pengendalian hasil sayur

Upload: sulaiman-fairus

Post on 02-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 PENGENDALIAN HASIL SAYUR

    1/6

    PENGENDALIAN LEPAS TUAI SAYUR-SAYURAN(sumber: Agromedia Bil. 11, 2001)

    PENUAIAN

    Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian lepas tuai. Aspek penting bagipenuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian. Tahapkematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tiai dan ketahanan semasapenyimpanan. Citarasa sesuatu jenis sayur berbeza sekiranya hasil dikutip terlalu muda atauterlalu tua.

    Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung pada iklim, musim penanaman tertentu,varieti dan jenis sayur. Menentukan tahap sesuatu jenis sayur itu telah mencapai puncak mututerbaik, bukanlah satu perkara yagn mudah dilakukan. Jangka masa kematangan yang terterapada label yang terdapat pada paket atau katalog biji benih boleh digunakan sebagai panduansahaja. Indeks penuaian bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saizdan warna. Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetikpada beberapa saiz mengikut keperluan pasaran. Manakala kebanyakan sayur buah yangdiperlukan pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung padaperubahan warna sayuran tersebut. Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagaikriteria utama bagi indeks penuaian. Manakala sayuran seperti kubis, kepadatannya bolehdigunakan sebagai asas penuaian. Umumnya, peringkat kematangan yang sesuai untukpenuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara pemasarannya.

    PENGENDALIAN DI LADANG

    Pengendalian di ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaanmekanikal yang boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah. Pengendalian awal yangdilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkatpengendalian yang berikutnya. Disamping itu, operasi penyediaan di rumah pembungkusandapat dikurangkan sekiranya penyediaan awal telah dilakukan di ladang.

  • 7/27/2019 PENGENDALIAN HASIL SAYUR

    2/6

    MEMETIK SAYURAN

    Kebanyakan sayur dipetik menggunakan tangan sahaja atau menggunakan pisau yangtajam. Pisau yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkanpenyebaran virus dari satu pokok ke pokok yang lain. Teknik penuaian berbeza bergantungpada bahagian tanaman yang dipetik. Bagi sayur jenis crucifer (kubis, kailan, kubis bunga danbrokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau tajam dan pembersihan boleh dibuat diladang. Manakala sesetengah sayur daun yang lain (bayam, kangkung) biasanya dicabutdengan tangan. Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuhpermukaan tanah. Sayur buah yang mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacangpanjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudahmenggunakan tangan. Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai yang liat, memetikmenggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun,labu). Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting(secateurs) atau pisau.

    Masa yang sesuai untuk menjalankan operasi penuaian perlu juga difikirkan. Penuaian perludilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Sayuranuntuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi. Untuk pasaran yang jauh, penuaianlebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untukmengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya. Bekaspengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai danboleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang. Bekas tersebut mestilah mempunyai dindingyang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur. Penggunaan bekas yang kotoratau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.

    Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya pengangkutansegera tidak dapat dilakukan. Sayuran yang terdedah pada panas matahari akan mengalamipeningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu. Merenjis dengan airmungkin perlu supaya sayur tidak layu. Sayuran yang telah dipetik juga mesti dielakkandaripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus di tanah terutamanya tanah basah.

  • 7/27/2019 PENGENDALIAN HASIL SAYUR

    3/6

    Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi sayuranterpilih

    Sayur Daun Selepas Ditanam Sayur Buah Selepas Ditanam Kekacang dan Ubi Selepas Ditanam

    Bayam

    BrokoliKailan

    Kangkung

    Kubis bulat

    Kubis bungaKubis cina

    Sawi

    4 minggu

    8 minggu6 minggu

    3 minggu

    8-8 minggu

    8 minggu8 minggu

    4 minggu

    BendiCapsicum

    Cili

    Terung

    TimunTomato

    8 minggu10 minggu

    10 minggu

    14 minggu

    4 minggu6-9 minggu

    Jagung sayurKacang buncis

    Kacang manis

    Kacang panjang

    KeledekSengkuang

    7 minggu5 minggu

    5 minggu

    5 minggu

    3-5 minggu3-5 minggu

    PEMBUNGKUSAN DI LADANG

    Penggunaan bahan pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat pentinguntuk mengurangkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kaedahpembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air daripada sayuran dan kerosakanmekanikal yang boleh mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat penggunaan. Memasukkanhasil yang dituai terus ke dalam bungkusan yang tersedia untuk dipasarkan adalah digalakkanbagi mengurangkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian berganda.

