pemeliharaan teater tradisional jikey oleh … teater tradisional jikey... · judul: pemeliharaan...
TRANSCRIPT
PEMELIHARAAN TEATER TRADISIONAL JIKEY OLEH PERSATUAN PENGGERAK WARISAN BUDAYA NEGERI
KEDAH (AKRAB)
Mohamad Halmi Bin Ahmad Asri
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2013
"ulat Khidmat Maklumat Akademlk UNlVERS n 1 SAlu.w~
P. KHIDnAT nAKLunAT AKADEnIK
UNlnAS
IIIII tIIlllllIIlIllllllll 1000273089
PEMELlHARAAN TEATER TRADISIONAL JIKEY OLEH PERSA TUAN
PENGGERAK WARISAN BUDAY A NEGERI KEDAH (AKRAB )
MOHAMAD HALMI BIN AHMAD ASRI (24022)
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
( Pengurusan Seni )
FakuIti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2013
UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: PEMELIHARAAN TEATER TRADISIONAL JIKEY OLEH PERSA TUAN PENGGERAK WARISAN BUDAYA NEGERI KEDAH (AKRAB)
SESI PENGAJIAN : 2012/2013
Saya MOHAMAD HALMI BIN AHMAD ASRI
mengaku membenarkan tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakrnilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maldumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akadernik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesisllaporan ini sebagai pertukaran bahan antara institusi pengajian tinggi
5. * sila tandakan D
'-------------JI/ SULIT (mengandungi makulamat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub daJam
'--_-'I TERHAD AKTA RARSIA RASMI 1972) (mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan
...j I TJDAK TERRAD oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan
Tandatangan Penulis Tarikh: Alamat tetap: Peti Surat 2, Kg Chatin Atas
28400 Mentakab Pahang Darul Makmur
Catatan: * TesisILaporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Fa\safah, Srujana dan Sarjana Muda* Jika TesisILaporan ini SULIT atau TERHAD, si\a lampirkan surat daripada pihak
berl'U8sa/orgarrisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan irri perlu dikelaskan · 2 sebagai SULIT atau TERHAD
7 J3
II
Projek bertajuk " Pemeliharaan Teater Tradisional Jikey Oleh Persatuan Penggerak Warisan
Budaya Negeri Kedah ( AKRAB ) " telah disediakan oleh MOHAMAD HALMI BIN AHMAD
ASRI dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat
untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Pengurusan Seni )
Diterima untuk diperiksa oleh :
Dr NORIA TUGANG
Penyelia Program Penh1lJrusan
Seni
Tarikh :
...... fl tI"7J[ ~J3
1Il
PENGAKUAN
Saya mengakui tiada bahagian daripada penyelidikan yang dipamerkan dalam Penyelidikan dan
Projek Tahun Akhir ini telah diglIDakan sebagai bahan sokongan IIDtuk sesuatu ijazah atau
kelulusan sama ada kepada wliversiti ini atau institusi peng~ ian tinggi ( IPT) yang lain.
Yang Benar,
.... .. .. ....~ . . . ..
MOHAMAD HALMI BIN AHMAD ASRI
Program Pengurusan Seni
IV
24022
I
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Dahi kerana limpah dan kurnia-Nya Projek TahWl Akhir ini telah
beIjaya disiapkan dengan sepenuhnya
Sejuta penghargaan ditujukan kepada Dr Noria Tugang selaku penyelia dan Cik Karen
Audrey Samy selaku penyelaras Projek TahWl Akhir. Tidak lupa juga kepada pensyarah
pensyarah program Pengurusan Seni yang telah banyak memberikan pendapat serta komen yang
berguna kepada pengkaji sepanjang Projek Tahun Akhir ini dilakukan. lutaan terima kasih juga
di atas segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah. diberikan sepanjang kajian ini dilakukan.
