pengenalan sains sukan

Upload: ramesh-nathan

Post on 04-Mar-2016

179 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains sukan

TRANSCRIPT

PENGENALAN SAINS SUKAN KonsepDefinisi Sains Sukan

Sains Sukan ialah satu kajian yang sistematik yang membabitkan sainsdalam sukan. Ia melibatkan perubatan fisioterapi, pemakanan,biokimia, anatomi, fisiologi, psikologi sosio dan biomekanik.

Kepentingan Sukan

Sains Sukan adalah penting dari aspek prestasi sukan, kesihatan,rekreasi, ekonomi dan kerjaya.

Prestasi Sukan

Pengetahuan tentang sains sukan dapat membantu atlit danjurulatih dalam peningkatan prestasi latihan motor dan programlatihan yang lebih sistematik.

Kesihatan

Atlit mengetahui cara-cara menjalankan aktiviti bersukandengan betul. Pengetahuan ini dapat membantu atlitmeningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan menyeluruh danmengelak daripada berlaku kecederaan. Selain itu, atlitmengetahui diet yang sesuai mengikut keperluan sukan masing masinguntuk mengekalkan prestasi

RekreasiPengetahuan sains sukan bukan sahaja dapat dimanfaatkandalam peningkatan prestasi atlit tetapi juga semasa merekaberekreasi.

EkonomiSains sukan dapat membantu meningkatkan` ekonomi negaradengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik danperalatan sukan.

SAINS SUKAN

KerjayaPerkembangan sukan di tanah air, mewujudkan peluangpeluangkerjaya dalam bidang yang berkaitan dengansukan.Kerjaya ini merangkumi jurulatih, pegawai-pegawai sukandan atlit-atlit yang berpengetahuan sains sukan. Peluang peluangpekerjaan dan pendidikan dalam bidang sukan adalahluas.

Dasar Sukan Negara

Dasar Sukan Negara merupakan dokumen yang komprehensif ke arahperkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan negara.Penggubalannya melibatkan beberapa pihak seperti agensi-agensikerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan rekreasidan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badanbadansukarela dan orang perseorangan yang mempunyai kepakarandan kepentingan dalam bidang sukan.Dasar ini telah digubal pada 20 Januari 1988 dan merupakan satudasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan untuk semuadan sukan prestasi tinggi atau kecemerlangan.

(a) Sukan Massa ( Sukan untuk semua )

Sukan untuk semua bertujuan untuk pengekalan danpeningkatan tahap kesihatan dan kesejahteraan anggotamasyarakat. Sukan Massa adalah merujuk kepada aktivitiaktivitirekreasi fizikal dan sukan yang berlaku secara spontanatau diuruskan dengan tujuan untuk menggalakkan penyertaanyang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan diperingkat kebangsaan atau antarabangsa.

Sukan untuk kecemerlanganSukan untuk kecemerlangan adalah sukan pertandingan yangdiuruskan mengikut peraturan dan syarat-syarat Persekutuan-persekutuanSukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik diperingkat kebangsaan dan antarabangsa bagi menentukanpemenang

Rasional Dasar Sukan NegaraRasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukankepada individu, masyarakat dan negara.

Peringkat IndividuPembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu danmembangkitkan semangat pertandingan... Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal... Memanfaatkan masa senggang... Mengurangkan tekanan hidup ... Interaksi sosial yang bermakna... Perkembangan kemahiran-kemahiran asas.

Peringkat Masyarakat.. Menggalakkan pembinaan kualiti fizikal dan moralmasyarakat sesuai dengan aspirasi nasional... Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemupukanperhubungan komuniti yang lebih baik dalam pelbagaikumpulan etnik dalam negara... Meningkatkan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti... Mencegah jenayah remaja dengan memanfaatkan masalapang.

Peringkat AntarabangsaMencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukanantara bangsa.Memupuk persahabatan.

Objektif Dasar Sukan Negara

Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatupadu melalui penyertaan yang meluas dan peluang yanglebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahanbagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologiindividu melalui sukan.Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalansukan bagi kepentingan kebajikan sosial individu dankenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukananyang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan danantarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negaradapat dipertingkatkan .

Strategi dan Pelaksanaan DasarKedua-dua bidang sukan iaitu sukan untuk semua dan sukanuntuk kecemerlangan hendaklah dibangunkan serentak.Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberipenekanan pada aspek-aspek yang berikut :PerancanganPertubuhan-pertubuhan sukan hendaklah mengadakanprogram-program jangka panjang dengan struktur yang baikuntuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir danpegawai sukan.Dalam merancang program-program jangka panjang untuksukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perludipertimbangkan:Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan danpenyertaan sedia ada.Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakatMalaysia.

