pendekatan dalam psk

Upload: pikahd

Post on 11-Jul-2015

1.056 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR/KBSM Prof. Madya Dr. Chang Lee Hoon Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Kuala Lumpur [email protected]

1. PENGENALAN Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik and Kewarganegaraan KBSR/KBSM memberi cabaran dan peluang kepada para pendidik untuk melahirkan warganegara Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab supaya mereka sanggup dan boleh memberi sumbangan yang berkesan dalam pembangunan dan kesejahteraan negara dan global. Selain daripada itu, dalam abad 21 ini, perubahan dan kompleksiti yang sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, kebangsaan dan global telah menambah cabaran kepada para pendidik untuk mendidik murid menjadi warganegara Malaysia yang berkesan serta menjadikan wawasan negara kita sesuatu realiti.

Sehubungan dengan itu, pendekatan dalam Pendidikan Sivik and Kewarganegaraan (PSK) KBSR/KBSM seharusnya menggalakkan murid menyertai secara aktif dan interaktif dalam proses pembelajaran. Pendekatan penyertaaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK ini akan memberi peluang kepada murid mengalami dan melibatkan diri dalam proses memperolehi pengetahuan, kemahiran serta nilai sivik dan kewarganegaraan. Dalam kata lain, dengan menggunakan pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK, guru seharuslah kurang bercakap dan bertanya. Sebaliknya, murid akan diberi peluang untuk bertanya, berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain dalam memberi dan berkongsi pendapat dan idea untuk memahami dan mengkaji peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia yang patriotrik dan tanggungjawab. Berlandaskan kepada kepentingan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, maka pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK akan melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti yang berikut: (1) Pembelajaran aktif (2) Pembelajaran koperatif (3) Pembelajaran penyelesaiaan masalah

(4) Pembelajaran mesra budaya dan (5) Pembelajaran berkhidmat 2. PEMBELAJARAN AKTIF Pembelajaran aktif dalam PSK akan membolehkan murid memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli yang berkesan dalam pelbagai kumpulan sosial (keluarga, sekolah, rakan, komuniti tempatan, agama, negara dan global) sama ada pada masa kini atau masa depan. Ini adalah kerana pembelajaran aktif melibatkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran hands on dan minds-on dan bukanlah secara pasif atau flat. Melalui pembelajaran yang bermakna sebegini, murid akan diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran dan nilai serta mengaplikasikan pengetahuan sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan hariannya. Untuk mengaplikasikan pembelajaran aktif dalam PSK, aktiviti pembelajaran yang memfokuskan murid seharusnya mencabar, menarik dan relevan supaya murid dapat mengaplikasikan hasil pembelajaran yang diperolehi daripada sesuatu aktiviti kepada suasana pembelajaran yang lain. Dalam kata lain, melalui aktiviti pembelajaran yang aktif murid dapat mempelajari sesuatu yang bermakna kerana mereka akan diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Terdapatnya pelbagai aktiviti pembelajaran aktif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Antaranya ialah: Perbincangan atau kerja kumpulan kecil seperti buzzing, sumbang saran, main peranan, simulasi, debat dan forum. Aktiviti pembelajaran koperatif berkumpulan seperti berfikir-berpasanganberkongsi, permainan,main peranan, peer tutoring dan jigsaw. Aktiviti pembelajaran siber. Contohnya, seperti mencari maklumat melalui internet, membina laman web atau bertukar pendapat melalui emel dengan murid dari sekolah lain sama ada dalam atau luar negeri. Demonstrasi sama ada oleh guru atau murid seperti cara penampilan diri dalam menjaga maruah diri (KBSR Tahun 4) dan cara menolak pelawaan rakan untuk melakukan sesuatu yang negatif (KBSM Tingkatan 1) Projek yang dicadangkan oleh murid sendiri seperti mengadakan pertunjukan pakaian tradisional (KBSR Tahun 4) atau pertandingan bercerita cerita rakyat Malaysia (KBSM TIngkatan 1) Pembelajaran refleksi kendiri seperti menyimpan jurnal dan diari mengenai citacita diri (KBSR Tahun 4) atau perasaan mengenai peristiwa yang lalu yang berkaitan dengan hubungan murid dengan rakan atau ahli keluarga yang lain (KBSM Tingkatan 1)

3. PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF Pembelajaran secara koperatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang saling pengantungan positif di mana murid akan bekerja dan belajar bersamasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang tertentu. Pembelajaran secara koperatif adalah penting dalam PSK kerana melalui proses pembelajaran berkumpulan mereka akan dapat memahami kepentingan saling membantu di tempat kerja atau keluarga untuk mencapai kejayaan kumpulan. Pembelajaran secara koperatif dalam PSK mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang membezakan daripada aktivti pembelajaran tradisional di mana murid berkumpul untuk melakukan sesuatu aktiviti seperti yang digambarkan dalam jadual yang berikut: Jadual: Perbandingan antara pembelajaran berkumpulan secara koperatif dengan pembelajaran berkumpulan yang tradisional

Pembelajaran Berkumpulan Secara Koperatif -Saling pengantungan positif - Akauntabiliti individu -Kumpulan yang heterogenous -Bersama-sama memimpin -Bersama-sama bertanggungjawab -Penekanan kepada tugas dan proses -Kemahiran sosial diajar secara langsung -Guru memerhati dan membimbing -Kumpulan menilai keberkesanan kendiri

Pembelajaran Berkumpulan Secara Tradisional -Tidak ada saling pengantungan positif -Tidak ada akauntabiliti individu -Kumpulan yang homogenous -Seorang pemimpin sahaja yang dilantik -Bertanggungjawab terhadap diri sahaja -Penekanan kepada tugas -Kemahiran sosial diajar secara implisit dan kadang kala diketepikan -Guru tidak mementingkan fungsi kumpulan -Tidak ada proses berkumpulan (Sumber: Johnson Johnson & Holubee dalam Gunter, Estes & Schwab, 1999.

Instruction. A models approach (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon) Berlandaskan kepada ciri-ciri pembelajaran berkumpulan secara koperatif, maka boleh dikatakan bahawa matlamat PSK dalam melahirkan warga negara yang bersatu padu dan erat antara anggota masyarakat yang berbilang kaum boleh dicapai melalui pembelajaran koperatif dalam kelas PSK. Contohnya, semasa berinteraski dalam kumpulan yang heterogenous, murid akan lebih peka terhadap perasaaan dan pandangan ahli kumpulan lain dan seterusnya akan mewujudkan persefahaman dan saling hormat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama. Segala konflik yang dihadapi oleh kumpulan akan dapat ditangani dengan cara bekerjasama dan bertanggungjawab bersama untuk memastikan bahawa kumpulan berjaya. Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran koperatif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah: berfikir-berpasangan-berkongsi seperti kekuatan diri (KBSR Tahun 4) atau cara membantu anggota keluarga di rumah (KBSM Tingkatan 1) permainan main peranan projek peer tutoring jigsaw dan aktiviti pembelajaran siber 4. PEMBELAJARAN PENYELESAIAN MASALAH

Tidak dapat dinafikan bahawa murid akan menjadi pemimpin masa depan dalam merealisisikan wawasan negara kita. Dalam era globalisasi pada abad 21 ini, di mana perubahan dan kompleksiti sentiasa berlaku di dalam komuniti tempatan, kebangsaan dan global, mereka akan menghadapi pelbagai cabaran untuk menyelesaikan masalah, sama peribadi atau sosial. Ini bermaksud bahawa perkembangan kewarganegaraan dan sivik memerlukan murid mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menangani cabaran dan masalah ke arah pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat. Untuk membimbing murid dalam pembelajaran penyelesaian masalah, maka pentingnya masalah yang akan diselesaikan adalah relevan kepada diri murid sendiri dan persekitarannya. Ini adalah kerana masalah yang akan dikaji dan keputusan yang diambil akan menjadi lebih bermakna dan boleh dipertimbangkan atau diaplikasikan dalam kehidupannya sebagai warga negara Malaysia atau global. Secara amnya, pembelajaran penyelesaian masalah dalam PSK akan

melibatkan murid sendiri mencari jawapan kepada sesuatu soalan mengenai peranan dan tanggungjawab diri dalam perkembangan sivik dan kewarganegaraan melalui proses inkuiri yang berikut:

