pendidikan seni @ corak dan rekaan

51
PENGHARGAAN Alhamdulillah, di sini saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala di atas limpah kurnia dan hidayah-Nya kerana saya dapat menyiapkan tugasan kerja khusus berasaskan ilmu (KKP) ini untuk memenuhi syarat seperti dalam performa subjek Pendidikan Seni Visual (SVC2103) sekaligus memberi pengalaman dan menambah pengetahuan saya. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ibu bapa tercinta dan keluarga yang turut memberikan semangat dan cetusan idea. Tidak lupa kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn.Marini binti Mohamaed Salihin kerana banyak memberi dorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan segala cadangan yang beliau telah berikan sepanjang menyiapkan kerja khusus ini. Sikap kesabaran, dedikasi serta minat yang beliau tunjukkan amat saya hargai. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan. kepada kawan-kawan sekelas sahabat saya yang sama-sama membantu dan berkongsi ilmu mahupun idea saya dalam melengkapkan kerja khusus ini.

Upload: haslinda-midy

Post on 21-May-2015

34.375 views

Category:

Design


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, di sini saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala di

atas limpah kurnia dan hidayah-Nya kerana saya dapat menyiapkan tugasan kerja khusus

berasaskan ilmu (KKP) ini untuk memenuhi syarat seperti dalam performa subjek Pendidikan

Seni Visual (SVC2103) sekaligus memberi pengalaman dan menambah pengetahuan saya.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

ibu bapa tercinta dan keluarga yang turut memberikan semangat dan cetusan idea. Tidak lupa

kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn.Marini binti Mohamaed Salihin kerana banyak memberi

dorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan segala cadangan yang beliau telah berikan sepanjang

menyiapkan kerja khusus ini. Sikap kesabaran, dedikasi serta minat yang beliau tunjukkan

amat saya hargai. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan. kepada kawan-kawan sekelas

sahabat saya yang sama-sama membantu dan berkongsi ilmu mahupun idea saya dalam

melengkapkan kerja khusus ini.

Page 2: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Halaman Pengakuan

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………………………………….

Nama Penulis : ………………………………………………………………….

Tarikh : ……………………………….

Page 3: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

1.0 PENGENALAN

Terdapat empat bidang yang disusun dalam Kandungan Sukatan Pelajaran

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada menggambar, membuat

corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.

Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan

aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui

penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan

dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi

pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa

bersama nilai yang disebutkan. Bidang mcbuat corak dan rekaan ini membolehkan

murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.

Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak

terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek

apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh

dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

Page 4: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

2.0 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan

sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang

tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan

rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain

kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara

teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada

dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh

terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang.

Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan

memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi

suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-

mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak

terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak

terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam

susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis

susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak

tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh

dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

Page 5: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

3.0 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

3.1 Susunan Ulang Sekata

Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi

menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan

grid sebagai panduan.

3.2 Susunan Berselang Seli

Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara

ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak

yang menarik.

Page 6: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

3.3 Susunan Batu Bata

Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya

disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

3.4 Susunan Bertimbal/cerminan

Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang

bertentangan.

3.5 Susunan Bertindih

Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga

membentuk corak yang menarik.

Page 8: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

3.9 Susunan turun separa

3.10 Susunan Berpusat

Page 9: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

3.11 Susunan Berombak

3.12 Susunan Jidar

3.13 Susunan Pucuk Rebung

Page 10: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

3.14 Susunan Siku Keluang

4.0 JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Reka corak terdapat dalam seni bina, hiasan, lanskap, kraf dan sebagainya. Motif ialah

sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri

daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Motif di dalam membuat corak dan

rekaan boleh didapati daripada:

a) Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi

b) Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang

lain.

c) Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia

d) Rupa atau bentuk angka dan huruf

e) Rupa atau bentuk kraf tradisional.

