penggal 102 - akta perlindungan hidupan liaragc.gov.bn/agc images/laws/peng_pdf/penggal 102 -...
TRANSCRIPT
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
ED lSI SEMAKAN
PENGGAL 102
PERLINDUNGAN BINATANG-BINATANGLIAR
SUSUNAN BAB-BAB
BAHAGIANI
PERMULAAN
Bab
1. Gelaran pendek2. Tafsiran
3. Lantikan Ketua Pengawas Mergastua dan pegawaipegawai lain
BAHAGIAN II
TEMPAT-TEMPAT PERLINDUNGAN BINATANGBINATANG LIAR
4. Tempat-Tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liardan perbuatan-perbuatan yang dilarang di dalamnya
5. Taraf Tanah dalam Tempat Perlindungan BinatangBinatang Liar
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
2 PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
6. Tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liar bolehtermasuk Hutan Simpan, dsb
BAHAGIAN III
SYARAT-SYARAT AM BAGI PERLINDUNGANBINATANG-BINATANG LIAR
7. Binatang-binatang liar yang diperlindungi8. Binatang-binatang yang diperlindungi tidak boleh
dijual atau disimpan9. Pengeksportan binatang-binatang liar
10. Lesen-lesen
11. Lesen-Iesen bagi binatang-binatang yang diperlindungi
12. Hak untuk mempertahankan diri dan melindungiharta
13. Memusnahkan binatang yang merbahaya atau yangcedera
14. Benda-benda tanda kenangan dan anak-anak binatangyang dijumpai
BAHAGIANIV
SYARAT-SYARAT MENGENAI TATACARA DANPERBICARAAN-PERBICARAAN
15. Kuasa menangkap dan memeriksa
16. Kuasa untuk mengadakan penyiasatan dan menghendaki kehadiran
17. Kuasa untuk menyelesaikan kesalahan-kesalahan
18. Kuasa untuk merampas harta-benda
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 3
19. Perampasan harta-benda apabila pesalah tidak dapatdijumpai
20. Penyelesaian harta-benda oleh Mahkamah
21. Siapa yang mendakwa22. Bidangkuasa23. Perlindungan bagi pemberi-pemberi rahsia dari di
ketahui
24. Hadiah untuk pemberi rahsia
BAHAGIANV
JADUAL-JADUAL DAN ATURAN-ATURAN
25. Kuasa untuk membuat aturan-aturan dan perintahperintah
JADUAL-JADUAL
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 5
AKTA PERLINDUNGAN BINATANGBINATANG LIAR
Satu Akta untuk membuat syarat-syarat bagi PerlindunganBinatang-Binatang Liar dan bagi mengadakan tempat- 10 tahun 1978
tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liar
Permulaan kuatkuasa : 1 Ogos 1981 S.130/81
BAHAGIANI
PERMULAAN
1. Akta ini boleh digelar sebagai Akta Perlindungan Bina
tang-Binatang Liar.Gelaranpendek
2. Dalam Akta ini, kecuali jika maksudnya berkehendakkan makna yang lain :-
Tafsiran
"Pegawai Mergastua" bermakna mana-mana pegawai yang dilantik di bawah bab 3 menjadi KetuaPengawas Mergastua, Timbalan Ketua PengawasMergastua, Pengawas Mergastua dan Penjaga Mer
gastua;
"Tanah Kerajaan" mempunyai makna yang telahditentukan untuknya oleh Kanun Tanah;
"memburu", "membunuh", "menangkap", ber- Penggal40
makna memburu, membunuh atau menangkapdengan sebarang cara, dan termasuk percubaan-per-cubaan untuk membunuh atau menangkap dan
mengambil atau mengganggu sarang-sarang atau
telur-telur ;
"binatang yang diperlindungi" bermakna mana
mana binatang yang disebutkan dalam Jadual Pertama ;
6
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
"menembak" termasuk menembak kepada;
LantikanKctua
PengawasMcrgastuadanPegawaipegawai lain
TempattempatPerlindunganBinatangBinatangLiar dan
perbuatanpcrbuatanyangdilarang di
dalamnya
"tanda kenangan" bermakna kepala, tanduk, gigi,gading, tulang, kuku burung, kuku binatang, kulit,bulu binatang, bulu burung, telur atau mana-mana
bahagian yang tahan lama dari apajua binatang atausarang sebarang binatang.
3. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan boleh melantik seorangKetua Pengawas Mergastua, seorang Timbalan Ketua Pe
ngawas Mergastua dan beberapa Pengawas Mergastua,Penjaga Mergastua dan pegawai-pegawai lain sebagaimanayang Baginda mungkin memikirkannya perlu bagi me1aksanakan syarat-syarat Akta ini.
(2) Semua pegawai sedemikian apakala dilantik adalahtertakluk kepada arahan Ketua Pengawas Mergastua.
BAHAGIANII
TEMPAT-TEMPAT PERLINDUNGAN BINATANGBINATANG LIAR
4. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka SeriBaginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dalam Majlis Mesyuarat boleh dari masa ke semasa dengan perintah yang disiarkandalam Warta Kerajaan mengisytiharkanmana-mana kawasandi dalam Negara Brunei Darussalam yang dinyatakan dalam
pengisytiharan sedemikian sebagai satu Tempat PerlindunganBinatang-Binatang Liar yang khasnya disimpan bagi pemeliharaan binatang-binatang atau burung-burung, dan bolehmenentukan atau mengubah had-had mana-mana kawasansedemikian.
(2) Tertakluk kepada syarat-syarat bab 6, tiada sesiapapun boleh di dalam sesuatu Tempat Perlindungan BinatangBinatang Liar :-
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.102 7
(a) menembak, memburu, membunuh, menangkapatau mengambil mana-mana binatang, burung, ikanatau reptilia atau mengambil atau mengganggu sarangatau telur-telur apa jua burung ;
(b) menyimpan atau membawa sebarang senjataatau sebarang jenis alat rekaan yang digunakan untuk
mengambil, menembak atau membunuh mana-mana
binatang, burung, ikan atau reptilia;
(c) memiliki benda kenang-kenangan atau dagingdaripada mana-mana mamalia, burung, ikan atau reptilia ;
(d) memo tong atau memindah sebarang tumbuh
tumbuhan;
(e) menggali batu, membakar kapur atau arang,ataumencari, memungut atau memindah sebarang hasilhutan atau galian ;
(j) mendirikan sebarang bangunan, atau mem
bersihkan ataumenggali sebarang tanah untuk bercucuktanam atau untuk sebarang tujuan lain; atau
(g) menyalakan, menyimpan atau membawa seba
rang api atau membiarkan sebarang api menyala.
(3) Sesiapa jua yang melakukan sebarang perbuatanyang bertentangan dengan perenggan (a) dari ceraian (2) adalah bersalah: Hukuman, penjara selama satu tahun dandenda sebanyak $2,000.
(4) Sesiapa jua yang melakukan sebarang perbuatanyang bertentangan dengan perenggan (b), (c), (d), (e), (j) atau(g) dari ceraian (2) adalah bersalah: Hukuman, penjaraselama 6 bulan dan denda sebanyak $1,000.
8
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
Taraf tanahdalam tempatPerlindunganBinatangBinatang Liar
TempatPerlindunganBinatangBinatang LiarbolehtermasukHutan
Simpan,dsb.
Binatangbinatangyang di
perlindungi
Binatangbinatang yangdiperlindungitidak boleh
dijual ataudisimpan
(5) Tiada sebarang apa pun di dalam bah ini boleh
dianggap akan melarang atau menyebabkan boleh dihukum
sebarang perbuatan yang dilakukan dengan kebenaranbertulis daripada Ketua Pengawas Mergastua.
5. Mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai se
suatu tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liar di bawahsyarat-syarat bab 4 adalah dianggap sebagai tanah yang di
simpan bagi maksud awam.
6. Sesuatu Tempat Perlindungan Binatang-Binatang Liarboleh termasuk keseluruhan atau sebarang bahagian dari sesebuah Hutan Simpan atau sesebuah Hutan Yang Diperlindungi, dalam hal mana tiada sebarang apa pun yang terkan
dung di dalam Akta ini boleh melarang atau menyekatpengurusan Hutan atau Hutan Yang Diperlindungi itu.
