peneraju transformasi 2018 istiadat -...

32
EDISI OKTOBER 2018 1 BULETIN | EDISI OKTOBER 2018 | NASKHAH PERCUMA | www.unisel.edu.my | ISSN: 2289 - 523X | EDISI KHAS KONVOKESYEN | Peneraju T ransfo rmasi ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL KALI KE-13 KARNIVAL KOMUNITI PRIHATIN DAN HARI TERBUKA UNISEL 2018 MENTERI BESAR TINJAU PERKEMBANGAN TRANSFORMASI UNISEL UNISEL TERIMA KUNJUNGAN TIMBALAN PERDANA MENTERI

Upload: vankhanh

Post on 16-Jun-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 1

BULETIN| E D I S I O K T O B E R 2 0 1 8 | N A S K H A H P E R C U M A | w w w . u n i s e l . e d u . m y | I S S N : 2 2 8 9 - 5 2 3 X | E D I S I K H A S K O N V O K E S Y E N |

P e n e r a j u T r a n s f o r m a s i

ISTIADATKONVOKESYENUNISEL KALI KE-13

KARNIVALKOMUNITIPRIHATINDAN HARITERBUKA UNISEL

2018MENTERI BESAR TINJAU PERKEMBANGAN TRANSFORMASI UNISEL

UNISEL TERIMA KUNJUNGAN TIMBALAN PERDANA MENTERI

Page 2: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel2

sidang editorial

Dari Meja Ketua EditorAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya Buletin Universiti Selangor (UNISEL) keluaran Khas Konvokesyen 2018 dapat dihasilkan dengan jayanya. Sehubungan itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan buletin edisi kali ini.

Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-13 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Oktober 2018 bertempat di Dewan Canselor UNISEL Kampus Bestari Jaya. Dengan kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan tahniah kepada kesemua graduan yang akan bergraduat pada tahun ini. Pesanan saya, rencanalah perjalanan hidup sebaik yang mungkin kerana alam kerjaya itu tidak semudah yang disangka. Anda haruslah mempunyai satu pendirian yang teguh dan jangan mudah berputus asa. Semoga para graduan akan lebih maju pada masa hadapan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan Selangor yang sudi bekerjasama dengan pihak UNISEL untuk menjayakan Karnival Komuniti Prihatin & Hari Terbuka UNISEL pada 31 Ogos hingga 2 September 2018. Program yang berlangsung di Padang Awam Desa Mentari itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung seluruh Selangor dan apa yang lebih menarik adalah apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga hadir memeriahkan program di samping kehadiran Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Shari ke majlis perasmian karnival tersebut.

Sebelum mengakhiri coretan ini, saya ingin mengucapkan takziah di atas pemergian Allayarham Prof. Dr. Sharuddin Badaruddin, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan Selangor yang telah meninggalkan kita semua pada 2 Ogos 2018. Sesungguhnya kehilangan beliau memberi kesan yang sangat besar kepada seluruh warga UNISEL. Beliau telah membawa pelbagai perubahan positif dan memperkenalkan dasar baharu sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor di Universiti Selangor (UNISEL). Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Sekian,

HASRIL ABU HASSAN Pengarah Komunikasi Korporat

p e n au n g: Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman (Presiden & Naib Canselor)

k e t ua e d i to r: Hasril Abu Hassan (Pengarah Komunikasi Korporat)

e d i to r: Nik Nabilah Nik Aziman (Pegawai Komunikasi Korporat)

wa rtawa n: Nor Illiana Fasihah Zahari (Pegawai Berita)

f oto g r a f i : Abdullah Mahsen (Jurugambar) Noor Faradia Fuad Goh

p e m ba n t u e d i to r i a l: l Hasni Mohd Noor l RafikahSaini l Dhiya Camilia Rezali

Buletin UNISEL mengalu-alukan sebarang penulisan rencana, cadangan atau komentar yang membina. Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada:

Pejabat Komunikasi KorporatTingkat 5, Bangunan SatelitJalan Zirkon A7/A, Seksyen 740000 Shah AlamSELANGOR.

Tel : +603-55223420Email : [email protected] : www.unisel.edu.my

Universiti Selangor

Page 3: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 3

K A N D U N G A N 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan 4 - 5 UNISEL Terima Kunjungan Timbalan Perdana

Menteri 6 Menteri Besar Tinjau Perkembangan

Transformasi UNISEL 7 YAD Dato’ Setia Dr. Hj. Anuar Masduki

Dilantik Sebagai Pro-Canselor UNISEL 8 - 9 Karnival Komuniti Prihatin dan Hari Terbuka

UNISEL 2018 10 Syarahan Darul Ehsan 2018, Cetus Semangat

Kepimpinan 11 Program Inbound Mobility, Eratkan Hubungan

Dua Negara 12 UNISEL Terima Sumbangan Projek

Penghijauan Kampus 13 Ceramah Bulanan UNISEL Sempena Ma'al

Hijrah 1440H 14 UNISEL Terima Sumbangan Zakat Bank Islam

15 Modul STEM UNISEL Diiktiraf Di Peringkat

Kebangsaan

16 - 17 Anwar Ibrahim Pilih UNISEL Setelah Bergelar Ahli Parlimen

18 Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu Sesi

September 2018 19 Sekumpulan Pensyarah UNISEL Rangkul

Pingat Perak Di IRIISE 2018 19 Tiga Pensyarah FKSH UNISEL Raih Pingat

Emas PHARMA-IIDEX 2018 20 Tolak Queensland Untuk Ke UNISEL 21 Mantan Naib Canselor Pilih UNISEL 22 - 23 Syarahan Perdana Tokoh Ma'al Hijrah

