pengenalan kepada visual basic
TRANSCRIPT
PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC
Visual Basic merupakan cara termudah dan tercepat untuk membuat aplikasi
yang dijalankan di sistem operasi Microsoft Windows®. Sekiranya anda seorang yang
professional ataupun bukan dalam bidang pemprograman Windows, Visual Basic telah
menyediakan kepada Anda fungsi untuk mempermudah dan meringkaskan proses
pembangunan aplikasi.
Definisi Visual Basic, Kata “Visual” merujuk kepada cara yang digunakan untuk
membuat antara muka yang bersifat grafik Graphical User Interface (GUI). Ianya
bermula dengan menulis berbaris-baris kod untuk menjelaskan kewujudan dan lokasi
dari suatu elemen pada antara muka. Anda dengan mudah dapat menambahkan objek
yang sebelumnya sudah dibangunkan ke dalam tempat dan kedudukan yang Anda
inginkan di layar Anda. Jika Anda pernah menggunakan program untuk mengedit
gambar seperti Paint, maka Anda sebenarnya sudah memiliki kemahiran asas untuk
membuat sebuah antara muka pengguna secara lebih efektif.
Kata “Basic” pula merujuk kepada bahasa BASIC (Beginners All-Purpose
Symbolic Instruction Code), sebuah bahasa yang banyak digunakan oleh programmer
jika dibandingkan dengan bahasa lain dalam sejarah komputer. Visual Basic telah
berubah dari bahasa asal BASIC dan memiliki beratus pernyataan (statements), fungsi
(functions), dan kata kunci (keywords), dan kebanyakannya berkaitan dengan antara
muka grafik pada Windows. Pengguna yang tidak professional sekalipun dapat
membuat aplikasi dengan hanya mempelajari beberapa kata kunci, sementara
pengguna yang mempunyai kemahiran yang lebih dalam bahsa pemprograman dapat
menghasilkan pelbagai aplikasi dengan menggunakan bahasa pemrograman Windows
dan lain-lain.
Bahasa pemrograman Visual Basic tidaklah hanya tertumpu kepada Visual Basic
saja. Sistem Pemrograman Visual Basic dalam bentuk Edisi Aplikasi, telah dimasukkan
ke dalam Microsoft Excel, Microsoft Access, dan banyak lagi aplikasi Windows yang
lain yang turut menggunakan bahasa yang sama. Visual Basic Scripting Edition
(VBScript) adalah sebuah bahasa skrip yang digunakan secara lebih umum dan
merupakan sebahagian dari bahasa Visual Basic.
Visual basic adalah bahasa pemprograman generasi ke-3 yang diasaskan oleh
Microsoft corporation. Microsoft Visual Basic (dikenali dengan singkatan VB saja)
merupakan sebuah bahasa pemprograman yang bersifat event driven dan menawarkan
Integrated Development Environment (IDE) visual untuk membuat program dan aplikasi
berasaskan sistem operasi Microsoft Windows dengan menggunakan model
pemprograman Common Object Model (COM). Visual Basic merupakan sambungan
daripada bahasa BASIC dan menawarkan pengembangan aplikasi komputer
berasaskan grafik dengan cepat, akses ke asas data menggunakan Data Access
Objects (DAO), Remote Data Objects (RDO), atau ActiveX Data Object (ADO), serta
menawarkan penghasilan control ActiveX dan objek ActiveX. Beberapa bahasa skrip
seperti Visual Basic for Applications (VBA) dan Visual Basic Scripting Edition
(VBScript), mirip seperti dengan Visual Basic, tetapi cara kerjanya yang berbeza.
