pengisian hati ;)

37
8/9/2019 pengisian hati ;) http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 1/37 Assalamu’alaikum, First, saya nak minta maaf sebab tak post Cerpen semalam(5 Disember 2009). Saya ada masalah hingga saya tidak boleh menulis apa-apa. Maka harapnya, maafkanlah saya. Maka, sebagai memenuhi janji, ini saya paparkan Cerpen - Ekspedisi Cintaku. Sedikit briefing fasal cerpen ni - Panjang. Kalau dalam word tu ada la around 26 ms. Cerita ni asasnya cinta. Rasanya, kalau cakap fasal cinta, 1000 muka pun orang baca kan? Nur Kasih sanggup tunggu, layan 26 episod.(kwang2) Tapi saya janji, cerita ni tak sama dengan mana-mana kisah cinta. Komen saya pula: “Cerpen ini adalah peringatan” Dan cerpen ini adalah hadiah perpisahan kita daripada saya. Perpisahan? aha… perpisahan apa? Itu nanti saya cerita dalam post pengumuman. Sekarang ni, enjoy the cerpen okay? Feel it. Ekspedisi Cinta by Hilal Asyraf Prolog: Memori Aku tidak dapat tidur malam ini. Selepas penat mengemas rumah sewa yang bersepah akibat program batch, aku tidak mampu melelapkan mata. Badan rasa segar walaupun akal sudah berat. Musim sejuk telah tiba. Tubuh menggeletar kerana pakaianku hanya selapis sahaja. Basah pula, kerana terkena air yang sejuknya ibarat ais ketika membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun. “Haila, kenapa la tak boleh tidur ni?” Aku merungut sambil membuka baju. Sejuk. Angin yang masuk dari tingkap yang terbuka menyengat tuubuh. Segera kusarung baju baru. Old Navy, baju sederhana kegemaranku. Tiba-tiba mataku lekat pada sampul surat-sampul surat yang terdapat di dalam almariku. Aku tidak bergerak. Hanya menatap. Sejenak masa terhenti, terungkit semua memori yang bersangkut paut dengan surat-surat di hadapan mataku kini. Aku menghela nafas. Kutundukkan sedikit tubuhku mengambil surat. Itu surat-surat yang berkait rapat dengan perjalanan cintaku. Surat daripada calon mertuaku. Saksi kepada ekspedisi cintaku. Aku tersenyum kelat apabila melihat sampul surat itu satu persatu. Setiap satu ada memorinya yang tersendiri, peristiwa-peristiwa yang terpahat kemas. Dan bukan semua memori dalam ekspedisi cintaku ini, bahagia. Terdapat pahitnya. Aku duduk. Kususun sampul surat itu mengikut tarikh. Kupasang lagu yang agak sentimental. Lama tidak kutatap surat-surat itu. “Alang-alang tak tidur, baca la” Aku bicara pada diri. Tersengih tika keseorangan. Sampul pertama kubuka. Surat kutarik keluar.

Upload: choki

Post on 30-May-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 1/37

Assalamu’alaikum,

First, saya nak minta maaf sebab tak post Cerpen semalam(5 Disember 2009).

Saya ada masalah hingga saya tidak boleh menulis apa-apa. Maka harapnya, maafkanlah saya.

Maka, sebagai memenuhi janji, ini saya paparkan Cerpen - Ekspedisi Cintaku.

Sedikit briefing fasal cerpen ni - Panjang. Kalau dalam word tu ada la around 26 ms. Cerita ni asasnyacinta. Rasanya, kalau cakap fasal cinta, 1000 muka pun orang baca kan? Nur Kasih sanggup tunggu,layan 26 episod.(kwang2) Tapi saya janji, cerita ni tak sama dengan mana-mana kisah cinta.

Komen saya pula: “Cerpen ini adalah peringatan”

Dan cerpen ini adalah hadiah perpisahan kita daripada saya.

Perpisahan? aha… perpisahan apa? Itu nanti saya cerita dalam post pengumuman. Sekarang ni, enjoythe cerpen okay?

Feel it.

Ekspedisi Cinta by Hilal Asyraf 

Prolog: Memori

Aku tidak dapat tidur malam ini. Selepas penat mengemas rumah sewa yang bersepah akibat programbatch, aku tidak mampu melelapkan mata. Badan rasa segar walaupun akal sudah berat.

Musim sejuk telah tiba. Tubuh menggeletar kerana pakaianku hanya selapis sahaja. Basah pula, keranaterkena air yang sejuknya ibarat ais ketika membasuh pinggan mangkuk yang bertimbun.

“Haila, kenapa la tak boleh tidur ni?” Aku merungut sambil membuka baju. Sejuk. Angin yang masuk daritingkap yang terbuka menyengat tuubuh.

Segera kusarung baju baru. Old Navy, baju sederhana kegemaranku.

Tiba-tiba mataku lekat pada sampul surat-sampul surat yang terdapat di dalam almariku. Aku tidakbergerak. Hanya menatap. Sejenak masa terhenti, terungkit semua memori yang bersangkut pautdengan surat-surat di hadapan mataku kini.

Aku menghela nafas. Kutundukkan sedikit tubuhku mengambil surat.

Itu surat-surat yang berkait rapat dengan perjalanan cintaku. Surat daripada calon mertuaku. Saksikepada ekspedisi cintaku. Aku tersenyum kelat apabila melihat sampul surat itu satu persatu. Setiap satuada memorinya yang tersendiri, peristiwa-peristiwa yang terpahat kemas.

Dan bukan semua memori dalam ekspedisi cintaku ini, bahagia.

Terdapat pahitnya.

Aku duduk. Kususun sampul surat itu mengikut tarikh. Kupasang lagu yang agak sentimental. Lama tidakkutatap surat-surat itu.

“Alang-alang tak tidur, baca la” Aku bicara pada diri. Tersengih tika keseorangan. Sampul pertamakubuka. Surat kutarik keluar.

Page 2: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 2/37

Baris pertama mula kubaca.

“Assalamu’alaikum anakanda ibu, Win yang dikasihi…” Surat itu bermula.

Dan aku tenggelam pada lautan memori.

*****

Hentian Pertama: Kupinta kepadamu agar meminggir 

“Abang Win” Suara Umeir, juniorku menerjah gegendang. Aku menoleh. Kelihatan Umeir masuk. Diamemberi salam. Tanpa lengah aku menyambut.

“Orang bagi salam dulu, baru panggil nama” Aku menolak Umeir yang duduk di sebelahku.

Umeir menyatukan kedua telapak tangan, gaya memohon ampun. Aku tersengih sahaja. Kemudian terusmenumpukan perhatian kepada lap topku. Melihat laguku yang baru diupload di YouTube dan diletakkandi dalam blog. Nak tahu apa komen orang.

“Abang Win sekarang popular ya?” Umeir memanjangkan leher, memerhati skrin laptopku.

Aku terus tersengih. “Mana, ramai yang kritik ni. Tak sedap la, tak ada makna la” Aku menunjuk padaderetan komen.

“Tapi ramai komen, tandanya abang mula dapat perhatian la. Pengunjung pun meningkat. Ada kipassusah mati plak tu”

Aku mengangkat kening. Kipas susah mati? Apa benda tu?

“Makhluk apa kipas susah mati?” Aku tak pernah dengar. Umeir kupandang pelik.

“Die Hard Fans la. Appa la” Umeri mengangkat tangan, memuncungkan bibir.

Tawaku pecah. Siapa la ajar translate bulat-bulat dari inggeris ke melayu macam tu? Ada patut kipassusah mati.

“Siapa la malang jadi die hard fans aku tu Umeir?” Aku menggeleng. Masih rasa tergeletek dengan istilahyang julung-julung kali kudengari itu.

“Saya” Umeir menepuk dada.

Lagi tawaku berderai. Umeir turut ketawa.

“Em, ni mesti ada apa-apa ni. Sebab tu puji melangit” Aku menjangka.

“Ha’ah, ada.”

“Dah agak” Aku buat wajah merajuk.

“Jangan la perangai macam budak Abang Win. Tak macho la” Umeir mengurut-urut bahuku. Memujuk.

“Kau nak apa?” Aku tersenyum semula.

“Nak pinjam lap top kejap. Nak delete gambar. Sebab ada nak isi dengan gambar lain. Pen drive takmuat”

Page 3: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 3/37

“Berapa gig la pen drive kau?” Aku memberikan lap topku yang berbekalkan tenaga bateri itu kepadaUmeir.

“512MB” Umeir terus meminimizekan tetingkap mozilla firefox yang kugunakan tadi. Dia terus kebahagian Computer, untuk mengakses pen drivenya.

Aku menggeleng. Ada juga orang zaman ni pakai pen drive 512MB? Zaman sekarang ada pen drive 40Glagi. Kesian junior aku ni.

Umeir bukan keluarga berada. Keluarganya sederhana. Dialah antara golongan terpencil di universiti iniyang tidak mempunyai lap top. Lap top akulah yang sering digunakan jika ada kerja kursus ataupembentangan. Mujur bilik kami sebelah menyebelah sahaja.

Umeir nampak khusyuk dengan lap topku. Entah apa yang dilakukan. Aku pun perlahan-lahanmemanjangkan leherku ke belakang kepalanya. Dan apabila aku melihat apa yang ada pada skrin laptop, mataku terpana.

“Siapa tu?” Aku bertanya. Tubuh Umeir terangkat. Terkejut. Spontan lap topku dilipat tutup. Tubuhkuditolak.

“Abang Win, jangan la tengok. Gambar kakak saya tu!”

Oh, kakak. “Kau tak kata tak boleh tengok tadi?” Aku mencari alasan. Dan memang aku tak tahu diasedang melihat gambar kakaknya. Kalau tahu, tidakku gatal melihatnya.

“Gome,” Aku menyandarkan tubuh ke dinding. Kaki melunjur hingga ke hujung katil. Umeir membukakembali lipatan lap top, dan terus kembali ke dalam dunianya.

“Maaflah Abang Win, terkejut tadi. Salah saya sebab tak bagitahu” Umeir tiba-tiba menyebut.

Aku tersenyum dan menggeleng. Tanda tidak kisah.

Tetapi pada masa yang sama, wajah perempuan yang terdapat pada skrin lap topku tadi, tergayut-gayut

pada tubir mataku, terawang-awang dalam ingatanku. Hatiku berdebar-debar, dan jantungku seakantercarik-carik.

Apa ini?

Aku mengawal perasaanku.

“Win, tenang. Sisih, sisihkan…” Aku mengingatkan.

Tidak akan kujatuh semula ke lubang bernama cinta…

Sekali lagi.

****

Hentian Kedua: Pahitnya kesilapan, tenangnya pembetulan

“Kenapa kita kena berpisah?”

“Sebab kita dah silap”

“Tak boleh kah kita bermula semula?”

Page 4: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 4/37

Dan soalan itu yang membuatkan aku terdiam, tidak mampu memberikan jawapan yang tidak melukakan.Alasan-alasanku semuanya dipatahkan dengan hujah.

Ya, kami dah silap dalam bercinta. Kami tidak bercinta dengan lunas-lunas Islam. Walaupun cara kamibercouple, terkenal dengan perkataan couple Islamik. Namun apabila aku diberikan Allah peluang untukmenyelami makna cinta di dalam Islam yang sebenar, aku tersedar dari kelalaian dan kesilapanku yangpanjang selama ini.

Tetapi tidak bolehkah bermula semula? Itu soalan yang berat untuk aku.

Hal ini kerana, selain menyedari cara percintaanku salah, aku juga menyedari sesuatu yang lain.

Mata Zulaikha kulihat bergenang. Aku tahu dia sedang mengawal air matanya dari gugur. Aku tidakmampu memandang wajahnya. Rasa tercucuk-cucuk. Rasa bersalah menggunung tinggi.

Zulaikha ayu, perempuan solehah, kuat bekerja untuk Islam dan mempunyai pengaruh di matrikulasikuini. Aku sering disakat oleh kawan-kawan seangkatan, bahawa aku beruntung. Aku tidak tahu kenapa,tetapi Zulaikha terpaut kepadaku. Dan jujurnya, aku bersyukur kerana perempuan sebaiknya, yangdigelar-gelar sebagai bidadari dunia, merendahkan diri untuk bercinta denganku, manusia biasa.

Awalnya, aku juga tidak tahu Zulaikha mencintai aku. Kami hanya sering bekerja bersama. Biasa la, sibukdengan urusan persatuan dan kerja-kerja dakwah di kampus. Kebetulan, aku juga aktif dalammenyebarkan kefahaman Islam.

