pence mar an alam sekitar di
TRANSCRIPT
Pencemaran alam sekitar
TAJUK :
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
TAMAN JATI,
RAWANG, SELANGOR
Pencemaran alam sekitar 1
Pencemaran alam sekitar
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1 Penghargaan 4
2 Pendahuluan 5
3 Objektif Kajian 6
4 Kawasan Kajian 7
5 Kaedah Kajian 9
6 Dapatan Kajian 10
6.1 Konsep Pencemaran Alam
Sekitar
12
6.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar
di sekitar Taman Kancing Jaya
13
Pencemaran alam sekitar 2
Pencemaran alam sekitar
6.3 Punca Pencemaran Alam
Sekitar di sekitar Taman Kancing
Jaya
15
6.4 Kesan Pencemaran Alam
Sekitar di sekitar Taman Kancing
Jaya
18
6.5 Cadangan untuk mengurangkan
kesan Pencemaran Alam Sekitar di
sekitar Taman Kancing Jaya
20
7 Rumusan 24
8 Lampiran 25
9 Rujukan 32
Pencemaran alam sekitar 3
Pencemaran alam sekitar
PENGHARGAAN
Sekalung budi penghargaan saya tujukan kepada Pengetua Maktab Rendah Sains
MARA Kuala Kubu Bharu Tuan Haji Mustafar bin Che Mat kerana telah memberikan
kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi
ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Bestari, Puan
Rozilawati binti Abdul Azid yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, Abdul Ghani bin Abd
Ghafar dan Asmah binti Abu Hassan yang telah memberikan banyak memberikan
dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa
mereka tidak dapat saya lupakan.
Tidak lupa juga kepada rakan sekelas, Annurul Aqilah binti Ayuza Azmi, Tengku Nur
Athirah binti Tengku Nasharuddin dan Nas Iliani binti Nasruddin kerana sudi
menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden yang telah sudi
meluangkan masa bagi menjawab beberapa soalan berkenaan dengan tajuk ini.
Pencemaran alam sekitar 4
Pencemaran alam sekitar
PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar
Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Guru
Geografi kami telah mengeluarkan arahan supaya kami diminta membuat tajuk
Pencemaran Alam Sekitar. Saya telah memilih untuk membuat “Pencemaran Alam
Sekitar di Taman Jati, Rawang, Selangor”.
Saya memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Jati, Rawang kerana lokasi
ini merupakan tempat tinggal saya. Rawang, merupakan sebuah bandar terdapat
banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang
pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang
menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran untuk keluar ke
Bandaraya Kuala Lumpur. Kesan daripada pembangunan di Rawang, Taman Jati
mendapat tempias pencemaran tesebut. Justeru, Tamn Jati merupakan salah satu
kawasan petempatan penduduk yang mengalami pencemaran seperti pencemaran
udara dan bunyi.
Untuk melengkapkan lagi kajian ini, saya telah menjalankannya pada waktu cuti
persekolahan pertengahan semester pada bulan Mac. Masa yang diperuntukkan untuk
menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun 2011.
Pencemaran alam sekitar 5
Pencemaran alam sekitar
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-
1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Jati, Rawang, Selangor.
2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Jati, Rawang,
Selangor.
3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di sekitar Taman Jati, Rawang,
Selangor.
4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di sekitar Taman Jati, Rawang,
Selangor.
5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam
sekitar di Taman Jati, Rawang, Selangor.
6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian di Taman Jati,
Rawang, Selangor.
Pencemaran alam sekitar 6
Pencemaran alam sekitar
Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang telah saya pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di
Taman Jati, Rawang iaitu kira-kira 24km di Barat Laut Bandaraya Kuala lumpur.
Taman Jati merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS).
Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan bekas bijih timah iaitu bekas lombong
bijih timah semasa penjajahan kuasa British. Pada akhir 1980-an, kawasan ini telah
dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di Rawang.
Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun serta bersaliran baik.
Kawasan Rawang terletak di parlimen Selayang dan diselenggarakan oleh pihak
Majlis Perbandaran Selayang. Rawang meliputi kawasan perumahan seperti Taman
Kancing Jaya, Taman Tun Teja, Kg Kenanga, Kg. Melayu Batu 16 dan lain-lain. Di
Rawang, pihak pemaju telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden.