Peringkat Kebangsaan, Tiga Aspek Ke Arah Malaysia Baharu

24 - 25 UNISEL Raih 2 Pingat Di Masiswa Networking

Games 26 - 27 Aktiviti Tasik Tarikan Utama Hari Keluarga

UNISEL 2018 28 Dua Pelajar UNISEL Raih Pingat Di CK Classic

International Open Taekwndo Championship Malaysia

29 YB Prof. Shaharuddin Badaruddin, Permata Yang Dirindui

30 Seramai 2683 Graduan Bergraduat Sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-12

18

26616

3022

Page 4: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel4 BULETIN unisel4 BULETIN unisel4

Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini menerima kunjungan YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri hadir ke UNISEL sempena program Persidangan Kebangsaan Wanita dan Pembangunan Keluarga 2018 yang berlangsung di Auditorium Za’ba Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Dalam persidangan yang bertemakan “Kesejahteraan Kanak-Kanak dalam Agenda Pembangunan Mampan”, beliau berkata semua pihak harus memainkan peranan dan tanggungjawab untuk melindungi kanak-kanak dan golongan muda. Dalam pada itu, masyarakat juga harus memainkan peranan untuk memastikan kebajikan, kesejahteraan dan hak mereka sentiasa terpelihara.

“Persidangan ini amat bermakna buat saya kerana ia memberi peluang yang lebih luas kepada para peserta untuk

UNISEL TERIMA KUNJUNGAN TIMBALAN PERDANA MENTERI

membahaskan isu-isu penting kanak-kanak selain kaedah-kaedah, polisi, peraturan atau panduan yang berkesan bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk kehidupan dan tumbesaran kanak-kanak,” ujar beliau.

“Orang dewasa perlu sentiasa prihatin untuk menghindarkan kanak-kanak kepada sebarang penganiayaan, penderaan dan pengabaian yang dapat mengancam keselamatan fizikal, mentaldan emosi kanak-kanak,” tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga memberi peringatan kepada semua, adalah menjadi satu kewajipan kepada semua untuk melaporkan kepada pihak ber-wajib sekiranya terdapat tanda-tanda berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak.

Sebelum itu, forum bertajuk “Perlindungan dan Pembangunan Kanak-Kanak: Cabaran & Harapan” telah dikupas oleh empat orang panel antaranya Prof. Dato’ Dr. Mat Saat Mohammad Baki,

Pakar Psikologi dan Kaunseling Klinikal, Mohammad Hanafi Maulud, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Norazizah A.Aziz, Pensyarah Kanan Kolej Dar Al-Hikmah, Hasri Harun, Pengarah Institut Maqasid Shariah UNISEL bersama moderator Prof. Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh, Dekan Pusat Pengajian Asasi dan Umum.

Persidangan yang berlangsung selama satu hari itu mendapat sambutan luar biasa dan disertai lebih daripada 400 peserta antaranya agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta wakil-wakil dari universiti tempatan.

Turut hadir, YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemerdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, YB Puan Rozana Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang serta Prof. Dato’ Dr. Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Page 5: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 5

Page 6: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel6 BULETIN unisel6

Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Amirudin Shari melawat beberapa lokasi yang ditambah baik sekitar Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya dan merupakan lawatan kali pertama beliau ke UNISEL setelah dilantik menjadi

MENTERI BESAR TINJAU P E R K E M B A N G A N TRANSFORMASI UNISEL

Menteri Besar Selangor pada pertengahan tahun ini.

Dalam rangka lawatan tersebut, beliau sempat meninjau beberapa lokasi yang masih di dalam proses pengubahsuaian antaranya Fakulti Komunikasi, Seni Visual

dan Pengkomputeran, Pusat Sukan, Smart TahfizMasjidUNISEL,FakultiPendidikandan Sains Sosial dan Perpustakaan.

Beliau yang hadir ke UNISEL bagi menyaksikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pro-Canselor, Y.A.D Dato' Setia Dr. Haji Anuar Masduki itu turut menyambut baik saranan yang telah diberikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL agar proses transformasi ini diteruskan dalam kesemua aspek bagi menarik minat lebih ramai pelajar untuk ke UNISEL.

Page 7: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 7

Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Semula Y.A.D Dato' Setia Dr. Haji Anuar Masduki sebagai Pro-Canselor UNISEL bermula 1 Ogos 2018 hingga 31 Julai 2021.

Beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor UNISEL pada 1 Ogos 2009 dan disambung semula pelantikan sebagai Pro-Canselor selama tiga penggal berturut-turut, iaitu pada 1 Ogos 2012 hingga 31 Julai 2015 (3 tahun) dan 1 Ogos 2015 sehingga 31 Julai 2018 (3 tahun).

Pelantikan ini merupakan penggal

YAD DATO' SETIA DR. HAJI ANUAR MASDUKIDILANTIK SEBAGAI PRO-CANSELOR UNISEL

keempat beliau di UNISEL. Pelantikan tersebut disempurnakan oleh Y.A.D Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj dan disaksikan oleh Y.A.B Tuan Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS (PIYSB).

Turut hadir adalah Y.A.D Tan Sri Dato' Sri Dato' Setia Ismail Adam, Pro-Canselor UNISEL, YB Dr. Hasan Baharom, Ahli Lembaga Pengarah PIYSB, pengurusan tertinggi UNISEL serta pegawai-pegawai kanan universiti.

Page 8: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel8

Universiti Selangor (UNISEL) dengan ker-jasama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pemban-gunan Modal Insan Selangor baru-baru ini telah mengadakan Karnival Komuni-ti Prihatin dan Hari Terbuka UNISEL 2018

KARNIVALKOMUNITIPRIHATINDAN HARITERBUKA UNISEL

2018

bertempat di Padang Awam Blok 4, 5 dan 6 Desa Mentari, Petaling Jaya.

