI MIHAS 2019,

    MITEC, KL