pengadaptasian rentak tabuh iban ke dalam orkestra barat rentak tabuh (24pgs).pdfpengadaptasian...

24
Pengadaptasian Rentak Tabuh Iban ke Dalam Orkestra Barat Samuel Anak Manjah Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik) 2017

Upload: lamkhanh

Post on 20-Jun-2019

238 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Pengadaptasian Rentak Tabuh Iban ke Dalam Orkestra Barat

Samuel Anak Manjah

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Muzik)

2017

Pengadaptasian Rentak Tabuh Iban ke Dalam Orkestra Barat

Samuel Anak Manjah

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Muzik)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade:

Please tick (√)

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ……………..day of……………..2017.

Student’s Declaration:

I SAMUEL ANAK MANJAH, 32765, FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS hereby declare that

the work entitled, Adaptation of Iban Tabuh into Western Orchestra is my original work. I have not copied

from any other students’ work or from any other sources except where due reference or

acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another

person.

Date submitted Samuel Anak Manjah (32765)

Supervisor’s Declaration:

I, CONNIE LIM KEH NIE hereby certify that the wor k entitled, Adaptation of Iban Tabuh into Western Orchestra

was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *

partial/full fulfillment for the conferment of BARCHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS

( MUSIC ), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the s a i d student’s work

Received for examination by: Date:

(Connie Lim Keh Nie)

I declare this Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declared that this said Project/Thesis

shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and

rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the

purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitise the content

to for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student himself / herself neither third party

on this Project/Thesis once it becomes sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be

distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS

permission.

Student’s signature Supervisor’s signature:

(Date: ) (Date: )

Current Address:

Kpg

Kesindu,94800

Simunjan,

Sarawak.

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as

annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and

restriction.

[The instrument was duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Projek bertajuk ‘Pengadaptasian Rentak Tabuh Iban ke Dalam Orkestra Barat’ telah

disediakan oleh Samuel Anak Manjah dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan

Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dengan

Kepujian (Muzik), Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ).

Disediakan untuk diperiksa oleh:

…………………………………

Connie Lim Keh Nie

Tarikh :

……………………………..

Pengakuaan

Penulis mengakui bahawa tidak terdapat bahagian,dihasilkan atau dilaporkan dalam tesis ini yang

telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk suatu Ijazah atau kelulusan sama ada kepada

university ini atau institusi pengajian tinggi lain.

…………………………………..

(SAMUEL ANAK MANJAH)

No.Matrik : 32765

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya

menyempurnakan kajian ini. Sepanjang menjalankan kajian ini, saya telah memperoleh pelbagai

pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya

sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan kajian ini mungkin

hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini.

Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, Puan Connie Lim Keh Nie kerana beliau telah banyak

memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan kajian ini. Tunjuk ajar beliau amat

membantu saya dalam usaha menyempurnakan kajian yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, saya

juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi

sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut

berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan

dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan kajian ini dengan jayanya. Ucapan ini

juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada

secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai

kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan

sempurna.

