penggunaan sistem e-learning di fakulti … · 1.1 pengenalan sistem e-learning (sel) merupakan...
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN SISTEM E-LEARNING DI FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD AZIZOL BIN MOHAMED
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGGUNAAN SISTEM E-LEARNING DI FAKULTI
PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya : MOHD AZIZOL BIN MOHAMED
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia
dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian mereka.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : 9215/1 KG BARU PADANG TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN
NENAS, 21030 KUALA
TERENGGANU, TERANGGANU
Tarikh : Tarikh :
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
(NAMA PENYELIA)
ii
PENGAKUAN
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan: ……………………………….
Nama Penyelia: TN. HJ. HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh: MEI 2011
iii
PENGGUNAAN SISTEM E-LEARNING DI FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MOHD AZIZOL BIN MOHAMED
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : __________________________________
Nama penulis : __________________________________
Tarikh : __________________________________
MOHD AZIZOL BIN MOHAMED
v
DEDIKASI
Syukur ke Hadrat Ilahi kerana hanya dengan limpah
kurnia-Nya sahajalah dapat saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini. Alhamdulillah.
Buat:
Ibu Bapa
Adik-adik
Rakan-rakan
Dan yang paling utama
Tn Hj Hassan Bin Hushin
Terima Kasih
vi
PENGHARGAAN
Ucapan kesyukuran ke Hadrat Ilahi pertama-tamanya saya ucapkan kerana hanya
dengan rahmat dan limpah kurnia serta keizinan-Nya dapat saya menyiapkan projek ini.
Kepada Tn. Hj. Hassan Hushin selaku penyelia laporan projek dan juga penasihat
akademik saya yang tidak jemu memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran kepada saya,
jasa tuan amat saya hargai dan ribuan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan.
Kepada ibu bapa, Rohani Binti Chik dan Mohamed Bin Sulong terima kasih
kerana sentiasa memberi sokongan dan hanya dengan berkat doa bonda dan ayahanda
sahajalah yang mendorong anakanda untuk lebih berusaha demi membanggakan kalian.
Akhir sekali terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
Terima kasih
vii
ABSTRAK
E-Learning merupakan suatu alat untuk membantu dalam proses pembelajaran
yang digunakan sama ada di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Kajian ini
merupakan satu tinjauan untuk mengkaji penggunaan sistem E-Learning di Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Persoalan kajian adalah untuk mengenalpasti
faktor kemudahan dari segi infrastruktur di asrama dan di luar asrama, dan faktor sifat
kendiri pelajar dan juga memberi cadangan penambahbaikan terhadap sistem yang sedia
ada. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah mengunakan kaedah tinjauan berbentuk
deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian
yang digunakan adalah soal selidik yang menpunyai dua bahagian utama iaitu bahagian A
adalah maklumat demografik responden, manakala bahagian B terbahagi kepada tiga
bahagian kecil iaitu B(I) infrastruktur di asrama, B(II) infrastruktur di luar asrama dan
B(III) sifat kendiri pelajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu
set soal selidik yang mengandungi 27 item soalan dan menggunakan skala Likert dan
empat soalan berbentuk subjektif. Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah
0.706. Seramai 109 pelajar terlibat dalam kajian ini dan data yang diperolehi dianalisis
mengunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 17.0). Kajian
mendapati faktor utama yang mempengaruhi penggunaan E-Learning di kalangan pelajar
adalah faktor kemudahan infrastruktur di luar asrama dan sifat kendiri pelajar. Selain itu
faktor lain ialah kemudahan infrastruktur di asrama. Perkhidmatan internet perlu
diperbaiki dan sifat kendiri pelajar perlu diubah agar E-Learning lebih berjaya.
viii
ABSTRACT
E-Learning is a tool to assist in the learning process used either in school or in
institutions of higher learning. This study is a survey to investigate the use of E-Learning
in the Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The purpose of the study was
to identify factors in terms of infrastructure facilities in the hostel and outside the hostel,
and nature of students‟ self factors and also to provide recommendations for improvement
of the existing systems. Design of the study was descriptive using a survey method by
using descriptive statistical comparison of the mean. The instrument used was
questionnaire which has two main parts, part A is the demographic information of the
respondents, while Part B is divided into three sections that is B (I) infrastructure in
hostels, B (II) infrastructure outside the hostel and B (III) nature of students' self. The
instrument used consisted of questionnaire containing 27 items using Likert scale
questions and four questions are subjective. In the pilot study, alpha value obtained is
0.706. A total of 109 students participated in this study and the data were analyzed using
Statistical Package for Social Science (SPSS 17.0). The study finds key factors
influencing the use of e-learning among students are factor of infrastructure facilities
outside the hostels and the nature of students' self. Besides other factors is the
infrastructure in the hostel. Internet services need to be improved and students‟ self nature
need to be change in order for E-Learning to be more successful.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xviii
x
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Perkembangan Kajian Penggunaan E-learning Di Dunia 4
1.1.2 Perkembangan E-Learning Di Malaysia 4
1.2 Latar Belakang Masalah 7
1.2.1 Halangan Personaliti 8
1.2.2 Halangan Institusi 8
1.2.3 Halangan Teknologikal 9
1.2.4 Halangan Situasi 9
1.3 Matlamat Kajian 10
1.4 Pernyataan Masalah 10
1.5 Objektif Kajian 11
1.6 Soalan Kajian 11
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Kepentingan Kajian 12
1.9 Susunatur Bab 13
1.10 Penutup 15
xi
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 16
2.2 Penubuhan E-Learning 16
2.2.1 Tahap Pertama 18
2.2.2 Tahap Kedua 19
2.2.3 Tahap Ketiga 19
2.2.4 Tahap Keempat 19
2.3 Penggunaan SEL 21
2.4 Masalah Penggunaan SEL 23
2.5 Kejayaan Penggunaan SEL 25
2.6 Penutup 28
xii
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Populasi dan Persampelan 30
3.4 Instrumen Kajian 31
3.5 Kajian Rintis 32
3.6 Pengumpulan dan Analisis Data 32
3.7 Kaedah Analisis Data 33
Penutup 33
xiii
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 34
4.2 Analisis Data 34
4.3 Analisis bahagian A: Maklumat Demografik Responden 35
4.3.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 35
4.3.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kursus 36
4.3.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Kekerapan Penggunaan E-Learning Dalam Seminggu 37
4.3.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Tujuan
Menggunakan E-Learning 38
4.3.5 Taburan dan Peratusan responden Berdasarkan kehendak
menggunakan E-Learning 39
4.3.6 Taburan responden berdasarkan laman sesawang utama
yang dibuka apabila mengakses internet 41
4.4 Analisis Bahagian B 42
4.4.1 Analisis Bahagian B(I) : Analisis setiap Item berdasarkan
Faktor Kemudahan Infrastruktur di Asrama 42
4.4.2 Analisis Bahagian B(II) : Analisis setiap Item berdasarkan
Infrastruktur di Luar Asrama (Perpustakaan, Fakulti,
WifiUTM Hotspot dan lain-lain) 46
4.4.3 Analisis Bahagian B(II) : Analisis setiap Item berdasarkan
Sifat Kendiri Pelajar 50
4.5 Analisis keseluruhan 55
4.6 Kesimpulan 58
xiv
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 60
5.3 Faktor kemudahan bagi pengguna untuk menggunakan
SEL 60
5.3.1 Infrastruktur di asrama 60
5.2.2 Infrastruktur di luar asrama 61
5.2.3 Sifat Kendiri 61
5.4 Cadangan penambahbaikan 63
5.5 Rumusan 64
5.6 Cadangan Kajian Lanjut 65
xv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perkembangan penggunaan sistem e-pembelajaran
di UTM 21
3.1 Reability Statistic 32
3.2 Skala Likert yang digunakan untuk pengukuran tahap 33
4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Jantina 35
4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Kursus 36
4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Kekerapan Penggunaan E-Learning Dalam Seminggu 37
4.4 Taburan dan Peratusan responden berdasarkan tujuan
menggunakan E-Learning 38
4.5 Taburan responden berdasarkan tujuan menggunakan
E-Learning bagi pilihan jawapan “Lain-lain” 39
4.6 Taburan dan Peratusan responden berdasarkan kehendak
menggunakan E-Learning 39
4.7 Taburan responden berdasarkan kehendak menggunakan
E-Learning bagi yang memilih jawapan tidak dan
sebab-sebab yang dinyatakan 40
4.8 Taburan responden berdasarkan tiga laman sesawang
utama yang dibuka apabila mengakses internet bagi
pilihan “Lain-lain” 42
xvi
4.9 Analisis setiap item berdasarkan faktor kemudahan
infrastruktur di asrama 42
4.10 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi infrastruktur
di asrama 45
4.11 Analisis setiap item berdasarkan infrastruktur di luar asrama 46
4.12 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi infrastruktur
di luar asrama 49
4.13 Analisis setiap item berdasarkan sifat kendiri pelajar 50
4.14 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi sifat kendiri 54
4.15 Taburan min keseluruhan persoalan kajian 58
xvii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Graf taburan responden berdasarkan tiga laman sesawang
utama yang dibuka apabila mengakses internet 41
4.2 Graf infrastruktur di asrama 55
4.3 Graf infrastruktur di luar asrama 56
4.4 Graf sifat kendiri 57
xviii
SENARAI SINGKATAN
CD-ROM Compact Disc Read Only Memory
E-Learning Electronic Learning
E-Mail Electronic Mail
FP Fakulti Pendidikan
ICT Information and Communication Technology
IT Infomation Technology
LAN Local Area Network
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanahriah
R&D Research and Development
S Setuju
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 70
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem E-Learning (SEL) merupakan sistem yang diaplikasikan untuk
meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah universiti. Sebagai contoh pada masa
sekarang ini dengan menggunakan SEL ini pensyarah boleh berkomunikasi dengan
pelajar dengan mengadakan perbincangan secara dalam talian, boleh memuat naik
(upload) nota kuliah dan membuat pemberitahuan kepada pelajar. Para pelajar juga
boleh memberi maklum balas terhadap pengajaran pensyarah, memuat turun nota
kuliah, berinteraksi sesama mereka dan dengan pensyarah serta pelbagai faedah lain
lagi. SEL ini akan menjadi sebuah sistem yang amat di perlukan oleh setiap
universiti malah di sekolah juga pada masa yang akan datang.
Menurut Stockley (2003), E-Learning boleh didefinisikan sebagai program
pembelajaran, latihan dan pendidikan yang menggunakan kaedah elektronik yang
membabitkan penggunaan alatan elektronik seperti komputer dan telefon mudah alih
ataupun bahan pengajaran elektronik yang lain. Selain itu E-Learning juga boleh
2
melibatkan proses dalam talian (online) yang membabitkan penggunaan internet
selain menggunakan CD-ROM dan DVD.
Definisi E-Learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan
teknologi pada masa kini. Ia juga seringkali disalahtafsirkan dalam iklan-iklan
promosi pendidikan. Bagaimanapun secara umumnya E-Learning adalah sebarang
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN
atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan.
Internet, Intranet, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian
daripada media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Pengajaran boleh
disampaikan secara ‘synchronously’ (pada waktu yang sama) atau ‘assynchronously’
(pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan
melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia
juga harus menyediakan kemudahan „discussion group‟ dan bantuan professional isi
pelajaran secara dalam talian (online) (Learnframe, 2001).
Proses E-Learning sekarang kebanyakannya menggunakan asas laman web
dan juga penggunaan teknologi dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan jurnal oleh Nichols, M. (2008), E-Learning adalah
sebagai "Pedagogy empowered by digital technology". Melihat kepada definisi yang
dinyatakan oleh Nichols, M. tadi, E-Learning boleh ditafsirkan sebagai proses
pedagogi yang dimantapkan lagi oleh penggunaan teknologi digital seperti
penggunaan laman web, alatan elektronik dan media elektronik.
Pendapat Pollard & Hillage (2001) yang menyatakan bahawa pelajar bukan
sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa
gangguan. Ini menunjukkan persekitaran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan
dalam proses pembelajaran. Selain itu, Bates (1997) percaya terdapat empat tujuan
utama yang menyebabkan penggunaan teknologi di Pendidikan Tinggi, antaranya
termasuk membaiki kualiti pembelajaran, membaiki pengaksesan kepada pendidikan
dan latihan, mengurangkan kos pendidikan serta membaiki kos efektif bagi
3
pendidikan. Walaupun begitu, penggunaannya yang meluas dalam bidang pendidikan
adalah dipengaruhi oleh iklim atau persekitaran tempat seseorang itu belajar, institusi
atau kampusnya, kelompok dan juga masyarakatnya. Kita perlulah sedar bahawa
pembangunan dan perubahan dalam sains dan teknologi telah membawa banyak
perubahan kepada aspek ekonomi, industri, perniagaan, sosiobudaya dan juga politik
sesebuah negara (Mohd Yusof, 2000).
Kerajaan akan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui
penggunaan ICT seperti pembelajaran jarak jauh. Aplikasi Perdana Koridor
Raya Multimedia (MSC) gelombang pertama akan diperluaskan ke seluruh
negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan setelah Kerajaan
menemukan keberkesanan pelaksanaannya. Konsep sekolah bestari akan
diperluaskan untuk merangkumi 8,000 sekolah pada masa depan melibatkan
pelaksanaan aplikasi perdana gelombang kedua yang akan memberi tumpuan
kepada usahamenarik pemaju teknologi tercanggih dan terkini serta
menggalakkan aktiviti R&D dan pemindahan teknologi. ... infrastruktur asas
ICT telahpun disediakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh.
Untuk lima tahun akan datang, tumpuan kita adalah untuk menjadikan
Malaysia sebagai "hub" ICT clan multimedia di peringkat global. Untuk
tujuan ini, infrastruktur ICT akan dinaik taraf melalui beberapa insiatif
termasuk meningkatkan keupayaan tulang belakang penghantaran sehingga
10 gigabits sesaat dan memperkenalkan Sistem Pengurusan Rangkaian untuk
menyediakan pekhidmatan yang lebih baik. Infrastruktur ICT juga akan
diperluaskan ke kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang digital. Antara
program yang akan dilaksanakan termasuk Infodesa dan Internet Desa yang
menawarkan kursus kesedaran dan latihan.
(Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri, usul mengenai
rancangan Malaysia kelapan yang dibentangkan di Dewan rakyat pada 23
April 2001)
4
1.1.1 Perkembangan Kajian Penggunaan E-learning di dunia
Penggunaan E-Learning telah pun berkembang luas sama ada dalam sektor
perindustrian mahupun pendidikan di seluruh dunia. Dalam bidang perindustrian,
penggunaan E-Learning dalam latihan terus meningkat hingga ke 20% pada tahun
2007. Namun pada tahun 2008 terdapat sedikit penurunan kepada 16%. Penggunaan
kelas maya E-Learning dalam latihan perindustrian menurun sekata daripada 16%
pada tahun 2005 hingga 8% pada akhir 2008.
