pendidikan islam powerpoint
DESCRIPTION
pendidikan islamTRANSCRIPT
PENDIDIKAN ISLAM
SOLAT BERJEMAAHSYARAT MENJADI IMAM DAN MAKMUM
KAIFIAT MENGGANTI IMAM YANG TERBATAL SOLATNYA
OLEH :AMINAH BINTI ANUAR (S86S-1112-0988)
SITI SALWA BT ABD RAHMAN (S86S-1112-0992)PPISMP GSTT SEJARAH (SEM 1)
UNTUK :USTAZ AMIR AZHAR
SOLAT BERJEMAAH• Solat dari sudut bahasa ialah doa.• Solat dari sudut istilah pula ialah suatu perbuatan khusus
yang dimulai dengan takbiratul-ihram dan disudahi dengan salam yang berpandukan kepada rukun-rukun dan syarat-syarat yang tertentu.
• Jemaah dari sudut bahasa bermaksud himpun atau kumpul.
• Jemaah dari sudut istilah ialah satu keadaan yang beramai-ramai.
• Solat Berjemaah ialah solat yang dilakukan oleh tidak kurang daripada dua orang, di mana salah seorang daripadanya mengikut yang seorang lagi. Orang yang diikuti dinamakan Imam dan orang yang mengikuti dinamakan makmum.
HADITH NABI
�ه� �ه� صل�ى الل س�ول الل ن� ر أ �ن� ع�مر عن� اب
ف�ضل� �جماعة� أ ة� ال �م قال صال ل �ه� وس ي عل
جة% ر�ين در �ع* وع�ش� ب �س �فذ. ب ة� ال م�ن� صال
Daripada Ibn ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat berjemaah itu
lebih afdhal daripada solat berseorangan dengan kadar 27 darjat . Hadit
Riwayat Al-Bukhari, no: 645, dan Muslim, no: 249
KEUTAMAAN SOLAT BERJEMAAH
• Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa
solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan
rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya
pembebasan dari api neraka .” ( HR Ibnu Majah )
• Dari Abi Darda’ , ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sembahlah
Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya, maka
sesungguhnya ia melihatmu. Hitunglah dirimu dalam menghadapi kematian. Jauhilah
olehmu dari doa orang-orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doa orang tersebut
akan dikabulkan. Barangsiapa di antara kamu dapat menghadiri dua solat wajib, iaitu
isyak dan subuh, sekalipun dengan merangkak, hendaklah ia lakukan .” ( HR Thabrani )
HUKUM SOLAT BERJEMAAH• Sebahagian ulama’ mengatakan hukum solat berjemaah
adalah fardhu ain, manakala sebahagian yang lain pula menyatakan fardhu kifayah.
• Sesetengahnya pula berpendapat sunat muakkad, dan ini jugalah pendapat Imam Syafi’e r.a.
• Dalil dari Al-Quran menyatakan firman Allah dalam Surah an-Nisa’ ayat 102 :
ق�م� �ت ة فل ه�م� الص�ال قم�ت ل �نت ف�يه�م� فأ �ذا ك وإ
�ه�م م�عك �فة< م.ن طآئ“Dan apabila kamu (Rasulullah) bersama mereka para pejuang
(dalam peperangan) mahu mengerjakan sembahyang, hendaklah sebahagian dari mereka berdiri sembahyang bersama kamu”
KUOTA SOLAT BERJEMAAH• Sekurangnya dua orang, seorang imam dan seorang
lagi makmum.• Sabda Nabi S.A.W :
االثنان فما فوقهما جماعة“Dua orang dan lebih sudah dikira berjemaah”
(HR Ibn Majah)
KEUZURAN BERJEMAAH• Solat berjemaah tidak boleh ditinggalkan kecuali ada keuzuran
sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada
Rasulullah S.A.W :
من سمع النداء فلم يأته فال صالة له اال
من عذر
Maksudnya : “Sesiapa yang mendengar azan tetapi ia tidak hadir
maka tidaklah sempurna solatnya kecuali disebabkan keuzuran”
(HR Ibn Majah)
KEUZURAN BERJEMAAH• Keuzuran yang diizinkan oleh syarak untuk tidak
berjemaah terbahagi kepada dua :Keuzuran Umum – hujan, cuaca terlalu sejuk atau angin
yang kuat pada waktu malam dan jalan yang terlalu becak dan berlumpur.
Keuzuran Khusus – sakit, keadaan yang terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang yang melakukan kezaliman ke atas dirinya dan hartanya, dan ketika menahan diri daripada berlaku hadath (kecil) disebabkan kencing dan buang air besar, dan siap sedia untuk bermusafir. Ini di sebut keuzuran syarak yang diizinkan untuk tidak berjemaah kepada orang yang dalam keadaan sedemikian.
SYARAT UNTUK MENJADI IMAM
Lebih banyak mengerti dan
paham masalah
ibadah solat.
Lebih banyak hafal surah-
surah al-Quran.
