pengenalan perlembagaan

55
PENGENALAN PERLEMBAGAAN : Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara. Perlembagaan Malaysia Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan : “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang

Upload: jaja-khalid

Post on 30-Jun-2015

4.577 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

PENGENALAN PERLEMBAGAAN :

Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara

Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara.

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan :

“Perlembagaan ini adalah undang-undang utama  Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang  diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang   berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah  terbatal setakat berlawanan dengan itu”.

   Perkara 4(1)

Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Page 2: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Sejarah Ringkas Perlembagaan Malaysia

Sejarah perlembagaan moden Malaysia bermula pada akhir abad ke 19, ketika kerajaan British menguasai Tanah Melayu.

Kronologi ringkasnya adalah seperti berikut:

1905 – sebuah badan perundangan pusat yang dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan. Semua undang-undang yang dibuat oleh mana-mana negeri mestilah bersesuaian dan tidak bertentangan dengan undang-undang yang dibuat oleh MMP. Sungguh pun begitu MMP tidak mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.

  1927 – melalui pindaan Perjanjian Persekutuan bagi anggota-anggota MMP,

MMP diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu. Raja-raja Melayu tidak lagi mengambil bahagian dalam perbincangan MMP. Ini menjadikan kuasa kerajaan pusat menjadi kuat. Sementara itu kedudukan Dewan Negeri diperkuat dan beberapa kuasa yang dulunya dijalankan oleh Ketua Setiausaha (Pegawai British) diserahkan kepada Dewan Negeri. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar kepada Setiausaha Persekutuan

Di bawah Malayan Union pula, segala kuasa terletak di tangan gabenor termasuk kuasa memberi ampun pada orang salah. Gabenor boleh membatalkan segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Perundangan. Majlis Perundangan Negeri di setiap negeri pula hanya boleh membuat undang-undang tentang perkara tempatan sahaja dan ia boleh dibatalkan oleh Majlis Perundangan Malayan Union.

1948 – Malayan Union dimansuhkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sementara itu Majlis Perundangan Negeri mempunyai kuasa yang terhad seperti yang disebuat dalam Jadual Kedua bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

 

Page 3: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

  Jun 1955 – pilihanraya pertama diadakan bagi memilih anggota-anggota

Majlis Perundangan Persekutuan – mengandungi 52 anggota yang dipilih, 34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

  Mac 1956 – Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk yang diketuai oleh

Lord Reid. Jawatankuasa ini diberi tugas merangka Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat.Jawatankuasa ini mula menjalankan tugasnya pada Jun 1956, dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Laporan ini dikaji, diteliti dan kemudiannya digubal menjadi Perlembagaan Persekutuan.

  Pembentukan perlembagaan telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan

dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Julai 1963 – Perjanjian Malaysia ditandatangani di London oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu, Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.

Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:

Page 4: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

- agama Islam sebagai agama rasmi;- kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan

Sarawak;- kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,- soal kerakyatan.

 

Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:     Perkara 1 hingga 4    Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi            Persekutuan     Perkara 5 hingga 13     Kebebasan Asasi     Perkara 14 hingga 22    Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)     Perkara 23 hingga 28A    Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)     Perkara 29 hingga 31    Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)     Perkara 32 hingga 37      Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)     Perkara 38    Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)     Perkara 39 hingga 43C     Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)   Perkara 44 hingga 65 Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan Persekutuan)   Perkara 66 hingga 68  Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)   Perkara 69

Page 5: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

  Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak   Dan guaman )   Perkara 70 hingga 72  Negeri-negeri   Perkara 73 hingga 79  Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri  (Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)   Perkara 80 hingga 81  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri  (Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)   Perkara 82  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri  (Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)   Perkara 83 hingga 91  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri  (Bab 4 – Tanah)   Perkara 92  Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri   (Bab 5 – Pembangunan negara)  Perkara 93 hingga 95 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)

Perkara 95A hingga 95E Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)  Perkara 96 hingga 112 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)   Perkara 112A – 112D Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian

Page 6: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

 Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)  Perkara 113 hingga 120  Pilihanraya  Perkara 121 hingga 131A  Perhakiman  Perkara 132 hingga 148 Perkhidmatan Awam  Perkara 149 hingga 151 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan  Kuasa-kuasa Darurat  Perkara 152 hingga 160B Am dan Pelbagai  Perkara 161 hingga 161H Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak  Perkara 162 hingga 180 Peruntukan Sementara dan Peralihan  Perkara 181 Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja  Perkara 183 hingga 183 Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja

Beberapa Perkara Asas Perlembagaan

Page 7: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) 

Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen. Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.

 Perkara153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.

 Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

Kedudukan Agama Islam 

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Kedudukan Bahasa Melayu

Page 8: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

 

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Kedudukan Istemewa Orang Melayu  

Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :

perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) ekonomi : Perkara 153 (6) pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4) Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan

Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan

1948 (Pindaan 1971).

Kewarganegaraan  

Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang kerakyatannya yang selaras.Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-

o Perolehan Kewarganegraan :

Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)

o Penamatan Kewarganegaraqan

Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)

o -Peruntukan Tambahan

Page 9: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)

Dalam Perlembagaan ada dua cara menyebabkan sesorang itu boleh hilang kewarganegarannya:

 

-Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan

 dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan    

 daripada negara lain

 

-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan  

 dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada negara.

