penetapan awal bulan hijriah: ramadhan, syawal dan zulhijjah

22
________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected] .1. Kata Kunci: Taqwim Islam, Imkanur Rukyah, Hilal Abstrak: Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau satu sistem susunan masa. Kertas kerja ini membincangkan secara umum mengenai peranan takwim dalam kehidupan manusia seharian. Ia juga menerangkan mengenai kaedah yang digunakan di Malaysia bagi menetapkan permulaan bulan-bulan hijri. Turut dibincangkan adalah mengenai hasil hitungan bagi tarikh awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah 1433H / 2012M serta isu tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha. Alamat Perhubungan : Dr. Azhari bin Mohamed Seksyen Geodesi Bahagian Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 50578 KUALA LUMPUR Tel. +603 2617 0970 Fax. +603 2691 2757 e-mail: [email protected] http://www.jupem.gov.my Maklumat Biografi: Dr. Azhari bin Mohamed mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kamil dan Sekolah Menengah Kamil di Pasir Puteh, Kelantan mulai 1968 hingga 1978. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat ‘A’ Levels di Bournemouth and Poole College for Further Education, England antara tahun 1979 dan 1981, dan seterusnya lulus dengan B.Sc (Honours) Surveying and Mapping Sciences daripada University of East London, England dalam tahun 1984. Sekembalinya, beliau telah berkhidmat sebagai Juruukur Daerah selama 9 tahun dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Perlis. Dalam tahun 1993, beliau telah melanjutkan pelajaran semula ke University of Newcastle upon Tyne, UK dan memperolehi M.Phil (GPS Geodesy). Kemudian, dari tahun 2000 dan 2002, beliau telah mengikuti pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia dan dianugerahkan dengan PhD (Geomatic Engineering). Kini minat beliau tertumpu kepada penyelidikan berikut: the dynamics of the Earth as observed by space geodetic techniques, physical geodesy, GPS time series for crustal deformation, sea level variation dan Islamic astronomy termasuklah eclipse tracking dan moon crescent observation. Beliau adalah pengarang dan pengarang bersama lebih 40 kertas-kertas kerja teknikal dan 3 buah buku mengenai pelbagai tajuk, khususnya dalam bidang geodesi dan falak syarie. Beliau telah bertugas di Seksyen Geodesi, JUPEM Kuala Lumpur sejak 1995, di Seksyen Ehwal Persempadanan sejak 2005 dan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Ukur Seksyen (Geodesi) mulai 2007. Beliau menganggotai Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan, Jawatankuasa Penyelarasan Zon Waktu-Waktu Solat Kebangsaan, Jawatankuasa Teknikal Balai Cerap Negara, Jawatankuasa Pembangunan dan Aktiviti Balaicerap Al-Khawarizmi, Jawatankuasa Pembangunan Balaicerap Telok Kemang, National Working Group on Global Navigational Satellite System (GNSS), Working Group on CCS Pilot Project Melaka, AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia, Eclipse Tracking Team serta turut terlibat di dalam memberi ceramah dan latihan falak anjuran JUPEM, JAKIM, ILIM, Jabatan Mufti Negeri-negeri, PERKIM, INSTUN, UTP, UIA, USM, UTM, UM, UKM, UMS, UUM, UiTM, KISDAS, FELDA, LJT, RISM dan lain-lain agensi. Beliau juga adalah seorang Felo Royal Institute of Surveyors Malaysia, seorang Juruukur Tanah Berdaftar serta penyelia kepada seorang pelajar PhD dan pemeriksa luar kepada dua orang pelajar Sarjana. Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah 1433H / 2012M

Upload: trandiep

Post on 31-Dec-2016

285 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.1.

Kata Kunci: Taqwim Islam, Imkanur Rukyah, Hilal

Abstrak: Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau satu sistem susunan masa. Kertas kerja ini membincangkan secara umum mengenai peranan takwim dalam kehidupan manusia seharian. Ia juga menerangkan mengenai kaedah yang digunakan di Malaysia bagi menetapkan permulaan bulan-bulan hijri. Turut dibincangkan adalah mengenai hasil hitungan bagi tarikh awal Ramadan, Syawal dan Zulhijjah 1433H / 2012M serta isu tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha.

Alamat Perhubungan : Dr. Azhari bin Mohamed Seksyen Geodesi Bahagian Pemetaan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia 50578 KUALA LUMPUR

Tel. +603 2617 0970 Fax. +603 2691 2757 e-mail: [email protected]

http://www.jupem.gov.my

Maklumat Biografi: Dr. Azhari bin Mohamed mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kamil dan Sekolah Menengah Kamil di Pasir Puteh, Kelantan mulai 1968 hingga 1978. Selepas itu, beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat ‘A’ Levels di Bournemouth and Poole College for Further Education, England antara tahun 1979 dan 1981, dan seterusnya lulus dengan B.Sc (Honours) Surveying and Mapping Sciences daripada University of East London, England dalam tahun 1984.

Sekembalinya, beliau telah berkhidmat sebagai Juruukur Daerah selama 9 tahun dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Perlis. Dalam tahun 1993, beliau telah melanjutkan pelajaran semula ke University of Newcastle

upon Tyne, UK dan memperolehi M.Phil (GPS Geodesy). Kemudian, dari tahun 2000 dan 2002, beliau telah mengikuti pengajian peringkat Ijazah Kedoktoran di Universiti Teknologi Malaysia dan dianugerahkan dengan PhD (Geomatic Engineering). Kini minat beliau tertumpu kepada penyelidikan berikut: the dynamics of the Earth as observed by space geodetic techniques, physical geodesy, GPS time series for crustal deformation, sea level variation dan Islamic astronomy termasuklah eclipse tracking dan moon crescent observation.

Beliau adalah pengarang dan pengarang bersama lebih 40 kertas-kertas kerja teknikal dan 3 buah buku mengenai pelbagai tajuk, khususnya dalam bidang geodesi dan falak syarie. Beliau telah bertugas di Seksyen Geodesi, JUPEM Kuala Lumpur sejak 1995, di Seksyen Ehwal Persempadanan sejak 2005 dan kini memegang jawatan sebagai Pengarah Ukur Seksyen (Geodesi) mulai 2007. Beliau menganggotai Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan, Jawatankuasa Penyelarasan Zon Waktu-Waktu Solat Kebangsaan, Jawatankuasa Teknikal Balai Cerap Negara, Jawatankuasa Pembangunan dan Aktiviti Balaicerap Al-Khawarizmi, Jawatankuasa Pembangunan Balaicerap Telok Kemang, National Working Group on Global Navigational Satellite System (GNSS), Working Group on CCS Pilot Project Melaka, AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia, Eclipse Tracking Team serta turut terlibat di dalam memberi ceramah dan latihan falak anjuran JUPEM, JAKIM, ILIM, Jabatan Mufti Negeri-negeri, PERKIM, INSTUN, UTP, UIA, USM, UTM, UM, UKM, UMS, UUM, UiTM, KISDAS, FELDA, LJT, RISM dan lain-lain agensi. Beliau juga adalah seorang Felo Royal Institute of Surveyors Malaysia, seorang Juruukur Tanah Berdaftar serta penyelia kepada seorang pelajar PhD dan pemeriksa luar kepada dua orang pelajar Sarjana.

Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah 1433H / 2012M

Page 2: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.2.

1.0 Pengenalan

‘Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam’ Surah al-Faatihah Ayat 2

Ayat di dalam surah pembukaan Al-Quran ini menarik perhatian manusia kepada

Allah dan segala apa jua penciptaanNya. Sebagai orang Islam, kita seharusnya

merasa terpanggil untuk menerokai alam buana ini, sekurang-kurangnya untuk

menimbulkan rasa keinsafan di atas kekerdilan kita dan sehebat-hebatnya untuk

mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu wa Taala.

‘Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu’ Surah adz-Dzaariyaat Ayat 20-22

Sebenarnya minat kepada alam semesta telah lama bermula sejak wujudnya

manusia diatas muka bumi, hasil dari rasa kagum dan ingin tahu terhadap

kejadian-kejadian yang berlaku di langit dan perubahan-perubahan dalam alam.