OrganisasiSukan di negara ini dapat dimajukan dengan adanya kerjasamaantara pelbagai badan sukan dengan kerajaan untukmenyelaraskan satu program yang bersepadu. Satujawatankuasa tetap hendaklah ditubuhkan untuk menentukanperhubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasitersebut.Majlis Sukan Negara (MSN) dapat membantu dalammenyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi.Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisma iniuntuk menyelaraskan program sukan massa. Mekanisme iniperlu menggalakkan sukan massa dan aktiviti-aktiviti rekreasiyang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalanganrakyat Malaysia. MALAYSIA CERGAS merupakan satuprogram yang berdasarkan kepada konsep sukan untuk semua.Melalui program ini masyarakat mengamalkan gaya hidup yangaktif melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasifizikal. Tema ini menekankan kecergasan fizikal dan kesihatanmental ke arah peningkatan produktiviti dan mengukuhkanperhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik.Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranandengan memperuntukkan masa yang cukup untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah.Selain itu, Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkanmelatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaranPendidikan Jasmani di maktab-maktab. Di institusi pengajiantinggi, aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa.Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan(MAKSAK) berperanan mengalak dan menyelaraskan semuaaktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam.MajlisOlimpik Malaysia (MOM) merupakan badan induk kepadasemua persatuan sukan kebangsaan. Tanggungjawab utamaialah menggalakan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakanOlimpik. MOM berkerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihandan latihan atlit untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

PersonelBadan-badan sukan disemua peringkat hendaklah melantikpersonel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang,melaksana dan menilai program sukan.

KewanganYayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatansukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewanganboleh diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaannegeri, sektor korporat dan individu. Sumbangan-sumbanganhendaklah dikecualikan dari cukai. Persatuan-persatuanhendaklah mempertingkatkan strategi pemasaran aktivitimereka. Yayasan sukan kebangsaan perlu diwujudkan.

InsentifPegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakilinegara haruslah diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif-insentifini boleh berbentuk biasiswa, penganugerahan, cuti,elaun sara hidup, perlindungan insuran, perbelanjaan untuklatihan dan yuran pendidikan. Selain itu kemasukan atlit kepusat pengajian tinggi , adalah berdasarkan syarat akademikyang minimum dalam displin yang dipohon.

KemudahanKementerian Belia dan Sukan akan menyediakan kemudahankemudahansukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukanuntuk golongan istimewa. Organisasi ini juga bertanggungjawabmenyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan.Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahansukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat danbadan sukarela juga memainkan peranan melengkapi usahausahakerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahansukan.

AmKerajaan haruslah mengurangkan cukai-cukai dan eksais keatas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampumemperolehinya pada harga yang murah. Secara tidaklangsung lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri dalamsukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga bolehmemainkan peranan dalam usaha ini. Mereka digalakkanmenghasilkan peralatan-peralatan sukan .Di peringkat institusi pendidikan, beberapa buah sekolahditubuhkan khas sebagai pusat kecemerlangan untukmenggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentuseperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan BandarPenawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri.Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikandan pembangunan sukan di negara ini. Kerjasama daripadamedia massa dan pelbagai organisasi diperlukan untukmenyebarkan dapatan penyelidikan dan mempromosikansukan.

Etika dan Patriotisme dalam Sukan

Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etikakesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubarimereka. Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara. Olehitu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoralmempunyai perasaan cinta akan negara tanah air. Sikap ini bolehdipamerkan melalui semangat kesukanan semasa bertanding.Mereka haruslah akur pada peraturan dan undang-undangpertandingan. Segala keputusan pertandingan haruslah dihormati dandipatuhi. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan sendiriapabila timbul ketidakpuasan hati di kalangan mereka. Segalamasalah ketidakpuasan hati mereka hendaklah diketengahkan kepadapihak berkenaan untuk dirunding dan diselesaikan secara profesional.Pegawai sukan juga tidak terlepas daripada etika kesukanan. Pegawaisukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyainilai-nilai positif.Penonton juga boleh mempamerkan semangat patriotisme terhadapnegara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etikakesukanan.Slogan-slogan seperti MALAYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUKNEGARA telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotismedi kalangan atlit dan masyarakat.

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SUKAN

Sejarah perkembangan sains sukan di negara kita secarakhususnya adalah tidak nyata dan tersurat. Namun demikianperkembangan sains sukan adalah bermula dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani yang menerapkan unsur-unsursains dalam pengajaran dan pembelajaran. Tujuankecemerlangan sukan telah memusatkan sains sukan sebagaisatu disiplin ilmu.Perkembangan sejarah sukan dan sains sukan bolehdibahagikan kepada tiga peringkat.

(i) Peringkat AwalanAktiviti sukan telah dikesan sejak zaman tamadunYunani, Rom, China dan Islam. Pada kurun ke-18,semua lapisan masyarakat secara menyeluruh telahmelibatkan diri dalam sukan. Ini adalah berpunca daritiga peristiwa penting yang telah berlaku antara tahun1762 hingga 1789.1762 Jean Jacques Rousseau telah menerbitkan bukuEmile di mana beliau menggalakkan setiapindividu melibatkan diri dalam sukan kerana aksidan pergerakan sukan adalah satu bentuk aktivitiyang ideal dan memanfaatkan kepada manusia.

1777 Era perindustrian bemula dengan penciptaan enjinstim oleh James Watt. Masa pekerjaan bertambahdan ini menyebabkan ramai orang tidak ada masauntuk rekreasi.1789 Rusuhan dan penaklukan penjara Bastile,Perancis telah memulakan Revolusi Perancis dimana pembahagian masyarakat mengikut kelas(golongan bangsawan dan petani) telahdihapuskan.Pada kurun ke-18, banyak aktiviti sukan seperti tenis,lumba kuda dan lawan pedang adalah terhad kepadagolongan atasan sahaja.Hasil dari buku Emile oleh Rousseau, satu kajian telahdijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 1970an dandidapati 10% daripada jumlah penduduk negara tersebutgemar berjogging.