Bagi petempatan yang ingin pergi ke Bandaraya Kuala Lumpur hanya mengambil
masa 20 minit dengan menaiki kereta. Bagi yang menaiki bas hanya perlu membayar
sebanyak lebih kurang RM1.50 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 30
minit. Manakala, bagi yang menaiki KTM Komuter ke Putra bayaran RM3.10 dan
Kuala Lumpur RM3.00.
Pencemaran alam sekitar 7
Pencemaran alam sekitar
PETA DAERAH RAWANG
Pencemaran alam sekitar 8
Pencemaran alam sekitar
PETA KAWASAN KAJIAN
Pencemaran alam sekitar 9
Pencemaran alam sekitar
KAEDAH KAJIAN
Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa
kaedah iaitu:-
1) Kaedah pemerhatian
Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Taman
daya dengan melihat system perparitan serta sistempembuangan sampah. Kami juga
mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai
2) Kaedah soal selidik
kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang
terdiri daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah
berdasarkan tajuk yang diberi. Sila rujuk soalan soal selidik yang disediakan.
3) Kaedah rujukan
Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk
mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan migrasi yang
berlaku di Malaysia.
Pencemaran alam sekitar 10
Pencemaran alam sekitar
DAPATAN
KAJIAN
Pencemaran alam sekitar 11
Pencemaran alam sekitar
KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam -
perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam
Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama
ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau
aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan-
kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin
berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-
organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
Pencemaran alam sekitar 12
Pencemaran alam sekitar
JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN JATI, RAWANG,
SELANGOR
Terdapat beberapa pencemaran alam sekitar di Taman Jati, Rawang. Antaranya
adalah:
1) Pencemaran Udara
Taman Jati berada berhampiran dengan kilang. Memandangkan Rawang ialah bandar
yang maju, dengan aktiviti perindustrian banyak dijalankan di sini. Antaranya ialah
kilang simen. Kilang tersebut di majukan oleh Lafarge Malayan Cement iaitu kilang
pertama di Malaysia. Selain itu juga. Taman Jati berada di tengah-tengah laluan ke
Bandaraya Kuala Lumpur dan sering dilalui kenderaan.
2) Pencemaran Sungai
Taman Jati dilalui dengan sungai. Sungai yang melaluinya dinamakan Sungai
Rawang. Akibat pembangunan yang maju di Rawang maka Sungai Rawang tersebut
akan dilanda pencemaran.
3) Pencemaran Bunyi
Pencemaran alam sekitar 13
Pencemaran alam sekitar
(atau bunyi persekitaran) merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia
yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan.
Sumber kebanyakan bunyi di luar rumah adalah sistem pengangkutan, termasuk bunyi
kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang
lemah menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman
bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman.
Sumber lain bagi punca pencemaran bunyi dalam dan luar rumah adalah penggera
kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja
pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan, perkakasan
bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan orang bising.
Rawang merupakan kawasan yang membangun dan mengadakan pelbagai aktiviti di
sini. Membangunkan sesebuah kawasan akan mendorong kepada penggunaan jentera
yang menyebabkan bunyi yang bising sehingga mengganggu ketenteraman awam.
Rawang juga merupakan pusat perhentian utama bagi laluan kereta api.
Pencemaran alam sekitar 14
Pencemaran alam sekitar
PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN JATI, RAWANG
Terdapat beberapa punca pencemaran alam sekitar di Taman Jati, Rawang. Antaranya
ialah:
1) Perkilangan
Salah satu punca pencemaran alam sekitar di Taman Jati adalah berpunca daripada
asap kilang simen yang berhampiran. Kilang simen tersebut diusahakan oleh syarikat
ternama di Malaysia iaitu Lafarge Malayan Cement. Kilang simen tersebut
merupakan kilang simen yang pertama dibina di Malaysia sejak tahun 1953. Kilang
simen Lafarge di Rawang ialah antara kilang simen yang terbesar di Malaysia.
Akibatnya pengeluaran debu yang berlebihan menyebabkan penduduk tempatan
berasa tidak selesa. Rumah akan cepat berhabuk akibat perindustrian kilang simen
yang berdekatan. Pengeluaran asap dan habuk iaitu daripada batu kapur boleh
menjejaskan kesihatan para penduduk tempatan.