Program tersebut berjaya menarik per hatian para penduduk setempat de-ngan pelbagai aktiviti menarik antara nya cabutan bertuah, pameran kaunter infor-masi agensi kerajaan negeri, pertandingan futsal, senamrobik dan pelbagai lagi yang telah menarik lebih 7000 orang pen-gunjung yang rata-ratanya dari sekitar Lembah Klang.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu turut dihiasi dengan slot-slot ilmiah antaranya slot PDRM bersama Ma-syarakat, Sketsa Ketagih Gajet bersama Syuk Hot FM dan Bell Ngasri, slot Anak Syurga: Memerdekakan Anak Istimewa dalam Malaysia Baharu yang menampil-kan Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusof dan Y.B Dr. Siti Mariah Mahmud serta slot Kalau Aku Kaya yang me nampilkan Haji Yahya Sahri, Pengerusi Biro Keusa-ha wanan Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Selangor.

Pada kesempatan itu, slot Santai@UN-ISEL yang telah memasuki Siri ke-10 yang membincangkan isu berkaitan penyalah-

gunaan dadah. Apa yang lebih menarik, Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Mer-angkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga hadir me-meriahkan program tersebut.

Selain itu, program turut menampilkan beberapa artis terkemuka tanah air seperti Altimet,Mawi,SabhiSaddi,HafizHamidun,Man Raja Lawak, Heliza dan Wani Helmi serta Ana Mentor pada Konsert Malam Santai Seni Generasi Cemerlang. Turut hadir memeriahkan konsert tersebut ada-lah Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Amirudin Shari yang sebelum itu telah merasmikan Karnival Komuniti Pri-hatin dan Hari Terbuka UNISEL 2018.

Karnival tersebut juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli Persatuan Pe-main-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) antaranya Rezal Zambery Yahya, Rudie Ramli, Shahrom Kalam Nizaruddin Yusof dan Fairuz Abdul Aziz yang turut serta turun padang memeriah-kan pertandingan futsal antara komuniti setempat.

Page 9: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 9

Page 10: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

“Kepimpinan yang cemerlang dapat menghasilkan perkhidmatan yang mantap. Sebagai seorang pemimpin, kita perlulah bertanggungjawab dan berani mengambil risiko. Sekiranya berlaku kegagalan kepada sesebuah organisasi, pemimpin harus mengkaji permasalahan yang berlaku,” ujar Y.A.D Tan Sri Dato’ Sri Dato Setia Ismail Adam, Pro-Canselor Universiti Selangor (UNISEL).

Beliau berucap demikian semasa Majlis Syarahan Darul ehsan 2018 yang berlangusng di Dewan Senat, UNISEL kampus Bestari Jaya, dengan tajuk syarahannya “Leadership-Delivering Excellence”. Dalam syarahan tersebut beliau turut berkongsi pengalaman bagi meningkatkan keberkesanan dalam kepimpinan organisasi.

Majlis ini dihadiri oleh kakitangan akademik dan pentadbiran dari kedua-dua kampus dan dirasmikan oleh Prof. Dr Md Sidin Ahmad Ishak, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri.

SYARAHAN DARUL EHSAN 2018,

CETUS SEMANGAT KEPIMPINAN

BULETIN unisel10 BULETIN unisel10

Page 11: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

MFH Mataram yang mana ia merupakan lawatan kali pertama mereka ke Malaysia.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi mengadakan kolaborasi dalam penyelidikan, pengajaran dan pem-belajaran serta pertukaran budaya antara dua negara selain daripada meningkatkan data myra dan ranking setara universiti.

Dalam pada itu, pelajar-pelajar dari-pada Politeknik MFH Mataram bukan sahaja diberi peluang untuk menjalani sesi pembelajaran di dalam bilik kuliah dan makmal malah turut terlibat dengan aktiviti luar seperti lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan

Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berkata, pelbagai man-faat yang diperolehi oleh kedua-dua belah pihak terutama sekali dari segi pertukaran idea dan pandangan dalam usaha untuk memenuhi keperluan industri.

“Banyak manfaat yang diperolehi oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, saya amat menggalakkan pelajar-pelajar UNISEL untuk turut serta dalam program-program lawatan seperti ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini,” ujar beliau ketika ditemui semasa Majlis Penutup “Inbound Mobility Program” yang diadakan di UNISEL Kampus Shah Alam.

Bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara institusi pendidikan ting-gi Malaysia dan Indonesia, Universiti Selangor (UNISEL) telah me nerima kunjungan pelajar-pelajar daripada Poli-teknik Medica Farma Husada (MFH) Mataram, Indonesia menerusi “Inbound Mobility Program” yang diadakan pada 16 hingga 29 Julai 2018.

Program yang berlangsung selama dua minggu itu merupakan salah satu projek anjuran Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nazil Salleh, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat. Program ini melibatkan seramai 16 orang pelajar Diploma Analis Kesihatan Politeknik

PROGRAM INBOUND MOBILITY, ERATKAN HUBUNGAN DUA NEGARA

EDISI OKTOBER 2018 11

Page 12: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel12

Universiti Selangor (UNISEL) telah menerima sumbangan bagi Projek Penghijauan Kampus. Majlis penyerahan cek tersebut berlangsung dengan jayanya di perkarangan Bangunan Canseleri, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Sumbangan tersebut adalah daripada Kumpulan Semesta sebanyak RM5000, CIMB Bank sebanyak RM3000, Bank Islam sebanyak RM2000 dan Maybank sebanyak RM500. Keseluruhan sumbangan ini adalah bagi memastikan Projek Penghijauan Kampus UNISEL dapat

UNISEL TERIMA SUMBANGAN PROJEK PENGHIJAUAN KAMPUS

berjalan dengan lancarnya.Projek Penghijauan Kampus Bestari

Jaya ini merupakan salah satu inisiatif pihak universiti untuk mengindahkan lagi landskap kampus disamping menjadikan persekitaran kampus agar lebih indah dan ceria.