Ribuan terima kas.ih diucapkan kepada pihak AKRAB dan labatan Kebudayaan Kesenian
Negara, Kedah yang teJah banyak membantu pengkaji dalam mendapatkan data kajian. Tidak
lupajuga kepada mereka yang banyak membantu pengkaji sepanjang kajian ini dijaJiankan.
Tidak lupa juga kepada ibu dan bapa, Ahmad Asri Bin Osman dan Rosimah Binti Sani
serta keluarga tercinta yang sentiasa memberi semangat dan dorongan sepanjang kajian ini
dijalankan. Tidak lupa juga kepada Muhamad Ruzaini Nasharudin dan pihak-pihak yang telah
banyak membantu pengkaji dalam menyiapkan kajian ini .
Penghargaan ini juga pengkaji tujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak iangsWlg dalam membantu menjayakan kajian ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji kaedah-kaedah pemeliharaan teater tradisional likey oleh
Persatuan Penggerak Warisan Budaya Negeri Kedah (AKRAB). Kaedah kajian yang digunakan
a.daIah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif adalah dengan
mengadakan temubual dengan beberapa orang informan. Kaedah kuantitatif pula, melalui
pengedaran borang soal selidik di Alor Star, Kedah. Kajian mendapati bahawa pengolahan serta
penambahbaikan dalam persembahan teater tradisional likey mampu menarik minat masyarakat.
Selain itu, pemeliharaan secara berterusan serta sistematik perlu dilaksanakan dalam mengangkat
semula persembahan teater tradisional likey dari terus diabaikan. Hasil dan kajian ini, diharap
persembahan teater tradisional likey terus dipelihara untuk kepentingan generasi yang akan
datang.
VI
ABSTRACT
This study intend to study Jikey breeding methods traditional theatreby Persatuan Penggerak
Warisan Budaya Kedah State. Study method used qualitative method and quantitative.
Quaiilati e method is holding interview' with a few informan. Quantitative method on the other
hand, through questionnaire that distribution to Alor Star, Kedah. Study found that manipulation
and improvement in Jikey traditional theatrical performance can attract community's interest.
After that, continuously care and systematic need to lift again Jikey traditional theatrical
performance from negligence. Resulted from this study, hoped traditional theatrical performance
Jikey continued to be reared for generation's interest in the future.
VlI
l rusat Khidm3t I\laklUllaat Akademik UMVlRSm MALAYSIA SARA,WAK
lSI KANDUNGAN
MUKASURATPERKARA
Dahunan Tajuk
iiPengakuan
iiiPenghargaan
viAbstrak
viiilsi Kandungan
xiiSenarai Gambar
xiiiSenarai Jadual
J PENDAHULUAN
11.1 Pengenalan
21.2 Pennasalahan Kajian
21.3 Hipotesis
31.4 Objek'1if
41.5 Skop Kajian
51.6 Limitasi
61.7 Kepentingan Kajian
81.8 Lokasi Kajian
1.8.1 Alor Star, Kedah 8
1.8.2 Jabatan Kebudayaan Kesenian
N egara Kedah ( JKKN Kedah ) 9
Vlll
2 SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Sejarah Negeri Kedah 20
2.3 Teater Tradisional Jikey 22
2.4 Sejarah Teater Tradisional Jikey 23
2.5 Persatuan Penggerak Warisan Budaya
Negeri Kedah ( AKRAB ) 24
2.6 Kerangka Konsep 26
2.7 Rumusan 27
3 Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan 28
3.2 Surnber Data 29
3.2.1 Data Sekunder 29
3.2.2 Data Primer 31
3.3 Populasi 33
3.4 Persempelan 34
3.5 Instrumen Kajian 35
3.6 Rumusan 36
IX
,....