Pasaran dunia terhadap teknologi E-Learning ini dianggarkan berjumlah 38
bilion euro walaupun di Eropah hanya 20% daripada produk E-Learning ini di
pasarkan di pasaran tempatan (EC (2000). Menurut Nagy, A. (2005) The Impact of
E-Learning; isi kandungan, teknologi dan servis dikenalpasti sebagai 3 kunci utama
terhadap kejayaan E-Learning ditambah dengan teknologi internet dan multimedia
yang semakin membangun sekarang menjadi asas utama terhadap berkembangnya
penggunaan E-Learning di seluruh dunia.
Dalam sektor pendidikan pula, E-Learning telah pun berkembang sejak tahun
2006 dengan dianggarkan 3.5 juta pelajar mengambil bahagian dalam pembelajaran
secara online di pusat pengajian tinggi di Amerika Syarikat (Sloan Consortium).
Lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus secara online dan
program ini telah berkembang dengan begitu pesat (Hebert, D. G. 2007).
1.1.2 Perkembangan E-Learning di Malaysia
Agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh
„National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir
Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan
bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk
5
menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC,
2001). Penubuhan Koridor Raya Multimedia, MSC adalah salah satu usaha NITC
bagi mencapai NITA. Selain itu NITC telah merancang bebrapa strategi bagi
mencapai matlamat dan garis panduan NITA. Strategi itu ialah ‘e-community, „e-
public services‟, „e-learning‟, „e-economy‟, dan „e-sovereignty‟.
Tanggungjawab untuk menjayakan pelaksanaan e-learning telah diberikan
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga sektor swasta seperti MIMOS
dan Kumpulan Utusan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad, Menteri
Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan 2001-
2010 iaitu:
„….kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi,
pembangunan pendidikan yang dirancangkan ini turut mengambilkira
pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar di negara ini…usaha
ini juga untuk merapatkan jurang digital terutamanya menyediakan
kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-sekolah di kawasan luar
Bandar. Ia melibatkan perubahan dasar utama pendidikan negara bagi
menjana pengeluaran sumber tenaga manusia menjadi negara maju
berasaskan sains dan teknologi tanpa mengabaikan kepentingan
pembangunan aspek rohani, jasmani damn emosi selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk melahirkan warganegara yang
progresif, dinamik, patriotik dan bersatu padu.….‟
Wahyu Idrus dan Yahya Buntat (2007) dalam kajian mengenai Aplikasi E-
Learning dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah di Malaysia pula
menyatakan bahawa perkembangan E-Learning di Malaysia masih lagi baru
berbanding dengan negara-negara barat dan Singapura. Dimana sistem pengajaran
dan pembelajaran di Malaysia terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan „on-line‟
yang kebanyakannya diperolehi hanya pada peringkat universiti dan kolej swasta.
Oleh kerana kaedah pembelajaran jarak jauh dan „on-line‟ ini dapat ditawarkan
6
hanya dengan kerjasama universiti luar negara telah menyebabkan kos yang
ditanggung oleh pelajar agak tinggi dan membebankan. Namun begitu hampir setiap
institusi pengajian tinggi di Malaysia sama ada awam mahupun swasta telah
menggunakan sistem E-Learning.
E-Learning juga telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di bandar dan luar
bandar selaras dengan perkembangan E-Learning di Malaysia. Pihak kementerian
pendidikan juga telah menggalakkan penggunaan E-Pembelajaran. Dengan
penubuhan pasukan projek rintis Sekolah Bestari yang diketuai oleh Jaya Kumar
(2001) yang menjalankan kajian tentang Aplikasi E-Learning dalam pengajaran dan
pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia telah membuat kesimpulan berdasarkan
dapatan kajian bahawa;
Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej
Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan 'e-learning' sebagai
teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka. Begitu juga
syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan 'e-training' bagi melatih
pekerja mereka. Maka adalah wajar 'e-learning' diperkenalkan kepada semua
pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak
ketinggalan dalam arus perkembangan IT yang begitu pesat sekali. Kita tidak
seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur telekomunikasi, perkakasan
dan perisian e-learning' siap sebelum ianya diperkenalkan kepada pelajar kita.
Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan
Kritis (KBKK) perlu diselitkan secara bijak ke dalam bahan 'e-learning'.
Walau bagaimanapun 'e-learning' yang dicadangkan hanya sebagai tambahan
kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih akan
memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar kita.
(Jaya Kumar, 2001)
7
Berdasarkan dapatan kajian ini dapat disimpulkan bahawa perlaksanaan E-
Learning adalah begitu penting sama ada di sekolah mahupun di institusi pendidikan
tinggi.
1.2 Latar Belakang Masalah
SEL ini telah pun dijalankan di setiap fakulti di UTM. Disebalik kejayaan
penggunaan SEL di FP, berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, masih ramai lagi
pengguna yang masih belum menggunakan sistem ini dengan sepenuhnya sama ada
dikalangan pensyarah mahu pun pelajar. Hasil pemerhatian juga mendapati terdapat
masalah yang menyebabkan kurangnya penggunaan sistem ini dikalangan pengguna
terutamanya pelajar kerana susahnya untuk mengakses internet di asrama.
Banyak kajian di negara Barat mencadangkan apabila sesuatu teknologi baru
diperkenalkan ke dalam sesebuah organisasi, kajian seharusnya dijalankan untuk
mengetahui apakah manfaat yang diperolehi oleh organisasi itu. Halangan
pembelajaran didapati membawa kepada kesan terhadap seseorang individu dalam
pembelajaran dan tahap kepuasan (Schilke, 2001).
Terdapat empat halangan utama yang dikaji dalam kajian ini iaitu halangan
personaliti, halangan institusi, halangan teknologikal dan halangan situasi. Antara
keempat-empat halangan, halangan teknologikal mencatat min yang tertinggi iaitu
3.10 Hasil kajian adalah sama dengan hasil kajian Mohd Koharuddin, Adanan Mat
Junoh et al. (2003) mengenai kesediaan pelajar Universiti Malaysia menggunakan e-
pembelajaran sebagai satu alat pembelajaran oleh pelajar di Universiti Teknologi
Malaysia. Hasil kajian menunjukkan masalah utama yang dihadapi oleh pelajar
semasa menggunakan e-pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet. Ini
menunjukkan bahawa masalah utama dalam pelaksanaan e-pembelajaran adalah
8
kekurangan kemudahan ICT. Nisbah bilangan komputer dengan bilangan pelajar
masih pada tahap yang rendah. (Md. Sukri Saud, et al. 2007).
Berikut adalah tafsiran bagi halangan-halangan yang dinyatakan dalam kajian
Mohd Sukri Saud, et al. ,2007 :
1.2.1 Halangan Personaliti
Halangan personaliti adalah merujuk kepada persepsi kewujudan halangan-
halangan disebabkan siswazah diri sendiri dan sikap siswazah terhadap e-
pembelajaran. Halangan personaliti juga merujuk kepada halangan personaliti
siswazah. Halangan gaya pembelajaran adalah dikategorikan di bawah halangan
personaliti. Halangan gaya pembelajaran merujuk kepada keselesaan siswazah
terhadap teknologi dan menyesuaikan e-pembelajaran sebagai gaya
pembelajarannya.
1.2.2 Halangan Institusi
Halangan institusi mengambil kira dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk
bahan pengajaran bagi e-pembelajaran . Sokongan organisasi dan reka bentuk
pengajaran merupakan faktor yang penting dalam e-pembelajaran. Halangan institusi
berkenaan dengan kurang sokongan daripada pensyarah atau penyelia terhadap
penggunaan e-pembelajaran dan kualiti bagi bahan pengajaran.
9
1.2.3 Halangan Teknologikal
Halangan teknologikal merangkumi rangkaian internet yang sangat perlahan,
pengaksesan e-pembelajaran dan kos yang tinggi dalam perkakasan, perisian,
pembaikian, atau servis komputer. Halangan teknologikal adalah termasuk
kepunyaan komputer yang mampu mengakses internet , konsisten untuk mengakses
internet, kos komputer dan kos pengaksesan internet, masalah teknikal, pengaksesan
kepada teknologi dan kebolehpercayaan teknologi. Halangan teknologikal yang lain
termasuk kualiti teknologi, kekurangan bantuan teknikal, kekurangan kemahiran
teknikal, keselesaan penggunaan teknologi, perubahan teknologi dan masalah “log-
in”.
1.2.4 Halangan Situasi
Halangan situasi adalah dikaitan dengan situasi atau persekitaran seseorang
itu berada. Item untuk halangan situasi termasuk “Terlalu sibuk dengan kerja lain,
gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar, kekurangan masa untuk
belajar atas talian dan faktor pengurusan masa.”
Aplikasi E-Learning di Malaysia dan UTM di FP khususnya semakin
meningkat dari sehari ke sehari namun kajian terhadapnya masih lagi kurang.
Keaadaan ini mewujudkan kesukaran untuk mendapatkan data empirik untuk
dijadikan perbandingan atau rujukan. Berdasarkan masalah ini adalah penting kajian
terhadap kejayaan SEL amatlah perlu dijalankan untuk meninjau sejauh mana
kejayaan sistem ini di FP UTM dan dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan
kepada pengguna E-Learning di setiap fakulti di UTM dan di FP khususnya.
10
1.3 Matlamat Kajian
SEL yang ada di FP UTM telah lama dijalankan dan mendapat sambutan
daripada kebanyakan penggunanya sama ada pensyarah mahupun pelajar. SEL di FP
UTM telah mendapat penganugerahan sebagai SEL yang terbaik di UTM pada tahun
2007. Antara faedah sistem ini ialah pelajar boleh memuat turun (download) nota
kuliah melalui sistem ini, boleh mengadakan perbincangan secara online dengan
pensyarah dan sesama pelajar. Pensyarah pula boleh membuat pemberitahuan
tentang tarikh kuiz, ujian, meng‟upload‟ nota kuliah dan mengadakan perbincangan
dengan pelajar.
Justeru, matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti faktor kejayaan
penggunaan SEL ini di FP UTM serta mencadangkan penambahbaikan yang boleh
dijalankan oleh pihak pengurusan SEL ini untuk memantapkan lagi sistem ini.
1.4 Pernyataan Masalah
Seperti yang dinyatakan sebelum ini SEL di FP UTM adalah yang terbaik
yang ada di UTM namun begitu terdapat permasalahan yang dihadapi oleh pengguna
dalam mengakses kemudahan ini sepertimana halangan-halangan yang telah
dinyatakan di dalam kajian oleh Mohd Sukri Saud, et al. (2007). Halangan dari segi
teknologikal terutamanya dikalangan pelajar seperti kemudahan internet yang ada di
asrama tidak begitu memuaskan, dan juga halangan personaliti iaitu sikap pelajar itu
sendiri yang lebih cenderung kepada membuka laman yang bukan E-Learning dan
juga pengaruh lain.
11
Kejayaan SEL di fakulti perlu dikenalpasti strateginya untuk
diimplementasikan kepada pelajar dalam membolehkan kemudahan ini digunapakai
sepenuhnya oleh pengguna terutamanya pelajar.
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan SEL
ii. Mencadangkan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh
penguna SEL
1.5 Soalan Kajian
Untuk mencapai objektif yang telah disebutkan di atas, soalan-soalan kajian
berikut telah dikemukakan :
i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan sistem E-Learning?
ii. Apakah cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi
oleh pengguna SEL?
12
1.6 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh mana kejayaan Sistem
E-Learning di FP UTM serta mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengguna
semasa atau untuk menggunakan sistem ini. Selain itu kajian menumpukan terhadap
cadangan penambahbaikan terhadap SEL yang boleh dijalankan pihak pengurusan
sistem ini.
i. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang melibatkan penggunaan soal selidik
untuk mendapat maklum balas daripada pengguna sistem. Kebolehpercayaan
hasil kajian adalah bergantung kepada kefahaman, kesungguhan, keikhlasan
responden menjawab item-item soalan.
ii. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pendidikan (FP) Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada
keseluruhan fakulti di UTM mahupun di universiti di seluruh negara yang
menggunakan sistem yang sama.
1.7 Kepentingan Kajian
Melalui dapatan kajian ini pihak pengurusan Sistem E-Learning (SEL) dapat
mengetahui tahap kepuasan pengguna dalam menggunakan sistem ini. Dengan
mengetahui tahap kejayaan dan masalah yang dihadapi pengguna semasa
penggunaan SEL pihak pengurusan boleh melakukan penambahbaikan dalam sistem
ini untuk kepentingan bersama.
13
Selain itu semua pengguna SEL dapat diyakinkan bahawa penggunaan sistem
ini dapat memberi banyak faedah dan kemudahan kepada mereka. Para pensyarah
dapat memantau penglibatan pelajar, pelajar dapat berhubung dengan pensyarah
bukan hanya ketika waktu kuliah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih mudah dengan adanya sistem ini.
Dapatan kajian ini juga dapat membantu dalam menambah baik lagi SEL
dengan memperkenalkan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan sistem
ini. Jika kajian seterusnya dijalankan terhadap sistem ini, cadangan oleh kajian ini
boleh dipertimbangkan untuk lebih memperbaiki dan memperkembangkan lagi
instrumen kajian yang digunakan.
1.8 Susunatur Bab
Kajian yang akan dijalankan merangkumi lima bab dan berikut merupakan
ringkasan bagi setiap bab:
i) Bab Satu
Bab Satu menerangkan latar belakang yang menjadi asas kepada
perlaksanaan kajian ini. Kandungan bab ini terdiri daripada pengenalan terhadap
kajian, penyataan masalah, matlamat kajian, objektif kajian, skop kajian, kepentingan
kajian, metodologi kajian dan susunatur bab.
14
ii) Bab Dua
Bab Dua pula penulis akan membincangkan tentang penubuhan E-Learning,
kandungan dan maklumat terperinci lain tentang E-Learning di UTM. Selain itu
penulis juga akan membincangkan sedikit sebanyak tentang permasalahan dan
kejayaan E-Learning dengan merujuk kepada kajian-kajian terdahulu.
iii) Bab Tiga
Bab Tiga memberi penerangan mengenai kaedah kajian di mana penulis akan
menerangkan secara terperinci berkenaan dengan instrument kajian yang akan
digunakan dan juga bakal responden yang terlibat dalam kajian ini. Penulis juga akan
menerangkan tentang kaedah penganalisisan data yang akan dilakukan didalam bab
yang seterusnya.
iv) Bab Empat
Bab Empat pula melibatkan analisis data yang diperoleh daripada kaedah
kuantitatif. Analisis yang akan dijalankan bagi memperolehi data yang dikehendaki
adalah dengan cara statistik deskriptif dan kaedah perbandingan min. Selain itu,
analisis bagi cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh responden juga
dibuat.
iv) Bab Lima
Bab Lima adalah bab terakhir yang merupakan perbincangan cadangan dan
rumusan bagi kajian yang telah dijalankan penulis. Seterusnya dijelaskan penemuan
15
kajian yang selaras dengan objektif yang ditetapkan dalam Bab Satu serta cadangan
bagi mengatasi masalah yang wujud. Cadangan dan kesimpulan yang penulis
utarakan adalah berdasarkan kepada data-data yang diperolehi melalui soal selidik
terhadap pengguna SEL mahupun melalui perolehan data skunder seperti media
massa, jurnal dan sebagainya.