BAHAGIAN III
SYARAT-SYARAT AM BAGI PERLINDUNGANBINATANG-BINATANG LIAR
7. Tiada seseorang pun boleh memburu, membunuh atau
menangkap mana-mana binatang yang diperlindungi selaindari di bawah dan menurut syarat-syarat sesuatu lesen yangdikeluarkan di bawah Akta ini : Hukuman, penjara selamasetahun dan denda sebanyak $2,000.
8. (I) Tiada sesiapa pun, selain dari pemegang lesenberkenaan yang telah dikeluarkan di bawah Akta ini, bolehmenjual atau menawarkan untuk jualan atau memiliki seba
rang binatang yang diperlindungi atau sebarang benda tanda
kenangan atau dagingnya ; melainkan benda-benda itu telah
diperolehi secara yang sah: Hukuman, penjara selama 6bulan dan denda sebanyak $1,000.
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 9
(2) Dalam sebarang dakwaan di bawah bab ini, bebanmembuktikan perolehan secara yang sah terpulanglah kepadaorang yang memiliki binatang yang diperlindungi atau bendatanda kenangan atau dagingnya.
(3) Pengarah Muzium-Muzium adalah terkecuali dari
syarat-syarat bab ini dan bab 9 bersabit dengan perbuatanperbuatan yang dilakukan olehnya dengan secara yang jujurbagi maksud ilmiah.
9. Tiada sesiapa pun bolehmengeksport sebarang binatangyang ditentukan dalam ladual Pertama, kecuali di bawah danmenurut syarat-syarat sesuatu lesen yang dikeluarkan dibawah Akta ini: Hukuman, penjara selama setahun dandenda sebanyak $2,000.
10. (1) Lesen-lesen untuk melakukan sebarang perbuatanyang telah dinyatakan dalam bab-bab 7, 8 dan 9 hendaklah
mengikut borang di dalam ladual Ketiga dan boleh dikeluarkan menurut pertimbangannya yang mutlak oleh Ketua Pe
ngawas Mergastua atau mana-mana pegawai yang dibenarkan bagi maksud itu olehnya, dan, tertakluk kepada arahanKetua Pengawas Mergastua, oleh Timbalan Ketua PengawasMergastua atau Pengawas Mergastua, dan akan tertakluk
kepada syarat-syarat khas sedemikian, sekiranya ada, sebagaimana pegawai yang mengeluarkan lesen itu mungkin ter
takluk kepada sebarang arahan tersebut, memikirkannyapatut supaya dikenakan.
(2) Lesen-lesen tidaklah sah lagi sesuatu tempoh yangmelebihi setahun atau sesuatu tempoh yang lebih pendek dariitu sebagaimana pegawai yang mengeluarkannya mungkin,dalam sebarang perkara tertentu, menetapkannya tidaklahboleh dipindah milik.
(3) Tertakluk kepada syarat-syarat bab 11, bayaranbayaran mengikut kadar-kadar yang ditentukan dalam ladualKedua hendaklah dikenakan apabila lesen tersebut dikeluar
kan, dan tiada sebarang bayaran boleh dikembalikanjika perbuatan yang dibenarkan oleh lesen tersebut tiada dilakukan.
Pengeksportanbinatangbinatang liar
Lesen-lesen
10
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
Lesen-lesen
bagibinatangbinatangyang di
perlindungi
Hak untuk
mempertahankandiri dan
melindungiharta
(4) Pemegang sebarang lesen di bawah Akta ini hendaklah membawa Iesen tersebut bersamanya apabila melakukan sebarang perbuatan yang dibenarkan oleh lesen itu, danhendaklah menunjukkannya untuk pemeriksaan apabila diminta oleh seorang Pegawai Perlindungan Mergastua.
(5) Sebarang Iesen yang dikeluarkan di bawah Akta iniakan diberi hanya bagi kawasan yang telah ditentukan didalam lesen itu sahaja.