Page 11: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

5.0 ELEMEN ASAS SENI REKA DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas

seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman dalam asas seni reka sangat

penting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni visual yang baik

memerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dan prinsip

rekaan.

5.1 Unsur seni terdiri daripada:

(a) Garisan

(b) Warna-Warna terdiri daripada;

1. Warna asas - biru, merah dan kuning

2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu, kuning

dicampur merah = oren

3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder.

(c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada

kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan

manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri

dari ciptaan Yang Maha Kuasa.

Jalinan terbahagi dua jenis:

(i) Jalinan tampak

(ii) Jalinan sentuh

(d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung

garisan. Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri (bentuk

Page 12: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

yang khusus)

(e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu

(i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto,illustrasi- dalam bentuk dua

dimensi

(ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan

mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu

atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang

(f) Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek.

5.2 Prinsip rekaan terdiri daripada: a) Harmoni- situasi yang selesa

b) Penegasan- menarik perhatian si pemerhati

c) Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannya

d) Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri

e) Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar itu

f) Kesatuanmenimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat

g) Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan

6.0 TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

6.1 Perlakuan

a) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.

b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.

c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.

Page 13: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

d) Memilih dan mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan

gubahan seni.

e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.

f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.

g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.

h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.

i) Membezakan jenis corak tertentu.

j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.

k) Mengatur corak.

l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.

m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.

n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan

tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.

o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara

terperinci terhadap ciptaan tersebut.

6.2 Persepsi

a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,

kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.

b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.

c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.

d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.

e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.

f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.

Page 14: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.

h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.

i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.

j) Meneyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.

k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.

l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya

dengan kehidupan mereka.

m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan

karya yang berharmoni dan bermakna.

n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.

6.3 Pengetahuan Budaya

a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.

b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf

tradisional.

c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat

kegunaan harian.

d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf

tradisional.

e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan

kebangsaan.

Page 15: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

7.0 KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek

b) Corak sebagai elemen hiasan

c) Corak sebagai nilai estetik

8.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TIDAK TERANCANG)

Corak tidak terancang terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antara melalui

kegiatan seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan dan

percikan.

8.1 Pualaman

Pualaman adalah corak yang terhasil dari campuraduk warna yang diterapkan keatas

kertas atau kain atau apa-apa permukaan yang menghasilkan corak tidak terncang.

8.2 Tiupan

Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan

angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak

terancang).

Page 16: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

8.3 Titisan

Titisan merupakan satu teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan cara

menitiskan warna pada permukaan kertas lukisan secara rawak.

8.4 Ikatan dan celupan

Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan.

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup

cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.

Page 17: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

8.5 Renjisan dan percikan

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak

terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk

kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.

Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza

tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk

menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang

berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

9.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TERANCANG)

Kegiatan corak tidak terancang ialah lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan

guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.

9.1 Lukisan

Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan

Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil,

krayon, pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya.

Page 18: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Contoh lukisan

9.2 Catan

Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya,

membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau

dilihatnya dalam bentuk imej visual.

Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang. Corak

dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik.

Contoh catan

Page 19: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

9.3 Capan

Secaranya amnya teknik capan boleh digolongkan di bawah cetakan. Teknik capan

ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan

warna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu pemukaan. Capan boleh dihasilkan

dengan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan jenis bahan

Contoh capan

9.4 Cetakan

Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan

dakwat ke atas satu permukaan. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang

disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

Contoh cetakan

Page 20: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

9.5 Lipatan dan guntingan

Menghasilkan pelbagai corak bertibal balik dalam susunan bebas melalui lipatan dan

guntingan.

Contoh lipatan dan guntingan

9.6 Resis

Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat

dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Reka corak resis boleh

menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resis

memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan

asas rekaan dan prinsip rekaan.

Contoh resis

Page 21: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

9.7 Kolaj

Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal

sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih

untuk menghasilkan sesuatu corak.