2) Kenderaan
Bandaraya Kuala Lumpur merupakan bandaraya yang tersebuk dan paling sesak di
Malaysia kerana merupakan ibu negara Malaysia. Oleh sebab itu, kawasan-kawasan
Pencemaran alam sekitar 15
Pencemaran alam sekitar
di sekitarnya juga dibangunkan seperti Bandar Selayang serta tidak terkecuali
Rawang. Rawang merupakan salah satu jalan utama ke Kuala Lumpur. Oleh sebab itu
Rawang telah dinaiktaraf dari sebuah pekan yang kecil kini menjadi sebuah bandar
yang maju. Kepentingan sebagai laluan utama telah menyebabkan perkembangan
dalam pengangkutan. Asap daripada kenderaan seperti motosikal, kereta, lori, van,
bas dan lain-lain telah melepaskan asap seperti karbon monoksida, sulfur dioksida,
nitrogen dioksida, ozon, alergen dan lain-lain.
3) Pembinaan
Daripada sebuah pekan kecil kini Rawang telah dinaiktaraf menjadi sebuah bandar
yang semakin moden mengikut arus teknologi. Oleh itu, pembinaan akan dilakukan
untuk menjadikan sebuah bandar konkrit. Pembinaan pusat membeli belah atau pasar
raya besar dibina untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin ramai.
Pembinaan Pasar Raya Besar TESCO telah menyebabkan aliran sungai dialihkan ke
tempat lain. Hal demikian menyebabkan air sungai bertukar menjadi keruh dan
dasarnya menjadi cetek. Sungai yang dahulu jerneh kini bertukar warna menjadi
warna air tanah. Selain itu juga, pembinaan jejambat (flyover) di Hutan Rimba
Komenwel juga telah menjejaskan mutu sungai.
4) Sampah-sarap
Zahirnya kebanyakan sungai akan dicemari dengan sampah sarap akibat perbuatan
manusia sendiri. Manusia akan bertindak dengan melulu dengan membuang sampah
sarap ke dalam sistem saliran tanpa memikirkan keburukannya. Sistem saliran yang
dimaksudkan ialah longkang. Longkang-longkang akan dihalakan ke sungai tujuan
Pencemaran alam sekitar 16
Pencemaran alam sekitar
untuk mengelakkan banjir. Tapi malangnya sampah-sampah telah dibawa arus air di
dalam ke sungai. Disebabkan itu sungai akan dipenuhi sampah sarap.
Mengikut apa yang telah saya kaji, saya berasa sangat bersyukur kerana tahap
pencemaran di tempat tinggal saya tidak serius dan masih boleh dicegah bukan
dirawat. Sesungguhnya sebagai manusia yang bersyukur kita haruslah menjaga alam
sekitar kita supaya keadaan kita sentiasa harmoni.
Jadual dibawah menunjukkan punca pencemaran udara berlaku
Punca Pencemaran Peratusan sokongan responden(%)
Kilang Simen 55%
Kenderaan 45%
peratusan sokongan responden
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
kilang simen kenderaan
Peratus(%)
Jen
is P
un
ca
kilang simen
kenderaan
Graf di atas menunjukkan peratusan yang menyokong punca pencemaran udara
Pencemaran alam sekitar 17
Pencemaran alam sekitar
KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN JATI, RAWANG
Terdapat beberapa kesan pencemaran alam sekitar di Taman Jati, Rawang. Antaranya
ialah:
1) Hujan Asid
Aktiviti perkilangan dan pembakaran bahan api kenderaan membebaskan gas-gas
seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrus oksida, dan sulfur dioksida ke
udara. Pembebasan gas ini boleh mencemari udara dalam keadaan deposit kering.
Deposit kering ialah gas dan partikel berasid yang terdapat dalam udara. Ketika
angina bertiup, deposit kering melekat pada bangunan, kenderaa, dan tumbuh-
tumbuhan. Apabila hujan turun, bahan ini akan larut menjadi asid lemah. Asid lemah
merosakkan dinding bangunan dan menambah paras keasidan air larian.
2) Peningkatan Suhu
Aktiviti perkilangan dan pelepasan asap daripada kenderaan meningkatkan suhu
udara. Dengan bantuan tumbuh-tumbuhan, dapat mengurangkan peningkatan suhu.