Jadual: Proses inkuiri dalam pembelajaran penyelesaian masalah 1. Mengenalpasti dan menghuraikan sesuatu masalah 2. Menentukan pelbagai alternatif atau pilihan serta rintangan masalah dari segi fakta, pandangan dan perasaan watak yang terlibat 3. Memilih stategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah seperti teknik awan, sebab dan akibat, dan konflik resolusi 4. Menguji keputusan tentatif yang dipilih dengan mengumpul dan menilai maklumat yang relevan dengan masalah 5. Membuat keputusan muktamad atau mengubahsuaikan langkah atau strategi yang telah diambil, jika perlu. Pembelajaran penyelesaian masalah secara aktif dalam PSK akan menjadikan asas kepada murid untuk memahami dan menangani perubahan yang berlaku di dalam kehidupan dan persekitarannya dengan bertanggungjawab dan berkesan sebagai warganegara Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran penyelesaian masalah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah: perbincangan berkumpulan main peranan penyoalan debat, panel juri perundingan roundtable peta minda atau penyusunan grafik

5. PEMBELAJARAN MESRA BUDAYA Adalah sesuatu realiti bahawa masyarakat Malaysia mempunyai kepelbagaian di kalangan anggota masyarakatnya seperti dari segi bahasa, ethnik/kaum, agama/kepercayaan, fizikal, gender, bakat dan kebolehan. Kepelbagaian di kalangan anggota masyarakat inilah yang menjadi kekuatan dan cabaran bagi setiap warga negara Malaysia untuk hidup bersama secara bersatu padu ke arah kesejahteraan keluarga, komuniti dan masyarakat.

Walaupun terdapatnya kepelbagaian dalam masyarakat, setiap warga negara Malaysia mempunyai persamaan yang boleh dianggapkan sebagai identiti warga negara Malaysia. Ini membawa implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran PSK iaitu bagaimana mewujudkan kefahaman dan apresiasi kepelbagiaan budaya di kalangan anggota masyarakat Malaysia dan pada masa yang sama menyumbangkan kepada pengembangan identiti warga negara Malaysia yang unik. Berlandaskan kepada kepentingan memahami dan mengapresiasi kepelbagaian dalam masyarakat dan mewujudkan identiti warga negara Malaysia yang unik, maka agar pentingnya pembelajaran mesra budaya ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Pembelajaran mesra budaya akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan memahami pandangan dan perasaan murid daripada pelbagai latar belakang dan budaya yang lain. Melalui proses pembelajaran mesra sebegini, murid akan lebih menghormati kepelbagaian budaya dengan mengikiskan segala prasangka dan salah tanggapan terhadap sesuatu budaya anggota atau kumpulan masyarakat yang lain. Pengalaman pembelajaran budaya mesra akan mengembangkan nilai sivik yang penting dalam memelihara hidup secara harmonis dan aman dalam masyarakat kita dan secara global seperti nilai hormat-menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang serta nilai patriotik. Untuk mengembangkan pembelajaran budaya mesra, seorang guru PSK seharusnya berusaha mewujudkan suasana pembelajaran yang boleh menggalakkan interaksi dan integrasi yang positif di kalangan murid daripada pelbagai latar belakang dan budaya. Pendek kata, usaha untuk mengintegrasikan murid daripada pelbagai latar belakang dan budaya harus diamalkan oleh seorang guru PSK sama di dalam atau luar bilik darjah. Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran budaya mesra yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK. Diantaranya ialah: Projek yang dicadangkan oleh murid sendiri seperti menyedia bahan mengenai Kenali Malaysia (Tahun 4 KBSR) atau kempen kesedaran sivik di peringkat sekolah (Tingkatan 1 KBSM) Sesi dialog seperti dengan pekerja atau pentadbir sekolah mengenai cara membina sekolah penyayang (Tahun 4 KBSR) atau dengan pihak polis mengenai tingkah laku anti sosial dan agresif dan cara mengatasinya (Tingkatan 1 KBSM) Perbincangan Menonton filem/video yang berkaitan dengan cara memasak makanan tradisional pelbagai kaum (Tahun 4 KBSR) atau sejarah sekolah (Tingkatan 1

