pengangkutan

10
Disediakan oleh : Pn. Norazimah 1 Bab 14 : KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN 14.1 PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL  Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air untuk menghubungi satu tempat dengan tempat yang lain dan berdagang.  Denai dan lorong digunakan untuk mencari hasil hutan selain menghubungkan kawasan pedalaman dengan sungai.  Pengankutan air melalui sungai dan laut merupakan pengangkutan awal yang penting.  Perdagangan yang dijalankan menggunakan system barter dan penggunaan mata wang iaitu duit emas.  Dari segi perhubungan, manusia menggunakan isyarat seperti berikut: i. Asap : api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara bagi memberikan isyarat yang dapat difahami pihak yang lain ii. Bunyi : isyarat bunyi dihasilkan dengan memukul beduk, ketuk-ketuk dengan batang kayu/buluh dan laungan. 14.2 KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL PADA ZAMAN PENJAJAH  Kedatangan British ke Tanah Melayu telah mempengaruhi perkembangan pengangkutan & perhubungan di Negara kita.  Mereka mengeksploitasi sumber khususnya bijih timah dan getah 14.2.1 PENGANGKUTAN JALAN DARAT  Kemasukan British telah memodenkan system pengangkutan.  1885 : British telah membina landasan kereta api yang pertama dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 13 km untuk mengangkut bijih timah untuk dieksport.  1981 : Landasan kereta api dibina dari Seremban ke Port Dickson  Akhir abad ke-19 : Kuala Lumpur ke Port Swettenham  Perkembangan system kereta api telah mengubah kegiatan ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport.  Rangkaian pengangkutan lebih padat di sebelah pantai Barat Semenanjung kerana tumpuan kegiatan ekonomi.  Sabah : Landasan kereta api dibina dari Wetson ke Beaufort & dari Tenom ke Jesselton(Kota Kinabalu)  Sarawak : Landasan kereta api dibina dari Kuching ke Batu 10 kerana negeri ini masih bergantung pada system pengangkutan air untuk mengangkut hasil pertanian.  Jalan raya pertama dibina ialah jalan kereta lembu menghubungkan Taiping dengan Matang kemudian bersambung ke Kerian dan Seberang Perai  Jaringan jalan raya ini menghubungkan kawasan perlombongan di Larut ke Pelabuhan Pulau Pinang

Upload: ten-siew-suan

Post on 18-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ting 5

TRANSCRIPT

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    1

    Bab 14 : KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN

    14.1 PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL

    Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air

    untuk menghubungi satu tempat dengan tempat yang lain dan

    berdagang.

    Denai dan lorong digunakan untuk mencari hasil hutan selain

    menghubungkan kawasan pedalaman dengan sungai.

    Pengankutan air melalui sungai dan laut merupakan pengangkutan

    awal yang penting.

    Perdagangan yang dijalankan menggunakan system barter dan

    penggunaan mata wang iaitu duit emas.

    Dari segi perhubungan, manusia menggunakan isyarat seperti

    berikut:

    i. Asap : api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara

    bagi memberikan isyarat yang dapat difahami pihak yang

    lain

    ii. Bunyi : isyarat bunyi dihasilkan dengan memukul beduk,

    ketuk-ketuk dengan batang kayu/buluh dan laungan.

    14.2 KEPERLUAN PENGANGKUTAN & PERHUBUNGAN AWAL PADA

    ZAMAN PENJAJAH

    Kedatangan British ke Tanah Melayu telah mempengaruhi

    perkembangan pengangkutan & perhubungan di Negara kita.

    Mereka mengeksploitasi sumber khususnya bijih timah dan getah

    14.2.1 PENGANGKUTAN JALAN DARAT

    Kemasukan British telah memodenkan system pengangkutan.

    1885 : British telah membina landasan kereta api yang pertama dari

    Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) sepanjang 13 km untuk

    mengangkut bijih timah untuk dieksport.

    1981 : Landasan kereta api dibina dari Seremban ke Port Dickson

    Akhir abad ke-19 : Kuala Lumpur ke Port Swettenham

    Perkembangan system kereta api telah mengubah kegiatan

    ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport.

    Rangkaian pengangkutan lebih padat di sebelah pantai Barat

    Semenanjung kerana tumpuan kegiatan ekonomi.