Tumbuh-tumbuhan hijau menyerap air, karbon dioksida dan cahaya matahari dalam
proses fotosintesis. Akibat penebangan tumbuhan semula jadi untuk tujuan
pambangunan akan menyebabkan semakin kurang tumbuhan yang akan menyerap
Pencemaran alam sekitar 18
Pencemaran alam sekitar
karbon dioksida. Kandungan karbon dioksida akan meningkat dan menyerap haba
daripada bumi. Keadaan ini akan menyebabkan suhu udara menigkat. Pokok-pokok
dapat menyederhanakan suhu udara melalui proses transpiransi. Transpiransi ialah
proses kehilangan air daripada tumbuh-tumbuhan di atmoshera dalam bentuk wap air.
3) Kesihatan Manusia Terganggu
Pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan manusia sendiri. Kesan utama
pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap
pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.
Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar,
sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.
Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat
dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya
menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami
masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.
4) Air Tercemar
Pembinaan berdekatan dengan sungai serta perniagaan yang berdekatan merupakan
faktor air tercemar. Air akan bertukar warna menjadi kotor. Sampah-sarap yang
menimbun menyebabkan sungai tercemar. Sungai merupakan sumber air untuk
manusia. Apabila sungai tercemar maka kesihatan manusia juga akan terganggu.
5) Udara Tercemar
Pencemaran alam sekitar 19
Pencemaran alam sekitar
Pembebasan asap kenderaan dan dari kilang telah menyebabkan udara tercemar.
Keasidan udara meningkat dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan udara bertambah
lebih tercemar.
Setelah membuat kajian tentang kesan pencemaran alam sekitar, ia dapat
memupuk semangat patriotik iaitu saya akan tempat tinggal. Kesan pencemaran alam
sekitar tidak boleh dibiarkan berlarutan dan harus dicegah dengan segera.
CADANGAN MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI
TAMAN JATI, RAWANG
Terdapat beberapa cadangan pencemaran alam sekitar di Taman Jati, Rawang yang
telah saya kaji. Antaranya ialah;
1) Kitar Semula
Sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan
kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang
disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Sebagai contoh,
sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik
2) Penapis Udara
Pencemaran alam sekitar 20
Pencemaran alam sekitar
Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang
pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian.
3) Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan
teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera
yang bahaya kepada kesihatan manusia. Plumbum (daripada bahasa Latin: Plumbum)
ialah sejenis unsur yang mempunyai nombor atom 82 dan diberikan simbol Pb.
Plumbum dalam Bahasa Melayu juga dikenali sebagai timah hitam. Plumbum adalah
logam lembut dan mudah tertempa. Logam ini tergolong dalam kumpulanlogam
lemah. Plumbum juga merupakan sejenis logam berat. Plumbum yang baru dikerat
berwarna putih kebiru-biruan, tetapi dengan serta-merta menjadi kusam (sebam)
apabila terdedah kepada udara. Apabila dilebur menjadi cecair, plumbum berwarna
perak krom berkilau. Nombor atom plumbum adalah yang paling tinggi antara
kesemua unsur-unsur stabil. Namun demikian, bismut yang mempunyai nombor atom
yang lagi tinggi daripada plumbum, juga dianggap sejenis unsur yang stabil walaupun
sebenarnya adalah sedikit radioaktif (mempunyai separuh hayat dengan jangka masa
yang sangat lama).
Plumbum mempunyai banyak kegunaaan/aplikasi dalam pembinaan bangunan,
pembuatan bateri asid plumbum, peluru, bebola plumbum dan pemberat. Aloi-aloi
boleh lakur seperti piuter dan pateri juga mengandungi unsur plumbum. Plumbum
merupakan neurotoksin yang sangat poten (berbahaya), sama seperti raksa. Plumbum
cenderung untuk bertumpuk (terkumpul) dalam tisu-tisu lembut badan dan tulang.
4) Penukar Bermangkin (catalytic converter)
Pencemaran alam sekitar 21
Pencemaran alam sekitar
Penukar bermangkin, juga dikenali sebagai pemangkin asap adalah alat yang dipasang
pada sistem ekzos kenderaan untuk mengurangkan kandungan bahan toksik di dalam
asap ekzos seperti karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon tak terbakar.
Pemasangan penukar bermangkin mula diwajibkan di Amerika Syarikat pada
tahun 1975 bagi memenuhi keperluan piawaian emisi yang ketat di sana, dan kini
boleh dikatakan kesemua model kereta baru serta kebanyakan
model motosikal dipasang dengan penukar bermangkin. Penukar bermangkin
berfungsi dengan menggunakan mangkin seperti platinum, paladiumdan rodium untuk
menukarkan gas-gas toksik tersebut kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya
seperti gas nitrogen, karbon dioksida dan wap air. Gambar 1.1 menunjukkan penukar
bermangkin.
