pencemaran sampah
TRANSCRIPT
PENCEMARAN SAMPAH SARAP
Maret 26, 2007 · Disimpan dalam Tentang Lingkungan
Pertumbuhan ekonomi di
Asia telah meningkatkan taraf kehidupan penduduknya. Peningkatan
pendapatan di negara-negara ini ditunjukkan dengan pertumbuhan
kegiatan produksi dan konsumsi. Pertumbuhan ini juga membawa
pada penggunaan sumber semula jadi yang lebih besar dan
pengeksploitasian persekitaran untuk keperluan industri, bisnis dan
aktiviti sosial.
Di bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan sampah sering mengalami masalah.
Pembuangan sampah yang tidak diurus dengan baik, akan mengakibatkan masalah besar.
Kerana penumpukan sampah atau membuangnya sembarangan ke kawasan terbuka akan
mengakibatkan pencemaran tanah yang juga akan berdampak ke saluran air tanah.
Demikian juga pembakaran sampah akan mengakibatkan pencemaran udara. Atau
pembuangan sampah ke sungai akan mengakibatkan pencemaran air, tersumbatnya
saliran dan banjir (Sicular 1989). Selain itu, Eksploitasi persekitaran adalah menjadi isu
yang berkaitan dengan pengurusan terutama persekitaran
kota. Masalah sampah sudah saatnya dilihat dari konteks perbandaran. Kesukaran untuk
mencari lokasi landfill sampah dan perhatian terhadap persekitaran dan kesihatan telah
menjadi isu utama pengurusan bandar dan sudah saatnya dilakukan pengurangan jumlah
sampah dan air sisa dan peningkatan kegiatan kitar semula.
Oleh sebab itu di banyak bandar-bandar besar, incineration atau pembakaran
menjadi alternatif dalam pembuangan sampah. Sementara itu, permasalahan yang
dihadapi untuk proses ini adalah kos pembakaran lebih mahal dibandingkan dengan
sistem pembuangan akhir (sanitary landfill). Apabila sampah ini digunakan untuk
pertanian dalam jumlah yang besar, maka akan menimbulkan masalah kerana ianya
mengandung logam berat (Ross 1994).
Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik (Ridwan Lubis 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya ialah pakaian lama atau buruk, botol, kaca, kertas, beg plastik, tin aluminium dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula ialah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada berbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembungkusan dan sisa daripada proses pengilangan.
2. DEFINISI SAMPAH SARAP
Sampah sarap ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti
industri, pertanian dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak berguna
(Tchobanoglous 1993). Selain itu, Barret (199 mengatakan sampah adalah buangan
berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan suatu pengurusan kerana
pengurusan adalah alat penting untuk memastikan sistim dapat bekerja dengan baik.
Dodds (1997) mengatakan sampah berasal dari aktiviti manusia. Pertumbuhan
ekonomi memberikan kesan lebih banyaknya penggunaan sumber asli. Terdapat
hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan pencemaran alam sekitar. Kesan terhadap
alam sekitar akibat aktiviti manusia bergantung pada kuantiti dan kualiti dari bahan-
bahan yang diambil dari alam sekitar dan dikembalikan sebagai sampah.
Menurut kajian Suguna (1986), sampah sarap merupakan bahan pepejal yang
terhasil dari aktiviti manusia dan ianya dianggap tidak berguna dan boleh dibuang.
Sampah sarap juga ditakrifkan sebagai bahan yang dilupuskan kerana ia tidak dapat
digunakan ataupun yang tidak diperlukan lagi oleh manusia ataupun tidak mempunyai
nilai dari segi ekonomi, yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian manusia (Chamhuri
2000). Selain itu, menurut kajian Plintoff (1976), sampah sarap merupakan bahan-bahan
pepejal yang dihasilkan oleh industri, pertanian, perlombongan, perniagaan dan dari
domestik.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai
suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan
buangan terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam
bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling
yang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Selain itu, pengurusan
sampah sarap boleh didefinisikan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan
kawalan penjanaan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan,
pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedah
yang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan,
astetik dan pertimbangan kepada alam sekitar.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Cooper (1981), pengurusan sampah sarap
merupakan suatu istilah yang mesti diterapkan kepada sistim yang dirancang dan ditadbir
berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan, pengangkutan,
pemulihan dan pelupusan akhir terhadap dasar yang diuruskan bagi semua bahan pepejal
yang tidak dikehendaki muncul daripada sumber-sumber domestik, komersil, industri dan
klinikal.