KEBEBASAN HAK ASASI 

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya  sebagaimana yang dijamin dalam   Perlembagaan Persekutuan. Hak-Hak Asasi ini meliputi : 

Perkara 5   : Kebebasan Diri

Perkara 6   : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa)

Perkara 7   : Perlindungan daripada undang-undang Jenayah

Perkara 8   :  Hak Kesamarataan

Perkara  9  :  Hak Kebebasan Bergerak

Perkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

Perkara 11  :  Kebebasan Beragama

Perkara 12  : Hak Mendapat Pendidikan

Perkara 13    : Hak Terhadap Harta

Page 10: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya haka-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya:

 

Perkara 149 – Perbuatan Subversif Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975 Dan beberapa akta lain.

PETA MINDA BAGI KONSEP PERLEMBAGAAN :

PETA MINDA BAGI UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN :

KONSEP

PERLEMBAGAAN

Undang-undang tertinggi Malaysia.

Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.

Digubal oleh Suruhanjaya Reid.

Digubal berdasarkan 131 memorandum parti politik dan pertubuhan di Tanah Melayu.

Sumber segala perundangan lain dalam Negara kita.

Parlimen(3 badan) mendapat kuasa dari Perlembagaan.

Page 11: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Hak ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan dan kemudahan asas.Melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggara oleh orang bukan Melayu.Kemasukkan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu.

Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh para pembesar.Institusi beraja terus dikekalkan di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi.Berdasarkan kepada konsep ini, raja-raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA

SABAH DAN SARAWAK

PEMERINTAHANBERAJA

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAANMALAYSIA

BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan.Perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak dihalang, atau disekat.Bahasa Inggeris juga dijadikan sebagai bahasa kedua Malaysia.

Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.Walaupun secara rasminya agama Islam telah menjadi agama utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing.

AGAMA ISLAM

Page 12: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

UNSUR-UNSUR PERLEMBAGAAN

Page 13: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Garis masa sejarah penggubalan Perlembagaan sehingga penubuhan Malaysia :

Page 14: PENGENALAN PERLEMBAGAAN
Page 15: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Malayan Union

Malayan Union telah ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia II dan

merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat

(tanpa Singapura) sebagai pengganti British Malaya.

Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent,

Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di

Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan

dalam rancangan yang asal tetapi pemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada

cadangan yang terakhir kerana merumitkan cadangan Malayan Union yang sudah

cukup susah ( sumber :Wikipedia Melayu, Ensiklopedia Bebas ).

Ciri-ciri utama

Semua Negeri Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri

Selat, disatukan.

Seorang gabenor British yang dilantik oleh baginda Ratu England akan

mengetuai Malayan Union.

Majlis Ekskutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan

Malayan Union.

Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya

membincangkan soal agama islam dan adat istiadat melayu.

Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

PERLEMBAGAAN RAKYAT 1947

Singapura disatukan dengan Tanah Melayu.

Sebuah kerajaan pusat dan majlis-majlis negeri dipilih.

Raja-Raja Melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab

kepada rakyat.

Page 16: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Kedudukan istimewa orang melayu dikembalikan.

Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu.

Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu

Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjasi tanggungjawab bersama

British dan Tanah Melayu.

Warganegara Tanah Melayu dinamai melayu.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri.

Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

Konsep raja berpelembagaan diwujudkan.

Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.

Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

SISTEM AHLI

Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai

tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk.

Anggota sistem ahli dipanggil sebagai ahli. Contohnya, ahli hal ehwal dalam

negeri.

Perlantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis

Raja-Raja Melayu.

Ahlinya terdiri daripada sembilan anggota, iaitu 5 orang penduduk Tanah Melayu

dann empat orang pegawai British. Daripada 5 orang penduduk Tanah Melayu, 3

Melayu,Cina dan India.

Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957

Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan.

Page 17: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai

Persekutuan dan Senarai Negeri. Institusi raja dijadikan raja berpelembagaan

pada peringkat negeri dan Negara.

Tiga jenis kerakyatan diwujudkan, iaitu secara kuat kuasa undang-undang,

permohonan dan naturalisasi. Prinsip jus soli diterima.

Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.

Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

Tanah simpanan Melayu dikekalkan. Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan.

Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara. Pentadbiran Negara bersifat

demokrasi berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bwah

kuasa parlimen.

Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau

dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan Exco.

PERJANJIAN MALAYSIA 1963

Semua urusan hal ehwal luar adalah menjadi tanggungjawab kerajaan

persekutuan.

Agama Islam merupakan agama persekutuan kecuali Sabah dan Sarawak tetapi

agama lain bebas diamalkan.

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan

bahasa lain bebas diamalkan.

Bagi negeri Sarawak dan sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga

10 tahun selepas hari Malaysia.

Negeri sabah dan Sarawak diberikan hak mengawal hal ehwal imigresen dan

perkhidmatan awam.

Page 18: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MENGIKUT KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Setelah menjalani beberapa rundingan dan proses serta mendapat persetujuan

dari pihak yang berkenaan, akhirnya perlembagaan Malaysia telah dibentuk dan

dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan ini perlu dipatuhi oleh

semua pihak agar negara yang kita sayangi ini akan terus berada dalam keadaan aman

dan harmoni. Jika terdapat sebarang ketidakpuasan dari sesetengah pihak yang

mempertikaikan perlembagaan, maka perlembagaan akan dirujuk dan perlembagaan

akan dipinda tetapi memerlukan prosedur yang tertentu. Hal ini adalah bagi menjamin

keharmonian di antara semua kaum dan etnik di Negara ini.