4 ANALISA & DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Pengenalan Kepada Pemeliharaan Teater
Tradisional Jikey Oleh AKRAB 38
4.2.1 A) Persembahan Teater Tradisional Jikey 42
B) Mendokumentasikan Persembahan
C) Persembahan Dimasukkan Ke Dalam
I) Pemeliharaan Alat-Alat Muzik Teater
Teater Tradisional Jikey 43
Kalender Program JKKN 45
D) Bengkel Teater Tradisional Jikey 46
E) Latihan 48
F) Penyelidikan 49
G) Penerbitan 50
H) Pameran 51
Tradisional Jikey 52
J) Golongan Pelapis Teater Tradisional Jikey 53
4.3.1 Analisa Data Persembahan Teater
Tradisional Jikey AKRAB 55
4.3.2 Sejarah A wal Penubuhan AKRAB 62
L
,..
4.3.3 Konsep Persembahan Teater Tradisional
likey oleh AKRAB
4.3.4 Alat-Alat Muzik Teater Tradisional
likey AKRAB
4.3.5 Prop Dan Kostum
4.3.6 Sinopsis Untuk Plot Cerita
4.3.7 Watak-Watak
4.4 Promosi
4.5 Reaksi Dan Sambutan Masyarakat
4.6 Cabaran-Cabaran Dalam Memelihara Teater
Tradisional likey
4.7 Program-Program AKRAB Dalam Memelihara
Teater Tradisional likey
Data Borang Soal Selidik
Dab S Kesimpulan Dan Cadangan
5.1 Kesimpulan
5.2 Implikasi Kajian
5.3 Cadangan Kepada Pihak AKRAB
5.4 Cadangan Kepada Pengkaji Yang Akan Datang
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN
63
67
72
73
75
81
83
85
86
88
108
110
III
Il2
114
117
Xl
SENARAI GAMBAR
Gambar PERKARA MUKA SURAT
4.1 Contoh Persembahan Teater Tradisonal. likey AKRAB 43
4.2 Contoh Persembahan Teater Tradisonal likey Yang
Telah Didokumentasikan 44
4.3 Contoh Program Persembahan Teater Tradisional
likey AKRAB Pada Tahun 2012 46
4.4 Lokasi Bengkel Teater Tradisional likey Diadakan 47
4.5 Pengarah Teater likey Bersama Pewaris Asal
Teater likey Pak Chahor 50
4.6 Contoh-Contoh Buku Yang Telah Diterbitkan 51
4.7 Antara Golongan Pelapis Teater Tradisional likey 54
4.8 Logo Persatuan AKRAB 62
4.9 Antara Prop Dan Kostum Yang
Digunakan Ketika Persembahan 73
4.10 Keratan Akhbar Mengenai Persembahan Teater
Tradisional likey AKRAB 87
Xli
l
SENARAI JADUAL
JADUAL SURAT
PERKARA MUKA SURAT
4.1 Alat-Alat Muzik Teater Tradisional Jikey 67
Xlll
BAB SATU
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di dalam Bab Satu ini akan diterangkan tentang teater tradisional Jikey dan sejarah
teater tradisional Jikey serta cara teater tradisional Jikey itu dipersembahkan. Setemsnya,
pengkajl akan menerangkan serba sedikit latar belakang Persatuan Penggerak Warisan
Budaya Negeri Kedah ( AKRAB ) yang masih aktif mengadakan persembahan teater
tradisional Jikey di Negeri Kedah. Setemsnya pengkaji akan menerangkan tentang lokasi
kajian dan skop kajian, iaitu menerangkan tempat kajian itu dilakukan.
Selain itu, bahagian ini tumt menerangkan mengenai objektif kajian ini serta proses
kajian yang akan dilakukan. Pengkaji juga tumt menerangkan tentang hipotesis iaitu
jangkaan awal kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji tumt menerangkan mengenai skop
kajian serta permasalahan kajian. Limitasi kajian tumt dinyatakan di dalam kajian ini
untuk menyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menghasilkan kajian ini.
Kepentingan kajian akan diterangkan supaya pengkaji mengetahui kepentingan kajian lini
dilakukan.