(6) Pemegang sebarang lesen yang dikeluarkan dibawah Akta ini hendaklah, sebaik sahaja lesen tersebut tamat
tempohnya atau sebaliknya ditamatkan, mengembalikannyakepada Pegawai Mergastua di tempat di mana ianya dikeluarkan.
(7) Apabila sesuatu lesen untukmemburu,membunuh,menangkap, menjual atau mengeksport tamat tempohnyaatau dengan sebaliknya ditamatkan, maka pemegang lesen ituhendaklah, sebelum mengembalikannya kepada PegawaiMergastua, mencatatkan pada lesen itu bilangan serta jenisjenis binatang yang telah dibunuh, ditangkap, dijual ataudieksport.
(8) Barangsiapa yang melanggar syarat-syarat ceraian(4), (6) atau (7) atau gagal mematuhi sebarang syarat khasyang dikenakan di bawah bab ini, adalah bersalah: Hukuman, penjara selama 3 bulan dan denda sebanyak $500.
11. Lesen-Iesen membenarkan sebarang perbuatan yangdisebutkan dalam bab 7 boleh dikeluarkan hanya bagi sesuatutujuan ilmiah sahaja dan tiada sebarang bayaran akandikenakan kerananya.
12. Tiada sesuatu pun dalam Akta ini boleh dianggap akanmenyentuh hak seseorang untuk bertindak bagi mempertahankan dirinya, atau diri orang lain, atau bagi melindungiharta orang itu atau orang lain.
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 II
13. Pegawai Mergastua atau sesiapa jua yang dibenarkanolehnya boleh :
(a) memburu, membunuh atau menangkap sebarang binatang yang telah diisytiharkan oleh Ketua
Pengawas Mergastua sebagai merbahaya kepada nyawadan harta-benda ;
(b) memburu, membunuh atau menangkap se
barang binatang untuk mengelakkan kesakitan yangtidak perlu kepada binatang tersebut.
14. (1) Sesiapa jua yangmenjumpai benda tanda kenangandari binatang yang dilindungi hendaklah dengan seberapasegera memaklumkan atau memberi tahu mengenai perjumpaan benda tanda kenangan atau daging itu kepada PegawaiMergastua yang berhampiran sekali dan benda tanda ke
nangan atau daging tersebut hendaklah dibuat secara yangKetua Pengawas Mergastua mungkin mengarahkan.
(2) Sesiapa jua yang, apakala menjumpai anak seba
rang binatang yang diperlindungi, ada mempunyai alasanuntuk mempercayai bahawa anak binatang itu seharusnyamasih di bawah jagaan ibunya akan tetapi jagaan tersebuttiada diberikan, hendaklah dengan seberapa segera yangdapat sarna ada menghantar binatang itu kepada PegawaiMergastua yang berhampiran sekali atau memberikannyasegala keterangan yang mungkin perlu untuk membolehkan
Pegawai Mergastua itu melakukan penangkapan, dan bina
tang itu hendaklah dibuat secara Ketua Pengawas Mergastua mungkin mengarahkan.
(3) Pelanggaran terhadap sebarang syarat dari bab iniadalah merupakan suatu kesalahan: Hukuman, penjara se
lama 3 bulan dan denda sebanyak $500.
Memusnahkan
binatang yangmerbahayaatau yangcedera
Benda-bendatanda
kenangandan anakanak
binatang yangdijumpai
12
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENG.102 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
BAHAGIANIV
Kuasa
menangkapdanmemeriksa
SYARAT-SYARAT MENGENAI TATACARA DANPEMBICARAAN
15. (1) Mana-mana Pegawai Mergastua atau PegawaiPolis boleh, tanpa waran, menangkap sesiapa yang disyakiada terlibat dalam kesalahan terhadap Akta ini sekiranyaorang tersebut enggan memberikan nama serta alamatnya,ataupun memberikan nama serta alamat yang pegawai tersebut mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai adalah palsu, atau jika pegawai tersebut mempunyaialasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa,melainkan orang tersebut ditangkap, dia mungkin melarikan
diri, atau bahawa kelewatan yang tidak berpatutan, kesusahan atau perbelanjaan untuk menghadapkannya kepadakeadilan akan berlaku kelak.