Terdapat beberapa kepentingan di dalam perlembagaan yang merangkumi

semua kaum di Malaysia dan telah dipersetujui melalui kontrak sosial semasa

penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Antara kepentingan perlembagaan mengikut

konteks hubungan etnik ialah bagi menjamin kestabilan negara. Perlembagaan juga

merupakan asas bagi merangka bentuk pentadbiran serta penggubalan undang-

undang. Unsur-unsur perlembagaan menjadi titik tolak bagi memupuk perpaduan di

antara kaum. Unsur-unsur perlembagaan seperti bahasa kebangsaan, agama, hak

istimewa orang Melayu dan pemerintahan beraja telah menjadi panduan untuk

menjamin kecekapan, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran.

Selain itu, perlembagan juga sebagai jaminan taat setia rakyat yang tidak

berbelah bagi kepada negara. Semua rakyat telah diingatkan secara langsung atau

tidak langsung mengenai matlamat sebagai rakyat Malaysia iaitu mempunyai sifat

sayangkan negara di samping menyemai semangat patriotisme di dalam diri mereka.

Contohnya, dalam Perkara 24 perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang

mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya manakala

Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan

kerakyatan jika terbukti tidak setia kepada negara. Hal ini bertujuan supaya rakyat

memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara

dan bangsa Malaysia. Taraf kewarganegaraan yang tidak mengira agama dan bangsa,

namun warganegara diklasifikasikan sebagai satu keistimewaan yang dipegang oleh

Page 19: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

rakyat yang telah bergelar sebagai rakyat Malaysia yang berhak dalam mendapatkan

hak, faedah dan kemudahan tertentu. Pada masa yang sama, mereka tidak disekat

untuk mencari rezeki asalkan tidak melanggar undang-undang.

Kepentingan lain yang terdapat di dalam perlembagaan adalah bagi

mewujudkan integrasi nasional agar proses pembentukan negara dan bangsa yang

bersatu dan berdaulat dapat dipercepatkan. Integrasi nasional disini bermaksud

merupakan proses penggabungan kelompok etnik yang berbeza latar belakang,

menjadi satu bangsa yang terikat oleh norma dan kepentingan bersama iaitu bangsa

Malaysia. Jika diperhalusi mengenai kebaikan integrasi nasional yang telah termaktub

di dalam Perlembagaan Malaysia, kita akan dapat melihat satu unsur penting

didalamnya iaitu kelompok etnik yang saling bersatu padu walaupun berlainan latar

belakang.

Di samping itu, rakyat juga mempunyai kebebasan dalam menganut agama

dan menggunakan bahasa yang disukai di dalam urusan seharian. Perkara 152

menyebut bahawa bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan dan implikasi

daripada ini, urusan rasmi kerajaan hendaklah dibuat dalam bahasa Melayu. Bahasa

Melayu juga akan dijadikan alat untuk menyatupadukan rakyat pelbagai keturunan,

masing-masing dengan bahasa pertuturannya seterusnya bagi memupuk perpaduan di

kalangan mereka. Ini kerana penggunaan bahasa Melayu sudah lama meluas

semenjak era zaman kegemilangan Melaka lagi bahkan telah menjadi bahasa

perantaraan di antara para pedagang dari timur serta barat yang sering menggunakan

bahasa Melayu dalam urusan perniagaan negara mereka termasuklah dari negara

China dan India.

Semasa pembentukan perlembagaan yang melibatkan isu bahasa Melayu yang

ingin dijadikan bahasa kebangsaan, telah berlaku sedikit pertikaian oleh kaum lain yang

bimbang nilai bahasa ibunda mereka akan hilang dan tidak diperakui di negara ini

kelak. Setelah bertolak ansur, akhirnya perlembagaan juga telah memberikan

kebebasan kepada kaum lain untuk menggunakan bahasa ibunda mereka di dalam

urusan seharian malah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil, bahasa ibunda

Page 20: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

ini telah diajar kepada pelajar berbangsa Cina dan India. Perkara ini juga melindungi

kewujudan bahasa lain dan tiada sesiapa yang boleh menyekat orang lain daripada

menggunakan bahasa lain di dalam kehidupan mereka.

Di Malaysia, agama adalah salah satu perkara yang paling dititikberatkan oleh

majoriti penduduk dan isu penghinaan terhadap agama boleh membawa kepada

rusuhan serta kekacauan. Setiap penganut agama akan merasa marah jika isu yang

melibatkan agama mereka dipandang enteng apatah lagi dipermainkan oleh penganut

agama lain. Namun begitu, semua agama mengajar penganutnya berbuat kebaikan dan

melarang kejahatan malah bagi menjamin keseimbangan nilai dan pemupukan sikap

yang sihat, khususnya dalam konteks agama, pihak berkuasa telah mengambil tindakan

tertentu termasuk memasukkan elemen agama iaitu kepercayaan kepada Tuhan di

dalam Rukunegara.

Atas dasar inilah, aspek agama telah dijadikan sebagai salah satu unsur

perlembagaan. Kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi Kerajaan

Persekutuan telah diterangkan dalam Perkara 3 Fasal 1. Mengikut Perkara 11 Fasal 4

pula, undang-undang negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan boleh

dikawal atau disekat perkembangan apa-apa atau kepercayaan agama antara orang

yang menganuti agama Islam. Fungsi pihak kerajaan yang terdiri Kerajaan Persekutuan

dan Kerajaan Negeri adalah mempunyai autoriti bagi menubuhkan sebarang

penubuhan institusi berasaskan Islam serta mengeluarkan peruntukan bagi urusan

penyelenggaraan institusi berkenaan.

