pengertian solat jemaah

16
Pengertian solat jemaah Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya. Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu: 1. Fardhu ain pada solat Jumaat; 2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan 3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan. Tuntutan berjemaah pada solat fardhu Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie. Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa. Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Upload: kimah-aini

Post on 12-Jun-2015

8.432 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian solat jemaah

Pengertian solat jemaahSolat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

1. Fardhu ain pada solat Jumaat;2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah

padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhuTuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaahFadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Page 2: Pengertian solat jemaah

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.

KEUTAMAAN SOLAT JEMAAHJul 2, '07 1:34 AMfor everyone

KEUTAMAAN SOLAT JEMAAH 

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya, kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa: Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”

Page 3: Pengertian solat jemaah

( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari ) 

Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api neraka .”  ( HR Inbu Majah ) 

Dari Utsman, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa solat isyak dengan berjemaah, maka ia laksan solat malam setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka ia laksana mengerjakan solat malam sepanjang malam .”( HR Muslim dan lafaz ini ada pada sisinya)

dan Abu Dawud dengan lafaz : Maka ia laksana solat malam separuh malam. Dan barangsiapa solat isyak dan solat subuh dengan berjemaah maka bererti ia telah melakukan solat malam sepanjang malam. Hadith ini disahkan oleh Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah, dan mengikuti zahir riwayat Muslim, iaitu : Sesungguhnya solat subuh dengan berjemaah, pahalanyalebih dari solat isyak dengan berjemaah, lafaz

Page 4: Pengertian solat jemaah

hadith ini ada pada Abu Dawud memperkuat hadith tersebut . 

Dari Abi Darda’ , ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya ia melihatmu. Hitunglah dirimu dalam menghadapi kematian. Jauhilah olehmu dari doa orang-orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doa orang tersebut akan dikabulkan. Barangsiapa di antara kamu dapat menghadiri dua solat wajib, iaitu isyak dan subuh, sekalipun dengan merangkak, hendaklah ia lakukan .” ( HR Thabrani )

 SOLAT SUNAT DI RUMAH 

Dari Jabir, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Apabila seseorang di antara kamu telah menyelesaikan solatnya di masjid, maka hendaklah ia memberikan bahagian dari solat itu untuk rumahnya, kerana sesungguhnya Allah menjadikan satu kebaikan bagi solatnya di rumah .”( HR Muslim dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abi Sa’id ) 

Dari Abi Musa, dari Nabi s.a.w

Page 5: Pengertian solat jemaah

sabdanya “ Rumah yang di dalamnya disebut nama Allah dan rumah yang di dalamnya tiada disebut nama Allah adalah seperti orang hidup dengan orang mati.” ( HR  Bukhari Muslim ) 

Dari Zaid bin Tsabit, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “ Solatlah wahai manusia            di rumah-rumah kamu kerana solat seseorang yang terbaik adalah di rumahnya, kecuali solat wajib .” ( HR Nasa’I dengan sanad hasan dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah )

 MEMELIHARA SOLAT SUBUH 

Dari Imarah bin Ruwaibah, katanya : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Seseorang tidak akan masuk neraka, jika ia solat sebelum matahari terbit dan sebelum matahari terbenam, iaitu solat Subuh dan solat Asar .” ( HR Muslim ) 

Dari Anas bin Malik, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Barangsiapa solat Subuh dengan berjemaah, kemudian ia duduk untuk berzikir sampai matahari terbit, Kemudian ia solat dua rakaat, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang haji dan umrah .” Dan Rasulullah bersabda “ Penuh, penuh, penuh .” ( HR Tirmidzi dan ia mengatakan hasan

Page 6: Pengertian solat jemaah

garib ) 

Dan diriwayatkan oleh Thabrani dari hadith Umamah isinya seperti itu juga dengan sanad yang baik dan diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dari hadith Abi Umamah dengan lafaz : Barangsiapa solat Subuh, kemudian ia berzikir sampai matahari terbit maka kelak kulitnya sama sekali tidak akan disentuh oleh api neraka . 

( HR Baihaqi dari hadith Hasan bin Ali, katanya : Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda seperti itu dan ia menambahkan , “ Kemudian solat dua rakaat atau empat rakaat,” dan pada akhirnya ia berkata “ Kemudian kebaikan yang akan menyentuh kulitnya dan menumbuhkannya.”Prev: MENGENAL DIRI MELALUI WAJAH

© 2009 Multiply, Inc.   

