pengenalan tgfu

24
Pengenalan TGFU, Perkembangan TGFU, Contoh Aplikasi Permainan TGFU http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/pengenalan-tgfu- perkembangan-tgfu.html ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT 1.0 Pengenalan TGFU 1.1 Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU 1.2 Perkembangan TGFU 1.2.1 Sasaran (Target) 1.2.2 Striking/ Fielding 1.2.3 Jaring/ dinding (net/wall) 1.2.4 Serangan (Invasion) 1.3 Permainan Jaring/ Dinding 1.3.1 Bola Tampar 1.3.2 Sepak Takraw 1.3.3 Skuasy 1.3.4 Tenis 1.3.5 Tenis Meja 1.3.6 Badminton 1 2 3 4 5 2.0 Kategori Jaring/ Dinding 2.1 Matlamat 2.2 Objektif 6 7

Upload: gwee-shiannherng

Post on 13-Aug-2015

82 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan TGFU

Pengenalan TGFU, Perkembangan TGFU, Contoh Aplikasi Permainan TGFU

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2011/11/pengenalan-tgfu-perkembangan-tgfu.html

ISI   KANDUNGAN

TAJUK                                                                                              MUKA

SURAT                                                                                                               

1.0 Pengenalan TGFU

1.1 Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU

1.2 Perkembangan TGFU

Sasaran (Target)

Striking/ Fielding

Jaring/ dinding (net/wall)

Serangan (Invasion)

1.3 Permainan Jaring/ Dinding

Bola Tampar

Sepak Takraw

Skuasy

Tenis

Tenis Meja

Badminton

1

2

3

4

5

2.0 Kategori Jaring/ Dinding

2.1 Matlamat

2.2 Objektif

2.3 Tarikh

2.4 Jangka Masa

6

7

8

Page 2: Pengenalan TGFU

2.5 Tempat

2.6 Kumpulan Sasaran (Tahap Umur Kanak-kanak)

2.7 Bilangan Peserta

2.8 Panduan Pelaksanaan Permainan

Jawatan Kuasa Kerja

Senarai Nama Peserta

Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan Permainan

Senarai Semak Peralatan

Senarai Semak Sebelum Permainan

Senarai Semak Semasa Permainan

Senarai Semak Selepas Permainan

Senarai Alatan

Prosedur Pelaksanaan Permainan

2.8.5.1Pelan Kedudukan Pelaksanaan

                                                      Permainan

2.8.5.2Langkah-langkah Pelaksanaan

                      Permainan

2.8.5.3Peraturan dan Syarat-syarat

                      Permainan

2.8.5.4Sistem Permarkahan

9

10

11

12

13

13

14

15

3.0 Rumusan 16

4.0 Refleksi Kendiri

Page 3: Pengenalan TGFU

Chai Xiao Min

Chow Yin Yin

Chuah Xue Li

Kong Yee Ming

Lim Feng Ying

17

19

21

23

25

5.0 Bibliografi 27

6.0 Lampiran 28

                                                                                               

1.0 Pengenalan TGFU

            Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan

pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di

Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk

kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik

darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan

Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee) 

            TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap

permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan

tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah

hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti

fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang

Page 4: Pengenalan TGFU

sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan

persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat

mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.   

            Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang

tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar

membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses

permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini

disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.

1.1  Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU

            Tokoh-tokoh yang mengkaji TGFU ini ialah David Bunker dan Rod Thorpe yang

membuat kajian di Universiti Loughborough di United Kingdom. Terdapat beberapa faktor

yang mendorong mereka untuk berusaha dalam mengkaji TGFU.

            Pada masa itu, pencapaian permainan adalah kurang memuaskan.Murid-murid

kurang menikmati dan berseronok dalam permainan yang disediakan oleh guru. Murid-murid

adalah bersifat lebih pasif dan tidak aktif dalam permainan.

            Selain itu, pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yang terhad tentang

permainan. Mereka tidak memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang

dijalankan. Permainan yang dirancangkan hendaklah mempunyai matlamat tertentu supaya

murid-murid dapat mempelajari sesuatu melalui permainan.