Hingga akhirnya, mama Zulaikha memanggilku pergi ke rumah. Aku, memang agak rapat dengankeluarganya. Papanya kawan baik ayahku. Ketika perjumpaan itu, mama Zulaikha bertanya kepadakuakan perasaanku terhadap Zulaikha. Sebenarnya, ingin sahaja aku menjawab bahawa aku tiadaperasaan istimewa kepadanya. Tetapi, belum sempat bersuara, mama Zulaikha memberitahu sesuatuyang menyebabkan aku teragak-agak untuk berbicara.

“Sebenarnya, Zulaikha ni, sayang sangat pada kamu Win”

Dan Zulaikha yang turut bersama berada di ruang tamu ketika itu, kemerah-merahan pipinya. Tambah

membuatkan aku tersepit dalam keterkejutan, meragut terus kata-kata yang kusetkan di dalam hati tadi.Terkejut kerana Zulaikha, Zulaikha yang amat solehah dan merupakan rebutan ramai itu mencintai aku.

Ketika itu, aku teringat ceramah-ceramah baitul muslim yang pernah aku ikuti. Memang, kalau diikutkan,Zulaikha telah cukup empat ciri carian lelaki yang inginkan redha Ilahi.

Aku rasa, aku adalah manusia bertuah. Perempuan kirana sendiri yang mencari aku. Sudah seperti Fahridengan Aisya dalam Ayat-ayat cinta nampaknya. Cuma, aku tidak sebagus Fahri.

Dalam keadaan genting itu, aku sempat berfikir berkenaan cinta. Apakah ini takdir cintaku? Tetapi aku,aku tidak cintakan Zulaikha walaupun dia rebutan ramai. Namun sekarang, perempuan solehah inilahyang menjemputku. Bagaimana?

Maka kupujuk diriku: “Cinta boleh datang kemudian”

Dan ketika itu, aku telah melakukan kesilapan besar. Aku melafazkan kepada mama:

“Saya pun, menyayangi Zulaikha makcik”

Dan tidak dapat kugambarkan wajah gembira mama dan Zulaikha ketika itu.

Perjalanan couple kami, adalah yang dikata-katakan orang sekarang couple islamik. Kami sms, e-mail,facebook, tetapi tidak pula berdating, pegang tangan dan duduk berdua-duaan. Sms kami, e-mail kami

Page 5: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 5/37

dan facebook kami pun hanya nasihat-nasihat. Namun kadangkala, wujud juga gurauan nakal.

Aku fikir ketika itu, itulah cinta. Aku rasa aku sudah bahagia. Sudah lengkap ekspedisi cintaku.

Tetapi perjalanan hidupku masih panjang rupanya. Apabila aku memasuki universiti, aku tidak kekal padauniversiti yang sama. Aku memasuki universitiku sekarang. Di sini, aku ikuti kumpulan usrah yang baru,bersama rakan-rakan yang baru. Di sini, oleh kerana aku orang baru, maka aku bermula semula daribawah. Kalau dahulu di matrikulasi, aku adalah ketua, maka di sini aku orang biasa. Kembali mendengar pengisian dari dahulu asyik memberi.

Ketika ini, bersama suasana baru, rohku terisi. Terasa betapa selama ini asyik memberi, hatiku menjadikering. Banyak perkara terbuka apabila mas’ulku memberikan penyampaian. Benarlah, seorangpahlawan yang hebat juga kadangkala perlu mengambil rehat. Mengisi kembali tenaga.

Dan ketika inilah aku menghidu makna cinta yang sebenar.

“Kita ni, kalau nak bina baitul muslim, kena la membinanya atas dasar keimanan kepada Allah SWT. Daniman ini bukan perkara teori. Ia perkara praktis. Tak jadi cinta kita cinta islamik, hanya dengan kitamenamakannya cinta islamik, hanya dengan kita tidak berpegang tangan, hanya dengan kita tidak keluar berduaan. Cinta itu menjadi sesuatu yang mahal apabila dikira oleh Allah SWT. Dan hendak dikira oleh

Allah itu, perlulah taat kepada-Nya. Buat apa yang Dia suruh, dan tinggal apa yang Dia larang”

Ketika itu, aku hanya tergegar. Belum lagi tergoncang. Namun, aku terasa seakan dilanda gempa apabilaaku mengucup makna cinta yang sebenar.

“Siapakah yang cintanya, terbangun atas dasar untuk mendapat redha Allah SWT? Atau kita ni cariperempuan solehah, hanya kerana hendak mengatakan diri kita ini orang soleh? Kadangkala, di sisimencari kebaikan inilah syaitan menipu kita”

Ketika itu, aku merasakan jalan ekspedisi cintaku terbentang semula. Aku rasa telah tersasar. RedhaAllah dan cintaku dengan Zulaikha. Aku rasa macam hubungan kami, tidak terbina atas dasar itu. Danyang lebih penting, aku…

“Masalahnya Zulaikha, saya tidak cintakan awak sebenarnya”

Akhirnya terlafaz.

Dan aku nampak, air mata Zulaikha berguguran. Sungguh, 100% terbalik suasana ini dengan situasi dirumahnya dahulu. Jantungku berdebar-debar. Gemuruh. Bukan mudah berkata benar, apatah lagikebenaran itu memahitkan.

“Habis, kenapa awak kata awak sayang saya dulu?” Zulaikha bertanya. Dia tenggelam dalam emosi. Air mata membasahi wajah.

“Ketika itu, saya tidak jujur dengan diri saya Zulaikha. Saya tidak cintakan awak. Saya ketika itu, tidakfaham makna sebenar baitul muslim, makna sebenar mengejar perempuan solehah. Mungkin, masa itu

saya hanya nampak awak adalah peluang saya menjadi soleh. Tetapi ternyata saya telah kesilapanZulaikha. Secara tidak langsung, saya menjadikan awak sebagai matlamat saya. Sedangkan, Allah jugamatlamat kita” Aku cuba bertegas, cuba tidak tergugah dengan air mata Zulaikha.

Bohong andai hatiku tidak terkesan dengan apa yang berlaku.

Cinta, kalau benar matlamatnya apa yang Allah redha, maka diri akan condong kepada mendekati AllahSWT. Tetapi, cinta kalau matlamatnya tidak tepat, maka diri akan tercondong kepada nafsu. Kalau dulukami sms-sms, e-mail, facebook, selepas itu kami telah meleret kepada chatting. Kini, kami sudah beranitelefon menyatakan kerinduan. Aku pula, macam tenggelam dalam lautan cinta palsu ini.

Page 6: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 6/37

“Cinta kita silap Zulaikha. Saya silap, dan saya rasa awak pun silap. Kita berhenti sahaja”

Dan akhirnya aku dicop sebagai pengkhianat oleh keluarga Zulaikha. Aku sendiri mengutuk dirikumenyatakan bahawa aku ini bodoh membuat keputusan sedemikian. Tetapi, tiada apa yang akumahukan selain redha Allah. Aku tidak mahu keluargaku terbina atas asas yang rapuh, sekaligusmengheret aku, isteriku, anak-anakku ke arah yang Allah tidak sukai.

Aku takut. Usrah-usrah, program-program yang kuikuti di universiti kini, membuatkan aku lebih sedar,lebih tegas pada diri, kerana aku seakan dapat melihat betapa hidup ini kontang tanpa redha Allah SWT.Lebih baik mati, jika tidak mampu meraih redha-Nya. Atas perasaan ini, kurasakan keputusan akukepada Zulaikha adalah tepat. Sebab aku perasan betapa aku mula rasa tidak senang dengan sms-smskami, e-mail-e-mail kami, hubungan di facebook, chatting serta komunikasi dalam Facebook. Seakan-akan, keimananku meronta untuk diriku dilepaskan dari semua itu.

Ada rasa tidak redha yang tertanam di dalam jiwa, seterusnya menumbuhkan pokok tidak senang, yangkemudiannya mengeluarkan buah gusar.

Dan aku tidak lagi menoleh ke belakang.

Lantas kupasung diriku dari lembah bernama cinta.

Langsung tidak kusentuh. Fobia perkara yang sama berlaku. Tambahan apabila melihat bagaimanakeluarga Zulaikha bereaksi terhadapku selepas itu. Ya, secara pandangan kasarnya, aku telahmengkhianati seorang perempuan. Kelihatan aku mempermain-mainkannya. Tetapi, tiada siapa tahu, apayang bermain di dalam hatiku.

Dan aku lapang serta tenang selepas meninggalkannya.

Aku sahaja yang tahu. Dan untuk kelapangan dan ketenangan ini, aku tidak peduli walau seluruh duniamenyisihkan aku.

Kini, perasaan aneh datang menyapa di hatiku.

Perasaan yang datang hanya selepas aku melihat sekeping gambar.

Pada aku, itu perasaan yang langsung tidak punya asas.

Sekeping gambar buat aku kejatuhan dalam lembah bernama cinta?

Aku berulang kali mengucap, “Sisih, menyisihlah”

Tetapi wajah itu tetap bergayutan.

Tidak mahu pergi.

****

Hentian Ketiga: Bergeraklah Wahai Pencinta, Bergerak Dengan Pengawasan-Nya

“Kau ada masalah cinta ke bro?”

Soalan itu membuatkan aku terjeda. Mando, teman rapatku di Universiti bertanya seakan menebakpanah tepat ke sasaran.

“Atas dasar apa kau berkata begitu wahai laksamana Mando? Beta tidak mengerti” Aku cuba berseloroh,

Page 7: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 7/37

walaupun aku rasa wajahku kepanasan.

“Jangan la bermain kata wahai tuanku Ashwin yang glamour, lagumu kebelakangan ini sentimentalbunyinya. Kurisau bertukar jadi sakitmental nantinya” Mando membalas.

Pecah tawaku. Memang, itulah komen oleh pelawat-pelawat blogku. Kebelakangan ini, lagu-laguku tiadayang rancak. Semuanya berentak sentimental. Semuanya berkenaan perasaan hati. Seakan-akankaryaku mengikuti apa yang bermain di dalam hati.

“Orang kata, 80% karya adalah merupakan diri pengkarya.” Mando memandangku.

Aku tersenyum. Betul ke? Main sebat je Mando ni. Bukan boleh kira temanku nan seorang ini.

“Cerita la bro. Jangan la simpan aje. Apa guna sahabat?” Mando memaut leherku. Mesra.

“Entah la Mando. Aku rasa aku ada jatuh cinta dengan seorang perempuan ni”

“Wah, baguslah.” Mando bertepuk tangan.

“Tapi…”

“Tapi?”

“Tapi aku rasa itu mainan syaitan aje” Dan jawapanku membuatkan tepukan Mando terhenti.

“Kenapa macam begitu pula ceritanya?”

“Sebab aku jatuh cinta tu, hanya dengan tengok gambar aje. Nama aku tak kenal, orangnya aku takpernah jumpa, tengok dengan mata kepala sendiri, suara pun tak pernah dengar”

Mando senyap. Ya, tengok gambar kemudian jatuh cinta, tak ke gaya main-main? Cinta sesuatu yangmahal, lebih-lebih lagi untuk orang ada fikrah dan melalui proses tarbiyah serta menjalankan usahadakwah macam aku dan Mando.

“Nama pun tak tahu?”

Aku mengangguk. Aku tak pernah tanya pada Umeir, takut Umeir rasa lain pula kerana Umeir tahu akudah terlihat gambar kakaknya. Kadangkala, orang ada kakak ni, menjauhi orang yang nak kenalkakaknya. Mereka merasakan, hubungannya tidak ikhlas. Rapat sebab kakak. Aku, tidak mahu perkaraitu terjadi antara aku dengan Umeir. Umeir adalah Umeir, kakak dia adalah kakak dia.

“Habis, kau memang rasa tu mainan syaitan la?”

Aku mengangkat bahu. “Aku cuba sisih, lama dah. Hampir lima bulan la jugak. Tak tersisih-sisih”

Mando mengangguk-angguk, gaya faham.

“Aku risau, mungkin iman aku ni luntur. Tak kuat. Jadi aku banyakkan ibadah. Aku pergiatkan mathurat,baca Al-Quran lebih, sering lama-lama di masjid. Qiam pun aku kuatkan. Aku sentiasa berdoa pada Allahagar jauhkan aku dari benda-benda macam tu”

“So?”

Aku menghela nafas. “Tak hilang juga bayangan perempuan tu pada ingatan aku bro”

Giliran Mando menghela nafas. Mungkin dia simpati. Orang kata, sahabat atas dasar iman ni, apa ada

Page 8: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 8/37

pada hati sahabatnya, dia pun dapat rasa. Mungkin Mando mampu melihat isi hatiku yang berkecamukini. Tambahan, dia banyak bersamaku dan membantu dalam lagu-lagu yang kunyanyi dan reka selamaini.

“Beginilah. Apa kata kau bergerak sikit?” Mando menepuk tangan, memberi idea.

