pencawang pengagihan (tnb)

34
Pencawang elektrik secara asas mengandungi satu atau beberapa litar pendatang (in-coming) dan keluar (out-going) yang dikawal oleh alat pensuisan voltan tinggi dan bertemu disatu atau lebih sistem basbar yang sama. Secara amnya, pencawang elektrik adalah point dalam sistem pembahagian dimana: i. Beberapa perkakasan atau radas elektrik dipasang dan digunakan untuk mengarah pengaliran tenaga elektrik dalam sistem kuasa. ii. Memastikan keselamatan pada sistem tersebut dengan menyediakan satu skim perlindungan automatik. iii. Satu atau beberapa litar pendatang dan keluar bertemu pada satu atau lebih sistem basbar dan dikawal oleh alat pensuisan voltan tinggi yang kemudiannya dikendalikan untuk penyuisan. iv. Nilai voltan diubah dan dikawal. v. Beban diagih, dikawal dan dilindungi. 4.2 Jenis-Jenis Pencawang 1. Pencawang Berbangunan (PB). 2. Pencawang Atas Tiang (PAT). 3. Pencawang Luar Berpagar (PL). 4. Pencawang Padat (PP).

Upload: pak-kardes

Post on 05-Jul-2015

7.437 views

Category:

Documents


46 download

DESCRIPTION

ehsan tamimi

TRANSCRIPT

Page 1: pencawang pengagihan (TNB)

Pencawang elektrik secara asas mengandungi satu atau beberapa litar

pendatang (in-coming) dan keluar (out-going) yang dikawal oleh alat pensuisan

voltan tinggi dan bertemu disatu atau lebih sistem basbar yang sama. Secara amnya,

pencawang elektrik adalah point dalam sistem pembahagian dimana:

i. Beberapa perkakasan atau radas elektrik dipasang dan digunakan untuk

mengarah pengaliran tenaga elektrik dalam sistem kuasa.

ii. Memastikan keselamatan pada sistem tersebut dengan menyediakan satu

skim perlindungan automatik.

iii. Satu atau beberapa litar pendatang dan keluar bertemu pada satu atau lebih

sistem basbar dan dikawal oleh alat pensuisan voltan tinggi yang

kemudiannya dikendalikan untuk penyuisan.

iv. Nilai voltan diubah dan dikawal.

v. Beban diagih, dikawal dan dilindungi.

4.2 Jenis-Jenis Pencawang

1. Pencawang Berbangunan (PB).

2. Pencawang Atas Tiang (PAT).

3. Pencawang Luar Berpagar (PL).

4. Pencawang Padat (PP).

Tumpuan akan diberikan kepada tiga jenis pencawang yang selalu didapati sahaja,

iaitu Pencawang Berbangunan, Pencawang Atas Tiang dan Pencawang Luar

Berpagar. Ini kerana Pencawang Padat jarang didapati dan kurang digunakan.

Page 2: pencawang pengagihan (TNB)

4.3 Fungsi-Fungsi Pencawang

Fungsi pencawang ialah untuk :

Membentuk satu ‘nodal point’ dimana kuasa boleh diubah atau dan diagih

daripadanya ke pencawang lain atau pengguna.

Membolehkan penyuisan masuk atau keluar ke bahagian-bahagian lain dalam

satu sistem.

Membolehkan bahagian yang rosak dalam satu-satu sistem diasingkan

dengan cara penyuisan dan pembekalan elektrik dapat diteruskan melalui litar

yang lain.

4.4 Sistem Bekalan

Di dalam sistem bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia, kita mempunyai tiga

jenis voltan iaitu:

voltan penjanaan

voltan penghantaran

voltan pembahagian

Page 3: pencawang pengagihan (TNB)

4.4.1 Sistem Bekalan Elektrik

Voltan

Pembahagian

Voltan

Penghantaran

Voltan

Penjanaan

415V 275kV 11kV

11V 132kV 33kV

66kV 6.6kV

0.4kV

Jadual 4.4.1

4.4.2 Keperluan Pencawang Elektrik

Nilai voltan yang terjana akan dinaikkan untuk penghantaran dan direndahkan untuk

pembahagian. Proses pengendalian meninggi atau merendah nilai voltan

memerlukan pencawang.

