penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah...

33
PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DALAM AKTIVITI SALAH LAKU: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (MAAHAD), MUAR. JOHOR AZZAHYIRUDDIN BIN AHYANUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

56 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DALAM AKTIVITI

SALAH LAKU: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN (MAAHAD), MUAR. JOHOR

AZZAHYIRUDDIN BIN AHYANUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

i

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS˜

JUDUL: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DALAM AKTIVITI SALAH LAKU: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (MAAHAD), MUAR. JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2005/2006

Saya AZZAHYIRUDDIN BIN AHYANUDDIN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO21, JALAN ASLI 16, TMN PASIR DR. ABDUL RAHIM HAMDAN

PUTIH, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR. Nama Penyelia

Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

˜ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

ii

PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA

DALAM KES SALAH LAKU DISIPLIN SEKOLAH. KAJIAN DI SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (MAAHAD), MUAR.

AZZAHYIRUDDIN BIN AHYANUDDIN

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Berserta Pendidikan

(Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL , 2006

Page 4: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

iii

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan aya/kami*

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah ………………………”.

Tandatangan : ………………………………………..

Nama Penyelia : DR. ABDUL RAHIM HAMDAN___

Tarikh : ………………………………………..

Page 5: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………….……………………

Nama Penulis : AZZAHYIRUDDIN BIN AHYANUDDIN

Tarikh : …..……………………………..

Page 6: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

v

DEDIKASI

Syukur Alhamdulillah ke atas nikmat Allah S.W.T yang tidak terhintung

Selawat serta salam atas junjungan besar baginda Muhammad S.A.W

Kepada Sahabat-sahabat dan para tabiin yang memperjuangkan agama seumur hidup

Terutamanya buat ayah, ibu, keluarga dan ISTERI tersayang

Terima kasih atas dorongan dan doa yang menyusul kejayaanku

Buat pensyarah Dr Abdul Rahim Bin Hamdan terima kasih yang tidak terhingga

Atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan.

Buat rakan-rakan seperjuangan,

Terima kasih di atas nasihat dan segala budi baik.

Akhir sekali buat ISTERI tersayang Zulmazira Bte Mansor

Yang begitu sabar menunggu kepulangan abang dengan segulung ijazah.

Semoga Allah S.W.T memberkati setiap pengorbananmu.

Page 7: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

vi

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani serta selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan kepada keluarganya serta

para sahabat. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah taufik dan hidayahNya,

dapat saya menyempurnakan tesis ini mengikut perangkaan yang telah dibuat.

Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Dr Abdul

Rahim Bin Hamdan di atas segala tunjuk ajar, kata-kata nasihat, pandangan, bimbingan

dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh perlaksaan tesis ini. Segala pengorbanan

yang telah dicurahkan amat bermakna buat saya menyelesaikan tesis ini.

Kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Daerah

Johor, terutama kepada Pengetua SMKA (MAAHAD) Muar, Johor serta kakitangan

sekolah yang memberikan segala maklumat yang diperlukan bagi melaksanakan tesis ini

dan amat saya hargai.

Akhir kata, di atas kejayaan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

individu – individu yang telah banyak memberikan bantuan yang begitu bermakna dalam

menyiapkan tesis ini. Jasa kalian hanya Allah S.W.T yang boleh membalasnya.

Page 8: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penglibatan pelajar-pelajar Sekolah Menengah

Agama terhadap salah laku disiplin di negeri Johor. Ia melibatkan kajian di Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD) Muar, Johor. Kajian ini dijalankan terhadap

55 orang responden yang terdiri daripada tingkatan satu hingga lima yang dipilih

berdasarkan rekod salah laku yang pernah dilakukan oleh responden terbabit. Instrumen

kajian menggunakan kaedah soal selidik. Satu set borang soal selidik diedarkan kepada

responden untuk mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan. Dapatan dianalisis

secara berkomputer menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Sosial Sciences’

versi 10.0’ dan secara manual bagi mendapatkan jumlah peratus dan kekerapan. Dapatan

kajian menunjukkan 29.6% pelajar di negeri Johor bersetuju bahawa faktor iklim sekolah

dalam mempengaruhi pelajar terlibat dengan kes salah laku disiplin rendah. Sementara

dapatan kajian mengenai faktor latar belakang keluarga yang menyumbang terhadap

penglibatan pelajar dalam kes salah laku disiplin rendah iaitu 7.0%. Peratusan pengaruh

rakan sebaya pula menunjukkan tahap rendah apabila 13.2% pelajar bersetuju dengan

pernyataan bahawa faktor tersebut mendorong pelajar terbabit dengan kes salah laku

disiplin. Beberapa cadangan yang dikemukakan diharap akan dapat membantu pihak

bertanggungjawab mengenalpasti punca dan mengambil langkah perlu bagi menangani

masalah kes salah laku disiplin di sekolah.