Mutakhir ini menyaksikan minat yang tinggi didalam bidang falak. Perkembangan

ini berhubung kait dengan sains teknologi dan penerokaan angkasa lepas.

Sejajar dengan kedatangan Islam serta pengembangan wilayah takluknya,

maklumat-maklumat berkaitan dengan perlakuan ibadat, aktiviti ekonomi dan

sosial, lokasi geografi, perhubungan dan kemasyarakatan amat diperlukan. Ini

lebih-lebih lagi dari segi penentuan hala kiblat, perhitungan waktu solat,

penetapan tarikh bulan hijri serta penyediaan pandu arah perjalanan bagi tujuan

dakwah, perdagangan, politik dan pentadbiran urusan manusia sehari-hari.

‘Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui’ Surah al-An’Aam Ayat 97

2.0 Sistem Bumi-Bulan-Matahari

"Dan Dia lah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

- Surah Al Anbiyaa' Ayat 33

Hubungan di antara Ilmu Falak dan penentuan awal bulan hijrah sudah tidak

asing lagi bagi umat Islam di Malaysia. Ianya amat penting dalam membentuk

Takwim Hijriah dan seterusnya menentukan tarikh-tarikh penting di dalam Islam

seperti Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Asas astronomi

bagi Takwim Hijriah adalah berdasarkan sistem qamariyyah di mana ianya

berpandukan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Bulan mempunyai saiz yang paling kecil berbanding dengan jasad matahari dan

bumi. Ia berbentuk bulat atau sepiar seperti bola dan jelas kelihatan pada waktu

malam. Bulan beredar mengelilingi bumi pada orbitnya yang mengakibatkan

terbentuknya bilangan bulan. Manakala bumi pula berputar di paksinya yang

membentuk Gerakan Harian (Diurnal) sambil bergerak mengelilingi matahari dan

terjadinya Gerakan tahunan (Annual).

Page 3: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.3.

Gerakan Harian (Diurnal)

Gerakan Harian ialah putaran bumi pada paksinya dari barat ke timur. Ia

mengambil masa selama 24 jam bagi satu putaran genap. Gerakan harian ini

menyebabkan terjadinya fenomena siang dan malam. Bahagian bumi yang

mengadap ke matahari akan mengalami siang manakala bahagian yang

terlindung akan mengalami malam. Tempoh waktu siang dan malam pada

sesuatu tempat adalah bergantung kepada garislintang (latitud) tempat

tersebut. Bagi tempat-tempat yang berada di kawasan Katulistiwa (latitud 0),

tempoh waktu siang dan malamnya hampir sama. Putaran bumi juga

menyebabkan terjadinya matahari terbit dan terbenam.

Gerakan tahunan (Annual)

Bumi beredar mengelilingi matahari di atas orbitnya dalam tempoh masa lebih

kurang 365 hari iaitu satu tahun. Ini dikenali sebagai Gerakan Tahunan

(Annnual). Bumi beredar mengelilingi matahari pada arah berlawanan jam

dan orbitnya berbentuk eliptik (membujur). Oleh itu jarak antara bumi dan

matahari berubah-ubah semasa peredarannya. Jarak paling dekat sekali

(matahari-bumi) dikenali sebagai Perihelion dan jarak paling jauh sekali

(matahari-bumi) dipanggil Aphelion. Kesan daripada kecondongan paksi bumi

terhadap satah orbit bumi mengelilingi matahari iaitu sebanyak 66.5

menyebabkan lahirnya empat musim iaitu musim panas , gugur, sejuk, dan

bunga. Bagi kawasan-kawasan yang berada di latitud yang tinggi iaitu

samaada bahagian atas atau bawah dari kawasan katulistiwa. Sekiranya di

hemisfera utara mengalami musim panas, maka di hemisfera selatan pula

akan mengalami musim sejuk.

Peredaran Bulan

‘Dan Kami telah tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah sehingga (setelah dia sampai kemanzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya ’

- Surah Yasin ayat: 39-40

Bulan adalah satu badan cakerawala berbentuk bulat atau sepiar, beredar

mengelilingi bumi dari arah barat ke timur. Bulan mengambil masa selama

27.32 hari bagi melengkapi satu pusingan mengelilingi bumi yang mana ianya

dipanggil bulan sideris (sidereal). Manakala tempoh waktu yang diambil oleh

Matahari

Bumi

Bulan

Page 4: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.4.

bulan untuk melengkapkan pusingan dengan bumi beserta matahari

(matahari, bulan dan bumi berkedudukan di atas longitud yang sama) ialah

selama 29.53059 hari dan dipanggil bulan sinodis (synodic) atau dikenali juga

sebagai satu bulan ijtimak. Tempoh satu bulan ijtimak tidak sentiasa sama

(29.53059 hari) di sebabkan pengaruh tarikan planet-planet di sekeliling.

Fasa-Fasa Bulan

"Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah: 'Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadat) haji …."

- Surah Al Baqarah Ayat 189

Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang

pusingannya di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Oleh kerana

bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka kedudukan bumi

relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah. Perubahan

ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam

keadaan yang berbeza-beza bentuk. Akibatnya terjadilah fasa-fasa bulan.

Dalam tempoh peredaran bulan, wujud empat fasa utama bulan yang dapat

dilihat dari bumi:

Fasa Pertama : Ijtimak (bulan gelap) dan hilal

Fasa kedua : Bulan pada suku pertama

Fasa Ketiga : Bulan pada suku kedua (bulan purnama)

Fasa Keempat : Bulan pada suku ketiga

Ijtimak (conjunction)

Ijtimak dikatakan berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada didalam

longitud yang sama, iaitu ketiga-tiga jasad tersebut berkesedudukan didalam

satu garisan. Akibat daripada penyusunan ini, bulan akan membelakangi

matahari. Bayang bulan akan terhasil dan sekiranya ia jatuh keatas

permukaan bumi, maka terjadilah gerhana matahari.

Bulan Baru (astronomical new moon)

Bulan baru terhasil ketika ijtimak berlaku. Bagi kaum Cina, ia menandakan

permulaan atau hari pertama dalam bulan baru. Bulan baru mustahil untuk

dilihat dari bumi kerana kedudukannya itu tidak memungkinkan ia untuk

Matahari

Bumi

Page 5: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.5.

mamantunkan cahaya matahari. Oleh kerana itu, bulan baru tidak boleh

dilihat, kecuali ketika gerhana matahari.

Hilal, Anak Bulan atau Bulan Sabit (moon crescent)

Selepas sahaja ijtimak berlaku, maka bulan akan terus beredar mengelilingi

bumi. Dalam masa yang sama, bumi pula berputar pada paksinya. Oleh

kerana putaran bumi adalah lebih laju daripada peredaran bulan, maka bulan

akan segera terbenam diufuk barat pencerap. Hilal atau anak bulan atau

bulan sabit hanya akan terbentuk dan wujud selepas bulan itu keluar daripada

garisan ijtimaknya dan berada di kedudukan yang membenarkan ia

memantunkan cahaya matahari kepada pencerap di bumi. Justeru, bagi

pencerap dibumi, hilal adalah kenampakan pertama lengkuk cahaya tersebut.

Bagi umat Islam, apabila hilal telah kelihatan, ia menandakan permulaan atau

hari pertama dalam bulan baru.

Jarak Lengkung Bulan Matahari

Jarak lengkung merupakan salah satu daripada nilai yang penting bagi

Kriteria Imkanurukyah. Ia adalah jarak sudut yang dihitung dari titik tengah

bulan hingga ke titik pertemuan antara ufuk dengan piring matahari ketika

maghrib.

Tinggi Hilal

Ketinggian hilal yang juga disebut sebagai altitud adalah jarak sudut yang

diukur dari ufuk hingga ke titik tengah hilal.