KBSM) Drama Lawatan 6. PEMBELAJARAN BERKHIDMAT Pendekatan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam PSK melibatkan pembelajaran berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah. Melalui penyertaan secara aktif dalam sesuatu projek komuniti, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam menyelesaikan masalah sosial yang benar-benar berlaku di sekolah, komuniti, negara dan global. Melalui pembelajaran berkhidmat ini, murid akan mengambil tanggungjawab dan kepemimpinan dalam melakukan sesuatu perkhidmatan sivik kepada masyarakat. Mereka juga akan mengembangkan amalan nilai-nilai sivik serta kemahiran sosial dan kewarganegaraan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat. Pendek kata, melalui pembelajaran berkhidmat, murid akan mempelajari secara aktif and interaktif bagaimana menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan ke arah kesejahteraan masyarakat. Namun begitu, pembelajaran berkhidmat memerlukan sokongan dan penglibatan ibu bapa serta komuniti tempatan. Oleh sedemikian, maka guru PSK atau pihak sekolah perlu mewujudkan sesuatu partnership atau kolaborasi dengan agensiagensi komuniti tempatan supaya memudahkan murid berhubungi dengan mereka mengenai perkhidmatan komuniti, Terdapat pelbagai aktiviti pembelajaran berkhidmat yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran PSK yang boleh dikategorikan seperti berikut: berkhidmat secara langsung kepada sesiapa yang memerlukannya seperti membantu pekerja sekolah membersihkan taman sekolah (Tahun 4 KBSR) atau menghiburkan penghuni di rumah orang tua (Tingkatan 1 KBSM berkhidmat secara tidak langsung kepada sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam perkhidmatan seperti mengutip derma bagi mangsa bencana alam dan kemudian menyerahkannya kepada akhbar tempatan yang menguruskan kutipan tersebut (Tahun 4 KBSR dan Tingkatan 1 KBSM) tindakan advocacy atau affirmative dengan mengemukakan cadangan atau kempen mengenai sesuatu masalah sosial kepada pihak-pihak tertentu seperti menulis cadangan kepada pihak sekolah bagaimana membina sekolah penyayang (Tahun 4 KBSR) atau menulis surat kepada pengurusan pusat membeli-belah tempatan supaya menyediakan kemudahan awam yang sesuai untuk golongan kurang bernasib baik (Tingkatan 1 KBSM)

7. KESIMPULAN Pendekatan dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSR/KBSM melibatkan penyertaan murid secara aktif dan interaktif dalam proses mempelajari bagaimana menjadi seorang warga negara yang bertanggungjawab dan berkesan. Melalui penyertaan yang aktif dan interaktif dalam pembelajaran ini, murid akan memahami dan mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kehidupan mereka dan seterusnya menjadikan wawasan negara sesuatu realiti. Rujukan Alred, G., Byram, M. & Fleming, M. (eds.) (2002). Intercultural experience and education.Clevedon: Multilingual Matters Ltd. Arther, J. Davidson, J. & Stow, W. (2000). Social literacy, citizenship education and the national curriculum. London: Routledge Falmer. Arthur, J. & Wright, D. (2001). Teaching citizenship in the secondary school. London: David Fulton Publishers. Glasgow, N.A. (1997). New curriculum for new times. A guide to student-centred, problem-based learning. Thousand Oaks, California: Corwin Press, Inc. Jacobs, G.M., Gan S.K. & Ball, J. (1998). Pembelajaran kerjasama. Buku sumber untuk pendidikan perguruan (edisi keempat Bahasa Melayu). UPM Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Kellough, R. D. (2000). A resource guide for teaching: K-12 (3rd ed.) Upper Saddle River, New Jersey: Merrill Laughlin, M. A. & Hartoonian, H.M. (1995). Challenges of social studies instruction in middle and high schools. Fort Worth: Harcourt Bruce College Publishers Swiniarski, L.A., Breitborde, M. & Murphy, J. (1999). Educating the global village including the young child in the world. Upper Saddle River, New Jersey: Merrill Orlich, D.C., Harder, R.J., Callahan, R.C. & Gibson, H.W. (2001). Teaching strategies. A guide to better instruction (6th ed.). Boston: Houghton Mifflin Co.

PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR/KBSM

PERBINCANGAN KUMPULAN Berdasarkan kepada satu tajuk dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 KBSR atau Tingkatan 1 KBSM, dalam kumpulan bincangkan bagaimana melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran

yang berikut: (1) Pembelajaran aktif (2) Pembelajaran koperatif (3) Pembelajaran penyelesaiaan masalah (4) Pembelajaran mesra budaya dan (5) Pembelajaran berkhidmat

http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/Skaalid/index.html http://www.sedl.org/scimath/compass/v01n03/welcome.html http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/constructivism.html Reka bentuk Model Pengajaran: http://www.cudenver.edu/~mryder/itc/idmodels.html http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/mergel/brenda.htm http://www.cudenver.edu/~lsherry/courses/IDdoclab.html Faktor yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam P&P di sekolah: http://www.usask.ca/education/coursework/802papers/krysa/ron.htm http://www.newhorizons.org/tech_irlkahn.html http://mohdruzzi.blogspot.com/2008/08/strategi-pengajaran-danpembelajaran.html LAMPIRAN BAHAN BERCETAK 22

BAHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT 23 HANDOUT BUKU TEKS SURAT KHABAR MAJALAH TAYANGAN VIDEO KOMPUTER

PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAANANAK RUSA NANI,BARU KEMBANG EKOR MARILAH BELAJAR SIVIK PASTI NEGARA MAKMUR

Home NOTA-NOTA PSK PSK 3103- KAEDAH PSK KABINET MALAYSIA

PSK 3103- KAEDAH PSKKerja Kursus Pendek

TUGASAN PROJEK /KERJA KURSUS PENDEK

TAJUK PROGRAM :PGSR

NAMA GURU PELATIH : SEMESTER : 5

TAJUK KURSUS : KAEDAH PENGAJARAN PSK

TARIKH MULA

2011

TARIKH HANTAR

2011

2. 3. 4. 5.

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Menghuraikan pelbagai jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Merancang dan menghasilkan persediaan mengajar mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang berkesan. Melaksanakan pengajaran mikro dan makro berdasarkan kemahiran yang dipelajari.. Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. 2. 3.

Merancang satu Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan sukatan PSK tahun 4,5 dan 6 serta mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dengan baik.(jangan buat dulu ) Menghasilkan bahan power point sebagai sumber pengajaran mengikut kreativiti pelatih dan menggunakannya semasa pengajaran mikro dan makro. Menulis refleksi selepas sesi pengajaran mikro dan makro dengan jelas Tajuk Projek / Kerja Kursus Pendek (100%) Sebagai guru pelatih PSK anda dikehendaki mendalami dan memahami huraian sukatan pelajaran secara mendalam dan mampu menggunakannya semasa pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, teknik bagi menghasilkan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan. Penggunaan sumber pengajaran yang kreatif secara cekap dapat membantu meningkatkan kemahiran di samping membantu mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Tugasan A: Individu (esei) (40 markah)( 5 muka surat saja ) 1. Anda dikehendaki memilih satu kaedah/teknik atau strategi dan huraikan latar belakang serta ciri-ciri kaedah/teknik/strategi tersebut. 2. Anda juga dikehendaki menjelaskan cara aplikasikan kaedah/teknik atau strategi yang dipilih bagi satu tema/tajuk yang dipilih dari sukatan pelajaran/huraian sukatan pelajaran Tahun 4,5 dan 6 secara terperinci. 3. Anda boleh jelaskan aplikasi kaedah/strategi/teknik dalam bentuk Rancangan Pengajaran Harian 4. Rujuk pelbagai sumber seperti buku teks, jurnal, akhbar, risalah dan bahan elektronik bagi mengukuhkan hasil perbincangan esei anda Tugasan B (30 markah)( buat powerpoint )individu ( masa 30 minit ) Merancang satu RPH secara individu berdasarkan sukatan dan huraian pelajaran PSK tahun 4, 5 dan 6 berdasarkan tajuk/ tema yang ditetapkan serta melaksanakan pengajaran mikro selama tiga puluh berdasarkan format RPH PSK (Tugasan A + B di binding bersama) powerpoint 4 keping satu muka surat, burn dlm cd ) Tugasan C : Secara kumpulan (15 markah) ( masa 1 jam ) Merancang satu RPH secara berkumpulan berdasarkan sukatan dan huraian pelajaran PSK tahun 4, 5 dan 6 berdasarkan tajuk/ tema yang ditetapkan serta melaksankan pengajaran makro selama satu jam berdasarkan format RPH PSK. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Tugasan A dan tugasan B adalah berbentuk tugasan individu. Manakala tugasan C ialah tugasan Kumpulan.