Contoh kolaj

9.8 Teknik Kaligrafi

Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan. Motif yang

digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran. Motif yang

dilukiskan kemudian diwarnakan.

Contoh Teknik Kaligrafi

Page 22: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

10.0 KEMAHIRAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN ( CORAK TIDAK

TERANCANG)

JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG

10.1 TEKNIK : TITISAN

Penerangan

Teknik yang menggunakan berus, berus gigi atau penyedut minuman yang

melibatkan titisan dengan menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat

meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas,

plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan

yang spontan dan menarik.

Alatan dan bahan

Kertas lukisan, palet, warna poster, straw dan berus

Langkah-langkah

1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan.

Page 23: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

2. Celupkan berus atau straw didalam warna yang dikehendaki dan mulakan titisan

pada kertas lukisan.

3. Titiskan secara berulang-ulang warna lain sehingga dapat membentuk corak

titisan.

Page 24: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

4. Lukisan yang telah siap

Asas Seni Reka Dalam Karya

Unsur Seni

Rupa - rupa organik

Bentuk – Ilusi.

Jalinan –Tampak.

Ruang - Terdapat pada titisan yang berulang- ulang.

Warna - Menggunakan warna sekunder (jingga, hijau) dan warna

asas (biru).

Prinsip Rekaan

Kontra- Terdapat pada warna jingga,biru dan hijau.

Imbangan- Tidak simetri.

Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan.

Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.

Organisasi Rekaan

Komposisi- Susunan corak titisan berkenaan yang berulang-ulang.

Page 25: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG

10.2 TEKNIK : RENJISAN DAN PERCIKAN

Penerangan

Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan

renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan

yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas,

kain dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang menarik melalui teknik

renjisan dan percikan.

Alatan dan bahan

Kertas lukisan, warna poster, palet, berus dan berus gigi

Langkah-langkah

1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan (biru, hijau,

jingga).

Page 26: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

2. Celupkan berus gigi didalam warna yang dikehendaki dan mulakan percikan

pada kertas lukisan.

3. Percikan pula warna kedua iaitu warna kuning.

Page 27: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

4. Percikan pula warna ketiga iaitu warna merah pada kertas lukisan.

5. Lukisan yang telah siap

Asas Seni Reka Dalam Karya

Unsur Seni

Bentuk – Ilusi.

Jalinan –Tampak.

Ruang - Terdapat pada percikan yang berulang- ulang.

Warna - Menggunakan warna asas ( biru).

Warna sekunder ( hijau dan jingga).

Page 28: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Prinsip Rekaan

Kontra- Jingga, biru dan hijau

Imbangan- Tidak simetri.

Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan.

Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.

10.3 JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG

TEKNIK : CERMINAN

Penerangan

Satu aktiviti mencorak yang dihasilkan dari warna basah yang dititiskan satu persatu

dengan warna yang berbeza-beza pada satu bahagian kertas lukisan. Kertas lukisan

itu kemudian dilipat kepada dua bahagian dan digosok-gosok sehingga warna

tersebut tersebar pada bahagian kertas lukisan sebelahnya. Teknik ini dapat

menghasilkan corak tidak terancang cerminan.

Alatan dan bahan

Kertas lukisan, warna poster, palet dan berus.

Page 29: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Langkah-langkah

1. Lipat kertas kepada dua bahagian untuk mendapatkan garisan

tengah.

2. Buka balik kertas lukisan tersebut.

3. Titiskan warna satu persatu pada sebelah bahagian kertas lukisan

sahaja.

Page 30: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

4. Lipat kepada dua bahagian kertas lukisan tersebut, kemudian

gosokkan kertas lukisan tersebut bagi memastikan warna tersebar.

5. Buka kertas lukisan tersebut. Dapat dilihat hasil yang telah siap kesan

daripada gosokan pada kertas lukisan tersebut.

Page 31: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Asas Seni Reka Dalam Karya

Unsur Seni

Bentuk – Ilusi.