(2) Tiap-tiap pegawai yang membuat penangkapan dibawah bab ini hendaklah, dengan tidak berlengah-lengah lagi,membawa atau menghantar orang yang telah ditangkap itu
kepada pegawai menjaga balai polis yang berhampiran sekali,atau kepada seorang pegawai yang diberi kuasa untuk menyelesaikan kesalahan itu menurut bab 17.
(3) Bila mana juga seseorang Pegawai Mergastua atau
Pegawai Polis mempunyai sebab yang munasabah untukmengsyaki bahawa satu kesalahan di bawah Akta ini telahdilakukan, maka dia boleh memasuki mana-mana tanah atau
bangunan bagi maksud-maksud melaksanakan syarat-syaratAkta ini, atau bagi maksud mencegah atau mengesan kesalahan-kesalahan terhadap Akta ini, dan bolehmenggeledah seba
rang kapal, kenderaan, bangunan, tempat tertutup atau tem
pat yang di bawah kawalan orang yang disyaki, wakil-wakilatau orang-orang gajinya.
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 13
16. (1) Mana-mana Pegawai Mergastua yang bukan dibawah pangkat Pengawas Mergastua boleh, dengan notisbertulis, menghendaki kehadiran di hadapannya bagi maksudpenyiasatan, pada waktu dan tempat yang akan ditentukandalam notis itu, sesiapa jua pun yang disyaki terlibat dalamsesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2) Jika mana-mana orang tersebut engganmenghadirisebagaimana yang dikehendaki maka Pegawai Mergastuaboleh melaporkan keengganan itu kepada seorang majistretyang boleh selepas itu,jika difikirkannya patut, mengeluarkansaman atau waran untuk mempastikan kehadiran orang itu
sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu.
17. (1) Mana-mana Pegawai Mergastua yang bukan dibawah pangkat Pengawas Mergastua boleh menerima dari
pada mana-mana orang yang telah melakukan kesalahan dibawah Akta ini sejumlah wang, yang tidak melebihi $100,sebagai ganti-rugi bagi kesalahan yang telah dilakukan :
Dengan syarat bahawa tiada sebarang kesalahan ter
hadap syarat-syarat perenggan (a) ceraian (2) dari bab 4 ataubab 7 boleh diselesaikan tanpa persetujuan Ketua PengawasMergastua.
(2) Apakala dibayar jumlah wang tersebut, maka
orang itu hendaklah dibebaskan dan tiada sebarang tindakanselanjutnya akan diambil terhadapnya, dan harta-benda tersebut, sekiranya ada, (selain dari sebarang binatang yang diperlindungi atau benda tanda kenangan atau dagingnya) yangtelah dirampas sebagaimana yang dipersyaratkan dalam Ba
hagian ini hendaklah diselesaikan secara yang pegawaiberkenaan itu fikirnya patut.
(3) Semua jumlah wang yang telah diterima sebagaiganti-rugi di bawah bab ini hendaklah dimasukkan ke dalamkira-kira hasil mahsul am Negara Brunei Darussalam.
Kuasa untukmengadakanpenyiasatandan
menghendakikehadiran
Kuasa untukmenyelesaikankesalahankesalahan
14
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
Kuasa untuk 18. (1) Manakala ada alasan untuk mempercayai bahawa�ae�:�:e��a suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan, sebarang
binatang atau tanda kenangan daripada binatang atau
dagingnya, bersama-sama dengan segala senjata, alat danalat-alat rekaan yang digunakan pada melakukan kesalahantersebut boleh dirampas olehmana-mana Pegawai Mergastuaatau pegawai polis.
