pengenalan seni arca
TRANSCRIPT
PENGENALAN SENI ARCA
MAKSUD:Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi.
Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa
latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.
Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat – tempat yang menjadi tarikan
pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan
JENIS-JENIS ARCAArca bersifat realis atau abstrak. Arca realis
menampilkanobjek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya
pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan
pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang
besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
JENIS-JENIS ARCA
•Arca AsemblajArca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan
buangan yang berbeza dan digabungkan menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun
1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture”, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal Bicycle wheel Marcel Duchamp,1951. Arca tersebut adalah arca terawal dalam bidang seni arca dan dibina menggunakan bahan-bahan
yang terdapat di rumah
Bicycle wheelMarcel Duchamp,1951
•Arca BinaanArca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-
bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya
juga besi. Sekiranya bahan kayu maka canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka,
ia digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan
sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang
dicantum samada secara pateri atau kimpalan.
•Arca Luakan
Pembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar,
plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan
bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya.
Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung “David” karya Mochelangelo
•Arca TimbulanArca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil
karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca.
Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang
mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse
(1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme
dalam arca timbulan ini.
•Arca TambahanPembinaan arca tambahan dilakukan dengan
menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan
seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan
dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh
arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.
•Arca MobailArca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-
1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak
seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.
•Arca StabailBerbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi
boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak.
•Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja
dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi
apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di
hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula,
arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj
•Arca DindingArca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff
Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di
dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di
meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia
antara arca dinding yang terkenal adalah “Langkawi – 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin”.