penerapan unsur mistik ke dalam seni catan …

24
PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN SURREALISME Norazila Binti Ibrahim Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Seni Halus ) 2010

Upload: others

Post on 13-Jan-2022

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN

MENGGUNAKAN PENDEKATAN SURREALISME

Norazila Binti Ibrahim

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

( Seni Halus )

2010

Page 2: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

i

PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN

MENGGUNAKAN PENDEKATAN SURREALISME

NORAZILA BINTI IBRAHIM

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

( Seni Halus )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2010

Page 3: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

ii

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN

JUDUL : PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN

MENGGUNAKAN PENDEKATAN SURREALISME

SESI PENGAJIAN: SESI 2007/2010

Saya NORAZILA BINTI IBRAHIM

Mengaku membenarkan tesis/ laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat

Akedemik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/ Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan

Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi

5. *sila tandakan

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

TERHAD RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan

TIDAK TERHAD oleh organisasi/badan dimana penyelidikan dijalankan)

Disahkan

__________________________ _____________________________

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: Tarikh:

Alamat Tetap : Lot-1438 Kg Tanjung Pauh,

16250, Bachok, Kelantan.

Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda.

*Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh Tesis/Laporan ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

Page 4: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

iii

Projek bertajuk “ Penerapan Unsur Mistik Ke Dalam Seni Catan Menggunakan

Pendekatan Surrealisme ” telah disediakan oleh Norazila Binti Ibrahim dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).

Diterima untuk diperiksa oleh

___________________________

(En. Hakimi Halim)

Tarikh:

___________________________

Page 5: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

iv

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan ini telah digunakan sebagai

bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kedudukan sama ada kepada universiti ini atau

insititusi pengajian tinggi yang lain.

_____________________________

(NORAZILA BINTI IBRAHIM)

NO. MATRIK: 19409

Page 6: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya saya

telah berjaya menyiapkan projek tahun akhir ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia

penyelidikan saya iaitu Encik Hakimi Halim, Prof Madya Tuan Haji Zulkalnain b. Haji

Zainal Abidin, Encik Anuar b. Ayob, Encik Awangko Hamdan b. Awang Arshad serta

tutor-tutor yang terlibat kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya

dalam menyiapkan projek ini. Segala tunjuk ajar dan bimbingan yang telah beliau berikan

kepada saya selama ini tidak akan saya lupakan.

Ribuan terima kasih juga kepada ahli keluarga saya yang jauh dimata dekat dihati di

atas doa yang tidak putus-putus, restu, sokongan dan semangat yang diberikan kepada saya

selama saya menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat secara tidak langsung dan kawan-kawan yang banyak menolong secara

mental dan fizikal selama ini.

Tidak lupa juga kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif kerana telah memberi

kebenaran kepada saya untuk menjalankan penyelidikan terhadap projek ini dan telah

memberi pendidikan kepada saya selama saya berada di Unimas ini.

Sekian Terima Kasih

Page 7: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

vi

ISI KANDUNGAN

HALAMAN BERTAJUK i

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN

PENGESAHAN PENYELIA

ii

iii

PENGAKUAN iv.