1.9 Penutup
Dalam bab ini telah dibincangkan tentang berbagai-bagai definisi E-Learning
serta maklumat lain tentang E-Leaning seperti penubuhannya mengikut dasar kerajaan
dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran secara siber yang lebih
berkesan. E-Learning adalah amat penting untuk dikuasai terutamanya oleh para pelajar
dan juga bakal guru dalam menghadapi cabaran pengajaran dan pembelajaran masa kini
yang berorientasikan secara dalam talian. Dengan jumlah pelajar yang telah mempunyai
asas dan pengetahuan untuk menggunakan internet semakin bertambah, maka amat
wajarlah bagi bakal-bakal guru juga untuk berkembang seiring dengan bakal pelajar
mereka agar tidak ketinggalan. Menepati dengan saranan kerajaan agar penggunaan ICT
diperluaskan dalam semua bidang demi mempersediakan setiap bakal pemimpin negara
untuk menghadapi cabaran Wawasan 2020.
16
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan tentang penubuhan E-Learning, kandungan dan
maklumat terperinci lain tentang E-Learning di UTM. Beberapa kajian lepas tentang
penggunaan SEL dan sistem lain yang mempunyai persamaan dengan SEL juga
dinyatakan dalam bab ini dengan fokus terhadap masalah dan kejayaan penggunaan
SEL.
2.2 Penubuhan E-Learning
Selaras dengan berkembangnya kemajuan penggunaan E-Learning di dalam
sistem pendidikan di Malaysia, UTM dan FP UTM khasnya telah membangunkan
SEL dengan tujuan untuk memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
bagi pensyarah dan pelajar UTM.
17
Penyelidikan dan pembangunan e-pembelajaran di UTM telah bermula sejak
lewat tahun 1980an (Su Lih Teng, 2007). Tujuan transfomasi ini berlaku adalah bagi
melahirkan siswazah dan sumber manusia yang berkecemerlangan akademik serta
meningkatkan taraf UTM ke universiti peringkat dunia (Mohd Koharuddin et al.,
2003).
Mohamed Noor Hassan et al. (2000), telah melakukan satu pembentangan
kertas kerja terhadap penyelidikan dan pembangunan serta pelaksanaan (PPP) e-
pembelajaran di UTM. Menurut beliau PPP dapat dibahagikan kepada dua era yang
penting iaitu era permulaan (1988 - 1995), dan era pertumbuhan (1996 - 2000).
Berikut ialah maklumat lanjut mengenai setiap era yang dibentangkan oleh beliau:
Pada era permulaan (1988-1995), PPP e-pembelajaran lebih kepada bentuk
pembangunan bahan pengajaran multimedia dan pembinaan perisian untuk
komputer. Contohnya seperti pembangunan bahan pengajaran multimedia berasaskan
video (tahun 1988), pembangunan perisian kursus dengan menggunakan Authorware
dan IBM Linkway (tahun 1989), pembangunan Pengajaran Bantuan Komputer Pintar
(Intelligent CAP), pakej pembelajaran elektronik berasaskan slaid (tahun 1991) dan
rekabentuk serta penghasilan pakej pembelajaran multimedia berasaskan teknik
karaoke.
Era pertumbuhan (1996 - 2000) pula merupakan tahap pelaksanaan projek-
projek penyelidikan berkaitan dengan pembelajaran eletronik di UTM. Sebanyak 25
projek penyelidikan berkaitan pembelajaran elektronik yang telah disokong dengan
geran penyelidikan jangka pendek (UPP) dan geran jangka pangjang (IRPA) telah
dijalankan antara tahun 1996 hingga 2000. Antara projek-projek tersebut, 14 projek
tertumpu pada pembangunan perisian kursus, lapan projek merupakan pembangunan
sistem dan teknologi komputer untuk pembelajaran elektronik, dan hanya tiga projek
yang tertumpu pada kajian keberkesanan pembelajaran pembelajarn elektronik.
Selain itu, UTM juga telah menjalankan kegiatan pembangunan infrastruktur, sistem
18
maklumat dan perisian kursus untuk pembelajaran eletronik tanpa sebarang sokongan
geran penyelidikan.
SEL merupakan salah satu aplikasi yang dibangunkan di bawah projek
Kampus Siber UTM yang telah dilancarkan oleh YB Menteri Pelajaran pada tahun
1997. Pada masa tersebut, SEL dikenali sebagai Pembelajaran Maya (Mohd Nihra
Haruzuan et al., 2005). Tujuan pelaksanaan projek ini adalah untuk memudahkan
pelajar mencapai maklumat mengenai sesuatu mata pelajaran yang diambil oleh
mereka, meningkatkan minat serta kefahaman pelajar, menyediakan kemudahan
untuk pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan mendedahkan pelajar dengan
konsep pendidikan tanpa batas. Bagi menjayakan tujuan-tujuan tersebut, beberapa
prototaip modul aplikasi telah dibangunkan. Antaranya ialah perpustakaan
elektronik, sistem graduan, sistem peperiksaan, kuliah elektronik, kafe siber dan
asrama elektronik (Su Lih Teng, 2007)
Menurut Mohamed Noor Hassan et al. 2000, secara ringkasnya pembangunan
SEL dapat dibahagikan kepada empat tahap utama seperti berikut:
2.2.1 Tahap Pertama
Dalam tahap ini, maklumat am mengenai sesuatu mata pelajaran disediakan
dan dapat dicapai oleh pelajar pada bila-bila masa melalui Internet. Antara maklumat
yang boleh diperoleh ialah maklumat mengenai pensyarah yang mengajar (termasuk
nombor bilik, sambungan telefon dan alamat e-mail), jam pertemuan, prasyarat,
objektif mata pelajaran, sinopsis mata pelajaran, perancangan mingguan yang
lengkap sepanjang sesi persekolahan, polisi, pembahagian markah untuk penilaian,
senarai buku teks dan rujukan.
19
2.2.2 Tahap Kedua
Maklumat am di tahap satu diperhiaskan mengikut topik-topik yang akan
dibincangkan dalam kelas. Isi kandungan setiap topik diberikan dengan lebih
terperinci serta senarai tugasan atau aktiviti bagi mencapai objektif-objektif yang
disasarkan.
2.2.3 Tahap Ketiga
Nota kuliah yang lengkap berserta soalan-soalan latihan dan tugasan
disediakan dalam laman web bagi mata pelajaran tersebut. Nota kuliah ini bercirikan
multimedia. Terdapat pautan kepada sumber maklumat dari seluruh dunia juga
disediakan bagi membolehkan pelajar mencari maklumat dan menambah bahan yang
diberikan semasa kuliah. Dari sini, satu kemudahan perbincangan disediakan. Pelajar
dapat mengemukakan soalan secara elektronik kepada pensyarah atau
membincangkan pendapat mereka mengenai topik dengan pelajar lain.
2.2.4 Tahap Keempat
Semua bahan pengajaran boleh diperoleh secara talian. Tiada kuliah secara
formal dan pelajar menggunakan komputer sepenuhnya untuk mengikuti bahan yang
hendak disampaikan, mengambil kuiz, ujian dan sebagainya. Peringkat ini khasnya
dituju kepada program jarak jauh bagi pelajar luar kampus yang tidak mengikuti
kuliah secara formal.
Pada tahun 2001 SEL mula diperkenalkan kepada siwa dan siswazah di
UTM. Pelaksanaannya bermula dengan penyediaan bahan kursus oleh pensyarah dan
20
jawatankuasa peringkat falkuti (Mohamed Noor Hassan et al., 2003). Pensyarah-
pensyarah UTM digalakkan mempaparkan nota dalam portal e-learning untuk
rujukan pelajar dalam kampus (Baharuddin, 2001). Antaranya, beberapa portal yang
berkaitan dengan pembelajaran mengenai Teknologi Komunikasi dan Maklumat
telah dibangunkan oleh Fakulti Pendidikan UTM, di Jabatan Multimedia Pendidikan.
Kesemua portal tersebut adalah dibawah satu akronim CELIk IT (Computer-based
Electronic Learning hi Information Technology). Untuk menjayakan kursus dalam
talian, satu penyelidikan dan pembangunan telah diusahakan oleh Noraffandy
Yahaya untuk menguji keberkesanan alat pembangunannya yang bernama Web-
based Intergrated Learning (WILL). Tujuan utama WILL adalah untuk menghasilkan
aplikasi yang dapat menyokong pensyarah menguruskan bahan pembelajaran dan
mempersembahkan bahan tersebut dengan berkesan dalam persekitaran
pembelajaran. Kemudian, bahan-bahan kursus dimuatkan di rangkaian net melalui
Pusat Komputer. Pusat Komputer juga membekalkan sokongan teknikal Pengurusan
Teknologi Maklumat di fakulti (Su Lih Teng, 2007).
Pada tahun 2004, FP mula melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
melalui internet atau dikenali e-pembelajaran (Yusof Boon, 2005). Sebagai langkah
permulaan, bengkel-bengkel e-learning telah diberikan kepada semua pensyarah dari
Jabatan Pendidikan Sains dan Jabatan Asas Pendidikan. Tujuan bengkel tersebut
adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta untuk
melakasanakan P&P melalui internet dan seterusnya membina dan mengendalikan
laman web mata pelajaran serta profil peribadi menggunakan perisian Moodle, satu
sistem pengurusan pembelajaran (Su Lih Teng, 2007).
21
Secara ringkas, perkembangan e-learning di UTM adalah seperti berikut:
Jadual 2.1: Perkembangan penggunaan sistem e-pembelajaran di UTM
Tahun Sistem e-pembelajaran
1997 IIS
1998 IIS
2001 Web CT & Harvest Road
2004 Moodle
Su Lih Teng (2007)
2.3 Penggunaan SEL
Abdul Razak Salleh (1999) melaporkan sistem maklumat pengurusan yang
dibina adalah bagi membantu pensyarah-pensyarah dan Jabatan Hal Ehwal
Akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk memproses markah pelajar.
Sistem maklumat ini mempunyai banyak data lain yang boleh digunakan dan
dimanfaatkan oleh pengguna terutama pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan sistem
maklumat perlu sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa supaya boleh
digunakan untuk menentukan pengambilan pelajar bagi kursus-kursus tertentu di
UUM dan memudahkan pengaturcaraan terutamanya untuk keperluan pengijazahan.
Ini kerana UUM agak kerap mengubah syarat pengijazahan bagi mengikuti
perkembangan semasa dan keperluan pelajar. Daripada kajian ini dapat dilihat
bahawa sistem maklumat pengurusan yang digunakan di UUM adalah hampir sama
dengan SEL dan AIMS (Academic Informatian and Management System) yang ada
di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian ini dirujuk untuk menjelaskan
bahawa SEL yang ada perlu dikemaskinikan bagi memenuhi keperluan semasa dan
kehendak serta keperluan pengguna disamping untuk menentukan kejayaan sistem.
22
Menurut Hamilton & Chervanny (1981) kualiti sistem maklumat boleh diukur
sumbangannya dengan melihat kepada pencapaian objektif organisasi. Sebagai
contoh jika objektif SEL di UTM adalah untuk membantu proses pembelajaran
pelajar dan proses pengajaran pensyarah, adakah objektif tersebut tercapai untuk
kedua-dua belah pihak dan pelajar? Ataupun hanya sebelah pihak sahaja yang
mendapat manfaat? Hal ini sepatutnya diberikan penekanan penting demi utuk
mencapai objektif penubuhan SEL di UTM berjaya dicapai seterusnya dapat
menentukan kejayaan penggunaan SEL di UTM dan di FP khususnya.
Banyak kajian tentang kualiti telah dilaksanakan (Garvin, 1984 &1987;
Zeithaml, 1988; Zeithaml, Parasaraman & Berry, 1987; DeLone & McLean, 1992;
Pitt, Watson & Kavan, 1995). Sistem maklumat mesti dinilai oleh pengguna untutk
mengetahui kualiti sistem itu dan banyak kajian mengenai kejayaan sistem maklumat
adalah berasaskan kepada kepuasan pengguna sistem (Lee & Lee, 2000). Kepuasan
pengguna, sikap pengguna, penggunaan sistem dan analisis kos-manfaat adalah
pendekatan yang digunakan untuk mengkaji kualiti sistem maklumat (King &
Rondriquez, 1978; Srinivasan, 1985) namun begitu pendekatan yang paling banyak
digunakan adalah secara pendekatan terhadap kepuasan pengguna (Miller & Doyle,
1987; Delone & McLean, 1992). Model kepuasan pengguna juga oleh diperluaskan
lagi dengan melihat kepada skop manfaat sistem kepada individu dan organisasi
(DeLone & McLean, 1992; Seddon & Kiew, 1995).
Satu kajian kes mengenai penerimaan e-pembelajaran oleh pelajar dari
Bangkok University telah dijalankan (Research Institute of Bangkok University,
2002). Kajian ini menggunakan model “Technology Acceptance Model” atau TAM
yang dibentukkan oleh Davis,F.D. untuk mencari faktor pelajar terhadap penerimaan
e-learning. Didapati faktor yang menyebabkan pelajar menerima e-learning termasuk
kemahiran komputer, kemahiran Internet, pandangan kegunaan, kesenangan
menggunakan dan sikap terhadap e-learning, manakala masa penggunaan seminggu
tiada kaitan dengan penerima e-learning.
23
Hasil kajian Lee & Lee (1992) menunjukkan bahawa nilai dan pengorbanan
oleh pengguna merupakan penentu kepada penggunaan sistem maklumat. Pengguna
adalah penentu kejayaan sesebuah sistem tersebut. Jika sistem yang dilaksanakan
tidak mendapat sambutan ataupun pengguna tidak tahu dan tidak berminat untuk
menggunakan sistem maka sistem tersebut perlulah dikaji semula keberkesanannya
dengan mengambil kira setiap skop permasalahan yang dihadapi oleh pengguna.
2.4 Masalah Penggunaan SEL
Akses kepada ICT merupakan masalah utama di Malaysia. 83% masyarakat
di kawasan luar bandar dan 60% di kawasan bandar mendapati akses kepada ICT
adalah terlalu mahal. Dari 1.5 juta rakyat Malaysia yang mengunakan internet, 50%
berada di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Ini mewujudkan jurang digital yang
ketara di dalam masyarakat Malaysia (Education Quarterly: 35, 2001). Kekurangan
bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Melayu juga agak merisaukan.