3. PEMBAHAGIAN SAMPAH SARAP
Mengetahui sumber dan jenis sampah juga komposisi sampah merupakan suatu bahagian yang penting dalam merancang dan melaksanakaan program pengurusan sampah sarap. Secara umum sampah masyarakat terkait dengan gunatanah suatu kawasan. Tchobanoglous mengklasifikasikan sumber sampah adalah berasal dari perumahan, komersial, pejabat, pembinaan, hospital, industri dan pertanian (Tchobanoglous 1993).
Sampah sarap ini berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnya. Sampah
sarap yang terdapat dapat dikelaskan seperti berikut:
a.
Sampah Domestik
Klasifikasi domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu organik,
inorganik dan sampah sarap yang bersaiz besar. Contoh sampah jenis organik ialah
plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan. Contah sampah inorganik ialah kaca, tin
logam, tin alumunium, dan contoh sarap yang bersaiz besar ialah barangan elektrik,
sampah tanaman dan perabot.
b.
Sampah Klinikal
Sampah jenis ini merupakan sampah yang terhasil daripada tisu manusia ataupun
binatang, sisa ubat-ubatan, kain sisa pembalut luka, kapas, darah dan semua peralatan
tajam yang tidak terpakai.
c.
Sampah Industri
Punca sampah dari jenis ini ialah kilang-kilang, terutamanya dari komponen industri yang
berasaskan kayu untuk dijadikan komponen kayu papan dan kayu balak. Biasanya
sampah jenis ini terdapat pada kawasan perindustrian. Bahan buangan pepejal industri
terdiri daripada logam, kayu, benang, kain, buangan makanan, buangan minyak dari sisa
panapisan.
d.
Sampah Komersial
Sampah jenis ini biasanya berasal dari buangan daripada kedai, restoran, hotel, pasar dan
lain-lain aktiviti perniagaan. Biasanya komposisi sampah sarap komersial sama dengan
klasifikasi domestik iaitu plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan dapur restoran,
kertas-kertas dari pejabat. Sampah dari jenis ini didapati sebagai penghasil sampah
terbesar kerana ianya mencakupi kawasan yang luas.
e. Sampah Pembinaan dan Perobohan
Sampah ini berpunca daripada bahan-bahan buangan yang terhasil daripada tapak
pembinaan, pengubahsuaian dan tapak perobohan suatu bangunan.
f.
Sampah Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan: sampah jenis ini berpunca daripada pembersihan atau pemotongan
tumbuh-tumbuhan.
4. CARA-CARA MENGATASIMASALAH SAMPAH SARAP
4.1 Penggunaan Kembali danKitar Semula
Bagi kebanyakan masyarakat moden pada hari ini, pengurusan sisa pepejal sudah berada
di tahap termaju dengan beberapa kaedah seperti kitar semula dan penghasilan bahan
berguna (biofertilizer). Pengitaran semula sampah sarap itu sendiri boleh didefinisikan
sebagai penebusgunaan (reclamation) bahan dan pemakaian semula yang meliputi
perbaikan, pembuatan semula, penukaran bahan, komponen dan hasil (Kaseva & Gupta
1996). Sementara itu menurut Waite (1995), kitar semula ialah sebagai penjanaan semula
bahan untuk kegunaan semula jadi atau lain-lain.
Kitar semula ini mempunyai beberapa kepentingan yang berasaskan kepada tiga
alasan iaitu:
1. Pengitaran semula bahan buangan memulihkan bahan-bahan berguna dan mengurangi keperluan kita untuk bahan-bahan tulen.
2. Pemprosesan semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga dibandingkan dengan pengeluaran bahan tulen yang sama.