3. 4.

2. Bagi tugasan C anda dikehendaki membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 hingga 4 orang dalam satu kumpulan serta merancang dan melaksanakan pengajaran makro selama satu jam Bagi tugasan A anda boleh berusaha secara kolaboratif semasa mengumpul maklumat dan semasa menyiapkan tugasan Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i) Font Arial ii) Saiz huruf ialah 12 iii) Langkau satu setengah baris iv) Rujukan mengikut format APA (American Psychological Assosiation) 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan 6. Tugasan ini membawa markah 100% Tugasan A dan tugasan B yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh dan konsisten 2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut: Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran Kaedah pembelajaran yang dipilih mestilah merangkumi salah satu atau kombinasi kaedah/teknik/ strategi berikut di bawah: Masteri Kecerdasan Pelbagai Koperatif Kolobratif Konstruktivisme Kontekstual Inkuiri Penemuan Pembelajaran Berbantukan Komputer Kajian Masa Depan Theory of Constraints (TOC) Segala pernyataan dalam penulisan perlu dinyatakan sumber maklumatnya dengan menggunakan format yang betul. Tugasan A mestilah tidak melebihi lima mukasurat dan sertakan gambarajah atau grafik yang bersesuaian dengan kaedah/strategi atau teknik yang sesuai. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy (CD). Tugasan A, tugasan B dan tugasan C membawa markah 100% dan wajaran 60%. Kriteria Pemarkahan Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.Markah akan diberi bagi tugasan individu dan tugasan kumpulan.

i) ii)

3. 4. 5. 6.

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

_______________________ ( Dr Malar Muthiah )

____________________ ( )

Perincian Tugasan: Kulit Muka Depan Sekapur Sireh Isi Kandungan Esei A Pengenalan/Latarbelakang Definisi Ciri-ciri Contoh RPH PSK yang gunakan teknik @ strategi tersebut ( part mana ) Rumusan Bibliografi RPH Mikro Teaching B Lampiran Powerpoint Soft copy Keseluruhan ====================================================================== SENARAI NAMA TUGASAN RPH ======================================================================SENARAI NAMA PGSR PJ 5D PSK 3102 (Tajuk dan tugasan bagi A dan B) NAMA Tugasan A/ kaedah/ teknik Tajuk /tema 1 AFZAINIZAM B LONG Koperatif Tema 5 (tahun 5) Malaysia Negaraku -Kerajaan Adil Negara Stabil 2 ALI BIN HAMID Masteri Tema 5 (tahun 5) Malaysia Negaraku -Pemimpin Cemerlang Negara Gemilang) 3 BADROL MANAN Konstruktivisme Tema 5 (tahun 5) Malaysia Negaraku -Agama Membentuk Peribadi

a) b) c) d) e) f)