    Sabah : Landasan kereta api dibina dari Wetson ke Beaufort & dari

    Tenom ke Jesselton(Kota Kinabalu)

    Sarawak : Landasan kereta api dibina dari Kuching ke Batu 10 kerana

    negeri ini masih bergantung pada system pengangkutan air untuk

    mengangkut hasil pertanian.

    Jalan raya pertama dibina ialah jalan kereta lembu menghubungkan

    Taiping dengan Matang kemudian bersambung ke Kerian dan

    Seberang Perai

    Jaringan jalan raya ini menghubungkan kawasan perlombongan di

    Larut ke Pelabuhan Pulau Pinang

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    2

    14.2.2 PENGANGKUTAN AIR

    Pada zaman penjajahan British, pengangkutan air melalui sungai

    dan pelabuhan adalah penting.

    Tongkang dan kapal susur pantai digunakan untuk mengangkut

    bekalan makanan, jentera dan buruh.

    Kapal wap digunakan untuk membawa hasil seperti bijih timah dan

    getah ke Negara penjajah.

    Kemasukan buruh asing dari India dan China melalui pengangkutan

    air.

    Pihak British telah membuka beberapa buah pelabuhan seperti

    Pelabuhan Pulau Pinang, Port Swettenham dan Pelabuhan Labuan.

    Pelabuhan ini menjadi pusat untuk mengimport barang buatan dan

    perkakas kilang.

    14.2.3 PERHUBUNGAN AWAL

    Penjajah British juga telah memulakan perhubungan awal melalui

    pos dan telegraf.

    Jabatan Perkhidmatan Pos yang pertama telah ditubuhkan pada

    tahun 1862 di Negeri-negeri Selat yang beribu pejabat di Pulau

    Pinang.

    Perkhidmatan pos ini diperkembang dan melibatkan pengangkutan

    surat khabar, dokumen perniagaan, bungkusan dan juga

    kemudahan insurans.

    Perkembangan telegraf selari dengan perkembangan landasan

    kereta api.

    System telegraf yang pertama digunakan di Perak pada tahun 1876.

    Perkhidmatan ini penting dalam pentadbiran dan penguatkuasaan

    penjajahan negeri-negeri Melayu.

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    3

    Pada peringkat awal, system telegraf ini dibina untuk menjaga

    kepentingan pihak British di kawasan perlombongan di Perak dan

    Selangor selain membolehkan maklumat dan arahan dari pusat

    pentadbiran jajahan di Singapura disampaikan dengan cepat ke

    pusat pentadbiran di Tanah Melayu.

    Di Malaysia, perkhidmatan telefon mula diperkenalkan di negeri-

    negeri Selat pada tahun 1886.

    Pada masa itu, telefon digunakan untuk tujuan keselamatan dan

    dipasang untuk menghubungi pihak polis

    Kemudian, penggunaannya berkembang untuk tujuan pentadbiran,

    digunakan peniaga, pemodal, dan pengusaha estet yang

    memerlukan maklumat dengan cepat.

    KATA KUNCI

    Interaksi : Saling kaitan antara satu individu dengan individu yang lain

    Jong : Kapal layar Cina

    Mengeksploitasi : Meneroka sasuatu sumber untuk sesuatu kepentingan

    sendiri

    Sara diri : Tanaman untuk keperluan sendiri

    Lanca : Kenderaan beroda dua untuk seorang atau 2 penumpang yang

    ditarik oleh seseorang

    Ketersampaian : Darjah senang atau susah/payah untuk sampai ke sesuatu

    kawasan

    Kesimpulan: Keperluan terhadap pengangkutan dipengaruhi faktor ekonomi

    dan dasar penjajah.

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    4

    Bab 15 : PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN

    15.1 PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN

    15.1.1 PENGANGKUTAN DARAT

    i. Jalan Raya

    Jaringan jalan raya yang terdapat di negara kita adalah

    sepanjang 66 445 km.

    Pada umumnya, jaringan jalan raya dan lebuh raya adalah lebih

    padat dan tertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia,

    pantai barat Sabah dan pantai barat Sarawak.

    Kawasan tersebut mempunyai jaringan penduduk yang tinggi

    dan keperluan terhadap pengangkutan adalah tinggi.

