pendekatan integratif dalam kajian hukum islam

Download PENDEKATAN INTEGRATIF DALAM KAJIAN HUKUM ISLAM

Post on 21-Jan-2017

230 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    PENDEKATAN INTEGRATIF DALAM KAJIAN HUKUM ISLAM:

    APLIKASI TERHADAP KADAR ALKOHOL YANG DIBENARKAN DALAM MAKANAN DAN MINUMAN

    Mohammad Aizat Jamaludin, Mohd

    Anuar Ramli & Mohd Mahyeddin Mohd Salleh

  • 2

    PENDEKATAN INTEGRATIF DALAM KAJIAN HUKUM ISLAM: APLIKASI

    TERHADAP KADAR ALKOHOL YANG DIBENARKAN DALAM

    MAKANAN DAN MINUMAN

    Mohammad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli & Mohd Mahyeddin Mohd Salleh

    *Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia. Email:

    eizuhdi08@gmail.com. Tel: 03-89471036. Fax: 03-89412624.

    **Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

    ***Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

    Abstrak

    Dewasa ini, kajian dalam disiplin hukum Islam telah mengalami anjakan dari tradisi lama

    yang berbentuk disiplin tunggal (single disciplinary) kepada tradisi baharu yang bercorak

    integratif, sama ada melibatkan kajian hukum Islam dengan sains tulen ataupun disiplin

    hukum Islam dengan sains sosial. Anjakan ini adalah hasil daripada kesedaran tentang

    keperluan kepada penyelidikan multi disiplin di samping cabaran terhadap kelangsungan

    hukum Islam sebagai panduan hidup bagi masyarakat Islam. Ini kerana cabaran masa kini

    amat mendesak dalam tiap lapangan kehidupan kesan perkembangan sains dan teknologi dan

    dinamika sosial masyarakat Islam. Implikasinya telah menimbulkan isu-isu baharu sama ada

    yang jawapannya dapat dirujuk secara langsung dalam legasi dan korpus ulama klasik

    ataupun memerlukan kajian hukum semasa yang komprehensif. Sehubungan itu, kajian ini

    akan membincangkan tentang pendekatan integratif dalam kajian hukum Islam, dengan

    menawarkan model integrasi disiplin hukum Islam bersama disiplin sains makanan. Aplikasi

    ini diterapkan dalam kajian tahap kadar alkohol yang dibenarkan dalam produk makanan.

    Analisis dijalankan berpandukan hadis Nabi SAW berkaitan fermentasi nabidh dalam kajian

    makmal melalui instrumen gas chromatography-mass spectrometry (GC-MS). Hasil kajian

    mendapati, dengan mengaplikasikan pendekatan integratif, dapatan kajian hukum Islam

    adalah lebih tepat dan mampu dibuktikan secara saintifik.

    Kata kunci: Pendekatan integratif, hukum Islam-sains, alkohol, produk halal, nabidh

  • 3

    PENGENALAN

    Penentuan hukum Islam kini lebih praktis berbanding pendekatan yang dilakukan pada masa

    lalu. Pendekatan masa lalu tidak terdedah dengan teknologi moden yang mana penentuannya

    biasanya berdasarkan pemerhatian luaran yang dapat dicapai bersumberkan pancaindera yang

    asas seperti bau, rasa dan warna (Hamidah, 2009). Namun, senario masa kini menunjukkan

    penentuan status hukum telah berkembang dengan mengambilkira disiplin ilmu-ilmu lain

    seperti sains dan teknologi serta sains sosial, misalnya seperti sosio-budaya, ekonomi, dan

    politik. Hal ini disebabkan supaya penentuan hukum Islam dapat dikenalpasti dengan lebih

    tepat dan berkesan.