1
1.2 PermasaJahan Kajian
Pennasalahan kajian merupakan perkara utama yang mendorong kepada berlakunya
kajian ke atas sesuatu masalah yang ingin dikaji. Teater tradisional Jikey merupakan satu
persembahan pentas yang dipersembahkan di negeri-negeri di utara Malaysia.
Pemeliharaan teater tradisional Jikey yang kurang sistematik akan menyebabkan teater ini
semakin terpinggir. Oleh itu, pemeliharaan secara berterusan perlu dilaksanakan supaya
usaha ini mendatangkan kesan atau impak kepada masyarakat
Seterusnya, peranan AKRAB juga kurang diketahui oleh masyarakat di negen
Kedah. Hal ini kerana, masyarakat pada hari ini kurang tahu peranan AKRAB diwujudkan.
Pendedahan yang kurang di media cetak dan media massa menyukarkan lagi masyarakat
mengetahui mengenai peranan AKRAB. Promosi secara efektif perlu dilaksanakan oleh
pihak AKRAB dalam menarik minat masyarakat.
t.3 Hipotesis Kajian
Hipotesis merupakan andaian awal yang dibuat pengkaji sebelum data kajian
diperolehi. Penentuan hipotesis bagi sesebuah kajian amat penting supaya segala langkah
pelaksanaan kajian sentiasa menepati kehendak utama tajuk kajian. Kegunaan hipotesis ini
bukan sahaja sebagai rujukan semasa membuat kajian, malah turut menjadi dasar yang
penting kepada topik kajian. Dalam mendapatkan data bagi penyelidikan ini, pengkaji akan
mengaplikasikan beberapa elemen-elemen yang bersesuaian dengan kaedah kajian dan
menggunakan idea-idea yang mampu untuk menyumbang kepada hasil kajian yang
bertepatan dengan kehendak hipotesis awal kajian.
2
\
Dalam kajian ini, pengkaji mengandaikan pemeliharaan yang lebih strategik oleh
AKRAB dapat menarik minat masyarakat terhadap persembahan teater tradisional Jikey.
Seterusnya, AKRAB mempunyai peranan yang penting dalam memelihara teater
tradisional Jikey di Kedah. Dengan adanya usaha yang berterusan oleh AKRAB daJam
memelihara teater tradisional Jikey sekaligus dapat memaparkan peranan AKRAB sebagai
penggiat teater tradisional Jikey di negeri Kedah. Usaha pemeliharaan yang dilakukan oleh
AKRAB banyak membantu memperkenalkan teater tradisional Jikey kepada masyarakat di
Kedah serta mampu menarik minat generasi kini untuk mendekati teater tradisional Jikey.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk menetapkan matlamat kajian yang akan
dilakukan mengenai pemeliharaan teater tradisional Jikey dan bagairnana kaedah
pemeliharaan yang bersesuaian dalam mengekalkan teater tradisional Jikey. Melalui
objektif ini j uga, pengkaji akan dapat mengetahui tentang respon serta hasil penyelidikan
sarna ada bertepatan dengan objektif kajian ataupun bertentangan dengan apa yang
difokuskan dalam kajian ini.
1. Mengenalpasti kaedah-kaedah pemeliharaan teater tradisional Jikey yang telah
dilaksanakan oleh AKRAB dalam usaha menarik minat masyarakat.
2. Menganalisa tentang faedah serta implikasi pemeliharaan teater trarusional Jikey
oJeh AKRAB kepada masyarakat di Kedah.
3
1.5 Skop Kajian
Skop kajian merupakan ruang lingkup yang telah ditetapkan untuk sesuatu kajian.
Skop kajian ini telah dibahagikan mengikut keperluan dan kehendak kajian Pemilihan
skop kaj ian ini haruslah bersesuaian dan mempunyai kaitan dengan tajuk utama kajian.