Perkembangan masyarakat moden terutamanya dalamnegara-negara Barat dapat dilihat dengan perjuanganuntuk melibatkan semua lapisan masyarakat dalamaktiviti sukan. Pada awal dan pentengahan abad ke-20,mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkandalam kurikulum sekolah Amerika Syarikat dan England.Pada masa itu, penglibatan sukan adalah cenderungkepada kaum lelaki sahaja. Kebanyakan aktivitiberbentuk ketenteraan.

(ii) Peringkat PertengahanUnsur-unsur sains sukan telah mula diperkenalkansecara tidak langsung pada akhir kurun ke-19 dan awalkurun ke-20 di mana pergerakan manusia dan aktivitisukan dianalisiskan. Pada tahun 1878, EdwardMuybridge telah mencipta kaedah penggambaran aksiberjalan dan larian manusia dan kuda. H. Piper (1907)seorang bangsa German telah menggunakanelektromiogram (EMG) untuk mengukur impuls elektrikyang dihasilkan oleh otot manusia semasa pergerakan.Kaedah ini telah digunakan dalam aksi sukan pada tahun1970an dan 1980an.Pada pertengahan abad ke-20, kajian-kajian sainsberkaitan dengan sukan seperti antropometri, biologi,biomekanik, fisiologi dan sosiologi mula berkembangdengan pesat. Hasil kajian dan sumbangan saintissaintissukan telah dibukukan dan dijilidkan dalam jurnal.

(iii) Peringkat TerkiniPada masa kini terdapat ramai saintis sukan yang terlibatdalam penyelidikan sukan. Mereka menggunakankaedah-kaedah dan alatan-alatan yang canggih danberteknologi tinggi. Ini terbukti dengan kehadiran lebih2000 saintis sukan semasa Kongres Sains Sukan duniaanjuran Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) kali ketiga diAtlanta, Amerika Syarikat pada tahun 1995.Penyelidikan sains sukan pada mulanya berlandaskankepada pendidikan jasmani (1950an) dan kemudianberkembang menjadi satu disiplin tersendiri pada akhir1960an dan awal 1970an. Pakar-pakar disiplin sainsyang lain menyumbang dalam kajian dan penyelidikandalam sukan. Contohnya M.R. Yeadon (1993) seorangpakar matematik mengkaji aksi kuang hadapan dankuang belakang dalam gimnastik dan merumuskanpersamaan-persamaan matematik terhadap aksitersebut.Kajian-kajian saintifik dalam sukan telah menghasilkanatlit bertaraf dunia di negara Asia. Penemuan servissepak kuda dalam sepak takraw telah dikaji oleh saintissukan negara Thailand. Hasil kajian ini didapati berkesandan menjadi popular di kalangan atlit negara lain.

Atlit negara China juga telah menunjukkan prestasicemerlang dalam beberapa acara sukan khususnyagimnastik, renang dan terjun. Elemen-elemen sainssukan diberi tumpuan dalam pendidikan dan diterapkandalam melatih atlit-atlit sukan. Saintis sukan di negaraChina juga banyak menjalankan kajian untukmeningkatkan kualiti sukan negara.Penyelidik sukan di negara Korea telah merekaciptakasut memanah yang dapat membantu meningkatkanprestasi sukan ini. Kasut ini telah mendapat pengiktirafanperingkat antarabangsa.Para saintis sukan pula mula meluaskan bidang kajianmereka kepada pergerakan yang tidak berkaitan dengansukan seperti rehabilitasi anggota akibat penyakit ataukemalangan terhadap aksi anggota tiruan (prostetik).Kajian-kajian sains sukan pada masa kini berbentukpendekatan gabungan disiplin-disiplin sains yang lain(multidisciplinary approach). Contohnya, kajianmeningkatkan prestasi atlit supaya memuncak padamasa yang tepat melibatkan kepakaran fisiologi, biokimia,psikologi, antropometri dan biomekanik.

Perkembangan Sains Sukan di MalaysiaPada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia telahditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan programpembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. DasarPelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankandomain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972,kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukanbersama.Di peringkat institusi pengajian tinggi, Universiti Malaya telahmemasukkan pendidikan jasmani dalam kursus diplomapendidikan pada tahun 1977. Universiti Putra Malaysia,Serdang telah memulakan pengambilan siswazah untukprogram Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Jasmani).Pengambilan pertama dimulakan dengan guru-guru terlatihseramai 20 orang. Pada tahun 1996, program sarjana sainssukan ditawarkan.Universiti Malaya memulakan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukanpada tahun 1995 dan diikuti Institut Teknologi MARA yang kinidikenali sebagai Universiti Teknologi MARA yang menawarkandiploma sains sukan.Institut Sukan Negara (ISN) yang mula beroperasi di StadiumJalan Raja Muda, Kampong Baru dikenali sebagai Klinik SukanNegara sebelum berpindah ke bangunan baru di KompleksSukan Negara. Penyelidikan-penyelidikan dalam bidang sainssukan dikendalikan bagi tujuan persediaan atlit negara.Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM) ialah sebuahbadan sukarela yang mempunyai ahli terdiri daripada guru-guru,pensyarah-pensyarah atau tenaga pengajar mata pelajaranpendidikan jasmani, jurulatih dan individu yang berminat dalampembangunan dan pendidikan sukan. Badan ini telahmenganjurkan seminar-seminar sains sukan pada peringkatkebangsaan dan antarabangsa. Pada tahun 1997, namanyaditukarkan kepada Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukandan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) untuk mencerminkan satubadan yang lebih luas bidangnya. Selain badan ini, terdapatbahagian-bahagian bukan kerajaan yang aktif mempromosikanpelbagai aspek sains sukan.Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysiamemperkenalkan mata pelajaran sains sukan sebagai satu matapelajaran elektif wajib untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 diSekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah SukanBandar Penawar, Johor Bahru. Mata pelajaran ini akandijadikan satu mata pelajaran peperiksaan SPM pada tahun2001.