1. Diantara faedah-faedah voltan tinggi untuk penghantaran ialah:

Nilai susutan voltan rendah.

Kos perbelanjaan pengalir kurang.

2. Diantara faedah-faedah voltan rendah untuk pembahagian:

Page 4: pencawang pengagihan (TNB)

Kos perbelanjaan perkakas suis rendah.

Senang dibekal kepada pengguna-pengguna sebab alat-alat yang

digunakan oleh pengguna memerlukan voltan rendah.

4.5 Definisi Pencawang

Pencawang elektrik ialah pengumpulan komponen-komponen perkakas suis

yang digunakan untuk mengarahkan pengaliran tenaga elektrik di dalam sistem

kuasa, dan memastikan keselamatan sistem dengan menyediakan satu-satu badan

dimana alat-alat perlindungan automatik dan pelencongan pengaliran tenaga.

Pencawang Elektrik mungkin juga berkaitan dengan Stesen Janakuasa secara terus

mengawal pengaliran kuasa ke dalam suatu sistem, atau mengubah nilai voltan

bekalan samada merendah atau meninggikan dengan adanya pengubah kuasa atau

mungkin juga menyambungkan beberapa cawangan bekalan yang mempunyai sama

nilai voltannya. Secara asas Pencawang Elektrik mengandungi beberapa litar

pendatang (in-coming circuit) dikawal oleh perkakasuis-perkakasuis bertemu di satu

sistem busbar yang sama, yang kemudiannya dikendalikan untuk penyuisan atau

ditinggikan/rendahkan nilai bekalan voltan untuk penghantaran atau pembahagian.

4.5.1 Pembinaan Pencawang Berbangunan 11kv

Page 5: pencawang pengagihan (TNB)

Sebelum pekerjaan dijalankan kita mestilah dapat merancang pekerjaan

tersebut. Dengan itu tidaklah berlaku kelambatan perlaksanaan projek dan

pembaziran yang tidak menentu ( seperti menyediakan alat-alat yang tidal perlu atau

berlebihan dan sebagainya). Di bawah ini disertakan panduan-panduan bagi

melaksanakan pencawang berbangunan 11kV.

1. Melukis Pelan Pencawang

2. Pelan bangunan mestilah dilukis dan didluluskan oleh jabatan yang

berkenaan.

3. Senarai Barang-Barang

4. Senarai Barang-barang untuk pembinaan penncawang berbangunan mestilah

disediakan.

5. Membuat Persediaan Tempat Pencawang Berbangunan

6. Pastikan kedudukan pengubah, perkakasuis, tapak papan agihan dan peparit-

peparit untuk kabel voltan tinggi dan rendah.

7. Pepasangan Pengubah

8. Kedudukan pengubah mesti ditentukan dipasang ditengah-tengah tapak

pengubah.

9. Pepasangan perkakasuis

10. Pastikan jenis perkakasuis yang dipasang dan sediakan tapak seperti ukuran

perkakasuis tersebut.

11. Pepasangan Papan Pembahagian Voltan Rendah Dan Kabel

12. Tentukan saiz papan pembahagian voltan rendah dan lokasi kedudukannya.

13. Pembumian Perkakasuis Dan Pengubah

Semua perkakasuis mestilah dibumikan. Pembumian dilakukan kepada

semua badan pengubah, perkakasuis dan kabel, kemudian disambungkan kepada

Page 6: pencawang pengagihan (TNB)

punca pembumian utama yang direntang dibahagian bangunan tersebut dan

seterusnya ke sistem pembumian pencawang. Gambarajah pencawang berbangunan

(Indoor) :

Gambarajah 4.5.1 : Pandangan hadapan Pencawang Berbangunan.

4.5.2 Pembinaan Pencawang Atas Tiang 11kv

Page 7: pencawang pengagihan (TNB)

Sebelum kerja-kerja dijalankan kita mestilah merancangkan kerja tersebut.

Dengan ini tidaklah berlakunya kelewatan perlaksanaan perojek dan pembaziran

yang tidak menentu (seperti menyediakan alat-alat yang tidak perlu dan sebagainya).