Jalinan –Tampak.

Ruang – Terdapat pada warna lipatan dan latar

Warna - Menggunakan warna asas (merah) dan warna sekunder (jingga).

Prinsip Rekaan

Kontra- Jingga, hitam, merah

Imbangan- Simetri.

Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat.

Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.

Organisasi Rekaan

Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada lipatan

tersebut.

Page 32: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

10.4 JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG

TEKNIK : TIUPAN

Penerangan Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan

angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak

terancang). Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan

asalnya dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut. Kemudian warna yang

diletakkan diatas sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki. Hasil corak tidak

terancang ini menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan, warna

dan jalinan serta prinsip irama dan pergerakan. Corak tiupan diaplikasikan dengan

media serta proses dan teknik secara kreatif dan membuat apresiasi terhadap karya.

Bahan/alatan:

kertas lukisan

warna poster @ buncho

Page 33: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

bekas pembancuh warna

berus warna

straw @ penyedut minuman

Langkah 1

1. Celupkan berus warna dan percikkan warna ke atas kertas lukisan.

2. Mulakan dengan warna yang cerah. 3. Percikkan seberapa banyak warna ke atas kertas.

Langkah 2

1. Tiupkan warna yang telah dititik itu dengan menggunakan penyedut minuman. 2. Tiup warna-warna itu ke serata arah supaya warna itu berkembang.

Langkah 3

Page 34: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

1. Tambahkan warna-warna yang lain dan ulang seperti di langkah 2.

Langkah 4

Hasil yang telah siap.

Asas Seni Reka Dalam Karya

Unsur Seni

Garidan – Pelbagai jenis garisan

Warna – Asas dan sekunder

Jalinan- tampak

Prinsip Rekaan

Page 35: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Ritma dan pergerakan- garisan pelbagai arah

Kepelbagaian- warna, garisan dan jalinan

Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat.

Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.

Organisasi Rekaan

Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada tiupan tersebut.

Page 36: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

11.0 PEMINDAHAN ILMU (LAWATAN)

TEMPAT : EENA BATIK SUTERA, TOK JEMBAL, KUALA

TERENGGANU, TERENGGANU.

TARIKH : 19 April 2012

JAM : 2.45 Petang hingga 5.00 petang

Bagi memantapkan lagi tugasan ini, saya dan rakan-rakan saya telah membuat

temujanji dan mengadakan lawatan ke Eena Batik Sutera di Kampung Tok Jembal,

Kuala Terengganu 19 April 2012 yang lalu. Kami bertolak ke sana pada jam 2.45

petang.

Setibanya disana saya dan rakan-rakan disambut mesra oleh pengusaha

batik tersebut iaitu Puan Rohaina binti Talib. Kami telah menemuramah dan

bertanya tentang perusahaan batik yang dijalankan oleh beliau di Kampung itu.

Beliau yang juga ahli Persatuan Pengusaha Batik Terengganu dan Malaysia

memaklumkan, batik yang dihasilkan di kilang beliau ini telah dipasarkan di Kuala

Lumpur, Terengganu, Selangor dan juga negeri-negeri lain. Bagi memperluaskan

lagi perusahaan batiknya kepada pengunjung luar, beliau telah mempamerkan batik

beliau di Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Saya juga telahbertanyakan kepada beliau tentang penghasilan batik

daripada awal sehingga batik berkenaan siap. Saya juga berkesempatan mengambil

gambar ketika pekerja Eena Batik Sutera sedang melakukan aktiviti mencanting dan

mewarna batik berkenaan.

Puan Rohaina juga telah mengajar saya dan rakan-rakan cara mencanting

dan mewarna batik dengan menggunakan teknik yang betul dan tepat agar batik

Page 37: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

yang dihasilkan tidak rosak atau cacat. Kami semua telah diberikan kain Fuji

sebanyak setengah meter dan dibahagi kepada empat bahagian untuk kami

hasilkan corak rekaan kami sendiri pada kain berkenaan.