Berdasarkan kepada kajian ini, beberapa skop kajian telah dibahagikan mengikut
kesesuaian perkara dan bidang kajian yang telah pun dikenalpasti. Dalam kajian ini,
pengkaji membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian
tidak terlalu luas. Melalui skop kajian ini, lebih memudahkan pengkaji memproses data
kajian dengan lebih terperinci.
Skop kajian merupakan hal yang utama yang ingin dikaji. Skop kajian pengkaji
adalah kaedah-kaedah pemeliharaan teater tradisional Jikey yang telah dilakukan oleh
AKRAB. Dalam konteks lain, pengkaji ingin mengetahui kaedah-kaedah pemeliharaan
yang telah dilaksanakan oleh AKRAB dalam menarik minat masyarakat terhadap
persembahan teater tradisional Jikey.
Skop kajian seterusnya adalah mengkajiciri-ciri persembahan yang dipelihara serta
dijaga oleh AKRAB.Tujuannya adalah untuk mengkaji ciri-ciri persembahan yang telah
diubah serta dioJah semula oleh pihak AKRAB. Contohnya, seperti variasi lagu, dialog,
tarian. nyanyian, alat muzik yang telah diolah serta diberikan sentuhan baru oleh AKRAB.
Seterusnya, kajian dilakukan dengan mengkaji peranan AKRAB terhadap persembahan
teater tradisional Jikey di Kedah. Masyarakat pada hari ini kurang mengetahui mengenai
peranan AKRAB ditubuhkan. lni mendorong kajian dilakukan bagi mengenalpasti peranan
yang dilakukan AKRAB sebagai sebuah badan teater di negeri Kedah. Kajian ini lebih
menyentuh mengenai peranan AKRAB dalam memelihara teater tradisional Jikey di negeri
Kedah.
4
t'usat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK
1.6 Limitasi Kajian
Limitasi kajian merupakan cabaran atau halangan yang dihadapi semasa proses
menyiapkan kajian ini. Dalam kajian ini, terdapat beberapa limitasi yang dihadapi oleh
pengkaji dalam menghasilkan kajian ini . Kekurangan data atau sumber rujukan dalam
melakukan kajian menyukarkan pengkaji mengumpulkan sumber maklumat yang
berkaitan. Kekurangan sumber kajian seperti di Perpustakaan Unimas menyukarkan kajian
untuk diJakukan. Pengkaji mengalami kesukaran dalam mengumpul data mengenai
pemeliharaan teater tradisional Jikey kerana kekurangan sumber maklumat di Perpustakaan
Unimas. Hal- ini menyebabkan pengkaji mengalami kesukaran dalam menyiapkan draf
awal kaj ian. Pengkaji juga terpaksa mendapatkan sumber data dari perpustakaan awam dan
negen.
Kedudukan pengkaji dengan lokasi kajian yang jauh menyukarkan kajian dapat
dilakukan secara berterusan. Kajian yang dilakukan di Kedah mengakibatkan pengkaji
sentiasa berulang-alik bagi mendapatkan data kajian. Pengkaji menghadapi masalah
kewangan kerana perlu berulang-alik dari rumah pengkaji ke lokasi kajian. Jesteru itu,
pengkaji menyelesaikan masalah ini dengan sentiasa berhubung dengan informan melalui
telefon atau laman sosial iaitu secara berterusan dalam mendapatkan data serta maklumat.
Responden dan informan yang tidak memberikan kerjasama semasa kajian ini
dijalankan. Kerjasama yang kurang diberikan oleh responden dan informan sewaktu
menjalankan kajian soal selidik dan temubual, memberikan kesukaran kepada pengkaji
dalam mengumpul data kajian dengan cepat. Tempoh masa yang lama diperlukan dalam
mendapatkan data kajian. Pengkaji sukar untuk menemui informan kerana mereka
mempunyai komitmen-komitmen yang lain.