Walaupun demikian, satu fasal imbangan telah diperuntukkan di dalam Perkara 3

yang menyebut mengenai hak penganut agama lain dalam menganut agama

mereka. Setiap penganut agama mempunyai hak bagi menguruskan hal ehwal agama

sendiri, menubuh atau menyelenggara institusi agama dan memperoleh harta benda

serta membelanjakan harta tersebut mengikut undang-undang yang sedia ada. walau

bagaimanapun, semua rakyat hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab dan

bermoral dengan cara tidak menghina perayaan agama lain atau merosakkan tempat

ibadat mereka. pihak berkuasa sentiasa memantau kegiatan yang dijalankan oleh

Page 21: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

agama di negara ini dalam proses untuk mendapat keyakinan rakyat untuk

mengamalkan kepercayaan agama masing –masing dalam keadaan selamat.

Di samping itu, perlembagaan juga mengiktiraf pemerintahan beraja yang

telah sedia ada sejak dahulu lagi di dalam sistem pemerintahan negara. Dalam sistem

ini, raja mempunyai kuasa mutlak dengan bantuan oleh pembesar negeri yang

berfungsi sebagai badan penasihat. Impak penjajahan British ke atas negara adalah

pengurangan kuasa raja. Tambahan pula, raja juga perlu menerima nasihat Residen

British dan hanya berkuasa dalam hal ehwal orang Melayu dan agama Islam

menyebabkan orang Melayu menentang British. Setelah negara mencapai

kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan sebagai raja berpelembagaan selaras

dengan amalan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

Raja boleh bertindak tetapi mempunyai lunas perlembagaan yang telah

ditetapkan. Peranan yang di-Pertuan Agong dalam menjaga hak istimewa serta

kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah. Hak istimewa

tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan

pendidikan, serta pemberian lesen perniagaaan dan perdagangan. Walau

bagaimanapun, perlembagaan juga memastikan perkara 153 tersebut dilaksanakan

dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum lain.

Akhir sekali, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan

Sarawak tidak akan dipersoalkan malahan dari segi kepentingan hak keistimewaan

orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan

sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Persekutuan Tanah Melayu dan

pembentukan Malaysia dan hak ini dilindungi di bawah Akta Hasutan 1970 yang

dianggap sebagai perkara sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan

awam atau pertikaian. Oleh demikian,pembentukan Malaysia pada tahun 1963

membawa satu dimensi kepada hubungan etnik di Malaysia, dengan kemasukan Sabah

dan Sarawak malah kedudukan kaum bumiputera di kedua-dua negeri diberikan status

yang sama sebagaimana orang melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam

Perkara 153. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh perlembagaan sebelum

Page 22: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

menyertai persekutuan Malaysia. Hak ini merangkumi jawatan dalam bidang pendidikan

, biasiswa, dan perniagaan. Kedudukan istimewa yang lain adalah tanah rizab orang

Melayu serta kemasukan orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia hendaklah memahami sejarah negara dan

mengambil iktibar daripadanya. Peristiwa 13 Mei 1969 hendaklah dijadikan pengajaran

dengan menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan

Malaysia demi memastikan perpaduan antara kaum akan terus erat. Tanpa

perlembagaan sesebuah negara tidak akan berjalan dengan teratur dan lancar, malah

akan timbul pelbagai masalah diantara pemerintah dengan rakyat dan lebih teruk lagi

rasa tidak puas hati antara kaum yang terdapat di sesebuah negara. Justeru itu, sama-

samalah kita berusaha dan berganding bahu demi kebaikan semua pihak dan

menyelesaikan setiap konflik yang timbul dengan penuh tolak ansur dan berhemah.

Kontrak sosial

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa

kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi

atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian

kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang

memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini

juga kadang kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam

Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah

negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah

kerap kali dibahaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran

Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang

orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan

yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada

negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan

Page 23: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam

Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah

mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Syarat-syarat kontrak

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi

hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang

undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial

secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai

mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaan juga bersetuju

dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan.

Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang

memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang

asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk

pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk

secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan

tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-

pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan,

pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa

Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan

istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan

Sarawak."

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam

perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan,

dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan

membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususnya selepas pengenalan Dasar

Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum

Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera

diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti

Page 24: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15%

untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-

orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas

terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan

kekayaan negara itu. Bagaimanapun, orang-orang Malaysia India boleh

mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling

banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-

universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun,

sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya

memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang

menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera

terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara

teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku

pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai

berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar

terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan

dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat

sementara, dan mengesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas

kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-

peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak

menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli

masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-

orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya

dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan

pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153

berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Page 25: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen

peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia

bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam

Perlembagaan. Kecuali hak-hak istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera

dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak

kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun

kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-

warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan

Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak

tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan

daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman

(kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila

kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan

hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka

mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka.

Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara

asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan

bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang

Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka

masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan."

Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi

bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut

mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar,

dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-

orang Melayu."

Page 26: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Kritikan awal

Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber

kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew

(kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP;

cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP)

secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parlimen, dan menyeru

satu "Malaysian Malaysia". Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan:

"Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam

bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang

Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran

seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari

Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

UNSUR-UNSUR DALAM KONTRAK SOSIAL

Unsur-unsur tradisi amat penting dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk

mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Unsur

tradisi juga merupakan satu kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal

Perlembagaan. Menurut Mohd Salleh Abas (1985), unsur-unsur tradisi ini meliputi:

i. Bahasa Kebangsaan;

ii. Agama persekutuan;

iii. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak; dan

iv. Pemerintahan beraja.