“Bergerak? Gerak apanya Mando?”

“Cuba kau pergi gerak sikit, ziarah rumah dia, tanya kawan-kawan dia, tanya senior dia, tanya pensyarahdia ke, tanya adik beradik dia ke. Mungkin dekat situ, kau boleh tahu kenapa Allah tidak sisihkan diadaripada kepala kau ni” Mando menepuk kepalaku lembut.

Cadangan Mando, mengetuk mindaku.

“Mana la tahu, itu memang jodoh kau” Mando kemudian menggosok-gosok badanku.

Selepas itu dia bangun. Dia menepuk kedua tangannya. “Ha, selesai kerja aku”

Kerja? Apa kerja yang selesai? Mando memandang wajahku. Dia tersenyum. Aku pasti, dia tahu yangaku tertanya-tanya maksud kata-katanya.

“Mas’ul suruh aku tengok, apa masalah kau. Selesai dah kerja aku sebagai penasihat tidak rasmi tuankuya” Mando ketawa.

Terkoyak senyum aku, menghantar Mando masuk ke tandas dengan pandangan.

Bergerak ya?

“Mana la tahu, itu memang jodoh kau”

Kata-kata Mando kembali datang.

Ya, mustahil aku ini tengok gambar perempuan terus jatuh cinta. Mustahil, selepas berbulan-bulan cuba

menyisih, tetap tidak pergi perasaan dan bayangan itu.

Aku kena bergerak!

Itu solusinya.

*****

Hentian keempat: Dikau Wahai Bidadari Syurga, Sangat Sederhana

Winner: So dia mcm mne?

Sha_ji: Dia pemalu. Bgs. Jg prgauln.

Winner: hmmm… cmtu trimas ya kak.

Sha_ji: Win, nk tnya bleh?

Winner: Tnya r 

Sha_ji: knpa tnya2 fsl Awani?

Aku diam. Teragak-agak aku akan jawapan yang hendak kuberi. Nak cakap apa? Terus terang? Berkias

Page 9: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 9/37

Page 10: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 10/37

“Ini dah tak ikhlas!” Umeir menggerakkan tangannya kasar, minta dilepaskan. Wajahnya marah.

Aku diam. Macam mana aku hendak menjawab? Mujur sekarang berada di stesen bas. Kalau di rumah,mungkin aku akan memberikan impressi buruk kepada ibu ayah Umeir. Aku kembali menarik tanganUmeir.

“Umeir, kau dah kenal aku dua tahun. Kau nak ragu-ragu dengan aku?”

“Lelaki sanggup berbohong kerana nakkan perempuan!” Umeir cuba melepaskan tangannya lagi.Tanganku beralun mengikut rentak.

Aku menghela nafas. Terus aku kejapkan tanganku. Tangan Umeir terhenti.

“Dengar sini Umeir. Aku, dengan kau, itu aku dengan kau. Kakak kau tak masuk dalam hubungan kita.Perasaan aku dengan kakak kau, itu aku dengan kakak kau. Itu perasaan aku kepada kakak kau. Aku takbersahabat dengan kau, sebab aku nakkan kakak kau” Aku bertegas.

Umeir memandangku tepat. Matanya tajam. Aku pula tidak beralih. Menatap bebola matanya dalam.Sebab aku sudah yakin satu perkara apabila aku datang ke rumahnya.

“Keluarga saya memang jaga perempuan. Akak saya jadi pemalu sebab ayah dan ibu yang didik diabegitu. Dia tak pernah pun cakap dengan lelaki melainkan sangat terpaksa. Dia mana ada kawan lelaki diuniversiti. Facebook pun tak ada lelaki melainkan saya”

Dan keyakinan aku berkenaan satu perkara tadi, bertambah.

Teringat aku akan kata-kata ayah Umeir, semasa aku memuji Umeir yang amat cemerlang dalampengajian di Universiti.

“Pakcik ni Win, hanya nakkan anak-anak pakcik jadi soleh dan solehah. Nakkan mereka ni, hidup dapatredha Allah. Pakcik tak kisah sebenarnya fasal kecemerlangan. Itu bonus daripada Allah. Yang pentingtaat sebagai hamba Allah. Itu baru namanya satu kejayaan”

Dan baru aku nampak betapa pakcik Emran yang lemah lembut, ramah lagi penyayang itu, menjagakeluarganya. Walaupun hidup sederhana, gaji tidak seberapa, dia tidak pula mengurangkan perihaldidikan anak-anaknya. Didikan akademik diberi, tetapi diberatkan lagi didikan akhlak dan peribadi.

Aku tertarik. Aku mula nampak kenapa Allah menyangkutkan aku kepada Awani.

Awani punya sesuatu yang tidak dipunyai manusia lain di zaman ini.

Kesederhanaan.

“Abang Win serius ke suka pada akak?” Soalan Umeir mengeluarkan aku dari lamunan.

Aku menggeleng.

“Habis, kenapa tanya-tanya fasal dia?”

“Aku tak suka dia. Lebih dari suka. Tetapi aku cinta. Cinta dengan sebenar-benarnya. Dan aku jatuh cinta juga pada kau dan kehidupan keluarga kau.” Aku menepuk bahu Umeir. Ketika itu, aku sangat yakin. Kinibukan satu kata-kata penyenang hati. Ini satu perkara yang aku pasti.

Aku cintakan Awani.

Semenjak itu, aku tidak putus hubungan dengan keluarga Umeir. Aku tidak rasa Allah menyangkutkan

Page 11: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 11/37

Awani kepada aku, sekadar untuk aku mencintai Awani. Allah hendak aku belajar kesederhanaan darikeluarganya. Atas dasar itu, aku banyak membina hubungan dengan ayah dan ibu Umeir. Inginmengambil sesuatu dari pengalaman hidup mereka berdua, dan bagaimana mereka boleh bersederhana,merasa cukup dengan apa yang ada.

Hubunganku dengan kedua ibu bapanya amat rapat. Sepanjang cutiku selama empat bulan, kami seringbertukar khabar dan berganti cerita. Kadangkala kuhantar hadiah kepada ibu dan ayahnya.

Hinggalah pada saat aku hendak terbang ke Jepun, Ibu dan ayahnya sanggup datang menghantarku diKLIA. Ibu ayahku, juga rakan-rakanku yang hendak terbang bersamaku rasa pelik dengan kehadiranmereka berdua. Hal ini kerana, di saat itu, hanya mereka berdua sahaja yang kelihatan langsung tiadakena mengena dengan aku.

“Weh, ini siapa?” Bisik Mando selepas bersalaman dengan Pakcik Emran. Makcik Maimunah sedangbersembang dengan ibuku.

“Inilah pakcik Emran. Ayah Umeir”

“Kenapa ada kat sini?”

“Salah ke?”

Mando menggeleng. “Cuma pelik”

Aku tersenyum. Apa la yang nak dipelikkannya. Mando tidak tahu betapa ramah dan baiknya ibu ayahUmeir. Aku menganggap, kehadiran ibu ayah Umeir, sekadar prihatinannya kepada aku keranahubungan rapat kami. Di dalam telefon sebelum ini, berkali-kali Pakcik Emran memberitahu hendak hadir.

Pengumuman agar kami bergerak ke kapal terbang sudah kedengaran. Aku bersalaman dengan ibuayah, adik beradik, serta sahabat handai yang datang. Akhir sekali, aku bersalaman dan berpelukandengan pakcik Emran. Di hadapan makcik Maimunah, aku mengucapkan terima kasih dan berharap agar dapat lagi berkongsi pengalaman mereka dalam kehidupan. Sesungguhnya, aku sudah jatuh cintadengan kesederhanaan hidup mereka.

Aku, Mando dan teman-teman lain menuruni lif. Aku dan Mando di barisan paling akhir.

Ketika aku mula turun, ada satu perasaan menggesa aku untuk memandang ke belakang. Mungkin rasaberat hendak meninggalkan keluarga. Juga mungkin rasa ingin melihat Pakcik Emran dan MakcikMaimunah buat kali terakhir. Maka aku menoleh.

Dan ketika ini jantungku ibaray direnjat elektrik. Mulutku terlopong.

Awani.

Berada di sebelah Pakcik Emran, sedang menarik tangan ayahnya.

Mataku kemudian dihadang oleh tangga eskelator memandangkan aku ke bawah.

Namun sedetik itu, sudah cukup menceritakan kepada aku bahawa aku sedang melihat bidadari darilangit. Tidak tahu kenapa, wajah yang sangat biasa itu, peribadi yang sangat biasa itu, kelihatanbergemerlapan pada mataku.

Jantungku berdegup kencang. Kulepaskan bagasi di tanganku. Memegang dada.

“Weh, kenapa?” Mando menyentuh tubuhku.

Page 12: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 12/37

Aku menggeleng.

“Tak ada apa-apa”

Tetapi sebenarnya, aku memandang bahawa ekspedisi cintaku sudah mula berhadapan dengan gunungyang tinggi. Apakah aku berjaya merentasi?

*****

Hentian Kelima: Bukan tanggungjawab kecil, tidak cukup sekadar suka

Aku tidak duduk diam di Jepun. Selain belajar, aku ambil masa mempertingkatkan diri. Bukan di negaraIslam, tidak bermakna praktis Islam ditinggalkan. Usrahku berjalan di sini. Bermula dengan aku danMando, kami berdua bergerak mengajak lebih ramai lagi mengikuti proses tarbiyah.

Sepanjang di Sendai, tidak pernah sekali pun aku berhubung dengan Awani. Jauh sekali mencuba. Akukekal meneruskan ekspedisi cintaku sendirian. Kadangkala datang juga ujian. Suggestion friends diFacebook kadangkala memunculkan accountnya. Mungkin kerana aku adalah friends dengan Umeir,menyebabkan Sang Facebook mencadangkan agar aku menginvite Awani sebagai friends aku. Namuntidak pernah sekali kucuba.

Aku juga berhenti menghubungi kawan-kawan perempuannya. Dahulu, pada awal ekspedisiku mengenaliAwani, aku fikirkan itu perkara yang syara’. Tanpa sangka, aku terlagha juga dengan kawan-kawanperempuannya. Segera aku sisihkan. Bukan itu caranya membina keluarga.

Kepada Allah, yang kekal menemaniku hingga ke hari ini, aku luahkan segalanya. Dia satu-satunyatempat yang ada untuk mendengar bicara jiwaku. Kalau aku rasa kelemahan, pada Allah kumintakekuatan. Kalau aku tiba-tiba rasa rindu, kepada Allah aku ceritakan. Kalau aku tiba-tiba rasa gembira,kepada Allah aku kongsikan.

Semuanya dengan harapan, agar cintaku ini diredhai-Nya.

Selain Allah, hanya Mando sahaja aku kongsikan kisahku. Manusia lemah. Perlukan manusia lain juga

untuk menyokongnya. Sahabat, dengan sahabatnya, adalah ibaray dua kepak yang menerbangkanseekor burung ke destinasinya. Saling bantu membantu, mengimbangi kehidupan, untuk sampai kedestinasinya yang sebenar, yakni Allah SWT. Mando dan aku, adalah begitu.

“Weh star, menung jauh nampak?” Laungan Mando yang baru pulang ke rumah menarikku keluar darilamunan. “Terpotong jari karang” Suaranya kedengaran lagi. Nampaknya dia macam melepak di ruangtamu.

Aku tersengih, memandang pisau di tangan yang sedang memotong cili.

“Rilek la Mando. Bukan aku tak sedar apa aku buat” Perasan pula dia aku menung masa memotong cili.Kantoi.

“Ei, kenapa kebelakangan ni aku tengok kau rajin tak boleh blah ha?” Mando bertanya dari ruang tamu.Suaranya ditinggikan, agar aku mendengar.

“Maksud kau?”

“Ya la, kau masak, kau kemas rumah, kau basuh pinggan mangkuk, kau basuh tandas, kau kemas bilik.”

“Biasa la tu” Aku menjawab. Apa yang peliknya?

“Tapi, sampai bilik aku pun kau kemas. Yang tak boleh blahnya, baju seluar aku pun kau basuh sidai”

Page 13: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 13/37

Aku ketawa sendiri.

“Ada apa-apa ke bro?”

“Aku sebenarnya nak menyelami perasaan suri rumah. Saje je”

Terdengar suara tepukan. Mando, tak habis-habis dengan tepuk dia. “Mantap la Win”

“Aku pun tak pernah terfikir sejauh tu.” Mando menyambung.