Adalah menjadi hasat pihak universiti untuk menjadikan UNISEL sebagai “kampus hijau dengan kemekaran ilmu”. Program ini juga merupakan susulan daripada Program Gotong-Royong Perdana yang telah diadakan pada 13 Mei

2018 yang lepas.Dalam pada itu, simbolik penanaman

pokok juga turut berlangsung dimana pokok dari spesis Chinese Yellow Flower dan Neuropodium menjadi tanaman pilihan semasa gimik perasmian penanaman pokok yang telah disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Y.A.B Tuan Amirudin Shari dan Canselor, Y.A.D Raja Tan Sri Dato’ Sri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj.

Page 13: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 13

CERAMAH BULANAN UNISEL SEMPENA MAAL HIJRAH 1440H

Sempena Sambutan Maal Hijrah 1440H, menerusi Pusat Islam Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini telah mengadakan Majlis Ceramah Bulanan yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, UNISEL Kampus Shah Alam.

Ceramah yang bertajuk “Hijrah Perobah Lembaran Sejarah” tersebut disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, Timbalan Ketua Unit Strategik Yayasan Takmir Pendidikan selama satu jam mengupas erti serta sejarah Maal Hijrah yang perlu dihayati.

“Hijrah merupakan satu pengorbanan dan perjuangan. Untuk melakukan penghijrahan haruslah ada satu persediaan. Saya menyeru agar semua

umat Islam berhijrah kerana setiap hijrah yang dilakukan pasti akan ada ganjaran”, ujar beliau.

Tambah beliau lagi, dengan melakukan penghijrahan akan menjadi penyelamat kepada kita semia daripada terus melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

Majlis yang berakhir pada jam 12.45 tengahari itu turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, Dr. Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff, Pengarah Pusat Islam, barisan pengurusan tertinggi serta kakitangan akademik dan pentadbiran UNISEL.

Page 14: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel14 BULETIN unisel14

Universiti Selangor (UNISEL) menerima sumbangan zakat daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Majlis penyerahan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Shah Alam itu dihadiri pengurusan tertinggi UNISEL serta wakil daripada BIMB.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya menyatakan pemberian zakat ini membawa pelbagai manfaat terutama sekali kepada pelajar asnaf UNISEL serta pelajar daripada golongan kurang berkemampuan.

Tambah beliau lagi, dengan adanya bantuan zakat seperti ini, UNISEL bukan sahaja boleh meneruskan program pemberian makanan tengah hari percuma kepada pelajar asnaf malah mampu menggiatkan lebih banyak bengkel pembangunan pelajar-pelajar asnaf.

Majlis diteruskan dengan penyampaian replika cek yang disempurnakan oleh En. Bostaman Hassan, Timbalan Pengurus Besar Bank Islam Kawasan Tengah diiringi oleh En. Shamsul Azlan Mohd Nor, Pengurus Perniagaan Deposit Bank Islam Kawasan Tengah sambil disaksikan oleh para hadirin yang terdiri daripada pengurusan tertinggi UNISEL dan wakil-wakil Bank Islam.

UNISELTERIMASUMBANGAN

ZAKATBANK ISLAM

BULETIN unisel14

Page 15: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 15EDISI OKTOBER 2017 15

Universiti Selangor (UNISEL) telah dianugerahkan dua perak dan dua gangsa dalam ‘STEM Computational Thinking Game Design Competition’ yang berlangsung pada 1 Ogos lepas. Pertandingan yang diadakan sempena 1st National STEM Seminar itu berlangsung di Universiti Malaya.

Dua pingat perak tersebut disumbangkan menerusi modul matematik yang dibangunkan oleh pensyarah daripada Pusat Pengajian Asasi dan Umum (CFGS) manakala pingat gangsa buat modul Kimia dan Sains Forensik hasil kerjasama di antara CFGS dan Jabatan Sains Bioteknologi, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat.

Pasukan UNISEL terdiri daripada 10 orang pensyarah dan lapan orang pelajar diketuai oleh Dr. Hazeeq Hazwan Azman, Timbalan Dekan CFGS membentangkan tiga kertas kerja penyelidikan STEM UNISEL.

Pembentangan tersebut merupakan hasil daripada kajian sampingan semasa projek Mentor Mentee STEM yang berlangsung sepanjang 2017 bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS). Projek ini berlangsung di sekolah-sekolah sekitar daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.

Menurut Dr. Hazeeq Hazwan, pengiktirafan yang diterima ini berjaya membuktikan kredibiliti modul-modul ‘Fun with STEM’ yang dibangunkan oleh para pensyarah UNISEL. Dalam pada itu, beliau juga berharap agar kemenangan ini mampu meletakkan UNISEL sebagai antara peneraju utama STEM di Malaysia.

Lebih menarik, pasukan STEM UNISEL merupakan ahli National STEM Movement dan dalam masa terdekat bakal terlibat dalam perbincangan STEM ASEAN di Acheh, Indonesia dalam masa terdekat. Semoga penglibatan UNISEL akan menjadi nadi penggerak dalam usaha memperkasa STEM di peringkat kebangsaan dan serantau Asia.

MODULSTEM UNISEL DIIKTIRAF DI PERINGKAT KEBANGSAAN

EDISI OKTOBER 2018 15

Page 16: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel16 BULETIN unisel16

Kunjungan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke Universiti Selangor (UNISEL) merupakan kunjungan yang amat dinantikan oleh seluruh warga universiti pada 11 Oktober yang lalu. Ketibaan beliau tepat jam 9 malam disambut meriah oleh lebih kurang 5000 orang yang hadir.

Ini merupakan kunjungan kedua DSAI ke UNISEL setelah kunjungan kali pertamanya pada 9 Julai 2009, juga di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya bersempena program Temui YB Datuk Seri Anwar Ibrahim @ Universiti Selangor.