            Faktor yang lain adalah seperti lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya

dalam membuat keputusan. Melompat, melari dan membaling bola merupakan kemahiran

asas yang banyak membantu murid bergerak cergas dan aktif dalam permainan.

Page 5: Pengenalan TGFU

            Mereka juga memerhatikan bahawa Pendidikan Jasmani pada masa itu adalah

terlalu bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Mereka ingin

mengkaji satu set kajian yang berkesan dan dapat membantu dalam pengajaran dan

pembelajaran.

            Selain itu, mereka juga terdorong untuk mengkaji TGFU atas sebab kadar

perkembangan dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak menonjolkan. Pendidikan

pada masa itu kurang mementingkan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Maka, mereka pun berusaha untuk mengkaji TGFU.

(rujuk kepada http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf)   

1.2 Perkembangan TGFU

Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk

menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah

menkategorikan permainan kepada 4 kategori utama:

1.2.1 Sasaran (Target)

- menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata.

Murid-murid mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat

sasaran itu. Contoh permainan adalah seperti bowling, achery dan golf

1.2.2 Striking/ Fielding

- perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding.

Pasukan striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala

pasukan fielding akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat

lebih markah. Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan

dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti baseball,

softball dan criket.

1.2.3 Jaring/ dinding (net/wall)

Page 6: Pengenalan TGFU

- permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermian dengan

suatu alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang

pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan

gelanggang. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis.

1.2.4 serangan (Invasion)

- Permainan berpasukan. Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan

pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan seperti soccer, basketball dan

handball. (Rujuk kepadahttp://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf)

1.3 Permainan Net and Wall

1.3.1 Bola tampar

Bola tampar merupakan satu sukan di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring

tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar

sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam

pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola

jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal

mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan

banyak serangan memerlukan pemaain menyentuh bola di atas jaring,

kebolehanmelompat ditekankan dalam permainan ini.

1.3.2 Sepak Takraw

Sepak Takraw adalah jenis olahraga campuran dari sepak bola dan bola volley, dimainkan di

lapangan ganda badminton, dan pemain tidak boleh menyentuh bola dengan tangan.

Permainan ini berasal dari abad ke-15 dan disebut Takraw dalam bahasa Thai dan Sepak

Raga dalam bahasa Melayu.Bola terbuat dari anyaman rotan dan pemain berdiri membentuk

lingkaran. Pada tahun 1940-an hal ini berubah dengan menggunakan jaring dan peraturan

angka. Di Filipina permainan ini disebut Sipa, di Burma Chinlone, di Laos Kator.

1.3.3 Skuasy

Skuasy ialah satu sukan berraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash

Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa

Page 7: Pengenalan TGFU

Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan oleh

dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai'

dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga.

1.3.4 Tenis

Tenis ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah

gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring. Pertandingan diadakan mengikut jantina

dan jumlah pemain. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki,

perseorangan wanita, bergu (di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta bergu

campuran(di mana dua pemain berlainan jantina bermain). Terdapat juga pertandingan

untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan

bertanding.

1.3.5 Tenis meja

Tenis meja, atau ping pong (sebuah merek dagang), adalah suatu olahraga raket yang

dimainkan oleh dua orang (untuk tunggal) atau dua pasangan (untuk ganda) yang

berlawanan. Di Republik Rakyat Cina, nama resmiolahraga ini ialah "bola ping pong". Bola

tenis meja adalah gery. Raket merupakan untuk peralatan memukul bola, dikenal sebagai

istilah bat, padle.Raket terdiri dari dua bahagian iaitu blade dan rubber.

1.3.6 Badminton

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang

pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (bergu), yang

mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang

dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu

tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan

pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis

hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.

2.0 Kategori Jaring/ Dinding

2.1  Matlamat

Page 8: Pengenalan TGFU

Melalui aktiviti permainan ini, murid- murid dapat:

2.1.1 Memperkembangankan dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal

mereka pada setiap peringkat perkembangannya.

2.1.2 Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga dapat dicungkil melalui

aktiviti permainan dengan berbagai- bagai cara dan tidak lagi hanya terbatas kepada

pergerakan fizikal dan senaman biasa.