    Dalam proses penghasilan produk makanan dan minuman semasa, telah timbul beberapa isu

    (Riaz, 2004). Di antaranya adalah melibatkan sumber bahan, cara pemprosesan dan

    penyimpanan, tujuan penghasilan, penghantaran dan penghasilan produk akhir. Ia

    merangkumi produk makanan atau minuman yang mengandungi bahan haram seperti produk

    berasaskan khinzir, alkohol (Riaz, 1997), khamar, darah, bangkai dan haiwan yang tidak

    disembelih mengikut hukum syarak. Penghasilan ini menimbulkan keraguan apabila

    sebilangan pemprosesannya tidak jelas dan mengelirukan (Hani, 2013).

    Dalam kajian ini, pengkaji akan mengaplikasikan kajian berkaitan pendekatan integratif

    terhadap penentuan status alkohol dalam produk makanan dan minuman berasaskan

    pendekatan integratif antara disiplin penelitian hukum Islam dengan disiplin sains makanan.

    KAJIAN INTEGRATIF DALAM DISIPLIN HUKUM ISLAM

    Kajian berasaskan pendekatan integratif dalam disiplin hukum Islam kini mula dibincangkan

    dengan aktif ekoran usaha dan gerakan Islamisasi ilmu oleh kalangan sarjana Islam (Ahmad

    Syarifin, 2007). Ia melibatkan integrasi beberapa bidang penyelidikan seperti hukum Islam

    dengan sains tulen, dan juga bidang hukum Islam dengan sains sosial.

    Secara dasarnya, pendekatan integratif signifikan dalam kajian kontemporari. Ini kerana

    selepas berlakunya dikotomi disiplin ilmu, banyak penyelidikan dijalankan bersifat sebelah

    pihak (bias), miskin nilai agama, terisolasi daripada tradisi ilmiah dan hasilnya, kajian yang

    dijalankan kurang tepat kerana terpisah antara satu sama lain. Dikotomi ilmu merujuk kepada

  • 4

    sikap atau faham yang membezakan, memisahkan dan mempertentangkan antara ilmu-ilmu

    agama (al-Ulum al-Diniyyah) dan ilmu bukan agama (al-Ulum al-Aqliyyah). Istilah lain

    yang turut digunapakai adalah dualisme ilmu.

    Pendekatan integratif ini bukan suatu yang baharu dalam disiplin ilmu Islam. Dunia Islam

    mulai terputus hubungan dengan aliran utama dalam sains dan teknologi menjelang abad ke

    enam belas. Akibatnya bangsa Eropah dan barat telah melangkah ke hadapan sementara umat

    Islam terbelenggu dalam keterpencilan intelektual (Ikhrom, 2001).

    Dikotomi ini berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya stagnasi pemikiran Islam yang

    melanda dunia intelektual Muslim sejak abad XVI hingga abad XVII Masihi. Fenomena ini

    diperparahkan lagi dengan jatuhnya Baghdad ke tangan penjajah Monggol pada 1258M di

    samping siri kolonialisme barat ke atas dunia Islam (Muhyar Fanani, 2007).

    Dampak negatif daripada proses dikotomi ini menyebabkan lahirnya ketidakseimbangan

    dalam orientasi pengajian Islam selain berlakunya disintegrasi dalam sistem pengajian Islam.

    Sedangkan pada abad pertengahan para intelektual Muslim tidak hanya menghasilkan karya

    dalam ilmu keagamaan semata-mata tetapi mereka juga pakar dalam berbagai cabang

    keilmuan rasional dan empiris. Antaranya seperti Jabir Ibn Hayyan (750-803), al-Khawarizmi

    (780-850), al-Kindi (806-873), al-Farabi (870-950), Ibn Haytham (965-1039) dan Ibn Sina

    (980-1037) (Azyumardi Azra, 2005).