“Nak jadi suami, bukan bleh main suka-suki je. Kena bersedia terima tanggungjawab. Baru namanyaserius nak membina keluarga. Kalau bina keluarga atas dasar suka sahaja, tak akan ke mana. Hidupbukan semuanya manis. Tambahan, tanggungjawab kita bukan kecil. Sangat besar. Nak bawa keluargake syurga Allah. Tanggungjawab yang bukan senang tu. Jadi mustahil la persediaannya sekadar tahumunakahat aje” Aku menjelaskan, sambil tangan lincah memasukkan semua sayur mayur ke dalam kuali.

“Ho ho, gaya macam dah dekat je”

Aku tersengih. Memang. Aku fikir, aku tidak mahu lama membujang. 23 aku merancang untuk berkahwin.

Berkahwin dengan Awani, dengan cinta yang aku bina di atas matlamat hendakkan redha-Nya.

Kebelakangan ini, rezekiku pun mencurah-curah. Aku telah dilamar oleh Syarikat Rakaman WorldRecords untuk membuat satu album. Lagu-lagu ciptaanku akhirnya mendapat perhatian daripada syarikatrakaman tersebut apabila mereka menziarahi ke blog aku. Artis-artis terkenal seperti Yassin Sulaimandan M. Nasir turut pernah singgah dan memberikan komen kepada lagu-lagu ciptaanku.

Mereka boleh melihat aku mendedangkan lagu ciptaanku kerana aku menguploadnya di YouTube, danmeletakkannya di blog. Di situ, mereka boleh memberikan komentar.

Dan apabila albumku terjual, aku telah mendapat sambutan yang hangat. Ada yang menggelar akuprodigi kerana pada usia yang sangat muda, aku telah menjadi penyanyi, pencipta lirik dan komposer lagu sekaligus. Mesej dakwah yang kubawakan dalam nyanyianku juga merupakan indikator utama yang

membantu penerimaan masyarakat kepadaku.

Kelebihan aku, lagu-laguku tiada alat instrumen seperti gitar, drum atau apa sahaja. Hanya suarakusahaja.

Aku mengambil jalan keluar dari khilaf, dengan tidak menggunakan barang-barang syubhah seperti gitar.Aku juga membawa identiti tersendiri dengan memilih tidak menggunakan instrumen lain. Kolaborasi inidengan mesej dakwahku, membuatkan penerimaan masyarakat kepadaku amat baik.

Antara keistimewaan aku lagi adalah, aku tiada di Malaysia. Syarikat rakaman berurusan dengankuhanya dengan internet. Di rumah sewaku, ada studio khas yang aku dan Mando gunakan untuk kegiatanseni kami.

Semua unit Albumku keluaran pertama terjual habis dalam masa sebulan. Aku boleh dikatakan sebagaiOKB – Orang Kaya Baru. Dan sangat popular.

Namun tidaklah aku rasa hebat. Memandangkan pada pendapat aku, aku tidak memulakan karier nyanyian ni kerana inginkan populariti, jauh sekali berhajatkan wang. Aku mulakan, awalnya hanyaluahan hati dan perkongsian. Di dalam lirk laguku, ada nilai tarbiyah dan mesej fikrah yang kuselitkan,hasil dari proses tarbiyah islam yang kulalui di dalam usrah.

Awalnya, rasa semacam juga berdakwah melalui nyanyian. Tetapi, mas’ulku di Jepun berkata:

Page 14: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 14/37

“Kita ni, sumbang mana boleh Win. Ada orang tak reti bercakap, hebat menulis, dia sampaikan Islammelalui penulisan. Kau pakar dalam nyanyian dan buat lagu yang menyentuh jiwa, kenapa tidak gunakanuntuk Islam? Selagi kau menyanyi tu tak cross syara’ tetapkan, tak pakai instrumen yang haram, tak pulabuka aurat, apa salahnya? Masyarakat kita memang perlukan lagu-lagu alternatif yang mendidik jiwa. Inimedan kau untuk menyumbang Win”

Itu membuatkan aku kuat. Dan alhamdulillah, Allah memanjang luaskan teritori dakwahku.

Kedudukan aku agak kukuh untuk mendirikan rumah tangga.

Tinggal aku perlu mengukuhkan lagi apa yang ada di dalam jiwa.

Hendak memimpin sekelompok manusia yang bernama keluarga ke syurga, bukan benda yang mudah-mudah dan boleh dilakukan dengan bermain-mains sahaja.

Aku terus-terusan berusaha mempertingkatkan diri, memperbaiki mana-mana lagi ruang dalam hati dankehidupan ini.

Aku ingin, keluargaku nanti, keluarga yang Allah redhai.

Bersama Awani, yang aku cintai.

*****

Hentian keenam: Aku Yang Paling Bahagia

Saat paling bahagia dalam ekspedisi cintaku, adalah selepas aku menunaikan umrah. Duitku yangbertimbun, membuatkan aku diberikan peluang menjejak ke tanah suci.

Semasa di tanah suci, aku berulang kali berdoa:

“Ya Allah, andai Awani itu jodohku, satukanlah. Jika bukan, sisihkanlah”

Walaupun memang, dalam hati sudah suka, dalam jiwa sudah cinta, aku amat takut andai cinta itu palsudan tidak terbina atas dasar yang sebenarnya. Aku hendak redha Allah. Redha Allah. Redha Allah. Makaaku berusaha agar cintaku berada dalam redha Allah, bukan semata-mata kesenangan aku.

Akhirnya, tidak lama selepas aku pulang semula ke Jepun, aku mendapat e-mail daripada Umeir.

Aku tetap berhubungan dengan Umeir walaupun kini kami telah terpisah. Hubungan di hati, masihtercantum erat. Sering sahaja bertukar khabar. Umeir menjadi wasilah aku untuk menjaga hubungandengan pakcik Emran dan Makcik Maimunah. Sering sahaja kami bertukar salam dan khabar denganUmeir sebagai orang tengah.

Kadangkala, Skype Umeir menjadi kegunaan ibu ayahnya untuk bersembang denganku.

Aku sudah mula memanggil ibunya ibu, dan ayahnya ayah. Walaupun, aku tidak pernah berceritabahawa aku mencintai Awani. Aku amat segan sekali. Aku rasa diriku tidak layak untuk Awani yangbersih. Aku yang pernah tersimpang di atas jalan bernama cinta, memang rasa Awani ibarat bidadari darisyurga yang suci. Tambahan, aku tidak mahu Ibu dan ayah salah faham akan hubungan aku denganmereka. Mereka dengan aku, mereka dengan aku. Awani, adalah Awani.

Umeir berkata bahawa ibu hendak berbicara denganku.

Aku berdebar-debar. Bukanlah sebelum ini tidak pernah ibu meminta untuk bersembang kepadaku.Tetapi kali ini, ada perkataan ‘penting’ di akhir e-mail Umeir.

Page 15: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 15/37

Apa yang penting?

Aku segera mem’buzz’ Yahoo Messenger Umeir.

Winner: Salam. Umeir, apa khabar? Apa yang pentingnya? Ibu nak cakap apa.

Dan tidak lama kemudian, muncul: U-mir is typing a message pada skrin yahoo messengerku.

U-mir: wsm. Ntah. Ibu tak bagitahu. Tpkan…

Winner: Tpkan apa?

Aku berdebar-debar.

U-mir: Tpkan, ibu dgn ayh mcm thu yg abg sukakan akk

Dan aku rasa macam hendak pitam. Ya Allah… Macam mana ni? Habis, kalau betul nak cakap fasal tu,aku nak jawab apa?

U-mir: abg ada ckp kat sesapa ke fsl suka kat akk?

Rasanya, selain Mando, tak ada. Em….

Ah, aku teringat. Aku ada ceritakan pada mas’ulahnya di universiti. Kemudian, aku ada juga terlepascakap dengan kawan-kawannya masa aku bertanya berkenaan dengannya. Tapi sudah lama dah. Lamasangat. Ada la dalam setahun.

Winner: Ada kut

U-mir: Ha, kantoi dah la tu. Selamat la ya.

Winner: Pergh, mcm exam je gayanya.

U-mir: Klu bleh, biar lulus. Sya suka abg jd kluarga sya. Blh sm2 tingktkn diri.

Aku tersenyum. Umeir kini sudah ikut usrah. Rakan-rakanku di Malaysia mula membawanya ke program.Umeir juga semakin matang dan syakhsiahnya sudah banyak berubah. Penangan tarbiyah dankefahaman Islam yang tertanam.

Winner: Bleh suruh ibu bg masa seminggu x?

U-mir: Knp? Nk buat skrip?

Winner: Ha3, bnykla skrip. Nk istikharah.

U-mir: k, nnti sya bgthu.

Dan seminggu aku bertapa. Tidak keluar rumah kecuali untuik ke kuliah. Berpuasa. Setiap malam akumelakukan istikharah sebelum tidur. Semuanya agar aku memberikan jawapan yang tepat. Agar, kalau

 jawapannya negatif pun, aku mampu meluahkan. Agar, kalau jawapannya mungkin tidak menyenangkankeluarga Umeir pun, aku mampu menceritakan. Moga Allah pandu. Moga Allah pandu.

Selepas seminggu, aku mempunyai jawapan yang sangat solid. Perasaanku sangat kuat.

Maka aku menerima panggilan ibu yang menggunakan skype Umeir.

Page 16: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 16/37

Selepas berbasa basi, bertanya khabar dan bertukar cerita, Ibu mula masuk ke tajuk utama. Dan jangkaan Umeir minggu lepas tepat.

“Win, ibu nak tanya ni. Ibu dengar-dengar cerita, Win suka pada Awani. Betul ke?”

Aku berusaha bertenang. Walaupun dada berdegup kencang.

“Em, ibu, sebelum jawab, boleh Win cakap satu perkara?”

“apa dia Win?”

“Win dengan ibu, Win dengan ayah. Itu Win dengan ibu dan ayah sahaja ya. Awani, tak masuk dalamhubungan kita. Win, tak rapat dengan ibu dan ayah untuk Awani.” Aku menjelaskan pegangan aku. Padaaku, hubungan perlu dibina terus pada empunya. Di tengahnya hanya boleh ada Allah. Jika tidak, makaitu adalah pengkhianatan, terbina bukan dari keikhlasan.

“Jadi, Win tak ada perasaan pada Awani ke sebenarnya?” Ibu bertanya.

“Ni la yang Win nak jawab ibu. Ibu dengar ya”

“Baik. Cakap la. Ibu sedia je dengar apa-apa pun jawapan” Ibu bersuara tenang.

“Win, sangat-sangat-sangat cintakan Awani ibu”

Dan jawapanku disambut dengan tawa kecil ibu. Aku dapat rasakan kesenangan hatinya.

“Kenapa la Win tak cakap awal-awal pada ibu dengan ayah? Win ni…”

Aku tersengih. “Win bukan apa ibu. Win tak bersedia. Nak sediakan diri dulu. Kalau ikut rancangannyapun, Win nak bagitahu ibu dan ayah tahun depan. Tapi nampaknya, Allah awalkan. Ibu pula yang tanya”

“Ya la, pensyarah Awani tu yang cakap-cakap kat Ibu. Katanya, ada orang penyanyi muda lagi popular 

minat pada anak ibu. Ibu fikir la siapa. Akhirnya teringat pada Win.”

Aku sekali lagi tersengih. Pensyarah itu mestilah mas’ulah Awani. Aku ingatkan, dia tidak kisah akan halini. Sebab masa aku bersembang dengannya, dia macam nak tak nak je cerita fasal Awani kepada aku.Tak sangka, dia membantu juga sebenarnya. Setahun lepas, jauh betul masanya.

Ini kegembiraan yang terhebat dalam ekspedisi cintaku.

Alhamdulillah.

Dan semenjak itu, ibu rajin menghantar surat kepadaku. Di dalam surat itu, kami tidak banyakbersembang berkenaan Awani. Lebih kepada nasihat-nasihat seorang ibu kepada anaknya. Ibu sangatprihatin. Aku juga rasa tenang dan lapang. Ada ibu yang memerhatikan perjalanan cintaku dan boleh

menegurku dalam hal ini. Aku pun tidak lagi gundah menyimpan rasa. Kalau ada apa-apa, aku luahkansahaja kepada ibu.

Hidup aku sangat bahagia. Sentiasa berbunga ceria. Lagu-laguku pun dikatakan sangat mesra danmenghidupkan. Mando siap mencipta lagu untukku bertajuk - Awan.

Aku rasa, ekspedisi cintaku sudah hendak tiba ke penghujung.

*****

Page 17: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 17/37

Hentian Ketujuh: Kalau tak dapat?

Di Sendai University, terdapat seorang akhawat yang amat solehah. Suaranya lembut, perawakannyasederhana dan dia sangat lah penyayang. Juga lurus bendul – tambahan daripada Mando.

Ibarat Zulaikha, dia menjadi perhatian ramai. Banyak lelaki melayu di Sendai ini yang jatuh hati padanya.