Dibawah ini disertakan panduan-panduan bagi melaksanakan Pembinaan Pencawang

Atas Tiang 11kv :

1. Melukis Pelan Pencawang Atas Tiang 11kV.

Lukisan pelan hendaklah dibuat mengikut spesifikasi. Dengan berpandukan

pelan yang disediakan para pelatih akan dapat membuat pelan pancawang

dengan menyertakan segala alatan ukuran dan tempat kedudukan alat.

2. Membuat Senarai Barang-Barang.

Dengan berpandukan gambarajah pencawang kita dikehendaki memberikan

senarai barang-barang bagi pembinaan pencawang tersebut.

3. Persiapan Barang Bagi Pembinaan Pencawang :

Persediaan 2 tiang besi yang berukuran 11.4sm x 14sm x 1066.8sm (4 ½” x 5

½” x 6 5/8” x 35”).

Pastikan kedua-dua tiang mempunyai lubang untuk menyokong pengubah

kemudian pastikan ia telah dicat dengan “anti-rusk” dan disalut pula dengan

cat aluminium. Jika perlu tiang-tiang tersebut hendaklah dicat semula.

Persediaan palang besi untuk penebat pin, peti kabel, penangkap kilat, fius

jatuh, penebat pin shakel, pengubah dan pengalas pengubah dengan

menggunakan besi alur 10.2 x 5.1sm x 0.635sm (4” x 2” x ¼”).

Sedia maklum, setelah alat-alat tersebut telah pun disediakan, kita di

kehendaki menyemak kembali barang-barang tersebut. Jika perlu kita

Page 8: pencawang pengagihan (TNB)

dikehendaki membuat tambahan. Periksa lubang serta ukuran-ukuran

berpandukan gambarajah pencawang atas tiang 11kV. Palang-palang tersebut

hendaklah dicat kembali jika perlu.

4. Persediaan pengapit kabel berukuran 5.1sm x 0.635sm (2” x ½”).

Kabel dialurkan selari dengan paras tiang, kita dikehendaki menyemak

jumlah pengapit kabel yang diperlukan. Ianya perlu dicat kembali jika

keadaannya tidak memuaskan. Palang untuk fius tiang diperbuat daripada

kayu cengal berukuran 7.6sm x 7.6sm (3” x 3”). Semak kembali palang

tersebut. Jika perlu kita dikehendaki membuat yang baru.

5. Persediaan paip pembinaan.

Pembumian bolehlah dijalankan seperti gambarajah dibawah. Jarak diantara

batang paip mestilah 2 kali ganda panjang batang paip tersebut. Jenis paip

bumi ialah :

Batang tembaga 15.24sm x 1.6sm Dia. (6” x 5/8”)

G. I. Paip 30.5sm x 6.35sm Dia. (10” x 21/2 dia).

Adalah baik pembumian dibuat secara gelung dan penyambungan

jejari (spur) jikalau nilai rintangan tidak mencukupi 3 ohm.

Pembumian penangkap kilat mestilah diasingkan dan ditanam

berhampiran dengan tiang. Ini adalah untuk mengelakkan dari

gelangan yang berlebihan.

6. Penyimpai penebat pin 11kV.

Bagi penyimpai pin 11kV peraturan membuatnya mestilah megikut panduan.

Saiz dawai ialah S. W. G. 16 – Tembaga.

Page 9: pencawang pengagihan (TNB)

7. Kedudukan tiang dan penentuan tapak.

Kita dikehendaki membuat penentuan tapak pada pencawang atas tiang iaitu

dengan memancang kayu, serta memutuskan arah alur lubang bagi

menaikkan tiang. Lebat tapak mestilah tepat, iaitu 183sm x 122sm persegi.

(6’ x 4’ persegi).

Gambarajah 4.5.2.1 : Pencawang Atas Tiang.

Page 10: pencawang pengagihan (TNB)

Gambarajah 4.5.2.2 : Pengubah PAT.

4.5.3 Pembinaan Pencawang Luar Berpagar 11kv.

Sebelum pekerjaan dijalankan kita mestilah dapat merancang perkerjaan

tersebut. Dengan itu tidaklah berlaku kelambatan perlaksanaan projek dan

pembaziran. Dibawah ini disertakan panduan-panduan bagi perlaksanaan Pencawang

Luar 11kV.

