pengetua dan penambahbaikan sekolah
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
1/36
INISIATIF PENGETUADALAM
MENENTUKAN KEJAYAANORGANISASI SEKOLAH
Kenny Cheah3/12/2011
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
2/36
Diterbitkan dalam JURNAL PENDIDIKAN Majlis
Pengetua Sekolah Malaysia (Johor) Edisi 2010oleh...
AZMAN BIN ADNAN Pengetua SMKBandar Putra, Kulaijaya
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
3/36
Pengetua: Causal Factor to schooleffectiveness.
Jatuh bangun sesebuah sekolah bergantung kepada kualitikepimpinan pengetua yang menerajuinya (Davis, 1989).
Justeru, sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu
mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan matlamatorganisasi untuk sentiasa cemerlang dan terus menciptakejayaan akan tercapai.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
4/36
Tenangkan fikiran ...
Cuba berikan satu contoh sekolahberjaya...dan fikirkan apakah yangdilakukan oleh pengetua tersebut...
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
5/36
Dan sekarang,...Cuba fikirkan sebuah sekolah yang kucar kasir, bertarafMERUDUM, guru-guru yang tidak bermotivasi dan pelajar-
pelajar yang tidak berdisiplin, dan akan ditutup dalam masasetahun kecuali menunjukkan sedikit perubahan yangpositif....
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
6/36
Cuba berikan beberap inisiatif yangboleh dilakukan oleh anda sebagai
pengetua sekiranya andadipertanggungjawabkan untukmenjayakan sekolah tersebut...
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
7/36
Objektif pembentangan
Penulisan ini akan membincangkan tentang beberapacadangan inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh pengetuadalam menentukan kejayaan sekolah yang diterajuinya.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
8/36
Antara inisiatif tersebut termasuklah aktiviti:
(a) menentukan halatuju sekolah yang jelas,(b) membuat dan melaksanakan Perancangan Strategik danRancangan Pemajuan Sekolah,(c) menyelaras tugas melalui amalan kerja sepasukan,
(d) membangun profesionalisme guru dan staf, menyemaibudaya ilmu dan mewujudkan sekolah sebagai OrganisasiPembelajaran(e) meningkatkat inovasi dan kreativiti melalui kajiantindakan,(f) memberi penekanan kepada amalan-amalan instruksionaldi sekolah,(g) memberi insentif dan ganjaran,(h) menjalin hubungan interpersonal berkesan dan
(i) membuat pemantauan, kawalan dan usaha pembetulan danenambahbaikan.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
9/36
Quality of principal reflects theleadership success....Organisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan kualitikepimpinan pengurusannya. Menurut Kouzes and Posner(1995), as a good captain, the leader should be able to sailhis ship in a direction of success and be able to make
adjustment and face all kinds of unpredictablecircumstances.
Justeru, pemimpin merupakan agen yang penting dalammenentukan kejayaan sesebuah organisasi.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
10/36
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
11/36
Penulisan ini akan menjurus kepada perbincangan berkaitanusaha-usaha dan inisiatif utama yang boleh diambil olehpengetua dalam mendepani perubahan dan memastikansekolah yang diterajuinya mampu mencapai kejayaan dan
terus cemerlang dalam pelbagai bidang.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
12/36
Apa kata pengkaji mengenai definasisekolah berjaya...Hussein Mahmood (1993) menyatakan sekolah yang berjayabukanlah sekolah yang establish atau sekolah primersemata-mata tetapi sekolah yang dapat menghasilkanpencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi
masalah disiplin dan mendapat kepercayaan di kalanganmasayarakat serta guru-guru rasa puas hati bekerjadalam organisasi. Abd Shukor Abdullah (1998) pulamenyatakan sekolah yang berjaya adalah sekolah yangmencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalamsemua bidang berkaitan akdemik, sahsiah, pengurusan,perhubungan, infrastruktur dan kepimpinan.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
13/36
Common answer...