    Dalam Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah meningkatkan

    taraf jalan raya yang sedia ada.

    Cth: Lebuhraya Persekutuan dinaikkan taraf daripada 2 lorong

    kepada 3 lorong.

    Dalam Rancangan Malaysia Ke-8, jalan baru sepanjang 3214km

    akan dibina.

    Hal ini telah meningkatkan tahap ketersampaian penduduk luar

    Bandar dan meningkatkan ekonomi mereka.

    Cth: progam Jalan Kanibongan-Nangoh di Sabah dan Jalan

    Pesisiran Pantai Triso-Melebu-Pusa di Sarawak.

    Jalan raya juga dibina untuk menghubungkan kawasan

    penanaman getah, kelapa sawit, perlombongan bijih timah,

    serta kawasan perindustrian dengan pelabuhan.

    Hasil bahan mentah dan barangan kilang dihantar ke pelabuhan

    dengan mudah.

    Cth: Jalan raya dan lebuhraya yang menghubungkan Ipoh

    dengan Pelabuhan Pulau Pinang dan kawasan perindustrian

    Shah Alam ke Pelabuhan Klang.

    Di Semenanjung Malaysia, jalan raya dan lebuhraya dibina

    untuk menghubungkan sesuatu kawasan dan untuk

    memendekkan perjalanan.

    Cth: Padang Besar di sempadan Thailand ke Johor Bahru, Lebuh

    raya Timur-Barat yang dibina merentasi Banjaran Titiwangsa

    dan Jambatan Pulau Pinang yang mengubungkan tanah besar

    Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang.

    Di kawasan pinggir pantai Sarawak, jalan raya dibina bagi

    menghubungkan Bandar raya Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

    Di Sabah, jalan raya tertumpu di pantai barat dan pantai timur

    untuk menghubungkan Kudat dengan Membakut dan pantai

    timur sabah untuk menghubungkan Lahad Datu, Semporna dan

    Tawau.

    Lembah Klang mempunyai jaringan jalan raya paling padat di

    Malaysia.

    Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan jalan raya.

    Lebuh raya Persekutuan dibina untuk menghubungkan Kuala

    Lumpur dengan Pelabuhan Klang untuk mengurangkan

    kesesakan lalu lintas selain Lebuhraya Damansara-Puchong

    (LDP) dan Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE).

    LDP menggunakan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) iaitu alat

    pengesan pergerakan kenderaan yang pertama di lebuh raya

    Bandar.

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    5

    Penggunaan ITS melibatkan alat pengesan susunan kenderaan,

    rangkaian maklumat, video berkeupayaan tinggi dan peralatan

    pengawasan.

    ii. Jalan Kereta Api

    Landasan keretapi terawal dibina menghubungkan Taiping ke

    Port Weld (Kuala Sepetang) pada tahun 1885.

    Tujuan pembinaan adalah untuk mengangkut bijih timah dari

    kawasan perlombongan ke pelabuhan.

    1913, Perlis dan Singapura dihubungkan dengan jalan keretapi

    1930, Gemas dihubungkan dengan Tumpat sehingga ke Hat Yai.

    Gemas merupakan stesen persimpangan keretapi antara pantai

    barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia.

    Di Sabah, landasan keretapi menghungkan Tanjung Aru ke

    Tenom sepanjang 138km yang tertumpu di pantai barat Sabah

    Di Sarawak dan Terengganu, tiada perkhidmatan keretapi.

    Perkhidmatan keretapi digunakan untuk mengangkut barangan

    dan penumpang selain meningkatkan hubungan dengan

    kawasan pedalaman dan memudahkan usaha membangunkan

    ekonomi kawasan berkenaan.

    Kini, landasan keretapi yang terdapat di Malaysia adalah

    sepanjang 1949km.

    Kerja membaik pulih dan menaik taraf landasan keretapi rel

    juga dilakukan. Koc-koc baru menggantikan koc lama.

    Perjalanan penumpang menjadi lebih selesa dan perkhidmatan

    keretapi juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan

    barangan dan membantu meningkatkan urusan perniagaan dan

    perdagangan.