Skim Persijilan Kejurulatihan Sukan KebangsaanPada 14 Januari 1985, Majlis Sukan Negara (MSN) telahmenganjurkan Simposium Kejurulatihan Kebangsaan dan hasildaripada simposium itu, para peserta telah mengesyorkan agarsistem kejurulatihan diperkembangkan. Sebuah LembagaKejurulatihan Kebangsaan telah ditubuhkan untuk bekerjasamadengan Badan-Badan Sukan Kebangsaan.Ekoran daripada simposium itu, sebuah Lembaga KejurulatihanKebangsaan telah diwujudkan oleh MSN. Bidang tugasLembaga ini ialah :(a) Mewujudkan skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan.(b) Menyusun dan menggubal kurikulum kejurulatihan.(c) Bertindak sebagai penyelaras dalam semua kegiatankejurulatihan di antara Persatuan Sukan Kebangsaan yang mengawal sukan.(d) Melaksanakan apa-apa tugas dari masa ke semasaberhubung dengan kejurulatihan yang diarah oleh Menteri Belia dan Sukan.

Jawatankuasa Perkembangan Kurikulum telah diwujudkan bagimenggubal kurikulum sains sukan dan bidang pengkhususansukan serta praktikal di bawah Skim Pensijilan KejurulatihanKebangsaan.Skim Pensijilan Kejurulatihan adalah satu programpembangunan dan pendidikan jurulatih yang seragam danberterusan terbahagi kepada tiga komponen iaitu:

1. Sains sukan prinsip-prinsip am kejurulatihandan sumber manusia2. Pengkhususan sukan kemahiran, teknik dan strategikhusus kepada sukan-sukan tertentu.3. Praktikal amalan kejurulatihan

Objektif skim ini adalah untuk :(a) Melatih, melengkap dan meningkatkan pengetahuanjurulatih dalam bidang sains sukan, pengkhususan sukandan praktikal dengan tujuan dapat memajukan lagiprestasi serta pencapaian atlit kebangsaan.

(b) Mewujudkan satu program yang sistematik untukmenambah bilangan jurulatih dan menyediakan peluang kepada jurulatih meningkatkan pengetahuan dalambidang kejurulatihan.(c) Mewujudkan satu sistem dan pendekatan yangprofesional serta saintifik dalam bidang kejurulatihan ke arah memajukan sukan negara.(d) Menyelaras dan melaksanakan semua program danaktiviti pensijilan kejurulatihan di semua peringkat. Pihak yang menyediakan kandungan komponen berikut ialah(a) Sains sukan oleh Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan.(b) Pengkhususan sukan dan praktikal oleh PersatuanSukan Kebangsaan yang berkenaan mengikut garis panduan yang diberikan oleh Lembaga KejurulatihanKebangsaan.

Pengajian Sains Sukan di Institut Pengajian Tinggi MalaysiaInstitusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Malaya,Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,Universiti Teknologi Malaysia

Patriotisme dapat ditakrifkan sebagai semangat cintakan Negara dan ada kesanggupan untuk berkorban mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara. Kecintaan pada ibu pertiwi iaitu perasaan cinta mendalam rakyat terhadap tanah air tempat tumpah darah. Individu yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan sedar bahawa beliau telah mencintai Negara kerana semangat ini bersifat abstrak.

Islam tidak pernah melarang untuk kita mencintai negara kita bahkan menggalakan kita memcintai negara kita ini dapat dilihat dalam sabda nabi S.A.W :

Ajaralah anak-anak kamu supaya kasihkan nabi dan Negara kamu

Patriotis ialah orang yag memperjuangkan dan mempertahkan kebebasan dan hak tanah air kerana sayangkannya. Dalam bahasa arab patriotisme disebut sebagai wataniyah bermaksud cintakan Negara secara ikhlas dan sanggup berkorban untuknya. Ungkapan yang digunakan bermaksud Cintakan Negara sebahgian daripada Iman.

Patriotisme berasal daripada dua suku kata Yunani, Peter bererti father dan patris bererti land. Gabungan kedua-dua suku kata itu membawa maksud dalam bahasa inggeris the love of a fatherland. Pengertian yang diberikan oleh kamus, Websters Dictionary mengatakan patriotisme sebagai the devoted love, support and defence of ones country.

