penasihat : prof. madya dr. muhamad suhaimi taat editor ... · dimasukkan ke dalam neraka melalui...

7
PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR : Noorisah Taljid & Kartini Ismail SIDANG PENGARANG : Jimmis Jumaat HEBAHAN & PUBLISITI : Malik Hanafi Achmad Rofi’ie

Upload: dangtuyen

Post on 03-Jul-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang melakukan dosa-dosa besar sahaja

PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR : Noorisah Taljid & Kartini Ismail

SIDANG PENGARANG : Jimmis Jumaat HEBAHAN & PUBLISITI : Malik Hanafi Achmad Rofi’ie

Page 2: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang melakukan dosa-dosa besar sahaja

TAJUK : “YA RASULULLAH ! SAYANGNYA ENGKAU KEPADA KAMI “

OLEH : USTAZ JIMMIS JUMAAT

PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

Dari Yazid Ar-Raqqsyi meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa malaikat Jibril

datang kepada Rasulullah SAW pada suatu waktu di luar kebiasaan dengan raut wajah yang

berbeza dari yang biasanya. Rasulullah SAW pun bertanya, “Wahai Jibril, kenapa aku melihat

raut wajahmu berbeza?” Jibril pun menjawab, “Wahai Muhammad! aku datang kepadamu pada

saat Allah SWT memerintahkan supaya api neraka dinyalakan. Mana mungkin bagi orang yang

mengetahui bahawa neraka, seksa kubur dan seksa Allah itu sangatlah dahsyat untuk merasa

senang sebelum dirinya betul-betul merasa aman dari ancaman itu”.

Rasulullah SAW berkata “ Wahai Jibril, gambarkanlah keadaan neraka itu kepadaku”

Jibril berkata “ Baik,.. Ketika Allah SWT menciptakan neraka, apinya dinyalakan seribu tahun

lamanya sehingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat, sejak itu nyalaan dan baranya tidak

pernah padam. Demi zat yang mengutus engkau kebenaran sebagai nabi, seandainya neraka itu

berlubang sebesar lubang jarum, nescaya seluruh penghuni dunia akan terbakar kerana

panasnya.” Tidak setakat itu, Jibril meneruskan bicaranya. “ Demi zat yang mengutus engkau

dengan kebenaran sebagai nabi, seandainya ada baju penghuni neraka itu digantung di antara

langit dan bumi, nescaya semua penghuni dunia akan mati disebabkan bau busuk dan panasnya.

Demi zat yang mengutus engkau kebenaran sebagai nabi, seandainya sehasta dari mata rantai

sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran diletakkan di puncak gunung, nescaya bumi

hingga ke dalamnya akan meleleh. Demi zat yang mengutus engkau kebenaran sebagai nabi,

seandainya ada seseorang yang berada di hujung barat dunia ini diseksa, nescaya orang yang

berada di hujung timur akan terbakar kerana panasnya. Sesungguhnya neraka itu mempunyai

tujuh pintu dan pada setiap pintu itu dibahagi-bahagikan untuk lelaki dan perempuan.”

Lantas Rasulullah SAW pun bertanya, “ Apakah pintu-pintu itu seperti pintu kami?”

Jibril menjawab “Tidak. Pintu itu sentiasa terbuka dan pintu yang satu berada di bawah pintu

yang lain. Jarak setiap pintu dengan pintu yang lainnya adalah sejauh 70 tahun perjalanan.

Manakala Pintu yang berada di bawah 70 kali lebih panas daripada pintu yang berada di

atasnya. Musuh-musuh Allah SWT diseret ke sana dan jika mereka sampai di pintu itu, maka

Malaikat Zabaniyah pun menyambut mereka dengan membawa rantai dan belengu. Rantai itu

dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari lubang duburnya, manakala tangan kirinya

dibelenggu ke lehernya dan tangan kanannya dimasukkan kedalam dada sehingga tembus

ke bahunya. Setiap orang yang derhaka itu dirantai bersama syaitan dalam belenggu yang sama.

Lantas diseret wajahnya tersungkur dan dipukul oleh malaikat dengan palu. Setiap kali mereka

ingin melepaskan diri keluar dari neraka disebabkan kesengsaraan yang tidak terperi itu,

nescaya mereka dikembalikan ke dalam neraka.”

Semakin cemas Rasulullah SAW pun terus bertanya, “Wahai Jibril, siapakah yang

akan menempati pintu yang pertama?” Jibril menjawab, “pintu pertama dinamakan Hawiyyah,

yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir.” Ketika kelihatan pada wajah nabi SAW

tanda kesedihan lalu dia bertanya lagi. “Siapakah yang akan melalui pintu yang kedua?” “ pintu

yang kedua dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin”. Jelas malaikat Jibril.

“Bagaimana dengan pintu ketiga?” Tanya Rasulullah SAW lagi. “Pintu ketiga dinamakan

Saqar, yang diperuntukkan bagi kaum Shobiin atau kaum penyembah api”. Jawab malaikat

Jibril. “Selanjutnya pintu keempat untuk siapa?” Tanya Rasulullah SAW. “Pintu keempat

dinamakan Ladza, untuk Iblis dan pengikutnya” jawab Jibril.

