pembinaan perisian pembelajaran berbantukan … · multimedia bagi tujuan pengajaran –...

21

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”
Page 2: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”
Page 3: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

TOPIK PERINTANG

ZAIDI BIN BUJANG

Laporan projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Februari 2004

Page 4: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………………………… Nama Penulis : ZAIDI BIN BUJANG Tarikh : 1 MAC 2004

Page 5: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Bujang bin Suhaili, Jalifah binti Suni,

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat kekanda-kekandaku serta adindaku terima kasih atas segalanya.

Buat bapa dan ibu mertuaku,

Along bin Anggas, Ara binti Saat,

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui

dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Buat isteri tercinta serta putera dan puteraku tersayang,

Hamidah binti Along, Muhamad Ariffin, Muhamad Izzat,

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 6: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur

ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya

menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan

terima kasih buat En. Hassan Bin Hushin serta En Megat Aman Zahiri Bin Megat

Zakaria selaku penyelia Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi

bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang membina hingga

membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar 4 SPE ( PKPG ) dan tidak lupa juga kepada

semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan

projek penulisan ini.

Akhir sekali istimewa untuk isteri dan anak-anak, pengorbanan serta

dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan dan budi baik

kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Page 7: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

v

ABSTRAK

Projek pembangunan perisian multimedia ini bertujuan membina sebuah perisian

multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan

Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang” bagi matapelajaran Pengajian

Kejuruteraan Elektronik dan Eletrik selari dengan sukatan matapelajaran tingkatan 4

di sekolah menengah teknik menggunakan perisian aplikasi Authorware dibantu

dengan perisian – perisian grafik dan audio. Perisian ini dibina berdasarkan kepada

pendekatan penggunaan animasi dan simulasi yang interaktif bersama dengan bunyi,

muzik dan grafik untuk menyumbangkan kepada suatu persekitaran pembelajaran

yang lebih berkesan. Struktur perisian ini memberi pengguna kebebasan mencabang

ke mana – mana bahagian perisian melalui menu utama dengan penggunaan

antaramuka ramah. Kesimpulannya, Pembangunan perisian multimedia ini adalah

proses yang memerlukan kemahiran, pengetahuan dalam bidang grafik di samping

kreativiti, kecekalan hati serta inisiatif untuk menghasilkan suatu perisian yang

bermutu. Aspek aspek keperluan, rekabentuk dan ketepatan isi kandungan juga harus

diambilkira untuk menjadikannya satu perisian yang berkualiti dan menepati

keperluan pembelajaran.

Page 8: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

vi

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop a multimedia software with the topic

“Quantity, Unit and Electric Componen” under the title “Resistor” for The subject of

Electric and Electronic Engineering studies which is applicable to form four syllabus

at technical secondary school using application software – Authorware and other

application software. The incorporation of interactive animation and simulation,

sound, music and graphics in the software provide an efficient learning environment.

The structure of this software give the user freedom to explore to any part of the

programme through the main menu using a user-friendly interface. Thus, in the

multimedia development process, skills, knowledge in graphic design, creativity,

determination and initiative play a very important role. The needs, relevance of

content and instructional design should also be taken into account.

Page 9: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN

xiii

I PENDAHULUAN.

1.0 Pengenalan . 1

1.1 Latar Belakang Masalah. 3

1.2 Penyataan Masalah. 4

1.3 Objektif Projek. 5

1.4 Objektif Perisian. 6

1.5 Rasional Projek. 6

1.6 Kepentingan Projek. 7

1.7 Skop Projek .

1.8 Pengguna Sasaran

8

8

Page 10: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

viii

II SOROTAN PENULISAN.

2.0 Pengenalan. 9

2.1 Definasi PBK. 10

2.2 Sejarah Perkembangan Pembelajaran

Berbantukan Komputer.

11

2.3 Pengaruh Teknologi Maklumat Dalam

Pendidikan.

12

2.4 Pendidikan melalui Multimedia. 14

2.5 Strategi Pembentukkan PBK Berdasarkan

Teori – Teori Pembelajaran.

2.5.1. Teori Pembelajaran

16

16

2.6 Strategi Pengajaran Dalam Perisian PBK.

2.6.1. Tutorial

2.6.2. Latih Tubi

2.6.3. Permainan

2.6.4. Simulasi

2.6.5. Eksperimen

2.7 Kelebihan PBK

2.7.1. Pembelajaran Secara Individu

2.7.2. Penginteraksian

2.7.3. Perasaan

2.7.4. Persembahan Menarik

2.7.5. Maklumbalas Segera

2.7.6. Pembelajaran Berulangkali

2.7.7. Membantu Kerja Guru

2.7.8. Sentiasa Bersedia

2.8 Kelemahan PBK

2.8.1. Kos

2.8.2. Mutu

2.8.3. Kemampuan Guru

2.8.4. Kesesuaian dan Keserasian Perisian

18

19

19

19

20

20

20

21

21

22

22

22

23

23

23

24

24

24

25

25

Page 11: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

ix

III REKABENTUK PERISIAN.

