penghargaan 4.docx

Upload: jeremy-hill

Post on 06-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

Segala rasa syukur saya panjatkan ke hadrat ilahi kerana di atas keizinannya jualah dapat juga saya menyiapkan tugasan penyelidikan ini yang menuntut masa dan kesungguhan yang bukan sedikit mencabar kemampuan diri apatah lagi terpaksa membahagikan masa dengan tugas hakiki sebagai guru selain halangan dan kekangan lain.Di sini saya ingin merakamkan sebuah penghargaan tulus ikhlas kepada penyelia saya Encik Sukiman bin Harun yang sentiasa memberikan panduan dan sentiasa mengambil tahu perkembangan saya. Meskipun saya tidak dapat selalu berjumpanya tapi saya dapat merasakan pada setiap kali mendapat bimbingan darinya akan sentiasa ada idea dan penyelesaian yang saya harapkan dan menjadikan tugasan ini lebih jelas dan tersusun. Kesabarannya sentiasa saya kagumi dalam membantu saya menyelesaikan penyelidikan ini.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah yang menjadi tempat dilakukan kajian ini dan pensyarah-pensyarah Pendidikan Khas, Encik Azizi bin Abd Rahman, Puan Haslina binti Hashim dan lain-lainnya yang turut sama membantu menjayakan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga kepada keluarga yang memahami diucapkan jutaan terima kasih kepada isteri dan anak-anak, begitu juga rakan sekelas yang banyak membantu. Jasa kalian hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

Iv