Para programmer dapat membangunkan aplikasi dengan menggunakan
komponen-komponen yang disediakan oleh Microsoft Visual Basic. Program-program
yang ditulis dengan Visual Basic juga dapat menggunakan Windows API, tapi
mmemerlukan fungsi tambahan. Dalam pemprograman untuk bisnes, Visual Basic
memiliki pasaran yang sangat luas. Dalam sebuah survey yang dilakukan pada tahun
2005, 62% pencipta aplikasi menggunakan berbagai bentuk Visual Basic, yang diikuti
oleh C++, JavaScript, C#, dan Java. Visual basic lebih sesuai untuk membangunkan
aplikasi daripada pembangunan permainan komputer. Dengan menggunakan visual
basic kita boleh membangunkan aplikasi permainan komputer, tetapi jika kita mahu
membangunkan permainan komputer yang lebih canggih dan memerlukan paparan
grafik yang lebih tinggi penggunaan bahasa pemprograman menggunakan visual basic
adalah kurang sesuai. Ianya lebih sesuai jika menggunakan bahasa pemprograman C+
+ yang lebih sukar untuk digunakan berbanding dengan visual basic. Namun demikian
bahasa pemprograman visual basic sebenarnya memadai untuk membangunkan
pelbagai jenis aplikasi dan permainan komputer yang dikehendaki.
SEJARAH BAHASA PEMPROGRAMAN VISUAL BASIC
Sejarah bahasa pemprograman visual basic bermula pada 21 mei 1991 yang
telah dicipta oleh Allan Cooper yang dihasilkan daripada prototaip penghasilan borang
yang dibangunkan oleh Allan Copper dan syarikatnya yang diberi nama Tripod.
Kemudian Microsoft corporation telah membuat kontrak bersama Allan Cooper dan
syarikatnya untuk membangunkan program Tripod kepada sistem pemprograman yang
dipanggil Ruby. Tripod tidak termasuk dalam bahasa pemprograman keseluruhanya
tetapi Microsoft corporation telah membuat keputusan untuk menggabungkan Ruby
bersama bahasa BASIC dan menciptakan Visual Basic. Microsoft telah menghasilkan
Visual Basic versi 1.0 untuk Windows di Windows World 1991, Atlanta, Amerika
Syarikat. Programmer dapat membuat antara muka pengguna dengan mudah.
Pembuatan aplikasi menjadi lebih cepat dibandingkan dengan sebelumnya. Kod ditulis
oleh programmer untuk memberikan tindak balas terhadap Event dari pengguna
(pengguna memberikan tindak balas kepada objek yang terdapat di antara muka
pengguna).
Pada September 1992. Microsoft telah mengumumkan Microsoft Visual Basic
untuk MS-DOS® dalam edisi Standard dan Professional. Seperti Visual Basic untuk
Windows, versi ini mengkombinasikan kemudahan penciptaan reka bentuk secara
grafik dengan kekuatan dan keunggulan dalam banyak perkara dibandingkan dengan
pemprograman secara tradisional. Pada November 1992 Microsoft telah
mengumumkan kemampuan dari Visual Basic versi 2.0 untuk Windows pada edisi
Professional dan Standard. Versi ini menyertakan lebih dari 300 fungsi baru dan
peningkatan untuk pengembangan aplikasi yang lebih cepat, pencapaian akses ke
fungsi-fungsi di Windows yang lebih mendalam. Di antaranya MDI Forms, ODBC, dan
variabel object.
Pada 14 Mei 1993, Microsoft mengumumkan Visual Basic versi 3.0 untuk edisi
Standard dan Professional. Versi 3.0 menyediakan kemudahan akses ke pelbagai
sumber data yang banyak dengan mengintegrasikan database Microsoft Access
Database for Windows 1.1 dan kemampuan dalam bidang aplikasi melalui Object
Linking and Embedding (OLE) 2.0. Ianya juga ditambahkan dengan fungsi tools baru
seperti kawalan baru, penggunaan yang lebih mudah, dan peningkatan kawalan asas
bagi pengguna.
Pada 29 Jun 1993, Microsoft mengumumkan Microsoft Visual Basic for
Applications (VBA) yang akan diintegrasikan ke dalam Microsoft Excel 5.0 dan
Microsoft Project 4.0. Visual Basic akan membolehkan ianya memahami bahasa Macro
yang asas pada versi yang akan datang dari aplikasi-aplikasi untuk Windows dan
Macintosh. Fungsi Macro yang asas untuk aplikasi dan OLE 2.0, kedua-duanya
merupakan elemen penting dalam visi dan strategi Microsoft untuk aplikasi yang dapat
diprogramkan yang akan memberikan kemampuan bagi pengguna untuk
mengintegrasikan aplikasi-aplikasi, tugas-tugas secara automatik dan lebih mudah
berbanding sebelumnya. VBA mempunyai kemampuan yang fleksibel. Teknologi Visula
Basic telah mendapat penghargaan kerana kelebihanya dalam penghasilan aplikasi.