Di satu sisi lain, aku sering dikombinasikan dengan perempuan itu.

Namanya Israa’. Perempuan kacukan melayu arab. Memang sangat la cantik. Diiringi pula denganakhlaknya yang sangat baik, ditambah pula dengan sikap penyayang dan mengambil berat, dia idamansemua lelaki. Satu-satunya perempuan bertudung labuh di jepun. Perempuan Islam terakhir katanya –tambahan daripada Mando lagi.

Oleh kerana aku merupakan orang yang sangat popular, aku sering digandingkan dengannya yangmerupakan perempuan paling popular di kalangan masyarakat melayu, Indonesia, Singapura dan Bruneidi sini.

“Amacam Israa’? kau patut nama Mikraj la” N atau namanya Yusuf Kamilen, teman indonesiaku, kakipenyakat terhebat di Jepun.

“Dah naik sidratul muntaha?” An, atau namanya Anwar, wakil penyakat terulung dari komuniti Malaysia.

Aku naik pening. Mujur mereka ni jenis kurang pendedahan kepada Islam. Kalau yang ada fikrah dankefahaman Islam, budak agama, sudah aku tegur kerana bergurau dengan nama-nama penting dalamsirah dan Islam itu.

“Tu menung apa tu? Ingat pada Israa’ ke?” Mando menyakat. A… ini dah lebih. Sampai Mando punmasuk sama.

“Weh Mando, cinta aku satu je la. Awani tu ha”

“Tapi Awani tak kata dia suka pada kau.”

Aku diam. Betul. Aku tidak pernah berhubung dengan Awani. Hubungan aku dengan ibu dan ayah puntidaklah aku juruskan kepada itu. Aku lebih menumpu kepada peningkatan diriku. Cuma kadangkalasahaja Ibu menyakat aku dengan anaknya di dalam surat.

“Habis, Israa’ lagi la. Aku tak cintakan dia, dan dia pun tak kata dia cinta kat aku”

“Israa’ lurus bai. Kau masuk je, dia terima.”

“Baik kau je masuk”

“Mana boleh. Mak aku dah tempah orang untuk aku.”

“Ha, sama la dengan aku”

“Mana sama”

“Kenapa pulak?”

“Perempuan yang mak aku dah tempah tu, suka aku. Kau lain. Awani tak kata dia suka kau.”

Aku diam lagi. Macam mana pusing pun, betul, aku tak tahu apa perasaan Awani pada aku. Tetapikenapa aku ada keyakinan bahawa Awani adalah jodoh aku? Kenapa aku tidak tertarik mencari

Page 18: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 18/37

perempuan lain walaupun ada peribadi yang gayanya lebih hebat seperti Israa’ di hadapan mataku?Jangan kata suka, tertarik pun tidak. Walaupun saban kali diasak dengan gurauan orang, aku langsungtiada perasaan pada Israa’. Walau banyak kali berjumpa, walau banyak kali bekerjasama. Dia ibaratZulaikha yang kedua, cuma antara kami tiada hubungan yang lebih dari teman sekerja dalam persatuanmelayu di ini.

“Aku yakin, Awani jodoh aku” Dan jawapan itu sahaja yang keluar dari mulutku.

Aku amat amat amat cintakan Awani. Dia tiada ganti. Aku pun tidak tahu. Mungkin kerana apa yang akulalui sepanjang hidupku selama ini, membuatkan aku rasa cintaku pada Awani amat berharga.

“sampai masa, aku bagitahu la dia. Lagi berapa bulan je nak habis belajar”

“Kalau masa tu dia tolak?” Mando melontar soal.

Dan kali ini aku diam, tidak lagi menjawab. Aku segera menulis surat pada ibu. Ibu senang lagi dengansurat. Dia bukan ibu milenium. Begitu juga dengan ayah. Tiada e-mail. Dan aku pun senang begini. Rasanostalgia. Dan surat ibu yang harum itu aku buat koleksi di dalam almari.

Aku nyatakan pada ibu sekali lagi prinsip aku. Bahawa aku dengan ibu, hubungan kami tidak terbina

kerana Awani. Hubungan aku dengan ibu, aku dengan ayah, terbina atas dasar keimanan kepada Allah.Ketika ini, aku mula nampak sesuatu.

Tiada apa yang pasti jika ia belum jadi realiti.

Dengan titisan air mata aku menulis, walaupun suara tulisanku jika dibaca mempamerkan rasa gembira.

Aku menangis kerana sembang-sembangku dengan Mando menyedarkan aku betapa aku kebelakanganini seakan rasa pasti dapat pada Awani. Sedangkan, Allah jugalah yang mengaturkan jodoh aku. Mungkinpertemuan aku dan Awani hanyalah salah satu dari perhentian dalam hidupku sahaja.

Dan entah kenapa, tiba-tiba aku melihat ekspedisiku masih panjang pula.

Ekspedisi cinta, banyak pancaroba. Lebih-lebih lagi cinta yang hendak kubawa tembus ke syurga.

Bersedia untuk ditolak.

Namun jawapan dalam balasan surat ibu sebulan kemudian, menyatakan jangan risau. Ibu kata, ibuhendak tanyakan kepada Awani. Dan jawapan itu, menenangkan jiwaku.

InsyaAllah, Awani adalah jodoh aku.

Berulang kali aku menenangkan diriku.

Ya Allah, kasihanilah hambaMu ini. Kasihanilah.

Kugiatkan munajat. Allah dengan Mando, Allah lebih berkuasa.

Itu semestinya.

“Aku ini ya Allah, hidup hanya untuk redha-Mu. Aku mencintai Awani, agar Kau kepada aku. Aku bukanmencari redha-Mu kerana aku mencintainya. Aku mencintainya kerana hendakkan keluarga yangdiredhai-Mu. Aku bina cinta ini begini kerana hendakkan redha-Mu. Maka kasihanilah aku ya Allah.Kasihanilah aku ya Allah. Jagalah diriku, dan sediakan diriku untuk menerima apa sahaja keputusan-Mukepada aku”

Page 19: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 19/37

****

Hentian Kelapan: Ini bukan drama, bukan novel, bukan cerpen, bukan fantasi

Satu hari, Umeir menghantar e-mail menyatakan ibu ingin bercakap.

Maka dengan Skype, kami berhubung sekali lagi. Adakah ibu hendak bercakap berkenaan aku danAwani? Hatiku berdebar.

“Win, Win apa khabar?” Suara ibu lembut. Namun kurang ceria gayanya.

“Win sihat ibu. Ibu apa khabar? Ayah apa khabar?”

“Ibu ayah baik sahaja. Em, ibu nak cakap satu benda pada Win. Harap Win boleh mendengarnya”

Terasa keadaan ini pernah berlaku. Yakni semasa ibu bertanyakanku akan perasaan aku kepada Awanidahulu.

“Baik ibu. Apa sahaja. Ibu cakaplah. Win sedia” Aku sudah menghidu sesuatu. Sesuatu yang mungkin Iburasakan berat untuk aku.

“Sebenarnya Awani…”

Sebenarnya Awani…? Ibu macam agak sukar melafazkannya. Aku sudah bersedia untuk yang buruk-buruk sahaja.

“Sebenarnya Awani tak ada perasaan pun pada Win.”

Dan walaupun aku rasa aku telah bersedia, tetapi hatiku tetap seperti gelas pecah kerana terjatuh kelantai. Namun kucuba mengawal diri. Nada bicara kugembirakan. Aku layari perbualan dengan Ibu. Ibubicara penuh nasihat. Berkali-kali mengajak aku bermuhasabah melihat bahawa setiap aturan Allah adahikmah. Ibu sangat baik. Aku dapat rasa dia juga bersedih.

Tamat perbualan dengan ibu, Mando masuk. Aku diam seribu bahasa.

“Masin mulut kau Mando” Aku memandangnya.

“Apa masin?” Mando duduk di sebelahku.

“Yang kau kata fasal Awani tak suka aku tu”

“Kenapa? Dia memang tak ada hati kat kau?”

Aku tidak mampu bersuara. Aku mengangguk sahaja. Tunduk. Cuba bertenang. Tetapi entah kenapa,seakan-akan separuh nyawaku tercabut. Sakit. Sakit sangat.

Aku memujuk diri. Redha Win, redha Win, redha. Sangka baik pada Allah, sangka baik pada Allah. Akumemejamkan mata serapat mungkin. Sudahku terlupa Mando di sebelahku. Redha, redha. Ya Allah,redhakan aku. Ya Allah… Allah…

Dan tiba-tiba tubuhku hangat. Kubuka mata, aku sudah dalam dakapan Mando. Kepalaku rapat padadadanya.

“Sori sahabat, sori. Maafkan aku. Maaf”

Dan mata aku basah. Mengalir teramat deras.

Page 20: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 20/37

Ekspedisi cintaku, begini kah?

Ternyata hidup realiti, tidak seperti kisah fantasi dalam novel atau cerpen yang pernah kubacai.

Mando erat memelukku. Seakan tidak mahu melepaskan.

“Maafkan aku sahabat, maafkan aku” Dia berulang kali meminta maaf. Mungkin rasa terlalu bersalahkerana menganggap dia telah mendoakan sesuatu yang buruk kepadaku.

Aku menggeleng dalam pelukannya. Air mataku ada yang terkesat pada bajunya.

“Terima kasih Mando”

Mando diam. Lagi erat memeluk. Aku perasan dia pun sebak. Mungkin dia merasai derita pahit yangsedang aku lalui.

“Terima kasih kenapa Win?” Dia bertanya, menahan sebak.

“Terima kasih sebab ingatkan aku akan kemungkinan hari ini akan berlaku.”

Sekurang-kurangnya, dengan pertanyaannya tempoh hari, aku telah bersedia. Menyiap gantungkansemua harapan hanya kepada Tuhan, menyediakan diri untuk menerima segala kemungkinan.

Dan ketika ini, tumpah air mata Mando. Kami sama-sama tenggelam dalam kesedihan.

Walaupun aku bersedia, aku bukan robot tanpa jiwa.

Pahit pedih tetap terasa.

Seperti tercabut separuh nyawa.

*****

Epilog: Ekspedisi cintaku yang sebenarnya…

Aku menggeleng. Tanpa sedar, pipiku basah. Ada air mata yang menitik pada surat terakhir ibu. Suratyang sampai sebulan lalu. Surat kali ke-lima selepas peristiwa pahit lalu.

Aku sudah ceria semula. Memang seminggu awal itu, rasa susah untuk hidup. Masa itu, banyak lagusedih aku reka. Mando turut mencipta satu lagu untukku – Jaga Mulutmu Sahabat. Katanya, ituperingatan untuk dirinya. Nampaknya, walaupun berulang kali aku memaafkan, dia tetap rasa bersalah.Mando memang sahabat terbaik aku.

Aku menghela nafas. Surat terakhir ibu aku lipat.

Jam sudah hampir masuk pukul 5 pagi. Waktu Subuh sudah semakin hampir di Negara Matahari Terbitini. Ada lagi lima belas minit. Sedar tidak sedar, aku langsung tidak tidur pada malam ini. Di tengahkesejukan winter, aku teringat kisah ekspedisi cintaku.

Aku mengambil telefon bimbit. Aku membuka bahagian message. Segera kutaip sesuatu:

Ibu, mlm ini Win x dpt tidur.

Win teringatkn Ibu. Tringatkn Awani.

Page 21: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 21/37

Win masih cintakan dia.

Lalu kuhantarkan sms itu kepada ibu.

Kemudian aku bangun, dan bergerak menyucikan diri dengan wudhu’. Seterusnya, di atas sejadah akumenghabiskan waktu sebelum subuh.

Aku tidak pasti apa yang Allah aturkan kepada aku adalah satu tarbiyah agar aku belajar menerimakenyataan, atau hanya satu tarbiyah untuk menguji keyakinan. Tetapi ujian ini mematangkan aku. Malah,entah atas sebab apa, cintaku kepad Awani tambah mendalam selepas dia menolak aku.

Mungkin kerana, pada saat popularitiku memuncak, dan kebanyakan perempuan berusaha mendekatiku,dialah perempuan yang menolakku. Ibu kata, antara sebab kenapa Awani tidak boleh menerimaku,adalah kerana taraf hidup. Awani ingin kekal dengan kesederhanaan. Suci sungguh alasannya. Sedikittidak terkesan dengan hartaku yang melimpah, populariti yang meningkat mahupun rupa wajah.

Jauh di sudut hatiku, aku masih merasakan bahawa Awani adalah jodohku.

Namun siapa tahu.