Page 9: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify Sekolah Menengah Agama students’ involvement

in discipline problems in the state of Johor. A Total of 55 respondents were taken from

Form One to Five of Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD) Muar, Johor

was selected from various disciplinary records. A set of questionnaires was used as an

instrument in this research. The collected data was analyzed using Statistical Package for

the Social Science version 10.0 and manually. Percentages and frequencies were used as

the method of data analysis. The Result of research showed that 29.6% of the students

agreed that school’s environment was not the cause of discipline problems. Meanwhile,

results regarding the family’s background factor for the discipline problems among

students showed 7.0%. The percentage for the factor of influenced by peers showed

lower level of 13.2% where students agreed that this factor contributed to discipline

problems among students. Various suggestions were forwarded to enable the authority to

look forward regarding this discipline problems among students

Page 10: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

JUDUL ii

KELULUSAN PENYELIA iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 14

1.4 Objektif Kajian 16

1.5 Persoalan Kajian 17

1.6 Kepentingan Kajian 17

1.6.1 Pihak Kementerian 18

1.6.2 Pihak Sekolah 18

1.6.3 Pihak Ibu Bapa 19

Page 11: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

x

1.6.4 Pelajar 20

1.6.5 Masyarakat 21

1.7 Skop Dan Limitasi 21

1.8 Definisi Operasional 22

1.8.1 Pelajar 22

1.8.2 Sekolah Agama 23

1.8.3 Salah Laku 23

1.8.4 Iklim Sekolah 24

1.8.5 Latar Belakang Keluarga 24

1.8.6 Pengaruh Rakan Sebaya 25

1.8.7 Penglibatan 26

1.8.8 Aktiviti 26

1.9 Kesimpulan 26

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 28

2.2 Pendidikan Islam 29

2.3 Faktor Iklim Sekolah 35

2.4 Faktor Keluarga 40

2.5 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 45

2.6 Kajian-Kajian Terdahulu 48

2.6.1 Pengaruh Pentadbiran Terhadap Salah Laku 48

2.6.2 Pengaruh Keluarga Terhadap Salah laku 49

2.6.3 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Salah Laku 50

Page 12: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

xi

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 52

3.2 Rekabentuk Kajian 52

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 53

3.4 Instrumen Kajian 54

3.4.1 Data Primer 54

3.4.1.1 Bahagian A 56

3.4.1.2 Bahagian B 56

3.4.1.3 Bahagian C 56

3.4.1.4 Bahagian D 57

3.4.2 Data Sekunder 57

3.5 Prosedur Kajian 57

3.6 Kajian Rintis 59

3.7 Analisis Data 60

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 62

4.2 Analisis Data Bahagian A 63

4.3 Analisis Data Bahagian B 67

4.3.1 Pengaruh Iklim Sekolah Terhadap Penglibatan

Pelajar Dalam Kes Salah Laku Di Sekolah

Menengah Agama 69

4.3.1.1 Pengaruh Faktor Pentadbiran Kepada

Pelajar Sekolah Menengah Agama. 69

4.3.1.2 Pengaruh Pengajaran Dan Pembelajaran

Kepada Pelajar Sekolah Menengah

Agama. 70

Page 13: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

xii

4.3.1.3 Pengaruh Persekitaran Sekolah

Kepada Pelajar Sekolah Menengah

Agama. 71

4.3.2 Pengaruh latar belakang keluarga terhadap

peglibatan pelajar dalam kes salah laku

di Sekolah Menengah Agama. 73

4.3.2.1 Pengaruh Hubungan Kekeluargaan

Kepada Pelajar Sekolah Menengah

Agama. 73

4.3.2.2 Pengaruh Latar Belakang Keluarga

Kepada Pelajar Sekolah Menengah

Agama. 74

4.3.2.3 Pengaruh Persekitaran Rumah Tangga

Kepada Pelajar Sekolah Menengah

Agama. 75

4.3.3 Pengaruh rakan sebaya terhadap peglibatan

pelajar dalam kes salah laku di Sekolah Menengah

Agama. 77

4.3.3.1 Pengaruh Pergaulan Dengan Rakan

Sebaya Kepada Pelajar Sekolah Menengah

Agama. 77

4.3.3.2 Pengaruh Penglibatan Dengan Rakan

Sebaya Kepada Pelajar Sekolah Menengah

Agama. 79

4.4 Rumusan 80

Page 14: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

xiii

5 RUMUSAN DAPATAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Perbincangan Tentang Hasil Kajian 83

5.2.1 Pengaruh Iklim Sekolah Terhadap Masalah

Salah Laku. 84

5.2.2 Pengaruh Latar Belakang Keluarga

Terhadap Masalah Salah Laku. 86

5.2.3 Pengaruh Rakan Sebaya Terhadap Masalah

Salah Laku. 87

5.3 Implikasi Kajian 88

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 90

5.5 Penutup 91

RUJUKAN 94

LAMPIRAN A-f 96-117

Page 15: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.0 Jadual Kebolehpercayaan 51

3.1 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 51

4.1 Jantina Responden 54

4.2 Umur Responden 54

4.3 Bilangan Adik-Beradik Responden 54

4.4 Pendapatan Bersih Bulanan Ibu Bapa atau Penjaga 55

4.5 Pekerjaan Bapa / Penjaga 55

4.6 Pekerjaan Ibu 56

4.7 Tahap Pendidikan Bapa 56

4.8 Tahap Pendidikan Ibu 57

4.9 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 58

4.10 Faktor Pentadbiran 59

4.11 Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran 60

4.12 Faktor Persekitaran Sekolah 62

4.13 Hubungan Kekeluargaan 63

4.14 Latar Belakang Keluarga 64

4.15 Persekitaran Rumah Tangga 66

4.16 Aspek Pergaulan Rakan Sebaya 67

4.17 Aspek Penglibatan Dengan Rakan Sebaya 69

Page 16: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Analisis Profil Responden 88

