penerapan kemahiran generik oleh pensyarah dalam ...€¦ · penerapan kemahiran generik oleh...

28
PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER MARYAM SYAHIRAH BINTI IDRIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 20-Aug-2020

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM

PENGAJARAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER

MARYAM SYAHIRAH BINTI IDRIS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya: MARYAM SYAHIRAH BINTI IDRIS

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tu

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara inst

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselam atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di da AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh:

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap : PETI SURAT 01, BATU SATU

JALAN SAPINTAS, 45200 SABAK BERNAM, SELANGOR.

Tarikh: 2 APRIL 2008 Tarikh: 2 APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/orberkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskanSULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyel atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Muda (PSM).

aan

juan

itusi

atan lam

oleh

)

Nama Penyelia

PROFESSOR DR RIO SUMARNI

SHARIFFUDIN

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER

ganisasi sebagai

idikan Sarjana

Page 3: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan : ...............................................

Nama Penyelia : PROFESSOR DR RIO SUMARNI SHARIFFUDIN

Tarikh : 2 APRIL 2008

Page 4: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM

PENGAJARAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER

MARYAM SYAHIRAH BINTI IDRIS

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………….

Nama Penulis : MARYAM SYAHIRAH BINTI IDRIS

Tarikh : 2 APRIL 2008

Page 6: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Tuhan yang mencipta sekalian alam. Selawat dan salam ke atas

junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Teristimewa buat insan yang saya sayangi dan hormati, abuya serta ummi;

En Idris bin Ali & Puan Khodijah binti Dardi

Terima kasih yang tidak terhingga diatas segala pengorbanan yang ummi dan abuya

lakukan tidak kira sama ada dari segi kewangan dan masa serta sentiasa memberikan

nasihat dan dorongan untuk saya mencapai kejayaan yang cemerlang.

Tidak lupa juga buat abangku Ahmad Adam serta adik-adikku;

Sarah Balqis, Fatimah Munirah, Atiqah Aqilah, Aisyah Nabila, Danial Faruq,

Imran Haqqi dan Iklil Haziqah

yang sentiasa menjadi teman berbicara dan pendengar yang setia serta sentiasa

membakar semangatku untuk berjaya.

Tidak ketinggalan juga buat rakan-rakan baikku

Kak Roslinda @ Syaida, Siti Nur Nadiah, Norulhuda, Nur Zawani, Diana,

serta rakan-rakan taulan yang banyak membantu serta sentiasa bersama tidak kira

dikala senang atau sukar.

Jutaan terima kasih buat semua di atas segala-galanya. Hanya Allah S.W.T sahaja

yang dapat membalasnya. Amin.

Page 7: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah kurnia-Nya dapatlah saya

menyempurnakan penyelidikan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dan setinggi-tinggi

penghargaan ikhlas kepada

Professor Dr Rio Sumarni Shariffudin

selaku Penyelia PSM saya di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang beliau

berikan.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan orang

perseorangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sehingga berakhirnya

kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penerapan kemahiran generik oleh pensyarah dalam pengajaran matapelajaran pendidikan dan komputer di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir daripada Fakulti Pendidikan iaitu 4 SPP (Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)), 4 SPK (Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)) dan 4 SPT (Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)). Fokus kajian ini adalah tertumpu kepada tujuh kemahiran generik yang terdapat dalam Atribut Graduan UTM iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan integriti serta kemahiran kepimpinan dan proaktif. Seramai 68 orang pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah (α) = 0.9422 bagi matapelajaran pendidikan dan (α) = 0.9721 bagi matapelajaran komputer. Data yang diperolehi dianalisis dengan kaedah statistik deskriptif untuk melihat nilai kekerapan, peratus serta min dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Sciences for windows version 11.5). Keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik yang diterapkan oleh pensyarah bagi kedua-dua matapelajaran iaitu pendidikan dan komputer adalah pada tahap yang tinggi bagi ketujuh-tujuh kemahiran generik. Kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat merupakan antara elemen utama yang diterapkan bagi kedua-dua matapelajaran. Manakala kemahiran bagi etika dan moral profesional serta kemahiran keusahawanan merupakan kemahiran generik yang paling akhir sekali diterapkan oleh pensyarah bagi kedua-dua matapelajaran Selain daripada itu, dapatan kajian menunjukkan lebih banyak kemahiran generik yang diterapkan oleh pensyarah dalam pengajaran matapelajaran komputer berbanding matapelajaran pendidikan.