Umur Hilal

Tempoh masa diantara waktu ijtimak dengan waktu hilal terbenam

dinamakan umur hilal. Lagi lama tempoh ini, maka lagi tinggi peluang untuk

melihat hilal. Ini adalah kerana bulan telah jauh meninggalkan garisan ijtimak

tersebut. Geometri kedudukannya adalah semakin besar secara relatif kepada

matahari dan bumi. Bentuk dan ketebalan cahaya hilal bergantung keatas

geometri ini.

3.0 Takwim

"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Nya) kepada orang-orang yang mengetahui" Surah Yunus Ayat 5-6

Takwim atau kalendar boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau

satu sistem susunan masa. Taqwim membahagikan tahun menjadi bulan, bulan

menjadi minggu dan minggu menjadi hari.

Takwim memainkan peranan yang amat penting didalam kehidupan manusia

sejak berzaman lagi.

‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran’

Surah Al-‘Asyr ayat 1 - 3

Page 6: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.6.

Ia boleh diibaratkan sebagai satu time planning mechanism yang bersifat a self

correcting system dan berkait rapat dengan aktiviti-aktiviti sosial dan keagamaan

bagi membantu manusia mentadbir kehidupan mereka seharian, termasuklah

amalan-amalan ketamadunan dan keagamaan. Justeru, manusia menggunakan

Takwim bagi merancang, mengurus, mengatur, mentadbir dan melaksanakan

aktiviti-aktiviti hariannya, termasuklah perlakuan ibadat keagamaan, perayaan,

kebudayaan, pertanian dan sebagainya.

3.1 Takwim Islam dan Kalendar Miladiah

Hubungan di antara penentuan awal bulan hijriah dengan ilmu falak syarie sudah

tidak asing lagi bagi umat Islam. Ianya amat penting dalam membentuk Takwim

dan seterusnya untuk menentukan tarikh-tarikh penting seperti awal Ramadhan,

Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Asas astronomi bagi Takwim Islam

iaitu Takwim Hijriah adalah berdasarkan sistem qamariyyah di mana ianya

berpandukan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

‘Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji’

Surah Al-Baqarah: 189

Menurut ilmu astronomi, perkiraan bulan baru dikatakan bermula ketika

berlakunya waktu ijtimak, sementara menurut ilmu falak syarie, perkiraan awal

bulan baru Hijriah dikira bermula selepas peristiwa ijtimak dengan ‘terlihatnya’

hilal di ufuk barat selepas matahari terbenam.

"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu kami hapuskan tanda malam dan kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah kami terangkan dengan jelas." Surah Al Israk Ayat 12

Apabila hendak membangunkan sesebuah Takwim, ianya boleh di asaskan sama

ada kepada kedudukan bulan (seperti Takwim Hijriah) atau matahari (Kalendar

Miladiah) atau kedua-duanya sekali (Kalendar Cina dan Hebrew).

Jadual-jadual berikut menyenaraikan ciri-ciri persamaan dan perbezaan diantara

Taqwim Islam dan Kalendar Miladiah:

Taqwim Islam

Kalendar Miladiah

Ciri-Ciri Umum

• berasas kepada peredaran bulan

mengelilingi bumi

• mula diperkenalkan pada tahun

638 Miladiah oleh Saidina Umar ibn

Al-Khattab

• bersempena dengan penghijrahan

Rasulullah s.a.w. dari Kota Mekah ke

Kota Madinah dalam bulan

September 622M

• 1 Muharram 1H = 16 Julai 622M

• tahun baru disambut selepas 12

kali kenampakan hilal

Ciri-Ciri Umum

• berasaskan kepada peredaran

bumi mengelilingi matahari

• berasal daripada Kalendar Julian

(Julius Caesar) yang diperkenalkan

sejak tahun 45BC

• hanya mula digunakan secara

resmi sejak Mac 1582M setelah

melalui pengubahsuaian oleh Pope

Gregory XIII pada tahun 1545M

• tahun baru disambut selepas 1

peredaran bumi mengelilingi

matahari

Page 7: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.7.

‘Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram….

Surah At-Taubah Ayat 36 ‘Sesungguhnya perbuatan mengundurkan (sesuatu bulan kehormatan dari satu bulan ke satu bulan yang lain) adalah menambah kekufuran: kerana mereka menghalalkannya pada satu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain pula, supaya mereka dapat menyesuaikan bilangan (bulan-bulan yang dihormati yang empat) yang telah diharamkan oleh Allah (berperang di dalamnya), dan menjadikan yang haram itu sebagai halal. . . .

Surah at-Taubah Ayat 37

Taqwim Islam

Kalendar Miladiah

Bulan

• 1 tahun mempunyai 12 bulan

(Muharram, Safar, R’awal, R’akhir,

J’awal, J’akhir, Rejab, Syaaban,

Ramadan, Syawal, Z’kaedah, dan

Z’hijjah)

• bulan Ramadan penghulu bulan

• tiada ‘intercalation’ atau

penambahan bilangan bulan

• awal bulan bermula keesokkan

harinya dengan ‘kebolehnampakan’

hilal pada waktu maghrib hari ke-29,

sekiranya tidak ia akan bermula hari

lusa

Bulan

• 1 tahun mempunyai 12 bulan

(Januari, Februari, Mac, April, Mei,

Jun, Julai, Ogos, September,

Oktober, November dan Disember)

• tiada ‘intercalation’ atau

penambahan bilangan bulan

• awal bulan baru bermula secara

tetap, iaitu apabila bilangan hari

dalam bulan lepas telah cukup

‘Sesungguhnya kami umat yang ummi tidak tahu menulis dan tidak tahu mengira, sebulan adalah seperti ini dan seperti ini; yakni sekali 29 (hari) dan sekali 30 (hari)’

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

‘… barangsiapa diantara kamu hadir (dinegeri tempat tinggalnya) dibulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu ….’

Surah Al-Baqarah Ayat 185

‘Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal. Bila hilal tertutup atasmu, maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puloh’

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Page 8: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.8.

Taqwim Islam

Kalendar Miladiah

Hari

• bermula hampir 6 jam lebih awal

dari hari Miladiah

• bermula dari dan berakhir pada

waktu matahari terbenam

• kitaran hari = 24 jam ± 1 minit

• Hari Jumaat penghulu hari

• malam kepunyaan hari siang

esoknya (hari Khamis, malam

Jumaat)

• mempunyai 354/355 (354.36 hari)

didalam setahun

• bilangan hari dalam bulan tidak

semestinya sama dari tahun ketahun

• 29/30 hari (29.53 hari); 1 tahun =

354/355 hari = 12 bulan (354.36

hari)

• hari kebesaran dirayakan dalam

musim yang berlainan (1

pusingan=33 tahun M)

Hari

• bermula lewat dari hari Islam

• bermula dari dan berakhir pada

waktu tengah malam

• kitaran hari = 24 jam

• Hari Ahad hari rehat

• malam kepunyaan hari siang

(hari Khamis, malam Khamis)

• bilangan hari dalam bulan adalah

tetap dari tahun ketahun

• penambahan 1 hari dalam bulan

Februari pada tahun lompat

• mempunyai 365/366 (365.242

hari) didalam setahun

• 28/29/30/31 hari - diagih dari

365/366 hari (tahun matahari)

• tahun lompat setiap 4 tahun dan

kurun lompat setiap 400 tahun

• hari-hari penting disambut

didalam musim yang sama

"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Nya) kepada orang-orang yang mengetahui"

Surah Yunus Ayat 5

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), dibawah pengawasan

Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan berperanan menyediakan

Taqwim Islam Malaysia (TIM) untuk kegunaan resmi rakyat di negara ini. JUPEM

adalah agensi yang dipertanggungjawab menyediakan data-data teknikal dalam

penyediaan Taqwim Islam Malaysia untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM). Setiap tahun operasi penyediaan Takwim Islam Malaysia oleh JUPEM

akan melalui beberapa peringkat dimana setiap satunya akan disahkan oleh

Jawatan Kuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pusat Islam

Malaysia.

3.2 Kaitan Antara Takwim Islam dan Kalendar Miladiah

Didalam Al-Quran, terdapat satu surah yang memberi pertalian atau kaitan

diantara tahun Islam/Hijriah dan tahun Miladiah. Surah yang dimaksudkan itu

berbunyi:

‘ Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun (lagi).’