Dalam ucapannya, DSAI menyatakan bahawa ini merupakan acara pertama beliau setelah menjadi Ahli Parlimen.

Beliau memilih UNISEL kerana percaya UNISEL boleh menjadi landasan membawa mahasiswanya menjadi insan yang berilmu.

"Ilmu mampu menyelamatkan kita dan kemanusiaan. Banyak kerosakan yang berlaku di muka bumi ini kerana manusia ketandusan ilmu. Penipuan juga berlaku kerana ketandusan ilmu. Oleh yang demikian, para pelajar sekalian haruslah menghayati ilmu. Bebankan diri dengan ilmu agar anda tidak terhimpit penipuan kerana ketandusan ilmu," ujar DSAI.

Beliau juga turut memberi peringatan kepada anak-anak muda agar meningkatkan kekuatan moral kerana

ANWAR IBRAHIM PILIH UNISEL SETELAH BERGELAR AHLI PARLIMEN

hanya dengan ilmu sahaja mampu membuka kebenaran dan membawa perubahan. Tidak dilupakan juga, beliau turut menekankan penggunaan imej Islam dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL merakamkan jutaan terima kasih kepada DSAI kerana telah memilih untuk hadir ke UNISEL.

"Ini merupakan satu penghargaan buat warga universiti ini apabila UNISEL dipilih sebagai destinasi pertama YB Dato Seri Anwar Ibrahim setelah beliau menjadi Ahli Parlimen Port Dickson," ujar Presiden dan Naib Canselor.

Program Temui YB Datuk Seri Anwar Ibrahim @ Universiti Selangor ini merupakan program anjuran bersama UNISEL dan AIC Malaysia. Kunjungan ini juga merupakan kunjungan kali pertama beliau ke institusi pendidikan tinggi setelah mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen Port Dickson di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2018.

Page 17: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 17

Page 18: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel18

Minggu Tekad Siswa bagi pelajar baharu kemasukan September 2018 telah melabuhkan tirainya baru-bari ini. Program yang berlangsung selama empat hari itu merupakan minggu suai kenal antara pelajar-pelajar baharu yang telah dikelolai sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Selangor (UNISEL).

Prof Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapan penutup program berkata beliau amat berterima kasih terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang telah

MAJLIS BACAANIKRAR PELAJAR BAHARU SESI SEPTEMBER 2018

memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

“Saya percaya UNISEL menjadi pilihan para pelajar kerana keyakinan terhadap kebolehan UNISEL dapat membentuk kecemerlangan kepada para pelajar. UNISEL merupakan institusi pengajian tinggi swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan dimana fasiliti yang kami sediakan adalah setaraf institusi pengajian tinggi awam,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, tenaga pengajar UNISEL juga terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam

bidang masing-masing dan ini merupakan faktor utama kenapa universiti ini amat menitikberatkan kecemerlangan setiap pelajar.

UNISEL merupakan sebuah universiti yang bukan sahaja menyediakan yuran yang berpatutan malah fasiliti yang terbaik seperti asrama, perpustakaan dan sebagainya kepada pelajar. Dengan segala kemudahan yang ada ini, beliau menyeru agar setiap pelajar agar belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan peluang keemasan dan peluang belajar ini sebaik yang mungkin.

Page 19: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 19

SEKUMPULAN PENSYARAH UNISEL RANGKUL PINGAT PERAK DI IRIISE 2018

Hasil ciptaan sepasukan pensyarah daripada Universiti Selangor (UNISEL) yang diketuai oleh Sarimah Mat Nawi telah berjaya meraih pingat emas sempena Pharma-IIDEX 2018 menerusi hasil ciptaan “Mikania Fix-Wound Healing Cream”.

Sarimah Mat Nawi serta dua lagi pensyarah, Nurhafizah Ibrahim dan Nurkhairul Bariyah Baharun merupakan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat bejaya menghasilkan “Mikania Fix-Wound Healing Cream”, iaitu produk herba yang menggunakan bahan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Mikania micrantha. Produk ini juga menggunakan formula lembut, diuji secara dermatologi dan sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Pharma-IIDEX 2018 berlangsung pada 3 Ogos 2018 lalu dianjurkan oleh Fakulti Farmasi, UiTM Puncak Alam dengan tema “From Bench To Comercialization”. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga pensyarah yang telah

TIGA PENSYARAH FKSH UNISEL RAIH PINGAT EMAS PHARMA-IIDEX 2018

berjaya mengharumkan nama UNISEL. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan dorongan buat tenaga akademik lain

Hasil ciptaan sepasukan pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) yang diketuai oleh Sarimah Mat Nawi telah berjaya merangkul pingat perak di acara International Research Innovation Invention Solution Exposition (IRIISE) 2018 yang bertempat di Universiti Malaya (UM)

Sarimah Mat Nawi serta NurhafizahIbrahim dan Nurkhairul Bariyah Baharun masing-masing dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat UNISEL bersama dua lagi pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah berjaya menghasilkan teh Mikania iaitu herba yang terhasil daripada daun Mikania Micrantha yang telah dikeringkan. Daun Mikania telah terbukti secara saintifik dapat membekalkan tenaga, baik untuk kesihatan dan memperkuatkan sistem ketahanan badan.

IRIISE 2018 berlangsung dari 14 Ogos 2018 sehingga 16 Ogos 2018 anjuran UM bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dikalangan para pelajar dan penyelidik dan menggalakkan gabungan diantara akademik dan industri. Seluruh warga UNISEL mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan mengharumkan nama UNISEL.

untuk terus menggapai kecemerlangan dan menjadikan UNISEL sebagai pusat pendidikan peneraju transformasi.

Page 20: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel20 BULETIN unisel20

Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Kemasukan September 2018 yang berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran para pelajar dari seluruh Malaysia.