PENGHARGAAN v

ISI KANDUNGAN

SENARAI FIGURA

vi-ix

x-viii

ABSTRAK xiv

Page 8: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

vii

ISI KANDUNGAN

1.0 : PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1-2

1.2 Objektif

1.3 Penyataan masalah

1.4 Kepentingan kajian

1.5 Skop kajian

1.6 Hipotesis

3

3

4

4

4

2.0 : KAJIAN LITERASI

2.1 Pendahuluan 5-6

2.2 Mistik mengikut kepercayaan orang Islam

2.2.1 Jin

2.2.2 Syaitan

2.2.3 Malaikat

6-7

7

7

2.3 Kepercayaan orang asli

2.4 Pengamal perubatan tradisional/pawang/bomoh

8

8-9

Page 9: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

viii

3.0 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 16

3.2 Data Primer

3.2.1 Pemerhatian

3.2.2 Temubual

3.2.3 Eksperimentasi

16

16

17

3.3 Data Sekunder

3.4 Analisa Visual

3.4.1 Pesakit Pertama

3.4.2 Pesakit Kedua

3.4.3 Pesakit Ketiga

3.4.4 Pesakit Keempat

17

18

19

20

2

2.5 Pengkarya-pengkarya rujukan

2.5.1 Amir Shoib

2.5.2 Syed Ahmad Jamal

2.5.3 Noor Azizan Rahman Paiman (Paiman)

2.6 Artis Rujukan Yang Menggunakan Media Yang Sama

2.6.1 Jailani Abu Hassan

2.6.2 Issarazel Ismail

9-10

11-12

12-13

14

15

Page 10: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

ix

3.5 Proses hasil kerja

3.5.1 Karya siri pertama

3.5.2 Karya siri kedua

3.5.3 Karya siri ketiga

3.5.4 Karya siri keempat

3.5.5 Karya siri kelima

22

23

24-25

26

27-28

4.0 : DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 29

4.2 Penjelasan hasil karya

4.2.1 Luaran

4.2.1.1 Penerangan terhadap imej yang digunakan

4.2.1.2 Bahan dan media yang digunakan

4.2.1.3 Teknik yang digunakan

4.2.1.4 Warna yang digunakan

4.2.1.5 Jalinan

4.2.2 Dalaman

30-32

33

34

35-36

36

36-37

BAB 5: KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI 39-40

INTERNET 41-42

Page 11: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

x

Senarai Figura

Bil Perkara Muka

Surat

1 Figura 2.1 : Karya Azmir Shoib “ We Only Out Night” 10

2 Figura 2.2 : Karya Azmir Shoib “Silent Night” 10

3 Figura 2.3 : Karya Syed Ahmad Jamal “Semangat Ledang” 11

4 Figura 2.4 : Karya Syed Ahmad Jamal “Gunung Ledang/Tanjung Kupang” 11

5 Figura 2.5 : Karya Noor Azizan Rahman Paiman “The Challenger Chapter I

Page III”

13

6 Figura 2.6 : Karya Noor Azizan Rahman Paiman “The Challenger Chapter I

Page I”

13

7 Figura 2.7 : Karya Jailani Abu Hassan “The Great Fall” 14

8 Figura 2.8 : Karya Jailani Abu Hassan “Tok Bomoh” 14

9 Figura 2.9 : Karya Issarezal Ismail “Accidentally in love 6” 15

10 Figura 3.1 : Analisa Visual “Gambar mentah sebelum karya dibuat

berdasarkan pemerhatian”

3.1. 1 Pesakit Pertama :

Figura 3.1

Figura 3.2

Figura 3.3

Figura 3.4

Figura 3.5

Figura 3.6

18

3.1. 2 Pesakit kedua :

Figura 3.7

Figura 3.8

Figura 3.9

Figura 3.10

Figura 3.11

Figura 3.12

19

Page 12: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

xi

3.1. 3 Pesakit ketiga :

Figura 3.13

Figura 3.14

Figura 3.15

Figura 3.16

Figura 3.17

Figura 3.18

20

3.1. 4 Pesakit keempat :

Figura 3.19

Figura 3.20

Figura 3.21

Figura 3.22

Figura 3.23

Figura 3.24

21

11 Figura 3.2 : Proses Hasil Kerja “Proses-proses dalam menghasilkan karya”

3.2 1 Karya Siri Pertama :

Figura 3.25

Figura 3.26

Figura 3.27

Figura 3.28

Figura 3.29

Figura 3.30

22

3.2. 2 Karya Siri Kedua :

Figura 3.31

Figura 3.32

Figura 3.33

Figura 3.34

Figura 3.35

Figura 3.36

23

Page 13: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

xii

3.2. 3 Karya Siri Ketiga :