5
1.7 Kepeotingan Kajian
OaJam kajian ini, persembahan teater tradisional Jikey mempunyai banyak
kepentingan kepada AKRAB, masyarakat dan pengkaji yang akan datang. Kepentingan
kajian ini adalah membantu AKRAB dalam mencari pendekatan yang lebih baik dalam
usaha pemeJiharaan teater tradisional Jikey. Kajian ini mampu memberikan rnaklumat
maklumat baru kepada AKRAB dalam usaha untuk memelihara teater tradisional Jikey.
Melalui pengedaran borang soa~ selidik ini, masyarakat juga boleh menyatakan pandangan
serta reaksi mereka terhadap kaedah-kaedah pemeliharaan teater tradisional Jikey oleh
AKRAB. Selain itu, kajian ini boleh menarik minat masyarakat terhadap persembahan
teater tradisional Jikey.
Kajian ini secara langsung dapat memperkenalkan teater tradisional Jikey kepada
rnasyarakat di sekitar Alor Star, Kedah sekaligus dapat memberikan kesedaran kepada
masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan teater tradisional Jikey. Selain ini, kajian
ini penting dalam mengekalkan teater tradisional Jikey sebagai salah satu warisan
masyarakat Kedah yang patut dipelihara. Melalui persembahan teater tradisional Jikey,
rnasyarakat akan mendapat pendedahan serta maklumat mengenai apa itu teater tradisional
Jikey. Dalam persembahan teater tradisional Jikey mengandungi mesej-mesej berguna
yang ingin disampaikan kepada penonton seperti nilai-nilai murni, adat resam, budaya dan
warisan. Semua mesej ini adalah berkisarkan mengenai masyarakat negeri Kedah yang
terkenal dengan budaya dan warisan yang pelbagai. Contohnya, persembahan teater yang
pelbagai terdapat dj negeri Kedah seperti Wayang Gedek, Mek Mulung dan teater
tradisional Jikey. Semua persembahan ini menggambarkan identiti masyarakat di negeri
edah.
6
AI
Kajian yang dilakukan dapat dijadikan bahan rujukan atau cadangan untuk
pengkaji-pengkaji yang akan datang. Selain itu, kajian ini penting kepada pengkaji yang
akan datang supaya pengkaji-pengkaji boleh melihat aspek-aspek yang boleh
diketengahkan dalam proses memelihara teater tradisional Jikey. Selain itu, pengkaji
pengkaji akan datang dapat melihat perkara yang masih boleh dirungkaikan mengenai
teater tradisional likey. Kajian yang dilakukan pengkaji ini diharap mampu membantu
pihak Persatuan Penggerak Warisan Budaya Negeri Kedah (AKRAB) dan labatan
Kebudayaan Kesenian Negara Kedah (JKKN Kedah) dalam memelihara teater tradisional
Jikey di negeri Kedah.Warisan ini perlu dipelihara supaya tidak hilang ditelan zaman serta
akan menjadi tatapan untuk generasi yang akan datang.
1.8 Lokasi Kajian
Dalam melaksanakan sesuatu kajian itu, tempat atau lokasi kajian merupakan salah
satu elemen penting dalam memastikan kajian itu dapat dihasilkan dengan sempurna.
Penentuan lokasi kajian ini sangat membantu pengkaji dalam mengumpul data atau
maklumat yang boleh dijadikan sebagai dapatan kajian. Pengkaji juga turut melakukan
penyelidikan di lokasi kajian yang dinyatakan supaya maklumat atau data yang diperolehi
tidak terpesong dari skop kajian pengkaji. Selain itu, ini membantu pengkaji mengenalpasti
lokasi kajian dan dapat mengetahui proses-proses pengumpulan data yang akan dilakukan
eli sesuatu lokasi ire. Pengkaji telah memilih dua lokasi kajian utama iaitu di Bandaraya
Star dan labatan Kebudayaan Kesenian Negara, Kedah.