Page 9: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

vi

ABSTRACT

The purpose of this study is to examine lecturers’ implementation of generic skills in

education and computer subjects. The samples were final year students of Faculty of

Education namely 4 SPP (Bachelor of Science and Computer with Education

(Physics)), 4 SPK (Bachelor of Science and Computer with Education (Chemistry))

and 4 SPT (Bachelor of Science and Computer with Education (Mathematics)). This

research is focused on UTM Graduate Attributes that consist of seven generic skills

which are communication skills, critical thinking and problem solving skills, team

working skills, information management and lifelong learning, entrepreneurship

skills, leadership skills and proactive, ethics and integrity. There are sixty-eight

students were involved in this research comprising both male and female

respondents. The research instrument used was the questionnaire distributed to the

respondents. The reliability value of this research instrument were alpha (α) = 0.9422

for the education subjects and (α) = 0.9721 for the computer subjects. The data

collected were analyzed by descriptive statistics method to determine the frequency

value, percentage and mean value using SPSS (Statistical Packages for Social

Sciences for Windows Version 11.5). The results of this research showed that the

applications for those seven generic skills were at a high level for both subjects.

Information management and lifelong learning skills were most applied for both

subjects. Ethics and integrity, as well as entrepreneurship skills were least applied for

both subjects. This research also showed that there were more applications of generic

skills in the computer subjects compared to the education subjects by lecturers.

Page 10: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN MUKA SURAT

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Kemahiran insaniah (Soft Skills) 4

dan kemahiran generik

Page 11: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

viii

1.2.2 Kepentingan mencapai kecemerlangan 7

akademik melalui penataran budaya

akademik

1.2.3 Kepentingan pensyarah atau bakal guru 7

menguasai kemahiran generik

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.6.1 Kepentingan kepada bakal –bakal guru 10

(pelajar-pelajar fakulti pendidikan)

1.6.2 Kepentingan kepada Institusi Pengajian 11

Tinggi (IPT)