Bagi saya, pengalaman melukis dan mewarna batik dengan menggunakan

kreativiti sendiri ini sangat mencabar, tetapi menyeronokkan kerana saya dapat

mempelajari sesuatu yang baru yang tidak pernah saya cuba sebelum ini.

Selain itu, beliau juga menunjukkan kepada kami alatan dan bahan-bahan

yang digunakan untuk memulakan dan menghasilkan batik. Menurut beliau, batik

biasanya diwarnakan beberapa lapis bagi menghasilkan batik yang cantik dan

berkualiti.

Akhir sekali, temuramah selama dua jam itu telah memberikan saya

maklumat yang sangat berguna yang dapat saya aplikasikannya apabila saya telah

mengajar kelak. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Rohaina

diatas layanan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami.

12.0 SEJARAH BATIK MALAYSIA

Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada sejarah

perkembangan pembuatan batik di Malaysia. Pembuatan batik bermula di Kota Bharu,

Kelantan sejak tahun 1914 yang telah dipelajari di Kepulauan Jawa. Kain batik

Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak ynag berasal dari Kelantan. Kain yang

digunakan untuk membuat batik dikenali sebagai Kain Pereir atau Kain Pelangi yang

bermaksud kain sutera tiruan ynag berasal dari negeri Siam. Haji Che Su dan rakan-

rakannya telah mengusahakan perusahaan bati pelangi di tepi sungai iaitu di lorong

Page 38: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Gajah Mati, Kota Bharu. Seterusnya, perkembangan pembuatan batik

diperkembangkan ke negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di Malaysia.

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses

melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk

utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam

semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

13.0 BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN BATIK

Warna yang digunakan untuk mewarnakan batik

Berus untuk mmewarna

Page 39: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Kain yang digunakan untuk menghasilkan batik

Pemidang digunakan untuk meletakkan batik yang hendak dilukis.

Kekuda digunakan untuk meletakkan pemidang.

Page 40: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Canting digunakan untuk membuat lakaran pada batik

Pencedok Lilin digunakan untuk mencedok lilin.

Page 41: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Sodium Silicate digunakan untuk mematikan warna pada kain. Supaya warna

kekal dan tidak luntur.

Soda (untuk menanggalkan lilin pada kain).

Lilin (putih) dan ‘Diamond’ (Kuning).

Page 42: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

14.0 PROSES PENGHASILAN BATIK

1. Kain batik direntangkan pada pemidang.

2. Corak yang sesuai dilukis dan diwarnakan pada kain berkenaan.

Page 43: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

3. Batik yang telah dilukis dan diwarna itu di kemaskan dengan lilin untuk

bahagian yang lain pula. Teknik ini dipanggil ‘canting’.

4. Batik diletakkan pada pemidang dan diwarnakan pula bahagian latar pada kain

berkenaan.

5. Batik yang telah diwarnakan akan direndam dalam sodium silicate selama beberapa

jam mengikut jenis kain untuk mematikan warna.

6. Selepas itu kain hendaklah dibilas sehingga bersih dan jemur.

7. Kemudian rebus air sehingga mengelegak, masukkan soda untuk menanggalkan

lilin dan rebus kain selama beberapa minit.

8. Angkat kain tersebut dan jemur batik ditempat yang panas.

Page 44: Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Page 45: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

15.0 PENUTUP

Rekaan dan corak merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat

memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efekif. Rekaan corak terancang

dan corak tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik.

Walaubagaimanapun, kemahiran kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk

menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan

berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat

diperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang

itu lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendidikan Seni Visual

menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan

berbudaya.

Tugasan ini dapat membantu menyediakan bahan bantu mengajar di sekolah.