(2) Tiap-tiap pegawai yang merampas sebarang hartabenda di bawah bab ini hendaklah meletakkan pada hartabenda tersebut, atau pada bekas, sekiranya ada, di dalammana ianya disimpan, satu tanda yang menunjukkan bahawa
ianya telah pun dirampas, dan hendaklah dengan tidak
berlengah-lengah lagi, membuat laporan tentang rampasantersebut kepada seorang majistret yang mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kesalahan mengenai perampasanyang telah dibuat itu :
Dengan syarat bahawa, dalam sebarang perkara dimanaharta-benda tersebut telah dirampas berkaitan dengan kesalahan yang telah diselesaikan di bawah bab 17, maka tidaklahperlu untuk melaporkan kepada seorang majistret tentangperampasannya, dan harta-benda tersebut hendaklah diselesaikan secara yang pegawai berkenaan itu fikir patut.19. Jika ada alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh seorang yangtidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, maka semua hartabenda yang dirampas di bawah bab 18 mengenai kesalahan ituhendaklah diambilmilik oleh Pegawai Mergastua yang bukandi bawah pangkat Pengawas Mergastua siapa hendaklah me
laporkan perampasan itu kepada seorangmajistret, danmajistret itu hendaklah menguruskan harta-benda itu seolah-olah
ianya merupakan perkara yang dilaporkan kepadanya dibawah bab 363 Kanun Peraturan Jenayah.
Perampasanharta-benda
apabilapesalahtidak dapatdijumpai
Penggal7
Penyelesaianharta-bendaolehMahkamah
20. Apabila pembicaraan sebarang kesalahan di bawahAkta ini tamat, maka sebarang harta-benda yang telah di
rampas di bawah syarat-syarat Akta ini hendaklah diselesaikan sebagaimana yang mungkin diperintahkan oleh Mahkamah.
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 15
21. Dakwaan-dakwaan mengenai kesalahan-kesalahanyang dilakukan di bawah Akta ini atau sebarang aturan yangdibuat di bawah ini boleh dijalankan oleh seorang PegawaiMergastua, atau oleh sesiapa yang khasnya dibenarkan secara
bertulis bagi maksud itu oleh Ketua Pengawas Mergastua.
22. Mahkamah Majistret akanmempunyai bidangkuasa terhadap semua kesalahan di bawah Akta ini dan, dengan tidakmenghiraukan sebarang apajua yang berlawanan yang mungkin terkandung di dalam Kanun Peraturan Jenayah, akanmempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman yang se
penuhnya.
23. (1) Kecuali sebagaimana dipersyaratkan selepas ini,tiada sebarang saksi dalam sebarang pembicaraan di bawahAkta ini akan diwajibkan atau dibenarkan untuk memberitahu nama dan alamat mana-mana pemberi rahsia, atau isi
kandungan maklumat yang diterima daripadanya, atau me
nyatakan sebarang perkara yang mungkin menyebabkanorang itu diketahui.
(2) Sekiranya mana-mana buku, dokumen atau kertas
yang wujud sebagai bukti keterangan atau yang boleh di
periksa dalam sebarang pembicaraan di bawah Akta ini adadinamakan atau diperhalkan, atau yang mungkin menyebabkan ianya diketahui, maka Mahkamah hendaklah menyuruhsupaya catatan itu disembunyikan dari penglihatan atau di
hapuskan, tetapi hanya setakat yang perlu sahaja untuk me
lindungi pemberi rahsia itu dari diketahui.
(3) Jika sekiranya, dalam pembicaraan sebarang kesalahan terhadap Akta ini atau sebarang aturan yang dibuat dibawah ini, mahkamah setelah penyiasatan sepenuhnya, mempercayai bahawa pemberi rahsia itu senghaja telah membuatdalam aduannya suatu kenyataan yang diketahui dan dipercayainya sebagai palsu atau yang tidak dipercayainya sebagaibenar atau, jika mahkamah berpendapat bahawa keadilantidak dapat dilakukan tanpa diketahui pemberi rahsia itumaka adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki agar
Siapa yangmendakwa
Bidangkuasa
Penggal 7
Perlindunganbagi pernberipemberirahsia daridiketahui
16
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
Hadiah untuk
pemberirahsia
Kuasa untukmembuataturan-aturan
dan perintahperintah
ditunjukkan aduan yang asal, jika secara bertulis, dan mem
benarkan penyiasatan dan menghendaki diberitahu se
penuhnya akan pemberi rahsia itu.