Surah Al Kahfi ayat 25.

Dari ayat diatas, jelas diceritakan bahawa jumlah bilangan tahun pemuda-

pemuda Ashhabul Kahfi tidur didalam gua ialah (300 + 9 ) tahun atau 309 tahun.

Bagaimanapun, oleh kerana ketika itu, kalendar Miladiah masih belum digunakan

secara meluas diseluruh dunia (lihat para 2.1), maka kita boleh rumuskan disini

Page 9: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.9.

bahawa tentulah sistem tahun yang dimaksudkan didalam surah diatas adalah

sistem tahun Islam (taqwim Hijriah hanya digunakan selepas 16 tahun

penghijrahan Rasulullah SAW).

Berdasarkan hadis Nabi dan juga ayat Al-Quran (rujuk para 2.1), bilangan 309

tahun ini boleh ditukarkan kepada bilangan hari dalam sistem tahun Islam melalui

perkiraan berikut:

Bilangan hari dalam tahun Islam

= (Bilangan hari dalam bulan Islam) x (Bilangan

bulan dalam tahun Islam)

= ( 29.5 hari x 12 bulan )

= 354 hari

Oleh itu, secara puratanya, jumlah bilangan hari dalam satu tahun Hijriah adalah

sebanyak 354 hari. Dari jumlah ini, kita dapat menghitung jumlah bilangan hari

pemuda-pemuda Ashhabul Kahfi berada didalam gua:

Jumlah bilangan hari = 309 tahun x (Bilangan hari dalam tahun Hijriah)

= 309 x 354 hari

= 109,386 hari

Bilangan 109,386 ini adalah merupakan jumlah hari dalam 309 tahun dalam

sistem kalendar Islam atau Taqwim Hijriah. Persoalannya, mengapakah ayat 25 Surah Al Kahfi menyebut ‘ … tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun …’. Mengapakah tidak disebut 309 tahun sahaja? Adakah 300 tahun itu berasaskan

sistem kalendar yang lain?

Untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ini, kita boleh cuba bahagikan

jumlah bilangan 109,386 hari dengan 300 tahun untuk mengetahui berapakah

bilangan hari dalam setahun berdasarkan sistem tersebut.

Jumlah bilangan hari dalam setahun

= (109,386 hari) (300 tahun)

= 364.62

365 hari

Angka 365 hari setahun ini sebenarnya merupakan jumlah hari yang diambil oleh

bumi untuk mengelilingi matahari (angka sebenar adalah 365.242 hari). Angka

inilah yang digunakan sebagai asas kepada pembentukan sistem kalendar

matahari atau disebut kalendar Miladiah.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan disini bahawa berdasarkan nas-nas Al-Quran dan

hadis, secara puratanya bilangan hari dalam Taqwim Hijriah adalah 354 hari dan

bilangan hari dalam Kalendar Miladiah adalah 365 hari, seterusnya memberikan

perbezaan diantara kedua-duanya sebanyak 11 hari. Dan semua fakta-fakta

saintifik ini telah pun dinyata dan diterangkan didalam Al-Quran melalui surah Al

Kahfi lebih 1400 tahun dahulu!

‘ Katakanlah: ‘Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal (di gua); kepunyaanNya lah semua yang tersembunyi di langit dan di bumi ….. ’

Surah Al Kahfi ayat 26.

Wallahualam bissawab.

3.3 Jenis-jenis Takwim Islam

Walaupun pada asasnya Takwim Hijrah berdasarkan kepada peredaran bulan,

Page 10: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.10.

tetapi secara praktikalnya ia terbahagi kepada beberapa jenis takwim,

bergantung kepada tujuan pemakaian dan keadaan masa. Pelbagai peringkat

takwim telah di bentuk dan digunapakai di Malaysia sehingga kini seperti:

Takwim Istilahi

Bilangan hari bagi bulan-bulan yang terdapat di dalam takwim ini disusun

berselang-seli diantara 30 dan 29 hari untuk menjadikan 354 hari setahun.

Takwim Ijtimak Hakiki

Takwim yang berdasarkan kepada sistem ijtimak bumi-bulan-matahari, di

mana penentuan awal bulan Hijriah dikira berpandukan selepas berlakunya

ijtimak hakiki. Sekiranya ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam pada

hari yang ke-29 bulan Hijriah, maka sejak terbenamnya matahari itulah dikira

sebagai awal bulan Hijriah yang baru atau dengan lain perkataan, esoknya

adalah 1 haribulan. Sebaliknya jika ijtimak berlaku selepas terbenamnya

matahari pada hari tersebut, maka keesokan harinya dijadikan 30 haribulan.

Takwim Ijtimak Wujudul Hilal

Takwim jenis ini juga berdasarkan sistem ijtimak bumi-bulan-matahari.

Bagaimanapun, penentuan awal bulannya bergantung kepada samada hilal itu

wujud atau tidak di atas ufuk pada saat matahari terbenam pada hari ke-29

bulan Hijriah. Sekiranya hilal itu wujud, maka bermula dari waktu terbenam

matahari itulah bulan baru atau 1 haribulan itu dikira. Begitulah sebaliknya

dan takwim ini digunakan di Malaysia sebelum 1996 bagi penentuan awal 10

bulan selain Ramadan dan Syawal.

Takwim Imkanur Rukyah

Takwim Imkanur Rukyah pula terbentuk bila mana penentuan bagi setiap

awal bulan Hijriah dibuat berdasarkan ketetapan kriteria Imkanur Rukyah

yang tertentu. Takwim ini digunakan di Malaysia bagi kesemua bulan Hijriah

sejak 1996 berdasarkan kriteria yang telah dipersetujui dalam tahun 1991.

4.0 Kaedah Penentuan Awal Bulan Hijrah

Di Malaysia, penentuan awal bulan hijrah melibatkan dua kaedah iaitu:

i. Penentuan secara falak (hisab)

ii. Penentuan secara rukyah (melihat)

Kedua-dua kaedah ini berhubungkait di antara satu sama lain di dalam urusan

penentuan awal bulan hijriah di Malaysia. Setiap awal bulan ditentukan dengan

terlihatnya hilal selepas berlakunya ijtimak iaitu apabila bulan, bumi dan matahari

berada di garisan atau longitud yang sama. Bilangan hari pula dikira dari

kedudukan ini sehingga bulan kembali ke kedudukan ijtimak seterusnya iaitu

selama 29.53 hari.

Menurut astronomi moden, perkiraan bulan baru adalah bermula ketika

berlakunya waktu ijtimak, sementara menurut ilmu falak syarie, perkiraan awal

bulan baru Hijrah bermula selepas peristiwa ijtimak dan hilal dikira berada di ufuk

barat ketika matahari terbenam. Oleh itu, berlakulah perbezaan diantara tahun

Hijrah dengan tahun Miladiah sebanyak 10 atau 11 hari.

Page 11: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.11.

Awal bulan Hijrah dikira ketika hilal atau bulan sabit kelihatan

Jarak lengkung Ketinggian hilal

UFUK

MATAHARI

HILAL

Konsep paling asas sekali didalam penentuan awal bulan Hijriah di Malaysia

adalah mengkaji sifat bulan pada penghujung petang hari yang ke-29 bulan

Hijriah, dengan mengambilkira:

i. Dua faktor konfigurasi bulan, iaitu:

Ketinggian hilal, iaitu jarak sudut dari ufuk ke pusat bulan, dan

Jarak lengkung, iaitu jarak sudut dari piring matahari ke pusat

bulan.

ii. Satu faktor kematangan bulan, iaitu:

Umur bulan, iaitu tempoh masa dari waktu ijtimak sehingga bulan

terbenam.

Umur bulan

Page 12: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.12.

Jika sekiranya sifat bulan pada penghujung petang hari yang ke-29 mengikut

hitungan membenarkan kebolehnampakan hilal, maka tarikh keesokkannya

menjadi 1 haribulan. Jika keadaan berlaku sebaliknya, maka keesokkannya

adalah 30 haribulan. Sifat bulan ini boleh ditentukan berdasarkan kriteria

Ketetapan Imkanur Rukyah.