Ringkasnya sekolah yang berjaya sebagai sekolah yangcemerlang yang membawa pengertian sekolah yang dapatmencatat kejayaan yang menonjol dalam segenap bidangtanpa menafikan kejayaan dalam kebitaraan (nieche area)
atau watak sesebuah sekolah.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
14/36
Inisiatif Dan Tindakan Pengetua
Menyedari hakikat bahawa latarbelakang dan pencapaian sesebuah
sekolah adalah berbeza, usaha perlu dibuat bagi mengumpulmaklumat, menganalisis dan menilai persekitaran melalui prosesmeninjau persekitaran (environmental scanning), membuat pengaudit(auditing) secara umum, mendapatkan maklumbalas (feedback) dariwarga sekolah dan seterusnya membuat analisis SWOC (Strength,
Weakness, Opportunity and Challenge) bagi menilai kedudukan danpencapaian sekolah. Jurang yang wujud antara kedudukan semasaberbanding tahap yang hendak dicapai pada masa akan datang disamping ramalan tentang keperluan masa depan perlu dikenalpasti.Berdasarkan dapatan analisis tersebut, pelbagai inisiatif perludiambil oleh pemimpin pendidikan bagi memastikan matlamatorganisasi sekolah dicapai.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
15/36
(1) Menentukan halatuju sekolah yangjelasMembuat semakan semula visi dan misi sekolah. Melaluipenubuhan jawatankuasa penyelaras semakan semula visi danmisi sekolah yang dianggotai oleh semua peringkat wargasekolah termasuk pentadbir, guru kanan, guru dan
kakitangan sokongan, visi dan misi yang baru yang lebihrealistik dan releven dapat dihasilkan. Tugas dantanggungjawab untuk menetapkan wawasan sekolah bukanlahbegitu sukar.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
16/36
Penerapan visi dan misi kepada semuawargasekolah...Misi dan visi ini kemudiannya perlu diterapkan kepadaseluruh warga sekolah, ibu bapa/penjaga, PIBG, masyarakatsetempat dan pelbagai pihak sama ada Badan Kerajaan (GO)atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ada pertalian dengan
sekolah ini melalui pelbagai medium seperti perhimpunanmingguan, surat edaran/makluman, papan tanda, banner danposter di kelas serta sudut tertentu di sekolah, mesyuaratPIBG, mesyuarat permuafakatan dan pelbagai perjumpaanbersama ibu bapa/penjaga dan pihak-pihak yangberkepentingan.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
17/36
Hasilnya.....
Natijahnya, setiap pelajar dan guru sekolah bukan sahajadapat menyatakan visi dan misi sekolah mereka dengan tepatdan jelas malah penghayatannya akan dapat dilihat melaluipeningkatan pelbagai kejayaan yang dapat dicapai oleh
pihak sekolah dalam bidang akademik, pembangunansahsiah dan kokurikulum
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
18/36
(2) Membuat dan melaksanakan PerancanganStrategik dan Rancangan Pemajuan Sekolah
Kesilapan yang sering dibuat oleh pihak sekolah setelahmenyediakan perancangan strategik ini ialah tidak membuatpenilaian semula terhadap matlamat strategik, objektifkhusus, strategi dan pelan tindakan sama ada untuksetengah penggal atau selepas berakhirnya sesuatu penggalatau tahun. Pendekatan strategik melalui proses analisispersekitaran dalaman dan luaran, analisis sumber dananalisis jurang tidak digunakan dalam membuatpengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap perancangan
yang dibuat.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
19/36
Tiada koordinasi dalam perancangan..
Malah, pelan tindakan panitia mata pelajaran sebagai contohdirancang secara bersendiri tanpa mengira visi, misi,matlamat dan objektif sekolah yang perlu dicapai. Bidangakademik, kokurikulum dan hal ehwal murid pula mempunyai
perancangan strategik masing-masing serta tiada kaitanantara satu dengan yang lain. Justeru, siri kursus danbengkel melibatkan semua guru di sekolah dengan guru-gurupenolong kanan dan guru kanan matapelajaran menjadifasilitator dan ketua pasukan perbengkelan perlu diadakanbagi memastikan perancangan yang dibuat dapat difahamidan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
20/36
(3) Menyelaras tugas melalui amalankerja sepasukanSemua tugas sokongan selain daripada tugas utama gurumengajar di dalam bilik darjah digerakkan melalui
jawatankuasa-jawatankuasa kecil yang diwujudkan.
Pelarasan tugas ini bertujuan untuk membolehkan sekolahberoperasi secara optimum dengan sumber yang minimum.Usaha ini diambil bagi memastikan sekolah terus beradapada landasan yang betul untuk mencapai wawasan danseterusnya mengecapi kejayaan dan kecemerlangan dalampendidikan walaupun mempunyai kekangan sumber.
d l k l
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
21/36
Budaya saling berkongsi pegalaman...
Antara indikator keberkesanan pelaksanaannya yang bolehdiperhatikan adalah penglibatan dan komitmen guru-gurudalam aspek perkongsian idea, persefahaman dan rasakebertanggungjawaban yang semakin baik.
Di samping itu, semangat sepasukan dan hubungan antarasesamu guru juga sepatutnya akan berada pada tahap yanglebih baik. Sementara impak besar yang dapat dikesan pulamelibatkan penyuburan amalan perkongsian kuasadan empowerment dalam pengurusan sekolah
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
22/36
(4) Membangun profesionalisme guru dan staf,menyemai budaya ilmu dan mewujudkan sekolah sebagaiOrganisasi Pembelajaran
Melalui amalan pengurusan sebegini, pemimpin dan rakan sepasukan bolehmembimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru dalam menyelesaikan
masalah dan seterusnya meningkatkan perkembangan profesionalismedan mutu pengajaran mereka (Glickmen et al, 1995).Pembangunan kompetensi dan kapasiti guru perlu dilaksanakan secarasedar dan terancang kerana ia selari dengan konsep OrganisasiPembelajaran (Learning Organization) untuk memastikan setiapahli organisasi sentiasa belajar bagi meningkatkan perkembanganprofesionalisme dan seterusnya melonjakkan prestasi organisasi.