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Kemahiran Insaniah 12

1.8.2 Kemahiran Generik 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 16

2.2 Kemahiran insaniah dan kemahiran generik 16

2.2.1 Kemahiran berkomunikasi 17

2.2.2 Pemikiran kritis dan kemahiran 20

menyelesaikan masalah

2.2.3 Kemahiran kerja berpasukan 24

2.2.4 Pembelajaran berterusan dan pengurusan 26

maklumat

2.2.5 Kemahiran keusahawanan 27

2.2.6 Etika dan integriti 28

Page 12: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

ix

2.2.7 Kemahiran kepimpinan dan proaktif 30

2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi kepentingan 33

kemahiran generik atau kemahiran insaniah

2.4 Kaedah atau pendekatan yang telah dilaksanakan 35

oleh pihak IPT untuk menerapkan kemahiran

generik kepada graduan

2.5 Kajian lepas dalam negara 38

2.6 Kajian lepas luar negara 40

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 42

3.2 Reka bentuk kajian 42

3.3 Sampel kajian 43

3.4 Intrumen kajian 44

3.5 Kajian rintis 46

3.6 Prosedur kajian 47

3.7 Analisis data 47

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pendahuluan 50

4.2 Analisis latar belakang responden 51

4.2.1 Kursus 51

4.3 Analisis tahap penerapan kemahiran generik 52

oleh pensyarah dalam pengajaran mata pelajaran

pendidikan dan komputer berdasarkan nilai

kekerapan, peratus dan min

4.3.1 Analisis penerapan kemahiran generik 52

Page 13: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

x

oleh pensyarah dalam pengajaran mata

pelajaran pendidikan

4.3.2 Analisis penerapan kemahiran generik 57

oleh pensyarah dalam pengajaran mata

pelajaran komputer

4.3.3 Analisis tahap kemahiran generik yang 63

diterapkan oleh pensyarah bagi mata

pelajaran pendidikan dan komputer

berdasarkan nilai min

4.4 Analisis corak kemahiran generik yang diterapkan 65

oleh pensyarah dalam pengajaran mata pelajaran

pendidikan dan komputer berdasarkan nilai

kekerapan, peratus dan min

4.5 Analisis perbandingan yang dapat dibuat antara 69

kemahiran generik yang diterapkan oleh pensyarah

dalam mata pelajaran pendidikan dengan mata

pelajaran komputer

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 70

5.2 Rumusan 70

5.3 Perbincangan 72

5.3.1 Tahap kemahiran generik yang diterapkan 72

oleh pensyarah dalam pengajaran mata

pelajaran pendidikan dan komputer

5.3.2 Corak kemahiran generik yang diterapkan 75

oleh pensyarah dalam pengajaran mata

pelajaran pendidikan dan komputer

5.3.3 Perbandingan yang dapat dibuat antara 82

kemahiran generik yang diterapkan oleh

pensyarah dalam pengajaran mata pelajaran

Page 14: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

xi

pendidikan dengan mata pelajaran komputer

5.4 Cadangan 85

5.5 Cadangan kajian masa depan 86

RUJUKAN 87

LAMPIRAN 91

Page 15: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kemahiran Generik yang terdapat dalam Atribut 13

Graduan UTM

3.1 Skala Likert 45

3.2 Komponen item soal selidik 45

3.3 Kaedah Statistik Berdasarkan Persoalan Kajian 48

3.4 Perubahan mata skala likert 49

3.5 Pemeringkatan skala 5 (Lima) Mata 49

3.6 Julat min dan takrifan 49

4.1 Taburan responden mengikut bidang kursus 51

4.2 Analisis penerapan kemahiran generik oleh pensyarah 53

dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan.

4.3 Analisis kajian deskriptif bagi tahap penerapan 58

kemahiran generik oleh pensyarah dalam

pengajaran mata pelajaran komputer

4.4 Tahap kemahiran generik yang diterapkan 63

oleh pensyarah dalam pengajaran mata pelajaran

pendidikan.

4.5 Tahap kemahiran generik yang diterapkan 64

oleh pensyarah dalam pengajaran mata pelajaran

komputer.

4.6 Corak kemahiran generik yang diterapkan 65

oleh pensyarah dalam pengajaran mata pelajaran

Page 16: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

xiii

pendidikan

4.7 Corak kemahiran generik yang diterapkan 67

oleh pensyarah dalam pengajaran mata pelajaran

komputer

4.8 Nilai min keseluruhan bagi tahap penerapan 69

kemahiran generik oleh pensyarah dalam

pengajaran mata pelajaran pendidikan dan komputer

5.1 Kaedah penyampaian dan penjanaan kemahiran insaniah 83

5.2 Aktiviti bagi penjanaan kemahiran insaniah 84

Page 17: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

xiv

SENARAI SINGKATAN

IPT : Institut Pengajian Tinggi

IPTA : Institut Pengajian Tinggi Awam

KIM : Kemahiran Insaniah Mesti

KIT : Kemahiran Insaniah Tambahan

KPT : Kementerian Pengajian Tinggi

P&P : Pengajaran dan Pembelajaran

RMK-9 : Rancangan Malaysia Kesembilan

S : Setuju

SPK : Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

SPP : Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

SPSS : Statistical packages for the social Science

SPT : Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)

SS : Sangat Setuju

STS : Sangat Tidak Setuju

TP : Tidak Pasti

TS : Tidak Setuju

UTM : Universiti Teknologi Malaysia

YAB : Yang Amat Berhormat

Page 18: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 91

Page 19: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia dalam usahanya untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang

tahun 2020 iaitu dengan mencapai kemajuan yang seimbang daripada segi ekonomi,

politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Beberapa aspek perlu diberikan perhatian

yang khusus, antaranya revolusi pendidikan negara dimana dilihat amat kritikal

untuk membolehkan Malaysia melonjak ke peringkat global dan bersaing dalam

arena antarabangsa. Hal ini sejajar dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hub

pendidikan global yang hanya akan tercapai sekiranya mutu pendidikan di Malaysia

diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa dan seterusnya memberikan kesan positif

kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan aliran masuk pelajar luar

negara.