Pada 14 November 1994 Microsoft telah menghasilkan Visual Basic versi 4.0
untuk Windows yang telah didemonstrasikan di Fall/COMDEX ’94 di Las Vegas.
Demonstrasi ini memfokuskan pada peranan Visual Basic sebagai aplikasi berasaskan
Windows 32-bit yang pertama dimana ianya menggunakan kawaan yang pelbagai OLE
(OCXs) .Komponen asas yang dapat digunakan kembali dan ditetapkan dengan
spesifikasi OLE. Pada versi ini telah diperkenalkan Class, OXC’s, dan programmer
telah dapat membuat add-on’s sendiri dengan mudah.
Pada 12 September 1995 Microsoft telah menghasilkan Visual Basic versi 4.0
untuk MS-DOS, Microsoft Windows NT®, dan Windows 95. Untuk menambah baik edisi
Standard dan Professional, maka Edisi Enterprise yang baru diperkenalkan untuk
memenuhi keperluannya dalam perusahaan dan kumpulan pembangunan aplikasi.
Semua versi telah disertakan dengan kemampuan teknologi OLE yang telah
dikembangkan dan dimajukan termasuk penambahbaikan terhadap pengaksesan data,
Ianya juga turut meliputi Windows 95 dan Windows NT untuk penambahbaikan
terhadap aplikasi-aplikasi yang sudah sedia ada.
Pada 7 Desember 1995 Microsoft mengumumkan Microsoft Visual Basic
Scripting Edition (VBScript), ianya merupakan sebuah bahasa skrip Internet berasaskan
Visual Basic. VBScript merupakan sebuah skrip dengan prestasi yang tinggi diciptakan
untuk membuat isi yang boleh berindak balas yang terdapat pada suatu kawasan yang
terdapat pada sesebuah aplikasi. VBScript membolehkan pembangun-pembangun
aplikasi untuk mengaitkan dan mengoptimumkan berbagai jenis objek pada halaman
antara muka sesebuah apikasi, termasuk objek OLE. VBScript telah menjadi sebuah
bahasa pemprograman berlesen antarabangsa yang tersedia bagi pengguna-pengguna
Internet.
Pada 3 Februari 1997 Microsoft telah menghasilkan sistem pemprograman
Visual Basic versi 5.0, Edisi Professional dan tool versi terakhir yang paling terkenal di
dunia untuk membangunkan aplikasi yang canggih (Rapid Application Development
RAD) tool. Fungsi-fungsi Visual Basic versi 5.0 telah membolehkan para programmer
dan pembangun-pembangun aplikasi menghasilkan aplikasi yang lebih canggih dan
mesra pengguna. Ianya mempunyai fungsi-fungsi tambahan untuk pengguna yang
mahir seperti fungsi penyusunan pelbagai jenis native code, pengaksesan database
berkelajuan tinggi. Visual Basic versi 5.0 merupakan versi Visual Basic yang paling
hebat. Sebagai tambahan, kemampuan teknologi pembuatan komponen Microsoft
ActiveX® di Visual Basic versi 5.0 akan membolehkan lebih dari 3 juta pembangun
aplikasi menggunakan Visual Basic dalam membangunkan aplikasi yang berasaskan
pada komponen yang bertujuan untuk digunakan di Internet, dan client/server.
Pada 10 Mac 1997 Microsoft telah menghasilkan versi terakhir Visual Basic 5.0
yang dibangunkan dari Visual Basic 5.0, ianya merupakan edisi pembangunan
menggunakan kawalan tersedia tersedia. Menggunakan kawalan tersedia adalah cara
mudah untuk membuat ActiveX Controls bagi Internet dan aplikasi bagi client/server.