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum

Perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Unsur tradisi berperanan menstabilkan

sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan

betapa pentingnya Perlembagaan mengambil kira faktor¬faktor sejarah, tradisi,

ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Abdul Aziz Bari, 2001). Hal ini

Page 27: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta

Hasutan dan dianggap sebagai isu¬isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu

perbincangan awam.

Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang

diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Dengan ini jelaslah bahawa hak

istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu

diterima sebagai bahasa kebangsaan menjadi prasyarat penerimaan hak

kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu di kekal dan diperkukuh. Prasyarat ini

menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi

menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah

Melayu pada ketika itu.

Dalam hal ini, sewaktu membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan

(Pindaan) Akta Hasutan 1971, Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia yang ke-2)

menyatakan

... marilah kita sekalian sematkan di dalam hati ingatan kita terhadap pengajaran-

pengajaran yang telah diperoleh daripada Peristiwa 13 Mel, dan janganlah kita

bincangkan dan bahaskan lagi tentang apa yang menyebabkan tercetusnya

peristiwa itu dan bagaimana is bermula kerana ini mungkin akan melupakan kita

kepada anasir yang tidak bertanggungjawab yang kerjanya menanamkan

benih¬benih syak wasangka dan perasaan bimbang dalam kalangan kaum serta

menggunakan perkara-perkara sensitif anasir tersebut telah mendapat

kesempatan besar untuk membangkitkan perasaan perkauman apabila kempen

pilihan raga berjalan dalam bukan April dan Mei 1969. Mereka sengaja

menimbulkan perasaan takut dan marah dengan cara mempersoalkan dan

mempersendakan syarat-syarat dalam Perlembagaan mengenai bahasa

Malaysia dan kedudukan istimewa orang Melayu sehingga menimbulkan lagi

perasaan tidak terjamin yang dirasai oleh orang Melayu apabila mereka melihat

bagaimana luasnya perbezaan-perbezaan antara mereka dengan orang bukan

Melayu terutama sekali dalam lapangan ekonomi dan pelajaran."

Page 28: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 membawa satu lagi dimensi kepada

hubungan etnik di Malaysia. Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak, kedudukan

kaum Bumiputera di kedua-dua negeri tersebut diberikan status yang sama

sebagaimana orang Melayu, iaitu mereka turut dimasukkan ke dalam Perkara 153.

Tetapi peruntukan tersebut tidak memberi lesen untuk menindas kaum¬kaum lain

kerana hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak perlu dilindungi

dengan cara yang tidak menafikan hak-hak asas kaum lain.

Sabah dan Sarawak masing-masing telah menandatangani Perjanjian 20

Perkara (20-Point Agreement) dan Perjanjian 18 Perkara (18-Point Agreement) semasa

menyertai gagasan Malaysia. Kedua-dua perjanjian tersebut bertujuan untuk melindungi

kepentingan dan autonomi rakyat Sabah dan Sarawak. Perjanjian¬perjanjian tersebut

merangkumi pelbagai perkara termasuk imigresen, bahasa, kewangan dan hak

istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam

Perlembagaan Malaysia dilindungi oleh kuasa Yang Dipertua Negeri negeri-negeri

berkenaan, iaitu pindaan hanya boleh dibuat sekiranya terdapat persetujuan mereka.

Dengan kata lain, Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa Sabah can

Sarawak. Hal ini menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan

kedudukan orang Melayu.

Secara umumnya, perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam

Perlembagaan Malaysia adalah seperti berikut:

i. Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata can pengecualian peruntukan ini

dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya;

ii. Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh

kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan

seumpamanya;

Page 29: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

iii. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat

undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu,

bahasa Melayu dan Islam;

iv. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan

Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan

darurat;

v. Perkara 152, iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan

tanpa menafikan hak-hak etnik lain menggunakan bahasa mereka; dan

vi. Perkara 153, iaitu kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan

kepentingan sah kaum-kaum lain.

6.4.1 Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaan disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152 yang

memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (yang mengikut implikasi

mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi). Namun begitu, perkara ini juga

melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa

pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau

mengajar atau belajar bahasa lain.

6.4.2 Agama Islam

Kedudukan agama Islam terdapat dalam Perkara 3 (1), iaitu agama Islam ialah

agama rasmi bagi Persekutuan. Penerimaan perkara ini telah diteliti dengan melihat

komposisi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik. Hal

ini kerana semasa penjajahan British imigran Cina dan India yang berhijrah ke Tanah

Melayu telah secara langsung membawa sekali agama Kristian, Hindu can Buddha

(Mohd. Salleh Abas, 1985). Oleh itu, Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan,

iaitu agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian

Page 30: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Persekutuan. Kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan terhadap semua

agama, iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut clan mengamalkan

agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk:

i. Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

ii . Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi bagi maksud agama atau khairat;

dan

iii. Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya

mengikut undang-undang.

Oleh sebab Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan, pihak kerajaan

sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri mempunyai kebebasan, kuasa

dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggarakan atau membantu

penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran dalam agama Islam serta

mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan untuk tujuan itu (Mohamed Suffian

Hashim, 1987).

Kenyataan ini diperkukuh dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub dalam

Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca

secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu:

Perkara 11 (4) :

"Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat

pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti

agama Islam."

Perkara 12 (2):

11

... adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara

institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran

Page 31: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu

bagi maksud itu."

Perkara 121 (1A)

" Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai

bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah

syariah."

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak pula

disentuh dalam Perkara 153. Hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan

awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.

Walau bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum¬kaum lain, iaitu menjadi

tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak-hak mereka yang sah

menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika

mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau

penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau

perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya.