B Analisis Hubungan Responden Dengan Iklim Sekolah 91

C Analisis Hubungan Responden Dengan Keluarga 93

D Analisis Hubungan Responden Dengan Rakan Sebaya 95

E Set Soal Selidik 97

F Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia 107

G Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Oleh

Jabatan Pendidikan Negeri Johor 108

Page 17: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masalah berkaitan salah laku di sekolah yang berlaku di kalangan pelajar kini

menjadi satu perkara yang membimbangkan memandangkan masalah ini semakin

menjadi-jadi walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pelbagai pihak termasuk

pihak Kementerian Pelajaran, pihak sekolah mahupun pihak swasta dalam usaha

membenteras kegiatan tidak sihat ini di kalangan pelajar sekolah. Kadar berlakunya

keruntuhan nilai sosial dan kejadian salah laku di kalangan pelajar sentiasa

meningkat tahun demi tahun. Perkara ini membawa kebimbangan terhadap masa

depan negara kerana masa depan sesebuah negara sangat bergantung kepada generasi

muda yang ada sekarang ini terutamanya pelajar-pelajar.

Apa akan terjadi kepada negara ini pada masa akan datang sekiranya generasi

muda terutamanya pelajar-pelajar sekolah yang diberikan suasana persekolahan iaitu

dididik dengan suasana pendidikan, pembentukan akhlak dan masa depan pelajar

hari ini terlibat dalam masalah salah laku di sekolah seperti kes-kes buli, kes

pergaduhan, kes curi, kes ponteng kelas, kes ponteng sekolah, kes merokok, kes

mengedar dadah , kes cabul dan kes vendalisme. Sekiranya suasana persekolahan itu

sendiri masih boleh berlaku kes-kes seumpama ini maka amatlah membimbangkan

negara kerana daripada kes salah laku inilah maka berkemungkinan menjadi faktor

Page 18: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

2

penyumbang masalah gejala sosial seperti membunuh, penyalahgunaan dadah,

pengamalan seks bebas, bohsia dan bohjan, meminum arak, melepak, membuang

bayi, lari dari rumah, melakukan kes juvana dan seumpamanya yang akan

mendatangkan masalah di kalangan masyarakat hari ini.

Berbalik semula kepada sejarah ketamadunan terdahulu iaitu tamadun yang

telah dibina oleh kaum Aad, kaum Tsamud, kaum Madian dan beberapa tamadun

yang telah Allah s.w.t musnahkan adalah disebabkan mereka mengingkari utusan

yang dihantar oleh Allah s.w.t kepada mereka. Utusan tersebut dihantar Allah s.w.t

adalah semata-mata mengajar dan menyeru kepada melakukan perkara-perkara yang

baik dan menjauhi perkara-perkara mungkar termasuklah salah laku.

Semua pihak sering melepaskan tangan dengan menuding jari menyalahkan

pihak-pihak lain kerana masing-masing tidak menganggap masalah ini adalah

masalah bersama yang perlu di atasi bersama-sama. Masalah ini tidak mungkin akan

dapat diselesaikan sekiranya semua pihak (ibubapa, kerajaan, sekolah, jiran,

masyarakat, dan seumpamanya) cuba melepaskan diri dan tidak membuat kajian

terperinci mengapa masalah ini terjadi dan menjalankan pelbagai inisiatif untuk

selesaikan masalah ini.

Dalam usaha negara mengejar kemajuan dan mencapai matlamat wawasan

2020, arus globalisasi hari ini telah memberikan kesan yang besar terhadap

kehidupan masyarakat terutamanya dari segi pegangan agama di kalangan

masyarakat hari ini yang kian rapuh. Bagi golongan remaja, mereka menganggap

agama sebagai batu penghalang untuk bebas dalam menikmati keseronokan hidup.

Boleh dilihat dengan mata kasar tempat ibadat yang ada kini hanyalah di makmurkan

oleh golongan veteran. Golongan muda pula sedang melayan keseronokan nafsu dan

menikmati masa muda dengan melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah

s.w.t. Golongan muda diberikan kedudukan istimewa dalam islam apabila mereka

Page 19: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

3

menjadikan perintah Allah s.w.t sebagai garis panduan hidup yang mesti dilalui dan

larangan Allah s.w.t menjadi perkara yang mesti dijauhi.

Statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula mendapati dalam tempoh

sedekad, kes juvana di negara ini meningkat daripada 4931 pada tahun 1994 kepada

5562 pada tahun 2003. Lebih menyedihkan, kebanyakan kes adalah membabitkan

kaum melayu. Kesan kebimbangan ini sebenarnya telah pun disedari apabila Jabatan

Kebajikan Malaysia (JKM) mendapati bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala

bunuh seperti jenayah dan maksiat terus meningkat dan ini dapat dibuktikan dengan

perangkaan jumlah pelajar baru yang dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak dan

asrama yang dikelolakan jabatan itu. Sebagai contoh seramai 1504 remaja pelajar

telah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak JKM Tunas Bakti. Sepanjang tahun

2003, bilangan pelajar baru di asrama pemulihan akhlak menunjukan pengurangan

yang begitu sedikit iaitu 1504 orang berbanding tahun sebelumnya 1521 orang.

Daripada jumlah itu, kebanyakkan gadis lingkungan umur antara 15 hingga 18 tahun

dan rata-rata mereka adalah penuntut telah membabitkan diri dalam kancah maksiat.