    Secara umumnya, pendekatan integratif merujuk kepada kajian yang menggunakan cara

    pandang dan cara analisis yang menyatu dan terpadu. Dalam istilah yang lain, setengah

    kalangan gemar menggunakan istilah Islamisasi ilmu berbanding integrasi ilmu (Mohd Yusof

    Hussain, 2006). Ia adalah paduan antara ilmu keislaman dengan disiplin lain dalam

    menyelesaikan masalah yang dikaji (Khoiruddin Nasution, 2009). Ia juga identik dengan

    pendekatan interdisiplin yang mana disiplin lain digunakan secara bersama untuk

    menghasilkan dapatan kajian, sama ada paduan dengan disiplin sains sosial ataupun disiplin

    sains tulen. Dengan kata lain, paradigma monokotomik (tiada pemisahan) ini merupakan

    penyatuan dua entiti menjadi satu yang integral-interkonektif sehingga terjalin hubungan yang

    bersifat simbiosis-mutualisme pada titik konvergensi antara ilmu pengetahuan yang bersifat

    objektif dengan keyakinan yang subjektif atau sebaliknya (Armai Arief, 2011). Justeru itu,

  • 5

    kajian dalam disiplin pengajian Islam yang berorientasikan paradigma ini dapat menyumbang

    kepada perkembangan ilmu yang holistik-integralistik.

    Kerangka Kajian Integratif Hukum Islam Dengan Sains

    Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih untuk menggunakan kerangka kajian integrasi

    hukum Islam (fiqh) dengan sains sebagai asas penentuan kadar alkohol yang dibenarkan

    dalam Islam. Ia dapat diteliti dalam Rajah 1.

    Rajah 1: Kerangka kajian Integrasi Hukum Islam dengan Sains

    (1 = merujuk kepada isu halal haram)

    (Sumber: Analisis Pengkaji)

    Rajah 1 menunjukkan kerangka asas kajian integrasi hukum dengan sains terhadap penentuan

    isu halal haram. Untuk menentukan status tersebut, penelitian pertama dilakukan terhadap

    disiplin pengajian hukum Islam terutama Usul al-Fiqh yang diwakili oleh A1.

    Ia melibatkan

    penelitian terhadap nas-nas al-Quran dan al-Sunnah berkaitan isu yang dikaji serta

    perbincangan ulama klasik dan kontemporari. Data kajian bahagian A1 diintegrasikan dengan

    kajian dalam disiplin ilmu lain seperti sains tulen yang diwakili oleh B1. Kajian saintifik ini

    melibatkan uji kaji makmal. Kemudiannya data saintifik B1 diintegrasikan dengan data A

    1,

    yang mana hasilnya dikenal pasti melalui proses C1, iaitu penentuan hukum yang

    dilaksanakan menurut mekanisme ijtihad yang bersifat kolektif dengan mengambil kira

    dapatan saintifik bagi menghasilkan hukum, iaitu D1. Justeru, D

    1 adalah hasil penelitian

    terhadap penentuan status hukum kepada isu halal haram yang timbul. Kerangka ini juga

    dapat dilihat dalam rumus ringkas seperti dalam rajah 2 berikut:

    Isu Halal Haram

    Hukum Islam

    (Fiqh & Usul al-Fiqh)

    Sains Tulen

    +

    Proses Ijtihad (Kolektif) Hukum

    A1 B1 C1 D1

  • 6

    Rajah 2 Rumus Kajian Integratif Terhadap Isu Alkohol

    A1 (Usul al-Fiqh) + B

    1 (Saintifik) = C

    1 (Integratif) D

    1 (Hasil Kajian)

    (1 = merujuk kepada isu berkaitan isu halal haram)

    (Sumber: Analisis Pengkaji)

    Rajah 2 menunjukkan rumus ringkas terhadap penelitian isu halal haram. A1 mewakili disiplin

    ilmu Usul al-Fiqh akan digabungkan dengan kajian saintifik, iaitu B1 yang melalui proses C

    1

    iaitu integrasi (mekanisme ijtihad) bagi menghasilkan D1, iaitu hukum.

    Selain itu,

Recommended

View more >