Lebih fasih dan baik dalam membaca
bacaan-bacaan solat.
Lebih tua daripada ahli
jemaah lainnya.
Tidak mengikuti
gerakan solat orang lain.
Lelaki. Tetapi jika semua makmum
adalah wanita, maka imam
boleh wanita.
SYARAT SAH MENJADI MAKMUM
1. Niat untuk mengikuti imam dan mengikuti gerakan imam.
2. Berada satu tempat dengan imam.
3. Lelaki dewasa tidak sah jika menjadi makmum imam wanita.
4. Jika imam batal, maka seorang makmum maju ke depan
menggantikan imam.
5. Jika imam lupa jumlah rekaat atau salah gerakan solat,
makmum mengingatkan dengan membaca subhanallah dengan
suara yang dapat didengar imam. Untuk makmum wanita
dengan cara bertepuk tangan.
6. Makmum dapat melihat atau mendengar imam.
SYARAT SAH MENJADI MAKMUM7. Makmum berada di belakang imam.
8. Mengerjakan ibadah solat yang sama dengan imam.
9. Jika datang terlambat, maka makmum akan menjadi masbuk
yang boleh mengikuti imam sama seperti makmum lainnya,
namun setelah imam salam masbuk menambah jumlah rakaat
yang tertinggal. Jika berhasil mulai dengan mendapatkan rukuk
bersama imam walaupun sebentar maka masbuk mendapatkan
satu rakaat. Jika masbuk adalah makmum pertama, maka
masbuk menepuk bahu imam untuk mengajak solat berjemaah.
KEDUDUKAN IMAM DAN MAKMUM DALAM SOLAT JEMAAH
1. Jika terdiri dari dua lelaki atau dua wanita saja, maka yang satu
menjadi imam dan yang satu menjadi makmum berada di sebelah kanan
imam agak ke belakang sedikit.
2. Jika makmum terdiri dari dua orang atau lebih maka kedudukan
makmum adalah membuat barisan sendiri di belakang imam. Jika
makmum yang kedua adalah masbuk, maka masbuh menepuk bahu
makmum pertama untuk melangkah kebelakang membuat barisan tanpa
membatalkan solat.
3. Jika terdiri dari makmum lelaki dan makmum wanita, maka makmum
lelaki berada dibelakang imam, dan wanita dibelakang makmum lelaki.
4. Jika ada anak-anak maka anak lelaki berada di belakang makmum
lelaki dewasa dan disusul dengan makmum anak-anak perempuan dan
kemudian yang terakhir adalah makmum perempuan dewasa.
KAIFIAT MENGGANTI IMAM YANG TERBATAL SOLATNYA
• Sekiranya imam terbatal solatnya dalam keadaan qiam, maka makmum yang berada betul-betul di belakang imam, akan naik secara automatik sebagai imam. Ketika melangkah, jangan melebihi tiga kali berturut-turut kerana ia boleh membatalkan solat Oleh itu, bukan sebarang orang boleh berada di belakang imam. Biasanya tempat ini akan di isi oleh tok bilal.
• Sekiranya imam terbatal solatnya ketika sedang iktidal atau duduk antara dua sujud, makmum yang mahu menggantikan imam itu perlu bangun dan melangkah ke tempat imam itu dan duduk, lalu menyambung sujud yang kedua.
SOALAN???????• BAGAIMANA KALAU MAKMUM
YANG BERADA DI BELAKANG IMAM, BUKANLAH SESEORANG YANG LAYAK MENGGANTIKAN IMAM????? Contohnya …makmum yang bacaannya kurang baik.
JAWAPAN IALAH……• Menurut Ustaz Mohd Nidzam Bin Abd Kadir
menyatakan, tok imam perlu melantik makmum yang berdekatan dan sesuai untuk menggantikannya. Lantikan ini hendaklah dibuat dengan menggunakan bahasa isyarat sahaja seperti menutup hidung seolah-olah berlaku suatu kecederaan ke atasnya, maka makmum berada betul2 di belakang imam dan berkelayakan akan keluar saf bagi menggantikan imam pertama dan akan meneruskan solat sehingga selesai.
BIBLIOGRAFI• Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir, 2006. Soal
Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu
Bertanya. Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
• Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid,
2009. Indahnya Hidup Bersyariat. Telaga Biru Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.
• Abdul Ghani Jabal Maraqy, 2005. Munyatul Musolli.
Jabal Maraqy Enterprise Kota Bharu. Kelantan.
• Ahmad Mohd Salleh & Mohd Farid Hafidz Ahmad,
2008. Islam Agama Rabbani. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
• Abu Al-Baqir Ad-Dusuqi, 2009. Panduan
Fardhu Ain Lengkap. Al- Baqir Enterprise.
Kota Bharu.
• Ustaz Mansor Bin Abdullah, 2004. Fiqh
Islamiah. KUSZA, Kuala Terengganu.
• Ustaz Azhar Idrus, 2011. Anda Bertanya
Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan
Permasalahan Semasa. PTS Islamika Sdn.
Bhd. Selangor.