Ini diperakui sendiri oleh Datin Paduka Zaleha Ismail ketika membentangkan

statistik dan kemasukan pelajar baru di Tunas Bakti.

Kebelakangan ini, media melaporkan kejadian jenayah membabitkan pelajar

meningkat sejak tiga tahun lalu dengan purata 200 kes dan 120 tangkapan sebulan.

Statistik juga menunjukkan sehingga Mei 2004, 605 daripada 1048 pelajar sekolah

yang ditangkap didapati terbabit dalam aktiviti jenayah. Angka yang dikeluarkan

Yayasan Pencegahan Jenayah Negara (YPJN) pula menunjukkan pada tahun 2004,

jumlah tahanan remaja bagi tempoh 10 bulan ialah 4674 dengan 2377 adalah pelajar.

Berdasarkan statistik polis, sepanjang tahun lalu sebanyak 2710 pelajar

ditahan kerana terbabit dalam 1469 kes jenayah. Manakala bagi tempoh lima bulan

pertama tahun ini, sebanyak 1048 pelajar diberkas kerana terbabit dengan 607 kes

Page 20: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

4

jenayah. Selain pergaduhan, membuli dan menyalahgunakan dadah, beberapa kes

jenayah berat seperti membunuh turut dikesan membabitkan pelajar (Harian Metro,

6 Julai 2005).

Pada 29 Mac 2004, negara telah dikejutkan dengan kes Muhammad Farid

Ibrahim yang merupakan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama (SMA)

Dato’ Klana Petra Ma’amor Negeri Sembilan yang didakwa dibunuh oleh lapan

pelajar tingkatan lima sekolah tersebut. Lapan pelajar berkenaan yang limanya

berasal dari Kuala Lumpur dan tiga adalah dari Negeri Sembilan. Kejadian berlaku

antara pukul 10.30 pagi dan 4.15 petang di Dorm Osman, Tingkatan Dua, asrama

Putera sekolah itu pada 28 Mac 2004. Polis telah mengklasifikasikan kes tersebut

sebagai kes bunuh. Mereka yang telah terlibat telah didakwa mengikut seksyen

97(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan didapati bersalah di mana mereka dikenakan

hukuman tahan selama diperkenankan oleh Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

Pada 27 Mei 2005, berlaku kes buli yang telah menyebabkan campur tangan

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin

Tun Hussein yang berlaku ke atas Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, 13, pelajar

tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang Tengku, Kuala Lipis,

Pahang. Afiq telah dibuli dan dibelasah dua kali dalam kejadian berasingan oleh

seniornya. Dalam kejadian pertama, dia dibelasah oleh dua pelajar tingkatan lima

termasuk dipijak belakang tubuhnya dengan kasut but kadet sekolah. Kejadian

kedua pula membabitkan tiga pelajar tingkatan tiga yang membelasahnya kerana

tidak puas hati akibat Afiq enggan meminjamkan pengecas bateri walkman kepada

mereka. Berikutan itu, Afiq didapati sakit di bahagian tengkuk dan lemah seluruh

badan pada 27 Mei 2005 (Harian Metro, 24 Jun 2005).

Page 21: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

5

Pada 26 Julai 2005, berlaku sekali lagi kes buli yang melibatkan seorang

pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad,

Muar yang cedera dibelasah oleh sekumpulan pelajar sekolah tersebut. A Shahrul

Fazrmee Salleh A Suhaimi, 13, mendakwa dia dibelasah sekumpulan empat hingga

lima pelajar tingkatan lima sekolah itu yang tidak berpuas hati atas kekasaran ketika

bermain bola di padang sekolah pada 26 Julai 2005. Dalam kejadian kira-kira 11

malam, Shahrul mendakwa dirinya telah didatangi pelajar senior ketika berada di

bilik ulang kaji di asrama sekolah tersebut dan telah dibelasah sehingga melibatkan

kecederaan di kaki, kepala dan belakang badan (Harian Metro, 3 Ogos 2005).

Kejadian ini sebenarnya menjadi satu tanda tanya mengapa pelajar yang

terlibat dalam kes tersebut adalah pelajar dari aliran agama sedangkan dalam

pendidikan sekolah mereka telah diterapkan dengan pengetahuan Islam serta

disemaikan dengan benih-benih keimanan menerusi kurikulum berteraskan agama

seperti mata pelajaran Fiqh, Tauhid, Tasawur, Tassawuf, Aqidah dan sebagainya

tetap rapuh keimanan mereka dan lantas masih terjebak dalam kancah kemaksiatan

yang dasyat ini.

Usaha dalam membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab

sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan

kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen,

kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini pasti dapat ditangani dengan

sebaiknya dan tidak membebankan mana-mana pihak. Justeru itu, pengkaji terdetik

untuk menkaji sejauh manakah penglibatan pelajar aliran agama dalam gejala salah

laku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD), Muar.

Page 22: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

6

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam keghairahan dunia hari ini memasuki era kemajuan, pelbagai revolusi

dapat disaksikan terutamanya kemudahan yang telah dihasilkan oleh kemajuan sains

dan teknologi. Sistem maklumat berorintasikan komunikasi maya seperti internet,

Information Comunication Technology (ICT) dan Multimedia Super Corridor (MSC)

hari ini berkembang dengan begitu pesat umpama cendawan yang tumbuh selepas

hujan. Memandangkan kemajuan dunia hari ini banyak mengenepikan nilai-nilai

agama dan batasan normal kehidupan manusia, revolusi-revolusi tersebut melahirkan

impak yang besar kepada cara kehidupan dan sistem kepercayaan khususnya di

Malaysia, nilai dan moral masyarakat dan amnya di seluruh dunia. Cara pergaulan

dan corak kehidupan hasil daripada proses modenisasi sebenarnya telah membuka

ruang luas sehingga wujudnya nilai-nilai individualistik, materialistik dan semangat

bersaing tanpa mengambil kira halal haram dan batasan-batasan kemasyarakatan.