Mutu pendidikan dapat ditingkatkan antaranya dengan memantapkan sistem

pengajaran dan pembelajaran seiring dengan kaedah pelaksanaan revolusi pendidikan

sepertimana saranan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi

ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-9. Menurut beliau, rakyat adalah

aset negara paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan

pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar. Pendekatan kepada

pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu

pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan

Page 20: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

2

keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral

yang tinggi.

Pada 22 Ogos 2006 yang lalu Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

melancarkan sebuah dokumen mengenai pembangunan atribut dikalangan graduan

IPT yang dinamakan Modul Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Untuk Institut

Pengajian Tinggi Malaysia (Buletin P&P Edisi Jun 2007). Dokumen ini

menggariskan keperluan semua IPTA menerapkan kemahiran insaniah di kalangan

graduan.

Menurut Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Intitusi Pengajian

Tinggi Malaysia (2006), sistem pendidikan yang sedia diamalkan hanya boleh

dianggap berjaya dalam memberikan kemahiran kognitif dan sebahagian besar

kemahiran psikomotor. Manakala kemahiran insaniah domain afektif dan sosial bagi

pembentukan insan kamil yang seimbang amat jauh ketinggalan. Bagi mencapai

hasrat ini, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai institusi pendidikan tertinggi

harus berupaya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai penjana sumber

manusia atau modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga memiliki

semua ciri insan kamil.

Jelas disini menunjukkan bahawa para graduan perlu menyedari kepentingan

memiliki kemahiran-kemahiran yang tinggi tidak kira dalam apa jua bidang yang

diceburinya sama ada bidang pendidikan, perindustrian, perkilangan dan sebagainya

bagi menyediakan diri dengan keperluan dunia masa kini. Kemahiran-kemahiran ini

tidak akan diperolehi hanya melalui teori sahaja tetapi ianya perlu dipraktikkan.

Kemahiran juga boleh didapati melalui pengalaman antaranya seperti pengalaman

mengikuti latihan praktikal atau pun latihan industri. Latihan praktikal yang

diberikan kepada bakal guru atau latihan industri kepada bakal graduan aliran sains

membolehkan para graduan menimba pengalaman serta kemahiran yang diperlukan

sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

Page 21: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

3

Kemahiran yang perlu dikuasai oleh para graduan IPT pada masa kini

sepertimana yang telah disebutkan diatas iaitu kemahiran insaniah yang merupakan

kemahiran generik. Kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik

yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik

seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan

pembelajaran berterusan. Kemahiran insaniah ini juga boleh dibahagikan kepada dua

kategori iaitu Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) dan Kemahiran Insaniah Tambahan

(KIT). Kemahiran Insaniah Mesti merupakan kemahiran yang mesti dimiliki oleh

setiap pelajar IPT. Jika kemahiran ini tidak ada, pelajar dianggap tidak kompeten

dalam elemen berkaitan. Kemahiran Insaniah Tambahan pula dianggap sebagai

kemahiran generik yang memberikan nilai tambah kepada pelajar. Nilai ini jika

dimiliki oleh pelajar bersama-sama KIM, pelajar tersebut boleh dianggap memiliki

kompeten cemerlang dalam elemen berkaitan (Modul Pembangunan Kemahiran

Insaniah untuk Intitusi Pengajian Tinggi Malaysia (2006)).

1.2 Latar belakang masalah

Penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian

pendidikan dan latihan adalah perlu bagi melahirkan graduan yang perkasa dan

mantap dalam disiplin ilmu, rohani, minda, emosi, interaksi adab dan etika selaras

dengan hasrat negara untuk membangunkan lagi modal insan yang merupakan satu

daripada agenda utama negara dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Dalam

konteks universiti, sekiranya ilmu itu hanya dijurus kepada satu disiplin yang khusus,

ia dilihat kurang mampu melahirkan graduan yang cekap dan berwibawa. Oleh itu

integrasi beberapa disiplin ilmu yang merangkumi pengetahuan dan kemahiran akan

menjadikan bakal graduan mempunyai nilai tambah yang unik.