Manakala Bahasa Inggeris digunakan di hampir 80% laman web (Media Asia, 176,
1999). Tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan
cabaran yang dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak
mempunyai komputer (kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik
memberikan cabaran yang hebat dalam pelaksanaan 'e-learning'.
Melihat kepada kajian oleh Visscher, Fung dan Wild (1999), dapatan kajian
mendapati bahawa pemasangan sistem maklumat „School Administration and
Management System‟ (SAMS) di semua sekolah di Hong Kong didapati tidak
mendatangkan banyak manfaat kepada pengguna mahupun organisasi. Kajian
mereka melibatkan 1176 responden dari 264 buah sekolah di Hong Kong. Hasil
menunjukan hanya 661 orang responden pernah cuba menggunakan SAMS manakala
515 orang lagi tidak pernah cuba untuk menggunakan SAMS ini. Latihan terhadap
penggunaan SAMS ini hanya diberikan kepada penyelaras SAMS sahaja dan 37%
24
daripada responden tidak pernah mendapat latihan formal unutk penggunaan SAMS.
Pada pendapat responden sekiranya latihan kemahiran diberikan sepenuhnya kepada
semua pengguna SAMS maka kefahaman pengguna terhadap SAMS dapat di
peringkatkan. Daripada kajian ini dapatlah dicadangkan bahawa pengguna SEL perlu
sedikit sebanyak diberikan latihan oleh pihak pengurusan akan penggunaannya
supaya kefahaman pengguna terhadap faedah dan pentingnya sistem ini dapat
dipertingkatkan seterusnya dapat menentukan kejayaan SEL.
Menurut Eastin & LaRose (2000), seseorang yang memiliki tahap kecekapan
diri terhadap e-pembelajaran yang rendah akan kurang yakin terhadap kebolehan
sendiri mengakses e-pembelajaran dan tidak cekap dalam menggunakan kemahiran
tersebut dalam kehidupan beliau. Halangan didefinisikan sebagai rintangan yang
dihadapi oleh pelajar yang akan membawa kesan yang negatif terhadap mereka
dalam menggunakan e-pembelajaran. Halangan pembelajaran didapati membawa
kepada kesan terhadap seseorang individu dalam pembelajaran dan tahap kepuasan
(Giles, 1999; Schilke, 2001). Kurang sokongan daripada pensyarah atau penyelia
terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah dianggapkan sebagai halangan oleh
institusi itu sendiri (ASTD & Masie, 2001; Garland, 1993; Campeau & Higgins,
1995; Schilke, 2001). Ini termasuklah kurangnya kualiti bagi bahan pengajaran
(Garland, 1993; Oblinger, Barone & Hawkins, 2001; Schilke, 2001). Komputer yang
tidak mampu untuk mengakses internet dianggapkan sebagai permasalahan dari segi
teknologikal (Gorard & Selwyn, 2000). Selain itu terdapat permasalahan dari segi
konsistensi komputer untuk mengakses internet, kos komputer dan kos pengaksesan
internet (Kramarae, 2001; Pollard & Hillage, 2001), masalah teknikal (Bischolf,
2000), pengaksesan kepada teknologi (Schilke, 2001: Pollard & Hillage, 2001;
Williams, 2001) dan kebolehpercayaan teknologi. Permasalah yang lain adalah
termasuk kualiti teknologi, kekurangan bantuan teknikal, kekurangan kemahiran
teknikal, keselesaan penggunaan teknologi, perubahan teknologi dan masalah “log-
in” (Schilke, 2001).
25
2.5 Kejayaan Penggunaan SEL
Kejayaan sistem maklumat boleh dilihat dari segi kesan, sumbangan dan
manfaat penggunaan sistem itu terhadap pencapaian objektif organisasi seperti
penglibatan pengguna, kepuasan pengguna, manfaat kepada individu, dan manfaat
kepada organisasi (Ives, Olson & Baroudi, 1984; McKeen, Guimaraes & Wetherbe,
1994; Jamshid Etezadi-Amoli & Ali F. Farhoomand, 1996). King & Sabherwal
(1992) telah mengkaji ciri utama sistem maklumat strategik dan hubungannya
dengan faktor-faktor konstektual untuk mewakili persekitaran industri, strukutur
organisasi dan fungsi sistem maklumat itu dan mendapati dan hasilnya kejayaan
sistem ini adalah dalam pengurangan kos dan menyediakan suatu kelainnan dalam
organisasi. Welber & Plinskin (1996) pula mengkaji kejayaan penggunaan sistem
maklumat ke atas dua buah syarikat yang bergabung di Israel. Hasil kajian mereka
mendapati penggabungan dua buah organisasi yang mempunyai sistem maklumat
masing-masing boleh mendatangkan kesan yang positif dan boleh memanfaatkan
organisasi yang bergabung dengan syarat, kawalan dibuat terhadap bahan, sumber
dan budaya organisasi yang bergabung itu.
Menurut DeLone & McLean (1992), kejayaan sistem maklumat dapat diukur
dari segi kualiti sistem maklumat itu, kualiti maklumat, penggunaan maklumat,
kepuasan pengguna, manfaat kepada invidu dan organisasi. Laurillard (1991: 148)
menyatakan bahawa sebarang bahan pembelajaran kendiri berpusatkan komputer
mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Informasi atau maklumat baru
ii. Pernyataan objektif pembelajaran dengan jelas
iii. Integrasi antara isi baru dengan isi pelajaran lepas
26
iv. Pelajar dapat menunjukkan kefahaman mereka melalui latihan dalam talian
v. Ada maklumbalas (serta merta ataupun 'delayed’) terhadap penilaian yang
dilakukan
Segelintir pelajar-pelajar sekolah di Malaysia sudah mula menggunakan
internet sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan
kepada bahan „e-learning' yang ada di pasaran tempatan. Ada juga pelajar yang
sudah mula mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh mereka
melalui rakan sebaya di dalam „chat groups' atau 'bulletin boards'. (Alam Pendidikan
Bulletin Board, 2001; Tan, 2001).
Nichols (2003) telah menyatakan 10 prinsip pembelajaran elektronik atau e-
learning iaitu:
i. E-learning ialah perlaksanaan pembelajaran yang boleh diaplikasikan
bersama pelbagai model pendidikan (sebagai contoh face to face atau
pendidikan jarak jauh (PJJ))
ii. E-learning ialah satu bentuk pendidikan unik yang boleh digunakan di
dalam paradigma bersemuka (face to face) da PJJ.
iii. Pilihan di dalam teknologi e-Learning boleh memberikan tindakblas yang
lebih baik dalam pedagogi; bagaimana teknologi digunakan adalah lebih
penting daripada teknologi yang mana digunakan.
27
iv. E-learning mempunyai kelebihan yang utama dengan kejayaan perlaksanaan
inovasi pedagogi.
v. E-learning boleh digunakan dalam dua cara iaitu penyampaian isi
kandungan pembelajaran dan kemudahan proses pembelajaran.
vi. E-learning dibina sebaik mungkin untuk dioperasikan atau digunakan
bersama model rekabentuk pilihan kursus secara optimum.
vii. Teknik dan peralatan e-learning hanya perlu digunakan apabila
pertimbanagn telah diambil kira kepada sistem talian terus (online) atau
talian tutup (offline).
viii. Latihan e-learning yang efektif dan berkesan memberikan peluang kepada
pengguna akhir (end users) untuk mengambil peluang pembelajarn yang
diberikan atau dibekalkan kepada mereka.
ix. Matlamat atau sasaran keseluruhan pendidikan yang dibangunkan oleh
pengajar di dalam konteks kurikulum pembelajaran atau objektif
pembelajaran tidak akan berubah apabila e-learning dilaksanakan.
Hanya kelebihan di dalam pedagogi akan memberikan kesan yang rasional
kepada perlaksanaan e-learning.
28
2.6 Penutup
Dalam bab ini telah dihuraikan tentang hasil-hasil kajian terdahulu terhadap
SEL dan juga sistem maklumat pengurusan, maklumat tentang E-Learning iaitu
penubuhannya dan juga sedikit sebanyak tentang kejayaan E-Learning berdasarkan
kajian terdahulu.
29
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Di dalam bab ini, penerangan akan diberikan mengenai reka bentuk kajian,
populasi dan persampelan, instrumen, kajian rintis, pengumpulan dan analisis data
dengan lebih terperinci, di mana penerangan secara am tentang SEL di FP UTM dan
juga bakal responden yang akan digunakan untuk kajian.
Menurut Su Lih Teng (2007) terdapat satu tinjauan oleh penyelidik yang
dibuat di FP dengan mengambil pelajar fakulti sebagai responden dengan tujuan
untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penggunaan e-learning dikalangan
pelajar. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa pelajar memberikan pandangan yang
positif terhadap SEL. Sebagai contoh respons mereka mengatakan bahawa e-learning
memudahkan mereka untuk saling berkomunikasi antara rakan sekelas dan juga
pensyarah. Namun disebaliknya ada juga pelajar yang menyuarakan pandangan
mereka bahawa e-learning yang mereka gunakan adalah hanya kerana paksaan olah
pensyarah. Hal ini menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan antara dua kelompok
pelajar iaitu yang menggunakan e-learning atas sebab-sebab yang memudahkan
proses pembelajaran mereka dan ada yang mengunakannya kerana terpaksa.
30
SEL di FP UTM pernah memenangi anugerah SEL terbaik di UTM pada
tahun 2007. Dengan ini adalah amat jelas sekali bahawa SEL di FP UTM telah
berjaya dan banyak memberikan manfaat kepada penggunanya. Namun begitu
permasalahan yang timbul adalah dari segi penggunaan terutama dikalangan pelajar.
Ini kerana SEL memerlukan akses intenet dan internet adalah salah satu daripada
halangan teknologikal yang dihadapi oleh pengguna (Md. Sukri Saud, et al. 2007).
3.2 Reka Bentuk Kajian
Kajian adalah berbentuk tinjauan yang dirancang menggunakan kaedah soal
selidik. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang responden dari
segi jantina, kursus pengajian dan kekerapan menggunakan SEL. Selain itu
maklumat tentang permasalahan yang dihadapi oleh pengguna SEL untuk mengakses
kemudahan ini juga diambil kira disamping cadangan penambahbaikan yang diberi
oleh responden.
Kajian ini secara keseluruhan berbentuk kuantitatif dan data akan diukur
secara statistik diskriptif seperti frekuensi dan peratusan sesuatu kumpulan data.
Pengiraan min juga digunakan untuk menerangkan taburan data.
3.3 Populasi dan Persampelan
Kajian ini mengambil populasi daripada pelajar tahun akhir di FP UTM.
Sampel-sampel ialah pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda yang mengikuti
pelbagai bidang berbeza iaitu aliran sains dan komputer, aliran sains aliran sastera
dan aliran kejuruteraan di FP UTM.
31
Sampel dipilih adalah berdasarkan kaedah rawak. Sampel-sampel ini terdiri
daripada pelajar tahun akhir yang mengikuti 12 jenis kursus yang ditawarkan FP.
Seramai 109 orang responden daripada pelajar tahun akhir FP akan dipilih secara
rawak daripada setiap kursus untuk menjawab soal selidik yang disediakan.
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan ialah kaedah soal selidik.
Instrumen kajian soal selidik yang digunakan mengandungi dua bahagian iatu
bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan demografik
responden seperti umur, jantina, kursus yang diambil oleh responden dan kekerapan
penggunaan E-Learning dalam seminggu yang diubahsuai daripada soalan kajian
oleh Nizam Abd. Latib, 2004 dan Su Lih Teng, 2007.
Bahagian B pula merupakan soalan kajian utama yang yang dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu infrastruktur yang berkaitan dengan kemudahan internet di
asrama untuk bahagian B (I), infrastruktur di fakulti, perpustakaan, WifiUTM
Hotspot dan lain-lain untuk bahagian B (II) dan akhir sekali sifat kendiri pengguna
untuk bahagian B (III). Soalan-soalan kajian setiap bahagian merangkumi soalan-
soalan berkaitan dengan sikap pengguna terhadap e-learning dan terhadap
kemudahan internet yang ada selain pendapat serta cadangan penambahbaikan
pengguna terhadap SEL yang diubahsuai daripada soalan kajian oleh Nizam Abd.
Latib, 2004.
32
3.5 Kajian Rintis
Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, kajian telah
rintis dijalankan. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk mendapatkan
gambaran secara menyeluruh tentang mutu soal selidik. Selain itu, ianya juga
bertujuan untuk mengesahkan isi kandungan dari segi format, bahasa, tulisan,
objektif, arahan serta ejaan dan kebolehpercayaan item soalan.
Kajian rintis telah dijalankan terhadap 15 orang responden di FP yang tidak
termasuk dalam sampel kajian. Ujian kebolehpercayaan ataupun reliability analysis
telah dijalankan dengan menggunakan Program SPSS dan nilai Cronbach’s Alpha
yang diperolehi ialah 0.706. Nilai menunjukkan item-item dalam soal selidik
mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan.
Jadual 3.1: Reability Statistic
Cronbach‟s Alpha N of items
0.706 27
3.6 Pengumpulan dan Analisis Data
Selepas kajian rintis dijalankan, pengedaran soal selidik dilaksanakan kepada
pelajar mengikut bilangan yang ditetapkan. Data yang dikumpulkan daripada
responden akan dianalisis melalui perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS 17.0).
33
3.7 Kaedah Analisis Data
Dalam set soal selidik ini, Skala Likert digunakan untuk mengukur darjah
persetujuan dan pandangan responden terhadap sesuatu kenyataan. Tanggapan
responden dalam bahagian ini diukur dengan mengunakan Skala Likert yang terdiri
dari lima peringkat dimana skala 1 menggambarkan maklumbalas negatif dan skala 5
menggambarkan maklumbalas positif. Skala Likert lima mata yang digunakan adalah
seperi berikut:
Jadual 3.2 : Skala Likert yang digunakan untuk pengukuran tahap
Penilaian Markah
Sangat Setuju 5
Setuju 4
Tidak Pasti 3
Tidak Setuju 2
Sangat Tidak Setuju 1
3.8 Penutup
Dalam bab in telah dibincangkan kaedah-kaedah kajian yang akan dijalankan
dengan menerangkan rekabentuk kajian, kawasan kajian, responden, persampelan
dan populasi kajian, skop serta kajian rintis. Telah dinyatakan bahawa kaedah kajian
yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik berdasarkan kajian rintis yang telah
dijalankan. Responden kajian pula terdiri daripada pelajar tahun akhir di FP. Hasil
kajian dikumpul dan di analisis dengan menggunakan perisian SPSS.