P hi
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
23/36
Peer coaching....
Melalui proses coaching mentoring inilah pengetua dapatmembimbing dan menunjuk ajar melalui perkongsian bersamapemimpin pertengahan berkaitan apa juga bidang kerjamasing-masing.
Melalui pendekatan ini pemahaman yang jelastentang apa juga isu yang berlaku dan mekanisme yangterbaik untuk membantu mereka akan diperolehi
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
24/36
(5) M i k tk t i i d
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
25/36
(5) Meningkatkat inovasi dankreativiti melalui Kajian Tindakan
Pelbagai inovasi dankreativiti pengajaran akan dapat dihasilkan. Oleh itu,usaha-usaha penyelidikan melalui kajian tindakan ini perlu
diberi penekanan bagi meningkatkan kejayaan sekolah. Olehkerana, kajian seperti ini sangat sesuai di laksanakan dalamkonteks pendidikan dalam bilik darjah, dapatannya jugasedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan peratusandan kualiti pencapaian sekolah dalam peperiksaan awam
(6) M b i k k d
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
26/36
(6) Memberi penekanan kepadaamalan-amalan instruksional di
sekolahPengetua harus sentiasa memastikan amalan instruskionaldiberikan penekanan. Para pemimpin pendidikan
boleh menggunakan pendekatan Model KepimpinanInstruksional yang disarankan oleh Hallinger dan Murphy(1987) yang mengetengahkan 3 dimensi yang perlu diberikanperhatian bagi memastikan kejayaan instruksional disekolah. Dimensidimensi berkenaan ialah mendefinisikanmisi sekolah, mengurus program instruksionaldan mewujudkan iklim pembelajaran yang positif.
P t P&P G
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
27/36
Pemantauan P&P Guru..
Selain daripada itu pemantauan P&P merupakan aspek penting dalamamalan instruksional ini. Sehubungan itu, pemantauan P&P bagisetiap guru perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali atau duakali setahun dengan corak pemantauan atas ke bawah(pentadbir memantau guru) dan setara (pemantauan rakan
sejawat). Langkah ini turut memberikan kesan positif apabila gurusentiasa berusaha memastikan pengajaran di dalam bilik darjahdilaksanakan mengikut perancangan Huraian Sukatanpelajaran, Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran yangdisediakan. Malah pemantauan bercorak rakan sejawat memberi
keselesaan yang lebih kepada guru-guru.
(7) M mb i ins ntif d n nj n
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
28/36
(7) Memberi insentif dan ganjaran
Sergiovani (1995) menyatakan bahawa rasa puas hati dalamkalangan guru dan pelajar (menikmati sekolah sebagaitempat untuk bekerja atau belajar) ialahapabila mereka mendapat ganjaran atau insentif melalui
penglibatan dalam aktiviti sekolah dan merasai dirinyaberharga dan dihargai
Mempelbagaikan penghargaan
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
29/36
Mempelbagaikan penghargaan..
Malah pengetua boleh turut memperkenalkan banyak kategoripenghargaan kepada murid yang tidak melibatkan kejayaan kepadasekolah tetapi membantu mewujudkan budaya baik di sekolah.Antaranya memberikan sijil penghargaan kepada pelajar yang hadirdalam gotong royong sekolah, sijil kepada pelajar yang hadir 100%
dalam setahun dan sijil kesantunan dan budi pekerti. Pelbagaiinsentif juga boleh diperkenalkan di sekolah untuk mewujudkaniklim pembelajaran yang postif, antaranya insentif kepadapertubuhan pelajar yang dapat mewujudkan sudut ilmu, insentifkepada pelajar yang memperoleh semua A dalam peperiksaan dan
pelbagai insentif yang lain.
(8) Menjalin hubungan interpersonal
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
30/36
(8) Menjalin hubungan interpersonalberkesan
Kebolehan pemimpin untuk mengenalpasti dan menggunakan jaringanperhubungan yang menggalakkan, membentuk suasana yang dapatmendorong kepada penyaluran komunikasi secaraterbuka, mendengar menggunakan teknik mendengar secaraaktif tanpa perasaan prejudis, menginterpretasi maklumat non-
verbal yang disampaikan ahli dan menyesuaikan diri dalam perbualanakan dapat membantu sesebuah organisasi mengurangkan kadaraduan, konflik dan ketegangan dan membolehkan pelbagaiaktiviti dan program dilaksanakan dengan lebih berkesan (Stevensdan Campion, 1994).