Kedudukan-kedudukan istimewa lain orang Melayu termasuklah peruntukan

Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu yang memberi kuat

kuasa undang-undang Perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan

perkara melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang

bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar

Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5)

dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan

istimewa orang Melayu (Mohd Salleh Abas, 1985).

Perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan Bumiputera

Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), "Melayu" itu

ditakrifkan sebagai:

Page 32: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

i. Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu

ii. Menganuti agama Islam; dan

iii. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah:

i. Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh,

Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,

Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau

dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut; dan

Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah

dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Pemerintahan Beraja

Pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem sosial di

negeri¬negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja

mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan

dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik, khususnya sebelum penjajahan British.

Namun semasa penjajahan British. kuasa mutlak raja mula terhad iaitu raja mesti

menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali dalam adat istiadat

Melayu clan agama Islam. Hal yang sama juga berlaku apabila British memperkenalkan

Malayan Union yang turut menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu. Tetapi selepas

Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu, kuasa Raja-Raja

Melayu dikembalikan semula apabila Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan.

Setelah negara mencapai kemerdekaan, institusi beraja terus dikekalkan di

bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan

di Malaysia. Menurut konsep Raja Berperlembagaan ini, raja-raja bertindak mengikut

perlembagaan yang telah ditetapkan.

Page 33: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

RASIONAL PERKARA 153

Perkara utama yang perlu diambil perhatian dan dihayati ialah semasa proses

penggubalan Perlembagaan terdapat semangat persefahaman, akomodatif, berkongsi

kuasa dan sedia berkorban yang begitu tinggi dalam kalangan orang Melayu dan bukan

Melayu. Sebagai rakyat, kita perlu menghayati perkara ini kerana Perlembagaan

merupakan undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan kepada sesiapa

sahaja.

Semasa proses penggubalan Perlembagaan dilakukan, beberapa cadangan

diberi pertimbangan untuk disepakati. Dalam proses ini, semangat akomodatif yang

tinggi berlaku antara orang Melayu dan bukan Melayu berkaitan dengan kepentingan

masing-masing atau dikenali sebagai kontrak sosial. Sebagai contoh, kaum Melayu

melonggarkan syarat kerakyatan bagi bukan Melayu sementara kaum bukan Melayu

menerima hakikat kedudukan istimewa kaum Melayu. Pada ketika itu, kaum Melayu

menerima prinsip jus soli iaitu dengan mengurniakan kerakyatan bagi mereka yang lahir

selepas merdeka dan kerakyatan yang lebih longgar bagi etnik bukan Melayu yang

dilahirkan sebelum merdeka. Pelaksanaan prinsip ini telah memberi hak kerakyatan

kepada lebih 800,000 orang bukan Melayu (Jadual 6.5).

Bagi sebuah negara demokrasi, kewarganegaraan amat berharga kerana setiap

warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam setiap pilihan raga bagi

menentukan kerajaan yang memerintah. Selain itu, hak kewarganegaraan ini juga

meliputi semua hak yang sah di sisi undang-undang. Hak kewarganegaraan pula

merupakan manfaat yang dinikmati serta merta oleh orang bukan Melayu, sedangkan

hak istimewa orang Melayu perlu mengambil masa yang lebih lama untuk dinikmati

manfaatnya. Hal ini jelas apabila jumlah pengundi bukan Melayu meningkat daripada

15.6 peratus pada tahun 1955 kepada 43.7 peratus pada tahun 1959. Sebaliknya,

jumlah pengundi Melayu telah berkurangan daripada 84.2 peratus pada tahun 1955

kepada 56.2 peratus pada tahun 1959 (Suruhanjaya Pilihan Raya 1959). Hak istimewa

orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan meliputi jawatan dalam

perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang

Page 34: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

diberikan. Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat

persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

Perkhidmatan Awam

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa menjadi

tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong untuk menentukan rizab bagi orang Melayu

dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan suatu kadar bilangan

jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu. Namun

dalam melaksanakan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh melucutkan jawatan

awam yang dipegang oleh seseorang. Hal yang sama juga bagi semua orang (tidak

mengira golongan etnik) yang menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam

mestilah diberi layanan yang sama rata.

Terdapat rasional yang munasabah bagi merizabkan untuk orang Melayu dan

Bumiputera Sabah dan Sarawak suatu kadar bilangan dalam perkhidmatan

persekutuan kerana pada zaman penjajah dan pada awal kemerdekaan sedikit sangat

bilangan orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan (Mohamed Suffian Hashim,

1987).

Ekonomi

Rata-rata orang Melayu yang terdiri daripada golongan pesawah padi, penoreh

getah dan nelayan berada dalam kemiskinan (64.8 peratus) berbanding bukan Melayu

(26 peratus) pada tahun 1970 (Banci Penduduk 1979, Jabatan Perangkaan). Keadaan

ini menunjukkan majoriti orang Melayu berada dalam kemiskinan, terutamanya di

kawasan luar bandar. Kesan daripada peninggalan pemerintahan penjajah inilah, orang

Melayu tertinggal sebagai pemerhati di sebalik kegiatan ekonomi dan perubahan yang

sedang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu ketika itu (Haris Md. Jadi, 1990).