Pada 15 Jun 1998: Microsoft mengumumkan Visual Basic versi 6.0, dan telah
dimasukkan ke dalam Microsoft Visual Studio® versi 6.0. fungsi-fungsi Visual Basic
versi 6.0 antaranya ialah menyediakan pengaksesan data secara persepaduan ke
sumber data (data source) ODBC atau OLE DB. Pelbagai fungsi tambahan telah
diciptakan untuk database Oracle dan Microsoft SQL Server™. Fungsi yang paling
menarik pada versi ini adlah ActiveX Data Objects (ADO) yang digunakan untuk
memanipulasi dan membuat database. Fungsi pembangunan antara muka yang
memberikan kemudahan dalam penggunaan, model pemprograman berasaskan
komponen dari Visual Basic untuk membuat HTML dan Dynamic HTML (DHTML) yang
berasaskan aplikasi. Fungsi-fungsi yang baru ini telah dikombinasikan dengan
peningkatan prestasi, pembangunan aplikasi yang telah disederhanakan dan
debugging, dan keserasian untuk digunakan pada Microsoft teknologi server.
Menggunakan Visual Basic versi 6.0 adalah merupakan sebuah pilihan yang ideal untuk
membangunkan aplikasi berskala besar yang digunakan dalam bidang perusahaan.
Pada 2 September 1998 Microsoft Visual Studio 6.0 telah dihasilakn. Ianya
merupakan jalan penyelesaian bagi penggunaan tool pembangunan lengkap yang
berskala besar. Visual Studio 6.0 turut menyertakan Visual Basic versi 6.0, Microsoft
Visual C++®, Microsoft Visual FoxPro®, Microsoft Visual InterDev® Web, dan Microsoft
Visual J++®. Ianya turut dibangunkan bersama Developer Days ’98, lebih dari 115
pembangun aplikasi telah mengumumkan keserasian terhadap Visual Studio 6.0.
Pada 28 April 1999 pengembangan VBA versi 6.0 dan Software Development Kit
(SDK) VBA (SDK) versi 6.0 turut tersedia bagi vendor pihak ketiga melalui program
perlesenan VBA. VBA 6.0 merupakan sebuah teknologi pengembangan yang canggih
untuk aplikasi yang dikemas kini secara pelbagai dan merupakan sebuah komponen
utama yang terdapat pada Microsoft Office 2000.
Pada 15 Februari 2000 Steve Ballmer selaku CEO baru Microsoft Corporation,
telah mengadakan siding perbincangan dengan lebih dari 2000 pembangun aplikasi
dalam ucapanya pada Visual Basic Insiders Technical Summit (VBITS), ianya turut
menyatakan visi Microsoft terhadap kemampuan untuk memprogram dan telah
memaksa kembali para pembangun aplikasi untuk memberikan komitmen terhadap
Visual Basic dalam setiap aplikasi yang dibangunkan mereka.
Pada 11 Julai 2000 Microsoft menghasilkan Tool Platform .NET untuk XML Web
Services. Dalam ucapannya pada acara Microsoft Professional Developers Conference
(PDC) 2000 yang ke-8, Paul Maritz, yang mewakili pembangun aplikasi dari Platforms
Group di Microsoft telah menunjukkan kegunaan dan kelbihan Microsoft .NET
Framework dan Microsoft Visual Studio .NET. Ianya merupakan versi terakhir yang
telah dibangunkan untuk digunakan di seluruh dunia, Visual Studio .NET menyediakan
kemampuan untuk fungsi drag and drop terhadap XML Web Services. Selain itu juga
ianya turut menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi kpeada para pengguna dan
pembagun aplikasi dalam pembangunan dan pengintegrasian XML Web Services pada
platform Microsoft .NET.
Pada 13 November 2000 Microsoft mengumumkan kemampuan Visual
Studio .NET versi Beta 1. Dalam ucapanya dalam acara COMDEX/Fall 2000, Bill Gates
telah mengumumkan kemampuan versi percubaan pertama Visual Studio.NET
dan .NET Framework, ianya mempunyai dua teknologi kunci untuk membolehkan para
pembangun aplikasi membangunkan XML Web services pada platform .NET. XML Web
services merupakan aplikasi dan komponen yang dibuat tersedia dengan menggunakan
XML dan Simple Object Access Protocol (SOAP), dan kunci yang dapat diprogramkan
untuk membangunkan sistem internet pada masa hadapan. Microsoft menghasilkan
Visual Studio .NET Beta 1 dan .NET Framework dan telah tersedia untuk diguna oleh
berjuta pengguna dan pelanggannya.