7
1.8.1 Bandal'aya Alor Stal', Kedah
Bandaraya Alor Star Kedah dipilih sebagai lokasi kajian kerana pengkaji mendapati
kawasan itu sering diadakan persembahan teater tradisional likey. Pengkaji juga
mengambil kira dari aspek bagaimana pengkaji dapat mengumpul data kajian. Kemudahan
seperti Perpustakaan Awam yang terdapat di Alor Star membantu pengkaji mendapatkan
data sekunder seperti buku dan jumal. Selain itu, kedudukan AKRAB dan Jabatan
Kebudayaan Kesenian Negara, Kedah yang berada di dalam lingkungan kawasan Alor Star
membolehkan pengkaji mengumpulkan data kajian dengan lebih teratur dan terperinci.
1.8.2 Jabatan Kebudayaan Kesenian Nega ..., Kedah.
Lokasi kajian pengkaji seterusnya adalah di labatan Kebudayaan Kesenian Negara,
Kedah. Pengkaji melakukan kajian dengan melakukan pemerhatian di labatan Kebudayaan
Kesenian Negara, Kedah mengenai persembahan teater tradisional Jikey AKRAB. Latihan
dan persembahan yang kerap diadakan di labatan Kebudayaan Kesenian Negara, Kedah
atas faktor kemudahan dan kelengkapan yang lengkap untuk AKRAB menjalankan latihan
serta melakukan persembahan teater tradisional Jikey. Kemudahan seperti bilik latihan
serta Dewan Auditorium yang telah disediakan adalah salah satu usaha pihak lKKN Kedah
untuk membantu AKRAB dalam memelihara teater tradisional likey. Selain itu, terdapat
perpustakaan di labatan Kebudayaan Kesenian Negara, Kedah yang dijadikan
~i sebagai tampat bagi mendapatkan data serta maklumat tambahan.
8
Pengkaji turut menjalankan temubual bersama informan daripada pihak JKKN
Kedah dan pibak AKRAB dalam mendapatkan maklumat berkaitan pemeliharaan teater
tradisional Jikey. Seterusnya, pengk~ii akan melakukan kaedah pemerhatian terhadap
aktiviti-aktiviti AKRAB bagi mengumpul data-data yang berkaitan dengan pemeliharaan
teater tradisional Jikey oleh AKRAB. Seterusnya, sampel-sampel gambar turut diambil
oleh pengkaji untuk dijadikan sebagai bah an bukti serta dijadikan lampiran di dalam kajian
pengkaji.
9
BAB DUA
SOROTAN KESUSASTERAAN
1.1 Peogenalan
Pengkaji telah melakukan beberapa pemerhatian serta tinjauan mengenai kajian
kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Kajian-kajian lepas
yang dipilih adalah bersesuaian dan mempunyai perkaitan dengan tajuk kajian yang dikaji
oIeh pengkaji. Kajian-kajian ini sangat membantu pengkaji dalam mencari bahan untuk
Uadikan sebagai data kajian.Terdapat beberapa orang penulis yang mengkaji bidang
~ian ini serta mempunyai perkaitan tentang tajuk kajian pengkaji. Seterusnya,buku-buku
yang dipilih adalah berdasarkan perkara yang dikaji dan pengkaji akan memilih skop
~ian yang mempunyai kaitan dengan tajuk pengkaji.
Untuk menentukan kesesuaian tajuk kajian dengan buku-buku yang telah dipilih,
pengkaji telah menggunakan buku-buku tersebut untuk menghuraikan istilah dan perkara
DeI.a utama dalam kaj ian ini. Buku-buku yang dipilih oleh pengkaji membantu dalam
JDtDCIIri" isi-isi penting yang mampu dijadikan sebagai data kajian. Rujukan daripada
dalam memastikan sesuatu kajian tersusun dan tiada
maklumat berlaku. Pengkaji juga memastikan ada kesinambungan dalam
ini dan data kajian yang diperolehi boleh digunakan sebagai rujukan untuk
"1JIb~i" yang akan datang.
10