Page 35: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Jurang pendapatan antara golongan Bumiputera dengan bukan Bumiputera

masih lagi tinggi. Sebagai contoh, RM1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding

RM2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang India pada tahun 1970. Begitu juga

dengan negeri-negeri yang majoritinya ialah Melayu dan Bumiputera mempunyai kadar

kemiskinan yang tertinggi, iaitu melebihi 60 peratus pada tahun 1970. Majoriti orang

Melayu ini terdapat di negeri-negeri Perlis, Terengganu, Kedah dan Kelantan. Dari segi

pemilikan kekayaan negara pula pada tahun 1970 bagi orang Melayu ialah 2.4 peratus

dan bukan Melayu ialah 34 peratus. Ternyata hal ini masih lagi berterusan sehingga

dalam Rancangan Malaysia Kesembilan juga, matlamat pencapaian sebanyak 30

peratus pemilikan kekayaan negara oleh orang Melayu masih belum tercapai.

Oleh itu, orang Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing terutamanya dalam

melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Pembangunan MPPB akan diteruskan sebagai pendekatan utama dalam menyusun

semula masyarakat dan memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih luas dalam

ekonomi (Rancangan Malaysia Kesembilan). Maka, Perkara 153 wajar digunakan untuk

mencapai tujuan ini. Antaranya, ialah memberi kemudahan lesen perniagaan dan

premis perniagaan yang strategik. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, usaha untuk

mewujudkan MPPB hanya akan tinggal impian. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Tun

Abdul Razak sewaktu memberi ucapan dalam Persidangan Khas UMNO pada 9 Mei

1971 iaitu:

"Kita perlu mewujudkan satu golongan pengusaha dan pedagang dalam

kalangan orang Melayu clan ahli Bumiputera daripada semua lapisan dengan cara

'estructurinq atau menyusun semula masyarakat Melayu di luar bandar yang semata-

mata bergantung pada pertanian dan mengubah menjadi masyarakat moden yang

berlandaskan perusahaan dan perdagangan di samping pertanian."

Pendek kata, faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yang tidak

adil dan tidak seimbang dalam kalangan rakyat merupakan faktor yang paling kuat

mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia (Sanusi Osman, 1987). Dengan itu,

wajarlah Perkara 153 memperuntukkan bahawa orang Melayu mendapat keistimewaan

dalam bidang ekonomi agar jurang perbezaan ekonomi dapat dihapuskan.

Page 36: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Pendidikan

Penjajah British telah meninggalkan sistem pendidikan yang terus mengekalkan

orang Melayu dalam keadaan tertindas. Sistem pendidikan British pada masa itu

sekadar untuk menjadikan petani Melayu yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.

Hal ini diburukkan lagi dengan keadaan sekolah Melayu yang begitu teruk tanpa

perabot yang cukup, kekurangan buku teks dan bahan bacaan serta ibu bapa Melayu

sudah mula hilang kepercayaan terhadap sekolah Melayu (Laporan Barnes, 1951).

Merujuk kepada bilangan pelajar peringkat ijazah pertama di institusi pengajian

tinggi awam (IPTA) dalam negara pada tahun 1970, bagi Bumiputera ialah 40.2 peratus

(3084 pelajar) berbanding bukan Bumiputera iaitu 56.2 peratus (4311 pelajar). Keadaan

ini tidak begitu baik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia kerana terdapat jurang

perbezaan golongan profesional antara etnik. Sebagai contoh, golongan profesional

Bumiputera (arkitek, akauntan, jurutera, doktor, juruukur can peguam) pada tahun 1970

ialah 4.9 peratus (225 orang) berbanding bukan Bumiputera iaitu 84.3 peratus (3859

orang) dan sehingga kini masih lagi ketinggalan.

Jika diteliti sehingga sekarang, Perkara 153 masih perlu diteruskan ke arah

mencapai matlamat yang dikehendaki. Namun, pada masa yang sama, pelbagai

kemudahan dan keistimewaan turut diberikan kepada etnik bukan Melayu dalam aspek

pendidikan. Sebagai contoh, apabila negara mencapai kemerdekaan, Kerajaan pada

masa itu tidak terus menghapuskan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan

Tamil. Sebaliknya, kerajaan tetap mempertahan kewujudan sekolah¬sekolah tersebut

walaupun Penyata Razak 1956 mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan

seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu:

"Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan

budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu

peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan

dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."

Page 37: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Begitu juga dengan kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan

matrikulasi yang dikhususkan kepada orang Melayu. Dengan tujuan merapatkan lagi

hubungan etnik dan perpaduan dalam kalangan pelajar, keistimewaan ini turut diberikan

kepada orang bukan Melayu apabila Kerajaan membenarkan mereka memasuki MRSM

dan matrikulasi dengan kuota 10 peratus. Pada masa yang sama juga, kemasukan

pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu

pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tanpa mengira golongan etnik.

Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan telah termaktub dalam

Perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu

telah diwujudkan dalam usaha ke arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia.

RASIONAL PERKARA 152

Para pemimpin negara menyedari bahawa perlu diwujudkan bahasa kebangsaan

sebagai wadah komunikasi atau bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara

bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Hasil permuafakatan

perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara

152 Perlembagaan Malaysia. Persefahaman menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan tidak menjejaskan penggunaan bahasa ibunda kaum lain; malah

adalah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana

bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya, lebih

mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan berbanding

bahasa lain. Menyentuh bahasa Melayu sebagai lingua franca, William Mars ada

menjelaskan (Mohd. Salleh Abas, 1985):

"Bahasa Melayu yang dianggap berasal dari Semenanjung Tanah Melayu dan

telah berkembang melalui kepulauan timur dan menjadi lingua franca di dunia tersebut,

dituturkan di mana-mana di sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa campuran

apa-apa di negara Kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan difahami ke

setiap bahagian pulau."