Antara kelemahan yang diperkatakan yang berkait rapat dengan isu kualiti

produk IPT termasuklah tidak berketerampilan dan tidak mempunyai kemahiran,

khususnya kemahiran insaniah sepertimana yang dituntut oleh majikan di samping

pasaran kerja yang kompetitif. Menurut Nam Mathinin (2006) dalam Tajul Ariffin

Page 22: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

4

Nordin (2007), terdapat tujuh punca siswazah gagal mendapat pekerjaan kerana

lemah sahsiah diri, tiada hala tuju yang jelas, tiada keterampilan, kurang keyakinan

diri, lemah keupayaan berfikir, lemah kemahiran berkomunikasi dan kurang inisiatif.

Justeru, IPT di Malaysia perlu mengorak langkah menuju ke arah pemantapan dan

pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu dan menyeluruh sama ada

dari sudut kualiti intelektual mahupun keterampilan insaniah yang merangkumi

aspek sikap, ahlak dan sebagainya.

1.2.1 Kemahiran insaniah (Soft Skills) dan kemahiran generik

Mengikut penulisan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Intitusi

Pengajian Tinggi Malaysia (2006) bahawa kemahiran insaniah merupakan kemahiran

generik. Kemahiran insaniah merangkumi aspek kemahiran generik. Dokumen

tersebut juga telah menyenaraikan tujuh kemahiran yang mesti dikuasai oleh graduan

IPT iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan

masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan

maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran

kepimpinan. Kemahiran insaniah adalah antara elemen yang dikenal pasti amat

kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global, apatah lagi dengan perubahan

teknologi yang begitu pantas. Oleh itu, graduan IPT mesti menilai kemahiran

insaniah yang memenuhi dan menepati kehendak pasaran kerja dan kehidupan harian

yang kian mencabar.

Pihak Universiti Teknologi Malaysia telah lebih awal mengambil beberapa

inisiatif bagi melengkapkan bakal graduan dengan kemahiran-kemahiran insaniah

yang dikenalpasti. Pada 21 Jun 2004 misalnya, Senat Universiti telah meluluskan

tujuh atribut graduan yang harus diterapkan di kalangan pelajar. Tujuh Atribut

Graduan UTM (UTM Graduate Attributes) yang telah dikenal pasti pada masa

tersebut ialah kemahiran berkomunikasi (Communication Skills), kerja berkumpulan

(Teamworking), penyelesaian masalah (Problem Solving), penyesuaian diri

Page 23: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

5

(Adaptability), pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning), harga diri (Self-

Esteem) serta etika dan integriti (Ethics & Integrit).

Secara umumnya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengiktiraf model

pembangunan kemahiran generik yang digunapakai oleh UTM dalam merancang dan

melaksanakan program pembangunan Kemahiran Insaniah di kalangan pelajar IPT.

Sehubungan dengan saranan KPT, Senat UTM pada mesyuarat bil. 5/2006/2007/2

bertarikh 14 Februari 2007 telah meminda sedikit tujuh Atribut Graduan UTM

dengan kemasukan dua item baru iaitu kemahiran keusahawanan dan kemahiran

kepimpinan dan proaktif bagi menggantikan dua item lama iaitu penyesuaian diri dan

harga diri. Akibat daripada pindaan itu, maka kemahiran berkomunikasi, pemikiran

kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan,

pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika

dan integriti serta kemahiran kepimpinan dan proaktif merupakan tujuh kemahiran

generik yang harus diterapkan di kalangan pelajar dalam Atribut Graduan UTM

2007.

Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan

peserta komunikasi yang berlainan. Kemahiran insaniah mesti yang perlu pelajar

kuasai dalam kemahiran berkomunikasi ialah kebolehan menyampaikn idea dengan

jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis, kebolehan

mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas serta

kebolehan membuat perbentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan

bersesuaian dengan tahap pendengar.

Pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah pula melibatkan

kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analisis, serta kebolehan

mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.

Pelajar perlu menguasai kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam

situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi, kebolehan

mengembang dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis

Page 24: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

6

dan menilai perbincangan, kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian

alternative dan banyak lagi.