4.1 Kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah

Bulan Hijrah bermula pada waktu maghrib (matahari terbenam) hari 'terlihatnya'

hilal. Kecanggihan teknologi dan perkiraan sekarang memungkinkan kita untuk

membuat perkiraan tentang kedudukan bulan dengan tepat. Bagaimanapun,

samada hilal boleh dilihat di sesuatu lokasi atau tidak agak sukar untuk

dijangkakan.

Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan

cuaca, ketinggian bulan ketika maghrib, jarak lengkung bulan-matahari ketika

maghrib, tempoh masa antara matahari terbenam dan bulan terbenam,

pencemaran udara, peralatan optik, pencerap dan sebagainya. Oleh itu, kaedah

ketetapan kriteria Imkanur Rukyah (kebolehnampakan hilal) yang mengambilkira

faktor-faktor tersebut digunakan bagi menentukan permulaan bulan Hijriah.

Kriteria ini boleh disesuaikan berdasarkan laporan-laporan rukyah yang dibuat

dari masa kesemasa.

Kriteria Imkanur Rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal bagi Penentuan

Permulaan Bulan Hijriah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan

ketetapan:

Ketinggian hilal tidak kurang dari 5 ketika matahari terbenam.

Jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 8 ketika matahari

terbenam.

Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menerima pakai Deklirasi

Istanbul 1978 dengan tambahan syarat alternatif:

Umur bulan tidak kurang dari 8 jam ketika hilal terbenam.

Pada 1 Jun 1992, bertempat di Labuan, Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri

Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersepakat

untuk mengubahsuai Kaedah Imkanur Rukyah yang sedia ada.

Kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah adalah:

Sebelum matahari terbenam, ijtimak telah berlaku 29 haribulan

Hijriah dan melalui perkiraan kewujudan hilal adalah positif serta

dapat memenuhi salah satu syarat-syarat berikut :

Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak

kurang dari 2 dan jarak lengkung 3 atau

Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam

(selepas ijtimak berlaku).

Kaedah Imkanur Rukyah ini pada mulanya diguna bagi penentuan awal bulan

Ramadan, Syawal dan Zulhijjah sahaja manakala bulan-bulan lain secara kaedah

Wujudul Hilal. Pada tahun 1996, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Malaysia

telah menetapkan penggunaan kaedah Imkanur Rukyah untuk semua bulan

Hijriah dalam perlaksanaan Takwim Islam Malaysia. Secara ringkasnya, sejarah

evolusi kriteria tersebut adalah seperti berikut:

Page 13: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.13.

4.2 Mekanisme Penetapan Awal Bulan Hijriah di Malaysia

Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan telah ditubuhkan di akhir

tahun 80an. Ianya terletak di bawah Jawatankuasa Induk Penetapan Puasa dan

Hari Raya yang dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di

mana dahulunya dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan

Perdana Menteri. Jawatankuasa Induk ini ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja

melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 14

Disember 1989. JUPEM merupakan salah satu anggota Ahli Jawatakuasa Teknikal

Kalendar Islam Kebangsaan. Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) dilantik setiap 2 tahun

sekali di mana ada yang dilantik melalui jabatan dan ada yang dilantik secara

perseorangan. Ianya adalah terdiri daripada pegawai berugama Islam dari

agensi-agensi yang teribat secara langsung di bidang ini.

Semasa Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei

Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali

pertama yang diadakan di Bandar Seri Begawan pada tahun 1989, ketetapan

telah dibuat untuk mengadakan penyelarasan dalam penyediaan taqwim Hijrah di

kalangan negara-negara anggota.

Pada tahun 1992 bertempat di Labuan, MABIMS telah bersepakat bahawa

penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah di kalangan negara-

negara anggota dibuat berdasarkan rukyah dan hisab dengan mengguna kaedah

Imkanur Rukyah, manakala bulan-bulan yang lain dengan kaedah Wujudul Hilal

(secara hisab) sebelum maghrib.

Dalam tahun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167 telah berkenan

supaya Malaysia merayakan Aidil Adha pada 10 Zulhijjah dan tidak lagi mengikut

sebagaimana ketetapan sehari selepas hari Wukuf di Padang Arafah.

Manakala pada tahun 1996, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam telah

mengesyorkan kaedah Imkanur Rukyah agar diperluaskan bagi penentuan

kesemua bulan-bulan Hijriah sebagai asas kepada Takwim Islam Malaysia.

Justeru, mulai tahun 1996, kesemua bulan-bulan Hijriah ditentukan melalui

ketetapan kriteria Imkanur-Rukyah.

4.3 Kronologi Penetapan Awal Bulan Hijriah

Secara ringkasnya, sejarah penetapan awal bulan Hijriah adalah seperti berikut:

1972 – 1977:

Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam menetapkan bahawa

permulaan puasa dan hari raya puasa berdasarkan Rukyah dan hisab falak

“ Anak bulan Ramadan dan Syawal, kiranya tidak kelihatan kerana

terlindung oleh keadaan cuaca, pada hal mengikut kiraan falak

bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak

Kriteria Imkanur

Rukyah dan

Tahun

SIFAT BULAN

Ketika Matahari terbenam Ketika bulan

terbenam

Ketinggian Jarak

Lengkung

Umur Bulan

KIR78 5 8 -

KIR84 5 8 8 jam

KIR91 2 3 8 jam

Page 14: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.14.

boleh digunakan ”

Majlis Raja-Raja ke-78 dalam tahun 1967

• Hari Raya Aidil Adha adalah sehari selepas wukuf di Padang Arafah

Bulan-bulan selainnya, berdasarkan kepada Ijtimak Wujudul Hilal

• Bila ijtimak berlaku sebelum mh terbenam pada hari ke-29 dan

bulan wujud atas ufuk

1978:

Muktamar Hilal bagi Penentuan Permulaan Bulan Hijriah, di Instanbul,

Turki

• Bahawa asal hukum ialah rukyah, sama ada dengan mata kepala

atau dengan menggunakan alat-alat moden,

• Bahawa bagi menentukan kemungkinan penglihatan anak bulan itu

mesti memenuhi DUA syarat utama iaitu:

• Kedudukan matahari dan bulan waktu matahari jatuh tidak

kurang dari 8°, . . .

• Ketinggian anak bulan pada ketika matahari jatuh tidak

kurang dari 5°.

1978 – 1983:

Rukyah semata-mata

1984?:

Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menerima pakai

Deklarasi Istanbul 1978 dengan tambahan syarat alternatif:

• Umur hilal pada ketika matahari masuk pada hari rukyah tidak

kurang dari 8 jam selepas ijtimak.

1984 – sekarang:

Rukyah dan hisab falak

• Pada 4 November 1991, Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal

Puasa dan Hari Raya mengubahsuai Kriteria Imkanur-Rukyah • Ketika mh ghurub, ketinggian hilal > 2°, dan jarak lengkung

bulan-mh > 3° atau

• Ketika hilal terbenam, umurnya > 8 jam

bagi penentuan 2 bulan utama (Ramadan & Syawal) dan kaedah

Wujudul Hilal bagi bulan-bulan lain

• Pada 1 Jun 1992, Pertemuan Tidak Resmi MABIMS di Labuan

bersepakat untuk menerimapakai kriteria tersebut

• Pada 16 Jun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167

bersetuju agar penentuan Hari Raya Aidil Adha (sehari selepas

wukuf di Padang Arafah) dipinda kepada penentuan berdasarkan

Ktiteria Imkanur-Rukyah, iaitu pada 10 Zulhijjah

• Sejak 1996, Mesyuarat JK Teknikal Kalendar Islam menetapkan

penggunaan kaedah Imakanur-Rukyah bagi semua bulan

4.4 Penyediaan Takwim Islam Malaysia oleh JUPEM

Proses kerja dalam penyediaan Takwim Islam dengan menggunakan Buku

Japanese Ephemeris adalah seperti berikut:

i. Data-data mengenai ijtimak iaitu tarikh dan masa diperolehi dari jadual

Phase Of The Moon, di dalam Buku Japanese Ephemeris.

ii. Selepas siap menyediakan data di atas, hitungan pertama dijalankan

dengan memasukkan data-data seperti tarikh, waktu matahari dan bulan

terbenam serta Sudut Istiwa (Declination), Jarak Hamal (Right Ascension)

dan paralak (parallax) matahari dan bulan.