4

FAREEZUAN ONG

Kolaboratif

5

HADZERI BIN ABD MANAP

Kontekstual

Mulia Tema 3 (tahun 5) Kenali Jiran Tetangga -Jiran Sepakat membawa Berkat Tema 5 (Tahun 5) Kenali Jiran Tetangga Jiran Tetanggaku Tema 3 (tahun 6) Pemeliharaan Kebersihan dan Keceriaan Persekitaran (pastikan tajuk tidak bertindan) Tema 3 (tahun 6) Pemeliharaan Kebersihan dan Keceriaan Persekitaran 9pastikan tajuk tidak bertindan) Tema 3 (tahun 6) Pemeliharaan Kebersihan dan Keceriaan Persekitaran (pastikan tajuk tidak bertindan) Tema 3 (tahun 6) Pemeliharaan Kebersihan dan Keceriaan Persekitaran (pastikan tajuk tidak bertindan)

6

HAMIDON HAMDZAN

Inkuiri penemuan

7

KHATTA BIN JAMALUDDIN

Perbincangan

8

LIM BAN WONG

Bercerita

9

MD ROSIDI BIN SAAD

Permainan

10

MD YASIN BIN ERANG

Pembelajaran Luar Bilik darjah

11

MIOR ABD RAHMAN

12

MOHD EFFENDI BIN ABD RAHMAN MOHD FIRUZ BIN ZAINUL

13

14 15

MOHD HANIFAH BIN AG ALIJANG MOHD MAHADI BIN ABD

Tema 5 (Tahun 5) Malaysia Negaraku -Ekonomi Maju Negara Makmur Pembelajaran Berbantukan Tema 5 (tahun 5) Komputer Malaysia Negaraku -Kerajaan Prihatin Rakyat Terjamin Kajian Masa Depan Tema 5 (tahun 5) Malaysia Negaraku Raja Berperlembagaan Kebanggaan Kita Kolaboratif Tema 5 (tahun 5) Malaysia Negaraku Raja Dijunjung Pemimpin di Sanjung Simulasi Tema 5 Malaysia Negaraku -Bijak Memilih Pemimpin Lakonan Tema 5

MANAF 16 MOHD ROSDI BIN ZAINAL ABIDIN MOHD SABRI BIN MD ISA

17

18

NASSAH BT HASSAN

19

NIZAM BIN MOHAMED

20

NOR MAZITA BT HUSSEIN

21 22

NORAINI BT ABDULLAH SALINA BT ABU TALIB

23 24

WAN NORDIN B WAN MOHAMAD YUSOF BIN A.RAHMAN

Tokoh Kebanggaan dalam Kenangan Main Peranan Tema 5 Malaysia Negaraku -Jasamu dikenang Budimu disanjung Inkuiri Penemuan Tema 5 Malaysia Negaraku -Tokoh Berjasa, Nama Terpelihara Kajian Masa Depan Tema 5 Malaysia Negaraku -Hari Kemerdekaan Membawa harapan Konstruktivisme Tema 5 Malaysia Negaraku -Berita Akhbar Memberikan Iktibar Pembelajaran Berbantukan Tema 5 Komputer Malaysia Negaraku -Rakyat Patriotik Negara Dinamik Bercerita Tema 5 Malaysia Negaraku Rakyat Bersatu Negara Maju Permainan Tema 5 Malaysia Negaraku -Keharmonian DisemaiKehidupan Damai Kontekstual Tema 5 Malaysia Negaraku -Negara Selamat, Satu Rahmat Konstruktivisme Tema 5 Malaysia Negaraku -Negara Merdeka Rakyat Sejahtera

1.

Pembelajaran Luar Bilik Darjah Pembelajaran Luar Bilik Darjah Pembelajaran Luar Bilik darjah merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah tetapi ianya memerlukan perancangan yang rapi. Aktiviti luar bilik darjah ini merupakan satu aktiviti "hands on". Anda boleh membawa murid untuk menjalankan aktiviti permainan tradisional di luar bilik darjah tetapi perlu disediakan tugasan yang dijalankan sewaktu aktiviti tersebut. Selain itu aktiviti luar bilik darjah memerlukan pengawasan yang rapi dari guru.

2.

Kooperatif dan Kolaboratif

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Integrasi ICT dlm P&P Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar Kajian Masa Depan Membanding Beza Konstruktivisme Metakognitif Pemerhatian Kontekstual Generatif Direktif KBKK