1. Pelan Pencawang.

Pembinaan pencawang luar hendaklah mengikut pelan yang diluluskan.

2. Kedudukan pengubah.

Pengubah diletakkan diatas pelapik simen konkrit berukuran 152.4sm x

91.5sm x 61sm (5’ x 3’ x 2’) untuk pengubah 300kVA. Pelapik simen konkrit

Page 11: pencawang pengagihan (TNB)

ini diletakkan 152.4sm (5’) dari garis pusat pelapik simen ke pagar. Cara

campuran konkrit ialah ( 1-pasir, 2-simen, 4-batu).

3. Kedudukan perkakas suis.

Untuk memudahkan kendalian perkakas suis tersebut, ianya diletakkan di

penjuru pagar bertentangan dengan pintu.

Ruang lapang berukuran 81.3sm (2’ 8”) mesti diberi diantara perkakasuis dan

pagar supaya kerja penyeranggaraan senang dibuat.

4. kedudukan peti pembekal.

peti pembekal biasanya terletak di sudut pagar, pintu peti pembekal biasanya

terletak selaras dengan pagar supaya fius boleh ditukar tanpa masuk ke

dalam pencawang.

5. Kedudukan pagar.

jika keluasan tanah yang diperolehi berukuran 762sm x 609.6sm (25’ x 20’),

pagar yang dibina mestilah berukuran 609.6sm x 457.2sm (20’ x 15’). Jika

tanah yang diperolehi 762sm x 762sm(25’ x 25’) pagar pencawang mestilah

berukuran 609.6sm x 609.6sm (20’ x 25’). Untuk merentang kabel voltan

tinggi (H.T.) dan voltan rendah (LV) biasanya ia selari berhampiran dengan

pagar, diantara tujuannya adalah:

Untuk mengelakkan kerosakan pada kabel bila kenderaan berat masuk

ke pencawang.

Senang bagi kerja-kerja sambungan dimana masa akan datang kerana

kabel tersebut masih cukup untuk menbuat penyambungan.

6. Lima pelit ‘DANGER’ dilekatkan pada bahagian pagar, 1 – dipintu pagar, 4 –

ditengah tiap-tiap dinding pagar tersebut.

Page 12: pencawang pengagihan (TNB)

7. Pelit ‘Dilarang Masuk’ dilekatkan pada bahagian pintu pagar.

8. Nama Pencawang.

Ditulis pada bahagian luar peti pintu pembekal untuk senang mengenali

pencawang tersebut.

9. Dawai kawat.

Dipasangkan di bahagian atas pagar untuk mengelakkan orang daripada

memanjat pencawang.

10. Membuat Persediaan Tempat Pencawang Luar.

11. Membuat pintu pagar pencawang.

Kawasan bagi pembinaan pencawang mestilah dipancang mengikut pelan

yang disediakan, disini perkara yang dititik beratkan ialah pintu masuk.

12. Membuat susunan tapak pengubah, peti pembekal dan perkakasuis.

Kedudukan alat-alat tersebut adalah mengikut pelan.

13. Pembumian Tiang Pagar.

Sambungan tiang diantara tiang pagar dengan dawai bumi utama keempat

penjuru tiang pagar.

14. Cara-Cara Mengangkut Dan Memindah Pengubah.

Keselamatan pada masa pengangkutan pengubah mestilah dititik beratkan.

Page 13: pencawang pengagihan (TNB)

15. Pepasangan Perkakasuis.

Pepasangan perkakasuis mestilah dikendalikan dengan susunan yang

dikehendaki.

Papasangan basbar mesti mengikut piawaian.

Segala ikatan bolt dan nat mestilah ketat dan tekanan ikatannya mestilah

sama. Ini untuk mengelakkan dari kebocoran minyak pada perkakasuis.

16. Membuat Pengadang Voltan Rendah dan Penyokong Kabel Kepada

Pengubah. Dengan berpandukan saiz pengubah yang dikehendaki sediakan

pengadang voltan rendah pengubah, serta penyokong kabel.

Gambarajah 4.5.3 : Pencawang Luar Berpagar.