3.0 Pengenalan. 26

3.1 Rekabentuk Am 27

3.2 Rekabentuk Perisian.

3.2.1. Penyataan Objektif

3.2.2. Kawalan Kadar dan Turutan Pembelajaran

3.2.3. Penilaian

27

28

28

29

3.3 Struktur Perisian.

3.3.1. Rekaletak Skrin

3.3.2. Teks

3.3.3. Warna

3.3.4. Kaedah Penyampaian

30

30

30

31

31

3.4 Pemilihan Perkakasan 32

3.5 Pemilihan Bahasa Gubahan dan Perisian

Sokongan.

32

3.6 Perkakasan Main Balik. 33

3.7 Carta Alir Rekabentuk Perisian.

3.7.1. Menu Utama

34

34

IV PENGGUNAAN PERISIAN.

4.0 Pengenalan. 36

4.1 Pempakejan dan Penstoran Perisian. 36

4.2 Panduan Penggunaan.

4.3 Kandungan Perisian

4.3.1. Menu Utama

4.3.2. Menu Objektif

4.3.3. Menu Isi Kandungan

4.3.4. Menu Latihan

4.3.5. Menu Bantuan

37

38

38

39

39

41

41

4.4 Komponen Perisian.

4.4.1. Teks

4.4.2. Grafik

42

42

42

Page 12: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

x

4.4.3. Audio

4.4.4. Video

4.5 Penutup

43

44

45

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN.

5.0 Pengenalan. 46

5.1 Perbincangan. 46

5.2 Rumusan. 49

5.3 Cadangan Am. 50

5.4. Cadangan Susulan

5.5. Penutup

.

51

51

RUJUKAN 53

LAMPIRAN 56

Page 13: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

3.1 Carta alir menu utama 34

4.1 Carta alir maklum balas 42

4.2 Carta alir Montaj 43

Page 14: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

xii

SENARAI SINGKATAN

ABM Alat Bantuan Mengajar

CD Compact Disc

CD – ROM Compact Disc Read Only Memory

GB Gigabait

GUI Graphic User Interface

IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam

IT Information Technology

MB Megabait

PBK Pembelajaran Berbantukan Komputer

RAM Random Access Memory

UTM Universiti Teknologi Malaysia

VGA Video Graphic Array

Page 15: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Skrin Montaj (1) 54

B Skrin Montaj (2) 55

C Skrin “Selamat Datang” 56

D Skrin “Menu Utama” 57

E Skrin Pertama “Keluar” 58

F Skrin Kedua “Keluar” 59

G Skrin “Objektif” 60

H Skrin “Menu Isi Kandungan” 61

I Skrin “Latihan” 62

J Skrin “Keputusan Latihan” 63

K Skrin “Bantuan” 64

L Skrin Pertama “Pertama” 65

Page 16: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

BAB I

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Ledakan maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana – mana tempat

serata dunia. Penggunaan komputer di rumah kini bukanlah suatu perkara yang luar

biasa. Hampir semua orang tahu menggunakannya dan turut mampu memiliki sebuah

set yang lengkap di rumah. Negara kita juga peka terhadap era yang mencabar ini.

Justeru itu teknologi moden berkomputer telah dilaksanakan. Sekolah Bestari yang

menjadikan komputer sebagai bahan bantu pengajaran yang utama mula

diperkatakan secara meluas. Salah satu elemen penting yang sangat berkait rapat

dengan pengajaran berbantukan komputer ialah multimedia. Sekolah Bestari lebih

menitikberatkan penggunaan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran dimana

komputer multimedia akan mengantikan buku-buku tradisional sebagai bahan

pengajaran. Ini akan membawa suatu transfomasi kepada sistem pendidikan sekarang.

Transformasi ini perlu untuk melihat suatu perubahan budaya dan amalan – amalan

biasa di sekolah – sekolah rendah dan menengah yang berasaskan pembelajaran

melalui ingatan kepada jenis pendidikan yang merangsang pemikiran, kritiviti dan

memenuhi keperluan – keperluan individu dan gaya pembelajaran serta mudah

dinikmati oleh semua pelajar.

Page 17: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

2

Multimedia ini menjadi satu peralatan bagi para pendidik di dalam

pengajaran dan pembelajaran dan perisiannya digunakan untuk memberi

persembahan yang menarik dan menakjubkan di dalam kelas. Ianya boleh

digabungkan melalui unsur-unsur animasi, gambar, teks, video dan bunyi.