Page 15: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.15.

99.50 100.00 100.50 101.00 101.50 102.00 102.50 103.00 103.50 104.00

1.50

2.00

2.50

3.00

3.50

4.00

4.50

5.00

5.50

6.00

6.50 THAILAND

MELAKA

SINGAPURA

Tg

Chinchin

JOHOR

MELAKA

N.SEMBILAN

W.PERSEKUTUAN

SELANGOR

PAHANG

PERAK

P. PINANG

KELANTAN

PERLIS

TERENGGANU

KEDAH

Tg. Atiam SABAH

SARAWAK

BRUNEI

iii. Selepas hitungan pertama siap dijalankan, hitungan kedua dilakukan

dengan menggunakan program Rukyah 93.bagi mendapat nilai-nilai

seperti waktu matahari dan bulan terbenam, altitud matahari dan bulan,

azimut matahari dan bulan serta jarak lengkung antara pusat bulan dan

matahari (elonggation).

iv. Hitungan dan rumusan seterusnya dibuat secara manual untuk

menentukan kedudukan hilal dan matahari bagi stesen kajian iaitu stesen

paling timur dan paling barat Malaysia (Tg. Atiam, Sabah dan Tg. Chinchin,

Kedah).

v. Apabila selesai semua hitungan, hasilnya disemak dan Kriteria Imkanur

Rukyah digunapakai. Sekiranya hasil (pada hari 29 setiap bulan Hijriah)

memenuhi syarat Imkanur Rukyah, maka keesokan harinya adalah awal

bulan baru. Sebaliknya jika ia tidak memenuhi syarat Imkanur Rukyah,

maka bulan itu akan menjadi 30 hari.

vi. Kalendar disediakan apabila selesai semakan dilakukan bagi tahun yang

diperlukan.

vii. Hasil kerja ini kemudiannya dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Kalendar Islam bertempat di JAKIM, Pusat Islam Malaysia untuk semakan,

perbandingan dan pengesahan.

viii. Apabila keputusan atau katasetuju mutakhir diperolehi dari mesyuarat

tersebut, edaran Kalendar Islam pun dibuat.

4.5 Hasil Hisab JUPEM Bagi Permulaan Bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah 1433 H (2012 M)

Berikut disertakan hasil kiraan bagi kedudukan bulan dan matahari di lokasi

paling barat Malaysia, iaitu Kampung Tanjung Chinchin, Langkawi. di Langkawi.

Bagaimanapun, perlu dinyatakan disini bahawa ketetapan akhir bagi tarikh mula

puasa dan raya akan dibuat melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar

Raja-Raja pada malam hari merukyah hilal melalui media eletronik dan massa.

Page 16: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.16.

Hari Mula Puasa Bagi Tahun 2012 M (1 Ramadan 1433 H)

Tarikh 29 Syaaban 1433 H = 19 Julai 2012 M

Ijtimak berlaku = 19 Julai 2012 M jam 12.24 petang

Bulan terbenam = 7.46 petang

Azimuth bulan ketika matahari terbenam (maghrib) = 285° 45 59

Matahari terbenam = 7.41 petang

Azimuth matahari ketika maghrib = 290° 57 20

Ketinggian hilal atas ufuk ketika maghrib = 00° 44’

dan jarak lengkong antara tengah hilal ke piring matahari ketika maghrib

= 05° 10’

Umur hilal dari ijtimak hingga terbenam = 7 jam 22 minit

Memandangkan hasil hisab menunjukkan bahawa Kriteria Imkanurukyah

1991 tidak di penuhi, maka hari berikutnya menjadi 30 Syaaban 1433 H

(20 Julai 2012 M). Oleh itu,

1 Ramadan 1433 H = 21 Julai 2012 M (Sabtu)

Hari Raya Aidil Fitri Bagi Tahun 2012 M (1 Syawal 1433 H)

Tarikh 29 Ramadan 1433 H = 18 Ogos 2012 M

Ijtimak berlaku = 17 Ogos 2012 M jam 11.54 malam

Bulan terbenam = 7.59 petang

Azimuth bulan ketika matahari terbenam (maghrib) = 273 56 59

Matahari terbenam (maghrib) = 7.35 petang

Azimuth matahari ketika maghrib = 283 04 19

Ketinggian hilal atas ufuk ketika maghrib = 05° 12’

dan jarak lengkong antara tengah hilal ke piring matahari ketika maghrib

= 10° 40’

Umur hilal dari ijtimak hingga terbenam = 20 jam 05 minit

Memandangkan hasil hisab menunjukkan bahawa Kriteria Imkanurukyah

1991 telah di penuhi, maka,

1 Syawal 1433 H = 19 Ogos 2012 M (Ahad)

Hari Raya Aidil Adha Bagi Tahun 2012 M (10 Zulhijjah 1433 H)

Tarikh 29 Zulkaedah 1433 H = 15 Oktober 2012 M

Ijtimak berlaku = 15 Oktober 2012 M jam 8.02 malam

Bulan terbenam = 6.54 petang

Azimuth bulan ketika matahari terbenam (maghrib) = 258 56 53

Matahari terbenam (maghrib) = 7.07 petang

Azimuth matahari ketika maghrib = 261 17 44

Ketinggian hilal atas ufuk ketika maghrib = -03° 34’ (hilal dibawah ufuk)

dan jarak lengkong antara tengah hilal ke piring matahari ketika maghrib

= 03° 36’

Umur hilal dari ijtimak hingga terbenam = -1 jam 08 minit

(hilal belum lahir)

Memandangkan hasil hisab menunjukkan bahawa Kriteria Imkanurukyah

1991 tidak di penuhi, maka hari berikutnya menjadi 30 Zulkaedah 1433 H

(16 Oktober 2012 M). Oleh itu,

1 Zulhijjah 1433 H = 17 Oktober 2012 M (Rabu)

Maka itu,

10 Zulhijjah 1433 H = 26 Oktober 2012 M (Jumaat)

Page 17: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.17.

5.0 Isu Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Adha di Malaysia

Umum mengetahui bahawa polemik mengenai kaedah penetapan tarikh

sambutan Hari Raya Aidil Adha bukanlah sesuatu perkara yang baru. Malah, ianya

berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di lain-lain Negara. Secara amnya,

amalan menyambut Hari Raya Aidil Adha terbahagi kepada dua cara.

Pertamanya, ia disambut sehari selepas hari Wukuf di Padang Arafah yang

ditetapkan melalui pengisytiharan oleh pihak Arab Saudi. Dari tahun 1977

hingga 1995, amalan ini dipraktiskan di Malaysia. Antara pendapat yang

menyokong kepada amalan ini termasuklah bahawa Hari Raya Aidil Adha

pada asasnya adalah untuk jemaah yang sedang menunaikan fardhu Haji di

Mekah dan oleh itu kita perlulah menyambut Hari Raya Aidil Adha secara

serentak bersama-sama mereka.

atau,

Keduanya, ia disambut mengikut ketetapan tarikh 10 Zulhijjah yang dibuat

melalui penentuan tarikh kebolehnampakan hilal Zulhijjah. Sebenarnya di

Malaysia, praktis ini telah digunapakai sejak sekian lama sehingga tahun

1977. Kita mengamalkannya semula dalam tahun 1995 sehingga sekarang

selepas melalui beberapa siri Muzakarah dan kajian. Ianya dibuat dengan

berpegang kepada pendapat bahawa asas penetapan tarikh Hari Raya Aidil

Adha tidak seharusnya berbeza dengan kaedah penetapan tarikh awal

Ramadhan, Syawal serta bulan-bulan Hijriah yang lain dan hendaklah dibuat

menggunakan asas yang sama, iaitu rukyah dan hisab.

o Ibadat Haji telah difardhukan dalam tahun 6 Hijrah.

