pengenalan komponen electronik.ppt

21
Pengenalan Kepada Komponen Elektronik

Upload: yan-kew-tan

Post on 03-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • Pengenalan Kepada Komponen Elektronik

  • Perintang TetapMengawal arus elektrik dalam sesuatu litar.Nilainya diukur dalam unit Ohm ().Semakin tinggi nilai rintangan semakin rendah arus yang mengalir melaluinya.Nilai perintang ditandakan dengan kod warna.

    Simbol

  • Kod Warna Perintang

    Kod warna terdiri daripada 4 lajurLajur pertama menunjukkan nilai pertamaLajur kedua menunjukkan nilai keduaLajur ketiga menunjukkan bilangan kosongLajur keempat menunjukkan nilai toleransi

    WarnaMewakili nomborHitamPerangMerahJinggaKuningHijauBiruUngguKelabuputih0123456789

  • Cara membaca kod warna

    Kuning menunjukkan no. 4Unggu menunjukkan no. 7Perang menunjukkan bilang kosong, iaitu 1Emas menunjukkan 5% toleransiJadi, nilai perintang di atas ialah 470 OhmNilai toleransi ialah 470 Ohm X 5% = 23.5 OhmJadi, nilai perintang boleh dari 446.5 Ohm hingga 493.5 Ohm

  • Perintang Boleh LarasNilainya boleh dilaraskan antara 0 hingga nilai maksimumnya dengan memutarkan spindelnya.

    Simbol

  • Perintang Peka CahayaJuga dikenali sebagai L.D.R, iaitu Light Dependent Resistor.Nilai ringtangan bergantung kepada cahaya yang diterimanya.Semakin banyak cahaya yang diterima, semakin kecil rintangannya.

    Simbol

  • DiodKomponen yang membenarkankan aliran arus elektrik ke satu arah sahaja.Boleh digunakan untuk menukar arus ulang alik ke arus terus.Kutub positif dikenali sebagai anod (A) manakala kutub negatif dikenali sebagai katod (K)

    AKSimbol

  • Diod Pemancar Cahaya (L.E.D)Diod pemancar cahaya adalah diod yang boleh menyala apabila arus elektrik mengalir melaluinya.Ia selalu disebut L.E.D, iaitu singkatan untuk Light Emitting Diode.

    AKSimbol

  • TransistorAdalah komponen yang digunakan untuk membesarkan arus atau sebagai suis.Ia diperbuat daripada bahan positif dan bahan negatif.Ia mempunyai 3 kakiKaki pemungut (Collector) CKaki tapak (Base) BKaki pemancar (Emitter) - E

  • Simbol Transistor

  • Penerus Kawalan Silikon (SCR)Penerus kawalan silikon atau SCR berfungsi sebagai suis dan membenarkan arus elektrik mengalir sehala sahaja seperti diod.Ia mempunyai 3 kaki, iaitu :Get (G)Anod (A)Katod (K)

    Simbol

  • Litar Bersepadu (IC)Adalah satu litar yang lengkap dan ringkas di dalam sebuah bekas kecil.Ia juga dipanggil litar terkamil atau cip atau IC (Integrated circuit)Ia boleh mengandungi elemen komponen seperti transistor, diod, perintang dan sebagainya

    Simbol

  • KapasitorKomponen yang berfungsi sebagai penyimpan dan pembuang cas.Unit sukatannya ialah farad (F). Ia biasanya bernilai kecil dan disukat dalam mikrofarad (F).Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga mengambil lebih masa untuk mengecas dan membuang cas.Terdapat dua jenis kapasitor, iaitu jenis berkutub dan jenis tidak berkutub.

  • Simbol Kapasitor

  • BuzerKomponen yang menukar tenaga elektrik ke tenaga bunyi yang bergetaran.

    Simbol

  • GegantiAdalah sejenis suis automatik yang dikendalikan oleh arus elektrik

    Simbol

  • Litar ElektronikLitar elektronik adalah sambungan komponen-komponen elektronik secara sistematik supaya arus elektrik dapat mengalir dengan sempurna.Untuk membuat satu litar elektronik, kita merujuk kepada lukisan kerja litar itu.

  • Jenis-jenis lukisan litarTerdiri daripada lukisan skematik dan lukisan bergambar.Lukisan skematik menunjukkan setiap sambungan dan semua komponen dalam simbol. (2 dimensi)Lukisan bergambar pula menunjukkan setiap sambungan dan komponen elektronik dilukiskan. (3 dimensi)

  • Jenis Lukisan Litar+-+-

    Lukisan SkematikLukisan Bergambar