ISI KANDUNGAN

Halaman Tajuk

Declaration of original work 11-111

Diterima 1V

Pengakuan V

Penghargaan V1

Isi Kandungan V11

Senarai Rajah X1

Abstrak X1

Absract X11

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 1-2

1.2 SKOP KAJIAN 2

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN 2-3

1.4 HIPOTESIS 3

1.5 OBJEKTIF KAJIAN 3

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 4

1.7 KAJIAN LITERASI 4-5

BAB 2 : METODOLOGI KAJIAN

2.1 PENGENALAN 6

2.1.1 ETNOGRAFI 6

2.1.2 KAEDAH KUALITATIF 7

2.2 PROSEDUR 8

2.3 ANALISIS DATA 8

2.4 PENGUMPULAN DATA 9

2.4.1 DATA PRIMER 9

2.4.1.1 RAKAMAN VIDEO 9

2.4.1.2 TEMU BUAL 9

2.4.2 DATA SEKUNDER 9

2.4.2.1 BUKU 9

2.4.2.2 LAMAN WEB 10

2.4.2.3 JURNAL 10

2.5 PENDEKATAN PERISIAN KOMPUTER 10

2.5.1 SIBELIUS 7 10

2.5.2 CUBASE 5 10

BAB 3 : ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 11

3.1 PENGENALAN 11

3.1.1 REPERTOIRE RENTAK TABOH 11-13

3.2 PROSEDUR PENGHASILAN KARYA 13

3.3 STRUKTUR HARMONI 13-22

3.4 ORKESTRASI 23-26

3.5 INSTRUMENTASI 26-28

3.6 BENTUK KARYA PENGKAJI 29

3.7 FULL SCORE 30-38

BAB 4 : PERBINCANGAN 39

4.1 PENGENALAN 39

4.2 PANEL 1 40

4.2.1 LATAR BELAKANG PANEL 41

4.2.2 HASIL PERBINCANGAN 41-42

4.3 PANEL 2 42

4.3.1 LATAR BELAKANG PANEL 42-43

4.3.2 HASIL PERBINCANGAN 43

4.4 PANEL 3 44

4.4.1 LATAR BELAKANG PANEL 44

4.4.2 HASIL PERBINCANGAN 45

4.5 KESIMPULAN 45

BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN 46

5.1 KESIMPULAN 46

5.2 CADANGAN 47

BIBLIOGRAFI 48

GLOSARI 49-50

LAMPIRAN 51-53

SENARAI RAJAH

Rajah 1 Transkripsi Tabuh Ngalu Pengabang

Rajah 2 Transkripsi Tabuh Ayun Lundai

Rajah 3 Melodi filler yang dimainkan oleh brass dan melodi utama yang dimainkan oleh

woodwind pada bahagian intro.

Rajah 4 Pengadaptasian rentak taboh dalam percussion instrumen.

Rajah 5 Penggunaan rentak Taboh dalam Koir.

Rajah 6 Melodi pada instrumen woodwind dan brass yang mengadaptasikan rentak Taboh

Pada bahagian transection

Rajah 7 Melodi pada instrumen string dan koir.

Rajah 8 Rentak Taboh yang dimainkan oleh congas

Rajah 9 Melodi yang dibawa oleh koir dah harmony background oleh string.

Rajah 10 Coda

Rajah 11 Perfect cadence nada V ke nada I

Rajah 12 Staccato pada violin 1,2 dan viola

Rajah 13 Trill pada Timpani dan Cymbal.

Rajah 14 Melodi yang dimainkan pada Flute, Clarinet pada bahagian Introduction.

Rajah 15 String yang dimainkan secara staccato dan accent yang mangadaptasikan rentak

Tabuh Iban

SENARAI GAMBAR

Gambar 1 Pengkaji bersama dengan penari dan pemain muzik Tabuh 40

Gamber 2 Pengkaji bersama dengan panel. ( Mdm Roslind Ginjah ) 40

Gambar 3 Pengkaji bersama panel ( Encik Ernesto Kalum ) 42

Gambar 4 Pengkaji bersama panel Dr Anna Durin 44

Gambar 5 Engkerumong 51

Gambar 6 Gong 51

Gambar 7 Ketubong @ Dedumbak 51

Gambar 8 Penari dan pemain ARNG 51

Gambar 9 Pemain muzik Taboh 51

Gambar 10 Pemain alat muzik Engkerumong 51

Gambar 11 Panel Pengkaji 52

SENARAI DIAGRAM

Diagram 1 Bentuk karya pengkaji mengikut bahagian 29

Pengadaptasian Rentak Tabuh Iban ke Dalam Orkestra Barat

Abstrak

Kajian ini merupakan pengadaptasian rentak Tabuh kaum Iban ke dalam orkestra barat.

Dalam komposisi baru ini, orkestra barat bermain peranan dalam memainkan melodi dan

harmoni dengan gabungan alat muzik tradisional Tabuh dalam bahagian ritma. Dalam

kajian ini, ciri-ciri rentak Taboh dalam tarian ngajat@ajat dalam masyarakat Iban akan

dikenalpasti. Bedasarkan ciri-ciri dan pola ritma yang telah dikumpul, sebuah karya muzik

akan dihasilkan. Diharapkan karya muzik yang berciri komtemporari ini memelihara alat

tradisional ini daripada dilupai oleh golongon masyarakat muda kaum Iban di Sarawak.

Adaptation of Iban Tabuh into Western Orchestra

Abstract

This study is an adaptation of the Tabuh, an Iban traditional musical instrument with the western

orchestra. In this composition, the western orchestra plays a role in playing melodies and harmony

whereas the rhythmic patterns of Iban Tabuh will be highlighted in the rhythm section. This aim of

this study is to identity the musical characteristics of Iban Tabuh. Hence, the music composition

produced is based on the rhythmic patterns of the Taboh. Through this contemporary work, it hopes

that the traditional musical instrument of Iban as well as the Taboh rhythm will be preserved.