Mujur di tengah ekspedisi cintaku, aku memperbaharui defisini cinta, serta merombak asas dan dasarnya.Bukanlah kita mencari perempuan kirana itu untuk memenuhi kepuasan kita. Kita sebenarnya, mencaripasangan untuk membantu kita menggapai redha-Nya. Akhirnya, matlamat kita adalah redha-Nya. Jikadengan membawa matlamat ini sekemas mungkin, mempersiapkan diri untuk memenuhi tuntutanmatlamat ini, dan akhirnya hubungan kita dengan orang yang kita suka tidak kesampaian, maka tidakperlu memanjangkan kesedihan. Kerna bukan perempuan matlamat kita. Matlamat kita adalah keredhaanAllah.

Siapakah Allah? Dialah Yang Maha Perkasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Menyayangi, YangTidak Zalim, Yang Tidak Kedekut. Maka kalau cintaku dibangunkan atas keimanan, keyakinan dankepercayaan kepada-Nya, kenapa aku hendak bersedih-sedih dengan keputusan-Nya? Bukankah Diayang mengaturkan segala?

Jika tidak, mungkin aku kini salah satu dari yang membunuh diri dengan melompat bangunan di negara jepun ini. Negara Terjun Diri, bukan Negara Terbit Matahari – kata Mando.

Di sinilah aku nampak, kenapa cinta itu bukan dasarnya suka. Bukanlah juga cinta itu asasnyamengambil berat. Tidak juga cinta itu asasnya kasih sayang. Cinta, asasnya iman. Kerana cinta, adalahfitrah kehidupan manusia, dan kehidupan manusia adalah ibadah kepada Allah SWT.

Dan di titik inilah aku sedar, bahawa ekspedisi cintaku, bukan perjalanan mencari seorang wanita.

Tetapi ekspedisi cintaku, adalah mencari Rabb Yang Menguasai Dunia dan Mencipta Segala.

Dan itu adalah ekspedisi yang tidak akan berakhir, melainkan di akhirat sana.

Berkenaan aku dan Awani, aku serahkan pada Yang Membolak-balikkan Hati Manusia itu. Ini bukanfantasi yang sering happy ending. Bukan juga novel yang ada penamat. Ini hidup, yang masih bejalandan belum tamat.

Sekurang-kurangnya, aku berusaha mencari isteri yang aku rasa mampu bersamaku menggapai redha-Nya, dan bersama aku membina keluarga yang mentaati-Nya.

Natijahnya?

Semuanya di tangan Dia.

Page 22: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 22/37

Pencipta kepada cinta.

Destinasi ekspedisi cintaku yang sebenarnya.

 ____________________________________________________________ 

Written with all my heart,

Hilal Asyraf,

Dedicated to me, myself and i

2.42 pagi, 6 Disember 2009.

Bilik,

Lapar, tak boleh tidur, sejuk

Lagu Mando – If You

Cerpen – Ekspedisi Cintaku

Posted in: Cerpen, Cetusan, Istimewa, Karya.Navigasi Artikel: Cetusan (118) Diari (130) islam (23) Istimewa (66) Karya (64)

* Cerpen (14)* Puisi (26)

Motivasi (88) pengalaman (44) Pengumuman (38) semasa (13) Sirah (7) Tazkirah (236) Remaja Mulia (7)Sinergi (16) Terasing (6)← Pengumuman: No Post ~ gomenasai…Pengumuman: Pemergian 10 hari →

Print This Post Print This Post50 Comments

1.Nur hati ini says:December 6, 2009 at 10:55 am

salam..harap sgt2 diri ini mnjadi spt ‘awani’..ingin terus mncari Pencipta kpd cinta..harap diri ini dapat menggapai redha Ilahi..

ya Tuhan, kuatkan hati ini..

izinkan aku tenang dalam ujian-Mu..aminn..2.

Amirah says:December 6, 2009 at 11:34 am

Hati seakan terkesan dengan cerpen ini..Adakah ini kisah Hilal Asyraf? :roll:

Akhi..

Page 23: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 23/37

Sakit kan bile ditolak? Disaat kita sudah mula mengharap..Hanya Allah saja yang tahu akan perasaan ini..(Macam cakap berdasarkan pengalaman).. :grin:

Tapi,Takdir ketentuan & perincian Allah itu lebih hebat..Sebab bila segalanya disandarkan keranaNya..Ikhlas & redha itu lebih cepat kita terima & pelajari..Saya kongsikan kata-kata dari seorang sahabat..

” Allah menguji keikhlasan hati bila kita bersendirian ;Allah memberi kedewasaan bila kita di timpa masalah ;Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan ;& Sesungguhnya Allah x pernah mengambil sesiapa yang kita sayang melainkan dengan

menggantikannya dengan yang lebih baek !..Moga moga..Insya Allah..

Rabb Yusahhil…Moga Allah permudahkan..3.

hamba Allah says:December 6, 2009 at 11:35 am

cerpen yg sgt2 memberi kesan dlam diri…hidup ini adalah untuk mencari redha MU ya RABBI…bantulah hambuMu lah lemah n sering lalai ini… :cry:

4.Iman Aisyah says:December 6, 2009 at 11:51 am

salam.good cerpen!:)nicely written..from the heart.

5.jadikan aku serikandi says:

December 6, 2009 at 12:08 pm

salam saudara hilal,subhanallah,belum pernah rasanya ana membaca cerita cinta seperti ini,sungguh menusuk kalbu,dan sangat menyedarkan..

terima kasih saudara,atas nukilan y sungguh indah ini,doa ana semoga saudara memiliki “awani” saudara,

salam,

serikandi6.SolaHusna says:December 6, 2009 at 3:34 pm

cerpen yg membangkitkan motivasi diri..ekspedisi cinta ini membantu kita menguatkan keyakinan kita dengan terhadap Allah!moga berjaya..

7.kaZe says:

Page 24: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 24/37

December 6, 2009 at 5:46 pm

sahabat..nice!!semoGa bertemu pemilik cnitamu setelah allah dan rasul :smile:

8.-Nur- says:December 6, 2009 at 6:59 pm

Salam..ni,kirenye,bkenaan dengan hidup si penulis la ye??

b.t.w,cerpen ni soo nice..9.

laksamana laksamana says:December 6, 2009 at 10:44 pm

Assalamu’alaikum,

- kepada hati ini

Kamu tak akan dapat menjadi Awani kerana Awani adalah Awani.Kamu haya akan dapat menjadi diri kamu.Maka jadilah diri kamu yang diredhai Allah SWT.Bukan jadi diri kamu yang dimurkai Allah SWT.Kita hanya ada diri kita sebenarnya. Maka usahakan diri kita sehabisnya. Kerana, kekuasaan pada

diri sendiri, sebenarnya lebih dari kekuasaan pada diri orang lain.Sebab itu, dalam memperbaiki orang lain sekali pun, kita kena mulakan dengan memperbaiki diri

sendiri…

- kepada hamba Allah

Semoga Allah berikan manfaat kepada sesiapa yang membaca cerpen ini…

- kepada Iman Aisyah

Alhamdulillah. moga Allah kira usahanya…

- kepada jadikan aku serikandi

Amiiin…

Semoga manfaat yang kamu dapat, memberikan manfaat juga kepada saya.

- kepada SolaHusna

Alhamdulillah. Maka sampailah mesej cerpen ini kepada pembacanya…

- kepada kaZe

Sudah kutemu.Terima kasih.

- kepada -Nur-

Em… tidak tahu. Cerita ini rekaan sahaja sebenarna. Banyak rekaan. Dan ia bukan berkenaan hidupsaya. Ia berkenaan hidup kita semua…

Page 25: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 25/37

~seorang hamba…

Hilal Asyraf 10.

fatini says:December 7, 2009 at 12:00 am

salam..semoga terus mencari redha Allah!

tentang zulaikha dlm cerpen ni & awanimungkin kerna sebagai peringatanas u said…PERINGATAN =)

11.syedism says:December 7, 2009 at 12:39 am

subhanallah..memberi kesedaran kpd diri yg jahil ini..

syukran coz tru diz dapat kita sama2 muhasabah nilai cinta yg sbnrnye,insyaallah…:neutral:

12.hakima says:December 7, 2009 at 2:46 am

:razz:inginku jaga diri sebaek mungkin supaya dapat menggapai gelaran puteri bonda dan ayahandayg solehah disamping hamba Allah yg taat dan cemerlang…. awani, pencetus motivasiku…subhanallah13.

faiq zaini says:December 7, 2009 at 2:46 am

Salam bg hilal..

pnah melalui seperti win n zulaikha.satu pengalaman tp menyesal.. :sad:tp msih blom btemu awani.

mungkin ekspedisi sy masih awal lg untuk smpai ke pnamat.shukran for sharing.. :wink:

14.hakima says:December 7, 2009 at 2:55 am

:razz: salam dakwah… ekspedisi cinta yang jarang dilakukan oleh remaja kita dewasa ini… moga kitaantara golongan bertuah yg mengembara dalam cinta yg hakiki, x brtopengkn syaitan dan nafsu smata2

15.Jailani says:December 8, 2009 at 11:31 am

menusuk terus ke kalbu.nak kata kisah sebenar penulis, penulis tak nak cerita. tapi kenapa rasa ini macam real life story? aku

dapat bayang2 dalam kepala benda ni.yang penting, pierce through my heart.mantap la Hilal.teruskan memberi.

Page 26: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 26/37

buat lagi cerpen yang menghidupkan hati macam ini.panjang-panjang pun tak apa.aku sanggup baca!

16.amamr says:December 8, 2009 at 1:18 pm

:mrgreen:

dari hati jatuh ke hati..

mcm pngalaman je bro..apapun true story ja y btl2 dapat lebamkan hati sanubari ni..

jazakallah..17.

mumtazah says:December 8, 2009 at 4:42 pm

Cerita yang memberi makna!

18.dina says:December 9, 2009 at 1:16 am

mabruk ‘alaik hilal…

cerpen yg baik..teruskan usaha untuk mendidik jiwa manusia..sahabat semua doakan mg hilal sentiasa dianugerahkan allah idea2 yg bernas untk disebarkan buat

tatapan bersama..

barokallah..wassalam.. :wink:19.

umairzulkefli says:

December 9, 2009 at 4:25 pm

Assalamu’alaikum akhi hilal…

Tak tahu nak kata apa…Terasa diri ini kerdil…

Actually, i’m a bit inspired by you in writing..

This story make me reconstruct my purpose of writing.Writing because of AllahWriting from heart

Not for othersNot for someoneNot for anything before Allah..

Banyak lagi yang ana kena pelajariTerasa hidup ini tidak ikhlasMencari pelengkap hidup daripada duniaSedangkan Dialah pelengkap hidup yang hakiki

Tidak layak usaha dan kepuasan hati ini ditumpahkan kepada dunia

Page 27: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 27/37

Biar apapun alasannya

Jazakallah Khair…

Suatu pencerahan…20.

hakima says:December 9, 2009 at 4:38 pm

semoga dapat membina baitul muslim yang benar2 di atas landasan syariat.. doakan ana juga…21.

abid_sakina says:December 9, 2009 at 6:14 pm

salam..

sangat menusuk kalbu..:(ekspidisi mencari cintaNya..

ikhlas..ibarat semut hitam yg bjalan di atas batu hitam di mlm yg gelap gelita..

Allah slalu nak menguji kita tentang ikhlas..krn hanya Dia yg tahu..betapa mulut ini sering bicara tentang redhaNya, tp hanya Dia yg tahu bahawa kata2 itu sbenarnya

hanya dusta~

astaghfirullah..btw,jazakallah atas cerpen yg membekas..byk pengajaran yg blh diambil. moga redhaAllah sntiasa mengiringi..22.

Akmal Hakim says:December 9, 2009 at 9:03 pm

Salam saudara Hilal ;)

Lama saya kunjungi blog akhi.. Akhirnya tertarik juga untuk memuatkan kata-kata di sini. Tahniah

kerana menulis sebegini.

Masakan menulisnya kalau bukan kerana pengalaman, tak gitu?

Hehe..

Bukan senang juga nak menjadi penulis dalam usia muda ni kan. Ketika saya hadir dalam kursuspenulisan juga, saudara ada disebut-sebut oleh pihak Telaga Biru.

Baru-baru ini pula saya ada ditawarkan Galeri Ilmu untuk menulis, tetapi saya masih belum buatkeputusan, dan belum lagi berbincang. Menarik ya~

Semoga kita boleh sama-sama berkongsi

23.farahzulaikha says:December 9, 2009 at 9:35 pm

Salam ziarah. cerpen yang indah.

Apabila diuji, kena sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Semoga sentiasa dalam naungan kasih dan cintaNya24.

Page 28: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 28/37

peacemakerislam says:December 9, 2009 at 10:47 pm

ya allah….alhamdullillah kerna beri rezeki ini….satu pengajaran kita bersama…kpd saudara hilal…insyaallah teruskan usaha menulis cerpen sebegini…..benar mengetuk pintu hati kita…..p/s bleh jadi nur kasih 225.