2.1.3 Memperolehi kemahiran- kemahiran baru, lebih memahami konsep- konsep tertentu serta

pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu permainan ketika mereka mencipta dan merangka

sesuatu permainan yang baru.

2.1.4 Mempelajari cara-cara untuk mengawal pergerakan, mempertingkatkan ketangkasan

pergerakan serta berupaya menggunakan anggota badan dan minda sebagai alat dalam

sesuatu permainan yang penuh saingan.

2.1.5 Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif mereka.

2.1.6 Membina situasi dan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang

sihat.

2.1.7 Menambah pengetahuan tentang bahagian- bahagian anggota tubuh badan dan memahami

mekanisme serta fungsi otot- otot badan dalam tubuh badan mereka.

2.1.8 Penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa menjalankan permainan sesama

ahli dalam kumpulan.

2.2 Objektif

Melalui aktiviti permainan, murid- murid dapat :

Page 9: Pengenalan TGFU

2.2.1 Memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori

permainan kanak-kanak.

2.2.2 Berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan dengan gaya yang betul dan selamat

dalam sesuatu aktiviti permainan.

2.2.3 Memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dan meningkatkan cara kominunikasi

dengan pelajar yang lain.

2.2.4 Mencipta aktiviti permainan atau menggubah variasi dalam permainan- permainan lama yang

boleh membantu mereka dalam usaha menyelesaikan masalah.

2.2.5 Melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi mereka untuk mencipta

sesuatu permainan yang bermakna serta menyeronokkan.

2.2.6 Berlatih dalam suatu permainan yang dirancang untuk mengeksploitasi        segala kemahiran

mereka.

2.2.7 Mewujudkan peluang bermain sambil belajar kepada murid agar mereka boleh belajar dalam

suasana yang menggembirakan dan selesa.

2.2.8 Menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai kerjasama dan tolak-ansur  ketika sesuatu

aktiviti permainan dijalankan.

2.2.9  Menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri terutamanya dalam penyelesaian

sesuatu masalah.

2.3  Tarikh

Permainan ini dijalankan pada 9 Oktober 2008.

Page 10: Pengenalan TGFU

2.4  Jangka Masa

Masa yang dijangka bagi permainan ini adalah 30 minit.

2.5  Tempat

Permainan ini digalakkan dijalankan di kawasan yang lapang. Kawasan yang paling sesuai

untuk menjalankan permainan ini ialah di gelanggang tenis.

2.6  Kumpulan Sasaran (Tahap Umur Kanak-kanak)

Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 12 tahun.

2.7  Bilangan Peserta

Dalam permainan ini, pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dalam setiap pusingan.

Setiap kumpulan sekurang-kurangnya mesti mempunyai 6 orang peserta dan seorang ketua

akan dilantik bagi kumpulan masing-masing.

2.8  Panduan Pelaksanaan Permainan

2.8.1 Jawatan Kuasa Kerja

Pengelola                             : Chow Yin Yin                    

AJK Mencatat Markah       : Chuah Xue Li

Page 11: Pengenalan TGFU

AJK Peralatan                     : Chai Xiao Min

AJK Menjaga Masa            : Lim Feng Ying

Pengadil                               : Kong Yee Ming

2.8.2 Senarai Nama Peserta

Kumpulan A Kumpulan B

Ho Tet Foong Teh HuiXin

Loh Nan Xi Ng Ke Jun

Ooi Kheng Yee Tan Min Aik

Lim Wei Xiu Furzanne Goh

Ooi Yin Qi Ng Yu Jie

Leong Shi Tian Kong Yau Yau

Page 12: Pengenalan TGFU

2.8.3 Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan

         Permainan

Bil. Perkara Tindakan

Sebelum Semasa Selepas

1 Perbincangan tentang permainan

(jaring/dinding) diadakan antara ahli-

ahli kumpulan.

2 Perancangan pelan permainan.

3 Prosedur dan syarat-syarat ditetapkan

bagi permainan.

4 Pemilihan dan penyediaan peralatan

yang sesuai untuk permainan.