4.6 Pengubah Kuasa.

Page 14: pencawang pengagihan (TNB)

Pengubah kuasa ialah sebuah alat statik arus ulangalik yang digunakan untuk

mengalih kuasa elektrik dari satu litar ke litar yang lain dengan mengubah voltan dan

arus tetapi tanpa mengubah frekuensinya.

Prinsip kerja pengubah ialah, kuasa boleh dipindahkan secara efektif melalui

induksi magnetik “magnetic induction” dari satu gegelang lilitan kepada yang lain

dengan daya magnetik yang dihasilkan oleh arus ulang alik. Apabila arus ulangalik

ini dihidupkan ke lilitan utama “primary”, arus yang mengalir ini membuat teras besi

“ïron core” menjadi magnetik. Arus ini mulanya mengalir pada satu arah dan

kemudian sebaliknya “arus ulangalik”.

Medan magnetik yang dihasilkan mengelilingi seluruh litar magnetik “teras

besi” dan menghasilkan “induce” voltan ke litar utama “primary” dan pendua

“secondary” kerana kedua-dua litar ini disambungkan dengan medan magnetik yang

sama.

Voltan yang dihasilkan di satu lilitan “per turn” di litar utama “primary” dan

lilitan pendua “secondary” adalah sama dan di arah yang sama. Voltan yang

dihasilkan di lilitan pendua adalah bergantung kepada voltan yang dimasukkan pada

lilitan utama dan bilangan lilitan pendua. Oleh kerana voltan di lilitan utama dan

lilitan pendua berubah, arus di lilitan pendua juga turut berubah.

Kuasa “VA” = Voltan x Arus

Page 15: pencawang pengagihan (TNB)

Gambarajah 4.6 : Binaan Pengubah.

4.6.1 Nisbah Pengubah.

Di sebuah pengubah yang sempurna “ideal”, nisbah pengubahan di antara

voltan, arus dan bilangan lilitan adalah seperti berikut :

Vp = Np

Vs Ns

Di mana:

Vp = ialah voltan di lilitan utama

Vs = ialah voltan dililitan pendua

Np = ialah bilangan lilitan di lilitan pertama

Ns = ialah bilangan lilitan di lilitan pendua

Dan

Page 16: pencawang pengagihan (TNB)

KVA “masuk” = KVA “keluar”

Vp x Ip = Vs x Is

Vp = Is

Vs Ip

Di mana:

Is = ialah arus di lilitan pendua

Ip = ialah arus di lililtan utama

Kesimpulan di antara Voltan, Arus dan Bilangan Lilitan ialah :

Vp = Is = Np

Vs Ip Ns

4.6.2 Keupayaan Pengubah.

Page 17: pencawang pengagihan (TNB)

Keupayaan pengubah ditafsirkan di dalam KVA atau MVA, contohnya 100

KVA, 200 KVA, 1 MVA, 30 MVA. Adalah mustahak untuk mengetahui keupayaan

pengubah kerana ini dapat menentukan:

Arus maksima di bahagian utama “primary” dan pendua “secondary”.

Kadar fius yang akan digunakan dibahagian utama dan pendua.

Arus Maksima = KVA x 1000

3 x V

4.6.3 Diskriminasi Fius Voltan Tinggi.

Fius yang dipasang di bahagian voltan tinggi mesti dapat menahan arus

masuk magnetik “magnetising in-rush current” di pengubah yang dikira 12

kali arus maksima dalam jangka masa 0.1 saat.

Dapat menahan arus lampau sebanyak 150%

Perlindungan kepada kerosakan di sesumbu pendua unit masuk atau basbar.

4.6.4 Rekabentuk Pengubah Pembahagian.

Page 18: pencawang pengagihan (TNB)

Pengubah kuasa ialah satu perkakas elektrik yang boleh mengubah voltan dan

voltan yang tinggi ke voltan yang rendah atau dari voltan yang rendah ke voltan yang

tinggi. Pengubah yang digunakan untuk sistem pembahagian biasanya ialah yang

mengubahkan voltan dari voltan tinggi ke voltan rendah, untuk dialirkan kepada

pengguna.

Voltan yang dikeluarkan oleh pengubah pembahagian biasanya ialah 415V,

tiga fasa. Biasanya pengubah yang digunakan untuk sistem pembahagian mempunyai

kumpulan vektor Dy 11 iaitu dinamakan ‘Delta Star’.