Figura 3.37

Figura 3.38

Figura 3.39

Figura 3.40

Figura 3.41

Figura 3.42

Figura 3.43

Figura 3.44

Figura 3.45

Figura 3.46

Figura 3.47

Figura 3.48

24-25

3.2. 4 Karya Siri Keempat

Figura 3.49

Figura 3.50

Figura 3.51

Figura 3.52

Figura 3.53

Figura 3.54

26

3.2 5 Karya Siri Kelima

Figura 3.55

Figura 3.56

Figura 3.57

Figura 3.58

Figura 3.59

Figura 3.60

Figura 3.61

Figura 3.62

Figura 3.63

Figura 3.64

Figura 3.65

Figura 3.66

27-28

12 Figura 4.1 : Karya “Wajah-Wajah Mu” yang telah siap dari pandangan kiri. 32

13 Figura 4.2 : Karya “Wajah-Wajah Mu” yang telah siap dari pandangan

kanan.

32

Page 14: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

xiii

ABSTRAK

Karya ini menjuruskan kepada alam mistik. Alam mistik adalah alam ghaib yang tidak

mampu diselami oleh pemikiran manusia yang normal. Melalui pendekatan seni halus

kajian ini mengetengahkan seni catan sebagai ekspresi dengan pengunaan media campuran

seperti cat minyak, bitumen, turpentine dan arang di atas kanvas. Imej pada karya ini

memberi gambaran alam mistik berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan. Kajian ini

menggunakan kaedah temubual, pemerhatian dan eksperimentasi. Di akhir kajian ini karya

catan berdasarkan maklumat visual yang telah dianalisa secara terperinci diterjemahkan

dalam bentuk karya catan.

Page 15: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

1

1.0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Aliran Surrealisme membawa maksud suatu aliran atau gerakan dalam bidang

seni dan sastera dalam tahun 1920-an yang mementingkan atau memberi tempat kepada

unsur-unsur bawah sedar manusia iaitu di luar kenyataan atau realiti manusia.(Kamus

Dewan Edisi Ketiga, 1994: 1326)

Manakala aliran ini mengikut Kamus Seni adalah karya menyerupai bentuk-

bentuk yang sering ditemui di dalam mimpi. Di mana pengkarya mengabaikan bentuk

asalnya dan mengolah secara keseluruhan untuk menghasilkan imej-imej baru atau

tertentu. (Diperolehi pada April 20, 2010 di www.surealisme.com)

Kata-kata yang diambil oleh Alina (2009), aliran Surealisme di New York yang

dipelopori oleh Andre Breton merupakan satu gerakan avant-garde yang bermula pada

tahun 1924. Gerakan ini berpandukan dialektik Hegel, bahawa setiap karya hendaklah

bebas berbicara secara imaginatif sepenuhnya. Mereka menggunakan teori interpretasi

mimpi Freud sebagai kaedah untuk menjana imaginasi itu secara asosiasi dalam minda

tidak sedar. Artis visual Barat yang terjejak dalam aliran ini ialah Giorgio de Chirico,

Salvador Dali, Rene Margritte, Joan Miro dan lain-lain lagi. (Rujuk semula Dewan

Bahasa, 2009: 24)

Page 16: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

2

Mimpi adalah sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur.(Kamus Dewan

Edisi Ketiga, 1994: 890). Sigmud Freud menganggap mimpi adalah serangkai gambar,

idea dan emosi yang melawat fikiran kita ketika sedang tidur. Malah mimpi mampu

memanjakan diri dan mengganggu kehidupan sehari-hari. (Rujuk semula Johan Marais,

SeniKini #04, 2009: 27)

Manakala minda bawah sedar adalah pancaindera keenam yang ada pada setiap

manusia dan sangat banyak kegunaannya, namun tidak ramai mampu menerokai serta

menggunakannya. (Metro Ahad, November 15, 2009)

Dalam keratan akhbar yang sama juga, Rachman Setiawan atau panggilan

mesranya Pak Mat menegaskan bahawa terdapat pelbagai cara untuk seseorang itu

masuk ke minda bawah sedar. Sebahagiannya dianugerahi Allah untuk memilikinya

secara semula jadi manakala ramai lagi yang perlu berusaha. Usaha itu pula pelbagai,

salah satunya melakukan amalan dan bacaan spiritual dan ada juga dengan jalan pintas

dengan menggunakan kuasa makhluk halus.