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Taboh merupakan alat muzik tradisional yang dimainkan oleh kaum Iban yang

terdapat di Sarawak.Alat muzik ini terbahagi kepada empat jenis alat muzik iaitu

gendang,bebendai,ketebung,engkerumung dan tawak. Alat muzik ini depersembahkan semasa

mengiringi tarian Ngajat. Dalam buku Adat Iban,tarian ngajat dan alat muzik ini dipercayai

telah wujud lebih kurang dalam abad ke-16. Taboh tergolong dalam instrumen percussion iaitu

alat muzik yang dibunyikan dengan memukul oleh pemukul sama ada mengunakan alat pemukul

ataupun menggunakan tangan. Keluarga percussion dipercayai termasuk alat muzik tertua,

berikut suara manusia. Alat percussion dibahagikan kepada dua jenis iaitu pitched percussion,

yang menghasilkan nota yang boleh dikenal pasti, dan unpitched percussion, yang tidak

menghasilkan sebarang nada. Instrumen percussion tergolong alat instrument yang dikenal

sebagai membranofoni. Taboh bermaksud pukulan untuk gong dan drum yang merangkumi

pelbagai saiz. Betaboh pula bermaksud memainkan/bermain alat muzik percussions. Nabuh (

nebah,nempap ) pula bermaksud memukul alat muzik percussions. Dalam masyarakat Iban, alat

muzik yang dipanggil Taboh dimainkan dalam satu set yang mempunyai empat alat muzik iaitu

engkerumong, tawak, bebendai dan ketubong atau kadang-kadang dipanggil Bedup yang masing-

masing dimainkan oleh setiap seorang pemain. Terdapat pelbagai jenis Taboh bergantung

tujuan dan jenis ngajat

1

seperti "alun lundai, ngalu pengabang, kuntau dan ngajat indu. Fungsinya bukan hanya untuk

mengiringi tarian tetapi ianya juga berfungsi sebagai amaran, contohnya gong dipukul di rumah

panjang menandakan ataupun pemberitahuan tentang kematian di sesebuah rumah panjang.

Selain itu juga ianya juga berfungsi dalam adat begawai dan juga upacara ritual dalam adat dan

budaya orang Iban.

1.2 SKOP KAJIAN

Kajian ini tertumpu di daerah Betong, Sarawak. Kajian ini juga tertumpu pada

persatuan Ngajat iaitu Akedemi Ngajat Ranyai Gemilang yang dipengerusikan oleh Pn, Roslind

Ginjah yang mengutamakan tiga jenis taboh iaitu Taboh ayun lundai, Taboh Ngalu pengabang

dan Taboh Indu.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian pengkaji adalah, Tabuh mengutamakan rentak dan bukan melodi .

Zaman sekarang, alat muzik Tabuh ini sangat kurang bilangan golongan muda yang tahu

memainkan alat muzik ini dan keseniannya semakin tenggelam. zaman sekarang, muzik betaboh

dan budaya Iban semakin hari semakin dihapuskan oleh kedatangan alat moden akibat daripada

kemajuan teknologi komunikasi maklumat baru dinyatakan dalam artikel. Selain itu juga,rentak

ataupun alat muzik ini tidak ditonjolkan dalam penghasilan lagu-

2

lagu Iban zaman sekarang. Kebanyakan komposer lagu-lagu Iban banyak mengenengahkan

lagu-lagu yang berentak dangdut dan juga joget. Lagu-lagu jenis ini banyak dimainkan semasa

perayaan hari Gawai Dayak di Sarawak.

1.4 HIPOTESIS

Penghasilan komposisi rentak Tabuh Iban sesuai diserapkan dengan ilmu-ilmu muzik

Barat seperti Binary Form dan dapat menarik perhatian golongan-golongan muda di Sarawak

serta pengemar muzik di Sarawak. Penggunaan alat muzik orkestra seperti woodwind,

brass,percussion, piano, string dan koir akan menyokong lebih kuat karya ini dari segi

rhythm,melody filler dan harmoni.

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti ciri-ciri rentak Taboh dalam tarian ngajat@ajat dalam masyarakat Iban.

Menghasilkan sebuah karya muzik tradisional dan orkestra barat yang berciri muzik

kontemporari.

Menguji keberkesanan komposisi pengkaji yang berkesan untuk menarik minat golongan

belia ataupun muda dalam menghasilkan karya muzik kontemporari.