Kemahiran kerja berpasukan amat penting kerana setiap hari kita berurusan

dengan orang lain di sekitar kita maka kita mesti memahirkan diri bagaimana untuk

bekerja dengan orang lain dengan sebaik mungkin (Ahmad Fadzli Yusof, 2004).

Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang

lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang

sama. Antara aspek kemahiran berpasukan yang perlu dikuasai oleh para pelajar

ialah kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja

secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama, kebolehan

memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli

kumpulan dan kebolehan mengenali dan hormat menghormati sikap, kelakuan dan

kepercayaan orang lain.

Pembelajaran berterusan pula melibatkan usaha belajar berdikari dalam

pemerolehan kemahiran dan pengetahuan baru. Kemahiran insaniah mesti yang perlu

pelajar kuasai dalam pembelajaran berterusan ini ialah kebolehan mencari dan

mengurus maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber dan kebolehan

menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi. Kemahiran

keusahawanan turut merupakan antara kemahiran yang penting dimiliki oleh para

pelajar dalam era persaingan global berasaskan pengetahuan dan k-ekonomi masa

kini. Kemahiran keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan

membangunkan kesedaran tentang risiko (risk awareness), kreativiti dan inovasi

dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan. Pelajar mestilah mempunyai

kebolehan untuk mengenal pasti peluang perniagaan.

Begitu juga bagi etika dan integriti dimana melibatkan kebolehan untuk

mengamalkan standard moral yang tinggi dalam amalan profesional dan interaksi

sosial. Antara aspek yang mesti dipenuhi oleh pelajar dalam etika dan integriti ini

ialah kebolehan memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam

amalan profesional dan kebolehan menganalisis dan membuat keputusan dalam

Page 25: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

7

penyelesaian masalah berkaitan etika. Tidak lupa juga kemahiran kepimpinan dan

proaktif dimana melibatkan keupayaan untuk mengamalkan ciri kepimpinan dalam

pelbagai aktiviti. Pelajar mestilah mempunyai pengetahuan tentang teori asas

kepimpinan dan berkebolehan untuk memimpin projek.

1.2.2 Kepentingan mencapai kecemerlangan akademik melalui penataran

budaya akademik

Penataran yang berasal dari kata dasar tatar yang bermaksud mengajar

ataupun membimbing atau memberikan kursus dan lain-lain untuk meningkatkan lagi

kemampuan sama ada dari segi pengetahuan, kecekapan dan lain-lain lagi. Di dalam

agama sendiri amat menekankan penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan

potensi individu bagi menyediakan sumber tenaga manusia yang seimbang dan amat

bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Mujaadalah 58:11,

bermaksud:“...Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang-

orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”

Mengikut penulisan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Intitusi

Pengajian Tinggi Malaysia (2006), budaya akademik merupakan falsafah utama

dalam penjanaan modal insan yang seimbang dari segi intelek, sosial, keterampilan

dan sahsiah. Pembudayaan akademik merupakan teras untuk mencapai

kecemerlangan akademik. Budaya akademik yang berkualiti menuntut kreativiti

pendidik dalam usaha meningkatkan motivasi dan prestasi pelajar.

1.2.3 Kepentingan pensyarah atau bakal guru menguasai kemahiran generik

Seseorang pelajar haruslah berusaha sebaik mungkin dengan menggunakan

segala sumber dan kemahiran yang ada demi mencapai kecemerlangan dalam bidang

akademik. Terdapat pelbagai tip dan teknik pembelajaran yang berkesan di dalam

Page 26: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

8

ratusan buku motivasi yang boleh dijadikan rujukan dan panduan.

Walaubagaimanapun rujukan daripada ratusan buku motivasi dan kaedah

pembelajaran tersebut masih belum menjamin seseorang pelajar mencapai

kecemerlangan akademik seperti mana yang dihajati. Komitmen guru atau pensyarah

amatlah penting untuk membantu setiap pelajar agar berjaya dengan cemerlang

(Mohammad Shatar Sabran et. al, 2006). Gandingan kukuh antara guru atau

pensyarah dan pelajar menjadi kunci kepada pencapaian yang diharapkan.