'adny says:December 10, 2009 at 12:28 am

mmm..best best best..bce ni smpei 2 hari..he3tp worth it..teruskan perjuangan..wassalam~

26.kegembiraankami says:December 10, 2009 at 3:49 am

SetiAp kejadiAn ade hikamahnye yang tersendiri..

Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan dengan kemampuannya..

Allah tidak akan mengubah sesebuah kaum itu melainkan ye mengubah nasibnya sendri..

p/s..redha lah dgn ape yg dikurniakan…

dan bertindaklah dgn segera..tika Allah berikan hidayah kepada kite…

HIdupku matiku hanya kerana Allah..27.

mariam says:December 10, 2009 at 10:13 am

salam. betul cerpen ini bgus. byk mendidik jiwa. pd pndpt sy, knp awani menolak cinta win, adasebabny. sumenya krn Allah. apa yg kita lakukn, akan blik pd kita blik. sy nk tgur cra win yg kecewaknzulaikha. mmg seperti pengkhianat, mainkn psaan org lain. ptutnya dr awl, trus trang kata xnk. walaupun1 pkataan, dh ckup wat psaan org tu jd lain sgt. sy percaya sebahgian bsar drnya adlh pengalaman entasendiri. slebihnya, dr skeliling enta. sayangilah org yg syg kita. hrgai org yg syg kita. xsemestinya kitaakan bersama & bersatu dgn org yg kita syg. jgn terlalu mengharapkn sesuatu yg sempurna. jgn banggadgn apa yg kita ada. tp hargailah sedikit pengorbanan org lain. hdup x seindah yg dsangka. semogamemahami dgn sdikit kate2 ini wlaupun ianya x seindah bahasa seperti enta. smoga kita sme2 menjagahti org lain, jga hubungan dgn Allah, juga jaga hubungan dengan manusia. wslm28.

cida says:December 10, 2009 at 11:56 am

salamnice cerpencerpen ni membuatkan kita tahu tujuan sebenar kita hanya mencari redha Allah… Allah Ghayatuna…setiap perkara dilakukan utk mencapai redhaNya…jzk

29.pemuda-tarbiyah says:December 10, 2009 at 1:33 pm

Page 29: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 29/37

Salam,

pada pendapat saya, ini satu cerpen yang hebat. Menusuk hati. Juga kelihatan seperti realiti bukanfantasi. Seakan-akan saya sedang melihat sendiri dengan mata kepala saya.

Munculnya saya di ruang komen ni, hendak memberikan penghargaan yang selayaknya kepadaCerpen hebat seperti Ekspedisi Cintaku ini. Saya tak rasa cerpen ini hanya layak menerima: Tahniah,cerpen ini hebat. Oh, bagus cerpen ni. Semoga boleh buat lebih banyak lagi.. bla, bla, bla, clap, clap,clap.

Saya di sini muncul untuk memberikan komentar saya yang juga daripada hati. Maaf kalauterpanjang.

saya tertarik dengan pendapat mariam(maaf ya kalau dah jadi macam forum pula). Mariammengatakan Win adalah pengkhianat. Biar saya jadikan itu sebagai titik mula saya. Harap Mariam tidakkisah ya.

Tapi dari satu segi saya rasa, ramai yang membaca tidak akan rasa demikian. hal ini kerana, dibahagian itu jelas terdapat kecelaruan Win. Win bukan menipu apabila dia menyatakan sayang, cumaketika itu dia keliru apa patut dia lakukan. Akhirnya dengan ilmunya yang cetek ketika itu, dia berkata -

“Cinta boleh datang kemudian”. hatinya suci masa itu.

Namun kefahaman Islamnya yang meningkat melalui tarbiyah yang dia lalui, membuatkan diaakhirnya faham bahawa dia tidak mampu bercinta dalam hubungan yang demikian. Dia juga sedar asascintanya salah. Dia melihat dirinya ke arah kehancuran.

Pada saya tindakan Win adalah tindakan yang berani. Bukan semua orang boleh begitu. Ada orang,dia redha sahaja dan menutup mata, meneruskan juga couple islamik yang mereka rasa boleh.

Kita pun kena faham keadaan Win masa dia buat keputusan itu - Tidak banyak ilmu, belum lagimantap. Seterusnya dia selalu bekerjasama dengan Zulaikha, pastinya tetap ada perasaan, bukan takada rasa langsung. ini perkara biasa yang berlaku dalam medan dakwah hari ini(satu aspek yang sayarasa kita kena usaha ubah). Akhirnya bayangkan ya, bila mak Zulaikha sendiri tanya, di rumah mereka,

zulaikha pula ada di situ, ayah zulaikha pula kawan baik ayah Win, dengan ilmu dan kesedaran Win yangcetek ketika itu, agak-agak mudahkah dia mengatakan “Tidak”?

Hilal pada saya membawa satu perkara baru, mendidik sesuatu yang tidak pernah disebut sebelumini. Perbezaan Win ketika bersama Zulaikha, dan Win ketika bersama Israa’ menunjukkan peningkatankematangannya. Cara Win mencintai Awani juga adalah sesuatu yang pada saya patut kita amalkan.Nampak sangat Win berhati-hati membina cintanya dengan Awani. Hilal juga menyelitkan bagaimanaefeknya membina cinta kerana Allah. Yakni tidak akan berpanjangan kecewa, kerana sedar akankebenaran cinta itu.

Dari satu segi, kenapa saya nampak kisah ini macam realiti adalah - watak utamanya tidak sempurna.Dia manusia macam kita. Ada buat silap, dan usaha memperbaiki kesilapannya. Ini yang amat menarik.Bukan cerita enta enti kosong yang sekadar menggunakan istilah-istilah Islamik.

Saya tidak tahu ini pengalaman Hilal sendiri(saya rasa tidak), atau rekaan sahaja, tetapi saya sebagaipemerhati, memberikan 10 bintang.

(saya dah macam pengadil pertandingan cerpen, atau editor syarikat pula)

Mungkin dari segi bahasa, Hilal kurang menyerlah(ini kena pertingkatkan ya Hilal, penting juga).Tetapi sepanjang mengikuti penyampaian dan karya-karyanya sebelum ini, Ekspedisi Cintaku berjayamenunjukkan peningkatan dan kehebatan Hilal Asyraf yang tertinggi setakat ini.

Page 30: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 30/37

Saya berikan sokongan penuh kepada anda. Moga pertapaan anda berjalan dengan baik. Saya haraporang seperti anda, terus bergerak mencapai langit. Kita sama-sama semai dan didik diri serta ummah inimenuju redha-Nya.

Tahniah.

-yang ingin menyarbiyah dunia

Pemuda-Tarbiyah30.

hambamencari says:December 10, 2009 at 10:50 pm

Salam.

Terima kasih kerana terus-menerus diberi ilham oleh Allah utk terus memberi pengajaran danberbagai jenis kebaikan kpd pembaca2…

Cerpen ini lengkap. Ana rasa ia lengkap..

Mendoakan agar penghujung atau penamatnya tetap ada happy ending, yakni di akhirat sana..

insyaAllah..31.

akuhambaAllah.. says:December 11, 2009 at 9:21 pm

salam..Akh,cerite akh kasi impak yang baik pade diri ini..syukran!keep up ur work.Tarbiyah Allah itu sangat indah walaupun ianye perit..Allah kasi kan ujian/dugaan itu,sebab Allah

sayang..so,mudah2an kite dapat relate dalam memperbaiki(tambah@kurang) iman.. :smile:32.

Nikuve says:December 12, 2009 at 12:31 am

Alhamdulillah, sebuah cerpen yang amat menyentuh jiwa saya. Kerana perasaan ini pernah sayaalami suatu ketika dahulu tapi tidak sematang saudara.

Namun saya dapat rasakan cerpen ini merupakan sejarah hidup saudara yang sebenar (mungkin)nama watak dalam cerpen ini sahaja yang diubah.

Namun terima kasih kerana berkongsi cerpen yang menarik ini. Saya sendiri masuk dialam cerpensemasa membaca tadi. Ini menunjukkan cerpen ini berkesan pada pembacanya.

Alhamdulillah..33.

sweet_purple says:December 12, 2009 at 2:54 am

Assalamualaikum wbt.

Terkesan dihati…seperti membaca kisah sendiri .. sedih dan menyayat hati.. Alhamdulillah.. atasnikmat yang dikurniakan Allah buat sdr Hilal … doakan kisah akak tidak seperti penghujung cerpen ini ..mudah2an Allah membantu akak mencari redhaNya .. dengan bantuan dr seorang insan soleh ygbernama ’suami’ … doakan akak ye dik :-(34.

insan kerdil says:December 12, 2009 at 10:17 pm

Page 31: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 31/37

cerpen yang benar2 memberi kesan…xtau nak tulis ap g.. dharapkn dpt mnghasil2kn cerpen2 lain g utk masa akn dtg.. jadi renungan kita

bersama… Amiin…35.

wani says:December 13, 2009 at 11:14 pm

mengambil mase yg agak lame nk hbskan cerpen ni..hehehe…tp, cter ni best… tulis berdasarkanpengalaman barangkali,ea… :smile:36.

Syairah says:December 14, 2009 at 12:28 am

salam… =)cerpen ni sesuai kalau bg bdk2 Maahad Johor n adik2 SMA Al-Quran Waddin,JB baca..m0ga2 ade

pengajaran n jd ped0man! insya-Allah.. amiin!! :lol:37.

sLave_of_Almighty says:December 14, 2009 at 12:30 am

Alhamdulillahx3..komen2 spt ‘hebat’, ‘bes gila’ atau ‘teramat mnyentuh qalbu’ tdk akan pernah dapat dibandingkan dgn

balasan yg akan diganjarkan Allah kelak dan redha-Nya bg hamba2-Nya yang ikhlas..

saya doakan semoga dirimu tetap istiqamah dlm ekspedisi cinta yg suci lagi hakiki.. =)38.

hanya hamba says:December 14, 2009 at 1:21 am

salam..tak sangka,ada gak lelaki yg ber ‘P.O.V’ mcm Win..

sebabnya,sy ad kwn, yg ala2 Awani..biasa j orgnya,tak shebat pwatakan Zulaikha..tapi,dia (kawan

sy)mcm tak suka @ menjauhkan diri dari lelaki…

Ada laki yg cuba2 yegur dia dgn tanya @ cakap perkara yg agak tak mgarut n dikira penting..Cthnya,” mcm mane nak stadi subjek Add Math ni??”..

tapi,kawan sy ni,jawab sepatah je..

lama2,kawan2 laki ni,lansung tak tegur dia..kwn sy(prmpuan ni) britahu sy,dia gembira,dan bahagiadengan caranya..walau,mgkin kawan2 laki ni,tak tegur dia kerana benci @ sebagainya..

sebabnya,dia kata,itu caranya dia jaga dirinya,dan itu caranya dia sayangkan kawan2 laki ni..

-sy pun nak cuba jadik macam kawan sy ni,,slow2-insyaallah :smile:

39.laksamana laksamana says:December 14, 2009 at 4:13 pm

Assalamu’alaikum,

Wuaaa… panas cerpen ni. Sampai 30 orang lebih komen.

- kepada fatini

Page 32: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 32/37

Sememangnya untuk peringatan, bagi sesiapa yang optimis. Hanya celaan, bagi sesiapa yangmemandangnya dengan pesimis.

- kepada syedism

Alhamdulillah. Cinta itu bukan sekadar enta enti, kerana Allah kerana Allah. ia perlu diterjemahkandalam realiti, dalam perbuatan, dalam amal.

- kepada faiq zaini

Sebelum mati, takkan ada penamat.Terus berusaha Faiq. Bukan mencari Awani, tetapi mencari Pencipta Kepada Awani.

- kepada Jailani

Alhamdulillah. Semoga Allah redha dengan semua usaha kita. Moga cerpen ini ada maknanya dalamkehidupan manusia…

- kepada amamr 

Alhamdulillah. Pengalaman… hem… memang ada pengalaman. Tetapi bukan semua di atas inipengalaman. Mati la kalau nak cerita semua benda betul. nama pun cerita. Kena la ada tambah kurangsikit.

- kepada mumtazah

Alhamdulillah, moga bermakna juga dalam amal.

- kepada dina

Alhamdulillah. Terima kasih kerana mempromosi orang lain untuk mendoakan saya. Saya rasaterharu.

Moga Allah makbulkan doa-doa kamu.

- kepada umairzulkefli

Alhamdulillah. Daripada hati terus ke hati insyaAllah. Allah jugalah yang menyampaikan. Kita manusiahanya berusaha.