    PENGANGKUTAN DI LADANG

    Mengangkut sayuran keluar dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dilakukan dengan cepatuntuk mengelakkan sayuran daripada terdedah terlalu lama pada persekitaran yangkadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap. Jenis kenderaan yang digunakan perludisesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah sayuran yang dikendalikan. Lori kecil atau traileryang disambungkan ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut sayuran yang dipetik ketempat pengumpulan atau rumah pembungkusan. Jalan ladang perlulah dalam keadaan baiksebab kerosakan terhadap sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan yang tidak ratalebih lebih lagi jika menggunakan kenderaan yang tidak sesuai. Bekas yang berisi sayurmestilah dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkinsupaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di lapisan bawah, yang

    boleh menyebabkan kecederaan.

  • 7/27/2019 PENGENDALIAN HASIL SAYUR

    4/6

    OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

    Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduhan untuk melakukan operasi penyediaanbagi menyediakan sayuran untuk pasaran. Rumah pembungkusan boleh merupakan bangsalyang mempunyai peralatan yang terhad atau kompleks yang dilengkapi dengan berbagai-bagai

    jenis peralatan moden. Operasi penyediaan yang dijalankan meliputi pemilihan, pemotongan,pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan. Kesesuaiansesuatu operasi penyediaan berbeza mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.

    Operasi penyediaan sayur-sayuran untuk pasaran

    yur daun Pemilihan Pembersihan PembasuhanRawatanAir Panas

    Pengeringan Perawatan Pemasakan Penyahijauan Penggredan Pembu

    moli

    s bungankung

    s bulats cina

    yur buah

    iicum

    ngato

    ekacang

    ng sayurng buncisng manisng panjang

    Ubi

    dekk medrahkuang

  • 7/27/2019 PENGENDALIAN HASIL SAYUR

    5/6

    PEMPROSESAN MINIMUM SAYURAN

    Aspek pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepas tuai yang mula mendapat tempat dipasaran sekarang. Sayuran yang diproses secara minimum merupakan sayuran yang telahdilakukan pembersihan, dibuang kulit atau dipotong dan dibungkus. Operasi yang dilakukanbergantung pada jenis sayur. Sayur yang diproses secara minimum ini sedia untuk terusdimasak atau dimakan. Melalui kaedah yang sesuai, sayuran yang boleh diproses secaraminimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk tempoh simpanan tertentu. Antara kelebihanyang diperolehi daripada hasil pemprosesan minimum ini ialah pengguna mudah membuatpilihan pada hasil yang dibeli dalam masa yang singkat. Bahagian-bahagian yang hendakdimakan atau digunakan jelas kelihatan. Selain itu pengguna juga dapat menjimatkan masapengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang telah tersedia dipotong(bergantung pada jenis sayur). Pembelian bersesuaian dengan menu yang dirancang.

    Suhu, kelembapan dan tempoh simpananyang sesuai bagi sayur terpilih

    Jenis Suhu (oC)Kelembapan relatif

    (%)Tempoh

    BayamCiliKacang bendiKacang panjangKailanKangkungKubis bulatKubis bungaKubis cinaLabuLobak merahSaderiSawiTerungTimunTomato hijauTomato masakUbi keledekUbi sangkuang

    55

    7-104-755

    1-200

    10-13005

    8-1210-1313-218-1013-16

    0

    90-9590-95

    9595

    90-9590-9590-9595-98

    95-10090-95

    98-10098-10090-9590-95

    9590-9590-9585-90

    95

    1-1.5 minggu8 minggu3-4 hari

    7-10 hari1-1.5 minggu1-1.5 minggu6-12 minggu3-4 minggu2-3 bulan5-10 bulan4-6 minggu2-3 bulan

    1-1.5 minggu1 minggu10-14 hari1-3 minggu

    4-7 hari4-7 bulan4-5 bulan

  • 7/27/2019 PENGENDALIAN HASIL SAYUR

    6/6

    Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yangdiproses secara minimum

    Jenis Suhu (o

    C)Kelembapan

    relatif (%) TempohBawangciliDaun bawangDaun saladDaun saderiKacangPanjangKubisTimun

    22222222

    85-9085-9085-9085-9085-9085-9085-9085-90

    33222223