Pada 13 Februari 2002 Microsoft telah mengumumkan kemampuan dari Visual
Studio .NET versi akhir. Berikut merupakan ringkasan versi yang telah dibangunkan
oleh Microsoft untuk program Visual Basic :-
1) Visual Basic 1.0: 1991
2) Visual Basic 2.0: 1992
3) Visual Basic 3.0: 1993
4) Visual Basic 4.0: 1996
5) Visual Basic 5.0: 1997
6) Visual Basic 6.0: 1998
7) Visual Basic 7.0: 2003
8) Visual Basic 8.0: 2005
9) Visual Basic 9.0: 2008
10)Visual Basic 10.0: 2010
KEGUNAAN VISUAL BASIC
Kegunaan utama Visual Basic adalah untuk membangunkan aplikasi-aplikasi
pada komputer. Ianya tidak hanya pada aplikasi yang kecil tetapi ianya juga turut
meliputi aplikasi yang berskala besar. Antara kegunaan Visual Basic adalah seperti
berikut :-
1) Menyusun fail-fail dan membangunkannya untuk menjadi sebuah fail yang
berformat EXE.
2) Membolehkan pengguna-pengguna dan pembangun aplikasi untuk
membangunkan aplikasi yang dikehendaki samada untuk kegunaan biasa
ataupun untuk kegunaan dalam perusahaan.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGGUNAKAN VISUAL BASIC UNTUK MECIPTA APLIKASI
1) Mencipta antara muka pengguna- Setelah selesai menganalisa dan mendefinasikan masalah, hasilkan semua
forms (antara muka pengguna) yang diperlukan.- Tentukan setiap nama-nama forms dan objek yang terlibat daalam
penghasilan aplikasi.- FORMS merupakan asas yang digunakan untuk mencipta antara muka bagi
aplikasi yang berasakan Visual Basic.- OBJECTS merupakan perkara ataupun fungsi yang hendak diletakkan di
dalam forms ( antara muka pengguna).- CONTROLS merupakan objek yang terdapat didalam form, dan setiap
controls akan mempunyai perkara seperti properties, kaedah (method) dan aktiviti (events).
2) Menulis kod-kod yang diperlukan untuk menghasilkan antara muka pengguna yang dikehendaki, dimana setiap satu kod akan menghasilkan aktiviti yang tertentu.
3) Menguji dan memastikan bahawa setiap kod yang ditulis adalah betul dan posisi bagi setiap objek adalah bersesuaian.
4) Menyusun dan menggabungkan kod-kod yang telah ditulis untuk menjadikannya sebuah aplikasi dengan membina fail EXE. Untuk kegunaan pengguna aplikasi tersebut.
5) Menulis dokumen yang berkaitan dengan cara penggunaan aplikasi tersebut.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN BAHASA PEMPROGRAMAN VISUAL BASIC
Terdapat beberapa kebaikan yang boleh kita perolehi dengan menggunakan bahasa pemprograman Visual Basic. Antara kebaikan dan kelebihan yang boleh kita perolehi daripada penggunaan visual basic adalah :-
1) Bahasa pemprograman visual basic adalah lebih mudah untuk difahami berbanding dengan bahasa pemprograman yang lain seperti C++.
2) Masa pembelajaran menggunakan Visual Basic adalah lebih singkat jika dibandingkan dengan menggunakan bahasa pemprograman yang lain.
3) Mengurangkan kesukaran untuk penggunaan pada fungsi Windows API kerana banyak fungsi-fungsi yang telah dimasukkan atau di embeded kan ke dalam syntax Visual Basic.
4) Visual basic sesuai untuk digunakan untuk membangunkan aplikasi atau program yang bersifat “Rapid Application Development”.
5) Visual Basic digunakan hampir pada kesemua jenis Microsoft Office sebagai bahasa macronya dan diikuti dengan yang lain.