34
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, perbincangan dibuat terhadap hasil dapatan kajian yang telah
diperolehi hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Sebanyak 109 set soal selidik
telah diedarkan dan dianalisis. Penganalisisan data dilakukan terhadap setiap item
soalan yang terdapat di dalam set soal selidik dengan bantuan komputer
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS 17.00) for
Windows.
4.2 Analisis Data
Analisis data dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian A yang
meliputi maklumat demografik responden seperti jantina, kursus dan kekerapan
menggunakan E-Learning dalam seminggu. Bahagian B pula terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu bahagian B(I) yang meliputi faktor kemudahan infrastruktur di
asrama; bahagian B(II) yang mengkaji tentang faktor kemudahan infrastruktur di luar
35
asrama seperti di Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), di FP, WifiUTM Hotspot
dan lain-lain. Bahagian terakhir iaitu bahagian B(III) pula meliputi soalan berkenaan
tentang faktor sifat kendiri pelajar. Di dalam setiap bahagian di bahagian B juga
disertakan dengan ruang untuk responden bagi memberikan cadangan
penambahbaikan.
Analisis terhadap setiap item dilakukan untuk mendapatkan kekerapan,
peratus dan min yang mana item-item tersebut akan dikumpulkan mengikut
persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam Bab Satu.
4.3 Analisis bahagian A: Maklumat Demografik Responden
Analisis bahagian A iaitu maklumat demografik responden melibatkan
soalan-soalan yang meliputi aspek jantina, kursus, kekerapan penggunaan E-
Learning dalam seminggu dan lain-lain soalan asas berkaitan dengan penggunaan E-
Learning oleh responden. Nilai kekerapan dan peratusan bagi setiap aspek adalah
dinyatakan. Data dan maklumat berkenaan responden ditunjukkan dalam jadual-
jadual di bawah:
4.3.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina
Jadual 4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina
Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 52 47.7
Perempuan 57 52.3
Jumlah 109 100.0
36
Berdasarkan kepada Jadual 4.1, responden yang terlibat dalam kajian adalah
terdiri dari 52 orang pelajar lelaki (47.7%) dan 57 orang pelajar perempuan (52.3%).
Ini menunjukkan bahawa majoriti daripada jumlah responden yang diperolehi adalah
daripada kalangan pelajar perempuan dengan perbezaan sebanyak lima orang (4.6%).
4.3.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kursus
Jadual 4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kursus
Kursus Taburan Peratus
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) 2 1.8
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) 9 8.3
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) 7 6.4
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan) 12 11.0
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik) 1 0.9
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia) 8 7.3
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
4 3.7
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL) 11 10.1
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) 8 7.3
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Elektrik) 5 4.6
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Mekanikal) 15 13.8
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kem. Hidup) 27 24.8
Jumlah 109 100
Taburan dan peratusan responden berdasarkan program dinyatakan seperti
dalam Jadual 4.1. seperti yang dapat dilihat peratusan responden terbanyak adalah
daripada kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
yang berjumlah 27 orang (24.8%) daripada keseluruhan 109 orang responden.
Diikuti pula dengan responden daripada kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Sains Sukan) dengan 12 orang (11.0%). Jumlah responden yang paling
37
sedikit adalah dari kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Fizik) iaitu seorang (0.9%).
4.3.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kekerapan Penggunaan
E-Learning Dalam Seminggu
Jadual 4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kekerapan Penggunaan
E-Learning Dalam Seminggu
Penggunaan E-Learning dalam seminggu Kekerapan Peratus
Sekali atau kurang ( ≤ 1 ) 25 22.9
2 hingga 3 kali 37 33.9
4 hingga 5 kali 15 13.8
6 hingga 7 kali 7 6.4
7 atau lebih ( ≥ 7 ) 25 22.9
Jumlah 109 100
Jadual 4.3 menunjukan taburan dan peratusan responden berdasarkan
kekerapan penggunaan E-Learning dalam seminggu. Majoriti daripada responden
menggunakan E-Learning dua hingga tiga kali seminggu dengan jumlah seramai 37
orang (33.9%). Manakala untuk penggunaan E-Learning kurang sekali dan lebih
daripada tujuh kali seminggu pula mempunyai jumlah responden yang sama iaitu
sebanyak 25 orang (22.9%). Diikuti dengan 15 orang (13.8%) yang menggunakan E-
Learning sebanyak empat hingga lima kali dalam seminggu. Tujuh orang responden
pula (6.4%) pula melayari laman E-Learning enam hingga tujuh kali seminggu.
38
4.3.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Tujuan Menggunakan
E-Learning
Jadual 4.4 Taburan dan Peratusan responden berdasarkan tujuan menggunakan E-
Learning
Tujuan
Ya Tidak Jumlah
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Tidak pernah
guna
5 4.6 104 95.4 109 100
Memuat turun
nota
98 89.9 11 10.1 109 100
Berbincang
dengan rakan
37 33.9 72 66.1 109 100
Menyertai
forum
74 67.9 35 32.1 109 100
Lain-lain 13 11.9 96 88.1 109 100
Jadual 4.4 menunjukkan taburan dan peratusan responden berdasarkan tujuan
penggunaan E-Learning. Soalan dianalisis berdasarkan pilihan responden terhadap
lima pilihan jawapan yang diberikan. Dapat diperhatikan bahawa peratusan terbesar
bagi tujuan responden menggunakan E-Learning adalah untuk memuat turun nota
kuliah dengan jumlah pilihan adalah sebanyak 98 orang (89.9%). Diikuti dengan
menyertai forum yang diadakan oleh pensyarah dengan jumlah pilihan sebanyak 74
orang (67.9%). Manakala pilihan tidak pernah menggunakan E-Learning pula hanya
dengan lima orang (4.6%). Ini menunjukkan bahawa lebih 95% responden pernah
menggunakan E-Learning untuk pelbagai tujuan.
39
Jadual 4.5 Taburan responden berdasarkan tujuan menggunakan E-Learning bagi
pilihan jawapan “Lain-lain”
Bil Tujuan Kekerapan
1 Melihat markah 9
2 Mengikuti perkembangan kuliah 1
3 Membuat latihan yang disediakan 1
Jadual 4.5 menunjukkan taburan responden berdasarkan tujuan penggunaan
E-Learning bagi pilihan jawapan “Lain-lain”. Daripada seramai sembilan orang
responden yang memberi maklum balas terhadap soalan ini, sembilan orang
responden mengatakan bahawa mereka menggunakan E-Learning untuk melihat
markah subjek yang diambil. Manakala terdapat dua responden yang memberi
maklum balas bahawa selain meggunakan E-Learning untuk melihat markah, mereka
juga menggunakan E-Learning untuk mengikuti perkembangan kuliah dan membuat
latihan dengan masing-masing terdapat satu responden bagi setiap satu pernyataan.
4.3.5 Taburan dan Peratusan responden Berdasarkan kehendak menggunakan
E-Learning
Jadual 4.6 Taburan dan Peratusan responden berdasarkan kehendak menggunakan
E-Learning
Kehendak sendiri Kekerapan Peratus
Ya 95 87.2
Tidak 14 12.8
Jumlah 109 100
Jadual 4.6 menunjukkan kehendak responden meggunakan E-Learning sama
ada di atas kehendak sendiri ataupun tidak. 95 orang (87.2%) responden bersetuju
bahawa mereka menggunakan E-Learning di atas kehendak mereka sendiri dan
40
bukan atas paksaan. Manakala 14 orang (12.8%) pula menyatakan bahawa mereka
menggunakan E-Learning bukan di atas kehendak sendiri.
Jadual 4.7 Taburan responden berdasarkan kehendak menggunakan E-Learning bagi
yang memilih jawapan tidak dan sebab-sebab yang dinyatakan
Bil Sebab-sebab Kekerapan
1 Paksaan pensyarah 3
2 Untuk memuat turun nota 4
3 Untuk dapat markah 1
4 Menghantar tugasan 1
Jadual 4.7 Taburan responden berdasarkan kehendak menggunakan E-
Learning bagi responden yang memilih jawapan tidak dan sebab-sebab yang
dinyatakan oleh responden. Berdasarkan kepada jadual dapat dilihat bahawa dua
sebab utama pelajar menggunakan E-Learning bukan atas kehendak mereka sendiri
adalah kerana atas paksaan pensyarah, untuk memuat turun nota dengan jumlah
masing-masing ialah tiga dan empat orang. Selebihnya ialah untuk mendapat markah
dan menghantar tugasan dengan seorang bagi setiap satu sebab.
41
0
10
20
30
40
50
60
70
e-learning laman sosial enjin carian hiburan blog lain-lain
pertama
kedua
ketiga
4.3.6 Taburan responden berdasarkan laman sesawang utama yang dibuka
apabila mengakses internet
Graf 4.1 Taburan responden berdasarkan tiga laman sesawang utama yang dibuka
apabila mengakses internet
Graf 4.1 menunjukkan taburan responden berdasarkan tiga laman sesawang
utama yang akan dibuka apabila mereka mengakses internet. Bagi laman sesawang
yang pertama yang akan dibuka apabila responden mengakses internet laman sosial
seperti Facebook, Twitter dan lain-lain mendahului dengan jumlah sebanyak 65
orang. Diikuti dengan enjin carian dengan jumlah seramai 43 orang. Manakala E-
Learning menduduki tempat ketiga dengan jumlah seramai 23 orang. Bagi laman
sesawang kedua pula enjin carian menduduki tempat pertama dengan jumlah seramai
32 orang diikuti dengan laman sosial seramai 16 orang dan E-Learning lima orang.
Bagi laman sesawang yang ketiga diakses pula E-Learning mendahului dengan
jumlah seramai 16 orang. Diikuti dengan enjin carian dan laman sosial masing-
masing dengan 11 dan dua orang.
42
Jadual 4.8 Taburan responden berdasarkan tiga laman sesawang utama yang dibuka
apabila mengakses internet bagi pilihan “Lain-lain”
Bil
Item
Laman Sesawang Kekerapan
Pertama Kedua Ketiga
1 Berita Online 1 1 1
2 E-Mail 1 1 0
3 Ensiklopedia 0 0 1
Jadual 4.8 menunjukkan taburan responden berdasarkan tiga laman sesawang
utama yang diakses apabila menggunakan internet bagi pilihan “lain-lain”. Daripada
enam orang responden yang memilih lain-lain sebagai pilihan pertama, kedua dan
ketiga, masing-masing hanya seorang menjadikan berita online dan mel elektronik
(e-mail) sebagai laman sesawang pertama yang diakses apabila menggunakan
internet. Manakala bagi pilihan kedua pula masing-masing hanya seorang memilih
berita online dan e-mail. Diikuti dengan pilihan ketiga dengan seorang memilih
berita online dan seorang memilih ensiklopedia.
4.4 Analisis Bahagian B
4.4.1 Analisis Bahagian B(I) : Analisis setiap Item berdasarkan Faktor
Kemudahan Infrastruktur di Asrama
Jadual 4.9 Analisis setiap item berdasarkan faktor kemudahan infrastruktur di
asrama.
Bil
Item
Soalan STS TS TP S SS Min
1 Sistem rangkaian
internet yang
disediakan sempurna
31
28.4%
21
19.3%
21
19.3%
25
22.9%
11
10.1%
2.67
43
2 Saya berpuas hati
dengan akses internet
yang ada
30
27.5%
29
26.6%
23
21.1%
18
16.5%
9
8.3%
2.51
3 Dikolej/blok saya
tidak disediakan
kemudahan internet
23
21.1%
28
25.7%
25
22.9%
23
21.1%
10
9.2%
2.71
4 Saya menghadapi
kesukaran mengakses
internet
17
15.6%
22
20.2%
21
19.3%
25
22.9%
24
22.0%
3.16
5 Akses internet yang
disediakan adalah
pantas
42
38.5%
18
16.5%
22
20.2%
21
19.3%
6
5.5%
2.37
6 Bilik saya tidak
berada dalam
lingkungan isyarat
pemancar
20
18.3%
29
26.6%
23
21.1%
23
21.1%
14
12.8%
2.83
7 Pemancar yang ada
selalu bermasalah
14
12.8%
8
7.3%
20
18.3%
33
30.3%
34
31.2%
3.60
8
Saya dapat
mengakses laman E-
Learning dengan
menggunakan
internet yang
disediakan
22
20.2%
13
11.9%
29
26.6%
30
27.5%
15
13.8%
3.03
PURATA 2.86
Analisis terhadap item satu menunjukkan 31 (28.4%) orang responden
daripada jumlah responden seramai 109 orang adalah sangat tidak setuju dengan item
yang diberikan. 21 (19.3%) orang responden pula tidak setuju dan tidak pasti.
Seramai 25 (22.9%) setuju dengan dengan pernyataan tersebut. Manakala sebanyak
11 (10.1%) orang pula sangat setuju. Min item ialah sebanyak 3.27.
44
Bagi analisis item dua pula masing-masing seramai 26 (23.9%) dan 31
(28.4%) orang responden pula tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan item
tersebut. Seterusnya seramai 23 (21.1%) orang pula tidak pasti terhadap item yang
diberikan. Diikuti dengan 20 (18.3%) orang yang setuju dan hanya sembilan (8.3%)
orang yang bersetuju. Min yang diperolehi ialah 2.31.
Item tiga pula menunjukan 23 (21.1%) responden sangat tidak setuju dan
seramai 28 (25.7%) tidak setuju dengan item tersebut. Bagi responden yang tidak
pasti pula terdapat seramai 25 (22.9%) manakala yang bersetuju adalah seramai 23
(21.1%) orang dan 10 (9.2%) sangat setuju dengan item. Min item ialah 2.71.
Berdasarkan analisis item empat pula didapati bahawa seramai 157 (15.6%)
orang responden sangat tidak setuju, 22 (20.2%) orang responden tidak setuju dan
21 (19.3%) orang tidak pasti. Responden yang setuju dengan item adalah seramai 25
(22.9%) orang diikuti oleh 24 (22.0%) orang responden sangat setuju dengan item
kajian. Min yang diperolehi ialah 3.16.
Untuk item lima dapat dilihat bahawa 42 (38.5%) responden sangat tidak
setuju dan 18 (16.5%) orang setuju. Bagi maklum balas tidak pasti, setuju dan sangat
setuju pula masing masing adalah seramai 22 (20.2%) orang, 21 (19.3%) orang dan 6
(5.5%) orang. Min item ialah sebanyak 2.37.
Analisis terhadap item enam mendapati bahawa 20 (18.3%) orang responden
sangat tidak setuju. 29 (26.6%) orang pula tidak setuju dengan item. Jumlah
responden yang tidak pasti dan setuju pula mencatat jumlah yang sama iaitu seramai
23 (21.1%) orang. Bagi responden yang sangat setuju pula berjumlah 14 (12.8%)
orang. Min item 2.83.
45
Analisis item tujuh pula mendapati bahawa 14 (12.8%) orang sangat setuju
dan 8 (7.3%) setuju. Diikuti dengan 20 (18.3%) orang responden tidak pasti.