Menurut Profesor Syed Hussein al-Atas, patriotisme ini adalah tiada jaminan yang paling meyakinkan demi mempertahnkan nasib bangsa dan tempat kelahiran sendiri kecuali memiliki rasa patriotisme yang tinggi. Rukun Negara merupakan salah satu elemen dalam menunjukkan kita cintakan Negara dan diumpamakan sebagai mencintai keluarga kita sendiri.

Semanagat patriotisme moden menurut Profesor Emeritus Khoo Kay Kim, menegaskan bahawa pembagunan sukan popular seharusnya mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana semangat patriotisme dan menyatukan rakyat dengan cara-cara yang cukup mudah tetapi berkesan. Pencapaian tinggi atlit dan pasukan kebangsaan diperingkat Asia dan dunia sangat penting untuk memulihkan imej dan rasa bangga diri rakyat terhadap Negara.

Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyatakan patrotisme perlu dinilai dengan Rukun Negara, pengajaran subjek sejarah Malaysia dengan lebih dinamik, penerbitan komik dan buku-buku cerita pendek berkisar tentang pejuang-pejuang bangsa dan pembagunan sukan Negara.Pada zaman moden ini ujud pula istilah patriotisme alaf baru yang lebih menitik beratkan pendidikan kewarganegaraan, makna dan focus patriotisme, cabaran alaf baru terhadap patriotisme, objektif dan nilai-nilai patriotisme serta pendekatan pelaksananya.

Saturday, April 17, 2010Revolusi Bolasepak & Patriotisme yang hilang? OGOS 21 Dalam sedar tidak sedar, musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah bermula dengan aksi tirai Piala Sumbangsih yang dimenangi Chelsea disusuli aksi pertama liga minggu lepas. Pastinya aku sendiri pun seperti tidak percaya musim baru EPL dan juga liga-liga bola sepak utama Eropah sudah bermula. Kesibukan bekerja dan aktiviti-aktiviti lain membuatkan masa berlalu terlalu pantas.

Bercerita tentang sukan nombor satu di Malaysia ini tetapi yang tercorot dari segi prestasi pasti akan menimbulkan banyak persoalan lantas diskusi panjang yang sering bernada kecewa jika menyentuh situasi kritikal bola sepak di Malaysia.

Aku mula bermain bola sepak ketika berumur 6 tahun di sebuah padang di Pasir Gudang, dan mulai aktif mengikuti perkembangan sukan bola sepak tempatan sejak darjah 2 atau lebih tepat pada tahun 1989 setelah bersekolah di Pekan Kapar Selangor. Menetap di negeri kuasa bola sepak tempatan yang penuh dengan tradisi merupakan satu perkara yang sangat bagus berlaku di dalam hidup berbanding jika aku terus menetap di Johor.

Aku masih terbayang kemeriahan malam minggu di mana perlawanan liga Semi-Pro yang mula diperkenalkan pada tahun 1989 sering diadakan. Konvoi beramai-ramai penyokong dengan kereta dan van sambil mengibarkan bendera Selangor akan disambut dengan terpukan dan teriakan setiap kali melewati orang ramai. Kawasan perumahan aku juga sering membuat rombongan dengan bas disediakan percuma oleh towkay bas sekolah yang sangat bersemangat tinggi. Tatkala itu Sabtu malam minggu pastinya ditunggu-tunggu oleh warga Selangor untuk ke Stadium Merdeka, sebelum wujudnya Stadium Shah Alam.

Akhbar-akhbar dan media elektronik akan membuat ulasan panjang lebar sebelum perlawanan dan selepas perlawanan, lengkap dengan skor mata prestasi setiap pemain dan grafik gol-gol pilihan. Senarai penjaring gol baik untuk bahagian satu dan bahagian dua akan menjadi buah bicara aku dan teman-teman di sekolah seterusnya akan ada pemain yang menjadi idola kami seperti Fandi Ahmad, Subadron Aziz, Radhi Mat Din, Zainal Nordin, Matlan Marjan, Mohd. Nidzam Adzha, Azizol Abu Hanifah, Mubin Mokhtar,Ariffin Osman, Norazam Ishak, Khalid Shahdan, Zaidi Nafiah dan pastinya Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh.

Kemeriahan aksi bola sepak tempatan ini sering melimpah ke peringkat kampung atau taman di mana aksi-aksi persahabatan di antara kampung atau taman berdekatan sering diadakan. Aku sendiri pernah mengepalai pasukan yang aku namakan TNB Kapar dan mengatur perlawanan-perlawanan di hujung minggu jika tiada aksi pasukan Selangor di KL minggu itu. Walau sering diakhiri dengan rasa tidak puas hati dan kadang kala pergaduhan jika keputusan tidak memihak atau sebagainya, sukan bola sepak jelas dekat dan melekat kuat di dalam jiwa kami pada waktu itu.

Pada waktu itu tidak ramai yang mengikuti liga bola sepak luar negara apatah lagi Liga Inggeris yang hampir minimal pengikutnya. Mengikut ingatan aku, Liga Itali lebih popular pada waktu itu di mana setiap hari Sabtu jam 4 petang pasti ditunggu-tunggu kerana liputan sejam aksi liga akan ditayangkan. Bertambah popular lagi Liga Itali apabila Diego Maradona beraksi bersama kelab Napoli.

