penggunaan pelbagai warna dalam membantu murid mengenal huruf.pptx
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN PELBAGAI WARNA DALAM MEMBANTU MURID MENGENAL HURUF GUBALAN MELAYU
Pembentang :
SALMIAH BINTI BOHARI
Penyelia :
AZHAR BIN ABDUL WAHAB
ABSTRAK
Penyelidikan ini adalah bertujuan meningkatkan penguasaan murid yang lemah dalam mengenal pasti huruf gubalan Melayu abjad jawi. Bagi memudahkan usaha ini, kajian dibuat secara ujian, temubual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian ini melibatkan 5 sampel kajian yang masih mengulang kesilapan dalam mengenal pasti huruf
ث ض خ ؤغ ف. Kajian ini melibatkan sampel pilihan di tempat penyelidik
bertugas. Sebagai memantapkan lagi penyelidikan ini, beberapa ujian samaada secara lisan , bertulis dan temubual juga dilaksanakan ke atas murid sebagai cara untuk mengetahui tahap pencapaian penguasaan murid dalam huruf-huruf jawi. Ironinya, kajian ini memberi peluang kepada guru dan murid mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menepati usaha meningkatkan kemahiran penguasaan murid dalam tulisan jawi. Oleh itu, usaha ini membuktikan bahawa pelbagai kaedah dan teknik masih boleh dipraktikkan dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam tulisan Jawi.
PENDAHULUAN
Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji bertujuan mengatasi masalah penguasaan murid dalam mengenal pasti huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu ثف ؤغ خ Pengkaji juga mendapati kelemahan utama .ض penguasaan huruf gubalan Melayu abjad jawi ini juga disebabkan kekeliruan dalam mengecam huruf-huruf hijaiyyah. Kaedah ini dilihat bersesuaian dengan pandangan Ab. Halim Tamuri (2010) ,kemahiran mengajar dalam konsep pdp mempunyai tiga komponen penting iaitu kaedah, pendekatan dan teknik. Oleh itu seorang guru yang ingin menguasai kemahiran mengajar perlulah menguasai ketiga-tiga elemen tersebut Bertepatan dengan pandangan tersebut, pengkaji berusaha membina satu pendekatan inovastif dan mudah serta berupaya merangsang peserta kajian dengan melambangkan setiap warna mewakili huruf-huruf tertentu iaitu huruf huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu ف ؤغ خ ض Ironinya .ث penegasan huruf diwakili warna tertentu ini akan meningkatkan daya ingatan murid dalam penguasaan huruf ث ض خ ؤغ ف .
REFELKSI PDP Kelemahan murid menguasai huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu
merupakan antara punca murid lemah dalam bidang jawi. Kekeliruan murid dengan penggunaan huruf-huruf hijaiyyah. Pengkaji berusaha meningkat pdp jawi dengan bersandarkan
pandangan Ab. Halim Tamuri (2010) ,kemahiran mengajar dalam konsep pdp mempunyai tiga komponen penting iaitu kaedah, pendekatan dan teknik.
pengkaji berusaha membina satu pendekatan inovastif dan mudah serta berupaya merangsang peserta kajian dengan melambangkan setiap warna mewakili huruf-huruf tertentu dipercaya akan meningkatkan daya ingatan murid dalam penguasaan huruf.
FOKUS KAJIAN Kajian ini memfokuskan untuk membantu murid
mengecam huruf gubalan Melayu. Pentingnya penguasaan jawi bagi murid Islam di sekolah
kerajaan samaada sekolah rendah mahupun menengah bagi membolehkan mereka menguasai pdp pendidikan Islam yang bergantung sepenuhnya kepada buku teks yang ditulis penuh dengan huruf jawi.
Pemilihan teknik pelbagai warna dirasakan sesuai untuk kajian ini dan menghadkan kajian terhadap murid yang
tidak dapat mengenal pasti huruf ؤ ث ف ض خ غ. Kebanyakan peserta kajian yang terpilih masih lagi gagal
mengenal secara tepat huruf ini sekaligus menimbulkan suasana pembelajaran yang tidak menyeronokkan apabila mereka hilang tumpuandan minat.
OBJEKTIF KAJIAN
A. Membantu meningkatkan penguasaan murid mengecam, mengenal dan menyebut huruf-huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu ؤ menggunakan teknik pelbagai ث ف ض خ غwarna.
B. Membantu murid mampu menulis huruf ؤ ث ف ض خ غ dengan tepat melalui teknik pelbagai warna.
SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan tujuan mencapai jawapan bagi persoalan kajian iaitu :
Sejauh manakah penggunaan warna bagi setiap huruf gubalan Melayu abjad jawi iaitu murid dapat meningkatkan ؤ ث ف ض خ غpenguasaan murid mengecam, mengenal dan menyebut huruf-huruf tersebut.