Telah disedari sejak dahulu lagi bahawa tanah air kita yang tercinta, Malaysia

adalah merupakan sebuah negara yang konservatif dengan kebudayaan timurnya.

Namun, pencerobohan budaya hedonisme dari barat sedikit sebanyak telah menular

dan mencemarkan budaya sedia ada serta telah menjatuhkan tahap kawalan sosial

yang terdapat di bumi bertuah ini. Sikap remaja terutamanya pelajar yang mudah

dipengaruhi anasir hedonisme atau mementingkan keseronokkan semata-mata adalah

antara punca terjebaknya mereka dalam pelbagai masalah sosial dan salah laku di

sekolah.

Menurut Mohd Abdul Kadir (1997), keruntuhan nilai sosial di kalangan

masyarakat di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Ia dikatakan telah mula

menular dalam kehidupan masyarakat di Malaysia pada awal tahun 1960an. Namun

tahap peningkatan gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin berleluasa pada akhir

tahun 1980an, 1990an dan sehinggalah hari ini. Keadaan ini sebenarnya amat

Page 23: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

7

membimbangkan pelbagai pihak kerana kebanyakkan mereka yang terlibat adalah

golongan remaja yang terkandung di dalamnya pelajar remaja yang merupakan aset

penting bagi masa depan negara, bertepatan dengan pepatah Melayu “ Pemuda tiang

negara, pemudi harapan bangsa”.

Menurut Nor Azman Sharif (2005), remaja merupakan golongan yang

melalui peringkat kritikal perubahan diri dari segi mental dan fizikal. Perubahan dari

alam kanak-kanak ke alam dewasa merupakan masa yang mengelirukan remaja

termasuklah remaja pelajar. Pelbagai fenomena yang ganjil menghujani mental dan

fizikal mereka dan remaja menghadapi tekanan ini dengan sifat memberontak yang

merupakan salah satu faktor pemangkin kepada timbulnya pelbagai masalah disiplin

para pelajar di sekolah khususnya.

Menurut Rancangan Malaysia ke-7 (1996-2000), bilangan remaja pada tahun

1995 ialah kira-kira 19.2 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

Manakala, menjelang tahun 2020 dianggarkan bilangan ini akan bertambah kepada

20 juta orang. Kedudukan ini menjadikan golongan remaja sebagai satu kumpulan

penting di dalam menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa depan. Mereka

merupakan penyumbang dan penentu pembangunan negara (Dewan Siswa, 2000).

Masalah salah laku di sekolah merupakan masalah yang tidak boleh

dipandang ringan oleh semua pihak. Suasana sekolah terutamanya sekolah beraliran

agama yang diharapkan dapat mendidik remaja bukan sahaja pada bidang akademik

mereka tetapi menyeluruh termasuk dari segi perkembangan rohani dan jasmani.

Sekiranya di sekolah agama sendiri telah berlaku kes salah laku di kalangan pelajar

sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan berat maka hilanglah kepercayaan

semua pihak terhadap baiknya masa depan negara yang tercinta ini.

Page 24: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

8

Lazimnya masalah disiplin dikalangan pelajar sekolah hanya berkisar di

sekitar kenakalan mereka merosakkan harta benda awam (vendalisme), ponteng

sekolah, ponteng kelas, merokok, melepak, membuli, mencabul dan sebagainya. Kini

mereka semakin berani melakukan pelbagai perbuatan yang bercanggah dengan

norma-norma masyarakat dan undang-undang negara. Lebih membimbangkan lagi,

apabila berlaku sesuatu yang lebih dasyat dari itu seperti pembunuhan yang pernah

berlaku di Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato’ Klana Petra Ma’mor Negeri

Sembilan yang didakwa dibunuh oleh lapan orang pelajar sekolah tersebut.

Berikutan dengan kes buli yang menimpa pelajar Muhammad Afiq Qusyairi

Baharuddin pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Padang

Tengku, Kuala Lipis, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, menegaskan

bahawa banyak kejadian buli yang berlaku di negara ini mempunyai kaitan dengan

kerapuhan institusi kekeluargaan (Harian Metro, 3 Julai 2005).

Anak-anak merupakan kain putih dan yang mencorakkanya ialah ibu bapa.

Sekiranya baik asuhanya maka baiklah akhlak dan budi pekertinya dan begitulah

sebaliknya. Inilah cabaran-cabaran yang bakal dan sedang dihadapi oleh ibu bapa

dalam merangka pembangunan anak-anak dari segi zahiriah mahupun batiniah.

Telah diketahui umum bahawa keluarga adalah merupakan agen pertama kepada

pembentukan masyarakat dan negara.