3. Pengitaran semula mengurangi kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan akhir yang mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di landfill boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan organik dalam landfill.
Malaysia mempunyai kira-kira 230 buah perkhidmatan landfill yang dianggarkan sudah
mencapai tahap 80% penggunaan dan situasi ini dianggap sebagai agak kritikal dan
sebahagian besar sudah tidak mampu menerima sejumlah sisa, oleh sebab itu melalui
Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan cuba mengatasi masalah yang
membelenggu pihak pengurusan dengan mengadakan program kitar semula (Mohamad
2001). Program ini telah di perkenalkan pada tahun 1993 dan tanpa sebab yang jelas,
program ini dilaksanakan semula pada bulan Disember 2000. Berdasarkan komposisi
sampah sarap yang terhasil di bandaraya
Kuala Lumpur, bahan-bahan boleh kitar semula dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan,
iaitu:
1. Boleh kitar semula dalam keadaan kering seperti kertas, papan kad, kaca, plastik, logam dan tekstil.
2. Bahan organik seperti bahan buangan dapur, makanan dan sampah sarap tanaman. 3. Bahan-bahan pelbagai seperti perabut.
Program kitar semula ini mempunyai beberapa kebaikan. Kebaikan dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan ternak. Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya.
Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari segi ekonomi dan
alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil kitar semula memerlukan sedikit
tenaga dalam loji pemprosesan dibandingkan dengan pembuatan daripada bahan mentah
semula jadi yang menyebabkan penjimatan tenaga. Pemakaian semula hasil pengitaran
semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan bagi negara-negara sedang
membangun. Bahan-bahan seperti logam, kertas, kaca, plastik dan getah jika dikitar
semula boleh mengurangkan pengimportan dari negara lain. Kebaikan dari segi alam
sekitar pula ialah apabila amalan pengitaran semula boleh mengurangkan kuantiti bahan
buangan yang harus dilupus sehingga mengurangi tempat yang diperlukan untuk tapak
pelupusan, selain itu pengitaran semula boleh menyuburkan tanah.
4.2 Pengkomposan
Pengkomposan ialah suatu proses pengubahan bahan organik ke dalam bentuk hasil metabolik yang sederhana dan meninggalkan bahan sisa organik dan sel mikrob yang boleh atau dapat digunakan sebagai bahan penyubur tanah (Augenstein et al. 1976).
Sistim pengkomposan telah banyak dilakukan di banyak kawasan. Kaedah sistim kompos ini adalah penting kerana sampah organik merupakan komposisi sampah terbesar yang dihasilkan. Menurut kajian Devi et el. (1995), jenis sampah yang baik atau yang sesuai untuk dijadikan kompos ialah sampah sarap yang cepat membusuk iaitu sayuran, rumput, sisa makanan dan dedaunan. Kepentingan sistim kompos yang lain ialah dalam menjaga kesihatan masyarakat dari sebarang porses pembakaran dan penimbunan sampah secara haram. Untuk mempromosikan sistim kompos, pihak kerajaan seharusnya mempersiapkan pengetahuan umum kepada masyarakat. Juga kempen dilakukan untuk mencari metod kompos yang sesuai dengan kondisi masyarakat. Sektor swasta juga dapat dilibatkan dalam kegiatan ini, dengan membuat kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak swasta.