Berpandukan kepada gambarajah, kita dapat menamakan komponen luar pengubah

seperti berikut:

1. Peti Kabel.

Peti Kabel adalah tempat dimana kabel voltan tinggi disambungkan.

2. Gebok Putusan Voltan Tinggi.

Ruang ini adalah untuk sambungan lilitan pengubah ditangki utama dengan

peti kabel.

3. Tangki Konservator.

Page 19: pencawang pengagihan (TNB)

Adalah ruang untuk menyimpan minyak. Ianya menentukan paras minyak

tangki utama. Tang Konservator memastikan yang tangki utama dipenuhi

minyak dan juga mengurangkan luas permukaan minyak bertemu dengan

udara dan menyediakan ruang untuk minyak mengembang apabila panas.

4. Ruang Jangka suhu.

Ruang berupa silinder, berisi minyak pengubah dimana suhu minyak ditangki

dapat diukur.

5. Tolok Paras Minyak.

Menunjuk paras minyak di tangki konservator.

6. Injab.

Injab dimana aliran minyak dari tangki konservator ke tangki utama dikawal.

7. ‘Dehydrating Breather’.

Di dalam ‘Breather’ di isikan dengan ‘silica gel’ ke paras tengah dan

dibawahnya diisikan dengan minyak pengubah.

Breather bertugas sebagai sistem pernafasan bagi pengubah. Apabila minyak

didalam tangki utama memanas dan mengembang, udara dari pengubah akan

keluar melaluinya dan semasa minyak menyejuk dan menurun, udara akan

masuk melalui ‘Breather’.

‘Silica gel’ didalam ‘Breather’ ialah untuk mengeringkan udara lembab yang

mealuinya dan masuk ke dalam pengubah. Begitu juga dengan kegunaan

minyak, iaitu supaya udara yang mengandungi air dan habuk tidak masuk ke

dalam tangki utama pengubah. Warna silica gel akan bertukar dari biru ke

merah samar setelah beberapa lama digunakan kerana udara yang

mengandungi lembapan melaluinya.

Page 20: pencawang pengagihan (TNB)

8. Suis Penukar Tap.

Suis penukar tap ialah untuk meninggi atau merendahkan voltan yang keluar

dari pengubah. Suis penukar tap ini hanya boleh diputar apabila pengubah

telah dimatikan.

9. Pengelak Haba .

Pengelak haba digunakan untuk menyejukkan minyak didalam pengubah

dengan cara menyediakan permukaan yang lebih luas untuk mengalirkan

haba.

10. Pelit Kadar.

Pelit yang menunjukkan rajah skematik pengubah serta lain-lain maklumat.

11. Pili Saring Minyak.

Tempat dimana contoh minyak boleh diambil untuk diuji penebatannya.

12. Injap Pengering Minyak.

Ialah saluran dimana minyak dikeluarkan semasa menukar atau

menggantikan minyak lama dengan minyak yang baru.

13. “BUSHING” Voltan Rendah.

Page 21: pencawang pengagihan (TNB)

Sesumbu dimana bekalan voltan rendah 415V, tiga fasa dikeluarkan dan

dibekalkan kepada pengguna-pengguna. Ia mempunyai tiga punca untuk fasa

dan satu punca untuk neutral. Kabel voltan rendah disambung ke papan

pembahagian voltan rendah melalui sesumbu ini.

14. “Tank Cover Lifting Lug”.

Pemegang unuk mengangkat penutup tangki utama pengubah.

15. Tapak Pengubah.

Tapak bawah pengubah untuk menampung pengubah.

16. “Haulage Holes”.

Digunakan untuk menjalankan pengubah dari sati tempat ke satu tempat yang

lain.

17. Punca Pembumian.

Punca pembumian tangki pengubah untuk disambungkan ke sistem

pembumian di pencawang.

18. Minyak Pengubah.

Minyak didalam tangki pengubah yang digunakan sabagai bahan penebat

diantara lilitan dan juga badan badan pengubah. Minyak ini juga berfungsi

sebagai bahan untuk penyejukkan di pengubah.

Page 22: pencawang pengagihan (TNB)

Gambarajah 4.6.4 : Pengubah.