Secara tidak langsung, tugasan ini memberi tambahan ilmu dan kemahiran kepada

saya nanti apabila bergelar sebagai seorang guru kelak. Pendidikan Seni juga

memainkan peranan memperkembang sifat-sifat kreatif, ekspresif dan aktif melalui

persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan

reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan menyatakan idea dan

ekspresi diri. Bidang mencorak dan membina banyak memberi kreativiti kepada murid

amnya dan kepada guru khasnya.

Page 46: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS NAMA PELAJAR : RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN

NO. MATRIK : 124953

KUMPULAN : DPLI – SR (PSV 1)

SEMESTER : 1 / 2012

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL (SVC2103)

PENSYARAH : PN.MARINI BT. MOHAMED SALIHIN

Bil

. TARIKH

PERKARA YANG

DIBINCANGKAN CATATAN T/TANGAN

1. 20.02.12 Menerima soalan tugasan

dan taklimat daripada

pensyarah mata pelajaran

– Pn. Marini

- Taklimat diadakan di

kelas PSV 1.

- Tugasan perlu

dihantar pada

22.4.2012

(Pn. Marini bt

Mohamed Salihin)

2. 28.02.12

Memahami kehendak

soalan tugasan

- Merangka sub topik

- Membuat jadual

Kerja

3. 15.03.12

Mencari maklumat soalan

tugasan dari Pusat

Sumber .

- Membuat pinjaman

sebanyak 2 buah

buku

4. 20.03.12

Menyediakan draf tugasan

individu.

- menyusun maklumat

mengikut keutamaan

- menganalisis

Page 47: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

maklumat

berdasarkan

kehendak soalan

5. 24.03.12 Mencari maklumat soalan

tugasan dari Pusat

Sumber.

- membuat pinjaman

lagi 2 buah buku

- mencari isi-isi

Penting

6. 03.04.12 Menaip tugasan. - memperincikan

tugasan huraian dan

contoh

- membaiki cara

penulisan

7. 19.04.12 Lawatan Pemerolehan

Ilmu ke Perusahan Batik

Eenaa Batik Sutera, Tok

Jembal.

- melihat sendiri

proses penghasilan

batik

-mendokumentasikan

proses yang terlibat.

8. 21.04.12 Menyemak dan

memperbaiki tugasan

- membuat

penambahan huraian

dan maklumat

9. 21.04.12 Menyempurnakan dan

mengedit tugasan

- melengkapkan

segala maklumat

- lampiran yang perlu

dimasukkan

10. 22.04.12 Menghantar tugasan

lengkap kepada

pensyarah

diterima dan

direkodkan

(Pn.Marini bt.

Mohamed Salihin)

Page 48: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

REFLEKSI

Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat

saya menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek

Pendidikan Seni Visual (SVC2103). Terima kasih juga kepada Pensyarah saya Pn.

Marini bt Mohamed Salihin yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan

tugasan ini. Pada awalnya saya merasakan tugasan yang diberikan ini merupakan satu

cabaran kepada saya. Ini disebabkan kesukaran dalam mendapatkan bahan rujukan

berkaitan tajuk yang diperoleh. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada saya untuk

menyiapkan tajuk yang diberikan.

Dalam tajuk tugasan ini saya perlu menyediakan satu tugasan yang mencakupi

konsep membuat corak dan rekaan yang terdiri daripada corak dan rekaan yang

terancang serta corak dan rekaan yang tidak terancang. Setiap tajuk-tajuk ini saya perlu

menyertakan sekali contoh gambar atau hasil karya lukisan mengikut tajuk yang sesuai

bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk memahaminya selain dari diri saya sendiri.

Bidang mencorak dan membina ini perlu menggabungjalinkan dengan elemen asas

seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guru

seni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Ini kerana

kreatviti dan imaginatif murid adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan

dan kemahiran di dalam menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni.