5 Persiapan untuk tapak permainan.

6 Langkah- langkah keselamatan yang

diambil kira.

7 Refleksi dibuat bersama-sama

dengan ahli kumpulan.

Page 13: Pengenalan TGFU

SENARAI SEMAK PERALATAN

Bil. Alatan Bil. Alatan Semakan

1. Bola Gymnasium 2

2. Jaring 1

3. Skitel 28

SENARAI SEMAK SEBELUM PERMAINAN

Bil. Perkara Semakan

1. Tempat perlaksanaan permainan dikosongkan.

2. Peralatan disediakan.

3. Semua peserta melaporkan diri.

4. Peserta berpakaian sukan.

5. Memanaskan badan sebelum memulakan permainan.

SENARAI SEMAK SEMASA PERMAINAN

Bil. Jawatan Kuasa dan Perkara Semakan

1. Pengelola memberi penerangan tentang cara permainan.

2. Pengira markah menerangkan cara pengiraan mata.

Page 14: Pengenalan TGFU

3. Pemantau menerangkan peraturan permainan.

4. Pengadil pastikan bilangan peserta mencukupi.

5. Pengadil pastikan permainan dijalankan dengan adil.

SENARAI SEMAK SELEPAS PERMAINAN

                       

Bil. Perkara Semakan

1. Pengira markah mengira dan mengumumkan jumlah mata.

2. Peralatan dikemas dan dipulangkan.

3. Refleksi bersama peserta permainan dijalankan

Sebelum permainan

2.8.3.1   Pastikan tempat perlaksanaan permainan dikosongkan supaya tidak digunakan ataupun

diganggu oleh pihak lain sebelum atau semasa aktiviti permainan dijalankan.

2.8.3.2   Semua peralatan perlu disediakan terlebih dahulu.

2.8.3.3   Peserta perlu melaporkan diri di gelanggang tennis sebelum 7:45 a.m.

2.8.3.4   Semua peserta diminta berpakaian pakaian sukan yang kemas.

2.8.3.5 Semua peserta diminta memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan

pemainan.

Page 15: Pengenalan TGFU

Semasa permainan

2.8.3.6   Semua peserta akan diberi penerangan tentang cara permainan dijalankan, peraturan,  

cara pengiraan mata kepada peserta terlebih dahulu.

2.8.3.7   Pengelola perlu memastikan semua peserta memahami cara permainan dijalankan.

2.8.3.8   Mengira bilangan peserta dan pastikan mencukupi.

2.8.3.9   Pencatat markah perlu sentiasa peka terhadap pengiraan mata dan masa permainan.

2.8.3.10 Pengadil perlu memastikan tiada perlanggaran peraturan berlaku semasa  pertandingan

dijalankan.

Selepas permainan

2.8.3.11 AJK permarkahan mengira dan mengumumkan markah selepas tamatnya permainan.

2.8.3.12 Semua peralatan dikemaskan dan dipulangkan ke tempat asal.

2.8.3.13 Pastikan tiada peserta yang cedera semasa permainan dijalankan.

2.8.3.14 Semua paserta duduk bersama dan sesi refleksi dijalankan.

2.8.4   Senarai Alatan

Dalam permainan ini, kumpulan saya akan menyediakan:

- 2 biji bola gymnasium

Page 16: Pengenalan TGFU

- Jaring (telah disediakan di gelanggang tenis)

- 28 skitel

2.8.5 Prosedur Pelaksanaan Permainan

2.8.6 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan (rujuk lampiran 1)

2.8.7 Langkah-langkah Pelaksanaan Permainan

2.8.7.1 Mula-mula, 12 orang pelajar akan dibahagikan kepada 2 pasukan di mana setiap

kumpulan terdiri daripada 6 orang pelajar.

2.8.7.2 Pengelola akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana yang bermula

dulu.

2.8.7.3 Apabila arahan diberi, peserta yang memulakan bola pertama akan baling ke pihak lawan

sambil menyebut perkataan yang diminta. (tercatat dalam Peraturan Permainan)

2.8.7.4 Peserta yang lain hendaklah menyambut bola yang dihantar oleh pasukan lawan sebelum

bola tersebut dilantunkan di atas lantai.