Izzatul Amani Nawawi, salah seorang pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2017 hadir mendaftar di UNISEL bagi kursus Tahun Asas Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Menurut bapanya Nawawi Ismail, Izzatul sebelum ini mendapat tawaran pengajian di luar negara namun menolak tawaran berkenaan dan memilih UNISEL.

“UNISEL menjadi pilihan utama kerana kampus Bestari Jaya yang terletak di kawasan perkampungan menjadikan ia satu kawasan yang selamat dan tenang untuk anak saya fokus pada pelajarannya,” ujar beliau.

Nawawi dalam pada itu mengesyorkan UNISEL kepada anaknya selepas tertarik melihat iklan kemasukan di akhbar. Tambah beliau lagi, dia yakin dengan kemampuan UNISEL untuk mencorak kecemerlangan anaknya kerana universiti ini memiliki ramai pensyarah berkeliber yang bertaraf doktor falsafah (PHD).

TOLAKQUEENSLANDUNTUK KEUNISEL

Page 21: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 21

Kemudahan fasiliti yang baik menjadi sebab utama Prof. Dato’ Dr. Razali Agus, Mantan Naib Canselor ke-4 menempatkan anaknya di Universiti Selangor (UNISEL). Beliau ditemui ketika hadir ke Majlis Pendaftaran Pelajar Baharu Kemasukan September 2018 yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Bagi beliau, UNISEL menjadi pilihan terbaik buat anaknya, MuhammadAfiqIqmal,18yangakanmelanjutkanpengajiandi program Tahun Asas TESL. Tambahan lagi, suasana kampus ini amat sesuai untuk sesi pembelajaran begitu juga dengan kemudahan fasiliti yang amat baik.

Lebih menarik, anak beliau ada menerima tawaran daripada salah sebuah institusi pengajian tinggi awam terkemuka namun beliau lebih mengesyorkan UNISEL kerana percaya kepada kualiti akdemik dan kredibiliti pensyarah di sini.

“Selaku mantan Naib Canselor, saya percaya UNISEL mampu bergerak dengan lebih jauh dan berharap agar universiti ini akan terus berdaya saing dengan institusi pengajian tinggi tempatan yang lain dan selaku bapa, saya hanya mahukan yang terbaik buat anak saya,” ujar beliau.

MANTAN NAIB CANSELOR PILIH

UNISEL

Page 22: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel22

Sempena penganugerahan tokoh Ma’al Hijrah pada 10 September lalu, Institut Darul Ehsan (IDE) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), TV Alhijrah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) dan Kolej Dar al-Hikmah (KDH) mengadakan Majlis Syarahan Perdana Tokoh Ma’al Hijrah peringkat kebangsaan 1440 Hijrah/2018M bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Menampilkan Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Profesor Adjung UNISEL sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini, acara dimulai dengan ucapan dan perasmian yang disempurnakan oleh Dato’ Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan gimik pelancaran tabung bencana alam bagi membantu mangsa-

SYARAHAN PERDANA TOKOH MA’AL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN, TIGA ASPEK KE ARAH MALAYSIA BAHARU

mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapan beliau berkata Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil mula melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan dakwah semenjak pengajian beliau di universiti lagi. Beliau pernah menerajui Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di samping Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

“Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil ialah felo akademik dan ketua Panel Penulis Modul Pengurusan Tauhidik dan buku Pengurusan Islami: Menghayati Nilai-Nilai Qur’ami (YAPEIM). Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 1974 sehingga 2001 dan atas jasa beliau, beliau

telah dianugerahkan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak,” tambahnya.

Bertemakan Hijrah Ke Malaysia Baharu: Mencari Makna Di Balik Kata, Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dalam syarahan beliau berkata penganugerahan ini adalah terlalu besar dan satu penghormatan dalam menyampaikan perjuangan menghijrahkan Malaysia Baharu. Tambah beliau, Penciptaan Malaysia Baharu adalah hasil suatu perjuangan panjang dengan pengorbanan yang tidak terperi.

“Dalam membangun Malaysia baharu, transformasi kemanusiaan dan kebudayaan seharusnya menjadi agenda utama dengan objektif membina jiwa dan minda baru, membangun semula moraliti bangsa melalui penegakan politik dan juga penegakan ekonomi” katanya.

BULETIN unisel22

Page 23: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 23EDISI OKTOBER 2018 23

Page 24: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel24

Masiswa Networking Games (MASISWA) telah pun menutup tirainya pada 19 Ogos 2018 lepas menyaksikan Univeristi Selangor (UNISEL) berjaya membawa pulang dua pingat gangsa masing-masing menerusi acara bola jaring dan bola tampar lelaki.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan IPTS Malaysia itu berlangsung dengan jayanya di Kolej Yayasan Pahang bermula 15 sehingga 19 Ogos 2018 melibatkan lebih 20 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) seluruh Malaysia. Ini merupakan penyertaan kali kedua UNISEL di kejohanan MASISWA.

UNISEL RAIH 2 PINGAT DI MASISWA NETWORKING GAMES

Apa yang lebih menarik, kejohanan sukan ini mendapat penyertaan seramai 1304 orang atlet yang merupakan kakitangan akademik dan pentadbiran IPTS. UNISEL dalam pada itu menghantar 85 orang atlet daripada 7 kategori sukan iaitu bola jaring, bola tampar, futsal, ping pong, badminton, sepak takraw dan tenpin bowling.

Menurut Ketua Kontinjen UNISEL, Pn. Nurul Hanim Mohd Amin, beliau berasa amat bangga dengan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh kesemua altet UNISEL yang telah mengambil bahagian sepanjang kejohanan berlangsung. Beliau

yang juga merupakan Pengarah Pusat Sukan dan Budaya UNISEL dalam pada itu mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua altet di atas kesungguhan dan semangat juang yang ditunjukkan.