24. Jika, dalam mana-mana tindakan pembicaraan di bawahAkta ini, sebarang denda ada dikenakan, maka mahkamahboleh menghadiahkan sebarang jumlah atau jumlah-jumlahyang tidak melebihi separuh daripada jumlah denda yangtelah dikumpulkan kepada mana-mana pemberi rahsia atau
pemberi-pemberi rahsia :
Dengan syarat bahawa tiada sebarang jumlah wang ter
sebut boleh dihadiahkan kepada mana-mana pegawai polisatau kepada mana-mana orang yang telah dilantik untukmembantu dalam pentadbiran Akta ini.
BAHAGIANV
JADUAL-JADUAL DAN ATURAN-ATURAN
25. (1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam MajlisMesyuarat boleh membuat aturan-aturan pada amnya bagimelaksanakan syarat-syarat Akta ini, dan khususnya, aturanaturan tersebut boleh mempersyaratkan bagi :
(a) musim larangan bagi sebarang jenis binatangliar;
(b) menentukan kecukupan umur bagi pengambilan, pemburuan, pembunuhan atau penangkapan se
barang jenis binatang liar;
(c) mengawal pemeliharaan sebarangjenis binatangliar yang dalam kurungan ;
(d) mengawal pengimportan atau pengeksportanbinatang liar;
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 17
(e) jenis senjata-senjata, alat-alat dan alat-alatrekaan yang boleh digunakan bagi mengambil, menembak atau membunuh binatang liar;
(j) memberi pengecualian daripada apa-apa juayang dipersyaratkan oleh aturan-aturan tersebut ;
(g) rayuan terhadap atau kajian semula sebarangperkara menjalankan hak pertimbangan yang telah diletakkan oleh aturan-aturan tersebut kepada mana-manaPegawai Mergastua; dan
(h) apa-apajuga yangmemerlukan supaya dipersyaratkan secara aturan.
(2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam MajIisMesyuarat boleh, dengan perintah yang ditandatanganinya didalam Warta Kerajaan, meminda sebarang Jadual-jadual itu.
JADUAL PERTAMA
(Bab-bab 2, 7, 8 dan 9)
DAFTAR BINATANG-BINATANG
BAHAGIAN A : BINATANG-BINATANG YANG DIPERLINDUNGI
Nama Dalam Bahasa
Inggeris
1. Long-nosedmonkey
2. Orang Utan
3. Rhinoceros
4. Earless MonitorLizard
Nama I1miah
Nasalis Larratus
Pongo Pygmeaus
Rhinocerossumatrensis
LanthanotusBorneonis
Nama Tempatan
Bangkatan (Melayu)Orang Belanda
(Melayu)
Mayas (Melayu)Orang Utan (Melayu)
Badak Kerbau
(Melayu)
Kukang (Melayu)
---
-------.-----------------
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
18 PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
Nama Dalam Bahasa Nama I1miah Nama TempatanInggeris
5. Tarsier Tarsius bancanus Tempelileh (Melayu)Ingkat (Iban)
6. Clouded Leopard Neofelis nebulosa Harimau dahan
(Melayu)Rimau dahan
7. Slow Loris Nycticebus Ukang (Melayu)coucang Rengkang (Iban)
8, Reef Egret Egretta Sacrs Ujoh Laut (Melayu)
9. Cattle Egret Bubulcus Kenawai (Melayu)Coromandus Burung Apuh (Iban)
10. Storm's stork Ciconia Stormi Bangau (Melayu)
II. Lesser Adjutant Leptoptilos Burung BotakStork javanicus (Melayu)
Luhong
12. White-bellied Haliacetus Helang Laut (MeJayu)Sea Eagle Leucogaster
13. Grey-headed Ichthyophaga Helang (Melayu)Fishing Eagle ichthyaetus
14. Black-naped Sterna Sumatrana Tara-tara (Melayu)Tern Burung Laut
Entala Putih
15. Brown-Winged Sterna Anaetheta Burung Laut EntalaTern Hitam (Melayu)
16. Pied Imperial Ducula Bicolor Peragam BurungPigeon (Melayu)