Page 38: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Sebelum Perang Dunia Kedua. bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi

tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis, dan sebagainya bagi

memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum

(Mohd. Salleh Abas, 1985). Keadaan ini diperkuat lagi oleh hakikat bahawa bahasa

Melayu diterima sebagai bahasa rasmi apabila Johor menerima Penasihat Inggeris

pada tahun 1914. Sebagai contoh, dalam surat bertarikh 11 Mei 1914, Sultan Ibrahim

(Sultan Johor) menulis surat kepasa Sir Arthur Young, Gabenor Singapura (Maxwell

and Gibson 1924; dalam Mohd. Salleh Abas, 1985):

"Beta juga perlu meminta penerimaan Yang Dipertua terhadap prinsip bahawa

bahasa Melayu dan Inggeris harus diterima sebagai bahasa rasmi untuk digunakan

dalam mahkamah keadilan beta dan dalam semua jabatan kerajaan beta. Berhubungan

dengan penulisan bahasa Melayu huruf Jawi perlu diberikan pengiktirafan rasmi."

Begitu juga, pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan

Kumpulan Bahagian I perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian berbahasa

Melayu dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan di Persekutuan Tanah

Melayu pada ketika itu (Mohamed Suffian Hashim, 1987). Keadaan ini menunjukkan

bahawa bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa perantaraan rasmi walaupun

pada zaman penjajahan Inggeris. Hal ini telah diperakukan oleh Tan Siew Sin dalam

Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957, iaitu

"Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar terhadap kebudayaan

dan bahasa mereka. Biar saga nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid

sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan

mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila

dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan

eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan

Tamil hendaklah digalakkan dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya sebutkan

kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin

Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas."

Page 39: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

RASIONAL PERKARA 3

Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia

juga tidak membimbangkan kaum lain kerana kebebasan beragama dijamin dalam

Perlembagaan. Islam dipilih sebagai agama rasmi kerana telah bertapak lebih 600

tahun lampau dan banyak mempengaruhi cara hidup dan pemikiran orang Melayu

sehingga sekarang berbanding agama lain. Begitu juga, semasa penjajahan British,

kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan mereka menyerahkan urusan

agama Islam kepada Raja-Raja Melayu.

Islam juga diterima sebagai agama Persekutuan kerana sesuai dengan takrif

"Melayu" seperti didefinisikan dalam Perkara 160 Perlembagaan Malaysia. Begitu juga

pada zaman penjajah melalui perjanjian damai dan persahabatan dengan Raja-Raja

Melayu, walaupun mereka berjaya mendapatkan hak untuk memberi nasihat yang

bersabit dengan pentadbiran negara, namun agama Islam dikecualikan. Sebagai

contoh, Perkara 2 perjanjian antara Negeri-Negeri Selat dan pembesar-pembesar

memerintah Negeri Sembilan bertarikh 20 Jun 1895 telah dipersetujui bahawa mereka

mengaku janji untuk menurut nasihat Residen British dalam semua hal ehwal

pentadbiran selain soal yang menyentuh agama Islam (Mohd Salleh Abas,1985). Hal

yang sama juga bagi perjanjian antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Tidak

Bersekutu dengan pihak British. Raja-Raja Melayu mesti menerima nasihat British

dalam pentadbiran negeri kecuali adat istiadat dan agama Islam. Perlembagaan

Malayan Union 1946 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menukar

peranan Inggeris daripada penasihat kepada pentadbir Persekutuan Tanah Melayu

secara langsung. Namun demikian, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam tidak

disentuh oleh British.

Di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan British, penggunaan

undang¬undang Islam telah diperkenalkan dan diiktiraf seperti dalam kes Ramah lawan

Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah

Page 40: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan

undang-undang tersebut (Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997).

Page 41: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Assalamulaikum w.b.t……..

Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kami

menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, disini kami amat bersyukur sekali lagi kerana

sepanjang kami menyiapkan tugasan Hubungan Etnik ini, kami mendapat bantuan yang

cukup dari pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPSMB iaitu EN. MOHD FAUZI BIN ALI

kerana beliau telah banyak membantu kami untuk melengkapkan tugasan ini dengan

sempurna dan jayanya.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, pelbagai ilmu telah kami perolehi

yang kami tidak akan dapat dari mana-mana tempat. Contohnya, kami dapat

mempelajari Perlembagaan Malaysia dengan lebih mendalam lagi dan kami juga dapat

mengetahui proses-proses pembentukan perlembagaan sehingga terbentuknya

Malaysia. Pelbagai ilmu dapat kami perolehi daripada tugasan ini.

Kami juga banyak mendapat ilmu sampingan daripada pensyarah kami

iaitu EN. MOHD FAUZI BIN ALI kerana banyak mencurahkan ilmu tanpa jemu kepada

kami sepanjang semester ini. Jasa dan penat lelah beliau amat kami hargai dan akan

kami kenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih encik.

Akhir kata kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Kami akan

menggunakan semua ilmu yang kami pelajari dalam menyiapkan tugasan ini dalam

menghadapi hari kelak, iaitu sebagai seorang pendidik yang cemerlang, gemilang dan

terbilang. Amin…..

Page 42: PENGENALAN PERLEMBAGAAN

Nota dan rujukan

Shuid, Mahdi & Yunus, Mohd. Fauzi (2001). Malaysian Studies, p. 50. Longman. ISBN

983-74-2024-3.

Putra, Tunku Abdul Rahman (1986). Political Awakening, p. 31. Pelanduk Publications.

ISBN 967-978-135-6.

Laman Web

www.ms.wikipedia.org