“Walaupun sekadar meraih dua gangsa, namun apa yang berjaya dibuktikan oleh para atlet adalah lebih dari itu. Kesungguhan, setia kawan, bersatu padu, semangat yang jitu serta kerjasama dalam kumpulan yang mampu memangkin satu ukhuwah untuk terus menjadikan UNISEL sebagai IPTS terbaik di Malaysia”, tambah beliau lagi.

Page 25: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 25EDISI OKTOBER 2018 25

Page 26: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel26

Pertandingan memancing dan aktiviti sukan air menjadi tarikan utama program Hari Keluarga Universiti Selangor (UNISEL) 2018. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 3 sehingga 4 Ogos 2018 itu dihadiri oleh lebih 1000 orang staf termasuk keluarga masing-masing.

Bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya, pertandingan memancing bermula pada petang jumaat menyaksikan hampir 30 orang peserta mengambil bahagian. Manakala aktiviti sukan air seperti paddle boat dan jet ski yang menjadi tarikan utama Hari Keluarga pada tahun ini bermula pada sebelah pagi hari sabtu.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL berkata, program Hari Keluarga ini merupakan acara tahunan universiti. Tujuan utamanya adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dalam kalangan kakitangan universiti.

AKTIVITI TASIKTARIKAN UTAMAHARI KELUARGAUNISEL 2018

Beliau yang ditemui semasa majlis perasmian Hari Keluarga UNISEL 2018 turut mencadangkan agar aktiviti kekeluargaan seperti ini lebih kerap dijalankan. Selain dapat mengeratkan hubungan, ia juga dapat merapatkan ukhuwah sesama kakitangan dan ahli keluarga masing-masing.

Penganjuran Hari Keluarga pada tahun ini merupakan penganjuran kali yang ketiga setelah dua edisi sebelum ini iaitu pada tahun 2016 dan 2017 mendapat sambutan yang luar biasa daripada kesemua kakitangan UNISEL.

Pelbagai acara lain turut dipertandingkan sepanjang program antaranya sukaneka keluarga, aktiviti kanak-kanak yang dibahagikan mengikut kategori umur, pemeriksaan kesihatan dan pertandingan karaoke. Jamuan makan turut diadakan. Program tersebut berakhir dengan upacara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

BULETIN unisel26

Page 27: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 27EDISI OKTOBER 2018 27

Page 28: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel28

Stadium Melawati Shah Alam menjadi saksi kejayaan bagi dua pelajar Universiti Selangor (UNISEL) apabila berjaya meraih pingat dalam Kejohanan CK Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Jagdeep Singh A/L Gurdeep Singh yang memenangi pingat perak manakala Siti Nurul Ainil Hilmizan memenangi pingat gangsa.

Mereka yang juga wakil Malaysia dalam acara tersebut adalah pelajar Diploma Pengurusan Industri Sukan dan dibawah program UNISEL Athlete Academic Track. Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi buat pelajar lain dalam mengaharumkan nama universiti.

DUA PELAJAR UNISEL RAIH PINGAT DI CK CLASSIC INTERNATIONAL OPEN TAEKWONDO CHAMPIONSHIP MALAYSIA

BULETIN unisel28

Page 29: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 29EDISI OKTOBER 2017 29

Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin yang dilahirkan pada 19 September 1962 merupakan sorang pemimpin yang amat disegani dalam bidang pendidikan sains politik. Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor ini merupakan pakar dalam politik semasa dalam dan luar negara, perbandingan politik Islam dan Barat, politik pilihanraya serta politik sektor ketiga.

Jika kita menyelusuri latar belakang pendidikannya, beliau bukanlah seseorang yang biasa. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik di Roosevelt University pada tahun 1992 dan kemudiannya menerima Ijazah Kedoktoran dari Universiti Malaya dalam bidang Islam dan Demokrasi.

Beliau mula menceburi bidang pendidikan apabila mula bergelar pensyarah di Institut Teknologi MARA (yang kini dikenali sebagai UiTM) pada tahun 1985 dan berkhidmat sebagai pendidik sehingga tahun 2013. Bermula pada pertengahan tahun 2015, beliau diberi mandat

YB PROF. SHAHARUDDIN BADARUDDIN, PERMATA YANG DIRINDUI

sebagai Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti) di Universiti Selangor (UNISEL).

Sejak memasuki UNISEL, pelbagai dasar baharu diperkenalkan oleh beliau antaranya kebebasan kepada pelajar untuk berpolitik di dalam kampus, menyediakan kemudahan kepada pelajar, peluang mem-bina rangkaian selain berjaya membentuk sahsiah pelajar menerusi beberapa teras dan memperkenalkan konsep “LIVES” yang meliputi kepimpinan, pengantarabangsaan, sukarelawan, keusahawanan dan sukan.

Sepanjang berada di UNISEL, pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh beliau terutama sekali dari segi pembangunan hal ehwal pelajar dan

program-program jaringan dengan masyarakat setempat. Unit seperti Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) ditubuhkan dalam usaha untuk menjadikan warga UNISEL sebagai warga kampus yang prihatin. Pelbagai program dilaksanakan di bawah kepimpinan beliau seperti program sukarelawan dan keusahawanan yang melibatkan hampir kesemua pelajar-pelajar dan kakitangan universiti.

Apa yang lebih menarik, di bawah kepimpinan beliau jugalah UNISEL telah berjaya menerima Dana Pengantarabangsaan daripada Kerajaan Negeri Selangor dimana para pelajar diberi peluang untuk membina jaringan antarabangsa di beberapa buah negara antaranya Indonesia, Brunei, Thailand, Vietnam, Australia, Korea Selatan, Kazakhstan dan negara-negara sekitar.