Page 3: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang melakukan dosa-dosa besar sahaja

SAMBUNGAN

Rasulullah SAW terdiam sejenak, dia berharap tidak ada satu pun pintu neraka yang

diperuntukkan bagi umatnya. “Kemudian pintu kelima dan keenam untuk siapa?” Tanya

Rasulullah SAW. “Pintu kelima dinamakan Huthamah, diperuntukkan untuk kaum Yahudi,

sedangkan pintu keenam dinamakan Sa’ir untuk kaum kafir”, jelas malaikat Jibril. “Wahai

Jibril, sekarang ceritakanlah kepadaku tentang pintu neraka yang ketujuh itu?” Pinta Rasulullah

SAW. Mendengar pertanyaan tersebut malaikat Jibril terdiam kaku seperti ragu untuk

menceritakannya. Akan tetapi disebabkan Rasulullah SAW terus mendesaknya, maka Malaikat

Jibril pun tak berupaya untuk menolaknya. “ Ya Rasulallah, pintu ketujuh itu diperuntukkan

untuk umatmu yang melakukan dosa-dosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat”. Jelas

malaikat Jibril yang sedikit ketakutan.

Setelah mendengar penjelasan daripada malaikat Jibril tersebut Rasulullah SAW

terkejut lalu jatuh pengsan. Sungguh baginda tidak menyangka bahawa umat yang sangat

dicintainya pun disediakan tempat di neraka. Begitu sayangnya baginda kepada umatnya

sehingga seolah-olah baginda merasakan penderitaan, seksaan dan kesakitan yang menimpa

umatnya yang dimasukkan ke dalam neraka yang telah dijanjikan. Tidak hanya setakat itu,

setelah baginda tersedar dari pengsannya, baginda SAW masih merasakan kesedihan itu,

baginda tidak dapat menahan air mata baginda yang mengalir deras. Sungguh dialah Nabi dan

Rasul yang sangat peduli kepada umatnya, walaupun setelah pemergiannya. Semoga kita

mendapat syafa’at dari baginda SAW.

Setelah itu Rasulullah SAW pun bertanya lagi kepada malaikat Jibril dengan penuh

kesedihan “Wahai Jibril , aku sangat sedih setelah mendengar penjelasanmu. Apakah ada dari

umatku nanti yang akan masuk dari pintu ketujuh itu?” Malaikat Jibril mengangukkan kepala

dan ini mengisyaratkan kepada baginda bahawa memang ada dari kalangan umatnya yang akan

dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang

melakukan dosa-dosa besar sahaja dan mati dalam keadaan belum bertaubat.

Setelah beberapa hari peristiwa kedatangan malaikat Jibril itu, Rasulullah SAW

kelihatan hanya berdiam diri, tidak bercakap dengan sesiapa pun dan hanya mengurung diri di

rumah baginda. Baginda hanya keluar rumah hanya ketika hendak ke masjid untuk menunaikan

solat berjamaah namun terus kembali ke rumah baginda setelah selesai daripada itu. Para

sahabat setelah melihat keadaan nabi seperti itu merasa kehairanan serta turut merasakan

kesedihan melihat keadaan sang kekasih mereka. Kemudian mereka pun berkunjung ke rumah

Rasulullah SAW untuk mencari jawapan tentang gerangan apakah yang membuatkan

Rasulullah SAW berkeadaan seperti itu. “ Wahai Rasulullah, kenapakah engkau nampak begitu

sedih?” tanaya seorang sahabat. “ Wahai sahabat-sahabatku, sesungguhnya Jibril telah datang

kepadaku dan menyampaikan wahyu tentang neraka yang memiliki tujuh pintu” ujar Rasulullah

SAW. “ Wahai Rasulullah, adakah salah satu pintu untuk kami semua?” Tanya sahabat. Dengan

diiringi air mata, Rasulullah SAW menganggukkan kepala. “salah satu pintu neraka itu

diperuntukkan untuk umatku yang melakukan dosa-dosa besar dan mati sebelum mereka

sempat bertaubat kepada Allah SWT” ujar Rasulullah SAW. Setelah sejenak terdiam,

Rasulullah SAW pun meneruskan ucapannya. “Oleh sebab itu, janganlah kamu sekali-kali

terpedaya dengan tipu daya Iblis, kerana dia adalah musuh yang nyata bagi kamu dan akan

menjerumuskan kamu ke neraka”.

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah seorang nabi dan rasul yang terlalu

menyayangi umat, baginda menangis untuk umatnya. Apakah kita sebagai umatnya tidak

menyintai baginda? Banyak manakah kita berselawat ke atas baginda SAW sebagai tanda kasih

dan cinta kita kepada baginda?

Page 4: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang melakukan dosa-dosa besar sahaja

BENGKEL TAKWIM DAN RETREAT PIUMS

Page 5: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang melakukan dosa-dosa besar sahaja

SOLAT HAJAT IMTIHAN PERDANA DAN

MAJLIS MAKAN MALAM 2018

Page 6: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang melakukan dosa-dosa besar sahaja
Page 7: PENASIHAT : Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat EDITOR ... · dimasukkan ke dalam neraka melalui pintu yang ketujuh itu nanti. Namun hanya mereka yang melakukan dosa-dosa besar sahaja

Meningkatkan keimanan dan

mendekatkan diri kepada Allah

SWT

Bertambah rezeki dan

mendapat keberkatan

Memberi ketenangan hati dan

kebahagiaan

Melatih berfikiran positif dan

adil

Melahirkan Rasa Syukur

Sedekah mampu memadamkan

kemurkaan Allah SWT