Adakah penggunaan warna pada huruf-huruf tersebut dapat membantu murid mampu menulis huruf ؤ ث ف ض خ غ dengan tepat melalui teknik pelbagai warna
KUMPULAN SASARAN Penyelidikan ini melibatkan seramai 5 orang murid
tahun Satu terdiri daripada 2 peserta lelaki dan 3 orang peserta perempuan.
Murid juga dipilih berdasarkan latar belakang yang berbeza.
Peserta kajian dipilih berdasarkan penguasaan huruf gubalan jawi yang agak lemah dalam pra ujian.
PROSEDUR TINDAKAN
Kajian berpandukan model penyelidikan Kemmis.
Proses kajian dimulai dengan isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Seterusnya melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya dan memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.
Model Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (198) menyatakan bahawa selepas diagnostik, pengkaji perlu merancang tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan.
Pengkaji perlu merancang kaedah yang bersesuaian untuk menjalankan inkuiri. Perancangan yang dibina haruslah bersifat fleksibel. Hal ini bertujuan untuk membolehkan kajian disesuaikan ke atas kesan dan halangan yang tidak dapat dilihat ketika kajian dijalankan.
CARA PENGUMPULAN DATA
Dalam proses perlaksanaan kajian penyelidikan ini, penulis telah memilih beberapa instrumen iaitu :
ANALISA CIRI-CIRI PESERTA KAJIANBil Nama Jantina Ciri-ciri
1 Responden 1
Lelaki Agak aktif, keliru pada huruf yang
sama bentuk dan titik.
2 Responden 2
Lelaki Agak pasif dan pemalu, lemah
mengenal pasti huruf ؤ
3 Responden 3
Perempuan Lemah dalam pencapaian akademik,
hampir tidak menguasai huruf jawi
secara keseluruhan.
4 Responden 4
Perempuan Aktif tetapi lemah dalam pencapaian
jawi. Menguasai hampir semua huruf
hijaiyyah kecuali huruf gubalan
melayu abjad jawi.
5 Responden 5
Perempuan Pasif dan tidak menguasai huruf
hijaiyyah termasuk huruf gubalan
melayu abjad jawi.
PEMERHATIAN
Perkara Catatan
Murid dapat mengecam huruf خ dengan
warna merah.
Murid boleh
mengenal huruf خ
Murid dapat mengecam huruf ض dengan
warna hijau.
Murid boleh
mengenal huruf
ض
Murid dapat mengecam huruf ث dengan
warna biru.
Murid boleh
mengenal huruf
ث
TEMUBUAL
LEMBARAN 1 DAN 2 LEMBARAN 1
LEMBARAN 2
DAPATAN KAJIAN
INTERVENSI BAGI WARNA DAN HURUF GUBALAN MELAYU
BIL RESPONDEN Ujian 1 Ujian 2
1 Responden 1 5/6 6/6
2 Responden 2 4/6 6/6
3 Responden 3 1/6 3/6
4 Responden 4 2/6 4/6
5 Responden 5 2/6 5/6
KEPUTUSAN UJIAN 1 DAN UJIAN 2
GRAF PERBANDINGAN ANTARA UJIAN 1 DAN UJIAN 2
Respo
nden
1
Respo
nden
2
Respo
nden
3
Respo
nden
4
Respo
nden
50
5
10
15
20
25
30
Ujian 1Ujian 2
Teknik penggunaan warna memberi impak besar dalam merangsang minda murid menguasai huruf-huruf gubalan Melayu abjad jawi
Rangsangan warna juga melibatkan perhatian berbentuk visual dan menarik perhatian peserta kajian.
Impak warna juga memberi kesan dalam merangsang minda dan ingatan peserta kajian.
Atan Long (1983) menyatakan bahawa pemnggunaan alat yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik lebih menarik perhatian.
REFLEKSI DAPATAN KAJIAN
CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
Pengkaji mengharapkan agar terdapat kajian akan datang menghubungkaitkan teknik penggunaan warna dengan seni visual yang lebih interaktif, kreatif dan efektif.
Di samping itu juga pengkaji mencadangkan kajian akan datang menambahkan aktiviti seni berbentuk kerja tangan dilaksanakan agar sesi pengajaran lebih menyeronokkan.
RUMUSAN
Kesimpulannya kaedah ini juga dilihat berjaya merangsang daya fikir kalangan peserta kajian. Dengan kajian ini, ternyata ianya amat bertepatan dengan usaha meningkatkan budaya kecintaan dalam pelajaran jawi kalangan murid sekolah.
Sekiranya murid berasa seronok ketika menjalankan sesuau, perkara yang dialami akan diingati dengan lebih lama lagi.
SEKIAN, TERIMA KASIH