4.3 Incinerator
Incinerator ialah suatu alat yang digunakan untuk membakar sampah atau sisa samaada sisa yang berpunca daripada kawasan perumahan ataupun sisa atau sampah yang terjana dari aktiviti di hospital. Terdapat beberapa jenis incinerator (Departemen Kesehatan Indonesia 1995), iaitu: JenisMalaysia, merupakan incinerator yang terbuat daripada batu bata dan diletakkan mendatar dan lantainya terbuat dari dari bahan kongkrit. Lubang tempat masuk sampah terbuat daripada logam dan lubang keluar pula berukuran 24” 12” yang juga terbuat dari logam. Lapisan untuk menahan sampah juga terbuat dari besi yang tebalnya 1” dan antara dua besi berjarak 4” yang terdiri dari 2 lapisan. Jenis Barrel and Trench Incinerator, iaitu incinerator berbentuk tong yang terbuat dari batu dan mempunyai ketebalan 6” hingga 12”. Dua besi diletakkan pada lapisan batu dengan ketinggian 6” dari dasar incinerator dan jarak antara 2 besi ialah 3” hingga 4”. Tempat pembakaran sampah terletak ditengah-tengah dan mempunyai penutup yang terbuat dari logam. Jenis Rock Pit Incinerator, iaitu incinerator yang berbentuk U dan terbuat dari batu karang. Incinerator ini mempunyai panjang 4.5 kaki, lebar 2 kaki dan dalam 18 kaki. Ketebalan incinerator jenis ini ialah 8” hingga 12” dan lantainya terbuat dari batu. Jenis Multiple
self Incinerator, iaitu incinerator berbentuk segi empat dan terbuat dari batu dengan panjang 4 kaki, lebar 3 – 5 kaki dan tinggi 8 m - 12 kaki. Incinerator ini mempunyai lapisan-lapisan dengan ukuran 18 – 24 kaki.
Rajah 1 :
Rangka Sistim Pengurusan Sisa Pepejal
Pengurusan Sisa Pepejal DomestikMasyarakat
KerajaanIndustri
Kitar SemulaPengurangan Sisa Pepejal
Pembangunan Persekitaran Berkekalan
Sumber: Mohamad, 2001
5. PENGURUSAN SAMPAH SARAP
Field (1994) menyatakan terdapat 3 cara yang paling tepat dalam mengurangi limbah atau sampah. Pertama untuk mengurangi limbah atau sisa, konsumsi dikurangi. Kedua dengan menggunakan teknologi baru dan yang dapat mengurangi jumlah limbah per unit hasil produksi. Dan ketiga adalah dengan meningkatkan kitar semula. Field (1994) dan Barret (199 juga mengusulkan terdapat cara lain untuk mengurangi masalah sampah iaitu dengan cara keseimbangan bahan, dimana semua bahan yang digunakan sebagai input dalam ekonomi sistem seharusnya dikembalikan ke alam walaupun dalam bentuk yang berbeza. Terdapat beberapa strategi untuk mengurangi limbah dari suatu proses produksi, iaitu:
Mengurangi produksi barang
Mengurangi konsumsi
Menggunakan teknologi yang lebih efektif
Penggunaan sisa atau buangan sebagai sumber baru.
Pengurusan sampah merupakan gabungan dari kegiatan pengendalian jumlah
sampah yang dihasilkan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pengolahan dan
penimbunan sampah di tapak pelupusan sampah yang memenuhi prinsip kesihatan,
ekonomi, teknik, konservasi dan pertimbangan pada persekitaran. Metod yang paling
umum digunakan berkaitan dengan pembuangan akhir sampah ialah :
Penimbunan di kawasan tapak pelupusan sampah. Penimbunan didalam tanah.
Menjadi makanan ternak. Pengurangan jumlah sampah. Pembakaran.
Tidak semua metod di atas tepat untuk semua jenis sampah. Menimbun dalam tanah adalah sesuai untuk sampah makanan dan sampah daun, sedangkan untuk menjadi makanan ternak dan pengurangan adalah untuk sampah makanan.Menurut Tchobanoglous (1993) kegiatan yang terkait dengan pengurusan sampah telah dikelompokkan menjadi 6, iaitu :
penjanaan sampah (waste generation).
pengumpulan, pemisahan dan kegiatan pengurusan di sumber sampah.
pengumpulan akhir.
pemisahan, pengurusan dan perubahan (transformation) sampah.
pemindahan dan pengangkutan.
pembuangan akhir (landfill).