Selain itu, saya juga perlu mengatur satu sesi pemerolehan ilmu dengan cara

membuat lawatan ke satu tempat pembuatan hasil batik iaitu batik sutera yang terletak

di Tok Jembal, berhampiran dengan IPG KDRI. Sesi temuramah dengan pengusaha

Page 49: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

dan pekerja di tempat pembuatan batik adalah bagi menambah ilmu dan kemahiran

dalam penghasilan corak dan rekaan mereka. Bagi aktiviti ini saya bersama empat

orang rakan lagi telah turut serta ke tempat perusahaan batik ini. Di sini, kami telah

mengumpul hasil data dalam pemprosesan pembuatan hasil batik ini. Proses artistiknya

juga turut kami rakamkan. Selain itu juga, kami turut mengambil kesempatan dalam

mengembangkan bakat dan kemahiran dalam membuat satu hasil batik.

Kekangan yang perlu saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah proses

memulakan tugasan ini saya agak sukar kerana menjelaskan konsep corak dan rekaan,

mempunyai pecahan-pecahan tajuk ini agak meluas. Keadaan ini memerlukan banyak

pembacaan dan pemahaman terhadap tugasan ini. Huraian utama dinyatakan perlulah

jelas dan tepat serta lengkap dengan contoh. Pada pendapat saya tajuk kerja kursus ini

mempunyai banyak fakta dan kemahiran yang perlu diingati, dipelajari dan difahami.

Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk saya

melaksanakan tugasan yang diberikan. Ketika inilah pemikiran yang tinggi, kritis dan

kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori corak dan rekaan perlu

difahami konsepnya selaras dengan kehendak tugasan ini.

Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan saya kenalpasti sepanjang

melaksanakan tugasan kerja kursus yang berkisahkan tentang corak dan rekaan.

Merasakan bahawa Antara kelebihan yang diperoleh dari tugasan ini adalah

penambahan ilmu dan kreativiti tentang bidang mencorak dan rekaan. Sebelum ini saya

tidak mengetahui untuk membezakan antara teknik bidang menggambar dan mencorak.

Setelah tugasan ini siap, saya dapat merasakan bahawa aktiviti ini sangat

menyeronokkan kepada saya dan murid saya khususnya nanti. Selain itu juga saya

Page 50: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

mendapat pendedahan ilmu tentang susunan dan teknik yang boleh digunakan dalam

bidang ini dari teknik susah kepada teknik senang.

Bidang mencorak dan rekaan ini juga dapat menyediakan alat bantu mengajar atau

sesuatu karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni. Seterusnya, saya

mengharapkan murid saya nanti akan dapat melihat betapa seronoknya pelajar saya melakukan

aktiviti seni di dalam kelas. Contohnya aktiviti membuat kolaj yang dijalankan di dalam kelas akan

menyeronokkan kepada murid-murid nanti. Kepentingan seorang guru seni untuk menyediakan

alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah-kaedah yang sesuai serta

rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakan satu pelajaran seni

yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak katapepatah, „Kalau tak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya‟

Selain itu juga, pemerolehan ilmu semasa mengadakan temuramah adalah

cukup bermakna. Kerjasama yang diberikan dan segala perkongsian ilmu sungguh

berharga. Sikap tidak lokek ilmu yang ada dalam diri pengusaha perusahaan batik

tersebut haruslah ada juga di setiap masyarakat diseluruh pelusuk dunia. Tugasan ini

juga banyak mengajar dan membuka minda dan mata kami tentang seni yang telah di

manipulasikan dalam kehidupan harian kita. Masyarakat sekeliling sahaja yang tidak

ada kesedaran tentang itu.

Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak

faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini

serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti

bagi melahirkan modal insan yang kreatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Page 51: Pendidikan seni @ corak dan rekaan

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang

terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya

ini. Segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki untuk kursus yang akan datang

supaya tercapai segala matlamat dan objektif dengan jayanya.

Disediakan oleh,

……………………………

(RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN)

NO.MATRIK :124953