Kebanyakan daripada kita tidak menyedari perkara tersebut. Oleh itu, pengkaji

cuba menterjemah dan menyampaikan maksud sebenar berkenaan alam mistik ataupun

alam bawah sedar ini kepada penonton melalui pengalaman yang dilalui sejak zaman

kanak-kanak lagi.

Page 17: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

3

1.2 Objektif kajian

a) Untuk melakukan pemerhatian menyeluruh berkenaan alam mistik

daripada kajian-kajian ilmiah yang telah dibuktikan.

b) Untuk berkongsi pengalaman berdasarkan kepercayaan masyarakat

berkenaan alam mistik.

c) Untuk menghasilkan karya catan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan

supaya dapat dikongsi bersama pengguna seni.

1.3 Penyataan Masalah

Memandangkan alam mistik atau alam bawah sedar melibatkan makhluk halus

yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar manusia biasa menyebabkan ianya sukar

dipercayai oleh orang ramai. Ada sebilangan masyarakat Melayu, menganggap makhluk

halus yang tergolong dalam golongan jin dan syaitan adalah karut dan khayalan semata-

mata. Khalayak sukar mempercayainya tanpa fakta atau bukti yang nyata untuk

membuktikan terdapat pelbagai makhluk halus yang menakutkan disekeliling mereka.

Dari situlah pengkaji menterjemahkan imejan makhluk halus yang dianalisa daripada

dapatan-dapatan ilmiah, sebagai cara berkomunikasi dengan khalayak bagi

menyampaikan mesej sama ada secara tersurat atau tersirat.

Page 18: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

4

1.4 Kepentingan Kajian

Karya ini dihasilkan bertujuan untuk membawa perspektif baru dalam

penghasilan seni catan. Ini kerana tidak semua orang berpeluang melihat rupa makhluk

halus atau mempunyai pengalaman berkenaan alam ghaib atau mistik. Oleh itu pengkaji

cuba menvisualkan ke dalam bentuk karya seni visual sebagai salah satu cara berkongsi

dan berkomunikasi dengan khalayak berkenaan isu ini. Bagi membuktikan yang Allah

jadikan alam ini sebagai satu rangkaian yang pintar dan merupakan perkongsian antara

alam kemanusian dengan alam mistik.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini diskopkan kepada pengalaman peribadi berkaitan dengan alam mistik.

Melalui pemerhatian yang dibuat secara tidak sengaja sejak zaman kanak-kanak lagi

menjadi sumber inspirasi dalam menghasilkan karya catan ini. Ditambah lagi dengan

berlatar belakangkan keluarga yang berkecimpung dalam perubatan tradisional

terutamanya berkaitan dengan makhluk halus.

1.6 Hipotesis

Di akhir kajian ini diyakini bahawa akan terdapat banyak persepsi dari penonton

terhadap karya yang dihasilkan. Ini kerana isu yang dipilih boleh menarik perhatian

orang ramai disebabkan ianya sukar diterima akal yang logik.

Page 19: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

5

2.0 KAJIAN LITERASI

2.1 Pendahuluan

Surealisme ialah gerakan budaya yang bermula pada pertengahan tahun 1920-an

dan tersebar keseluruh dunia mempengaruhi filem-filem yang dibentuk daripada aktiviti

Dadaisme yang berpusat di Paris. Surealisme juga termasuk dalam bidang sastera,

fotografi, filem, politik dan permainan dengan motif utama untuk kesedaran malah

dipanggil juga Surealisme Abstrak. Aliran ini biasanya melawan arus realiti yang

nyata. (Sawin, 1995: ii)