Jalinan Interpersonal
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
31/36
Jalinan Interpersonal
Amalan melaksanakan jalinan hubunganinterpersonal secaraberkesan ini jelas memberi impak yang besar terutamanyadari aspek kerjasama daripada semua pihak sementara kadaraduan, konflik, pergeseran dan ketegangan sama ada
melibatkan pihak dalaman maupun luaran bolehditurunkan pada tahap yang paling minima.Justeru, pelbagai aktiviti untuk meningkatkan pencapaianmurid dan kecemerlangan sekolah dapat dilaksanakan denganlebih berkesan dengan penglibatan, sokongan dan bantuan
dari semua pihak.
(9) Membuat pemantauan kawalan
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
32/36
(9) Membuat pemantauan, kawalandan usaha penambahbaikan
Bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakandengan berkesan, proses pemantauan dan penyeliaan perlu dilakukan bagimembolehkan usaha penambahbaikan dilaksanakan dengan secara lebihberfokus dan terancang(Ashah Samah et. al., 2007).
Berdasarkan kitaran kerja pengurusan (PDCA) yangdicadangkan oleh Deming (1986), selepas sesuatu aktiviti dirancang(Plan) dan dilaksanakan (Do), pemimpin organisasi perlu membuat pemantauandan kawalan (Control) bagi membolehkan dia bertindak (Act) melaksanakanusaha penambahbaikan. Justeru, fokus terhadap aktiviti pemantauan dankawalan bagi membolehkan usaha untuk melaksanakan pembetulan danpenambahbaikan dilaksanakan perlu diberikan perhatian wajar.
Contoh
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
33/36
Contoh...
Seorang pengetua pada waktupagi perlu dimulakan dengan mengaplikasikan Management by WalkingAbout (MBWA) bagi memastikan semua aktiviti sekolah berjalan lancar sertamenepati peraturan yang berkuat kuasa. Berdasarkan amalan ini, pengetuaperlu berjalan dari satu bilik darjah ke satu bilik darjah yang lain atau darisatu makmal ke bilik-bilik lain seperti bengkel, pusat sumber, stor dan lain-lain bagi membuat pemerhatian dan kawalan terutama terhadap aktivitikurikulum yang sedang dijalankan. Sekiranya terdapat kelemahandalam pelaksanaannya, perbincangan dengan mereka yang terlibat secaralangsung perlu terus diadakan bagi membolehkan langkah pembetulan danusaha penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan segera
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
34/36
Di samping itu, pemantauan terhadap pelaksanaan dankeberkesanaan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid dibilik darjah perlu dilaksanakan selari dengan kehendak Surat
Pekeliling Iktisas, Bilangan 3/1987 (Penyeliaan Pengajarandan Pembelajaran di Dalam Bilik Darjah oleh Pengetua/ GuruBesar).
Amalan penyeliaan yang dilakukan di sekolah tidak harus dianggap
sebagai amalan birokrasi pentadbiran atau hanya sebagai instrumenuntuk memeriksa sekolah dan mencerap aktiviti pengajaran gurusemata-mata. Oleh itu, perhatian terhadap aktiviti tindakikut daripada penyeliaan yang dilaksanakan seperti coaching danmentoring untuk membantu guru membuat usaha pembetulan danpenambahbaikan bagi mempertingkatkan kemahiran danperkembangan profesionalisme mereka yang perlu diberi penekanan..
Keprihatinan guru
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
35/36
Keprihatinan guru..
Kesan daripada aktiviti pemantauan, kawalan danmelaksanakan usaha pembetulan dan penambahbaikan yangdibuat, guru-guru akan lebih prihatin dan telitidalam mengendalikan program sekolah. Hasilnya, program
yang dilaksanakan akan lebih mantap, berfokus dan memberikesan yang positif terhadap kemajuan murid dankecemerlangan sekolah.
-
8/3/2019 Pengetua Dan Penambahbaikan Sekolah
36/36
Sekian Terima kasihSUMBER :
http://www.slideshare.net/azifa2020/inisiatif-majukan-sekolah#
http://www.slideshare.net/azifa2020/inisiatif-majukan-sekolah#http://www.slideshare.net/azifa2020/inisiatif-majukan-sekolah#http://www.slideshare.net/azifa2020/inisiatif-majukan-sekolah#http://www.slideshare.net/azifa2020/inisiatif-majukan-sekolah#http://www.slideshare.net/azifa2020/inisiatif-majukan-sekolah#http://www.slideshare.net/azifa2020/inisiatif-majukan-sekolah#http://www.slideshare.net/azifa2020/inisiatif-majukan-sekolah#http://www.slideshare.net/azifa2020/inisiatif-majukan-sekolah#