Rawa (Iban)
17. Stork Billed Pelargopsis Burung Raja UdangKingfisher Capensis (Melayu)
Fraseri
18. Ruddy Kingfisher Halcyon Bekaka (Melayu)Coromando Minor
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 19
Nama Dalam Bahasa Nama I1miah Nama TempatanInggeris
19. Black Capped Halcyon Pileata Bekaka Burung BuayaKingfisher Hitam (Melayu)
20. Great Argus Argusianus Argus Keruai (Melayu)Pheasant Grayi
21. Bulwer's Pheasant Lophura bulwari Ayam Hutan
(Melayu)
22. Malaysian Peacook Polyplectron Merak (Melayu danPheasant Malacense Iban)
23. White-Crested Berenicornis Sentuku (Iban)Hombill Comatus
24. Bushy-Crested Anorrhinus Kekalua (Iban)Hombin Galeritus
25. Wrinkled Hombill Aceros Alau buloh (Melayu)leucoccephalus Kejakoh (lban)Corrugatus
26. Wrethed Hornbill Aceros Undulatus Alau sangoh (Melayu)Undan (lban)
27. Black Hombill Anthracoceros Alau babi (Melayu)Malayanus Likap Gagak/Rengak
(lban)
28. Pied Hornbill Anthracoceros Alau Pedada (Melayu)Coronatus Bruic (lban)
29. Rhinoceros Buceros rhinoceros Loklang/SangangHombin borneonsis (Melayu)
Kenyalang (Iban)
30. Helmeted Hornbill Rhinoplax vigil Lantudon (Melayu)Tajai (lban)
31. Dugon Dugon dugon Doyung (Melayu)Duyong (Iban)
32. Green (or Edible Chelonia mydas Penyu Palua (Melayu)Turtle Penyu emegit
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
20 PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
Nama Dalam Bahasa Nama I1miah Nama TempatanInggeris
33. Hawksbill Turtle Eretmochelys Penyu sisik (Melayu)imbricita
34. Leatherback Turtle Dermochelys Penyu timbo (Melayu)coriacea
BAHAGIAN B : BINATANG-BINATANG LAIN YANG PENG-EKSPORTANNYA DILARANG KECUALIDENGAN LESEN
(i) Mawas-mawas dan Monyet
(ii) Beruang-beruang
(iii) Rusa
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Perlindungan Binatang-Binatang Liar PENG.I02 21
JADUAL KEDUA
(Bab 10 (3»
BAYARAN-BAYARAN
A. Bayaran bagi Iesen untuk mengeksport binatang-binatang yang dise-butkan di dalam Jadual Pertama $50.00 seekor.
B. Bayaran untuk sesuatu lesen di bawah bab 9 .
$30.00 sebulan.
JADUAL KETIGA
(Bab 10)
BENTUK LESEN
(Tidak boleh dipindah milik)
Kebenaran adalah dengan ini diberi kepada .
(di alamat) untuk memburu,membunuh atau menangkapjmemiliki/menjualjmengeksport* binatangyang berikut, iaitu :
jenis .
bilangan .
di dalam Daerah .
tertakluk kepada syarat-syarat Akta Perlindungan Binatang-binatangLiar, dan sebarang aturan-aturan yang telah dibuat di bawahnya, dankepada syarat-syarat khas yang berikut, iaitu :
Tarikh Dikeluarkan .
Sah sehingga (tarikh) .
Bayaran $ (jelas)
Ketua Pengawas MergastuajPengawas Mergastua
*Potong yang tidak berkenaan.
UNDANG-UNDANG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
22 PENG.I02 Perlindungan Binatang-Binatang Liar
PERHATIAN : Jika lesen itu ialah untuk membunuh, menangkap,menjual atau mengeksport, lesen ini hendaklah dikernbalikan kepada Ketua Pengawas Mergastua atau Pe
ngawas Mergastua apakala tamat tempohnya denganmencatatkan bilangan yang telah dibunuh,ditangkap, dijual atau dieksport*.* Potong yang tidak berkenaan.
PERINGATAN: Lesen ini mestilah dibawa pada tubuh badan pemegang Iesen itu sendiri tatkala dia melakukan perbuatan-perbuatan yang telah dibenarkan.