Menurut Nor Azman Sharif (2005), keluarga merupakan institusi asas maka

ia perlu diperkasakan dengan pelbagai penguasaan khasnya dari segi disiplin ilmu

dan pendidikan. Prinsip bersepadu yang menekankan kepada keselarasan ilmu,

kemahiran dan sikap positif dalam menangani masalah dengan mengambil iktibar

daripada pengalaman orang lain amat berguna dan merupakan rencah utama dalam

menyediakan sebuah menu kejayaan yang gemilang.

Page 25: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

9

Pada 5 Jun 2005, sekali lagi negara kita telah dikejutkan dengan wujudnya

satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Jangan Ikut Tuhan

(JIT), dipercayai didalangi bekas pengikut Black Metal telah dilaporkan mula

bergerak secara senyap di bahagian utara semenanjung dan sedang dalam usaha

menambahkan pengikut. Kebanyakkan pengikutnya adalah pelajar remaja dan

dikaitkan juga dengan pelajar yang kebiasaanya memiliki institusi kekeluargaan yang

lemah (Harian Metro, 8 Ogos 2005).

Menurut Timbalan Dekan Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian

Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohamed Yussoff

Hussain, menyifatkan sikap fanatik terhadap sesuatu kumpulan seperti Black Metal

menyebabkan golongan itu sanggup menghina Al-Quran manakala Pengerusi

Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu, Wan Mohamad Wan

Hasan, sikap remaja yang mudah dipengaruhi anasir hedonisme iaitu mementingkan

keseronokan semata-mata adalah punca golongan itu terpengaruh dengan

kepercayaan pelik tertentu termasuk ajaran sesat (Harian Metro, 8 Ogos 2005).

Kekurangan ilmu agama dan ditambah pula keimanan yang lemah oleh

remaja dan ibu bapa akan menyebabkan institusi kekeluargaan menjadi longgar dan

lemah serta menyebabkan remaja mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwa

mereka. Malangnya ada sesetengah remaja pelajar yang pencarianya tersesar

daripada apa yang sepatutnya ditemui sehingga menjerumuskan mereka ke dalam

konflik akidah yang serius. Gaya hidup masa kini yang menuntut ibu bapa keluar

rumah waktu pagi dan hanya pulang ke rumah waktu matahari terbenam gagal

menyediakan ruang yang cukup untuk mereka berkomunikasi dan bertanyakan

khabar dengan anak remaja mereka.

Menurut Clark Mark Rosenberg (1996), kepentingan penglibatan ibu bapa

dalam memantau tingkah laku anak-anak dan perhubungan ibu bapa dengan anak-

Page 26: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

10

anak mampu menjadi salah satu pemangkin penyelesaian konflik ini. Selain itu,

kajian-kajian ini mendapati bahawa tahap pemantauan dan perhubungan ibu bapa

dan anak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku devian remaja

pelajar.

Institusi kekeluargaan sepatutnya disuburkan dengan baja kemesraan

daripada dipalit bibit negatif yang memporak-perandakan hala tuju dan arah

kehidupan sesebuah keluarga. Bersendikan itu, maka ikatan persaudaraan penting

dibelai supaya hubungan kekeluargaan sesama ahli sentiasa berada dalam landasan

yang cukup baik demi mengukuhkan ikatan ukhwah dalam menjalin hubungan yang

lebih akrab. Namun apa yang merunsingkan ialah masalah penceraian yang

menjurus kepada pertambahan bilangan ibu dan bapa tunggal di negara ini dan

sekaligus menyulitkan lagi keadaan terutamanya nasib dan masa depan anak-anak.

Menurut perangkaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), pada tahun

2003 lebih 10320 kes telah dicatatkan membabitkan pasangan yang beragama islam

yang bercerai berbanding 12774 kes pada tahun 2002 dan 13536 kes pada tahun

2001. Walaupun satistik ini mencatatkan sedikit penurunan tetapi sebenarnya perlu

dilihat akan besarnya kesan emosi anak-anak itu pada masa akan datang yang

tentunya terumbang ambing. Selain itu statistik bagi kes keganasan rumah tangga

pula menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 587 kes dilaporkan berlaku pada

tahun 2001, 598 kes pada tahun 2002 dan 636 kes pada 2003. Negeri yang paling

banyak berlakunya kes keganasan rumah tangga adalah negeri Pulau Pinang iaitu

sebanyak 105 kes, Melaka sebanyak 77 kes dan diikuti negeri Johor sebanyak 66 kes

dilaporkan sepanjang tahun 2001 hingga 2003.

Selain dari kes penceraian dan keganasan rumah tangga, pihak ibu bapa hari

ini sering mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak

mereka. Mereka sering tidak mengaku akan masalah rumah tangga yang sedang

Page 27: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

11

mereka hadapi dan menganggap bahawa didikan mereka ke atas anak mereka dalam

keadaan mereka mengahadapi masalah tersebut telah sempurna sehinggakan

sekiranya anak mereka balik ke rumah dan mengadu telah dipukul oleh guru maka

tanpa menyiasat keadaan sebenar telah datang ke sekolah dan menyerang guru

dengan makian dan tohmahan membuta sehingga ada guru yang didakwa ke

mahkamah. Berbeza dengan pendidikan ibu bapa dahulu yang mana mereka

menaruh kepercayaan terhadap guru sehinggakan sekiranya anak mereka balik

rumah dan mengadu bahawa telah dipukul guru maka anaknya teruk dipukul oleh ibu

bapanya yang menganggap bahawa setiap dendaan guru adalah menunjukkan tanda

kepada ibu bapa bahawa ada kekurangan dalam didikan mereka terhadap anak

mereka.