Menurut Dewan Budaya (2009, p24) Surealisme juga adalah alam bawah sedar

dan bagus untuk manusia mempelajarinya kerana dalam mimpilah fikiran bawah sedar

dan hasrat muncul. Freud percaya, ketidakadilan dalam mimpi, adalah hasil daripada

pergelutan mendominasi antara perasaan ego dan kemahuan. Beliau juga menegaskan

bahawa terjemahan mimpi dalam keadaan tidak sedar itu, bukan dalam keadaan minda

yang tidak sedar tetapi dalam keadaan minda yang sedar sebenarnya. Ramai pengkarya

menginginkan mimpi yang tidak masuk akal seperti Salvador Dali dari Spanyol, dan

Rene Margrite serta Paul Delvaux dari Belgia. Lanjutan daripada aliran Surealisme ini

muncul pula Neosurealisme. (sila rujuk Alina, 2009: 24)

Sementara menurut Breton (1999, p18) Surealisme terletak pada kenyakinan

dalam realiti yang nyata tetapi diabaikan kerana mimpi lebih berkuasa daripada realiti

dan dikuasai oleh pemikiran. Ini boleh merosakkan kepercayaan khalayak untuk mencari

penyelesaian dalam kehidupan.

Page 20: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

6

Dua perkara yang paling penting dalam Surealisme pertama adalah sesuatu yang

dilakukan dengan spontan dan bebas secara langsung mencerminkan fikiran pengkarya.

Kedua adalah kekuatan imaginasi untuk mengubah sesuatu karya itu tanpa

mementingkan gaya. Kesimpulannya pengkarya aliran ini sering mengekspreasikan titik

persimpangan antara mimpi dan realiti, sedar dan bawah sedar serta memori dan

tindakan. (Dawn Ades, 1997: xiii).

2.2 Alam Mistik Mengikut Pekspektif Islam

2.2.1 Jin

Pengertian jin terbahagi kepada dua iaitu istilah dan bahasa. Dari segi bahasa

perkataan Jin berasal daripada bahasa Arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu Jim

dan Nun yang bererti sesuatu yang tersembunyi. Jin digelar sedemikian kerana ia tidak

dapat dilihat oleh mata kasar manusia.

Dari segi istilah menurut pandangan Sabiq, Jin adalah sejenis roh yang berakal

dan mempunyai kehendak. Mereka adalah mukallaf seperti manusia, tetapi tidak

mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat

disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri

untuk membentuk diri mereka. (Ismail, 2006, p4)

Page 21: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

7

Sementara Abu Hikmah (2008, p1) menyatakan jin terbahagi kepada tiga

golongan iaitu golongan pertama yang mempunyai sayap dan dapat terbang di udara.

Golongan kedua adalah jin yang berupa ular dan anjing yang berwarna hitam, manakala

golongan ketiga adalah jin yang dapat merubah bentuknya sesuai keinginannya.

2.2. 2 Syaitan

Syaitan adalah sejenis makhluk yang berasal daripada jin. Sebenarnya setiap jin

yang jahat disebut sebagai syaitan. Oleh itulah, jin adalah umum kerana ada jin baik dan

ada jin jahat. Jin yang jahat dipanggil syaitan malah manusia yang jahat juga sebenarnya

adalah syaitan. (Ismail, 2006, p4).

2.2. 3 Malaikat

Ali (1980, p17) membincangkan pendapat beberapa alim ulama mukhtabar

berkenaan pengertian malaikat. Menurut Syaikh Husain Afandi Al-Jasyr, Asy Syaikh

Thahir Bin Shahih Al-Jazairi dan Asy- Syaikh Al-Liqaani, malaikat itu adalah makhluk-

makhluk berbentuk badan halus, yang diciptakan daripada nur iaitu cahaya, yang Allah

kurniakan kepandaian untuk berubah rupa dan bentuk seperti menjelma sebagai manusia

dan sebagainya. Malaikat tidak makan dan minum malah hamba Allah yang mulia-

mulia, tidak pernah maksiat kepada Allah atas apa yang Allah perintahkan kepadanya

dan mereka sentiasa taat melakukan segala perintah oleh Allah dan mereka juga bukan

laki-laki atau perempuan.