MAKMUM MASBUK DAN MAKMUM MUAFIK

1. Makmum Muafik

Makmum Muafik ialah makmum yang sempat membaca Al-fatihah ketika imam masih berdiri. Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah kerana suatu keuzuran disebut juga Muafik

Page 7: Pengertian solat jemaah

Jika makmum Muafik belum selesai membaca Al-fatihah tetapi imam sudah rukuk. Makmum itu hendaklah menyelesaikan bacaan Al-Fatihah dalam masa imam melakukan tiga rukun iaitu rukuk, iktidal,Rukuk pertama

Jika imam telah selesai melakukan tiga rukun itu tetapi makmum tersebut belum selesai membaca Al-fatihah makmum tersebut dianggap telah ketinggalan satu rakaat daripada imam dan wajib diganti selepas memberi salam.

Mereka hendaklah meneruskan bacaan Al-Fatihah itu sehingga habis dan terus mengikut perbuatan imam sama ada bertasyahud atau berdiri pada rakaat yang lain.

Apabila imam selesai memberi salam, makmum itu hendaklah menggantikan bilangan rakaat yang tertinggal.

Ganjaran yang diterima oleh makmum muafik lebih baik daripada makmum masbuk.

2. Makmum Masbuk

Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah sebelum imam rukuk. Biasanya mereka berjemaah ketika imam rukuk atau sujud.

Makmum masbuk hendaklah bertakbiratul ihram, kemudian terus rukuk atau sujud bersama imam. Jika mereka sempat rukuk dan tamakninah bersama imam, mereka dikira mendapat rakaat bersama imam dan tidak perlu diganti rakaat tersebut.

Jika tidak sempat rukuk dan tamakninah bersama imam, mereka dikira tidak mendapat rakaat tersebut bersama imam. Mereka hendaklah menggantikan rakaat tersebut selepas imam memberi salam.

Jika makmum masbuk masuk berjemaah ketika imam sedang bertasyahud akhir, mereka hendaklah terus duduk mengikut imam selepas takbiratul ihram. Jika tidak sempat tamakninah bersama imam, mereka dikira berjemaah tetapi semua bilangan rakaat dalam solat itu hendaklah diganti

SOLAT

Page 8: Pengertian solat jemaah

Solat (bahasa Arab: صالة; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Syarat sah solat:

1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.3. Menutup aurat.4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)5. Yakin masuk waktu solat.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

[sunting] Perkara-perkara yang membatalkan solat:

1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.3. Makan/minum walau sedikit.4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.10. Meninggalkan rukun solat.11. Murtad

Page 9: Pengertian solat jemaah

[sunting] Rukun Solat

Rencana utama: Rukun Solat

Rukun solat ada 13:

1. Niat.2. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).3. Berdiri bagi yang mampu.4. Membaca surah Al-fatihah.5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).6. Iktidal dengan tama'ninah.7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.12. Membaca salam.13. Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

Perkara-perkara sunat semasa solat

1. Sunat Hai'ah 2. Sunat Ab'adh

Perkara-perkara makruh semasa solat

Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam). Memandang ke atas (mendongak). Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Berludah ke hadapan atau ke belah kanan. Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk. Bercekak pinggang. Menyinsingkan kain atau baju. Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan). Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air). Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Persediaan sebelum menunaikan solat

Page 10: Pengertian solat jemaah

Berpakaian sopan dan menutup aurat. Berwuduk. Duduk di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil

berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).

Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat. Iqamat dan membaca ayat Kursi,Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq,Surah An-

Nas(bagi menghalangi syaitan dan jin dari menganggu solat. Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan solat

Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).

Membaca Al-Quran Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan

dan rahmat dariNya.

SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.

Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat

Page 11: Pengertian solat jemaah

berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuq.

Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat Solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.

Syarat-syarat sah solat berjemaah:

1. Berniat mengikut/menjadi imam.2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi

makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit.

Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur,

Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.

Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.

Antara syarat untuk menjadi imam:

Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum. Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain. Imam itu sudah mumaiyiz.

Page 12: Pengertian solat jemaah