Mengimbas kejadian yang menimpa Muhammad Farid, tragedi tersebut telah

berjaya menarik perhatian pelbagai pihak yang tampil dengan bermacam-macam

idea dan pendekatan untuk membendung kes buli dan salah laku pelajar. Pada April

2004, Kementerian Pelajaran mengumumkan penubuhan Jawatan Kuasa Petugas

Khas menangani samseng dan buli di sekolah yang disertai Ketua Polis Negara,

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), dan Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (NUTP) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional

(PIBGN). Kementerian Pelajaran juga menubuhkan talian aduan terus 1-800-

884774, faksimili 03-20962130 dan email [email protected] (Harian Metro,

5 Ogos 2005).

Malah bermula awal tahun 2004, semua guru sekolah menengah dan rendah

diarah menyediakan laporan perlakuan atau adab pelajar yang menyentuh prestasi

keseluruhan sama ada pencapaian akademik atau kelakuan. Menjadi tanda tanya di

sini, sejauh manakah pendekatan yang diambil itu telah memenuhi tujuan dan

maksudnya? Apakah yang telah dilakukan Pasukan Petugas Khas? Berapa banyak

kes aduan disiplin yang telah diselesaikan? Apakah yang terjadi dengan laporan

Page 28: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

12

perlakuan pelajar? Persoalan yang paling penting ialah mengapa kejadian buli hingga

parah terhadap Muhammad Afiq masih berlaku? Mungkin persoalan tersebut terlalu

cenderung menyalahkan pihak berkenaan tetapi inilah kenyataan sebenar masyarakat

kita yang kuat dibelengu dengan perumpamaan melayu ‘hangat-hangat tahi ayam’.

Selaku penggubal dasar, Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab

yang lebih besar iaitu setiap pendekatan yang diajukan perlu disusuli sejauh manakah

perlaksanaan dan keberkesananya bukan setakat mewujudkan. Justeru itu, dasar

pendidikan telah digubal dan disesuaikan mengikut keperluan dari masa ke semasa

untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan bagi memenuhi keperluan semasa dan

akan datang. Kenyataan ini boleh dibuktikan dengan menerusi falsafah pendidikan

negara dalam melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS).

Menurut Nor Azman Sharif (2005), institusi sekolah dan guru pada hari ini

dianggap sebagai budaya dan bukan lagi institusi yang memberi ilmu kepada murid-

murid. Sebab itulah para ibu bapa menganggap guru dibayar gaji untuk membantu

anak mereka lulus peperiksaan. Tugas guru sebagai penyalur ilmu pengetahuan kini

tidak lagi dipandang tinggi malah tugas pendidik masa kini dianggap sesuatu rutin

yang mesti dilakukan guru. Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering

menjadi bahan bualan hangat masyarakat dan kejadian seperti ini sentiasa menjadi

tajuk utama bagi media massa.

Selain itu pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berlakunya kes salah

laku di kalangan pelajar. Rakan sebaya adalah merupakan orang yang terhampir

dengan remaja terutamanya remaja yang berjauhan dengan keluarga dan pelajar yang

tinggal di asrama. Malah, segala masalah dan aduan sering dikongsi bersama

termasuklah masalah luaran mahupun dalaman diri. Kegagalan remaja mencari

Page 29: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

13

rakan yang baik sebenarnya mereka telah menjerumuskan diri dalam dalam

kerosakan yang berterusan.

Bagi remaja atau pelajar yang tersalah memilih rakan, kelak rakan tersebut

akan memusnahkan diri mereka sendiri dengan mengajak melakukan sesuatu

kejahatan seperti yang berlaku kepada seorang pelajar di Kota Bharu:

“Saya taubat dan menyesal kerana ikut kawan hisap dadah”, kata seorang

pelajar 14 tahun yang didapati positif dadah selepas menjalani pemeriksaan pantas

ujian air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kota Bharu.

(Harian Metro, 11 April 2005).

Kesan mengikut rakan telah menjerumuskan seorang pelajar remaja yang

begitu muda umurnya dalam najis dadah. Sekiranya dalam usia begini telah mula

terlibat dengan najis dadah maka rosaklah masa depan remaja tersebut dan

musnahlah negara pada masa akan datang sekiranya ramai remaja terlibat dengan kes

tersebut.

Cabaran ketiga-tiga pihak iaitu guru, pengaruh rakan sebaya dan latar

belakang keluarga remaja merupakan faktor yang penting yang menyumbangkan

kepada berlakunya kes salah laku di kalangan pelajar. Sekiranya ketiga-tiga

golongan ini masih tidak mengaku kesalahan diri dan saling tuduh menuduh antara

satu sama lain maka sampai bila-bila masalah remaja yang berlaku sekarang ini tidak

akan dapat diselesaikan. Oleh itu perlulah ketiga-tiga golongan tersebut bahu-

membahu dalam menyelesaikan masalah tersebut demi melihat negara Malaysia

yang tercinta ini menjadi negara yang maju bukan sekadar sains dan teknologi tetapi

juga dari aspek spiritual penduduknya.