Multimedia dalam pendidikan haruslah lebih memihak kepada interaktif dan

penerapan unsur-unsur dalam pembinaan multimedia mestilah mengambil kira teori

pembelajaran atau toeri-teori pembelajaran atau yang berkaitannya. Pembangun

perisian haruslah memastikan perisian yang dibina menuju ke arah pembelajaran

yang berkesan dengan mengambil kira faktor masa,kandungan pembelajaran dan

kebolehan pelajar. Namun halangan yang paling besar ialah bagaimana sesebuah

perisian itu dibentuk agar sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Proses pembinaan perisian multimedia khususnya perisian yang berunsurkan

pendidikan seperti Pembelajaran Berbantukan Komputer bukanlah suatu proses yang

mudah yang boleh dihasilkan dalam jangka masa yang pendek. Ia memerlukan

perancangan yang terperinci dan sistematik agar perisian yang dihasilkan bermutu

tinggi dan berkualiti.

Oleh itu Kementerian Pendidikan Malaysia telah bertanggungjawab

menubuhkan sebuah syarikat yang melibatkan diri secara aktif dalam industri

multimedia. Penubuhan syarikat yang mempunyai 11 orang ahli lembaga pengarah

yang terdiri pada naib-naib cancelor institusi pendidikan awam (IPTA) yang terlibat

secara langsung dengan syarikat yang diberi nama syarikat Multimedia Technology

Enhacement and operation Sdn Bhd (METEOR). Antara matlamat penubuhan

meteor ialah membantu memperbanyakkan aspek pembangunan multimedia dan

aplikasinya. Matlamat lain penubuhannya ialah untuk membantu memperbanyakkan

penggunaan bahasa melayu dalam industri multimedia. Pelaburan yang besar untuk

melengkapkan di semua sekolah di semua negara dengan komputer mengambarkan

kesanggupan kerajaan merealisasikan penggunaan komputer supaya sealiran dengan

perkembangan teknologi maklumat masa kini dan bagi memastikan negara mencapai

matlamat negara maju menjelang tahun 2020.

Penggunaan multimedia suatu ketika nanti akan menjadi suatu pendekatan

pengajaran –pembelajaran yang sangat penting. Menteri Pendidikan, Datuk Seri

Page 18: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

3

Najib Tun Razak (Ee Ah Meng, 1998) menyatakan bahawa sekolah Bestari

ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi kehendak – kehendak Koridor Raya

Multimedia (MSC), malahan untuk melahirkan satu generasi baru rakyat Malaysia

yang kreatif dan inovatif dalam pemikiran selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara. Menurut Zoraini Wati Abas (1997), untuk menuju ke tahap negara maju,

generasi celik maklumat perlu diasuh dari sekarang selaras dengan matlamat

perlaksanaan MSC.

1.1 Latar Belakang Masalah

Dalam pengajaran dan pembelajaran guru semestinya merancang apakah

bahan atau alat bantuan yang berkesan sekali untuk mencapai objektif pengajaran

tersebut. Penggunaan ABM yang sesuai dan menarik dalam pengajaran adalah

penting, kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran. ABM juga boleh

menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam

akan sesuatu aspek pengajaran terutama bagi matapelajaran yang berbentuk abstrak.

Agak sukar untuk menerangkan sesuatu konsep yang abstrak dan hanya pelajar yang

mempunyai imaginasi yang tinggi sahaja mampu mengikuti pelajaran yang diajar.

Menurut Okey dalam Khor (1995) keciciran pelajar dalam pembelajaran adalah

disebabkan beberapa faktor seperti bahan pengajaran kurang sesuai, organisasi

kandungan pembelajaran yang kurang terancang, persekitaran bilik darjah yang

kurang menggalakkan dan ketidakpelbagaian dalam kaedah pengajaran yang

diamalkan oleh guru.

Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” ataupun

“spoon-feeding” tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran

kerana tidak melibatkan kesemua panca indera sekali pembelajaran matapelajaran

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Sebagaimana yang diketahui,

Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik berhubungkait dengan matapelajaran

Sains yang mengandungi banyak topik yang sukar difahami oleh pelajar secara lisan

Page 19: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

4

kerana perkara yang ingin disampaikan adalah abstrak. Maka untuk memudahkan

pemahaman pelajar, kaedah penyampaian bidang ini harus diubahsuai daripada

pendekatan tradisi kepada pendekatan penerokaan dan penemuan kendiri menerusi

perisian multimedia interaksi yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Fletcher (1990), manusia mengingati 20 peratus daripada apa yang

didengar, 40 peratus daripada apa yang didengar dan dilihat manakala 75 peratus

daripada apa yang didengar, dilihat dan dilakukan. Jadi, pendekatan tradisi tidak

dapat mengeksploitasikan ketiga – tiga deria pelajar untuk menerima pembelajaran

secara berkesan. Malahan faktor – faktor lain turut menyumbang kepada ketidak-

berkesanan suatu pengajaran-pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Okey