Aktiviti pada tahap penjanaan sampah (waste generation) meliputi identifikasi
sampah apakah masih mempunyai nilai atau langsung dibuang ke tapak pelupusan
sampah. Tahap pemisahan meliputi kegiatan terkait dengan pengurusan sampah hingga
ditempatkan di tempa penampungan sementara di sumber sampah. Proses transformasi
digunakan untuk mengurangi jumlah dan berat sampah. Fungsi pemindahan dan
pengangkutan melibatkan dua tahap, iaitu:
pemindahan sampah dari kendaraan kecil ke peralatan yang lebih besar. Pengangkutan sampah yang biasanya berjarak jauh, ke tempat pegolahan atau
landfill.
Fungsi yang paling penting dari sistem pengolahan sampah adalah pembuangan akhir.
Sistem TPA yang moden, bukan hanya merupakan sebuah tempat penimbunan, tetapi
lebih merupakan kemudahan yang canggih yang dapat menghindari gangguan terhadap
kesihatan masyarakat seperti tempat bersarangnya serangga dan tikus, pengumpulan dan
mengurangi pencemaran air tanah.
Pengurusan sampah yang terpadu dapat didefinisikan sebagai teknik yang tepat dalam seleksi dan aplikasi, teknologi, program pengurusan untuk mencapai tujuan dan hasil yang diinginkan. Pengurusan sampah yang diambil dari Environmental Protection Agency ialah meliputi berkurangnya sumber sampah, kitar semula, pembakaran dan penimbunan di tapak pelupusan sampah. Adapun pengurusan sampah terpadu terdiri
daripada: pengurangan sumber sampah (source reduction). kitar semula.
perubahan sampah (waste transformation).
Berkaitan dengan usaha meminimumkan sampah, pendekatan akan difokuskan pada usaha menghindari produksi sampah, mengurangi jumlah sampah, penggunaan kembali sampah, kitar semula dan sistem kompos. Menurut Ministry of Environment Australia (1996), terdapat beberapa cara untuk mengurangkan sampah iaitu dengan cara:
menghindari sampah. pengurangan sampah. penggunaan kembali. kitar semula. pemulihan tenaga. pengurusan yang baik. Tapak pelupusan sampah.
Beberapa contoh menghindari penjanaan sampah (waste generating) dapat dilakukan dengan menghilangkan pembungkus yang tidak perlu dan mengubah bentuk barang untuk menjimatkan bahan dalam proses produksi. Bahan yang dapat dikurangi dalam proses produksi dapat memberikan kesan yang baik ke persekitaran, terutama kepada kitar hidup (life cycle). Pendekatan kepada persekitaran dalam proses penjanaan, meliputi:
pemilihan bahan.
meminimumkan penggunaan sumber .
bentuk dari sumber tenaga.
alat-alat pengolahan di kilang.
persekitaran kerja yang baik.
pemilihan kawasan tapak pelupusan sampah.
Oleh itu, dalam menangani jumlah sampah yang besar ini diperlukan pendekatan
yang baik. Pihak kerajaan harus membuang suatu cara yang sesuai dengan isu
pengurusan sampah dan pihak-pihak yang ada hubungan dalam penyelesaian masalah
sampah ini. Selain itu, kepada masyarakat mesti ditanamkan rasa kesedaran bahawa
sampah sarap juga mengandungi bahan-bahan yang boleh dipulih kembali dengan cara
pengkomposan atau dengan cara kitar semula. Bahan-bahan yang ada di dalam sampah
sarap boleh digunakan untuk menjana dan menyelesaikan masalah kuantiti sampah sarap
yang memerlukan proses pelupusan.
6. ETIKAALAM SEKITAR YANG BERHUBUNGANDENGAN MASALAH SAMPAH SARAP
Etika alam sekitar ini sangat penting di dalam menjaga keharmonisan dan kelestarian
alam sekitar ini. Setiap individu mestilah menghargai alam sekitar sebagai sebuah sumber
yang cukup penting di dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan etika alam sekitar yang
berhubungan dengan sampah sarap. Sampah sarap terhasil dari segala aktiviti manusia,
baik yang bersifat individu dan berkolompok. Apabila setiap orang yang menghasilkan
sampah tidak memperdulikan cara pembuangan dan pengurusan yang baik, maka ianya
dapat menjejaskan alam sekitar yang akhirnya dapat menurunkan kualiti hidup manusia.
