pengenalan bbb numerasi

31
Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran Numerasi akan lebih berkesan.

Upload: fakhruzzaman-ramli

Post on 04-Sep-2015

297 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pengenalan Bbb Numerasi

TRANSCRIPT

Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran Matematik akan lebih berkesan.

Penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran Numerasi akan lebih berkesan.

This presentation will probably involve audience discussion, which will create action items. Use PowerPoint to keep track of these action items during your presentation

In Slide Show, click on the right mouse button

Select Meeting Minder

Select the Action Items tab

Type in action items as they come up

Click OK to dismiss this box

This will automatically create an Action Item slide at the end of your presentation with your points entered.

1

Apa Bahan Bantu Belajar?

Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu belajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada skrin. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama bahan bantu belajar.

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963) hanya alat bantu belajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantupelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

2

Penggunaan bahan bantu belajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999).

Definisi Bahan Bantu Mengajar

Segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran . Bahan bantu belajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu,digunakan dan sebagainya. .

Rasional BBB

Mengetengahkan Konsep.

Pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu belajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah.

Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu belajar, lebihlebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Mencetuskan minat pelajar

Peralatan yang digunakan juga menjadi tarikan dalam penyampaian pelajaran.

Bahan bantu belajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar.

Jika bahan bantu belajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar.

Mengapa BBB Merupakan Satu Elemen Yang Berkesan?

Menurut Teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada.

Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.

Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman.

Menurut Brunerpembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian.

Kepentingan Penggunaan BBB

Menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.

Menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.

Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.

Memberi pengalaman sebenar yang boleh meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.

Membina pemikiran yang berterusan,terutama melalui penggunaan filem-filem bergerak.

Membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.

Menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan terperinci.

Jenis-Jenis BBB

BBB bukan elektronik

BBB elektronik

Alat-alat bercorak pengalaman dan bahan sebenar

BBB bukan elektronik

Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk gabungan bahan-bahan real, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).

Contoh BBB Bukan Elektronik

1.Papan tulis atau papan hitam

Papan hitam merupakan bahan asas dalam pengajaran. Digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar.

1.Papan tulis atau papan hitam

Papan hitam merupakan bahan asas dalam pengajaran. Digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar.

BBB Elektronik

Overhead projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder), alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer.

Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar

Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran.

Ianya dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan pelajar-pelajar secara langsung.Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan kepada beberapa dimensi

Realia terbahagi kepada beberapa kumpulan seperti:

i- Bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air, logam dan sebagainya

18

ii-Bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dan sebagainya

iii-Tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dan sebagainya

iv-Benda hidup:ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.

Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-

pelajar dapat melihat secara nyata dan

semulajadi.

Ciri-ciri Pemilihan Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan

Inspirasi dan kreativiti

Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para pelajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya.

Menjadikan dialog bersifat komunikatif

Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat peluang berinteraksi sesama sendiri dan menguasai kecekapan berbahasa.

Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna

Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai.

Mengadakan beberapa contoh yang praktikal

Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna.

Memenuhi keperluan pelajar dari segi luaran dan psikologi

Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.

Ciri-Ciri Pembinaan BBB

Ketahanan

Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

Kos

Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.

Aspek-aspek Teknikal

Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya.

Ketepatan Maklumat

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyampaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

Mudah Alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

Saiz/Pengelolaan Kelas

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBB) adalah penting kerana dengan penggunaannya bukan sahaja pembelajaran pelajar menjadi menarik, malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat di diperkembangkan lagi; ia juga dapat menjimatkan masa guru mengajar serta dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Apabila pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi berkesan , bererti objektif kurikulum telah tercapai dan juga hasrat Kementerian Pendidikan untuk memenuhi matlamat PPPM.

Cadangan

Guru harus memupuk sikap ingin cuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Guru mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.

Cadangan

Pihak pentadbir sekolah harus memberi sokongan sepenuhnya dalam pelaksanaan pelbagai kaedah yang memusatkan murid serta bantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah seperti mengadakan bilik khas untuk Matematik.

Video ..\Videos\Free YouTube Downloader\The cracket pot.mp4

SEKIAN,TERIMA KASIH.