Page 30: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

14

1.3 Pernyataan Masalah

Remaja merupakan harta (aset) dan khazanah negara yang paling berharga

dan istimewa. Sejak kebelakangan ini, berbagai-bagai pihak telah menunjukkan

kebimbangan mereka berkaitan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang

kian meruncing. Remaja adalah merupakan tulang belakang negara dan merupakan

penyambung generasi akan datang yang merupakan bakal pemimpin agama,

masyarakat dan negara. Oleh itu jelaslah sekiranya remaja mengalami kerosakkan

maka akan binasalah sesebuah negara itu.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan, generasi muda merupakan golongan

terbesar penduduk negara ini di mana pada tahun 1990, sebanyak 42.39 peratus atau

bersamaan 7.6 juta penduduk berumur antara 15 hingga 39 tahun. Manakala

menjelang abad ke-21 kira-kira 60 peratus penduduk negara ini adalah terdiri

golongan belia (Dewan Siswa, 1998). Lantaran itu, faktor penyumbang berlakunya

penglibatan remaja dalam masalah salah laku adalah perlu diperhalusi agar satu

pelan tindakan bersepadu dapat diambil untuk menanganinya.

Kesibukan dalam mengejar kehidupan yang mewah telah menuntut ibubapa

bagi sesebuah institusi keluarga keluar rumah untuk bekerja. Dalam kesibukan

bekerja inilah, seorang ibu yang sepatutnya bertanggungjawab mendidik anak

dengan nilai-nilai murni dan agama tidak dapat disempurnakan sepenuhnya. Oleh

itu kebanyakan ibubapa telah menghantar anak mereka ke sekolah berasrama dengan

harapan agar pihak sekolah boleh mengambil alih tugas mereka mendidik anak

mereka.

Page 31: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

15

Apa yang menjadi masalah di sini ialah apabila pihak sekolah merotan atau

membuat dendaan ke atas anak mereka dengan niat untuk mendidik tetapi telah

disalah fahami oleh ibubapa dan ada ibubapa yang sanggup menyaman pihak

sekolah. Ibubapa tidak sanggup menerima akan kelemahan mereka sendiri dan

sering kali menuding jari menyalahkan pihak lain sekiranya anak mereka terlibat

dengan salah laku.

Dari segi iklim sekolah pula, semua pihak dari guru sehinggalah kepada

Kementerian Pendidikan memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah

salah laku di kalangan pelajar. Masalahnya di sini, pada April 2004 lalu,

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan penubuhan Jawatan Kuasa Petugas

Khas menangani samseng dan buli di sekolah yang disertai Ketua Polis Negara,

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), dan Kesatuan Perkhidmatan

Perguruan Kebangsaan (NUTP) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional

(PIBGN) dan ditambah pula dengan pengarahan oleh Kementerian Pelajaran bermula

awal tahun 2004, semua guru sekolah menengah dan rendah diarah menyediakan

laporan perlakuan atau adab pelajar yang menyentuh prestasi keseluruhan sama ada

pencapaian akademik atau kelakuan. Persoalan yang paling penting ialah mengapa

kejadian buli hingga parah terhadap Muhammad Afiq masih berlaku. Nampakanya

jelaslah bahawa kajian dan usaha berterusan perlu dijalankan bagi memperolehi

jawapan kepada penyelesaian masalah tersebut.

Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berlakunya kes salah laku di

kalangan remaja pelajar. Rakan sebaya adalah merupakan orang yang terhampir

dengan remaja terutamanya remaja yang berjauhan dengan keluarga dan pelajar yang

tinggal di asrama. Malah, segala masalah dan aduan sering dikongsi bersama

termasuklah masalah luaran mahupun dalaman diri. Kegagalan remaja mencari

rakan yang baik sebenarnya mereka telah menjerumuskan diri mereka sendiri dalam

dalam kerosakan yang berterusan.

Page 32: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

16

Memandangkan gejala ini telah merebak ke sekolah-sekolah agama yang

sepatutnya merupakan sekolah contoh bagi setiap sekolah yang bukan beraliran

agama dan didapati sangat kurang kajian yang dijalankan secara khusus berkenaanya

di Negeri Johor, penyelidik merasakan sangat perlu dijalankan kajian dan

penyelidikkan mengenai masalah ini di semua sekolah menengah agama negeri

Johor.

1.4 Objektif Kajian

Masalah salah laku seringkali berlaku di sekolah dan kajian ini bertujuan

untuk mengetahui faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam masalah salah

laku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD), Muar. Bagi

memudahkan perlaksanaan kajian ini, empat objektif telah dipilih:

i. Mengenalpasti iklim sekolah di mana masalah kes salah laku disiplin

berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (MAAHAD), Muar.

ii. Mengenalpasti latar belakang keluarga pelajar yang terlibat dengan masalah

kes salah laku disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan (MAAHAD),

Muar.

iii. Mengenalpasti pengaruh rakan sebaya kepada pelajar-pelajar yang terlibat

dengan masalah kes salah laku di Sekolah Menengah Kebangsaan

(MAAHAD), Muar.

Page 33: PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH … · ii penglibatan pelajar-pelajar sekolah menengah agama dalam kes salah laku disiplin sekolah. kajian di sekolah menengah kebangsaan

17

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai 3 persoalan untuk dikaji. Persoalan

tersebut adalah seperti berikut:

i. Adakah iklim sekolah mempengaruhi pelajar terlibat dalam kes salah laku di

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD), Muar?

ii. Adakah latar belakang keluarga menyumbang kepada penglibatan pelajar

dalam kes salah laku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

(MAAHAD), Muar?

iii. Adakah pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar terlibat dalam kes salah

laku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (MAAHAD), Muar?