    Untuk perjalanan jarak jauh, perkhidmatan yang disediakan

    seperti Ekspres Sinaran dan Ekspres Langkawi (Utara-Selatan)

    dan Ekspres Kenali dan Ekspres Wau (pantai timur) dan

    perjalanan adalah dari KL Sentral ke Singapura dan Hat Yai.

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    6

    Perkhidmatan keretapi Ekpres Antarabangsa menghubungkan

    Bangkok, KL dan Singapura. Perkhidmatan ini telah

    menggalakkan industri pelancongan di negara kita.

    Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah

    menyediakan perkhidmatan rel bersepadu yang moden dan

    canggih di Lembah Klang antaranya Komuter dan transit aliran

    ringan seperti STAR-LRT, PUTRA-LRT, KL Monorel dan ERL (

    Express Rail Link) .

    Perkhidmatan rel bersepadau diperkenalkan di Lembah Klang

    kerana keperluan terhadap pengangkutan penumpang adalah

    tinggi.

    Perkhidmatan ini amat penting kerana dapat mengurangkan

    kesesakan lalu lintas di Bandaraya KL.

    Penumpang tidak perlu membazir masa terperangkap dalam

    kesesakan lalu lintas selain memberikan keselesaan kepada

    penumpang dan masa perjalanan dapat dipendekkan.

    Perkhidmatan rel bersepadu menjadikan system pengangkutan

    awam lebih cekap dan masalah pencemaran udara dapat

    dikurangkan selain menjadi alternative kepada penumpang

    terutama di pusat bandaraya KL.

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    7

    15.1.2 PENGANGKUTAN AIR

    i. Sungai

    Di Sabah dan Sarawak, pengangkutan sungai masih penting

    sebagai system pengangkutan.

    Cth: kapal laut dapat berlayar atau mudik ke Sibu sejauh 112 km

    dan ke Kapit sejauh 274 km sepanjang Sungai Rajang. Sibu dan

    Sarikei merupakan pelabuhan sungai terbesar di Sungai Rajang

    Sungai Baram, Sungai Kemena dan Batang Lupar di Sarawak

    digunakan juga sebagai pengangkutan penumpang dan

    barangan seperti hasil pertanian dan kayu balak

    Di Sabah, Sungai Kinabatangan, Sungai Segama dan Sungai

    Padas merupakan sungai yang terpenting.

    Sungai Kinabatangan dapat dimudik oleh kapal sejauh 192 km.

    Pengangkutan sungai di Semenanjung Malaysia kurang penting

    kerana keadaan sungai yang cetek, pendek dan sempit

    menyebabkan kapal tidak sesuai digunakan.

    Walau bagaimanapun, pengangkutan sungai masih penting di

    sungai-sungai besar

    Cth: di Pahang, bot digunakan untuk membawa pelancong

    sepanjang Sungai Tembeling ke Taman Negara

    Kerajaan telah melaksanakan projek meningkatkan keupayaan

    dan membangunkan pengangkutan sungai seperti

    mendalamkan sungai di bahagian pelabuhan di muara sungai.

    Cth: pembesaran Pelabuhan Lahad Datu di Sabah.

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    8

    ii. Laut

    Malaysia mempunyai jaringan jalan laut yang menghubungkan

    pelabuhan utama dengan pelabuhan negara lain seperti

    Pelabuhan Yokohama, Jepun dan Pelabuhan New York di US.

    Sebanyak 90% perdagangan antarabangsa dikendalikan melalui

    pelabuhan.

    Kerajaan telah meningkatkan taraf dan kemudahan

    infranstruktur pelabuhan seperti Pelabuhan Klang, Pelabuhan

    Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan

    Bintulu.

    Keadaan ini telah telah menambahkan jumlah dan saiz kapal

    yang dapat singgah di pelabuhan tersebut selain pertambahan

    jumlah import dan eksport dan perdagangan antarabangsa.

    Kerajaan juga melengkapkan pelabuhan dengan kemudahan

    kontena dan membaiki kapal.

    Cth pelabuhan kontena: Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir

    Gudang, Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Bintulu.

    Pengangkutan pesisiran pantai penting bagi penduduk yang

    tinggal di pinggir pantai untuk mengangkut barangan pukal

    seperti hasil pertanian dan kayu balak dari pelabuhan kecil ke

    pelabuhan utama.