Setelah hampir tiga tahun berkhidmat di UNISEL, pada 24 Mac 2018, beliau telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dalam bidang pendidikan untuk memberi fokus sepenuhnya dalam bidang politik. Pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018, beliau berjaya memenangi kerusi DUN Seri Setia menewaskan calon-calon lain dengan 29,250 undi.

Pembabitan beliau dalam bidang politik tidak berakhir disitu apabila beliau terpilih menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Beliau amat terkenal dengan sikap rendah diri dan merupakan seorang pemimpin amat disegani dan disenangi oleh masyarakat setempat.

Pada 2 Ogos 2018 lepas, Prof. Dr. Shaharuddin menghembuskan nafas terakhir pada 6.28 petang di Hospital Putrajaya. Sesungguhnya berita ini amat memilukan bagi sesiapa sahaja yang pernah mengenalinya kerana Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin adalah permata yang tidak ternilai harganya.

Salam Takziah & Al-Fatihah.

EDISI OKTOBER 2018 29

Page 30: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel30

Seramai 2683 orang graduan layak menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-13 bertempat di Dewan Canselor, Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 1071 orang graduan yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, 1576 orang graduan peringkat Ijazah Sarjana Muda, 23 orang graduan peringkat Ijazah Sarjana serta seramai 13 orang graduan peringkat Kedoktoran. Istiadat penuh warna warni dan gilang gemilang ini akan berlangsung selama 3 hari bermula pada 27hb Oktober 2018 sehingga 29hb Oktober 2018. Konvokesyen kali ini dibahagikan kepada empat sidang bermula dengan sidang pertama pada 27 Nov 2018 (Sabtu) yang akan disempurnakan oleh Y.A.D. Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj selaku Canselor UNISEL dan diringi oleh Pro-Canselor UNISEL iaitu Y.A.D. Dato' Setia Dr. Haji Anuar bin Haji Masduki dan Y.A.D. Tan Sri Dato' Sri Dato' Setia Ismail bin Adam.

Turut hadir pada Istiadat Konvokesyen kali ini ialah Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Shari yang juga merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISE serta Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman. Selain itu, lebih daripada 300 jemputan kenamaan daripada pelbagai portfolio dijangka hadir pada sidang pertama Istiadat berlangsung,

antaranya ialah Ahli Dewan Undangan Negeri serta Parlimen di Selangor, Ketua jabatan diperingkat Kerajaan Negeri Selangor, wakil dari IPTA/ IPTS di Malaysia dan Negara seberang serta ramai lagi.

Sebanyak empat orang graduan bakal merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan 41 graduan pula menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program disamping empat anugerah utama yang menjadi daya tarikan utama setiap graduan. Anugerah yang dimaksudkan ialah Anugerah Canselor bakal diterima oleh Ng Zheng Jian, Sarjana Muda Kewangan (Kepujian), Anugerah Pengerusi bakal diterima oleh Syafika Alyani Binti Anua, Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri (Kepujian), Anugerah Naib Canselor bakal diterima oleh Aisha Ahmed Mohamed Motawh, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) (Komunikasi Korporat) serta Anugerah Exco Pendidikan bakal diterima oleh Nurul Aqilah Binti Mahmud, Diploma Pendidikan (Pengajian Islam). Setiap kategori anugerah diberikan adalah bukti keperihatinan universiti dalam menghargai kesungguhan serta kegigihan para graduan selama ini.

Dalam pada itu, UNISEL juga bakal menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik kepada Dr Makio Miyagawa. Beliau merupakan Duta Besar Jepun ke Malaysia sejak tahun 2014. Beliau merupakan graduan Kejuruteraan

Aeronautik dari The University of Tokyo, Japan dan kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dari University of Oxford, United Kingdom. Dr Makio Miyagawa pernah melibatkan diri dalam penghasilan bahan ilmiah berbentuk buku, antaranya adalah ‘Do Economic Sactions Work?’ dan ‘Keizai Saisai’. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Timbalan Pengarah Bahagian Amerika Syarikat dan Rusia, Timbalan Pengarah Bahagian Rusia, Pengarah Bahagian APEC dan Pembangunan Ekonomi serta Pengarah Bahagian Dasar Serantau. Pada tahun 2007, beliau telah diangkat sebagai duta yang mewakili Jepun di Geneva. Kini, beliau memegang portfolio sebagai Duta Besar Extraordinary dan Plenipotentiary Jepun ke Malaysia.

Istiadat Konvokesyen ini bertambah rancak dengan penganjuran Pesta Konvokesyen UNISEL (FESKONISEL) yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). FESKONISEL ini akan berlangsung selama 4 hari bermula daripada 26 sehingga 29 Oktober 2018 dengan pelbagai aktiviti, antaranya jualan pelbagai produk, pesembahan pelajar, pertandingan pentas, pertandingan sukan antara fakulti, persembahan artis serta pamerah kerjaya akan mengambil tempat bagi memenuhi kehendak dan selera pengunjung.

SERAMAI 2683 GRADUAN BAKAL BERGRADUAT SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KALI KE-13

Page 31: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

EDISI OKTOBER 2018 31EDISI OKTOBER 2017 31EDISI OKTOBER 2017 31

Page 32: Peneraju Transformasi 2018 ISTIADAT - media.unisel.edu.mymedia.unisel.edu.my/download/Buletin-Unisel-Oktober-2018.pdfEDISI OKTOBER 2018 3 KANDUNGAN 2 Dari Meja Ketua Editor 3 Isi Kandungan

BULETIN unisel32

KAMPUS BESTARI JAYAJalan Timur Tambahan45600 Bestari JayaSelangor Darul Ehsan MalaysiaPhone: +603 3280 5062

KAMPUS SHAH ALAMJalan Zirkon A7/A Seksyen 740000 Shah AlamSelangor Darul EhsanMalaysiaPhone: +603 5522 3400

www.unisel.edu.my