pendedahan kepada tema dan penghubungkaitan.pptx

26
PENDEDAHAN KEPADA TEMA DAN PENGHUBUNGKAITAN NAMA AHLI KUMPULAN : lacksumiy murthy Pavitheera tamil silvam Kaliswary puliandran Paremeswari kaliappan

Upload: lacksumiy-suthagar

Post on 14-Sep-2015

456 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

PENDEDAHAN KEPADA TEMADAN PENGHUBUNGKAITANNAMA AHLI KUMPULAN :lacksumiy murthyPavitheera tamil silvamKaliswary puliandranParemeswari kaliappan

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun di sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran.

PENDEKATAN BERTEMA Ini akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum. Dalam mengorganisasikan sesuatu pelajaran menggunakan Pendekatan Bertema, pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang diterima pakai. 3Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran.

Ini adalah kerana banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan itu.

Di sini, disenaraikan panduan untuk memilih tema yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar: Pemilihan dan Penentuan Tema Berasaskan konsepBerasaskan kemahiran Berasaskan kandungan dan kemahiranBerfokus kepada isu Berfokus kepada projek Berorientasikan kajian kes Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:Boleh merentas semua matapelajaran Tema yang dipilih hendaklah yang boleh digunakan kepada semua mata pelajaran. Contoh: tema pokok. Oleh yang demikian, semua mata pelajaran akan menggunakan tema ini. Dalam mata pelajaran matematik misalnya, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok di sesuatu tempat. Manakala dalam mata pelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu berkaitan pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya.Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek berikut:Pastikan tema yang dipilih ada kaitannya dengan pengalaman kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti Seni dalam Pendidikan dapat dijalankan dengan berkesanBersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajarTema yang dipilih ini perlulah bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung ianya dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan keadaan situasi yang sebenar.

Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa

Beberapa justifikasi perlu ada dalam membuat pemilihan tema, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan untuk memperoleh bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya guru dapat mengajar dengan menunjukkan contoh-contoh yang sebenar dan hands one. Tidak wajar sekiranya guru cuma bercerita tanpa memberi pengalaman langsung kepada pelajar.

Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Guru hendaklah berminat dengan tema yang dipilih dan ini akan dapat memotivasikan dan mempertingkatan lagi penglibatan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.

Guru berminat terhadap tema yang dipilihPastikan tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah pengajaran daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar.

Pemeringkatan tema daripada yang mudah kepada yang lebih mencabar

Untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan. Membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu.Dapat menghadapi cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan pendekatan bertema kepada pelajar adalah seperti berikut;

12Dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam kehidupan.Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal.Menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan yang pelbagai budaya. Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

Pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal, sama ada dalam bentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberi.Persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai aktiviti dan kreativiti yang tinggi; Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan;

KekuatanBerpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baru. Dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Dapat menghubungkait pengetahuan dengan kemahiran.

Kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran.Untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan.Hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang berbeza-beza. Sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas .kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang berbeza.

Isu/Cabaran

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang pelajar. Tema yang dipilih dijadikan sebagai bahan untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, membaca, menulis, asas matematik, berfikir dan emosi serta sosial. Selain itu, pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.

PENGHUBUNGKAITAN TEMA DENGAN MATA PELAJARAN

Bagaimana memilih tema yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ?????

Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran

Pemilihan sesuatu tema merupakan satu langkah yang penting dalam perkembangan sesuatu unit. Prinsip asas bagi penciptaan tema untuk improvisasi ialah mudah dan berfungsi.Tema wujud dalam kehidupan seharian. Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan cuba terokainya.

Apakah konsep atau isu utama yang penting pada tema yang dipilih? Apakah hasil pembelajaran yang sering ada pada setiap sukatan? Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan? Bagaimanakah aktiviti-aktiviti ini dapat membantu pelajar berfikir?. Mampukah pelajar membuat perkaitan yang signifikan di antara disiplin-disiplin yang lain? Adakah tema yang dipilih itu menarik dan sesuai kepada pelajar?

Berikut adalah beberapa soalan yang boleh membantu anda untuk memilih temaAktiviti K-W-L adalah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk memperkenalkan pendekatan bertema.

K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini? W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini? L (learn) --- Apa yang saya belajar daripada tajuk ini?

Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan, iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral dan kemahiran hidup.

Cara menjalankan Pendekatan Bertema

21Mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan membacakan sebuah cerita kepada kelas. Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk memulakan sesuatu unit.Jika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian, sebuah kolaj tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas papan buletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai manusia dan mesin. Mainkan sebuah rakaman atau kaset. Dedahkan pelajar kepada puisi, contohnya bahasa dan muzik.Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran diri pelajar terutamanya kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Kemahiran tersebut merupakan tunjang falsafah pendidikan negara yang dapat memperkembangan tahap potensi pelajar yang menyeluruh dari segi intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial Tema dengan Kemahiran

Contoh peta minda penggabungjalinan aktiviti dengan menggunakan pendekatanan bertema

Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan Pendekatan Bertema

Sekian terima kasih