Manakala seramai 33 (30.3%) orang responden tidak setuju dan 34 (31.2%) orang
sangat tidak setuju. Min yang diperolehi ialah 3.60.
Bagi analisis item lapan pula jumlah responden yang sangat tidak setuju
adalah seramai 22 (20.2%). Bagi responden yang tidak setuju pula adalah seramai 13
(11.9%) orang. Diikuti dengan responden yang tidak pasti seramai 29 (26.6%).
Untuk responden yang setuju pula adalah seramai 30 (27.5%) dan 15 (13.8%) orang
pula sangat setuju dengan item. Min bagi item lapan ialah 3.03.
Min keseluruhan bagi analisis infrastruktur di asrama ialah 2.86 dan daripada
ini dapat disimpulkan bahawa infrastruktur di asrama memberi kesan terhadap tahap
penggunaan E-Learning dikalangan pelajar dan ini menunjukkan bahawa terdapatnya
pelajar yang dapat mengakses E-Learning di asrama dan ada yang tidak dapat
mengaksesnya. Melihat kepada majoriti cadangan penambahbaikan oleh pelajar pula
dapat disimpulkan bahawa kualiti akses internet di asrama perlu dipertingkatkan lagi.
Jadual 4.10 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi infrastruktur di asrama
Bil
Item
Cadangan-cadangan Kekerapan
1 Tingkatkan kualiti WifiUTM 47
2 WifiUTM perlu dipantau lebih kerap 1
3 Penggunaan komputer di bilik komputer kolej seharusnya tiada
batasan waktu dan tidak perlu dikenakan bayaran
1
Jadual 4.10 menunjukkan analisis terhadap item sembilan yang melibatkan
cadangan pelajar bagi penambahbaikan infrastruktur di asrama. Dapat dilihat bahawa
majoriti pelajar dengan jumlah seramai 47 orang mencadangkan peningkatan
terhadap kualiti perkhidmatan WifiUTM di asrama manakala bagi cadangan
46
WifiUTM perlu dipantau dengan lebih kerap hanya seorang. Seterusnya adalah
cadangan agar penggunaan komputer di bilik komputer kolej seharusnya tiada
batasan dan tidak perlu dikenakan bayaran dengan seorang responden
mencadangkannya.
4.4.2 Analisis Bahagian B(II) : Analisa setiap Item berdasarkan Infrastruktur di
Luar Asrama (Perpustakaan, Fakulti, WifiUTM Hotspot dan lain-lain)
Jadual 4.11 Analisis setiap item berdasarkan infrastruktur di luar asrama
Bil
Item
Soalan STS TS TP S SS Min
1 Sistem rangkaian
internet yang
disediakan sempurna
14
12.8%
21
19.3%
30
27.5%
34
31.2%
10
9.2%
3.05
2 Saya berpuas hati
dengan akses internet
yang ada
14
12.8%
21
19.3%
34
31.2%
31
28.4%
9
8.3%
3.00
3 Saya menghadapi
kesukaran mengakses
internet
8
7.3%
24
22.0%
32
29.4%
28
25.7%
17
15.6%
3.20
4 Akses internet yang
disediakan adalah
pantas
16
14.7%
32
29.4%
37
33.9%
16
14.7%
8
7.3%
2.71
5 Di perpustakaan,
bilangan komputer
yang disediakan
adalah mencukupi
16
14.7%
22
30.2%
30
27.5%
30
27.5%
11
10.1%
2.98
6 Bilik komputer yang
disediakan sentiasa
terbuka untuk
digunakan oleh
14
12.8%
10
9.2%
37
33.9%
35
32.1%
13
11.9%
3.21
47
pelajar
7 Saya dapat
mengakses laman E-
Learning UTM
dengan menggunakan
internet yang
disediakan
9
8.3%
13
11.9%
27
24.8%
44
40.4%
16
14.7%
3.41
8 Fakulti/perpustakaan/
kawasan Hotspot
WifiUTM adalah
jauh dari kolej
penginapan saya
10
9.2%
16
14.7%
19
17.4%
26
23.9%
38
34.9%
3.61
9 Saya menghadapi
kesukaran
pengangkutan untuk
pergi ke tempat yang
membolehkan saya
untuk mendapatkan
akses internet
8
25.7%
16
29.4%
27
23.9%
29
15.6%
29
5.5%
3.50
Jumlah 3.19
Bagi analisis item satu jumlah responden yang sangat tidak setuju adalah
seramai 14 (12.8%). Bagi responden yang tidak setuju pula adalah seramai 21
(19.3%) orang. Diikuti dengan responden yang tidak pasti seramai 30 (27.5%).
Untuk responden yang setuju pula adalah seramai 34 (31.2%) dan 10 (9.2%) orang
pula sangat setuju dengan item. Min yang diperolehi ialah 3.05.
Analisis item dua pula mendapati bahawa 14 (8.3%) orang sangat tidak setuju
dan 21 (30.3%) tidak setuju. Diikuti dengan 34 (29.4%) orang responden tidak pasti.
Manakala seramai 31(22.0%) orang responden setuju dan sembilan (10.1%) orang
sangat setuju. Min yang diperolehi ialah 2.954.
48
Analisis terhadap item tiga menunjukkan lapan (7.3%) orang responden
sangat tidak setuju dengan item yang diberikan. Jumlah responden yang tidak setuju
ialah 24 (22.0% ) dan tidak pasti pula mencatat jumlah seramai 32 (29.4%) orang.
Sebanyak 28 (25.7%) orang pula bersetuju. Diikuti dengan 17 (15.6%) orang
responden sangat setuju. Min item ialah sebanyak 3.20.
Untuk item empat dapat dilihat bahawa hanya 16 (14.7%) responden sangat
tidak setuju dan 32 (29.4%) orang tidak setuju. Bagi respon tidak pasti, setuju dan
sangat setuju pula masing masing adalah seramai 37 (33.9%) orang, 16 (14.7%)
orang dan lapan (7.4%) orang. Min item ialah sebanyak 2.71.
Analisis terhadap item lima menunjukkan bahawa seramai 16 (14.7%)
responden sangat tidak setuju dengan item yang dinyatakan. Diikuti oleh jumlah
responden yang tidak setuju dengan 22 (20.2%) orang. Bagi responden yang tidak
pasti dan setuju pula adalah seramai 30 (27.5%) orang. Manakala responden sangat
setuju mencatatkan jumlah seramai 11 (10.1%) orang. Min yang diperoleh ialah 2.98.
Bagi analisis item enam pula hanya 14 (12.8%) orang yang sangat tidak
setuju diikuti dengan 10 (9.2%) orang yang tidak setuju. Seterusnya seramai 37
(33.9%) orang pula tidak pasti terhadap item yang diberikan. Masing-masing seramai
35 (32.1%) dan 13 (11.9%) orang responden pula setuju dan sangat setuju dengan
item tersebut. Min yang diperolehi ialah 3.21.
Berdasarkan analisis item tujuh pula didapati bahawa seramai sembilan
(8.3%) orang responden sangat tidak setuju, 13 (11.9%) orang responden tidak setuju
dan 27 (24.8%) orang tidak pasti. Responden yang setuju dengan item adalah
seramai 44 (40.4%) orang diikuti oleh 16 (14.7%) orang responden sangat setuju
dengan item kajian. Min yang diperolehi ialah 3.41.
49
Item lapan menunjukan seramai 10 (9.2%) responden sangat tidak setuju dan
seramai 16 (14.7%) tidak setuju dengan item tersebut. Bagi responden yang tidak
pasti pula terdapat seramai 19 (17.4%) manakala yang bersetuju adalah seramai 26
(23.9%) orang dan 38 (34.9%) sangat setuju dengan item. Min ialah 3.61.
Untuk analisis terhadap item sembilan pula seramai lapan (7.3%) orang
responden sangat tidak setuju diikuti dengan 16 (14.7%) responden yang tidak setuju.
Bagi responden yang tidak pasti pula mencatatkan seramai 27 (24.8%). Kemudian
responden yang setuju dan sangat setuju pula adalah sama iaitu seramai 29 (26.6%).
Nilai min yang diperolehi ialah 3.50.
Berdasarkan item-item ini nilai purata min yang diperoleh adalah 3.19.
daripada ini dapat disimpulkan bahawa infrastruktur di luar asrama memberikan
kesan penting terhadap tahap penggunaan E-Learnig bagi pelajar. Pelajar dapat
menggunakan E-Learning di luar asrama dengan baik dan menunnjukkan adanya
usaha dikalangan pelajar untuk menggunakan E-Learning bukan hanya di asrama
malahan di mana-mana jua. Namun beberapa perkara masih perlu diperbaiki lagi
berdasarkan kepada cadangan responden mencadangkan tentang penambahbaikan
sistem pengangkutan di dalam UTM, jumlah komputer yang ada di dalam
perpustakaan perlu diperbanyakkan lagi dan juga WiFi yang perlu dipertingkatkan.
Jadual 4.12 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi infrastruktur di luar
asrama
Bil
Item
Cadangan-cadangan Kekerapan
1 Tambah bilangan komputer di PSZ 1
2 Meningkatkan kualiti internet 34
3 Tambahkan bilik komputer dan komputer di FP 2
4 Perbaiki perkhidmatan bas 1
5 Install software asas yang diperlukan oleh pelajar 1
50
6 Update antivirus dan sistem komputer 1
7 Jalan ke perpustakaan tidak perlu dikawal rapi dan pengawal
keselamatan tidak perlu menyaman setiap pelajar walaupun
hanya untuk kesalahan yang kecil
1
Jadual 4.12 menunjukkan analisis item bagi cadangan penambahbaikan
berkenaan dengan infrastruktur di luar asrama. Berdasarkan kepada analisis dapat
diperhatikan terdapat tujuh cadangan penambahbaikan yang diberikan oleh
responden. Majoriti responden mencadangkan agar kualiti internet di luar asrama
seperti di WiFiUTM Hotspot, PSZ dan di Fakulti Pendidikan dipertingkatkan dengan
jumlah responden yang mencadangkannya seramai 34 orang. Terdapat dua orang
responden mencadangkan agar bilik komputer dan bilangan komputer di FP
ditambahkan. Selain daripada itu terdapat banyak cadangan-cadangan lain yang
diberikan responden seperti menambah bilangan komputer di PSZ, memperbaiki
perkhidmatan bas dan lain-lain lagi.
4.4.3 Analisis Bahagian B(II) : Analisa setiap Item berdasarkan Sifat Kendiri
Pelajar
Jadual 4.13 Analisis setiap item berdasarkan sifat kendiri pelajar
Bil
Item
Soalan STS TS TP S SS Min
1 Saya sentiasa berusaha
untuk menggunakan E-
Learning yang ada
dengan sebaik mungkin
7
6.4%
12
11.0%
31
28.4%
42
38.5%
17
15.6%
3.46
2 Saya yakin dengan
kejayaan sistem E-
Learning yang
disediakan untuk saya
7
6.4%
13
11.9%
28
25.7%
46
42.2%
15
13.8%
3.45
3 Saya sentiasa
melibatkan diri dalam
5
4.6%
17
15.6%
32
29.4%
39
35.8%
16
14.7%
3.40
51
forum yang diadakan
oleh pensyarah dalam
E-Learning
4 Saya suka
menggunakan E-
Learning dalam
membantu proses
pembelajaran saya
7
6.4%
17
15.6%
37
33.9%
32
29.4%
16
14.7%
3.30
5 E-Learning banyak
membantu saya untuk
memahami setiap
subjek
10
9.2%
19
17.4%
34
31.2%
30
27.5%
16
14.7%
3.21
6 E-Learning
memberikan banyak
faedah buat saya
8
7.3%
13
11.9%
33
30.3%
40
36.7%
15
13.8%
3.37
7 E-Learning adalah
laman pertama yang
saya akan akses apabila
menggunakan internet
23
21.1
%
30
27.5%
28
25.7%
18
16.5%
10
9.2%
2.65
8 Saya tidak pernah
menggunakan /
mengakses E-Learning
53
48.6
%
21
19.3%
9
8.3%
14
12.8%
12
11.0%
2.18
9 Saya menggunakan E-
Learning hanya apabila
terpaksa
26
23.9
%
26
23.9%
28
25.7%
19
17.4%
10
9.2%
2.64
10 Saya selalu mengajak
rakan-rakan saya untuk
turut sama
menggunakan E-
Learning
26
23.9
%
17
15.6%
41
37.6%
19
17.4%
6
5.5%
2.65
Jumlah 3.03
52
Analisis terhadap item satu menunjukkan seramai tujuh (6.4%) responden
sangat tidak setuju dan 12 (11.0%) orang pula tidak setuju dengan item. 31 (28.4%)
orang pula tidak pasti seterunya diikuti oleh respon setuju dengan 42 (38.5%) orang
dan akhir sekali adalah sangat setuju seramai 17 (6.4%) orang. Hasil item
menunjukkan min sebanyak 3.45.
Bagi item dua pula dapat dilihat bahawa jumlah responden yang sangat tidak
setuju hanya tujuh (6.4%) orang dan yang tidak setuju adalah 13 (11.9%) orang. 28
(25.7%) orang responden didapati memberikan jawapan tidak pasti manakala pleajar
yang menjawab setuju dan sangat setuju pula masing-masing ialah seramai 46
(42.2%) dan 15 (13.8%) orang. Nilai bagi min item ialah 3.45.
Bagi analisis item tiga jumlah responden yang sangat tidak setuju adalah
seramai lima (4.6%). Bagi responden yang tidak setuju pula adalah seramai 17
(15.6%) orang. Diikuti dengan responden yang tidak pasti seramai 32 (29.4%).
Untuk responden yang setuju pula adalah seramai 39 (35.8%) dan 16 (14.7%) orang
pula sangat setuju dengan item. Min yang diperolehi ialah 3.40.
Seterusnya adalah analisis item empat yang menunjukkan seramai tujuh
(6.4%) orang yang sangat tidak setuju dengan kenyataan item. Bagi responden yang
tidak setuju pula mencatatkan jumlah seramai 17 (15.6%) orang. Respons dengan
kekerapan paling tinggi ialah tidak pasti dengan jumlah seramai 37 (33.9%) orang.
Kemudian diikuti dengan respons setuju dan sangat setuju pula masing-masing
mencatat sebanyak 32 (29.4%) dan 16 (14.7%) orang. Nilai min perolehan ialah 3.30.
Untuk analisis terhadap item lima pula seramai 10 (9.2%) orang responden
sangat tidak setuju diikuti dengan 19 (17.4%) responden yang tidak setuju. Bagi
responden yang tidak pasti pula mencatatkan seramai 34 (31.2%). Kemudian
responden yang setuju dan sangat setuju pula adalah seramai 30 (27.5%) dan 16
(14.7) masing-maasing. Nilai min yang diperolehi ialah 3.21.