Keberadaan sampah sarap di dalam kehidupan manusia tidak pernah berhenti. Masyarakat mahupun pihak kerajaan cukup berat dan susah dalam mengurusnya walaupun telah banyak kempen-kempen ataupun program-program dijalankan. Kesedaran yang masih rendah serta kemudahan-kemudahan yang belum mencukupi adalah salah satu kesan daripada tercicirnya sampah atau sisa dari pada tapak pelupusan dan dari loji rawatan air sisa yang pada akhirnya kawasan kosong, longkang dan sungai dijadikan tempat pembuangan sampah atau sisa tersebut.
Banyaknya sampah yang terjana dikeranakan oleh beberapa faktor seperti budaya,
agama, undang-undang yang terlibat dalam pengurusan sampah atau air sisa serta masih
banyaknya cara hidup masyarakat yang masih bersifat konsumtif. Kurangnya perhatian
masyarakat terhadap sampah menyebabkan masyarakat tidak merasa mempunyai
keuntungan langsung dari usaha-usaha pengurangan jumlah sampah. Masyarakat juga
tidak mengetahui kesan dari sampah terhadap alam sekitar dan juga keuntungannya
apabila sampah diurus dengan baik.
Kebanyakan komposisi merupakan jenis sampah yang boleh dikitar semula yang
apabila diurus dengan baik akan mendatangkan hasil yang lumayan dan juga boleh
mengurangkan pembuangan sampah ke tapak pelupusan sampah mahupun ke incinerator.
Malangnya, masyarakat tidak ada keinginan untuk menjalankan proses kitar semula
walaupun mereka telah mengasingkan antara sampah berupa sisa makanan dan sampah
botol, plastik dan kaca.
Pengurusan sampah sarap perlu ditingkatkan lagi walaupun menghadapi beberapa permasalahan kerana ianya bukan sahaja menjadi suatu tanggungjawab seseoarang atau kelompok, tetapi ianya menjadi tanggungjawab kita bersama yang bertujuan untuk mewujudkan kehidupan yang selesa kepada masyarakat dan juga untuk mewujudkan kualiti alam sekitar yang baik dan sihat. Mendidik dan membuat kempen-kempen meminimumkan penghasilan sampah dan kitar semula kepada masyarakat. Selain itu, pelaksanaan peraturan dan undang-undang hendaklah dijalankan dengan baik sebagai langkah untuk mencegah orang ramai membuang sampah secara bebas.
7. KES PENCEMARANSAMPAH SARAP DI SUNGAI KLANG
Kes ini merupakan kes yang terjadi akibat pencemaran yang terjadi di sungai Klang akibat dari pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Oleh itu, dilakukanlah suatu program untuk menaikkan kualiti airSg. Klang daripadaKelas IV keKelas III, membebaskannya daripada kekotoran sampah sarap dan kelodak serta untuk mengindahkan beberapa bahagianSungai Kelang untuk tujuan rekreasi. Dalam usaha ini, satuPasukan Petugas, satuJawatankuasa Eksekutif dan sembilan jawatankuasa kerja telah ditubuhkan dengan ahli-ahli yang terdiri daripada semua Jabatan dan Agensi yang berkaitan. Sejak itu pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan supaya objektif-objektif dan sasaran program tercapai.
Walau bagaimanapun, keadaanSg. Klang ketika kini masih lagi belum mencapai tahap seperti mana yang disasarkan. Kualiti airSg. Klang masih tersenarai dalam kelompok sungai tercemar diMalaysia. Kesemua anak sungai juga menunjukkan “trend” yang sama. Ini menggambarkan bahawa keseluruhan lembangan ini menyumbang kepada pencemaranSg. Klang. Kebimbangan utama adalah daripada sisa organik, pencemaran ammoniakal nitrogen, sisa terampai (suspended solids) dan juga sisa pepejal (solid waste).