2.8.7.5 Seterusnya pemain yang mendapatkan bola itu perlu menghantarkan bola kepada pihak

lawan sambil menyebut perkataan yang diarahkan.

2.8.7.6 Peserta yang memegang bola tidak boleh melebihi 3 saat. Peserta harus hantar balik

kepada pihak lawan dengan segera tanpa berhenti.

Page 17: Pengenalan TGFU

2.8.8 Peraturan dan Syarat-syarat  Permainan

2.8.8.1 Peserta bebas berdiri di mana-mana tempat asalkan dalam lingkungan gelanggang yang

ditetapkan.

2.8.8.2 Pengelola akan memberikan satu “Tema” untuk permainan dan semua peserta akan

menyebut perkataan yang berkaitan dengan tema tersebut setiap kali peserta

menghantar bola kepada pihak lawan.

2.8.8.3 Contohnya, tema diberi ialah “Buah-buahan”, maka perkataan yang disebut boleh jadi

“durian”, “rambutan”, “pisang” dan sebagainya.

2.8.8.4 Jika peserta yang memegang bola salah menyebut perkataan, memegang bola melebihi 3

saat, gagal menyambut bola, gagal melambung bola melepasi jaring, maka markah

akan diberi kepada pihak lawan.

2.8.8.5 Bola yang dilantun ke atas lantai dikira kalah. Markah akan diberi kepada pihak lawan.

2.8.8.6 Tema permainan ditentukan oleh pengelola dan boleh diubah bila-bila masa.

2.8.9 Sistem Pemarkahan

Pasukan dikira kalah jika:

a. Peserta gagal melambungkan bola melepasi tali ke kawasan pihak lawan.

b. Bola terkeluar daripada kawasan gelanggang.

c. Bola dilantunkan atas lantai (pasukan yang menyambut bola).

Page 18: Pengenalan TGFU

d. Peserta salah menyebut perkataan yang berkaitan dengan Tema.

Dengan itu, pasukan lawan akan mendapat 1 markah. Pasukan yang berjaya

mengumpul 10 markah dikira menang.

3.0   RUMUSAN      

Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang

banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau  bukan

lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi

apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang

dilaksanakan dalam bilik darjah. Jadi, program Teaching Games for Understanding (TGFU)

memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat sekolah rendah.

Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti-

aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui

program ini. Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan

yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab

permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih, justeru pelajar

harus mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis persaingan serta memupuk nilai

kerjasama dengan rakan perjuangan dengan menggunakan taktik yang seuai berdasarkan

peraturan- peraturan ditetapkan. Secara ringkasnya, program ini banyak mendatangkan

manfaat kepada para pelajar.

Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa cara  bermain,

peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk

menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan

dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru

Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan

merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan

minat individu masing-masing. Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar

memodifikasi permainan demi menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan

mereka lebih memahami konsep bagi permainaan tertentu.  

Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan

peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-

bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan- permainan

dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, 

pendidik wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan-

permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang

dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan

Page 19: Pengenalan TGFU

yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi

dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam

permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.

           

3.0 BIBIOGRAFI

Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003) Pendidikan

Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Page 20: Pengenalan TGFU

Mohd Sofian Omar Fauzee (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma

Publications Sdn. Bhd.

Rujukan Elektronik

Dr. Paul Webb, Dr. Phil Pearson, Greg Forrest

Teaching Games for Understanding (TGFU) in primary and secondary physical

education.

http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf   

Accessed on 24 September 2008

James L. Mandigo, Nicholas L. Holt (2002)

The Inclusion of Optimal Challenge in Teaching Games for

Understanding http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf   

Accessed on 29 September 2008

James Mandigo, Joanna Sheppard

Children's Affective Experiences in TGFU Game

Environments

.http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourne.pdf    Accessed

on 29 September 2008

Overview of TGFU Modal

http://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Games 

Acessed on 30 September 2008

Lampiran 1

Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

skitel

Page 21: Pengenalan TGFU

Peserta bebas berdiri di mana-mana tempat.

Peserta bebas berdiri di mana-mana tempat.

Page 22: Pengenalan TGFU