53
Bagi analisis item enam pula lapan (7.3%) orang yang sangat tidak setuju
diikuti dan 13 (11.9%) orang yang tidak setuju. Seterusnya seramai 33 (30.3%) orang
pula tidak pasti terhadap item yang diberikan. Masing-masing seramai 40 (36.7%)
dan 15 (13.8%) orang responden pula setuju dan sangat setuju dengan item tersebut.
Min yang diperolehi ialah 3.38.
Analisis terhadap item tujuh menunjukkan bahawa seramai 23 (21.1%)
responden sangat tidak setuju dengan item yang dinyatakan. Diikuti oleh jumlah
responden yang tidak setuju dengan 30 (27.5%) orang. Bagi responden yang tidak
pasti pula adalah seramai 28 (25.7%) orang. Manakala responden yang setuju adalah
18 (16.5%) orang dan 10 (9.2%) orang bagi yang sangat setuju. Min yang diperoleh
ialah 2.65.
Untuk item lapan dapat dilihat bahawa 53 (48.6%) responden sangat tidak
setuju dan 21 (19.3%) orang tidak setuju. Bagi respon tidak pasti, setuju dan sangat
setuju pula masing masing adalah seramai sembilan (8.3%) orang, 14 (12.8%) orang
dan 12 (11.0%) orang. Min item ialah sebanyak 2.18.
Analisis item sembilan pula mendapati bahawa 26 (23.9%) orang sangat tidak
setuju dan 17 (15.6%) tidak setuju. Diikuti dengan 41 (37.6%) orang responden tidak
pasti. Manakala seramai 19 (17.4%) orang responden setuju dan enam (5.5%) orang
sangat setuju. Min yang diperolehi ialah 2.64.
Analisis item 10 menunjukkan seramai 26 (23.9%) responden sangat tidak
setuju dan diikuti oleh jumlah responden yang tidak setuju dengan 17 (15.6%) orang.
Bagi responden yang tidak pasti pula adalah seramai 41 (37.6%) orang. Manakala
responden yang setuju adalah 19 (17.4%) orang dan bagi respons sangat setuju
mencatatkan jumlah seramai enam (5.5%) orang. Min yang diperoleh ialah 2.65.
54
Min purata keseluruhan yang diperoleh ialah 3.03. Ini menunjukkan bahawa
sifat kendiri pelajar dapat memberikan impak dalam menentukan tahap penggunaan
E-Learning. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan melihat kepada analisis bahagian A
pada item enam dimana majoriti pelajar memilih laman sosial dan enjin pencarian
sebagai pilihan pertama dan kedua mereka apaila mengakses internet manakala E-
Learning hanya berada pada pilihan ketiga. Namun dapat disimpulkan bahawa
pelajar sentiasa berusaha untuk menggunakan E-Learning dengan sebaik mungkin
berdasarkan kepada keputusan yang diperoleh daripada item-item soalan.
Jadual 4.14 Analisis item cadangan penambahbaikan bagi sifat kendiri
Bil
Item
Cadangan-cadangan Kekerapan
1 Bagi markah bagi pelajar yang selalu mengakses E-Learning 1
2 E-Learning perlu sentiasa dikemaskini 1
3 E-Learning perlu lebih menarik dan tidak terlalu formal 3
4 Pelajar perlu lebih berusaha kerana usaha itu tangga kejayaan 1
5 Perbaharui sistem E-Learning kerana E-Learning sukar di
akses atas sebab-sebab yang tidak diketahui
1
6 Blog untuk setiap pelajar diwujudkan dalam E-Learning 1
Jadual 4.14 menunjukkan analisis bagi cadangan penambahbaikan bagi sifat
kendiri pelajar. Seramai tiga orang mencadangkan agar E-Learning perlu dijadikan
lebih menarik dan tidak terlalu formal. Bagi cadangan-cadangan lain pula dengan
hanya seorang responden yang memberi setiap satu cadangan adalah seperti memberi
markah bagi pelajar yang kerap mengakses E-Learning, E-Learning perlu sentiasa
dikemaskini dan lain-lain.
55
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4.5 Analisis keseluruhan
Graf 4.2 Infrastruktur di asrama
Graf 4.2 menunjukkan min bagi setiap item soalan utama untuk
mengenalpasti bahawa infrastruktur di asrama menjadi faktor utama untuk pelajar
menggunakan E-Learning. Dapatan menunjukkan min keseluruhan ialah 2.86.
Nilai min yang hampir sekata bagi item satu, dua, lima dan enam iaitu 2.68,
2.51, 2.37 dan 2.83 masing-masing menunjukkan bahawa kemudahan internet yang
ada berada pada tahap sederhana dan tidak begitu memuaskan. Nilai min bagi item
lapan ialah 3.03. Ini menunjukkan bahawa walaupun dengan keadaan sambungan
internet yang tidak begitu memuaskan namun adanya usaha dikalangan pelajar untuk
mengakses E-Learning.
Min
Item
1 2 5 6 8
56
Graf 4.3 Infrastruktur di luar asrama
Graf 4.3 menunjukkan min bagi setiap item soalan utama untuk
mengenalpasti bahawa infrastruktur di luar asrama sebagai faktor untuk pelajar
menggunakan E-Learning. Hasil perolehan min keseluruhan adalah 3.19
menunjukkan bahawa infrastruktur yang ada di luar asrama mempengaruhi
pengunaan E-Learning dikalangan pelajar.
Item satu dan dua memberikan nilai min sebanyak 3.05 dan 3.00 masing-
masing. Ini menunjukkan bahawa akses internet yang ada di luar asrama pada tahap
sederhana dan masih perlu diperbaiki. Min bagi item 5 dan 6 pula masing-masing
adalah 2.98 dan 3.21. Item tujuh memberikan nilai min sebanyak 3.41 Item lapan dan
sembilan pula memberikan nilai min yang hampir sama iaitu 3.61 dan 3.50.
.0000
.5000
1.0000
1.5000
2.0000
2.5000
3.0000
3.5000
4.0000
1 2 3 4 5 6 7
Min
Item
1 2 5 6 7 8 9
57
Graf 4.4 Sifat kendiri
Graf 4.4 menunjukkan min bagi setiap item soalan utama untuk
mengenalpasti bahawa sifat kendiri pelajar menjadi faktor untuk pelajar
menggunakan E-Learning. Min purata perolehan ialah 3.03.
Item satu dan tiga mencatatkan nilai min masing-masing sebanyak 3.45 dan
3.40. Nilai ini menunjukkan bahawa walaupun adanya usaha dikalangan pelajar
untuk menggunakan E-Learning sebaik yang mungkin. Bagi item tujuh nilai min
yang diperolehi adalah 2.65. Soalan item tujuh adalah „E-Learning adalah laman
pertama yang saya akan akses apabila menggunakan internet‟ dan dengan nilai min
yang diperolehi menunjukkan bahawa kurang separuh daripada pelajar yang memilih
E-Learning sebagai lama sesawang utama yang akan mereka akses apabila
menggunakan internet. Nilai min bagi item sembilan ialah 2.64. Item ke-10 memberi
nilai min 2.65. Ini menunjukkan bahawa tidak ramai pelajar yang menggunakan E-
Learning mengajak rakan mereka turut sama menggunakan E-Learning.
.0000
.5000
1.0000
1.5000
2.0000
2.5000
3.0000
3.5000
4.0000
Min
Item
1 3 7 9 10
58
Jadual 4.15 Taburan min keseluruhan persoalan kajian
Bil Persoalan Kajian STS TS TP S SS Min
1 Infrastruktur di asrama 22.8 19.3 21.1 22.7 14.1 2.86
2 Infrastruktur di luar
asrama
11.1 17.9 27.8 26.6 12.7 3.19
3 Sifat kendiri 15.8 17.0 27.6 27.5 12.2 3.03
Hasil keseluruhan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan E-Learning
dikalangan pelajar masih lagi belum pada tahap maksimum. Namun dapat dilihat
bahawa pelajar berusaha untuk menggunakan E-Learning sama ada di asrama
mahupun di luar asrama. Infrastruktur di luar asrama mempunyai catatan min
tertinggi iaitu 3.19. Sifat kendiri pula memberikan nilai min kedua tertinggi iaitu
sebanyak 3.03. Infrastruktur di luar asrama menduduki tempat ketiga dengan min
2.86.
4.6 Kesimpulan
Dalam Bab ini penulis telah membentangkan hasil dapatan kajian dan analisi
data yang diperolehi. Penganalisisan data ini dibuat tertumpu kepada persoalan
kajian untuk mengenalpasti apakah faktor penggunaan SEL dan cadangan-cadangan
penambahbaikan bagi menjadikan SEL sebagai suatu aplikasi utama yang menjadi
pilihan setiap pelajar ketika melayari internet.
59
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Dalam bab ini penulis akan membincangkan tentang hasil kajian berdasarkan
analisis data yang telah dilakukan dalam bab sebelumnya. Perbincangan akan dibuat
dengan dibuat merujuk kepada dua persoalan kajian yang telah dikemukakan.
Persoalan kajian tersebut adalah:
i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan SEL?
ii. Apakah cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi
oleh pengguna SEL?
60
5.2 Perbincangan
Penulis akan membincangkan hasil dapatan kajian berdasarkan
penganalisisan data yang dibuat sebelum ini. Perbincangan akan difokuskan kepada
dua persoalan kajian yang dinyatakan diatas. Perbincangan ditumpukan kepada tiga
pengaruh yang dapat dikaitkan dengan faktor yang mempengaruhi penggunaan E-
Learning dikalangan pelajar.
5.3 Faktor pengguna untuk menggunakan SEL
5.3.1 Infrastruktur di asrama
Min perolehan daripada keseluruhan analisis keseluruhan item ialah 2.86 dan
ini menunjukkan bahawa infrastruktur di asrama mempengaruhi penggunaan E-
Learning di kalangan pelajar. Hal ini dapat dibuktikan dengan analisis item kelapan
dengan min yang diperolehi ialah 3.03 menunjukkan bahawa purata responden
adalah tidak pasti dengan kenyataan bahawa mereka dapat mengakses laman E-
Learning dengan menggunakan internet yang disediakan. Hal ini mungkin
disebabkan oleh sambungan internet di asrama yang tidak begitu memuaskan dan
sering terputus menyebabkan pelajar tidak dapat menggunakan internet dengan
sempurna dan E-Learning tidak dapat di akses. Hal ini dapat dilihat kepada majoriti
responden mencadangkan agar perkhidmatan internet di asrama dipertingkatkan lagi
dari segi penambahan bilangan router dan meningkatkan kelajuan internet.
Sepertimana yang diketahui majoriti pelajar banyak menghabiskan masa di
asrama selepas waktu kelas dan pada waktu inilah mereka akan menggunakan
perkhidmatan internet yang ada untuk mengakses laman E-Learning sama ada untuk
61
memuat turun nota, menyertai forum ataupun mengadakan perbincangan denga
rakan-rakan berkenaan subjek yang diambil. Perkhidmatan internet perlu pada tahap
yang memuaskan supaya pelajar memanfaatkannya dengan menggunakan E-
Learning dengan sepenuhnya.
5.2.2 Infrastruktur di luar asrama
Nilai min purata yang diperolehi ialah 3.19 dan daripada jumlah ini dapat
dikatakan bahawa infrastruktur di luar asrama menjadi faktor utama untuk pelajar
menggunakan E-Learning. Hasil perolehan menunjukkan bahawa infrastruktur yang
ada di luar asrama adalah pada tahap sederhana di tempat-tempat seperti di
perpustakaan, Fakulti Pendidikan, WiFiUTM Hotspot dan lain-lain. Namun tahap
penggunaan E-Learning di luar asrama adalah lebih baik mungkin disebabkan oleh
faktor sambung internet yang lebih memuaskan di kawasan ini berbanding di asrama.
Namun terdapat beberapa perkara masih perlu diperbaiki lagi berdasarkan kepada
cadangan responden bagi penambahbaikan terhadap jumlah dan perisian komputer
yang ada di dalam perpustakaan dan di bilik komputer dan juga WifiUTM yang perlu
dipertingkatkan lagi kelajuannya. Analisis terhadap item sembilan dan sepuluh
menunjukkan pelajar menghadapi masalah pengangkutan untuk pelajar tidak dapat
pergi ke kawasan luar asrama yang memberikan sambungan internet yang lebih baik.
Masalah ini dihadapi oleh kebanyakan pelajar terutama bagi pelajar yang tinggal di
kolej lingkaran luar dan tidak mempunyai kenderaan sendiri.
5.2.3 Sifat Kendiri
Dapatan min purata yang diperolehi ialah 3.19 menunjukkan bahawa sifat
kendiri menjadi pengaruh yang kuat bagi pelajar itu menggunakan E-Learning. Hal
ini dapat dilihat daripada dapatan yang diperolehi daripada Bab empat di mana
majoriti pelajar memilih laman sosial dan enjin pencarian sebagai pilihan pertama
dan kedua mereka apabila mengakses internet manakala E-Learning hanya berada
62
pada pilihan ketiga berdasarkan kepada dapatan analisis maklumat demografik
responden item enam.
Hanya sebahagian daripada pelajar yang memilih E-Learning sebagai laman
sesawang utama yang akan mereka akses apabila menggunakan internet dengan
merujuk kepada item tujuh. Sifat kendiri inilah yang perlu diubah kerana sekarang ini
fenomena „Facebook‟ begitu menular di Malaysia sehinggakan kerajaan melalui
www.mampu.gov.my telah mengeluarkan pekeliling mengenai Amalan Terbaik
Penggunaan Media Jaringan Sosial Di Sektor Awam.
Menurut kenyataan berdasarkan perenggan dua Surat Arahan Ketua Pengarah
Mampu itu mendapati bahawa:
Melalui hasil pemantauan MAMPU ke atas rangkaian ICT di Putrajaya
Campus Network (PCN) yang telah dilaksanakan dari 1 hingga 30 Mac 2011
mendapati sejumlah 19.96 juta transaksi capaian telah dilakukan ke atas
laman-laman web jaringan sosial. Pemantauan ini mendapati tiga capaian
tertinggi adalah ke atas laman web jaringan sosial iaitu profile.ak.fbcdn.net,
www.facebook.com dan static.ak.fbcdn.net. Pemerhatian ini jelas
menunjukkan bahawa terdapat penyalahgunaan kemudahan Internet dalam
Sektor Awam dengan melayari laman-laman web tersebut di waktu pejabat
tanpa kawalan. Aktiviti ini juga akan menyebabkan prestasi rangkaian ICT
agensi menjadi perlahan dan menganggu capaian ke atas perkhidmatan
online yang disediakan kepada rakyat. Ini secara tidak langsung akan
menjejaskan imej Perkhidmatan Awam dan Kerajaan.
(Mohd Zabidi Zainal (2011), http://www.mampu.gov.my/)
Begitu juga pelajar tidak terkecuali dalam hal ini dimana 59.6% daripada
responden memilih laman sosial sebagai laman utama yang akan mereka akses
apabila menggunakan internet.