6) Dapat membuat ActiveX control.7) Dapat mebuat ActiveX Automation Server.8) Ianya boleh diintegrasikan bersama Microsoft Transaction Server dan juga dapat
menjalankan server tersebut dari computer yang sama atau daripada computer yang lain.
KEKURANGAN MENGGUNAKAN BAHASA PEMPROGRAMAN VISUAL BASIC
Walaupun dengan menggunakan Visual Basic kita mendapat pelbagai kemudahan tetapi ianya juga mempunyai kekurangan dan kelemahannya sendiri seperti bahasa pemprograman yang lain. Antara kekurangannya adalah :-
1) Visual basic terbatas untuk mengambil fungsi-fungsi yang bersifat low-level yang bersangkut paut dengan hardware mahupun sistem operasi computer itu sendiri.
2) Fail yang dihasilkan setelah disusun dan dicantumkan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan fail yang dihasilkan oleh bahasa pemprograman seperti C++.
3) Visual Basic juga terbatas untuk mengambil fungsi-fungsi daripada sistem operasi computer berbanding C++.
CARA MENGGUNAKAN VISUAL BASIC
1) Klik start pada taskbar window dan pilih Microsoft Visual Basic yang telah diinstall pada komputer anda.
2) Kemudian akan muncul satu form dan pilih standart EXE. Pada form tersebut.
3) Setelah itu akan muncul satu form dimana pada form ini kita akan menulis kod yang kita kehendaki bagi menghasilkan aplikasi atau program yang tertentu.
4) Pada sebelah kanan paparan antara muka terdapat satu bahagian tools. Pada bahagian ini terletaknya semua tools yang diperlukan dalam pembinaan aplikasi atau program.
CONTOH APLIKASI YANG DIHASILKAN MENGGUNAKAN VISUAL BASIC
1) Paparan antara muka
2) Paparan isi menu
3) Paparan aplikasi textbox
4) Paparan pemain media
Kod dan program yang digunakan :-
1) Kod untuk menu
Source Code Form1 ( Menu )
Private Sub editor_Click()Form3.ShowUnload MeEnd Sub
Private Sub media_Click()Form2.ShowUnload MeEnd Sub
Private Sub ex_Click()EndEnd Sub
Private Sub ab_Click()Form4.ShowEnd Sub
2) Kod untuk pemain media
Source Code Form3 ( TextBox )
Private Sub xpbutton_control1_Click()If MsgBox("Apakah anda yakin akan Membuat File Baru ??", vbQuestion + vbYesNo, "Konfirmasi") = vbYes ThenEnd IfRichTextBox1.Text = ""End Sub
Private Sub xpbutton_control2_Click()CommonDialog1.Filter = "File Teks (*.txt)|*.txt| File HTML (*.html)|*.htm"CommonDialog1.ShowOpenRichTextBox1.LoadFile CommonDialog1.FileNameEnd Sub
Private Sub xpbutton_control3_Click()CommonDialog1.Filter = "File Teks (*.txt)|*.txt| File HTML (*.html)|*.htm"CommonDialog1.ShowSaveEnd Sub
Private Sub xpbutton_control4_Click()Form1.ShowUnload MeEnd Sub
3) Kod untuk text box
Source Code Form3 ( TextBox )
Private Sub xpbutton_control1_Click()If MsgBox("Apakah anda yakin akan Membuat File Baru ??", vbQuestion + vbYesNo, "Konfirmasi") = vbYes ThenEnd IfRichTextBox1.Text = ""End Sub
Private Sub xpbutton_control2_Click()CommonDialog1.Filter = "File Teks (*.txt)|*.txt| File HTML (*.html)|*.htm"CommonDialog1.ShowOpenRichTextBox1.LoadFile CommonDialog1.FileNameEnd Sub
Private Sub xpbutton_control3_Click()CommonDialog1.Filter = "File Teks (*.txt)|*.txt| File HTML (*.html)|*.htm"CommonDialog1.ShowSaveEnd Sub
Private Sub xpbutton_control4_Click()Form1.ShowUnload MeEnd Sub