3

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Penghasilan karya dan juga kajian ini adalah supaya seni warisan budaya masyarakat

Iban iaitu „betaboh‟ akan berkekalan dan terus diwarisi oleh generasi akan datang.Selain

itu,kajian yang dijalankan bertujuan menonjolkan rentak Betaboh, dimana ia dapat

dipersembahkan bersama-sama dengan instrumentasi orkestra Barat yang berasaskan komposisi

ilmu-ilmu muzik dan juga kajian ini amat penting kerana kajian ini boleh mengangkat nilai

muzik bagi alat muzik Taboh disamping dapat memelihara alat tradisional ini daripada dilupai

oleh golongon masyarakat muda kaum Iban di Sarawak.

1.7 KAJIAN LITERASI

Menurut artikel daripada Daily Express bertarikh 28 Mei 2012, menyatakan bahawa

Sabah dan Sarawak kaya dengan alat muzik tradisi, walau bagaimanapun instrumen yang

digunakan di dalam kelas hanya terdiri daripada piano, rekoder dan lain-lain yang menyebabkan

ia kekurangan unsur-unsur tradisi. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di

Sarawak yang merangkumi 682,400 daripada 2,237 500 penduduk Sarawak dinyatakan dalam

artikel The Census,2006. Berdasarkan artikal yang terdapat dalam laman sesawang iaitu

Modern Gadgets, Borneo Post, Four traditional Iban arts and culture classes , July 24, 2016,

Sunday,zaman sekarang,muzik betaboh dan budaya Iban semakin hari semakin dihapuskan oleh

kedatangan alat moden akibat daripada kemajuan teknologi komunikasi maklumat

baru.Berdasarkan artikel ini,pengkaji berpendapat bahawa ini adalah salah satu masalah yang

4

dihadapi dalam mengangkat ataupun memperkenalkan alat muzik ini kepada golongan muda

khususnya di Sarawak.Selain itu, Tabuh juga merupakan instrumen yang mengutamakan rentak

dan bukan melodi yang dinyatakan dalam buku Pengantar Muzik Malaysia,Buku 1, Tan Sool

Beng & Patricia Matusky pada tahun 1998. Agnes Tugong juga menyatakan “Tujuan kita

belajar kemahiran „betaboh‟ ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk kita memelihara seni

warisan budaya masyarakat kita Dayak Iban” yang tertulis dalam . Borneo Post, April 7, 2016,

Selasa.

5

BAB DUA

METODOLOGI KAJIAN

2.1 PENGENALAN

Setiap kajian yang dibuat memerlukan sistem penyelidikan yang sistematik dan baik

untuk menjadikan penyelidikan itu berkesan. Metodologi kajian perlu ada di dalam penyelidikan

untuk mengumpulkan sebanyak mungkin data yang diperlukan melalui keadah-keadah yang

tertentu. Dalam kajian ini, kaedah penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji adalah berbentuk

etnografi dan kuantitatif.

2.1.1 ETNOGRAFI

Etnografi merupakan bahasa yang berasal daripada yunani yang mempunyai dua

maksud iaitu ethnos yang membawa maksud rakyat dan graphia yang membawa maksud

tulisan adalah strategi penelitian ilmiah yang sering digunakan dalam ilmu sosial. Etnografi

sering diterapkan untuk mengumpulkan data tentang masyarakat dan budaya manusia.

Pengumpulan data biasanya dilakukan melalui participant ,temu bual,pemerhatian dan lain-lain.

Penggunaannya bertujuan untuk memjelaskan keadaan masyarakat yang dipelajari. Dalam

Participant , pengkaji telah belajar dan menyertai dalam persembahan bertabuh semasa

menjalankan kajian di Betong, Sarawak. Pengkaji juga memainkan alat muzik Taboh dan

melihat cara memainkan dan juga tarian yang dipersembahkan iaitu Observation. Selain itu juga

pengkaji telah menemu bual Puan Roslind Ginjah dan beberapa orang pemain Taboh itu sendiri.

6

2.1.2 KAEDAH KUALITATIF

Selain itu,pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dalam menjalankan

kajian ini. Kaedah kualitatif merupakan kaedah kajian penelitian yang bersifat diskripsi dan

biasanya menggunakan analisis,proses dan makna. Kajian ini merupakan cara untuk

mendapatkan jawapan daripada panel yang telah dipilih melalui menanyakan beberapa soalan

kepada ahli panel.

1. Temu bual

Pengkaji telah menemu bual beberapa orang panel iaitu Puan Roslind Ginjah yang

merupakan pengerusi Akedemi Ngajat Ranyai Gemilang,Encik Ernesto Kalum dan Dr Anna

Durin yang merupakan pensyarah di UNIMAS. Selain itu juga pengkaji juga telah menemu bual

beberapa penari dan juga pemain alat muzik Taboh ini semasa di Betong.