    Cth: barangan dibawa dari pelabuhan kecil iaitu Pelabuhan

    Tumpat ke Pelabuhan Kuantan malah penting juga untuk

    mengangkut penumpang.

    Di Lumut, jeti digunakan untuk menghubungkan Pulau Pangkor

    dengan tanah besar Semenanjung Malaysia.

    Selain itu, Pelabuhan Lumut juga terdapat pangkalan tentera

    laut untuk mengawal keselamatan pengairan negara.

    15.1.3 PENGANGKUTAN UDARA

    Pengangkutan udara di Malaysia semakin berkembang pusat

    kerana menyediakan system pengangkutan yang cekap.

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    9

    Pengangkutan udara juga merupakan pengangkutan utama

    yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah

    dan Sarawak.

    Kawasan Lapangan Terbang

    Antarabangsa

    Lapangan Terbang

    Domestik

    Semenanjung

    Malaysia

    Lapangan Terbang

    Antarabangsa KL (KLIA) di

    Sepang, Bayan Lepas,

    Langkawi dan Senai

    Alor Setar, Ipoh, Kuantan,

    Kuala Terengganu dan

    Kota Bahru

    Sarawak Kuching Sibu, Bintulu, Miri,

    Limbang, Mukah

    Sabah Kota Kinabalu Kudat, Sandakan, Lahad

    Datu, Semporna, Tawau,

    Pulau Labuan

    Perkhidmatan penerbangan membolehkan pergerakan

    penumpang antara negara kita dengan Negara luar. Kemasukan

    pelabur dan pedagang asing dapat ditingkatkan.

    Barangan seperti komponen computer, bunga dan buah-buahan

    dieksport melalui udara kerana barangan ini mudah rosak dan perlu

    dihantar dengan segera.

    Melalui Rancangan Malaysia ke-8, kerajaan berusaha

    meningkatkan kecekapan dan prestasi perkhidmatan udara di

    Malaysia.

    KLIA dibangunkan menjadi pusat penerbangan serantau.

    Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dipertanggungjawabkan

    untuk mengurus kesemua 36 lapangan terbang dan padang terbang

    negara.

  • Disediakan oleh : Pn. Norazimah

    10

    15.1.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN

    JARINGAN PENGANGKUTAN

    i. Dasar Pembangunan negara

    ii. Perkembangan ekonomi

    iii. Kemajuan teknologi

    iv. Aspek fizikal

    v. Keselesaan pengguna

    15.2 PERBANDINGAN KEPENTINGAN PENGANGKUTAN DENGAN

    NEGARA LAIN

    Perkara Malaysia Kanada

    1. Jalan

    raya/lebuh

    raya

    Pengangkutan darat yang padat&termoden di dunia

    Merangsang pembangunan pelbagai industry seperti

    pelancongan dan perindustrian

    Cth: Tasik Merah dan Nilai

    66445 km

    Cth: Lebuhraya Utara

    Selatan (PLUS)

    Jambatan Confederation

    Bridge: jambatan

    terpanjang&berterusan

    melalui laut yang diliputi ais

    9000000 km

    Cth: Trans Canada

    Highway

    Jambatan Pulau

    Pinang: jambatan

    terpanjang di Asia

    2. Jalan kereta

    api

    Penting membawa

    penumpang & barangan

    System pengangkutan

    utama di Kanada

    Penting membawa

    bhn mentah, buruh &

    penumpang

    Cth: Perkhidmatan

    Kereta Api Pasifik

    Kanada & Kereta Api

    Kebangsaan Kanada

    3. Jalan air Pelabuhan

    Penting menggalakkan

    perdagangan

    Cth:Pelabuhan Klang

    Pelabuhan penting

    Cth: Jalan Air St.

    Lawrence-Tasik tasik

    besar

    4. Pengangkutan

    udara

    Penting

    Cth:MAS, Air Asia

    Penting

    Cth : Air Canada

    15.3 KESAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM

    SEKITAR

    15.3.1 KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR

    Pencemaran udara

    Pencemaran bunyi

    Kesan terhadap air dan perubahan landskap

    15.3.2 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN TERHADAP ALAM

    SEKITAR

    Penggunaan alat catalytic converter

    Pengurusan trafik

    Kawalan undang-undang

    Menanam rumput, membina dinding&longkang