pengenalan kepada kecergasan fizikal.ppt

17
PENGENALAN KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN, KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR Disediakan Oleh Noorziana Bt Asgali Nurul Izah Afiqah Bt Assrin Rosziayu Bt Ibrahim Shawati Bt Wahid 1 PPISMP Pendidikan Pemulihan Ambilan Jun 2014 IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

Upload: nad-nadz

Post on 04-Oct-2015

99 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jasmani dan rohani

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN, KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTORDisediakan OlehNoorziana Bt AsgaliNurul Izah Afiqah Bt AssrinRosziayu Bt IbrahimShawati Bt Wahid

    1 PPISMP Pendidikan Pemulihan Ambilan Jun 2014IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru

  • Apakah Kecergasan Fizikal???

  • Kecergasan fizikalSecara umumnya, kecergasan fizikal bermaksud kemampuan individu menguruskan diri setiap hari, berekreasi dan bertenaga untuk bertindak balas dalam situasi yang mencemaskan tanpa rasa lesu. Pelajar yang cergas fizikal mampu melakukan perkara yang berikut:

    (a) Boleh melakukan kerja atau tugas sepanjang hari tanpa kelesuan. (b) Boleh mengambil bahagian dalam kegiatan fizikal dan rekreasi tanpa keletihan yang berlebihan. (c) Berupaya menghadapi keadaan kecemasan.

  • Komponen Kecergasan fizikal

  • Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan?

  • Kecergasan Fizikal Berlandaskan KesihatanDaya Tahan Kardiovaskular

    - keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot- otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot. Fenomena ini berlaku dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan. - Sistem kardiovaskular terdiri daripada:

    (a) Jantung Mengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik.

    (b) Paru-paru Membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.

    (c) Rangkaian Arteri dan Vena Rangkaian arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung.

  • Daya Tahan Otot

    - Keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang. - Daya tahan otot terbahagi kepada dua jenis: a) Daya tahan otot statik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang tetap atau pegun. b) Daya tahan otot dinamik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang bergerak atau berulang alik.

  • Komposisi Tubuh Badan

    - Komponen komposisi tubuh badan terdiri daripada bahagian berlemak dan tanpa lemak. Jumlah kedua- dua bahagian ini menentukan berat dan bentuk tubuh badan. - Bentuk tubuh badan manusia boleh dibahagikan kepada:

    a) Endomorf - bentuk tubuh badan yang gempal kerana banyak lemak yang terkumpul di bawah kulit. b) Mesomorf -bentuk badan yang berotot, tegap dan mempunyai rangka badan yang menarik. c) Ektomorf bentuk tubuh badan yang kurus dan tinggi lampai kerana kurang tisu lemak di bawah lapisan kulitnya.

  • Kekuatan Otot

    - Kekuatan otot didefinisikan sebagai kebolehan sesuatu otot atau sekumpulan otot-otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).

    - Kekuatan otot diukur berdasarkan daya maksimum yang dihasilkan daripada satu pergerakan atau penguncupan otot yang spesifik. Kekuatan otot berhubung kait dengan saiz otot, jenis fiber otot, fungsi sistem saraf dan peratusan hormon testoteron yang dimiliki. Kekuatan otot ialah kemampuan otot mengatasi beban atau rintangan yang berat.

  • Kecergasan Fizikal Berlandaskan Motor?

  • KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTORKelajuan

    - Kelajuan dikaitkan dengan kebolehan individu untuk bergerak secepat mungkin dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dalam masa yang singkat. - Kelajuan berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan yang diterima. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah = Kelajuan)

  • Ketangkasan

    - Ketangkasan ialah kebolehan individu untuk menukar arah dengan pantas semasa bergerak. - Atlet yang tangkas dapat melakukan pergerakan dengan cekap dan mengawal kedudukan badannya supaya sentiasa berada dalam keseimbangan. -- - Ketangkasan penting dalam menghadapi situasi kecemasan. - Seseorang individu boleh mengaplikasikan ketangkasan dalam kebanyakan jenis permainan. Hal ini penting kerana setiap pemain perlu bertindak dengan cepat mengikut situasi permainan.

  • Koordinasi

    - Koordinasi ialah keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan lancar. - Koordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang. - Ianya melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan menggunakan panca indera dan hubungannya dengan minda akan menghasilkan pergerakan yang sempurna.

  • Masa Tindak Balas

    - Masa tindak balas berlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima rangsangan melalui sistem pendengaran atau perasaan sehingga tindak balas dilakukan dengan pantas. - Kepantasan masa tindak balas dikaitkan dengan ketangkasan. Contohnya, pelari 100 meter memulakan lariannya dengan pantas sebaik sahaja dia mendengar letupan pistol di permulaan perlumbaan.

  • Imbangan

    - Imbangan ialah kebolehan individu mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau dinamik. - Imbangan merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah. - Imbangan statik ialah imbangan badan yang baik semasa badan individu berada dalam keadaan yang tetap. - Imbangan dinamik ialah imbangan badan anda yang tetap semasa melakukan pergerakan.

  • Kuasa

    - Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. - Kuasa merujuk kepada kebolehan individu melakukan pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.

  • SEKIAN, TERIMA KASIH...