Gambar 1.1 menunjukkan penukar bermangkin (catalytic converter)
5) Pendidikan Alam sekitar Melalui Kurikulum
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh
kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui
pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat
Pencemaran alam sekitar 22
Pencemaran alam sekitar
membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada
seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang
tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan
timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan
alam sekitar.
Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat
rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata
pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran
sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui
kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada
masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang
memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan
radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen
dan ceramah.
Sesungguhnya, sebagai manusia yang bertanggungjawab kita haruslah
menyayangi dan menjaga alam sekitar daripada tercemar. Kita mestilah mencegah
daripada pencemaran berlaku terhadap alam sekitar. Saya berasa lebih sayangkan
alam sekitar dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar berlaku.
Pencemaran alam sekitar 23
Pencemaran alam sekitar
RUMUSAN
Taman Jati merupakan salah satu kawasan penempatan penduduk yang tinggal di
Rawang. Kedudukan Rawang yang strategik kerana berdekatan dengan Bandandaraya
Kuala Lumpur menyebabkan Rawang dinaiktaraf menjadi kawasan bandar yang maju.
Rawang juga merupakan kawasan perindustrian kerana mempunyai tanah pamah yang
luas.
Akibat kemajuan itu, Rawang mengalami pencemaran seperti pencemaran
udara, bunyi dan sungai. Pencemaran yang berlaku menyebabkan kesan seperti udara
tercemar, air sungai tercemar dan banyak lagi. Tetapi kesan tersebut boleh dicegah
dengan beberapa langkah yang saya cadangkan.
Pencemaran alam sekitar 24
Pencemaran alam sekitar
LAMPIRAN
Pencemaran alam sekitar 25
Pencemaran alam sekitar
Lampiran 1 : Surat Pengenalan Diri Saya
Pencemaran alam sekitar 26
Pencemaran alam sekitar
Lampiran 2 : Borang Soal Selidik Penduduk
Pencemaran alam sekitar 27
Pencemaran alam sekitar
Lampiran 2 : Surat Makluman kepada Ibu/Bapa/Penjaga
Pencemaran alam sekitar 28
Pencemaran alam sekitar
Lampiran 3 : Surat Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga
Abdul Ghani bin Abdul Ghafar
39, Jalan Kancing Jaya 3,
Taman Kancing Jaya,
48000 Rawang, Selangor. Tel: 03 60931809
_____________________________________________________________________
Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Kuala Kubu Bharu,
Kuala Kubu Bharu,
Pencemaran alam sekitar 29
Pencemaran alam sekitar
Selangor.
Tuan,
Menjalankan Kerja Kursus Geografi untuk Memenuhi PMR 2011
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya Abdul Ghani bin Abdul Ghafar membenarkan anak saya Miza Hayani binti
Abdul Ghani dari tingkatan 3 Bestari untuk menjalankan kerja kursus geografi bagi
memenuhi syarat persijilan PMR 2011.
3. Saya juga faham bahawa anak saya akan keluar untuk mendapatkan maklumat
dalam kajiannya. Saya difahamkan pihak maktab telah mengambil langkah
keselamatan sepanjang kajian luar ini.
4. Jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini kepada anak saya ketika
menjalankan KKG, saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap
pihak maktab.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Lampiran 3 : Gambar/foto pencemaran
Pencemaran Udara
Pencemaran alam sekitar 30
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar 31
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran Bunyi
RUJUKAN
Pencemaran alam sekitar 32
Pencemaran alam sekitar
http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2003/4JKAS/PARTS3/
FARIDAHAA990125D03TTT.pdf
http://www.denyrendra.net/search/jadual-data-pencemaran-alam-sekitar
http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaran-udara-kepada-
manusia-dan-alam-sekitar/
http://kudeed.tblog.com/post/1969953506
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penukar_bermangkin
buku teks geografi tingkatan 3,cerdik publications sdn bhd, abd rahim bin md nor
PENILAIAN UMUM
Pencemaran alam sekitar 33
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar 34
Pencemaran alam sekitar
TAMAT
Pencemaran alam sekitar 35