‘ Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.’

Surah Al Hajj ayat 27-28

Manakala, Hari Raya Aidil Adha telah mula disambut dalam tahun 1

Hijrah di Madinah.

‘ Dari Anas r.a. berkata: Setelah Rasulullah S.A.W. tiba di Madinah, di dapati bagi orang-orang Madinah ada dua hari mereka bermain-main. Maka Rasulullah S.A.W. bertanya Aapakah dua hari ini?, mereka menjawab Kami bermain-main pada dua hari tersebut pada zaman Jahiliah. Sabda Rasulullah S.A.W. Bahawa sesungguhnya Allah Taala telah menukarkan kepada kamu hari yang lebih baik daripada keduanya iaitu Hari Adha dan hari Fitri ’

Hadis

Ibadat Haji juga terikat dengan tempat dan masa, iaitu di Mekah dan

sekitarnya. Sambutan Hari Raya Aidil Adha pula boleh disambut pada

hari-hari tertentu tetapi tidak terikat dengan tempat. Oleh kerana tidak

ada kaitan diantara ibadat Haji dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha,

maka boleh disimpulkan bahawa penetapan tarikh rayanya tidak

seharusnya bergantung kepada pengisytiharan hari Wukuf. Dengan

sebab itu, Hari Raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban,

dan bukannya Hari Raya Haji bagi kita di luar Mekah.

Page 18: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.18.

Hari Raya

Aidil Adha

ISNIN SELASA RABU

+5 jam

+5 jam

8.00 pg

Mekah

Malaysia

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

SOLATSOLATTAKBIRTAKBIR

SOLATSOLATW U K U F

(1.00 tgh - 7.00 pagi)

W U K U F

(1.00 tgh - 7.00 pagi) KORBANKORBAN

Hari Wukuf

KORBANKORBANKORBAN

ISNIN SELASA RABU

TAKBIRTAKBIR

o Hubungan diantara pergerakan bulan dengan Taqwim Islam adalah jelas.

Demikian menurut ayat di bawah:

‘Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui’

Surah Yunus ayat 5-6

Allah menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hilal dan waktu

berhaji:

‘Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji’

Surah Al-Baqarah ayat 189

Hadis Nabi juga menjelaskan tentang hari Wukuf di Padang

Arafah pada 9 Zulhijjah:

‘Bahwa Rasulullah saw menyuruh seseorang buat menyerukan: “Haji itu ialah Arafah! Barangsiapa datang pada malam tanggal sepuluh sebelum fajar terbit, bererti ia telah mendapatkan Arafah”.’

Hadis riwayat Ahmad dan Ashhabus Sunan dari Abdurrahman bin Ya’mur ( Fikih Sunnah )

o Malaysia berada di timur Mekah dan terpisah dengan 5 Zon Waktu. Ini

bermakna bahawa waktu di Malaysia mendahului waktu di Mekah

sebanyak +5 jam. Dalam kata lain, jam 12.00 tengahari di Mekah adalah

bersamaan dengan jam 5 petang di Malaysia. Sekiranya kita berpegang

kepada kaedah penetapan Hari Raya Aidil Adha berdasarkan kepada

sehari selepas Wukuf, maka akibat daripada perbezaan zon waktu ini,

ibadat-ibadat seperti laungan takbir Raya, solat sunat Aidil Adha serta

ibadat korban yang dilakukan di Malaysia sebenarnya telah mendahului

ibadat-ibadat yang sama di Mekah.

Page 19: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.19.

o Selain daripada perbezaan Zon Waktu, Malaysia dan Mekah juga terpisah

dengan jarak sejauh 1700 km. Dalam era globalisasi dan internet seperti

masakini, faktor geografi bukanlah satu isu besar. Bagaimanapun,

sekiranya kita kembali semula kepada zaman 1,429 tahun dahulu,

sementelah 200 tahun dahulu, keadaan tidak akan memungkinkan umat

Islam untuk bertukar-tukar apa jua maklumat dengan pantas –

keterbatasan teknologi, pengangkutan serta komunikasi. Oleh itu,

persoalan timbul mengenai bagaimana pengetahuan mengenai tarikh

hari Wukuf boleh disampaikan kepada semua umat Islam di segenap

pelusok dunia untuk merayakan Aidil Adha sekiranya itulah tuntutan

syarak. Ini tentulah menjadi masalah besar bagi umat Islam, malah

mustahil untuk diikuti, melainkan tarikh raya tersebut ditetapkan dengan

penentuan awal bulan Zulhijjah dan seterusnya 10 Zulhijjah. Oleh sebab

itu, adalah tidak menjadi keterlaluan sekiranya dianggap bahawa kaedah

penetapan Hari Raya Aidil Adha sehari selepas Wukuf bagi umat Islam di

luar Tanah Arab adalah satu ‘fatwa’ baru yang direka dan yang tiada

mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sunnah.

o Perayaan Hari Raya Aidil Adha yang ditetapkan sehari selepas hari

Wukuf supaya serentak dengan para jemaah Haji disifatkan sebagai

melambangkan penyatuan Ummah. Sekiranya pendapat ini boleh

dijadikan pegangan, maka mengapa tidak diperluaskan kepada ibadat

solat untuk dilakukan secara serentak juga!

o Penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha pada masa kini sudah tidak

menjadi isu lagi dan ianya sudah lama selesai. Perkara ini telah pun

dibincang serta dibahas dengan panjang lebar dan telah menjadi salah

satu daripada resolusi Islamic Fiqh Academy yang diadakan dari 11

hingga 16 Oktober 1986 di Jordan. Resolusi ini telah membuat ketetapan

dan memutuskan agar semua negara Islam menentukan permulaan

bulan hijriah termasuk Zulhijjah menggunakan asas yang sama bagi

Aidil Fitri dan Aidil Adha.

o Pada 16 Jun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-167 telah

bersidang dan bersetuju, antara lainnya, agar penentuan Hari Raya Aidil

Adha (sehari selepas wukuf di Padang Arafah) dipinda kepada penentuan

berdasarkan Ktiteria Imkanur-Rukyah. Keputusan ini dicapai setelah

ianya dibincang dan dibahaskan diperingkat Jawatankuasa Penyelarasan

Rukyah dan Takwim Islam Pertemuan MABIMS, Mesyuarat Jawatankuasa

Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya serta Muzakarah Jawatankuasa

Fatwa Majlis Kebangsaan. Oleh itu, kita perlulah mengikut ketetapan

awal puasa dan raya seperti mana yang dibuat oleh pihak pemerintah.

“ Hai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasulmu dan Ulil Amri di kalangan kamu ”

59 dalam Surah Al-Nisa

5.1 Kronologi Keputusan Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Adha

Secara ringkasnya, sejarah penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha di Malaysia

adalah seperti berikut:

Sebelum 1977:

Tarikh Hari Raya Aidil Adha ditentukan berdasarkan rukyah hilal bulan

Zulhijjah

Page 20: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.20.