Aku juga masih mengingati aksi Piala Caltex tahun 1991 yang dikatakan acara tahunan berlokasi di negeri jiran, Singapura melibatkan dua pasukan hebat, Arsenal dan Liverpool dan menariknya hampir tiada yang memperkatakannya. Aksi tahun kedua itu dimenangi Arsenal menerusi sepakan penalti seterusnya mempertahankan piala yang dimenangi tahun sebelumnya. Kunjungan pasukan Aston Villa tahun itu juga menentang Kuala Lumpur, Sarawak dan Pilihan Malaysia juga tidak mendapat sambutan walaupun Villa diwakili David Platt yang sangat digeruni ketika itu. Cuma beberapa aksi yang melibatkan pasukan negara akan mendapat sambutan hebat seperti aksi menentang skuad England pada tahun 1991 yang sering dikenang kerana dua gol cantik dari Matlan Marjan menewaskan Chris Woods dan aksi menentang Everton yang dikenang kerana kehebatan penjaga gol Malaysia, Rashid Hassan pada tahun 1989 jika tidak silap.

Tahun 1989 juga cukup manis apabila pasukan negara memenangi pingat emas Sukan Sea ke 15 yang berlangsung di Kuala Lumpur. Malangnya sejak itu jugalah pasukan negara gagal mengulangi kejayaan yang sama sehingga sekarang. Peliknya wacana pada waktu itu terutama oleh kolumnis sukan yang aku gemari, Prof. Khoo Kay Kim di akhbar Berita Harian tidaklah positif terhadap pencapaian pasukan negara kerana perbandingan sering dibuat dengan prestasi tahun 70an dan awal 80an. Bayangkan pula bagaimana kita hendak berwacana tentang situasi pasukan bola sepak negara sekarang?

Dua puluh tahun ke hadapan banyak yang sudah berubah. Padang bola sepak semakin berkurangan, stesen satelit Astro yang penuh dengan aksi bola sepak luar negara mendominasi, media seperti menganaktiri aksi bola sepak tempatan, masyarakat sudah banyak pilihan gaya hidup di hujung minggu, polarisasi kaum semakin kuat di dalam bola sepak dan politik FAM dan persatuan negeri yang negatif tidak pernah selesai.

Kalau dulu ramai bermain bola tepuk yang menggunakan kad manila di dalam rumah atau di meja sekolah berjersikan pemain tempatan. Sekarang semuanya pemain luar negara itupun jika masih dimainkan permainan ini kerana pastinya permainan video Winning Eleven dan FIFA 09 sudah mengambil alih peranan.

Pastinya aku sedih dan hampa dengan suasana ini dan lebih hiba tatkala melihat tingkah laku ekstremis bola sepak luar negara yang sanggup bergadai masa dan tenaga untuk menonton aksi membabitkan pasukan kegemaran mereka, baik Arsenal, Liverpool, Manchester United, Real Madrid dan lain-lain tetapi tidak mengendahkan langsung aksi bola sepak tempatan dan perkembangan pasukan negara.

Memang bukan salah mereka 100 peratus untuk membuang duit menonton Manchester United di Bukit Jalil dan mengherdik dan lagi teruk memaki hamun pemain negara. Kita akui prestasi permainan yang ditunjukkan tidak menarik untuk memikat orang ramai ke stadium Tetapi amat salah menjadi peminat bola sepak yang hanya tahu mencari salah tetapi tidak menyumbang apa-apa dari segi idea dan bentuk tindakan. Lebih malang lagi ada yang tidak mengenali pemain kebangsaan tetapi mengkritik dan memaki tanpa mengambil tahu konteks.Memaki hamun seperti yang sering dihambur oleh ekstremis parti-parti politik memang kerja mudah, tetapi untuk membuat perubahan dan bekerja ke arah itu merupakan satu tugas yang mencabar dan harus dipikul seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kelab, baik Manchester United, Chelsea dan lain-lain.

Bola sepak tempatan masih bernyawa seperti aksi yang dipamerkan ketika aksi persahabatan menentang MU tempoh hari dan sokongan yang diberikan terhadap pasukan negeri ketika perlawanan-perlawanan besar. Nyawa ini sangat bergantung kepada rakyat Malaysia kerana sepertinya nyawa utama yang dimiliki FAM seperti sudah di hujung tanduk. Nyawa ketiga milik pemain yang dahagakan kebajikan yang sering diabai dan sering pula diperlekah pengorbanan mereka oleh rakyat Malaysia kerana mungkin kelemahan pencapaian akademik mereka.

Hanya ada dua jalan iaitu sama ada FAM berubah dengan drastik baik di sudut kepimpinan dan program atau akan ada revolusi bola sepak jika kegagalan demi kegagalan dibiarkan berterusan tanpa rasa bersalah.