Semoga Allah beri kamu kekuatan.

- kepada hakima

Amiiin…Bukan baitul muslim matlamat kita.

Redha Allah itu yang kita kejar sebenarnya.Binalah baitul muslim atas mengejar keredhaan Allah.Bukan mengejar keredhaan Allah kerana baitul muslim.

- kepada abid_sakina

Alhamdulillah. Senang dengan komentar kamu. Moga Allah kurniakan keikhlasan dalam semua amalkita.

- kepada Akmal Hakim

Page 33: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 33/37

Em… masakan menulis kalau bukan kerana pengalaman?

Silap tu. Saya tidak pernah menulis kerana pengalaman saya. Saya menulis untuk membina diri sayadan ummah. Kalau hanya kerana pengalaman, rosaklah saya.

Apalah yang ada pada pengalaman seorang Hilal Asyraf? Manusia tidak akan ke mana-mana.

Menulis untuk Allah SWT, untuk sebarkan agama-Nya. InsyaAllah, itu adalah matlamat yang akanmembawa kita kepada jaya.

Tahniahlah kalau ditawarkan GISB. GISB syarikat yang baik. Semoga Allah redha…

- kepada farahzulaikha

Alhamdulillah. Allah jugalah destinasi kita nanti.

- kepada peacemakerislam

Alhamdulillah. Nur kasih 2? Saya tidak berminat. hu3…

- kepada ‘adny

Alhamdulillah. moga dua hari itu Allah kira wahai ‘Adny…

- kepada kegembiraankami

Terima kasih ats peringatan.

- kepada mariam

Mungkin kamu boleh kata Win pengkhianat kalau Win mengkhianati Zulaikha selepas dia mencapaikefahaman dia seperti di akhir cerita. Tetapi saya rasa tidak adil untuk kamu mengatakan dia pengkhianat

dalam keadaan dia sendiri cetek kefahaman dan ada konsep yang dia silap dalam memahaminya.

Setiap manusia ada hak mengubah kehidupannya. Kalau Win meneruskan kehidupannya denganZulaikha pun, akhirnya kehidupan mereka akan rosak maka apa gunanya? Di sini Win secara tidaklangsung menyelamatkan Zulaikha sama. Di sini juga pengajaran untuk pihak Zulaikha.

Kena perhatikan dengan adil.

Berkenaan pesanan kamu kepada saya, alhamdulillah, saya terimanya dengan baik. Saya sangatsayang semua orang yang menyayangi saya.

Semoga Allah redha semuanya…

- kepada cida

Alhamdulillah. Harap dapat terjemahkannya dalam kehidupan.

- kepada pemuda-tarbiyah

Ho ho… macam editor syarikat ya?

Terima kasih pemuda-tarbiyah. Perkongsian kamu sangat baik. Hampir sama dengan apa yangsebenarnya hendak saya sampaikan dalam cerpen ini.

Page 34: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 34/37

Semoga Allah redha dengan kamu.

Saya akan pertingkatkan lagi bahasa saya.

Terus menembak doa…

- kepada hambamencari

Maka yang patut kita ucapkan terima kasih adalah kepada Allah SWT yang memberikan ilham ini.

Allah jugalah yang membolak balikkan hati manusia…

- kepada akuhambaAllah..

Tarbiyah sentiasa indah. Di dalamnya ada kepahitan, tetapi di hujungnya sentiasa kemanisan.

Mari kita tabahkan diri kita melaluinya…

- kepada Nikuve

Cerita saya sebenar? Nama watak sahaja diubah? Jawapannya tidak. Betul ada sikit-sikitpengalaman hidup saya. Tetapi tidaklah sampai cerita ini adalah saya.

Idea boleh datang dari pengalaman. Tetapi cerita itu sendiri tidak semestinya merupakan diri penulissepenuhnya.

Bagi penulis yang selalu menggunakan pengalaman sebagai idea seperti saya, memang orang akaningat apa yang saya tulis semuanya fasal saya. VT juga begitu, Relasi juga begitu, sampaikan Terasing,yang wataknya dah berkahwin pun orang kata daripada pengalaman saya.

Kita berkongsi sahaja. Ini satu idea, untuk mengislah diri dan manusia…

- kepada sweet_purple

Apa yang akak tidak mahu dengan penghujung cerpen ini?Kalau saya, saya suka penghujung cerpen ini.

Kesedaran sebenar bahawa destinasi cinta adalah Allah SWT.

Ending itu yang saya hendak adakan dalam semua manusia.

Semoga Allah benarkan akak merasai ending itu.

Tetapi hubungan akak dengan orang akak suka, moga berkekalan hingga ke syurga.

- kepada insan kerdil

Alhamdulillah. Terus menembak doa. Saya insan kerdil juga.

- kepada wani

Pengalaman hanya idea. Tetapi cerita ini bukan pengalaman saya yang sebenarnya…

- kepada Syairah

Page 35: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 35/37

Kalau rasa bagus, sebar-sebarkan. Moga ada manfaatnya…Bagus untuk semua insyaAllah…

- kepada sLave_of_Almighty

Alhamdulillah. Saya paling suka orang ingatkan saya fasal ikhlas. Terima kasih. Semoga Allahkurniakan keikhlasan dalam diri saya.

Dalam diri kita semua.

- kepada hanya hamba

P.O.V. itu apa?

Ada aja perempuan macam Awani ni dalam dunia. Saya sendiri pernah menyaksikannya.

Memang perempuan sebegini mahal. Walaupun tidak terkenal seperti Zulaikha.

Semoga Allah redha dengan perempuan-perempuan sebegini.

Semoga kamu berjaya menjadi salah satu daripadanya…

~seorang hamba…

Hilal Asyraf 40.

fatini says:December 14, 2009 at 8:59 pm

salam,sesuatu yg elok utk dikongsi*memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan cinta kita dengan orang yg salah supaya kita dapat

menjadi penilai yg baik.* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa

kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH S.W.T* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang g salah supaya kita dapat KASIH

SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa

ALLAH S.W.T MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihanyg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapatmengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIAYG HEBAT JIWANYA .

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih fahambahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH S.W.T sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH

MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL .~~~sy suka baca cerpen ni,byk kali bc pn xjemu~~~semoga penulis & pbaca blog ini dilindungi & dirahmati Allah selalu,wassalam

41.puding caramel says:December 15, 2009 at 5:20 pm

assalamualaikum

rasanya ini komen kedua saya di sini.

Page 36: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 36/37

yang pertama satu karya tentang ibu yang ternyata mampu membuatkan air mata menitis.kali ini cerpen yang saya ambil masa 20 minit nak habiskan tapi memberi makna.terima kasihbukan sekadar cerpen. tetapi ada isinya yang boleh dijadikan pedoman.jujur, bukan mudah menjadi seperti awani, zulaikha ataupun israa’ yang lahir sudah terdidik suci.apa pun, matlamat untuk menggapai redha Allah itu lah yang paling utama. bukan sekadar mencari

permata dunia.akhir kata, salam ziarah.

42.aisha humaira says:December 16, 2009 at 6:22 pm

Salam,tersentuh hati ana membaca nukilan saudara.Pada ana cerpen ini dipersembahkan kpd pembaca

tanpa cacat celanya.Ekspedisi cinta yg berteraskan cinta pd Allah.Alhamdulillah.. Mudah-mudahansaudara dikurniakan ilham dan kurniaan yg baik dr Allah..

Realitinya,ramai pemuda-pemudi tika ini yg terpesong krn ekspedisi cinta yg terpesong dr jalan ygbenar.Nauzubillah..

wslam..43.

aku milikNya says:December 17, 2009 at 12:35 am

x tahu nak cakap ape.. rase macam hilang kate2… he..he.. pada pandangan saya inilah cerpen yangpaling hebat tentang cinta yang pernah saya baca….

………………………………………………….sekadar ingatan…yakinlah dengan janji Allah… jodoh pertemuan, ajal maut semuanya dalam pengetahuanNya…

berimanlah dengan qada’ dan qadar…

marilah same2 kita tarbiahkan diri kita….44.

:) says:December 19, 2009 at 3:23 pm

terima kasih atas peringatan saudara penulis untuk kami. cerpen terbaik pernah saya baca.45.

humaira says:December 23, 2009 at 10:45 am

assalamualaikum…ana rasa hati ana tersentuh masa baca cerita ni sebab,cerita cinta yang ana laluilebih kurang sama dgn cerita ni.tapi,lelaki dalam hati ana turut mencintai ana.ana dapat tahu dari shbatana.shbat ana tahu dari abang dia yang merangkap shbat kpada llaki tu.sehingga sekarang cerita anamasih tak menemui jawapan.tak menemui penghujung.hanya ALLAH yang tahu segala gejolak perasaanyang berperang dalam hati.bukan seminggu sekali.tapi,setiap saat.berperang antara iman dan nafsu.ana

berusaha agar cinta yang terbenih dalam hati ana tak tercampur dgn nafsu.ana selalu rasa nakmngis.rasa malu mngangis d hdpan ALLAH yg sntiasa melihat dri ni yg lemah krana cinta manusia.apapun,ana yakin,semua tu ujian dariNYA untk mnjdikan kita smkin dekat dngNYA.semakin kerap merayu dihadapanNYA.semakin mudah mengadu hanya padaNYA.dan kerana cerita cinta tu,cinta ana padaALLAH semakin kuat.46.

hamba allah~ says:December 26, 2009 at 6:32 am

macam mana kalau kita dah yakin n dah pn mengikat tali pertunangan?

Page 37: pengisian hati ;)

8/9/2019 pengisian hati ;)

http://slidepdf.com/reader/full/pengisian-hati- 37/37

wpun cinta kami tidak 100% terbina dgn dasar yang di mention atas td…tp usaha ke arah itu ada…

cinta jarak jauh, jrg sms, chatting bila perlu, dating depan ibu bapa…dan berkenalan juga mlalui ibubapa…

perlu muhasabah lagi di mana ya?mgkin lagi setahun tempoh masa terbinanya baitul musleem kami…

syukran~!47.

iq says:December 26, 2009 at 9:30 am

haha.. psycology manusia mengatakan bahawa apa yg ditulis adalah apa yg ada pada hati penulis…(kebarangkalian yg besar). bermakna siapa yg bace novel hilal beerti dia ingin mengenali hilal…(gurau

 je). cerita ini akan memberi makna pada ana…. trimas…48.

findinglight says:

December 29, 2009 at 3:24 pm

tahniahlah buat ko, hilal si hamba ALLAH…ak bukan pernah baca dan hayati sangat mana-mana cerpen, dll karya, tapi ak tak tau apa pasal ak

bleh terbaca cite ko ni.dan ak rasa cite ko ni yang pertama dapat buat ak bertahan membaca, siap bleh tergerak nak komen

lagi tu..Dahsyat gak karya ko ni, watak awani tu, bagai langit dengan bumi ngan ak.entah bilalah ak bleh jadi macam dia..(ko dan yg lain yang bc komen ni, doa-doakanlah ak)apepun, ak harap ko teruskanlah apa yang ko buat ni, dalam kata lain yang ak slalu dengar,

istiqamah. btol tak?(sori kalau salah, ak tak biasa guna pun)49.

jiwa hamba says:

February 17, 2010 at 8:25 am

salam..buat akh Hilal,ana selalu cemburu dengan anta.50.

anainsan says:February 17, 2010 at 4:44 pm

assalamu’alaikum adik hilal. wlupn beza umur kita 3 thun sj, sy lbh snang mbahasakn dr sy‘akak’.bleh kn?memg akak sllu cmburu dgn hilal. umur bukan mncerminkan ilmu di dada. sgt cmburu. diusia yg muda hilal mampu mnterjemahkan pmikiran dlm bntuk bhasa yg indah.dn kisah ini hmpir dgnkisah diri ini.pernah tsilap mnelusuri lmbah ‘cinta’ yg kononnya islamik.tp mujur cinta Allah lbih agung,ditunjukkinya jalan kluar ke jln yg lurus.mncintai llki soleh untuk mnjdi solehah, itu bukn mtlamat ygsbnrnya.. memg si dia seorang yg soleh (bbanding akak yg xpernah mngikuti mana2 usrah), tp akak sdar 

ekspidisi cinta ini telah tersasar.bila akak cuba jlaskn pd si dia, dia sbtulnya tdk dpt menerima..dan skrgdia mbenci akak kerana disangkanya akak cuma mahu mpermainkan perasaannya. kdg2 rs buntu sgt(org yg kita syg mmbenci kita, tntu rs sedih sgt).skrg akak hnya mmohon agar Allah mbuka hatinya.akakmohon Allah mmberi kkuatan untuk akak mneruskan hidup meneruskan ekspidisi mnuju keredhaanILAHI…