Page 23: pencawang pengagihan (TNB)

4.7 Perkakas suis.

4.7.1 Perkakas suis Long dan Crawford (Long & Crawford Switchgear).

Fius suis GF3

Perkakasuis jenis GF 3 ialah sebuah fius suis yang dibuat oleh Long &

Crawford. Ianya ialah kombinasi fius serta suis yang bertebatkan minyak.

Fius-fius bagi jenis GF 3 dipasang di sebuah pembawa (carrier) tiga fasa.

Pembawa (carrier) tersebut dipasang dengan sesentuh bergerak bagi suis

minyak.

Pembawa fius tersebut ada tiga kedudukan iaitu ON, OFF dan RESET. Di

dalam keadaan ON, hujung fius yang mempunyai pelantik pin akan berada

dalam kedudukan yang sama dengan striker plate.

Jika berlaku kerosakan, salah satu atau pun lebih fius akan menyebabkan fius

suis GF3 dibuka secara automatik kerana jenis fius tersebut menggunakan

pelantik pin. Panjang fius yang digunakan ialah 254mm atau pun 359mm.

Page 24: pencawang pengagihan (TNB)

Gambarajah 4.7.1 : Fius Suis GF3

Gambarajah 4.7.1 : Switchgear Long & Crawford

Page 25: pencawang pengagihan (TNB)

Perkakasuis jenis OLU “Oil Link Unit”

Perkakas ini mempunyai dua ruangan iaitu:

Ruangan sesentuh yang dipenuhi dengan minyak.

Ruangan pesawat kerja yang bertebat udara.

Perkakasuis ini tidak mempunyai fius dan sesentuhnya berisi minyak.

Perkakasuis ini juga boleh dikendalikan dalam tiga kedudukan iaitu ‘ON’,

‘OFF’ dan ‘MEMBUMIKAN KABEL’. Hanya satu lengan kendalian

disediakan. Dengan berpandukan kepada gambarajah alat-alat diperkakasuis

OLU adalah seperti berikut:

1. Penunjuk Kendalian Perkakasuis.

Menunjukkan tiga kedudukan, MEMBUMIKAN KABEL, ‘OFF’ dan ‘ON’

.

2. Lengan Kendalian Perkakasuis.

Untuk mengendalikan perkakasuis dalam salah satu kedudukan,

‘MEMBUMIKAN KABEL’, ‘OFF’ dan ‘ON’.

3. Penutup Lengan Kendalian.

Untuk menutup ruang lengan perkakasuis.

4. Peti Kabel.

Punca penyambung kabel voltan tinggi.

Page 26: pencawang pengagihan (TNB)

5. Soket Penguji ‘Test Socket’

Soket untuk membuat pengujian kabel voltan tinggi.

Gamabarajah 4.7.1 : Perkakas suis OLU (Outdoor)

Gambarajah 4.7.1 : Perkakas suis OLU (Indoor)

4.7.2 Perpasangan Basbar Perkakas Suis OLU ‘Busbar Connection –

HFU/OLU’.

Basbar HFU mempunyai tiga fasa. Fasa Merah, Kuning dan Biru. Apabila

dipasang didalam HFU menerusi pelit hujung yang akan menyambung di

antara OLU atau ruang basbar tertakluk kepada susunan HFU/OLU yang

dipasang.

Page 27: pencawang pengagihan (TNB)

Kemudian dipasang basbar pendek, basbar ini menyambungkan diantara

basbar utama dengan punca sesentuh bergerak.

Sebelum memasang basbar, adalah mustahak diteliti antara sambungan-

sambungan basbar itu supaya fasa-fasanya betul iaitu basbar fasa merah

disambungkan kepada punca sesentuh bergerak fasa merah dan seterusnya

untuk fasa kuning dan fasa biru.

Setelah basbar lengkap dipasang, kerja penbersihan hendaklah dilakukan

pada basbar-basbar dan juga ruang basbar dengan kain yang bersih.

Gambarajah 4.7.2 : Basbar

4.8 Papan Pengagihan Voltan Rendah (PPVR).

Papan pengagihan voltan rendah mengandungi bahagian-bahagian berikut:

1. Jangka TDI “Thermal Demand Indicator Meter”.

2. Basbar.

3. Unit Mendatang “Incoming Unit”.

Page 28: pencawang pengagihan (TNB)

4. Unit Pengagih “Outgoing Unit”.

5. Pengubah arus “Current Transfomer”.

Penerangan.