21-22.4.1977:

Persidangan Fatwa Majlis Kebangsaan ke-13

Malaysia menetapkan Hari Raya Aidil Adha berdasarkan hari Wukuf

di Arafah, selaras dengan persetujuan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

ke-78 pada 12 Oktober 1967

1-2.7.1985:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-13

• Membincangkan cadangan supaya kaedah penetapan Hari Raya

Aidil Adha ditentukan berdasarkan rukyah hilal bulan Zulhijjah

• Bagaimanapun, cadangan tidak diterima

14-15.3.1991:

Mesyuarat MABIMS di Kuala Lumpur

Membuat keputusan bahawa langkah-langkah pelaksanaan perlulah

diambil oleh negara-negara anggota untuk mencari kemungkinan

menyelaraskan Penentuan Hari Raya Idul Adha

6-10.9.1991:

Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Pertemuan

MABIMS Pertama di Pulau Pinang

Bersetuju mengadakan penyelarasan rukyah antara negara-negara

anggota bagi penentuan awal Ramadhan, Syawal dan awal

Zulhijjah

4.11.1991:

Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya di Pusat

Islam Kuala Lumpur

• Jawatankuasa Farwa Majlis Kebangsaan hendaklah mengkaji

semula kaedah penetapan 10 Zulhijjah mengikut matlak

20.11.1991:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-28

• Kriteria kebolehnampakan (Imkanur Rukyah) anak bulan bagi bulan

Hijrah bagi menetapkan awal Zulhijjah perlu diseragamkan dengan

criteria penetapan awal puasa dan Hari Raya Puasa

16.6.1994:

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167

• Bersetuju agar penentuan Hari Raya Aidil Adha (sehari selepas

wukuf di Padang Arafah) dipinda kepada penentuan berdasarkan

Ktiteria Imkanur-Rukyah

10.5.1995:

Malaysia bersama-sama dengan negara-negara anggota MABIMS mula

menyambut Hari Raya Aidil Adha berdasarkan penentuan awal bulan

Zulhijjah, iaitu pada 10 Zulhijjah

6.0 Penutup

Di dalam era teknologi dan komunikasi yang semakin canggih, keperluan bagi

umat Islam untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti-aktiviti

keagamaan dan sosial semakin meningkat. Dari perlakuan ibadat-ibadat

keagamaan dan kebudayaan, tugasan harian dan prestasi pencapaian di tempat

kerja, sasaran Wawasan 2020, sambutan hari-hari perayaan, aktiviti pertanian,

hari gaji sehinggalah kepada penetapan tarikh pilihanraya, hari perkahwinan, hari

perpindahan ke kediaman baru dan sebagainya, kita tidak dapat memikirkan

Page 21: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.21.

kehidupan tanpa takwim. Kebergantungan manusia yang tinggi kepada Takwim

tidak dapat dinafi dan dielakkan lagi.

Oleh itu, usaha-usaha perlulah dilakukan untuk memertabatkan semula

penggunaan Takwim Islam didalam segala urusan kehidupan kita. Apabila usaha-

usaha ini terlaksana dan kefahaman serta keyakinan kepadanya ditingkatkan,

ianya akan menghilangkan sebarang kesangsian dan perasaan was-was didalam

penggunaannya. Sekaligus, maka keseragaman di dalam sambutan hari-hari

kebesaran Islam akan tercapai.

Daftar Rujukan Utama

Ab. Rahaman bin Hj. Hussain (2003) ASAS PENETAPAN IDUL ADHA DARI

SUDUT SYARIAH. Muzakarah Falak, Corus Paradise Resort, Port Dickson,

Negeri Sembilan, 30 Jun – 2 Julai

Azhari bin Mohamed (2004) ILMU FALAK SYARIE DAN ANDA. Bengkel Falak

dan Muktamar Persatuan Falak Syar’i Malaysia Kali ke 12, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 9 September

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (1993)

PERLAKSANAAN RUKYAH DAN HISAB DI MALAYSIA Seminar Ilmu Falak Peringkat

Kebangsaan, 23 -24 Ogos di KUSZA, Kuala Terengganu

Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (1993) BUKU KAEDAH

PENENTUAN AWAL BULAN RAMADHAN, SYAWAL DAN ZULHIJJAH

Hamid bin Tahir (1997) KAJIAN MENGENAI ISU-ISU TAKWIM Seminar Ke arah

Peningkatan Penyelidikan Falak di Malaysia, 27 - 29 September 1997 di Pulau

Pinang

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (1990) PENENTUAN AWAL BULAN

HIJRIAH DAN ARAH KIBLAT

Mat Jahya bin Hussein, S.S. Dato’ Alim Panglima (2003) ASAS PENETAPAN

AWAL RAMADAN DAN SYAWAL DARI SUDUT SYARIAH Muzakarah Falak (JAKIM),

30 Jun – 2 Julai di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Mohammad Ilyas (1993) FAKTA-FAKTA SAINTIFIK TAQWIM ISLAM Seminar

Ilmu Falak Peringkat Kebangsaan, 23 - 24 Ogos di KUSZA, Kuala Terengganu

Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan dan

Jawatankuasa Induk Penetapan Puasa dan Hari Raya

Page 22: Penetapan Awal Bulan Hijriah: Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah

________________________________________________________________________________________ NRE Excecutive Discourse Anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 26 J’Akhir 1433H / 18 Mei 2012M Dr. Azhari bin Mohamed [email protected]

.22.

Lampiran ‘P’

Perbandingan Hari Perayaan di Malaysia

1995 1996 1997 1998 1999 2000

Aidil Fitri

3 Mac 20 Feb. 9 Feb. 30 Jan. 19 Jan. 8 Jan.

Tahun Baru Cina

31 Jan. 19 Feb. 7 Feb. 28 Jan. 16 Feb. 5 Feb.

29 S’ban 29 R’dan 29 R’dan 29 R’dan 29 S’wal 29 S’wal

Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak

6.48 pg 7.30 pg 11.07 mlm 2.01 pg 2.41 ptg 9 03 mlm

Deepavali

23 Okt 10 Nov. 30 Okt 19 Okt. 7 Nov 26 Okt

28 J’wal 28 J’khir 28 J’khir 29 J’khir 28 Rejab 28 Rejab

Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak

24 Okt 11 Nov 31 Okt 20 Okt 8 Nov 27 Okt

12.36 tgh 12.16 tgh 6.02 ptg 6.11 ptg 11.54 pg 3.58 ptg

1995 1996 1997 1998 1999 2000

Aidil Fitri

3 Mac 20 Feb. 9 Feb. 30 Jan. 19 Jan. 8 Jan.

Tahun Baru Cina

31 Jan. 19 Feb. 7 Feb. 28 Jan. 16 Feb. 5 Feb.

29 S’ban 29 R’dan 29 R’dan 29 R’dan 29 S’wal 29 S’wal

Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak

6.48 pg 7.30 pg 11.07 mlm 2.01 pg 2.41 ptg 9 03 mlm

Deepavali

23 Okt 10 Nov. 30 Okt 19 Okt. 7 Nov 26 Okt

28 J’wal 28 J’khir 28 J’khir 29 J’khir 28 Rejab 28 Rejab

Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak Ijtimak

24 Okt 11 Nov 31 Okt 20 Okt 8 Nov 27 Okt

12.36 tgh 12.16 tgh 6.02 ptg 6.11 ptg 11.54 pg 3.58 ptg

2003 2004 2005 2006 2007 2008

Tahun Baru Miladiah

1 Jan 1 Jan 1 Jan 1 Jan 1 Jan 1 Jan

27 Syawal 8 Z’kaedah 20 Z’kaedah 1 Z’hijah 11 Z’hijah 22 Z’hijah

Tahun Baru Cina

1 Feb 22 Jan 9 Feb 29 Jan. 17 Feb. 7 Feb.

29 Z’kaedah 29 Z’kaedah 29 Z’hijah 29 Z’hijah 29 Muharam 29 Muharam

Tahun Baru Hijriah

4 Mac 22 Feb 10 Feb 31 Jan 20 Jan 10 Jan

1 Muharam 1 Muharam 1 Muharam 1 Muharam 1 Muharam 1 Muharam

2003 2004 2005 2006 2007 2008

Tahun Baru Miladiah

1 Jan 1 Jan 1 Jan 1 Jan 1 Jan 1 Jan

27 Syawal 8 Z’kaedah 20 Z’kaedah 1 Z’hijah 11 Z’hijah 22 Z’hijah

Tahun Baru Cina

1 Feb 22 Jan 9 Feb 29 Jan. 17 Feb. 7 Feb.

29 Z’kaedah 29 Z’kaedah 29 Z’hijah 29 Z’hijah 29 Muharam 29 Muharam

Tahun Baru Hijriah

4 Mac 22 Feb 10 Feb 31 Jan 20 Jan 10 Jan

1 Muharam 1 Muharam 1 Muharam 1 Muharam 1 Muharam 1 Muharam