ETIKA SUKAN 12:32 AM | Etika dan Patriotisme dalam Sukan Setiap individu yang terlibat dalam sukan haruslah mengamalkan etika kesukanan dan menanam semangat patriotisme di dalam sanubari mereka. Segala tindak-tanduk atlit melambangkan imej negara. Oleh itu, atlit dan bakal atlit negara haruslah berdisiplin, bermoral mempunyai perasaan cinta akan negara tanah air. Sikap ini boleh dipamerkan melalui semangat kesukanan semasa bertanding. Mereka haruslah akur pada peraturan dan undang-undang pertandingan. Segala keputusan pertandingan haruslah dihormati dan dipatuhi. Atlit haruslah mengelak daripada mengambil tindakan sendiri apabila timbul ketidakpuasan hati di kalangan mereka. Segala masalah ketidakpuasan hati mereka hendaklah diketengahkan kepada pihak berkenaan untuk dirunding dan diselesaikan secara profesional. Pegawai sukan juga tidak terlepas daripada etika kesukanan. Pegawai sukan perlu berdisiplin bertanggungjawab amanah serta mempunyai nilai-nilai positif. Penonton juga boleh mempamerkan semangat patriotisme terhadap negara dengan memberi sokongan kepada atlit berlandaskan etika kesukanan. Slogan-slogan seperti MALAYSIA BOLEH dan SUKAN UNTUK NEGARA telah menanamkan dan meningkatkan semangat patriotism

OBJEKTIF DASAR SUKAN NEGARA 12:20 AM | OBJEKTIF DASAR SUKANNEGARA (1988)

1. Membentuksatu masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu.

2. Menyediakanpeluang-peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi, sosial, psikologidan fisiologi.

3. Membangundan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan sosial seseorangindividu.

4. Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen.

Strategi dan Implementasi

1. Perancangan2. Organisasi terlibat3. Personel4. Kewangan5. Insentif6. Kemudahan7. Perancangan8. Jangkapanjang9. Sukan-sukan prioriti

Sukan-sukan prioriti

1. Memanah2. Olahraga3. Badminton4. Tenpin bowling5. Lumba basikal6. Terjun7. Golf8. Gimnastik9. Renang10. Sepak takraw11. Kapal layar12. Hoki(L&W)13. Menembak14. Angkat berat

ORGANISASI

Majlis Sukan Negara1. Akta 29 Undang-undang Malaysia. 30hb April 19712. Sukan Prestasi Tinggi3. SUKMA, Persediaan untuk penyertaan Abangsa.

Kementerian Belia dan Sukan1. Sukan untuk Semua2. Rekreasi, KESUMA dsb.

Kementerian Pendidikan1. Sediakan masa mencukupi untuk PJK2. Melatih guru-guru PJK/ Sukan3. Galakkan sukan di peringkat Universiti dan Maktab Perguruan.

MAKSAK1. Galakkan sukan di kalangan kakitangan awam.

OCM1. Galakkan pergerakan Olimpik2. Persatuan Sukan Kebangsaan3. Menyediakan peluang bertanding dan penyertaan di kalangan atlet dan pegawai.4. Personel5. Kakitangan yang berkelayakan dan profesional6. Bertauliah

KEWANGANqMenubuhkan Yayasan Sukan KebangsaanqMeningkatkan strategi pemasaran sukan

Sumber-sumber

Kerajaan persekutuanKerajaan negeriSektor korporatIndividuLain-lainINSENTIF

Peluang melanjutkan pelajaranPekerjaanBiasiswaSHAKAMPengiktirafan pingat, bintangKEMUDAHAN

1. Blueprint pembangunan sukan- 20 tahun2. Kemudahan untuk sukan prestasi tinggi dan massa

i. KOMPLEKS SUKAN Pusat, Negeriii. GELANGGANG Kompleks Belia dan Sukaniii. 1001 GELANGGANG - BAM

SEJARAH RINGKAS SUKAN DI MALAYSIA

SUKAN PELBAGAI KAUM- TradisionalSUKAN ZAMAN KOLONIALSUKAN SEBELUM MERDEKASELEPAS MERDEKAPENYERTAAN NEGARA DI PERINGKATANTARABANGSAKemenangan Piala Thomas 1949

meransang kegiatan sukan

Penubuhan MOM 1952MSN dihidupkan semula 1982Dasar Sukan Negara digubal - 1988Sukan tradisional

Sepak raga, lumba perahu, wau, gasing

Sukan dari barat

Bolasepak, ragbi, hoki, badminton,kriket, tenis dsb.

Penyertaan Malaysia di peringkat antarabangsa

Sukan Asia - 1954Olimpik - 1956Komanwel - 1958Sukan SEAP- 1959

Permainan yang dibawa dan perkenalkan1892 - Hokidiperkenalkan oleh askar Inggeris.

1925 -Penubuhan Penang Badminton Association.

1900 - Olahragaujud di Sarawak sbg Physical Fitness.

1930 -Badminton (POONA) diperkenalkanoleh pelajar yang menuntut di luar negara.