1. Jangka TDI.

Untuk mengukur beban iaitu bekalan elektrik yang digunakan oleh

keseluruhan pengguna.

2. Basbar.

Menyambung bekalan dari unit mendatang ke unit pengagih. Terdapat empat

busbar dari fasa merah, kuning, biru dan neutral.

3. Unit Mendatang.

Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan dari pengubah ke basbar

di PPVR.

4. Unit Pengagih.

Alat yang digunakan untuk mengasingkan bekalan atau memberi bekalan

kepada pengguna.

5. Pengubah Arus.

Page 29: pencawang pengagihan (TNB)

Untuk merendahkan nilai arus yang mengalir pada busbar supaya dapat

dibaca oleh jangka TDI mengikut nisbah pada pengubah arus.

6. Contoh Beberapa ukuran PPVR/LV board.

1000 Ampiar

1600 Ampiar

2000 Ampiar

7. Cara Mengendali.

Untuk mengendali PPVR, kita mestilah berdiri sekurang-kurangnya 2 kaki

dari PPVR. Untuk mengasingkan bekalan dari pengubah ke basbar, bekalan

boleh diasingkan di unit mendatang dengan menggunakan ‘kayu

penyambung’.

Page 30: pencawang pengagihan (TNB)

Gambarajah 4.8 : Papan Pengagihan Voltan Rendah (PPVR).

4.9 Bateri.

Penerangan.

Bekalan arus terus dalam pencawang digunakan untuk menutup gelung

salenoid, untuk perlantikan pemutus litar minyak, penunjuk arah keluar atau

masuk dan isyarat kecemasan. Voltan beteri biasanya ialah 100V untuk

peralatan 33kV dan 30V untuk peralatan 11kV. Jadi bateri mesti di dalam

Page 31: pencawang pengagihan (TNB)

keadaan baik. Kalau tidak pemutus litar minyak tidak boleh terpelantik

apabila ada kerosakan.

Keselamatan.

1. Sel bateri mengandungi asid sulfurik yang dicairkan. Jangan sentuh asid itu.

Kalau tersentuh, cucikan tempat yang terkena asid dengan air paip dengan

segera.

2. Apron, pelindung mata, sarung tangan getah, alatan kerja yang bertebat

hendakllah dipakai dan digunakan apabila menyerenggarakan bateri.

3. Cegahkan api semasa berada di bilik bateri. Apabila bateri sedang dicas, gas

hidrogen akan terhasil.

4. Jangan gunakan jangka tumpat yang sama pada sel sel asid dan alkali.

Senggaraan Bateri.

1. Ambil ketumpatan bandingan semula sel dengan jangka tumpat.

2. Jangka tumpat mesti dipam perlahan-lahan beberapa kali sebelum bacaan

diambil supaya mendapat bacaan yang betul.

3. Semua electrolyte mesti disimpan balik pada sel yang sama.

Page 32: pencawang pengagihan (TNB)

4. Ketumpatan bandingan sesuatu sel yang mencukupi cas mesti di antara 1.210

– 1.240 bergantung kepada jenis bateri. Untuk YAG 5 yang tertentu

ketumpatan bandingan ialah 1.210 dan untuk L. C. P 5 ketumpatan bandingan

ialah 1.250.

5. Cas perlahan (Trickle Charge) untuk keadaan biasa. Arus cas ialah 15mA-

30mA.

6. Isikan air suling dalam sel sampai paras yang ditentukan.

7. Cas cepat/cas bosst hanya digunakan semasa kecemasan untuk cas semula

bateri yang sangat lama digunakan. Jangan letakkan bateri itu dalam keadaan

itu selama-lama.

8. Bateri dan balik bateri mesti selalu berada didalam keadaan yang bersih dan

kering.

9. Catkan rak bila perlu dengan cat rintangan asid.

10. Voltan bateri boleh diperiksa dengan suis ujian.

Page 33: pencawang pengagihan (TNB)

Gambarajah 4.9 : Rak Bateri.