Dari segi kualiti air keseluruhanSg. Klang, keadaan pada pertengahan tahun lepas memberi sedikit harapan kepada kita dengan peningkatan indek kualiti air sungai kepada Nilai Indeks 55. Kini, usaha perlu diteruskan agar Indeks ini boleh melepasi nilai 60, yang mana Sungai Klang boleh diklasifikasikan semula kepadaKelas III (iaitu kategori sungai yang sedikit tercemar). Walaupun keadaan kualiti air telah meningkat sedikit, tetapi usaha perlu diteruskan supaya keadaan ini terus diperbaiki dan dapat dikekalkan.
Bagi mengatasi masalah sisa pepejal, lebih daripada 70 perangkap sampah telah dibina merintangi sungai dan parit-parit besar. Selain itu, 2 perangkap kelodak dan 3 tapak
pungutan sampah telah dibina. Bagi membantu Pihak-pihakBerkuasa Tempatan dalam masalah ini, sejumlah 3 buah jentolak dan 4 buah lori sampah dibeli. Pada tahun 1996, Kerajaan telah juga membeli dua buah pengutip sampah terapung (trash hunter) bagi memungut sampah di kawasan muara sungai. Pembekalan tong-tong sampah kepada pihak-pihak yang memerlukannya, termasuk penghuni-penghuni setinggan di sepanjang sungai, telah juga dilakukan.
Dari segi pencemaran sisa pepejal, sedikit sebanyak, usaha untuk mengawal sampah-sarap terapung di dalam sungai memang sedikit berhasil. Pada hari biasa,Sg. Klang dan anak-anak sungainya boleh di katakan bebas daripada sampah sarap yang terapung. Keadaan ini terjadi hanya kerana kebanyakan sampah mampu disekat dengan adanya perangkap-perangkap sampah. Dalam hal ini saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab terutama sekali kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan semua Pihak-pihakBerkuasa Tempatan. Walaupun demikian, jumlah sampah sarap yang dikutip di semua lokasi perangkap sampah masih lagi tinggi, iaitu sekitar 50 tan sehari.
Jenis sampah yang dibawa keluar pula adalah pelbagai sehingga kedapatan barangan besar seperti tilam, peti ais, perabot, kereta, mayat dan sebagainya lagi. Masih terdapat banyak lagi kawasan tepi sungai yang dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram. Sampah sarap yang dikutip diperangkap sampah bukan hanya yang dibawa arus sungai tetapi juga dari semua parit dan longkang di seluruhLembah Klang.
Program ini juga memberi tumpuan kepada penempatan semula ladang-ladang ternakan khinzir dan daripada 11 yang ada pada permulaan program, kini hanya tinggal 2 sahaja. Aktiviti pembersihan kolam pengolahan telah dijalankan dan usaha pemantauan berterusan dijalankan olehJabatan Perkhidmatan Haiwan bagi memastikan perlepasan kumbahan dari ladang-ladang ini menetapi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam hal yang sama.Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga memberi perhatian kepada kumbahan yang terhasil dari rumah-rumah sembelih memandangkan terdapatnya rungutan mengenainya.
ProgramPembersihan Sg Kelang pada mulanya telah diberi tanggungjawab untuk memindahkan 2,500 keluarga setinggan sepanjang sungai ke lokasi transit di rumah-rumah panjang. Akan tetapi dengan perubahan dasar Kerajaan, usaha-usaha baru ditumpukan untuk memindahkan mereka ke rumah-rumah kos rendah. Jumlah keluarga setinggan yang telah dipindahkan di bawah program ini setakat ini, berjumlah seramai 310 keluarga.
Di sini, kita dapat lihat bahawa usaha menjadikanSungai Klang dan persekitarannya bersih dan indah bukanlah suatu tugas yang mudah. Penglibatan, kerjasama serta perkongsian tanggungjawab daripada semua pihak adalah amat penting sekali. Usaha ini bukan sahaja perlu ditanggung oleh jabatan dan agensi kerajaan sahaja, malahan pihak swasta, badan bukan kerajaan dan orang ramai perlu digembiling bersama kerana peranan mereka sama pentingnya.
8. http://syarifmawahib.wordpress.com/2007/03/26/pencemaran-sampah-sarap/