penghargaan

Upload: azfar-afandi-n

Post on 10-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..Alhamdullilah,bersyukur ke atas hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, maka dapatlah juga saya menyiapkan tugasan Unit Beruniform Pengakap ini, iaitu pembentangan berkenaan Penggunaan dan Penjagaan Pisau Kecil dengan jayanya.Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang telah mengajar, membimbing saya dan memberi banyak pengetahuan dalam selok belok Pengakap, iaitu En.Zulkifli Bin Ariffin. Tanpanya, saya tidak akan memperoleh ilmu yang sebegini rupa.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Mereka telahmemberikan saya segala kemudahan seperti menyumbang idea dan pendapat yang bernas untuk menjadikan objektif tugasan ini tercapai.Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka juga banyak memberi sokongan moral yang menjadikan saya bersemangat untuk membuat tugasan ini.Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.