pendahuluan borang pendaftaran kursus … · 2013-03-08 · penggunaan anak benih yang bermutu...
TRANSCRIPT
PENDAHULUAN
Penggunaan anak benih yang bermutu tinggi merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan produktiviti sawit di peringkat ladang. Menanam anak benih yang berkualiti dan mempraktikkan pengurusan dan amalan agronomi yang betul akan menghasilkan buah tandan segar (BTS) yang bermutu tinggi dengan hasil yang optimum. Pemilihan anak benih adalah kritikal dalam penanaman sawit yang mempunyai hayat ekonomi 25 tahun. Pemilik ladang akan mengalami kerugian jika menanam anak benih yang tidak berkualiti. Justeru itu, pengusaha nurseri bertanggungjawab untuk mengekalkan anak benih berkualiti.
OBJEKTIF
• Memberi pengetahuan secara jelas dan mendalam mengenai pengurusan nurseri sawit mengikut piawaian yang ditetapkan.
• Memberi pendedahan tentang standard yang diperlukan oleh pengusaha nurseri sawit bagi memenuhi kriteria Code of Good Nursery Practice for Oil Palm Nurseries (CoPN).
• Memberi pendedahan tentang peraturan dan perundangan dalam nurseri sawit.
YURAN DAN PENDAFTARAN
Yuran pendaftaran untuk setiap peserta ialah RM 500. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk cek, bank draf atau kiriman wang pos atas nama ‘Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)’. Peserta adalah digalakkan membuat pembayaran yuran pendaftaran sebelum kursus.
Yuran yang dikenakan termasuk bahan kursus iaitu nota syarahan, makan tengah hari, minum pagi/petang, pengangkutan ke premis lawatan dan praktikal semasa kursus.
Jumlah peserta terhad kepada 50 peserta untuk setiap tempat dan penerimaan akan dibuat berdasarkan siapa cepat dia dapat dengan keutamaan diberikan kepada pengusaha nurseri sawit.
Tempat penginapan peserta kursus tidak disediakan dan menjadi tanggungan peserta sendiri.
Pendaftaran hendaklah dibuat melalui borang yang dilampirkan.
SIAPA PATUT HADIR
Kursus ini dirangka untuk pengusaha dan sesiapa yang berminat bagi meningkatkan tahap kualiti pengurusan nurseri sawit.
SYARAT-SYARAT PESERTA KURSUS
• Warganegara Malaysia.• Boleh menulis dan membaca Bahasa Melayu.• Sihat.• Umur18 tahun ke atas.
KANDUNGAN KURSUS
• Syarahan dan latihan semasa kursus akan disampaikan oleh pensyarah dan jurulatih dari MPOB dan industri yang berkelayakan dan pakar dalam tajuk berkaitan.
• Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu.
Tajuk kursus:
• Aspek-aspek Ekonomi Nurseri Sawit• Pengawalseliaan Nurseri Sawit• Pengurusan Nurseri Sawit• Kod Amalan Baik Nurseri Sawit (CoPN)
Latihan amali diadakan di nurseri sawit bagi mempelajari kaedah pengurusan dan penyelenggaraan nurseri sawit yang betul.
BORANG PENDAFTARANKURSUS PENGURUSAN DAN
PENYELENGGARAAN NURSERI SAWIT2013
Nama Peserta:
No. K/P: Jawatan:
Nama Organisasi:
Alamat Organisasi:
Tel: Faks: Alamat Surat Menyurat:
E-mel:
Tel: (Rumah) (Bimbit)
No. Lesen MPOB (Jika ada):
Tarikh Mula:
Tarikh Tamat Tempoh: Yuran Pendaftaran RM: (Ringgit Malaysia : )
Sila lampirkan Cek/Draf Bank/Wang Pos bernombor: bernilai RM sebagai yuran pendaftaran.
Tandatangan: Tarikh:#
KURSUS PENGURUSAN
PENYELENGGARAAN NURSERI SAWIT
LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIAKEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN
DAN KOMODITIwww.mpob.gov.my
NOTA PENTING
Peserta kursus dikehendaki menduduki peperiksaan praktikal dan teori bagi melayakkan mendapat sijil kursus.
Yuran pendaftaran tidak dikembalikan sekiranya peserta/pengganti gagal menghadiri kursus.
PERTANYAAN
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Audi Faliq IbrahimTel : 03-8769 4396 atau 03-8926 7046E-mel : [email protected]
Nornadiya YunusTel : 03-8769 4870E-mel : [email protected]
Faks : 03-8925 7549
Borang pendaftaran yang lengkap berserta salinan kad pengenalan dan pembayaran hendaklah dialamatkan kepada:
Ketua Pengarah MPOBLembaga Minyak Sawit Malaysia 6, Persiaran InstitusiBandar Baru Bangi43000 Kajang, Selangor(u/p: Unit Pembangunan Insan dan Pengurusan Persidangan)
Kepada
Ketua Pengarah MPOBLembaga Minyak Sawit Malaysia 6, Persiaran InstitusiBandar Baru Bangi43000 Kajang, Selangor(u/p: Unit Pembangunan Insan dan Pengurusan Persidangan)
#
&
Tandakan (3) pada kawasan pilihan:
Wilayah Sarawak23-24 April 2013
Wilayah Timur/Selatan14-15 Mei 2013
Wilayah Sabah25-26 Jun 2013
Wilayah Utara10-11 September 2013
Wilayah Tengah24-25 September 2013