(1985) iaitu bahan pembelajaran tidak menepati objektif pengajaran, isi kandungan

pelajaran yang tidak sistematik, persekitaran pembelajaran yang kurang

merangsangkan dan pendekatan pengajaran yang statik. Tambahan pula kekurangan

perisian multimedia berdasarkan kurikulum tempatan terutama sekali dalam bidang

Teknologi Kejuruteraan Elektrik amat kurang di negara ini. Kesemua faktor

kekangan ini akan dapat diatasi dengan direkabentuk mengikut perancangan yang

teliti dan sistematik serta menepati kurikulum tempatan.

1.2 Pernyataan Masalah

Kekurangan perisian multimedia tempatan khasnya berunsur pendidikan yang

menggunakan Bahasa Kebangsaan dalam negara begitu ketara sekali. Ini bertepatan

dengan kajian Rio Sumarni (1996) yang mendapati bahawa kebolehdapatan perisian

di sekolah adalah rendah. Maka adalah wajar untuk membina lebih banyak perisian

yang berkaitan untuk kegunaan umum amnya dan pendidikan khasnya.

Oleh itu, projek ini memilih sebahagian daripada topik “Perintang” dalam

sukatan pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4

Page 20: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

5

sekolah menengah teknik untuk dibina secara multimedia. Selain daripada

menambah kebolehdapatan perisian multimedia tempatan, diharap perisian ini

mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep pengubah.

1.3 Objektif Projek

Projek ini adalah bertujuan untuk merekabentuk satu perisian aplikasi PBK

multimedia interaktif dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran suatu subtajuk ‘Komponen – komponen Elektrik ‘Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Subtajuk itu adalah ‘perintang’.

1.4 Objektif Perisian

Objektif perisian PBK ‘Perintang’ adalah supaya dapat digunakan secara

interaktif. Terdapat 3 objektif dalam kajian ini iaitu : -

a. Membina sebuah perisian multimedia interaktif dalam tajuk Kuantiti

dan Komponen – Komponen Elektrik berasaskan Sukatan Pelajaran

Teknologi Kejuruteraan Elektrik Tingkatan 4.

b. Menghasilkan suatu aplikasi multimedia interaktif untuk digunakan

oleh pelajar sebagai bahan pembelajaran kendiri (self directed

learning) bagi memenuhi tahap pembelajaran pelajar yang pelbagai.

c. Memenuhi permintaan pasaran negara terhadap perisian multimedia

dalam versi bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) selaras dengan

perlaksanaan Sekolah Bestari.

Page 21: PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · multimedia bagi tujuan pengajaran – pembelajaran topik “Kuantiti, Unit dan Komponen Elektrik” dibawah tajuk “Perintang”

6

1.5 Rasional Projek

Memandangkan penggunaan komputer dalam pendidikan terutamanya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran banyak mendatangkan kesan yang lebih positif

berbandingkan dengan kaedah tradisional (iaitu tanpa penggunaan komputer),

dianggap satu keperluan. Keperluan ini perlu disokong oleh kebolehdapatan perisian

pendidikan yang bermutu tinggi serta berciri kurikulum kebangsaan. Dalam

pengajaran – pembelajaran teknologi elektrik dan elektronik samada di sekolah

rendah mahupun sekolah menengah, konsep asas sesuatu tajuk amat penting dan

perlu disampaikan secara berkesan supaya pelajar dapat menguasai pelajaran

seterusnya yang memerlukan kefahaman konsep asas. Pembangun memilih tajuk

perintang adalah berdasarkan faktor di atas.

Penggunaan utama perintang adalah untuk menghadkan arus, membahagi

voltan dan di dalam sesetengah kes menjana haba. Nilai rintangan sesuatu perintang

tetap ditentukan oleh pengilang dan tidak boleh diubah dengan mudah. Kebanyakan

perintang tetap mempunyai warna terkod dengan empat jalur untuk menunjukkan

nilai rintangan dan had terima. Oleh itu proses pengiraan untuk kod – warna

perintang secara manual amat menyukarkan. Teori perintang selalunya diajar secara

sepintas lalu sahaja tanpa penerapan yang teliti bagaimana perintang boleh

menghadkan arus, membahagi voltan dan di dalam sesetengah kes menjana haba.

Jika diajar dengan bantuan ABM pun, gambar yang statik tanpa animasi boleh

menimbulkan persoalan dari segi keberkesanan. Jadi pembangun memilih tajuk ini

sebagai projek multimedia interaktif bertujuan untuk menghasilkan suatu pendekatan

pengajaran-pembelajaran yang lebih berkesan dalam penyampaian konsep asas

tentang perintang.