Page 22: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

8

2.3 Kepercayaan Orang Asli

Dalam masyarakat Asli hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud

sejak zaman animisme lagi. Mereka percaya semua benda besar seperti pokok atau batu

yang besar didiami oleh jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut

tidak mengamuk dan mendatangkan bala kepada penduduk. Pemimpin desa atau pawang

akan bertanggungjawab „menjaga‟ hubungan baik dengan makhluk-makhluk halus

tersebut terutama menyediakan jamuan makanan untuk memastikan mereka menjaga

penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. (Utusan Malaysia,

April 5, 2009)

Produk ukiran seperti topeng dan arca kayu dihasilkan untuk ketenteraman

mereka yang digunakan dalam perubatan atau ritual-ritual alam semesta contohnya arca

Mah Meri dan Jah Hut dibentuk berdasarkan objektif serta teknik tertentu serta topeng

yang berbentuk binatang ternakan seperti lembu, kambing, serta mergastua liar untuk

ritual dan magis. Contohnya topeng Moyang Siamang, Moyang Badi Gajah dan Moyang

Tukal yang dianimasikan secara vegetal,dan zoomophik.(SusurMasa, 2008: 52)

2. 4 Pengamal perubatan tradisional/pawang/bomoh

Pawang dan bomoh sangat terkenal di alam Melayu. Mereka menjadi tempat

rujukan masyarakat apabila berlaku musibah atau ditimpa penyakit. Mereka dipercayai

dan disanjung kerana boleh mengubati pelbagai jenis penyakit serta membantu dalam

mengatasi masalah-masalah masyarakat. (Utusan Malaysia, April 5, 2009)

Page 23: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

9

Istilah pawang membawa kepada dua maksud, pertama adalah orang yang

mempunyai kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan kuasa ghaib.

Kedua bermaksud orang yang pandai mengubati orang sakit, bomoh atau dukun

menggunakan jampi mentera. Pawang terbahagi kepada pawang darat, pawang buaya,

pawang laut, pawang hujan dan sebagainya. Manakala istilah bomoh adalah tabib yang

mengubati orang sakit menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dengan jampi-

jampi, pawang dan dukun. Perbomohan adalah berkaitan dengan bomoh seperti amalan

dan kerjaya. (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002: 990)

2.5 Pengkarya-Pengkarya Rujukan

2.5.1 Amir Shoib

Khairul Azmir Shoib atau lebih dikenali sebagai MEME menghasilkan karya-

karya seni yang beraliran pasca gotik yang berimejkan makhluk-makhluk kecil dia alam

fantasi yang penuh mimpi. Menurut Hashimah Nyok dalam artikel yang yang bertajuk

“Mengenali Seni Khairul Azmir Shoib (MEME)” :

“Meme hanya berimaginasi tentang alam lain. Tetapi apabila kita menghayati karya-

karyanya seakan kita melihat dunia yang lain, menjejaki pengalaman, dan untuk

seketika kita rasa diri kita seakan bermimpi menjadi seperti kanak-kanak, remaja dan

seketika pula menjadi dewasa dalam alam fantasi dan misteri”. (Seni Kini Edisi #02,

2009: 7)

Page 24: PENERAPAN UNSUR MISTIK KE DALAM SENI CATAN …

10

Hashimah juga menegaskan yang karya Khairul berbeza daripada dahulu

bertajuk “Life Support” iaitu beberapa ekor makhluk asing yang diletakkan di dalam

sebuah akuarium, bermediakan besi untuk melambangkan perwatakan yang sangat

ganas, jahat, hodoh dan penuh kegelapan tetapi kini karya beliau berpewatakan

kerdil,mesteri, unik dan comel.

Dalam karya “Silent Night” watak-watak rekaan Khairul seakan bercerita kepada

khalayak tentang kehidupan mahkluk kecil yang berbentuk seperti “Arnab” dalam rimba

fantasi yang sedang menjalani kehidupan yang sukar.

Figure 2.1: We Only Come Out At Night

(2002), 122 x 124 cm, media campuran.

Figure 2.2: Silent Night(2008) , 152 x 84 cm,

media campuran.