1948 -Federation of Malaya menghantar atlet Angkat Berat ke 7th All-China Olympic

1949 - Menewaskan Denmark 8-1 dlm Piala Thomas

1905 - Ipoh Athletic Association ditubuhkan.(Organisasi pertama dalam olahraga di Malaya)

1913 penubuhan Ipoh Athletic Sport tajaanKelab Eropah

1914-1919 Perang Dunia Pertama

1920 Kejohanan antara negeri di KL anjuran AAAof British

Malaya

1940-1948 Perang Dunia Kedua

1934 BAM ditubuhkan

1954 Sarawak, Sabah, Brunei (Borneo Territories Team) menyertai Malaya Championship (Olahraga)

1960 - Mula diujudkan simpanan rekod dlm olahraga (Seremban)

1961 Trek All weather dibina di Kuching (pertama di Malaysia?)

1963 Gen. Choi Hong Hi (Duta Korea di Malaysia) perkenalkan TaeKwon Do. 27/4/74 MTA ditubuhkan.

1958 - menyertai Sukan Komanwel di Cardiff

1959 - Sukan SEAP

1966 - Anugerah Sukan Negara dilaksanakan

Datuk M. Jegathesan penerima pertama

1997 - Anugerah Jurulatih Kebangsaan di laksanakan

1988 - Tuan rumah Sukan Komanwel Kalah Menang Dalam Sukan

Memupuk jati diri, patriotisme UTUSAN : 02/11/2010

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa pelajar mesti lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat tepat pada masanya. Dalam gelombang globalisasi yang cukup mencabar dan getir kini sememangnya amat mendambakan rakyat yang patuh dan taat kepada negara serta bangsa Malaysia. Ini hanya mampu dicerna serta diterapkan melalui pendidikan sejarah.

Kurikulum dan sukatan pelajaran sejarah sedia ada sudah cukup menepati hasrat dan wawasan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sejarah ialah melahirkan insan yang mantap jati diri serta keutuhan kesetiaan kepada negara dan bangsa Malaysia. Ini selaras dengan matlamat utama subjek Sejarah sebagai pendukung utama pemupukan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

Penekanan juga diberikan kepada aspek kemahiran pemikiran, menganalisis dan menilai fakta sejarah secara rasional. Melalui pemahaman dan penghayatan sejarah jatuh bangun negara, akan dapat memperkasa keperibadian bangsa Malaysia tercinta.

Namun, daripada aspek pelaksanaanya masih lagi di tahap yang kurang memberangsangkan. Ini disebabkan pelajar kurang mempunyai kesedaran, malah menganggap subjek Sejarah tidak penting lantaran dianggap tiada nilai-nilai komersial yang mampu memberi kesenangan dan kemewahan hidup.

Terdapat banyak kajian ilmiah yang dijalankan menunjukkan bahawa rata-rata pelajar tidak berminat untuk mempelajari sejarah.

Justeru keputusan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat lulus dalam peperiksaan SPM dianggap memberi nafas baru kepada hasrat dan aspirasi negara melahirkan generasi yang perkasa jati diri, mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap tanah air.

Rasional kepada keputusan tersebut juga adalah selaras dengan Wawasan 2020 yang menyarankan Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan sejarah negara serta hubung kaitnya dengan perkembangan dunia luar bagi mempersiapkan diri untuk berhadapan dan berdaya saing dengan dunia luar.

Pendidikan sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rujukan kesedaran kebangsaan serta persefahaman kalangan pelbagai bangsa, seterusnya persefahaman antara bangsa. Ini diterjemahkan melalui objektif yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah iaitu menyusur galur sejarah diri dan keluarga, memahami asal-usul dan perkembangan masyarakat dan negara, pembangunan ekonomi,sistem pentadbiran dan hubungan dengan negara luar.

Beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi menjamin pelaksanaan P&P Sejarah yang berkesan dan mencapai matlamat yang dinyatakan. Antaranya ialah pihak Kementerian Pelajaran perlu menambah bilangan waktu P&P subjek Sejarah dari tiga waktu kepada lima waktu seminggu. Peruntukan waktu sedia ada tidak cukup dan sukar untuk melaksanakan P&P Sejarah dengan berkesan. Waktu yang terhad inilah yang mengekang guru-guru Sejarah melaksanakan pengajaran dengan baik, lebih-lebih lagi apabila hendak membimbing pelajar menjalani pembelajaran bersifat inkuiri atau penyiasatan.

Saya juga cadangkan supaya guru-guru sejarah ditambah bagi menjamin pelaksanaan P&P Sejarah dapat dilaksanakan secara berkesan di samping akan mengurangkan beban tugas guru-guru Sejarah. Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan drastik dengan menambah bilangan pengambilan guru-guru pelatih opsyen sejarah di institusi pengajian tinggi dengan segera.

Saya juga amat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh saudara Ahmad Fadzil Mat Min melalui rencana dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 Oktober 2010 dengan tajuk 'Mahu subjek Sejarah syarat wajib kemasukan ke IPTA. Malah saya mencadangkan supaya diwajibkan bagi Kemasukan ke IPTS juga.

Pihak kementerian Pengajian Tinggi juga perlu menetapkan elemen pengajian Sejarah diwajibkan sebagai syarat wajib untuk mendapat ijazah di IPTA dan IPTS.

Kesungguhan Kementerian Pelajaran untuk memupuk generasi akan datang yang mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang mendalam terhadap Malaysia tergalas di bahu guru-guru Sejarah. Dengan adanya pengetahuan dan kesedaran sejarah akan menjadi asas penting ke arah mewujudkan dan memperkasa perpaduan kaum di Malaysia, seterusnya merealisasikan konsep 1Malaysia idaman Perdana Menteri.

Norrizan Seman

Tanjung Malim, Perak Posted by Pragmatis USIM at 7:49 AM Labels: Artikel Akhbar - Pengajian Tinggi