63
Berdasarkan kepada item kelima dalam bahagian maklumat demografik
responden menunjukkan 87.2% responden menggunakan E-Learning atas kehendak
sendiri dan bukan atas paksaan namun terdapat segelintir yang menggunakannya atas
paksaan seperti atas paksaan pensyarah dan „jika tidak menyertai forum tidak akan
dapat markah‟.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada setiap bahagian ialah faktor
penggunaan E-Learning dikalangan pelajar ialah faktor infrastruktur di luar asrama
seperti di perpustakaan, fakulti, WifiUTM Hotspot dan lain-lain. Sifat kendiri juga
tidak terkecuali kerana pelajar lebih memilih laman sosial yang tidak banyak
memberikan faedah itu lebih daripada E-Learning yang sebenarnya dapt membantu
mereka mencapai kecemerlangan yang sememangnya diidamkan oleh setiap pelajar.
Faktor seterusnya adalah faktor infrastruktur di asrama.
5.4 Cadangan penambahbaikan
Cadangan akan dikemukakan di bahagian ini adalah berdasarkan kepada
pendapat yang diberikan oleh responden dalam item kesembilan di bahagian B(I)
Infrastruktur Di Asrama, item ke-11 di bahagian B (II) Infrastruktur Di Luar Asrama
dan item ke-12 di bahagian B (III) Sifat Kendiri.
Bagi infrastruktur di asrama majoriti responden mengemukakan agar
sambungan internet perlu diperbaiki dari segi kelajuan, bilangan pemancar dan
kawasan litupan pemancar dengan bilangan cadangan supaya kualiti WiFiUTM
dipertingkatkan adalah sebanyak 47 daripada 49 respons yang diterima. Hal ini
kerana berdasarkan kepada item tiga di bahagian B(I), 46.8% responden mengatakan
bahawa bilik atau blok mereka mendapat kemudahan internet namun ianya tidak
64
memuaskan berdasarkan kepada item satu dan dua dimana 46.7% bagi item satu dan
54.1% daripada responden tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.
Bagi infrastruktur di luar asrama seramai 34 responden mencadangkan agar
sambungan internet perlu diperbaiki dari segala segi seperti di WiFiUTM Hotspot,
Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan di Fakulti Pendidikan. Selain itu juga
responden mencadangkan agar bilangan komputer dan bilik komputer di Fakulti
Pendidikan agar di tambahkan; penambahan bilangan komputer di perpustakaan;
komputer di perpustakaan perlu di install perisian antivirus, perisian asas yang
diperlukan pelajar dan lain-lain cadangan.
Bagi bahagian sifat kendiri pula responden mengemukakan agar E-Learning
dibuat lebih menarik dan tidak terlalu formal dengan jumlah cadangan seramai tiga
orang. Cadangan-cadangan lain ialah sentiasa dikemaskini, pemberian markah
kepada pelajar yang kerap menggunakan E-Learning agar dapat menarik minat
pelajar untuk sentiasa menggunakannya. Terdapat responden yang mencadangkan
agar sistem E-Learning diperbaharui kerana dikatakan bahawa E-Learning sukar di
akses atas sebab-sebab yang tidak diketahui.
5.5 Rumusan
Hasil daripada penganalisisan data serta perbincangan daripada dapatan
kajian dengan ini dapat dirumuskan bahawa:
1. Faktor yang mempengaruhi penggunaan E-Learning di kalangan pelajar ialah
faktor kemudahan infrastruktur di luar asrama dan sifat kendiri pelajar itu
sendiri. Dimana kadar penggunaan E-Learning di kawasan luar asrama adalah
65
lebih tinggi mungkin disebabkan oleh sambungan internet yang lebih baik di
luar asrama. Manakala sifat kendiri pelajar juga amat penting kerana jika
sambungan internet sama ada di dalam ataupun di luar asrama adalah pada
tahap yang optimum namun jika pilihan pelajar lebih kepada laman sosial
berbanding E-Learning maka ia tidak membawa apa-apa perubahan. Selain
itu faktor infrastruktur di asrama juga memberi kesan terhadap tahap
penggunaan E-Learning dikalangan pelajar.
2. Cadangan yang majoritinya menjadi pilihan responden berdasarkan
infrstruktur di asrama dan di luar asrama adalah perkhidmatan internet perlu
diperbaikpulih dan perlu dipertingkatkan lagi dari segi kawasan liputan,
kelajuan dan bilangan pemancar. Selain itu juga E-Learning dicadangkan
agar dijadikan lebih menarik dan perlu dikemaskini selalu agar pengguna
sentiasa berminat untuk melayari E-Learning.
5.6 Cadangan Kajian Lanjut
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor iaitu dari segi
infrastruktur di asrama dan luar asrama dan juga sifat kendiri pengguna E-Learning
yang banyak mempengaruhi kadar penggunaan E-Learning di kalangan pelajar.
Sungguhpun begitu dapat dilihat bahawa pelajar sentiasa berusaha untuk mengakses
E-Learning demi untuk kepentingan mereka. Cadangan kajian lanjut yang difikirkan
adalah dengan menjalankan kajian keseluruhan terhadap setiap pelajar di seluruh
UTM untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.
Selain itu juga cadangan kajian agar dilakukan lebih terperinci di setiap faktor
kemudahan yang timbul terutamanya pada sifat kendiri pelajar bertujuan untuk
66
mengubah pemikiran dan menjadikan pelajar memilih E-Learning sebagai laman
utama dan laman pilihan pertama mereka ketika melayari internet.
67
BIBLIOGRAFI
Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan, PTS Profesional Publishing
Sdn Bhd.
Stockley, D. (2003). E-learning Definition and Explanation (E-learning, Online
Training, Online Learning), Sept 3, 2008,
http://derekstockley.com.au/elearning-definition.html
Gilbert, J. (2001). Leveraging Effective ICT Strategies for Sustainable Development.
Workshop on Sectoral Planning for Information Technology. Pembentangan
di Regional Initiative for Information and Communication Technology
Strategies Conference 2001, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur,
Malaysia, 24-26 July 2001.
Jaya Kumar (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah-Sekolah Malaysia, Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Learnframe (2001). Media Asia (1999). Cue. Volume 26, Number 3, 176, Nov 12,
2009, http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq.html/
M Sukri Saud et al. (2007) Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-
Learning) Di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal Dan Vokasional
Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor, Universiti Teknologi
Malaysia Skudai.
Marlia Puteh (2006). Electronic Learning in Malaysian Universities and the
Transformation of Malaysia. Tesis Ph.D, Monash University, Australia.
Marlia Puteh dan Supyan Hussin. (2007) Role Of Malaysian Government‟s It
Policies And E-Learning In The Tertiary Sector, Universiti Teknologi
Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
68
Mohamad Zabidi bin Zainal (2011), Akta dan Pekeliling, Surat Arahan Ketua
Pengarah Mampu, Amalan Terbaik Penggunaan Media Jaringan Sosial Di
Sektor Awam, Apr 9, 2011, (http://www.mampu.gov.my/)
Mohamed Noor Hassan, et al. (2000). Penyelidikan dan Pembangunan Elektronik (e-
learning) di Universiti Teknologi Malaysia. Pembelajaran Maya ke Arah
Peningkatan kualiti Pengajaran Pembelajaran di IPT. Konvensyen Pendidikan
UTM 2000. 15 Nov. Dewan Sultan Iskandar Universiti Teknologi Malaysia
Skudai.
Mohd Fadzli Ali, et al. (2007) Mengkaji Hubungan Antara Pembelajaran Koperatif
(Kemahiran Generik) Dengan Kemahiran Menggunakan E-Pembelajaran Di
Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek Telekomunikasi Dan Rangkaian
Di Fakulti Pendidikan UTM Skudai Johor, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai.
Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, et al. (2003). Kesediaan Pelajar
University Malaysia Menggunakan E-Pembelajaran Sebagai Satu Alat
Pembelajaran. Satu kajian kes di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di
Skudai., Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Mohd Yusof Othman (2000). Globalisasi: Imperialisme Baru Abad Ini, Muhadharah
Pemikiran Islam, siri 1, Percetakan Yayasan Islam, Terengganu.
National Information Technology Council, NITC (2001). Jun 15, 2001,
http://www.nitc.org.my/nita/index.html
Nizam Abd Latib (2004). Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Penggunaan Sistem
Maklumat Pelajar Berasaskan Komputer Di Maktab Perguruan, Tesis Ph.D,
Universiti Putra Malaysia Serdang.
Pollard, E., & Hillage, J. (Eds). (2001). Exploring e-learning. The Institute for
Emploment Studies. Report No. 376. Brighton: UK.
Rader, M., & Wilhelm,W. (2001). Needed research in business education (6th ed.).
Little Rock, AR: Deltha Pi Epsilon.
69
Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults:
Updating Garland‟s model of barriers to persistence in distance educational.
(Tesis Ph.D, Northem Illinois University.
Su Lih Teng (2007). Kemahiran Teknoogi Maklumat Di Kalangan Pelajar Fakulti
Pendidikan, UTM Dan Hubungannya Dengan Sikap Terhadap E-
Pembelajaran, Tesis M.Ed, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Wahyu Idrus dan Yahya Buntat (2007). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: Isu Dan Cadangan
Perlaksanaannya, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
70
Bil
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SOAL SELIDIK:
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN PENGGUNAAN
SISTEM E-LEARNING DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA
Soal selidik ini mengandungi 6 muka surat termasuk muka hadapan, terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu:
Bahagian A: Maklumat Demografik Responden
Bahagian B: Soal Selidik Kajian
Responden dikehendaki mengisi borang soal selidik ini seperti yang
diarahkan bagi setiap bahagian.
Segala maklumat yang diberikan dirahsiakan. Segala kerjasama yang anda
berikan amatlah di hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Mohd Azizol Bin Mohamed
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Tahun : 4 SPF
71
Bahagian A - Maklumat Demografik Responden
Sila tandakan / pada pilihan jawapan yang menepati maklumat diri anda.
1. Jantina
Lelaki Perempuan
2. Aliran kursus yang diikuti
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Elektrik)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kej. Mekanikal)
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kem. Hidup)
3. Berapa kerap anda menggunakan E-Learning dalam seminggu
Kurang daripada 1 kali
2 ke 3 kali
4 ke 5 kali
6 ke 7 kali
Lebih dari 7 kali
72
4. Saya menggunakan E-Learning untuk (boleh tandakan lebih daripada satu)
Tidak pernah guna
Memuat turun nota
Berbincang dengan rakan berkenaan subjek
Menyertai forum yang diadakan oleh pensyarah
Lain-lain, sila nyatakan _____________________________________
________________________________________________________
5. Adakah anda menggunakan E-Learning atas kehendak sendiri?
Ya Tidak
Jika tidak, sila nyatakan sebab anda menggunakannya
______________________________________________________________
______________________________________________________________
___________________________________________________________
6. Apakah laman pertama yang anda akan buka jika mengakses internet? (Pilih
dengan menggunakan skala 1-6 dengan 1 untuk yang paling utama dan 6 untuk yang
paling akhir)
E-Learning
Laman sosial (Facebook, Twitter, dll)
Enjin pencarian (Google, Yahoo, dll)
Laman hiburan (Syok.org, Youtube, dll)
Blog (E-Blogger, Wordpress, dll)
Lain-lain, sila nyatakan ________________________________________
___________________________________________________________
73
Bahagian B – Soal Selidik Kajian
Panduan
i. Sila tandakan / dibahagian yang tepat mengenai diri anda
ii. Skala adalah berdasarkan seperti berikut:
1- Sangat Tidak Setuju
2- Tidak Setuju
3- Tidak Pasti
4- Setuju
5- Sangat Setuju
Bahagian B (I) – Infrastruktur Di Asrama
Item Perkara 1 2 3 4 5
1 Sistem rangkaian internet yang disediakan sempurna
2 Saya berpuas hati dengan akses internet yang ada
3 Di kolej/blok saya tidak disediakan kemudahan
internet
4 Saya menghadapi kesukaran mengakses internet
5 Akses internet yang disediakan adalah pantas
6 Bilik saya tidak berada dalam lingkungan
pemancaran isyarat pemancar (router)
7 Pemancar yang ada selalu bermasalah
8 Saya dapat mengakses laman E-Learning UTM
dengan menggunakan internet yang disediakan
9. Sila berikan cadangan anda bagi penambahbaikan bagi perkara yang
berkaitan seperti di atas
____________________________________________________________________
_________________________________________________________________
74
Bahagian B (II) – Infrastruktur Di Luar Asrama (Perpustakaan, Fakulti, Hotspot
WifiUTM dll)
Item Perkara 1 2 3 4 5
1 Sistem rangkaian internet yang disediakan sempurna
2 Saya berpuas hati dengan akses internet yang ada
3 Saya menghadapi kesukaran mengakses internet
4 Akses internet yang disediakan adalah pantas
5 Di perpustakaan, bilangan komputer yang disediakan
adalah mencukupi
6 Bilik komputer yang disediakan sentiasa terbuka untuk
digunakan oleh pelajar
7 Saya dapat mengakses laman E-Learning UTM dengan
menggunakan internet yang disediakan
8 Fakulti/perpustakaan/kawasan Hotspot WifiUTM
adalah jauh dari kolej penginapan saya
9 Saya menghadapi kesukaran pengangkutan untuk pergi
ke tempat yang membolehkan saya untuk mendapatkan
akses internet
10. Sila berikan cadangan anda bagi penambahbaikan bagi perkara yang
berkaitan seperti di atas
____________________________________________________________________
_________________________________________________________________
75
Bahagian B (III) – Sifat Kendiri
Item Perkara 1 2 3 4 5
1 Saya sentiasa berusaha untuk menggunakan E-
Learning yang ada dengan sebaik mungkin
2 Saya yakin dengan kejayaan siatem E-Learning yang
disediakan untuk saya
3 Saya sentiasa melibatkan diri dalam forum yang
diadakan oleh pensyarah dalam E-Learning
4 Saya suka menggunakan E-Learning dalam membantu
proses pembelajaran saya
5 E-Learning banyak membantu saya untuk memahami
setiap subjek
6 E-Learning memberikan banyak faedah buat saya
7 E-Learning adalah laman pertama yang saya akan
akses apabila menggunakan internet
8 Saya tidak pernah menggunakan/mengakses E-
Learning
9 Saya menggunakan E-Learning hanya apabila terpaksa
10 Saya selalu mengajak rakan-rakan saya untuk turut
sama menggunakan E-Learning
11. Sila berikan cadangan anda bagi penambahbaikan bagi perkara yang berkaitan
seperti di atas
____________________________________________________________________
________________________________________________________
-Soalan Tamat-
Setinggi-tinggi penghargaan terhadap kerjasama anda dalam menjayakan kajian ini