2. Rekod video/muzik

Semasa melakukan Etnografi, pengkaji telah membuat rakaman video dan juga muzik

tradisional dan tarian bersama dengan Akedemi Ngajat Ranyai Gemilang. Rakaman dilakukan

adalah untuk mendapatkan rentak Taboh yang akan ditranskripsi dan seterusnya diadaptasikan

kedalam orkestra barat.

3. Buku

Semasa melakukan kajian ini,pengkaji telah memdapatkan beberapa buku yang

digunakan sebagai sumber rujukan.Antara buku yang digunakan adalah GAWAI BURONG the

chants and celebrations of the Iban Bird Festival, Haji Mahmud Zamudin Mat ( 1998 ) Muzik

Tradisional Iban dan lain-lain. 7

2.2 PROSEDUR

Pengkaji telah mencari dan mendapatkan lagu-lagu yang dimainkan oleh Taboh.

Seterusnya, pengkaji akan mencari dan mendapatkan rakaman audio ataupun video lagu-lagu

Taboh yang telah dikenalpasti. Bagi setiap lagu-lagu Taboh tersebut, transkripsi akan dibuat

bagi setiap lagu Taboh tersebut. Setelah ditranskripsi sampel atau lagu tersebut akan digunakan

sebagai tema dalam komposisi baru dan akan dikembang menjadi komposisi berbentuk Ternary

Form.

2.3 ANALISIS DATA

Analisis data ini penting kerana melalui analisis data ini, pengkaji dapat

menghasilkan sebuah karya yang menggunakan rentak ataupun motif asal yang terdapat pada

lagu muzik Taboh ini. Analisis data yang dijalan oleh pengkaji iaitu pengkaji telah

mendapatkan rakaman audio ataupun video Taboh di Betong bagi tujuan analisis dan transkripsi.

Rakaman dilakukan adalah untuk mendapatkan rentak Taboh yang akan ditranskripsi dan

seterusnya diadaptasikan kedalam orkestra barat.

8

2.4 PENGUMPULAN DATA

2.4.1 DATA PRIMER

2.4.1.1 RAKAMAN VIDEO

Pengkaji telah membuat rakaman video untuk memudahkan pengkaji menganalisis dan

mengenal pasti rentak Taboh Iban. pengkaji telah membuat rakaman video dan juga muzik

tradisional dan tarian bersama dengan Akademi Ngajat Ranyai Gemilang.

2.4.1.2 TEMU BUAL

Pengkaji juga telah menemu bual Pn. Roslind Ginjah yang merupakan ketua dan

pengasas Akedemi Ranyai Ngajat Gemilang, Encik Ernesto Kalum dan Dr Anna Durin yang

merupakan pensyarah di UNIMAS. Selain itu juga pengkaji juga telah menemu bual beberapa

penari dan juga pemain alat muzik Taboh ini semasa di Betong.

2.4.2 DATA SEKUNDER

2.4.2.1 BUKU

Pengkaji menggunakan buku-buku dan jurnal sebagai data sekunder dalam

penyelidikan ini. Buku yang dirujuk amat penting dalam pengumpulan data-data dan maklumat

bersehubungan tentang alat muzik tradisi Iban iaitu Taboh. Semasa melakukan kajian

ini,pengkaji telah mendapatkan beberapa buku yang digunakan sebagai sumber rujukan.

9

2.4.2.2 LAMAN WEB

Laman Web merupakan alternatif penting yang digunakan dalam pengumpulan data-

data sekunder. Artikel yang dijumpai di laman Web yang berkaitan tentang alat muzik Taboh

dikumpul bagi tujuan penyelidikan yang lebih luas.

2.4.2.3 JURNAL

Pengkaji juga mendapatkan beberapa jurnal yang berkaitan dengan muzik tradisional

Sarawak yang berkaitan dengan muzik tradisional Iban.

2.5 PENDEKATAN PERISIAN KOMPUTER

2.5.1 SIBELIUS 7

Pengkaji akan menggunakan perisian „Sibelius 7‟ untuk menghasilkan komposisi baru

untuk kajian pengkaji. Segala usaha dan hasil kreatif pengkaji akan diterjemahkan di dalam

perisian Sibelius 7 ini. Selain itu juga,pengkaji juga melakukan transkripsi di Sibelius 7 ini.

2.5.2 CUBASE 5

Perisian komputer Cubase 5 telah digunakan oleh pengkaji untuk membuat balancing

pada midi karya pengkaji untuk proses audio mixdown menukarkan kepada wave file

10