Bagi pelajar yang berada di sekolah, keputusan dan pencapaian akademik

menjadi tiket utama untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Senario masa kini dimana majikan mementingkan pekerja yang mempunyai

kecemerlangan akademik serta dilengkapi dengan kemahiran generik secara tak

langsung menuntut para guru melengkapi pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan

tersebut. Berdasarkan kajian yang dijalankan, selain daripada sikap pelajar, peranan

guru atau pensyarah dan juga persekitaran amatlah penting ke arah melahirkan

pelajar yang cemerlang (Shatar, 1999).

Menurut Erdiana (2006), proses pengajaran yang berkesan itu sendiri adalah

pengajaran yang dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Menurut

White et. al (1983) dalam tinjauan literatur mendapati penyelidikan menunjukkan

bahawa pengajaran yang baik mempunyai kemahiran dalam lima bidang utama iaitu

pengurusan masa pengajaran, pengurusan tingkahlaku pelajar, penyampaian

pengajaran, pemantauan pengajaran dan maklumbalas pengajaran. Setiap satu bidang

memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu. Oleh itu tenaga pengajar juga perlu

dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran tertentu dalam menyampaikan

pengajaran.

Antara ciri-ciri utama yang perlu ada pada seorang pendidik berdasarkan buku

19 Tip Pendidik Cemerlang, 2006, ialah pegangan agama yang kuat, komunikasi

berkesan, kreatif, pengajaran aktif, berfikiran terbuka, berpengalaman luas, pemurah

ilmu, bertanggungjawab, penampilan menarik, berkeyakinan tinggi, menghormati

pelajar, pembimbing, komitmen tinggi, penasihat akademik, menepati masa,

merancang pengajaran, matlamat jelas, peka serta mempunyai motivasi yang tinggi.

Page 27: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

9

Jika diteliti dengan lebih mendalam, ciri-ciri guru cemerlang menuntut kepada

pengetahuan ilmu yang tinggi serta kemahiran insaniah sesuai dengan kehendak

pasaran kerja pada masa kini. Justeru, guru juga perlulah cemerlang bagi

menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

1.3 Pernyataan masalah

Berdasarkan pernyataan di dalam buku Modul Pembangunan Kemahiran

Insaniah untuk Intitusi Pengajian Tinggi Malaysia (2006) yang mengatakan bahawa

sistem pendidikan yang sedia diamalkan hanya boleh dianggap berjaya dalam

memberikan kemahiran kognitif dan sebahagian besar kemahiran psikomotor.

Manakala kemahiran insaniah domain afektif dan sosial bagi pembentukan insan

kamil yang seimbang amat jauh ketinggalan. Oleh itu penyelidik ingin meninjau

sejauh manakah penerapan kemahiran generik yang melibatkan keempat-empat

domain oleh pensyarah bagi matapelajaran pendidikan dan komputer selaras dengan

Atribut Graduan (graduate attribute) yang meliputi aspek teknikal dan generik yang

telah diperkenalkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia.

1.4 Objektif kajian

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti tahap penerapan kemahiran generik oleh pensyarah di

Universiti Teknologi Malaysia dalam pengajaran matapelajaran pendidikan

dan komputer.

2. Mengenal pasti corak kemahiran generik yang diterapkan oleh pensyarah

dalam pengajaran matapelajaran pendidikan dan komputer

3. Membuat perbandingan antara penerapan kemahiran generik yang

diterapkan oleh pensyarah dalam pengajaran matapelajaran pendidikan

dengan matapelajaran komputer.

Page 28: PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM ...€¦ · PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK OLEH PENSYARAH DALAM PENGAJARAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN DAN KOMPUTER SESI PENGAJIAN : 2007/2008

10

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, persoalan kajian yang timbul

antaranya :

1. Apakah tahap kemahiran generik yang diterapkan oleh pensyarah dalam

pengajaran matapelajaran pendidikan dan komputer?

2. Apakah corak kemahiran generik yang diterapkan oleh pensyarah dalam

pengajaran matapelajaran pendidikan dan komputer?

3. Apakah perbandingan yang dapat dibuat diantara kemahiran generik yang

diterapkan oleh pensyarah dalam pengajaran matapelajaran pendidikan

dengan matapelajaran komputer?